I appreciate them.

Friday 19 August 2011

Seram.Milik siapakah rumah ini?

 AMARAN KERAS!GAMBAR AGAK BANYAK,KALAU TAK TENGOK KENA LANYAK,BALIK RAYA TERHENYAK-HENYAK.




Sekali lagi aku dah ciptakan pantun ceria. 


Sebelum aku balik kelantan dan sebelum kawan aku berangkat ke UiTM bandaraya Melaka,kiteorang membuat acara penutup melawat segala rumah tinggal yang ada disekitar KL.Takdelah sekitar KL sangat,mungkin lebih tepat sekitar bukit Tunku,jalan Girdle.

Selepas bukak puasa di nandos,Times square,kiteorang dah tak ada idea nak kemana,sebab tu miwa mohamad bagi cadangan yang memang bernas sebab kiteorang memang suka melawat rumah-rumah tinggal ni.


Eh formal gila pakaian kiteorang untuk ke rumah hantu.

Rumah pertama yang menjadi pilihan kami terletak di selekoh di jalan bukit tunku ni,kalau korang cari betul-betul sure nampak punya.Tu pon kalo korang rajin nak cari la.Sebab aku tau korang mana nak pergi tempat macam ni,korang suka duduk dan baca je pengalaman orang yang pergi kan kan?First kalau nak masuk rumah ni korang kena meredah satu pokok tumbang and sebelah penuh dengan semak samun.Then hati-hati ya.Kenapa hati-hati sebab takut ada encik ular.
Korang kena lalu pokok tumbang disini









Aku ingat rumah pertama je,rumah kedua aku tak ingat,takpelah tu semua tak penting sebab aku tau korang taknak tau kan.Rumah ni berhadapan dengan rumah orang kaya and nak kata tersorok sangat tak juga,tapi tersorok sikit je,so kalau korang RAJIN nak explore benda-benda ni,masa korang drive tu korang kena tengok kiri dan kanan,cari lokasi yang menarik.

Then,Bukit tunku ni kan famous dengan macam-macam cerita kan?Ada rumah datin yang kena bunuh la,ada rumah doktor bunuh diri yang korang boleh tengok di entri INI.Dan ada jugak rumah TNB.Kalau korang nak ke rumah TNB ni,aku tak ingat sangat nama jalan dia,tapi nak ke rumah TNB ni,kena lalu jalan yang agak sempit,gelap sampai kena pasang high beam dan seram.Beware sebab masa kiteorang lalu situ,lampu jalan yang tak menyala tiba-tiba menyala.Ha,siapa yang lemah semangat jangan lalu dekat situ sebab kiteorang pernah nampak,eh jap dan berhadapan rumah TNB ni ada lagi satu rumah tinggal ya.Hati-Hati.kehkeh.
Kiteorang memang nak masuk dalam rumah TNB ni sebab dah ada laluan yang dibukak tapi masalahnya penuh dengan semak yang dalam gila,bunyi cengkerik,tapi aku rasa macam ada ular orok-orok disitu,aku taknak kena geget manja dengan ular orok-orok tu sebab nak masuk rumah ni.Rumah TNB ni penuh dengan pokok pisang  dan semak samun yang tinggi,Aku syak rumah ni dah lama sangat kena tinggal.Rumah ni ada dua tingkat.Enough tak description aku?Nak lagi?Experience it yourself!cewahhh!Oh aku baru teringat rumah kedua adalah rumah TNB.Tolong jangan pukul aku.Kbai
Laluan yang penuh dengan semak.






Rumah berhadapan rumah TNB.seram deh

Rumah ketiga pulak,berhadapan dengan selekoh,bukit dan berhadapannya tapi jauh sikit.<<<ayat apakah ini?
Well,ni pon sama,rumahnya agak tersorok dan kedalam sikit.Maaf aku lupa nak tangkap full gambar rumah ni.Apa-apa pon korang layankan aja dong!




Aku tak sangka pulak dah rumah keempat dah kita ya,Rumah ni terletak dengan rumah-rumah tinggal yang lain.Yes di kawasan ni sederet rumah tinggal je.Siapa kata tak seram?Seram la wey.Dah macam rumah penjajah british sekali pandang,aku masuk laman rumah ni dengan kereta aku sekali.Tapi laman rumah ni terjaga rapi je dan ada buah mangga yang dijaga jugak.Herm I wonder.



Buah mangga


Borak-punyalah borak dah sampai kita ke rumah kelima,rumah  ni terletak bawah daripada rumah ke empat,laman rumah ni memang besar,bak kata Miwa mohamad kalau dia dapat rumah yang ada laman macam ni,dia nak lepaskan kucing dia berlari-lari kesana kemari,ada yang berak,ada yang bergembira,itulah harapan miwa mohamad.Tau tak apa kiteorang jumpa dalam rumah ni?Spender yang tergantung dan botol minyak.Aku taktau milik owner lama atau pengaih dadah.





Aku pelik jugak kenapa setiap rumah tinggal dan rumah hantu adalah rumah orang kaya dan kenapa setiap rumah tinggal mesti ada pokok pisang?
Ni entri  penutup ekspidisi aku sebelum raya dan balik kelantan,masa raya ada lagi,so korang kena la tunggu update daripada aku ya.Cewahh.


P/S:Doakan aku selamat sampai kelantan,bas aku bertolak jam 9.20 malam ni dan mungkin sampai dalam 6.30 pagi.Mak berdebar noks.Sebab mak sorang.Kbai):

P/S: BTW miwa mohamad dah berhijrah pakai tudung,comel kan?Macam foreigner.Kbai lepasni Miwa mohamad nak maki aku seberat 10kg.Kbai

19 comments:

syazasyazwani said...

ayat akak sumpah kelakar.. bende seram boleh jadi tak seramm HAHA .. adoii :D

Sabella Mohamad said...

akak mmg minat ngan benda seram seram ni ek ?
:B

Azreen Shafila Abdullah said...

ya Allah kak..seramnye pict tu..

kak dya duk klate ko?

ecadwinkyasha said...

err...tak takut ke masa gi ruma tinggal tu..I yang tengok ne pun seram uda..hehehe

dya mohamad said...

Syazasyazwani-yeke dek?bkn akk serious ke tu?hehe

dya mohamad said...

sabella-yep adek.akk minat:)

dya mohamad said...

azreen shafila-huhu.kg akk kt klantan dek.adek pon ye?

dya mohamad said...

ecad-huhu.dah biase dah.tp tipula kalo tk tkt kan tkt jugak.but buat biase je:)

Unknown said...

walaupun rumah tu rumah tinggal tp design nye cantikk...warna plak macam warna rumah zaman british...dan ada kesan barang2 macam terbakar kan?/ ermm..gambar memang cantik..senang jelas nampak....i love this entry...sempoi...saya teringin tp takut..maklom lah..mata sy nie kurang penapis..jadi iman senipis kulit bawang...hahahaha..jgn lupa update kalo ade buat benda2 nie lagi yea..

kak tie said...

rumah yg cantik namun menyeramkan

Amilin Zanal said...

Dik,gmbr adik yang no3 itu,akak nampak perempuan muka warna hijau dgn mawas.cuba check btl2..dkt tepi pokok.

Amilin Zanal said...

Dik,cuba tengok gmbr adik yang no 3 itu,akak nampak mawas dan juga perempuan muka warna hijau dkt tepi pokok.

Unknown said...

macam best je tempat-ll ni semua .. nak pergi laaa .. tapi... housemate semua penakot ya amat .. tak kan nak terjah sorang-ll ..

Unknown said...

macam best je tempat-ll ni semua .. nak pergi laaa .. tapi... housemate semua penakot ya amat .. tak kan nak terjah sorang-ll ..

Unknown said...

macam best je tempat-ll ni semua .. nak pergi laaa .. tapi... housemate semua penakot ya amat .. tak kan nak terjah sorang-ll ..

Unknown said...

betul tu

mrblur said...

Buat benda mengarut...takde paedah..p dalam bulan puasa..mmg ler takde apa pun...situ semua port couple main jer tu kalau korang nak tau..mana ada hantu...

Alia said...

Salam. saya macam kenal kawan cik ni. miwa mohammad. ex stdnt KPTMKL kn?

Unknown said...

slm..
dlm gmbar 3 tu dik ada 4 entiti yg sdang memerhatikan adik..ada satu yg mmg jenis hardcore bab ganggu manusia tp mgkin dikalangan adik tu ada sesuatu yg m'buatkan benda2 tu semua memerhatikan je..ape2 pun abg respect kat adik krn dpt melawan syaitan..mereka xleh buat apa2 kat manusia..tp kena byk kn ibadat dlm diri..tahniah ore kito..sep kito jgn pecoh..