I appreciate them.

Thursday, 20 October 2011

Kenapa orang suka cari Lina Joy murtad dekat blog aku?

AMARAN!ENTRI PANJANG!

Assalamualaikum korang semua.Sehat tak?Kalau korang tanya aku,aku akan jawab aku tak sehat.Aku stress sangat sangat sangat sampai aku rasa nak gila dan tak boleh nak terus belajar untuk semester ni.Aku ada rasa nak extend sem sebab macam-macam jadi dekat aku dan aku pendam je,bila aku dah tension sangat,baru aku luahkan dekat orang.Tapi aku rasa jela nak extend,aku taktau lagi,doakan aku kuat ye kawan-kawan sebab aku ada lagi 1 sem untuk duduk dekat UiTm Shah alam ni!

Tau tak yang setiap kali aku bukak nuffnang mesti aku akan tengok earning aku.Nak tau earning aku?banyak gile,RM 1.25.Eheh banyak kan?boleh beli 6biji gula-gula 20sen.banyak la tu kan?Lepastu aku akan tengok analytic aku,Aku nak tengok readers cari apa dekat google dan klik dekat blog aku.Memang banyak yang merepek.Tapi yang orang selalu orang cari di blog aku adalah tentang Lina joy sebab aku pernah cerita sikit pasal Lina joy di blog aku ni.Ada sorang readers aku email aku dan tanya tentang details Lina joy sebab dia pon tengah buat kajian tentang Lina joy.Siapakah Lina Joy?Kenapa orang suka sangat cari pasal Lina Joy di blog aku?

Lina joy adalah seorang wanita muslim dan sebenar dia adalah Azlina Jailani.
Aku malas nak cerita panjang-panjang apa kata korang baca sendiri petikan tulisan Aninah Janang  yang aku amek dari Majalah Mastika 2006.

RAYUAN IBU LINA JOY


Ogos 2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia sedang menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu ketika bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada ALLAH s.w.t.
Ini bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah. Sudah dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Selama dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada ALLAH.  Sakit pening yang tiba tiba menyerang  kesihatannya digagahi jua. Dia sedar hanya itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih sayangkan anak gadisnya.

Awal oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri dihadapan rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak  berjemput pagi itu disambut seorang tua. Adakah wanita di hadapan kami ini yang kami cari cari selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal 70an. Apabila kami  menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut nama Lina Joy, tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.

“Ya, memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang membesarkannya,” tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy. Kami berbual bual biasa dulu. Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang wanita ini ke Mekah dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan? Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah. Meskipun selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat sokongan saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan segala suruhan Allah.
“Alhamdulillah … mak cik bersyukur,” ucapnya perlahan.

Dari raut wajahnya  jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan sedikit namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini, sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal  bersama dua orang anaknya. Yang lain pula sudah berkeluarga.
“Mak cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik gembira bila anak anak tidak pernah lupakan mak cik,” tutur wanita ini.

Apabila ditanya  sama ada  Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.

Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.

Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.
“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa  sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.

Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?
Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.
“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.

“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.

Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini. Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.
“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.

Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Alin memberi alasan, nama Lina Joy itu hanya panggilan di kalangan teman teman. Sekadar suka suka. Alin juga meminta ibunya ini jangan menuduhnya bukan bukan
“Mak cik percayakan Alin. Dia anak mak cik, kenapa tidak mak cik percaya. Selama ini pun dia tidak pernah menipu atau membelakangkan mak cik, sebab itulah mak cik tidak pernah bimbang dengan apa yg Alin lakukan,” tutur ibu ini sungguh sungguh.

Di mata wanita ini, Alin seorang anak yang baik, menurut kata kata dan tidak pernah membantah kata orang tua. Alin jujur orangnya, malah arwah ayahnya juga meletakkan harapan yang tinggi pada Alin untuk menjaga ibu dan adik beradik yang lain.
Jika benar dakwaan wanita ini terhadap Alin, kenapa Alin, tiba tiba berubah? Di mana silapnya hingga Alin bertindak menukar nama dan agamanya?
Jawapan wanita itu tetap sama.

“Alin anak yang bail. Mak cik didik dia macam anak anak yang lain. Sejak  kecil mak cik hantar Alin ke sekolah, belajar agama dan belajar mengaji al Quran. Ali utamakan sembahyang, masa masa terluang, Alin baca buku buku agama yang arwah ayahnya belikan.

“Bila Alin remaja, mak cik lihat dia benar benar patuh pada agama. Tidak ada masalah mendidik Alin,” ucap wanita ini menggonsikan pengalamannya membesarkan Alin.
Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.
Sebagai seorang ibu, wanita ini tidak menetapkan sebarang syarat berkawan apalagi mengenangkan sikap anak gadisnya yang difikirkan pandai menjaga diri.

Lalu wanita ini memberikan sepenuh kebebasan kepada Alin. Berkawanlah tetapi sebagai orang Islam Alin sudah tentu tahu batas batasnya.
“Alin buka lagi anak kecil. Mak cik tahu Alin boleh bezakan yang mana satu baik dan buruk. Bukan dia seorang saja, adik beradiknya  yang lain juga begitu. Mak cik percayakan mereka. Mak cik percayakan anak anak mak cik.

“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Ap yamg lebih memedihkan ibu tua ibi, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.
Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.

Sejak itu Lina Joy, jarang jarang pulang menjenguk ibunya. Apabila diminta memberikan penjelasan, Lina Joy cuba mengelak. Wanita ini mahukan kepastian benarkah apa yang didengharnya? Mulanya keluarga bertindak keras mahu Lina Joy pulang segera dan beritahu apa yang sedang berlaku. Apa yang mereka lakukan sia sia. Kekerasan tidak akan dapat memujuk Lina Joy.

“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.
“mak cik kata, kalau Alin nak kahwin, mak cik tak halang. Siapa pun lelaki pilihan Alin, mak cik terima tetapi Alin mesti ingat agama kita. Jangan di ubah ubah. Kahwinlah, tetapi jangan sampai tukar agama,” kata wanita ini lagi.

Pelbagai usaha sudah dibuat, Lina Joy tetap dengan keputusannya mahu berkahwin dengan lelaki yang berlaina agama dengannya. Lalu wanita ini pujuk Lina Joy supaya kenalkan padanya siapa bakal calun suami anaknya itu.

“Alin bawa temannya itu kerumah. Orangnya sederhana, tutur katanaya elok saja. Mak cik tanya betulkah dia nak memperisterikan Alin? Betul, katanya. Mak cik kata lagi, kalau nak kahwin dengan anak mak cik, dia kena masuk Islam. Jangan sesekali bawa Alin tukar agama. Mak cik minta padanya, tolong jangan suruh Alin buang agama Islam,” kata wanita ini dengan linangan air mata.
Namun jawapan yang diberikan teman lelaki Lina Joy amat mengecewakan wanita ini. Dia memberitahu belum bersedia mahu menukar agama asalnya kepada Islam tetapi berjanji akan menjaga Lina Joy.

“Mak cik kecewa, mak cik pujuk Alin jangan sampai murtad. Kalau Alin tak kesian kat mak cik, Alin kesianlah kat arwah ayah dan adik adik yang lain. Takkan Alin buang Islam kerana lelaki.
“Alin diam. Alin langsung tidak melawan. Apa saja yang mak cik kata Alin akan dengan tetapi yang peliknya Alin masih tidak berubah. Mak cik nampak Alin betul betul cintakan lelaki itu.
“Hati mak cik terluka. Mak cik menangis. Mak cik tidak tahu lagi bagaimana nak pujuk Alin. Macama bermimpi seorang anak gadis yang menjadi harapan keluarga tiba tiba  murtad,” luah ibu ini penuh kecewa.

Akhirnya wanita ini mendapatkan bantuan lain. Sebelum Lina Joy pergi jauh, anaknya itu perlu diselamatkan. Wanita ini bertemu beberapa orang ustaz dan bekas mufti, jemput mereka datang ke rumah dan temukan dengan Lina Joy.

Ustaz tanya kenapa Lina Joy mahu keluar Islam, bukan kah Islam itu agama yang sempurna. Lina Joy berika macam macam alasan. Lina Joy berdebat dengan ustaz tersebut. Bagi Lina Joy, menukar agama itu bukan satu kesalahan. Kata Lina Joy, biarpun dia memeluk agama lain, ini tidak bermakna dirinya melakukan kesalahan yang melanggar  undang  undang. Semua orang bebas beragama dan tidak ada satu agama pun di dunia ini meminta penganutnya berbuat jahat. Lina Joy mempersoalkan kenapa dia tidak boleh memeluk agama lain?

“Mak cik terkejut. Tidak pernah mak cik lihat Alin berkasar begitu. Jauh disudut hati mak cik berkata, memang Alin tak sayangkan Islam lagi. Alin benar benar sudah murtad. Mak cik tak  tahu apa lagi yang boleh mak cik lakukan,” tuturnya.

Ada pihak yang meminta wanita ini agar membiarkan saja Lina Joy. Nasihat sudah, pujuk pun sudah tetapi Lina Joy tetap tidak mahu kembali kepada Islam. Pedulikan.
“Mereka suruh mak cik biar saja. Tapi mak cik kata, tidak. Alin anak mak cik, mak cik takkan izinkan dia membuang Islam.

“Mak cik lahirkan dia dengan darah Islam. Mak cik didik dia dengan Islam, tak mungkin mak cik izinkan anak mak cik murtad. Kalau ada yang kata mak cik benarkan Alin tukar agama, itu salah. Cerita itu tak betul,” tutur wanita iru tegas.

Wanita ini menafikan cerita yang kononnya Lina Joy tukar agama setelah mendapat restu daripada ibunya. Semua cerita itu palsu. Pun begitu kasih sayang wanita ini tidak pernah berubah meskipun anaknya, Lina Joy sudah murtad dan meminta mahkamah meluluskan permohonannya membuang perkataan Islam dari dalam kad pengenalannya.
“Mak cik tidak sekali kali membuang Lina Joy. Rumah ini sentiasa terbuka untuknya. Mungkin mak cik bertuah kerana sehingga kini Alin masih menghubungi mak cik melalui telefon. Mak cik tahu selagi mak cik tidak melupakan Alin selagi itu Alin mengingati mak cik,” ucapnya lalu mengesat air mata di pipi. 

Mastika bertanya, bilakah terakhir wanita ini menatap wajah Liba Joy? Bagaimana orangnya? Berubahkah?
Wanita ini memberitahu, Lina Joy tidak banyak berubah. Masih menghormatinya sebagai ibu. Malah setiap bulan Lina Joy tidak lupa menghantar wang perbelanjaan kepada ibunya. Mastika juga diberitahu, Aidilfitri tahun lalu, Lina Joy pulang  kerumah dan bersama sama meraikan Hari Raya.
“Dia cium tangan mak cik. Dia kata dia minta ampun, dia peluk mak cik erat erat. Dia juga minta ampun dari abang dan kakaknya. Mak cik ampunkanya tetapi mak cik kata baliklah kepada Islam. Jangan lengah lengahkan masa.

“Alin jawab: ‘tengoklah nanti’. Mendengarnya mak cik lega. Sekurang kurangnya Alin masih memberikan harapan. Malah Alin juga memberitahu mak cik, dia tidak berniat  mahu mengajak orang lain murtad, tidak. Tindakan Alin hanya disalahertikan oleh sesetengah pihak,” cerita ibu ini.
Aidil Fitri tahun ini, ibu ini tidak pasti sama ada Lina Joy akan pulang di pagi raya atau sebaliknya kerana sudah hampir lima bulan Lina Joy menyepikan diri. Menjenguknya tidak, telefon pun tidak. Harapan wanita ini biarlah di pagi raya nanti dia boleh mendakap tubuh Lina Joy.

“Sejak mak cik balik, dari umrah, Alin tidak lagi menghubungi mak cik. Kali terakhir dia menghubungi mak cik, dia suruh mak cik jaga diri baik baik. Mak cik tanya, Alin balik tak? Sebab mak cik buat kenduri sebelum berangkat ke Mekah tapi Alin kata tak boleh sebab dia dah tukar kerja ke Sarawak.

“memang mak cik ada beritahu Alin, mak cik ke Mekah mahu doakan Alin agar balik kepada Islam, balik ke pangkuan  mak cik.

“Alin tak boleh marahkan mak cik sebab Alin kena faham mak cik buat semua ini sebab mak cik sayangkan dia. Mak cik berdoa untuk kebaikan dia,” luah wanita ini.
Doanya yang dilafazkan di hadapan Kaabah beberapa bulan lalu tidak  pernah lekang dari bibir wanita ini. Itulah satu satunya harapan ibu tua ini, melihat anaknya kembali kepada Islam.
“Baliklah Alin, baliklah pada Islam sementara mak masih ada lagi ni,” rayunya dengan linangan air mata.


Dah kenal dan tahu kisah Lina joy?Jangan contohi Dia.Kalau korang nak bercinta dengan org bukan Islam memang tak salah tapi korang kena bawak dia masuk islam dan ikut cara hidup islam bukan korang yang ikut dia.Bukankah islam itu semudah-mudah dan sebaik-baik agama?Kalau dah hidup korang pon sosial,agama entah kemana,jangan mimpi nak kahwin dengan foreigner yang pakai kereta Jaguar.

P/S:Dengar cerita bangla romantik dari lelaki melayu.Yeke?Kbai

5 comments:

Unknown said...

jadikan pengajaran...

Tropical Ice Cream said...

nk anak kacuk kot ??hee

Unknown said...

panjang! padat!

goodwork

hendra said...

mana ada bangla romantik... bangla keje dgn aku tau la.... kekeke. diorg pun laki-laki juga sama dgn org kita. mungkin pengaruh industan pun salah 1 sebab gak org ckp romantik maklum ada rupa. Apa2 pun kalau dah lelaki tu biasa la laki2 ayat power, ada duit skit, ada rupa skit n kena cara kena je jln la. Kesimpulan pe2 pun niat tu yg penting... i like.

Unknown said...

makasih infonya,,
sangat menarik dan bermanfaat,,
mantap