Friday, 29 April 2011

kawan yang boleh dan tidak boleh dijadikan sahabat


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pembaca semua apa khabar?sehat tak?harap anda semua sehat.ececeh:PP
takpernah aku mulakan entry macam  ni,rasa best pulak bila mulakan macam ni.terasa aku ni seorang yang caring.wahaha:DDD
okaylah,Hari ni tiba-tiba aku rasa nak mengetengahkan isu sahabat.
First of all,aku nak tanya korang semua,Berapa ramai orang yang korang gelarkan sebagai sahabat?

bukan semua kawan yang kita boleh gelarkan mereka sahabat.Erti sahabat itu adalah sangat bererti,kerana sahabat itu ibarat teman sejati,yang boleh berkongsi masalah,yang menangis sama sama dan senang bersama dengan kita.
Tapi  nak jadikan seorang itu sebagai sahabat memerlukan masa yang sangat lama,seperti kita mengenali kekasih kita,kita perlu mengenali hati budi dia dulu takkan nak terus kahwin.Untuk memilih seorang sahabat tak semestinya kena kaya ataupun miskin,yang penting hati.Kalau macam aku,aku ada ramai kawan tapi ada segelintir yang aku gelarkan sahabat,kawan baik,kawan rapat dan kawan biasa.


Ada jugak orang yang kita anggap dia sebagai sahabat tapi dia just anggap kita kawan biasa je,agak kecewa tapi nak buat macam mana,takkan nak paksa pulak.Okaylah,Cakap banyak pon tak guna,

Jom kita kenal jenis-jenis manusia yang harus dielakkan untuk dijadikan kawan jauh lagi sahabat.

1.Hasad dengki
Ini yang tak gemar ni.bila kawan dia lebih sikit je daripada dia,dia akan dengki gila-gila ni.ha.lepastu mulalah cerita perkara bukan2 pasal kawan dia,bukak pekung kawan dia dekat semua orang,padahal kawan dia dah kata benda tu rahsia.Kalau tengok cerita indon kan,konsepnya takkan lari,mesti ada perempuan suci sorang dan perempuan penuh hasad dengki sorang,bila perempuan suci tu nak kawen dengan cowok hensem,mesti perempuan lagi sorang dengki dan akan buat apa je untuk gagalkan rancangan perempuan suci.lebih kurang macam tu lah.

2.keypochi
ish ish ish.keypochi ni memang si penyebar cerita yang paling pantas sekali dari berita tv3,dia ni macam mami jarum lah kan,dok sibuk hal orang je keje dia.biarlah si tipah tu nak pakai baju warna oren,seluar warna hijau pon,sibuk kenapa.Si keypochi ni,kalau orang dok baik punya gosip,dengan lajunya dia mesti nak menyampuk jugak sebab taknaklah terlepas berita panas,lagi-lagi cerita pasal budak yang beliau benci,haruslah sebarkan lepas dengar kan.

3.Tikam belakang
ha jenis kawan macam ni lah seboleh-bolehnya kita elakkan.nak ke seorang kawan tikam kita dari belakang,cakap belakang tak gentle lah bro,sila cakap depan lah kalau berani.Kawan yang macam ni,biasanya dia seorang yang sangat putar alam,aku rasa si david teoh cakap lagi aku faham kot daripada kawan jenis macam ni.Mula-mula depan kita bukan main puji lagi,kita baiklah,comel lah,rahsiamu rahsiaku jua lah,bila depan orang lain,semua tu hilang.

4.penipu
Ini yang aku paling tak suka ni.Untuk tutup satu penipuan,kita harus menipu lagi sekali.ha.kalau macam tu hidup kita diselubungi penipuan.susah lah macam tu bro.Kalau orang tanya,jawab jela dengan jujur.takpayah lah nak menipu,kalau kantoi sendiri,kau yang malu nanti.If ada orang tanya"Blackberry kau macam china made je.yeke?mana kau beli?" jawab jela memang china made,takpayah nak cakap Blackberry kau original made la,beli dekat KLCC la,sebab kawan kau tanya macam tu,dia nak psycho kau je,dia dah tau dah application dalam HP kau memang china made dan beli secara longgok(: si penipu ni,kalau kantoi,reaksi dia antara dua,terdiam ataupun akan belit belit cerita lain.ish ish.naughty betol.

ha.macam mana?memang sakit hati kalau ada orang-orang yang macam ni,rasa nak delete je dari dunia ni dan jangan haraplah aku nak refresh kau balik untuk wujud dalam desktop aku kan.kalau ada dan dah jadi kawan pon,janganlah kita bermusuh pulak dengan dia.kalau boleh,kita nasihatkanlah dia untuk menjadi lebih baik atau doakanlah untuk dia,mereka pon manusia jugak..

moh tengok kawan yang kadang-kadang boleh dijadikan sebagai sahabat

1.caring.
Kawan yang caring ni memang membuatkan sesiapa sahaja akan terharu dan membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin.Bila kita sakit je,dia yang terlebih risau dekat kita,padahal kita biasa-biasa je,tapi dia yang sibuk belikan ubat,jaga kita waktu kita sakit.Yang paling bestnya dapat kawan caring ni sebab kalau kita tak ada duit nak makan,dia akan hulurkan duit dia dulu,kadang-kadang tu dia akan cakap "kau pakai duit aku dulu,kalau ada duit kau bayar,kalau tak ada,takpayah bayar,eh takpayahlah bayar,aku belanja kau"seronok kan ada sahabat yang caring?

2.satu kepala
Nak cari sahabat  yang satu kepala memang susah sikit,kawan memang ramai tapi bukan semua satu kepala dengan kita,,kebanyakkannya tak akan faham minat atau tujuan kita,masing-masing akan cakap kita ni poyo.macam aku,aku suka gelak besar punya,aku suka buat lawak bodoh,nasib baik ada sahabat aku azlinda yang suka dengar bebelan aku dan gelak besar sama-sama dengan aku.cuba bayangkan hidup tanpa geng yang sekepala,korang buat lawak bodoh yang bagi korang memang lawak gila lah,tapi dia tak gelak dan buat bodoh beserta tak faham lawak yang korang cuba sampaikan.bayangkan cepat.dah?okay sekarang sila hargai kawan yang sekepala dengan korang.

3.menidakkan tindakkan kawan,bukan mengiakan.
Seorang kawan yang baik adalah apabila dia menidakkan tindakan kawan dia,bukan selalu mengiakan.ya memang aku sangat setuju,kawan yang baik akan melarang kawan dia daripada ada niat jahat,bukan sebab nak jaga hati kawan dia,dia pon ikut dan setuju je dengan kawan dia.itu bukan seorang kawan yang baik walaupun niat dia murni tapi itu bukan caranya.

4.tak berkira
Ha yang tak berkira ni bagus.kalau kita nak pinjam barang dia je,dia akan cakap "amik jela",tapi bila dia dah bagi pinjam,janganlah kita naik lemak sampai taknak pulangkan barang kepunyaan dia pulak,kalau pinjam baju dan dah berkali kali korang pakai pandai2lah untuk basuh ya.jangan biarkan bau ketiak korang melekat dekat baju dia,melampau namanya tu.dah tau dia tu tak berkira jangan ngade ngade nak cakap "aku pinjam awek or boyfriend ko hari ni boleh tak?"kalau kawan korang jawab ameklah jugak,sah kawan korang tak sayang awek or boyfriend dia.haha:PP ataupun dia amalkan sikap,sharing is caring:PPP




Okaylah malas nak menaip panjang,yang penting renung-renungkan apa yang aku cuba sampaikan dan selamat beramal(:

P/S:no body perfect.Terima kawan kita seadanya(:
INGAT! TAK SEMUA KAWAN BOLEH DIJADIKAN SAHABAT.
salam ukhuwah(:

Thursday, 28 April 2011

sebenarnya cita cita aku ialah ingin menjadi penulis novel


first:*KLIK SETIAP GAMBAR UNTUK TUMBESARAN .(:

Sebenarnya itulah cita-cita paling murni pernah aku fikir waktu aku darjah enam.Tapi ada jugak side cita-cita aku.contohnya cikgu,polis,doktor,askar,bomba.Bila cikgu suruh bagitau apa cita-cita aku,mesti aku jawab aku nak jadi Doktor.agak pelik,kenapa aku tak jawab aku nak jadi penulis novel ye masa tu.Mungkin masa tu,semua kanak-kanak sebaya aku,cita-cita hampir serupa,bukan hampir serupa,tapi memang serupa.cuba korang refresh balik memory korang,apa cita-cita korang waktu berada di sekolah rendah?benda yang aku sebut tadi,mesti tak lari kan?huhu:P

Yela,mana taknya.masa sekolah rendah tu,cikgu asyik cakap pasal pekerjaan tu je.Semua student kagum dengan pekerjaan cikgu,polis,askar,doktor.ala..kalau tanya budak tadika pon sama jawapan dia lah.opps.lupa cita-cita lagi satu yang common untuk dijawab bagi seorang student sekolah rendah,pilot(:

Nak dijadikan entry,aku ni memang sukalah sangat mengarang,menulis,semua tu hobi aku.boleh tengok ye,aku terlalu sangatlah rajin update blog.sebab apa?sebab aku suka menulis.suka menaip.suka berkarya dari kecil lagi.Karangan aku semua A+ dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Masa sekolah menengah lagi lah,aku sanggup korbankan masa rehat aku diwaktu petang tepat pukul 2 je,aku akan duduk dalam bilik pengawas belajar untuk mantapkan lagi karangan aku dengan ayat-ayat yang superb dan peribahasa.Aku pernah menang pembahas terbaik peringkat daerah gombak masa bertanding untuk tajuk UPSR wajar dimansuhkan.hahah.bangga kejap:DD


okay berbalik kepada cita-cita murni aku tu,aku agak kecewa sebab tak kesampaian.hurm.):

aku pernah call satu production ni,karnadya production,.tapi aku tak ada keyakinan nak bagi tulisan aku dekat dia ,sebab aku hanya seorang budak darjah 6,kerja aku bersambung sampailah aku tingkatan 2.Lagi satu masalahnya  ialah cerita aku sangatlah kebudakan.malula kalau aku hantar,mesti kena ketawa beramai-ramai.korang bacalah cerita aku karang masa aku darjah enam.




nak pilih tajuk pon susah tau!

Cerita ni  mengisahkan seorang perempuan,or budak darjah 6 yang meminati seseorang.HAHA.biasalah masa ni aku darjah 6 kan.kenalah karang cerita yang kena mengena dengan aku.Nama perempuan dalam cerita ni ialah ika.Ika ni dijaga oleh pakcik dia yang sangatlah garang,selalu pukul anak dia.Ika ni pulak seorang pelajar pintar,dalam cerita ni,Ika pergi lawatan ke Langkawi dengan rakan sekelas,start tu,dia minat seorang budak ni,nama dia hafiz,siap tulis surat lagi selit bawah pintu hafiz.HAHAH:PPP.Yang paling kelakarnya,aku takleh terima.ada adegan bunuh2 ni.ada orang nak bunuh Hafiz,kuncu-kuncu Daniel,tunang Ika 10 tahun kemudian.Daniel bagi hadiah kereta dekat Ika,bajet sungguh Daniel ni.ingat kaya sangatlah.
Aku pengaruh tengok drama TV ni sampai terikut-ikut jalan cerita drama TV,part parents Ika paksa ika kawen dengan Daniel sebab terhutang budi.wakaakka:DDD

tiba-tiba dah 10tahun kemudian.what the fish.





Cerita Aliaku manja ni aku buat masa aku form 2.masa ni tulisan aku cantik kan kan?(:  Tapi cerita aku still merepek.Cerita ni mengisahkan Alia,seorang yang tomboi,kekurangan kasih sayang parents,so dia ni suka menghabiskan masa dekat luar,di club,masa dia dekat club,Alia ni terperangkap dengan kawan lama dia,sham,sham bawak dia balik hotel,kena rogol.hidup Alia jadi tak best masa tu.dia suka bermurung je.yang kelakarnya,satu hari dia chatting,nama samaran dia Lia asmara,nama laki yang dia chat tuh boyzone,boyzone tu adalah sham,orang yang pernah rogol dia dulu.bila mereka berjumpa,Alia terkejut,Alia tak boleh terima.tapi sebenarnya Sham ni dah lama minat dekat Alia..dan bla bla bla.merepek je cerita.haihhhh.




sekarang ni aku terpaksa lah focus subjek yang aku amek kat Universiti ni.dah tak boleh dah nak mengarang macam dulu,sem2 diploma  ada jugak mengarang satu cerita.tapi aku tak jumpa cerita tu.ntah kemana.



Entah bilalah cita-cita aku ni nak tercapai dengan assignment yang berlambak ,test,quiz dan final year project.
mungkin dalam mimpi kot((:

Monday, 25 April 2011

a few hours with old friends at black canyon.

hello guys!ececeh:PP



Before im having fun for only 4hours with my best best best friends,I have to picked up Syuhada,also known as Kakngah,and Haza,I called her miss Zaza.Tadaaa.introducing them(:



Then,I have to drive until Cheras to picked up one more takbetul friend,she is Amira,known as miwa,you can called her missy eliot if you like,.or or or Beyonce.lalalal:DDD
We're waiting for her,like demmm!"bapak lama kau siap!Dah hujan kot"hahah:DDD

so we  decided to take some picture while waiting for the Diva.haha:PP





After waiting for her about,half an hour.hahha.no no.just 15minute maybe:P  Finally,she's come with her common words "rindu korang.muahmuah,terharu korang datang sini'" (:


At first,Miwa suggested,and craving to eat Nandos,instead of that ,,we choose black canyon restaurant





okay.now let me introduce you what we have ordered.
First,the drink.


Iced green tea with milk for me.mine is so delicious cause i love mint!

Tropical juice for Zaza

Watermelon juice for kak ngah

iced coffe for miwa
Now,the food.For western lover,like me,this is the correct places for you to go. (:
smooth,creamy chicken soup for each steak,its for the day only.yummm.so delicate!

Spagethi chicken with ham sauce,Demm!this is so delicious.i want more more and more!but this is for kakngah.(:

Fish steak,the sauce was really awesome and tangy,I like the sauce with my chicken and fries.

two plates of chicken steak serve with an onion black sauce,bread,tomato,fries.This is for me and miwa.



Rate:8/10 ((:
We pay RM92.50 for all of this delicios food.Its for four person,so i think its really worth.
Black canyon serve western food and also malaysian food.I love western jugak!tak kira.theee:PPPP


After having our dinner and we was like "aku kenyang sangat lah.takleh nak bangun"so the solution is:




Okay enough for gambar gila and tak sopan.tadaaa..the sopan one


Okay I dont know how to end this entry so I uploaded this picture

P/s:I miss My old friends.geng time sekolah,chemello.now,semua susah nak jumpa):



okay toodles.

Saturday, 23 April 2011

Lets the picture tell the story.


oyen

miki

mereka siblings



miki menari

oyen posing








bobo pregnant,tapi dah beranak,tp tp.aku tktau anak dia kat mane):



well,biarkan gambar bercerita.cewaaahhh:P

Friday, 22 April 2011

tiba-tiba aku tak suka lagu firework

kenapa?
sebab dia ni lah kot.
aku rasa macam seram pulak bila tengok pakaian,cara dia sampaikan lagu ni.
Orang cakap lah kan.bukan aku yang cakap dia ni jadi macam ni sebab putus tunang.yeke?
herm..kalau betol la dia putus tunang pon,ada banyak lagi cara lain untuk tenangkan fikiran,contohnya buat buku macam ina naim dulu,putus tunang dengan mawi.hehe:P

setiap minggu ada je video baru yang diuploadnya dekat youtube,aku nak tengok pon serba salah.aku dok tengah2,nak tengok atau tak,kalau tengok,aku pulak yang malu dengan cara dia,mimik muka dia tu.kalau tak tengok.tak boleh pulak nak bergelak ketawa sebab bahan dia.hahah.jahat aku ni:PP



horror dowh dia.
nak kata kawan aku tika,"bodo lah.ni lagu fevret karaoke aku"

gambar atiqah hasan sorang2.
                                            
                                                     tak adil.kena ada aku gak




aku pulak.,kalau aku dengar lagu ni,mesti aku terbayangkan beliau di bawah ini.macam mana nak karaoke lagu ni banyak kali?kalau aku dengar katy perry nyanyi,mesti aku terbayangkan dia.

teacher shida,please..jadilah cikgu english yang normal)): kadang kadang cun pulak aku tengok dia ni bila acting normal lah kan(:


tapi cikgu,lagu ciptaan cikgu ni macam lagu raya lahhh.tapi takpe asalkan cikgu normal.



papepon,aku dah beli memory card camera yang baru,yeay.gembira!



yang tak gembiranya,gambar dalam memory card yang lama,semua burn camtu je!demm!):

Wednesday, 20 April 2011

tahniah kepada diri kau dya

sebab memory card camera kau dah crash.gambar semua hilang.nak upload semua tak boleh

bila attach kat laptop,arahan dia adalah:


format the disk before you can use the memory card.bagus!!

Monday, 18 April 2011

mengulangkaji,berstudy group bersama-sama rakan-rakan.

sebelum aku mengaitkan cerita aku dengan tajuk diatas,biasalah sebelum kita semua nak memulakan perjalanan ke library dan kena menghadap buku,nota yang tebal,makanan adalah amat diperlukan disini.sebab esok adalah first paper kami,kami dah decide untuk belajar bersama-sama.ala study group.

 apa-apa pon kita makan dulu dengan portion yang banyak,penyebab dia adalah lepasni kiteorang nak pergi study,mesti tension.kalau tension mesti lapar.so kami suka makan sebanyak yang boleh,tapi masalahnya,tak habis pon.wahaha:P

malam tu farah order sate and tahu bakar.jap,kalau siapa tak kenal nama kawan-kawan aku ni,boleh tengok dekat entri sebelum ni,aku dah perkenalkan dieorang.Leha order tomyam,Mimi order nasi goreng biasa,Riha order nasi goreng ayam taknak ayam.wahahah:D

aku?aku order kueyteow sizzling(my favourite) dengan wedges.
perlu ke ada gambar makanan kat sini?takpayah lah,korang mesti dah dapat bayangan kan?hee:P
nak order makan ni.senyum sebelum tension

selepas kami makan dekat restoran le-lac.jap jap.nak rekeman,sedap wey makanan dekat le-lac,cukup rasa.siapa pergi shah alam,sila singgah restoran le-lac berdekatan dengan tasik shah alam seksyen 7,corner lot.view restoran ni pon cantik jugak.



okay sambung selepas kami makan,haruslah kami ke destinasi yang sepatutnya,jadi kami pergilah ke library shah alam.mula mula masuk tu memang aku suka tempat ni.yela dengan suasana outdoor.tiba tiba sampai je dekat tempat kejadian.kami bau sesuatu yang tak sepatutnya wujud dekat library yang berkaliber ni.teka bau apa? scroll gambar dulu.jawapan adalah selepas gambar


say cheese my group study for the night.
Tak duduk table same dengan kami,sebab table kami dah penuh


bau taik kucing la weyy.perghh menusuk hidung.bila angin sepoi sepoi bahasa,bau dia lagilah terbaik.jadi kami terpaksalah belajar dalam bau yang sangat best ni.Time bau dia kuat je,kami terpaksa buat macam ni,



first
second
third
masa untuk berehat sebentar walaupun tak ada kitkat.pening belajar.pening pening.nota tebal.tak suka tak suka.padahal esok first paper):

jom layan kejap waktu berehat kami yang simple je iaitu tangkap gambar






p/s:good luck for us untuk esok dan 3paper yang mendatang.
okay bye(,:

Friday, 15 April 2011

seksaan final exam

sekarang ni UiTM tengah dilanda demam final exam.perghh memang seksa lah nak membaca notes yang setebal buku JK rowling.tapi kalau notes tu best macam buku JK rowling ataupun majalah seventeen,aku akan terima dengan hati yang ikhlas lagi terbuka.


dah rabak kad matrik aku


korang bayangkanlah aku nak kena hafal coding,notes semua sekali..ye ye..aku tau korang pon sama kena menghafal macam aku kan.aku lagi rela buat matematik seminggu,tengok relational algebra 2bulan dari membaca.
ni baru sikit.pening pening



Bukan aku nak mengeluh atau menyesal,tapi sebenarnya aku nak mengadu domba je.hehe:DD

seksanya nak menunggu final exam sebab nak kena fikir soalan apa yang bakal keluar,sama ke tidak dengan format semester lepas.
Bertambah seksanya apabila aku tengok orang lain rajin je belajar,dengan buat short note bagai.tapi aku just baca apa yang compulsory je.
lagi lagi tension bila aku tengok orang lain bergembira je,tapi aku kena menghadap final
tapi aku akan jeles bila aku tengok course lain habis final exam lagi awal daripada aku.



aku ni takdela pandai sangat.sebab aku tak pernah dapat anugerah dekan.tapi kalau setakat 3pointer and above tu alhamdulillah la,aku dapat seiring dengan usaha aku,wahhh seiring lah konon:P

P/S:TO ALL UITM STUDENTS,GOOD LUCK FOR US!MAY ALLAH HELP US DURING EXAM.
sebelum exam,baca doa penerang hati dulu,barulah menulis

ingat lagu keramat kita,


(:
ya Allah,kau bukakanlah pintu hati kami untuk menerima apa yang diajar oleh pensyarah kami.kau bantulah kami ketika peperiksaan.kau ingatkanlah kami pada apa yang kami lupa.bantulah kami ya Allah.



insyallah kita boleh buat.(:

Wednesday, 13 April 2011

karaoke adalah kehidupanku:)

aku tau yang membaca entri aku ni pon suka berkaraoke kan?aku dapat baca dari riak muka korang.hee:P
kalau aku,bila rasa-rasa dah bosan je.aku akan pergi shopping mall dulu,bila dah bosan berjalan pula,aku akan cari tempat karaoke,karaoke jamban pon jadilah.asalkan karaoke.huhu:D
tempat yang selalu ada muka aku ni ialah dekat wangsa walk.wahaha.situ memang function lah kan,.lagi satu dekat danau kota.sejam 15ringgit.sangat murah.aku sanggup lah pergi 3kali dalams seminggu sebab nak melepaskan gian kan.

tapi sekarang ni aku duduk dekat shah alam,so tempat persinggahan aku ialah ole-ole.rate dekat situ rm1.00 untuk satu lagu.tapi memang best la tempat dia.bukan macam karaoke jamban dekat kedai game tu,ni dah macam red box dah.

Time2 tension study,tension bergaduh,putus cinta,karaoke lah perkara yang aku akan buat untuk melepaskan tension selain tidur(dalam tidur tak boleh karaoke,itupun nasib2 je kalau dapat mimpi kita tengah karaoke)

masa zaman persekolahan,zaman jahiliah dulu,aku suka buat performance untuk sekolah,untuk dinner fakulti aku,tapi sekarang dah sangat slow,sebab takda tawaran kot.HAHA:P

lagu yang selalu aku pilih masa dalam karaoke box,sepi sekuntum mawar merah,listen,if i were a boy,hero,kesilapanmu keegoanmu,eh banyak lagilah.kalau aku listkan 2 entri belum tentu muat(:

This is my picture dalam karaoke box dengan kawan-kawan.guys you rock!best!
nyanyi lagu dangdut,lepastu menari,bila ada lelaki lintas depan bilik kiteorang,semua terjatuh dekat lantai,sorok muka,malu katanya,HAHA:D

terharu dengan korang sebab masa lagu dangdut kita gelek sama2.lallalala:D
 first aku nak kenalkan dulu,kawan2 aku,budak rumah aku,classmate merangakap friends forever aku.












The end untuk gambar.

P/s:kalau nak karaoke,sila ajak aku lagi.terima kasih.

Tuesday, 12 April 2011

malu,wanita bertudung mencuri.

First:
SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.


Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.


Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di shah alam.



second:


third:


p/s:herm....kenapa....),:

dimana maruah wanita bertudung yang dianggap ikon islam ini.nanti setiap orang yang pakai tudung dituduh jahat.Kenapa mesti  mengambil benda yang bukan hak kita.islam tak ajar kita macam tu.Aku sebagai wanita bertudung,sangat malu dengan perbuatan mereka.

sebab tu lah ada pemikiran sesetengah orang macam ni:
orang pakai tudung bukan semuanya baik pon.pakai je tudung tapi hati busuk.
walaupun aku tak pakai tudung aku tak kacau orang pon.

memang betul bukan semua orang yang pakai tudung baik.tapi tahukah kita semua bahawa untuk pakai tudung itu adalah satu jihad besar dan sukar untuk dilaksanakan.
macam aku dulu.aku free hair.masa aku 19 pernah jugak aku cuba nak pakai tudung.tapi sebab bukan dengan hati yang ikhlas,aku bukak balik.sebab aku tengok fashion sekarang macam-macam.dulu aku gila fashion.asal nampak trend baru je aku nak ikut sama.so ending dia adalah aku bukak balik.then aku try pakai tudung masa pergi ke kelas untuk satu sem.entah kenapa sekejap je.

sekarang ni alhamdulillah aku dah fully bertudung.bersyukur kerana Allah s.w.t memilih aku untuk diberikan hidayah-NYA.syukur alhamdulillah kerana aku masih di beri peluang untuk berubah sebelum aku mati(,:

 Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

astaghfirullahalazim
sesungguhnya kami tidak layak untuk mendapat layanan sebegitu besar ini.

p/s again:jangan memandang serong kepada orang yang tidak bertudung,hormati mereka dan doakan mereka mendapat kesejahteraan dan hidayah.amin(:

Monday, 11 April 2011

project dan assignment seorang student degree in netcentics computing



aku seorang student universiti teknologi mara shah alam.Dulu aku study dekat Universiti teknologi mara lendu melaka.Masa aku baru habis SPM,aku memang sangat tak minat nak belajar.sebab aku baru balik dari PLKN 2007.So,niat dalam hati aku just nak kerja ataupun dalam masa setahun untuk melekat dekat rumah je.
Masa korang tengah busy apply UPU,aku tengah berseronok dekat sabah dengan keluarga aku.ayah aku ada jugak suruh aku apply tapi aku tak minat and buat endah tak endah je.Lastly,ayah aku decide nak mohon diploma in medic untuk pilihan pertama.diploma in computer science untuk pilihan ke berapa aku tak tahu la.


Dalam hati aku gelak besar je bila ayah aku mohon medic untuk aku,sebab aku tahu aku tak layak.paper bio aku dapat C kot.Medic dalam mimpi jela kot.haha.:P


tau2 je aku dapat diploma in computer science.Actually aku tak minat course ni,lagi2 jauh dari family aku.Lagi bertambah aku tak suka.
okay skip.yang penting sekarang is the present not the past.ececceh.poyo.



Sekarang aku bukan nak cerita pasal sejarah hidupku.tapi aku nak cerita pasal assignment and project.



MACAM MANA AKU BOLEH TERJEBAK DENGAN PROGRAMMING,SYSTEM SEMUA NI!

 Kepada yang bertanya and taknak tanya tapi nak tahu aku amek degree in netcentrics computing.pelik kan  bunyi dia?let me explain further.Course aku ni,we will developed an application with the apa tah aku tak ingat.heheh:P
(kalau tak ingat macam mana nak explain further)Well readers,sila guna perkhidmatan search engine anda(:

kalau alam pekerjaan,biasalah system developer,system engineer,system admin.tapi kalau nak kerja paling senang tak payah mengadap server ialah lecturer.HAHA:P
tapi tak jugak lecturer kena menghadap kerenah student yang sangat ramai.



perghh.mesti korang ingat course aku senang kan?susah wey.hidup kteorg diselubungi komputer,coding,project.Tiga benda tu adalah benda wajib untuk setiap hari,setiap minggu.Nak siapkan semua tuh memerlukan emosi yang stabil,kalau tak memang urat dekat otak boleh terputus.
Ada satu subjek yang aku dan rakan rakan tak faham sampai sekarang.that is,netcentrics,aku taktau nak elobrate coding dia macam mana,eventhough there is software given but aku taktau nak faham and guna,
biasalah dalam kelas bila lecturer tanya,faham tak?
pura-pura lah jawab faham sebab nak kelas cepat habis,alasan,kelas membosankan.
ataupun bila dia tanya ada soalan tak?mestila jawapan dia tak.walaupun tak  faham.hahaha


Semester 4 ni masing masing dah macam zombie dah.tidur pon tak cukup,rehat tak menentu.tapi ada satu je yang menentu lagi.iaitu makan.:DD


Tapi Tapi satu yang aku terharu dan suka sangat.Ada seorang lecturer kiteorang ni,dia cakap fakluti kami ni good student,walaweh.padahal aku lah terutamanya selalu je skip kelas dia.nama dia sir ramesh..dia comel and baik sangat,dia ialah lecturer english aku.dia tak pernah marah siapa-siapa pon.Dalam kelas dia kena speak in english,kalau tak potong markah,tapi sir,you are so sweet.we will miss you!



taknak merepek panjang-panjang,ini adalah beberapa dari project kiteorang semester 4 ni.


ini adalah project mandarin.camera yang digunakan ialah HP samsung 3.2mp je.,perkenalkan group member aku.pilihpilih nak mana satu.tapi 2orang je yang single.sila teka.

                                                                                            
wo jiao nur diyana bt Mohamad.wo shi diana.

                                             
wo jiao azlinda mohd satuan.wo shi linda.

                                              
wo jiao solehah mohd nazri.wo shi leha he mishu

                                             
wo jiao nurihah .wo shi riha jingli(pengurus)

                                   
wo jiao nur zalikha bt radzman.wo shi ikha he shoiyuyuan(penjual)



demm!kami kena jadi  pelakon cina sekejap!!This is just an introuduction.Untuk introduction sahaja,antonasi cina dah salah.bagaimana pula dengan kesuluruhan video?faham-faham sendirilah.
*sorry video terbalik.malas nak rotate.



emall.com.home.simple je):

our order page.mcm lelong.com.

table database.simple jugak

lai lai lai.kami buat system untuk jual handphone.haha.madam suruh buat customer boleh upload barang yang nak dijual dengan boleh booked barang.tapi aku tak mahir sangat nak buat benda tuh.

group aku tension sebab kami punya interface,database simple.orang lain semua gempak.database kami sikit je:(



banyak lagi sebenarnya.ni je yang aku mampu letak dekat sini.apa apa pon.kepada sesiapa yang akan menduduki final year dalam masa terdekat ni.belajar rajin-rajin,jangan study last minute.



p/s:aku tension,banyak assignment,nak study,.jangan buat aku marah.memang orang tu kena smack dengan aku.HAHA:DD:

taklah^_^

Saturday, 9 April 2011

bila dapat masuk universiti ibu dan ayah akan pesan:

 serius ni.



masa kita baru lahir or membesar,harapan mak ayah pada kita sangat tinggi.dorang dah advance dah fikir Universiti mana nak hantar anak dorang,walaupun masa tu kita baru berumur 3bulan.mereka dah bercakap dengan kita sebenarnya,

"sayang,dah besar nanti jadi anak yang baik tau.belajar rajin-rajin,masuk Universiti,banggakan mak dan ayah!Muahmuahmuah!sayang dia!"(,:

tapi masa tu,kita tak faham sepatah haram pon.yela sebab kita masih comel sebagai bayi.
tapi sekarang ni kita dah boleh jadi bapak and mak bayi,tapi kita tetap tak faham and tak ikut kata mak ayah kita.nak cakap otak kita otak bayi,tak jugak.Kita selalu lupa pesanan mereka.


1.kak,belajar rajin-rajin tau.jangan melagho je
apa yang kita buat:
taknak belajar rajin-rajin,sebab dalam otak fikir aku dah masuk U mesti dah pandai.


2.kak,duit PTPTN tu gunakan untuk beli buku,bayar sewa rumah dengan makan je tau
apa yang kita buat:
masa duit PTPTN tengah banyak,
biasanya perempuan dengan baju,makeup baru.lelaki dengan gadget and modified kereta.,nak habis sem je,buat muka simpati,balik rumah mintak kat father and mother @ FAMA.


3.kak,dekat sana,belajar je,jangan bercinta pulak.nanti merosot pelajaran.
apa yang kita buat:
sesi mencari jodoh di setiap fakulti untuk dijadikan teman belajar sama-sama,teman makan,teman minum,teman pergi toilet.


3.kak,dah sampai rumah,telefon mak tau.
apa yang kita buat:
bila dah sampai kol bf or gf dulu baru mak.itupun kalau ingat la dekat ibu dan ayah kita.ataupun tak kol langsung ,alasan,lupa.


4.kak,solat jangan tinggal,selalu berdoa pada DIA agar dipermudahkan segala urusan pelajaran
apa yang kita buat:
buat buat tidur,sakit,tak sempat nak solat.alasan,penat baru balik kelas


5.kak,kereta dan motor yang mak dan ayah bagi ni.untuk pergi kelas je tau.jangan bawak pergi tempat tak senonoh and merayau pulak.bahaya.
apa yang kita buat:
ah peduli apa,bahaya tak bahaya lah.,bawak jugak pergi tempat yang agak tak senonoh tu.janji puas,kereta baru kan.


6.kak,akak lah harapan mak dan ayah.ingat tu
apa yang kita buat:
tak ingat dan dalam hati mesti fikir,ala abang,adik ada lagi.tension la,takkan aku sorang je harapan mak and ayah aku!aku tak pandai mana pon!tension!!


7.kak,awak duduk jauh dari keluarga.tolong jaga diri elokelok,kalau susah minta tolong kawan awak atau call mak and ayah
apa yang kita buat:
bf and gf kita yang jaga kita.bila susah.,mintak tolong bf and gf jugak.tak ingat mak ayah.



sama-samalah kita merenung diri masing-masing..
aku buat entry ni untuk diri aku jugak.nak mengingatkan diri aku ni yang sangat nakal nakal manja ni:D
sayangilah ibu bapa kita sementara mereka masih berpijak pada bumi ini,dengarlah kata,jangan degil,kalau degil,babap kangg!baru ada akai!

kita takkan merasakan apa yang mereka tanggung selagi kita tak bergelar ibu dan bapa.masa kita dah ada anak nanti,baru kita tahu,betapa sakitnya hati ibu dan bapa kita dulu melayan perangai tak senonoh kita ni.itulah karma kehidupan







ayah and mak,maafkan anakmu yang nakal ini ya.kita sayang sangat dekat mak and ayah,walaupun kita sangat nakal dan tak terniat pon dalam hati nak buat apa yang mak and ayah tak suka,hakikatnya,kita sangat rindukan mak and ayah),:



p/s:Mereka tak mintak duit sebagai balasan.tapi mereka nak lihat anak mereka berjaya dunia akhirat.
(,:

kalau ada apa-apa pesanan yang aku tertinggal,please kongsikan,aku nak tau jugak(:



kasih ibu sampai ke syurga,kasih bapa selamanya,kasih BF dan GF,sampai ke JAIS.wahahah:P

Friday, 8 April 2011

kami suka sangat orang yang hisap rokok.

tangan dekat bahu,mata dekat atas.:)

ohyeahhhhh!
nowadays,rokok lagi laku dari semua barang.walaupun harga rokok melambung naik harga.tapi tetap orang nak cari jugak rokok tu.tak kiralah jenama apa pon.asalkan rokok.

tak kira jantina pulak tu kan.

 lelaki nak hisap rokok sebab nak hilangkan tension,nak tunjuk macho la,kalau tak hisap rokok bukan lelaki namanya.wahhh ada ke kalau tak hisap rokok dia terus digelar perempuan?nak jugak aku jumpa orang macam tu.

perempuan pon apa kurangnya,buruk rupa kalau perempuan merokok ni.
bak kata lecturer ekonomi aku sem lepas la,bukan aku okay yang cakap.
"women whos smoke,she look like  a b***h for me"(my economy lecturer,2010)

terkejut jugak aku bila dia cakap macam tu kan.tergamak lecturer aku mengeluarkan kata kata carutan di situ.dalam kelas tu siapa minum cocacola dia terasa gasnya.

perempuan ni hisap rokok generally sebab dia nak tunjuk yang dia hebat,dah dewasa,nak menunjuk padahal masa merokok tu tak sedut asap tu,tapi luahkan balik sambil terbatuk batuk.demm!.baik kau berhenti merokok sekarang!buruk lah!

cool ke?tak cool la.kumpulan kool pon tak terima kehadiran mereka.

makcik ni belum tentu cool lagi.





wow!okay!makcik ni memang sangat cool!

daddy daddy cool,daddy daddy cool.kalau daddy memang cool merokok,anak pon akan ikut sekali lah cool kan diri dengan rokok.apa aku cakap ni??

kalau merokok ni.memang dapat penyakit tu dah confirm dah,memang tak syak lagi kan.
ala takpayah susah susah nak beli motor ex5 untuk merempit lepastu bila accident paling kurang patah riuk,paling lebih tercabut sana sini.kadang kadang tu ada yang "pergi" terus,tak syiok la.

dengan merokok ni,si perokok akan mati perlahan perlahan.kos dia murah je kan?ala berapa sangatla RM10.00 tu nak dibandingkan dengan beli topup untuk message  pasangan korang.eh ada eh?:P
ala setakat penyakit ni yang korang dapat apadahal.benda kecik je kan?come on baby!you all tough!kagum aku:O
ala.biasa je ni.cuba pergi check kat hospital,mesti paru-paru korang dah macam ni.aiyo.tak tahu=,="


kanser mulut.nak satu ke?silalah.
ya ya.kanser mulut lagi.tapi apa yang lain dalam gambar ni?orang dia lah:)

dah terang terang dah dia tulis situ.malas nak merepek kat gambar ni.

aku taktau kenapa gambar ni jadi favourite aku.ntah kenapa.hati ku meronta tertanya tanya.gigi siapakah ini?

to parents:
didiklah anak anda yang masih kecil,jangan bagi dia jadi seperti ini
sambil memikirkan mak akan masak apa kat rumah.


eh budak!bukan main lagi kau!
ada ke parents baca blog aku?haha:P
bantai je.adik abang yang baca,tolong sampaikan.education ni ^_^





jika anda merasakan semua rokok berkhasiat,fikir semula.wowowow:D
 

p/s:  
jangan merokok depan orang yang anda sayangi sebab,dia akan terhidu asap rokok korang and jangka hayat dia akan lebih pendek dari korang.kalau korang nak sakit,sakit sendiri.jangan drag orang lain.sayangilah mereka walaupun itu hanyalah kucing anda.
(: