I appreciate them.

Wednesday 3 August 2011

Jika ini Ramadhan terakhir untukku

 Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala(keredhaan) Allah,
maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu(HR bukhari)

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun walaupun keadaan tidak mengizinkan

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku penat bekerja

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu tidak akan terbalas oleh aku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku

       Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat di kiri kananku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengerjakan semua suruhanmu walaupun akan banyak bisikan syaitan di telingaku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin membaca Al-Quran setiap hari serta memahami ertinya walaupun aku tidak sefasih mana

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w walaupun terkadang aku lupa pada baginda

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengajak sahabat-sahabatku berubah kejalanmu walaupun tidak semua akan menerima           ajakanku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin meninggal dunia dengan dapat menyebut kalimahMU ya allah

DAN

jika benar ini Ramadhan terakhir untukku
       terimalah ibadah puasa,dan semua ibadahku selama ini walaupun aku tahu aku hambaMU yang hina dan keji.

P/S:Hargailah Ramadhan yang datang kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemuinya lagi di tahun akan datang.











IKHLAS daripada aku.




12 comments:

sekamar rindu said...

salam..

sungguh syahdu...

mawarseri said...

InsyaAllah dik...niat yg baik dari hati yg ikhlas....moga dipermudahkan usaha ke arah kebaikkan...tapi ingat pasti ada ujian..

dya mohamad said...

sekamar rindu-wassalam(:

dya mohamad said...

mawarseri-insyallah kak.insyallah.(:

Anonymous said...

insyaAllah,semoga ramadhan kli ni membawa seribu makna untuk kita :)

Far8 budak baik said...

kaaannn..kot kot ini yg last je..
NF azam x nk tingal kn terawikh..
walapun wat 8 je..seyes pemalehh..
pastu tok bilal ckp..
klo 8 x dapat mkn murehh..
ahaha..

AzRi said...

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita ama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. InsyaAllah...

Emancipated Pt Ltd. said...

amin. :)
ajal maut ketentuanNya.

dya mohamad said...

NF-ada ke cenggitu?kalo wat 8 takdapat morehh?ade eh?

dya mohamad said...

cheqwa-insyallah.hargailah ramadhan(:

dya mohamad said...

azri-insyallah.moga amaalan kite dterima Allah.aminn

dya mohamad said...

farah izwani ramli-betul.tp kite harus bersedia.kan.(: