Friday, 28 October 2011

Seram.Rumah dan Kawasan sekitar shah alam


 
 
CAK SEMUA!!!



Eh entri Seram?Lama betul Blog dya tak buat entri seram kan?Yela Korang ingat kerjaya aku mencari hantu 24 jam lepastu upload cerita dekat blog ke?Blog aku bukan cerita pasal hantu-hantu je,tapi ada jugak cerita pasal kisah hidup aku yang best tu.Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca setia yang menunggu entri seram daripada aku yang sebenarnya kisahnya takdelah seram sangat.Tapi seram jugakla sampai korang takut nak tidur sorang malam ni.Boleh ke macam tu?*Sambil senyum sinis.

Sebelum tu,lupa nak tanya,korang apa khabar?Okay tu je aku nak tanye.Kbai.

Berbalik kepada cerita aku ni,Aku kan dah lama tak buat aktiviti yang macam ni disebabkan kesibukan dan sebab takde geng yang satu kepala untuk pergi.Nak dijadikan cerita aku pon menyatakanlah hasrat aku untuk pergi dekat housemate aku,Fiza,dia cakap "jomla.Tak kesah".Rupanya dia pon satu kepala dengan aku jugak,dulu Fiza ni belajar dengan Kolej shahputra,Kuantan,Kalau dia tension belajar,dia akan pergi macam-macam rumah untuk release tension dan saja je nak mendapat kepuasan sama macam aku cuma bezanya dengan aku adalah aku tak pernah release tension dengan pergi rumah-rumah camni,aku pergi sebab terADDICTED.Fiza ni senang nampak makhluk halus tau.Nak tahu kisah selanjutnya?Boleh sabar dan baca sampai habis tak?


Malam jumaat semalam,pada jam 9.30 malam aku saja meronda sorang-sorang dekat area seksyen 2,Korang tau kan yang area seksyen 2 adalah perumahan terawal dekat shah alam,so banyakla rumah yang kosong dan tak ada lampu jalan ditambah dengan pokok yang banyak,tinggi dan seram.Aku saja je pergi sensorang sebab aku nak tau apa rasanya bila pergi tempat-tempat macam ni bila tak ada teman.Herm memang seram aku cakap kau.Aku ronda cari lokasi rumah best dan aku tengok banyak kali.Bila dah confirm rumah mana yang aku dan Fiza nak pergi,baru aku amek Fiza dan kiteorang mulakan operasi pada tepat jam 12 malam.



Lokasi pertama yang kiteorang pergi adalah rumah corner lot seksyen 2,Rumah ni sederet dengan rumah yang dikatakan berhantu sebelah sirim tu dan rumah tiga segi.Herm rumah tiga segi tu pon ada cerita yang tersendiri tapi sekarang dah ada orang duduk.Rumah yang kiteorang pergi ni memang agak seram,dinding dia warna hitam,barang-barang semua bersepah,standard rumah tinggal la kan,pokok tinggi memang berlambak-lambak.Ada pokok pisang jugak.Aku pelikla asal rumah yang seram dan anker je mesti ada pokok pisang.Mungkin pasal cuaca kot.Sorrylah aku dah lama tak belajar sains so aku tak ingat.Kawasan perumahan ni sangat sunyi,jiran sebelah pon macam buat taktahu je.Aku nak panjat tapi macam tinggi pulak,and memang aku dah rasa lain macam,Dekat sini aku dapat tangkap gambar orbs dekat balkoni je,Mungkinkah benda tu tengah mengintai kiteorang di balkoni tersebut?Entah


Lepastu kiteorang singgah jap rumah sebelah bangunan sirim yang ada kisah tersendiri tu,
Penghuni sebenar rumah ni adalah family cina dan ada perkara yang terjadi, tapi aku tak tau apa,ada yang cakap kes bunuh,entahlah.Lepastu rumah ni terbiar lama,Bila ada orang sewa,mesti sekejap dan akan keluar balik sebab dieorang asyik kena kacau je.Ada yang sewa rumah tu dan bila bangun pagi badan calar balar,kena pindah tempat,bila malam je macam riuh ada party tapi sebenarnya kosong,tak ada orang,Rumah tu pernah dijadikan tempat belajar english dan sekarang dah jadi pejabat dah,so setiap pagi korang akan nampak kereta dan staf-staf dekat situ,tapi jam 7malam je,senyap sunyi rumah tu.Gelap gelita.




Lepastu kiteorang pergi ke rumah tinggal di seksyen 3 berdekatan dengan Caltex pulak.Rupa rumah ni macam rumah tinggal seksyen 2 tu,tapi bukan dan tapi lagi rumah ni seram jugakla.Kiteorang berhenti tepi jalan dan oleh sebab kereta kat situ asyik pandang kiteorang,kiteorang blah dari situ.Jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi.Cewaahh macam buat karangan pulak.Fiza ni tak pernah pergi banglo kayangan seksyen 12,so aku nak bawak dia jalan-jalan dekat seksyen 12 tu,lepas dah tunjuk kiteorang pusing mencari rumah besar yang lain.Kiteorang pergi ke rumah belakang banglo kayangan,hajat hati nak masuk,bila nak masuk je,ada je lampu-lampu berdekatan rumah tu menyala,camno nak masuk?Lepastu kiteorang stay luar rumah tu sambil setting camera dan tiba-tiba Fiza cakap "serious ada benda tengah tengok kita skang ni Dian dekat celah-celah pokok kat rumah tu".Heh aku terkejut jugak tapi aku tak nampak,yang aku nampak adalah benda melintas di belakang kereta aku.


Jalans seksyen 12

Lepastu kiteorang meronda satu seksyen 12 tu dan capture gambar jalan seksyen 12,Seksyen 12 jugak adalah kawasan terawal di shah alam dan dipercayai kawasan tu sering menjadi kawasan pembuangan makhluk halus.Wallahualam.Macam-macam jenis rumah yang kiteorang jumpa,tapi satu rumah yang menarik perhatian aku adalah istana tinggal milik Tunku Andika,memang besar dan antik.Hajat hati nak masuk,tapi dinding tinggi,pagar berkunci yang aku berangin tu,jiran dia tak reti ke nak tutup lampu luar,semua nak menyala,macam mana kiteorang nak buat kerja ni?*Hehe.Then kiteorang tunggu kawan Fiza sampai,Nama dia Zak.Zak ni lagilah ada benda follow dia dari dia kecik,Nak cerita lebih-lebih tak boleh sebab aku tak dapat kebenaran dari dia untuk cerita kisah hidup dia dekat blog aku,yang pastinya Zak dan Fiza sama-sama pernah kena rasuk.Sekali kena rasuk,memang senanng benda tu nak masuk lagi.Ye dak?Pukul 2 lebih aku amek Zak dekat rumah dia,dan sekali lagi aku bawak mereka ke banglo kayangan seksyen 12.

Aku nak masuk rumah tu buat kali kedua,Tapi si Zak ni tersuluh benda tu dekat banglo kayangan tu,terus dia cakap "aku tak ada keberanian nak masuk".Fiza cakap first time Zak tak berani masuk sebelum ni dekat kuantan dia berani je siap masuk rumah Mona Fandey dekat Kuantan.Then boleh tak zak nampak lagi benda tu tengah jenguk kiteorang dekat Balkoni?Zak cakap benda tu beralih-alih tempat,Zak suluh dekat Balkoni tu,Fiza nampak tapi aku tak nampak sebab aku ni jenis yang boleh nampak secara tiba-tiba dan boleh rasa je kehadiran benda tu.Tapi dieorang ni rare.Terfikir jugak aku,kalau Fiza ngan Zak kena rasuk,aku kena buat apa?Lari ke tolong?*Haha.Tak sampai berapa minit,Dieorang dengan ada gema dekat dalam rumah tu.Macam biasa aku tak dengar,tapi aku rasa panas di muka dan tangan aku,aku mengiggil,Fiza cakap masa tu aku dah lain.Lain macam mana?Aku sendiri tak perasan.


Jam dah menunjukkan 2.30 pagi.Lagi setengah jam nak 3 pagi,waktu benda tu aktif.Zak cakap ada satu rumah agak besar di seksyen 3,Kiteorang pon pergi mencari dan yes rumah tu memang seram.Memang seram,Boleh tak yang tiba-tiba si Fiza nampak benda tu di celah semak samun dan tiba-tiba dia nampak dekat cermin tingkap benda tu tengah jenguk secara perlahan.Fiza cakap memang seram.Zak pon nampak tapi di cermin yang berlainan.Aku nampak apa?aku pulak nampak ketakutan di muka aku sendiri.Herm masa tu kepala aku rasa dicucuk-cucuk dan  leher aku rasa berat,lenguh.Fiza pulak rasa ngilu di belakang badan,dia kata satu rasa yang susah nak diterangkan sebab dulu pon dia pernah kena macam ni jugak.Cerita Fiza dan Zak lagi scary,tapi aku tak tanya dan tak dapat lagi permission dieorang untuk cerita lebih-lebih pasal apa yang dieorang alami,Nanti aku try tanya eh kalau korang nak baca la.

Macam biasa tips lepas tengok dan pergi tempat-tempat macam ni,lepak dulu satu tempat selama mana yang korang nak,supaya benda tu tak ikut korang balik.Meh aku nak cerita sikit,ada sorang lelaki ni,dia suka jugak pergi tempat yang macam ni,then lepas buat aktiviti ni,dia lepak kedai mamak,kawan dia boleh pulak nampak benda tu dekat belakang Lelaki ni.Lama la jugak benda tu dekat belakang lelaki tu,lama-lama dia hilang.Siapa lelaki tu?kawan ex aku,See kepentingan melepak disitu?


Aku dan Fiza sampai kat rumah jam 3.30 pagi..masa aku dalam toilet,aku dengar macam Fiza bercakap dengan kawan aku,dia cakap "Linda,tidurla dalam bilik" sebab masa tu Linda tidur dekat luar.Aku pelik dan aku tanya Fiza tapi dia tak cakap apa-apa pon sebenarnya dan Linda tengah syok tidur dekat ruang tamu.Herm?

Boleh tak aku nak cerita dekat sini yang haritu aku tidur sorang-sorang dalam bilik rumah sewa aku,jam 3.30 pagi aku dengar ada bunyi gelang kaki,macam bunyi emas,entah susah aku nak explain,yang pastinya budak rumah aku takde sorang pon pakai gelang kaki dan masa tu semua tengah tidur.Sebenarnya aku ni selalu terjaga tepat jam 3 pagi,pernah sekali aku dengar bunyi siulan betul-betul sebelah telinga aku,aku sendiri tak tahu kenapa.Nak percaya,silakan,taknak percaya sudah.

P/S:Fiza cakap sebenarnya tak elok tidur dalam gelap sebab benda tu suka.Dahlah aku ni kalau nak tidur,memang kena dalam gelap.So korang sebenarnya dah boleh tidur betul-betul bawah lampu neon.kbai.

P/S:kat mana lagi ada rumah hantu selain tempat-tempat yang aku pernah pergi sebelum ni?kalau tahu,tolong email atau comment dekat sini,Tapi pastikan kawasan tu sekitar lembah klang.Kbaibai.

P/S:Dalam episod kali ni 2kali aku nampak ada benda melintas di belakang kereta aku.Hesh kbaibaibai.

Tuesday, 25 October 2011

SIAPAKAH SI AHLI SIHIR

AZLIN BT ABD JALIL a.k.a MAKCIK HAJJAH SITT AL WUZARA


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam.
“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam
perlindungan perjalanan antarabangsa’.Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes
itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.
Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.
Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA


Kuku dia ni sama dengan kuku gambar di atas sekali


P/S:tapi aku tak puas hati apesal nak amek tindakan dekat si minah senget ni sebab menghina Yang Dipertuan Agung?Kenapa tak amek tindakan sebab menghina islam?Nampak macam rendahnya martabat islam.Wallahualam.

P/S:muka macam ahli sihir lepastu mengata islam.Dia tak sedar yang dia tu islam jugak.Bongok.KBAI.

Thursday, 20 October 2011

Kenapa orang suka cari Lina Joy murtad dekat blog aku?

AMARAN!ENTRI PANJANG!

Assalamualaikum korang semua.Sehat tak?Kalau korang tanya aku,aku akan jawab aku tak sehat.Aku stress sangat sangat sangat sampai aku rasa nak gila dan tak boleh nak terus belajar untuk semester ni.Aku ada rasa nak extend sem sebab macam-macam jadi dekat aku dan aku pendam je,bila aku dah tension sangat,baru aku luahkan dekat orang.Tapi aku rasa jela nak extend,aku taktau lagi,doakan aku kuat ye kawan-kawan sebab aku ada lagi 1 sem untuk duduk dekat UiTm Shah alam ni!

Tau tak yang setiap kali aku bukak nuffnang mesti aku akan tengok earning aku.Nak tau earning aku?banyak gile,RM 1.25.Eheh banyak kan?boleh beli 6biji gula-gula 20sen.banyak la tu kan?Lepastu aku akan tengok analytic aku,Aku nak tengok readers cari apa dekat google dan klik dekat blog aku.Memang banyak yang merepek.Tapi yang orang selalu orang cari di blog aku adalah tentang Lina joy sebab aku pernah cerita sikit pasal Lina joy di blog aku ni.Ada sorang readers aku email aku dan tanya tentang details Lina joy sebab dia pon tengah buat kajian tentang Lina joy.Siapakah Lina Joy?Kenapa orang suka sangat cari pasal Lina Joy di blog aku?

Lina joy adalah seorang wanita muslim dan sebenar dia adalah Azlina Jailani.
Aku malas nak cerita panjang-panjang apa kata korang baca sendiri petikan tulisan Aninah Janang  yang aku amek dari Majalah Mastika 2006.

RAYUAN IBU LINA JOY


Ogos 2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia sedang menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu ketika bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada ALLAH s.w.t.
Ini bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah. Sudah dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.

Selama dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada ALLAH.  Sakit pening yang tiba tiba menyerang  kesihatannya digagahi jua. Dia sedar hanya itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih sayangkan anak gadisnya.

Awal oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri dihadapan rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak  berjemput pagi itu disambut seorang tua. Adakah wanita di hadapan kami ini yang kami cari cari selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal 70an. Apabila kami  menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut nama Lina Joy, tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.

“Ya, memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang membesarkannya,” tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy. Kami berbual bual biasa dulu. Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang wanita ini ke Mekah dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan? Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah. Meskipun selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat sokongan saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan segala suruhan Allah.
“Alhamdulillah … mak cik bersyukur,” ucapnya perlahan.

Dari raut wajahnya  jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan sedikit namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini, sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal  bersama dua orang anaknya. Yang lain pula sudah berkeluarga.
“Mak cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik gembira bila anak anak tidak pernah lupakan mak cik,” tutur wanita ini.

Apabila ditanya  sama ada  Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.

Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.

Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.

Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.
“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa  sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.

Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?
Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.
“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.

“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.

Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini. Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.
“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.

Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Alin memberi alasan, nama Lina Joy itu hanya panggilan di kalangan teman teman. Sekadar suka suka. Alin juga meminta ibunya ini jangan menuduhnya bukan bukan
“Mak cik percayakan Alin. Dia anak mak cik, kenapa tidak mak cik percaya. Selama ini pun dia tidak pernah menipu atau membelakangkan mak cik, sebab itulah mak cik tidak pernah bimbang dengan apa yg Alin lakukan,” tutur ibu ini sungguh sungguh.

Di mata wanita ini, Alin seorang anak yang baik, menurut kata kata dan tidak pernah membantah kata orang tua. Alin jujur orangnya, malah arwah ayahnya juga meletakkan harapan yang tinggi pada Alin untuk menjaga ibu dan adik beradik yang lain.
Jika benar dakwaan wanita ini terhadap Alin, kenapa Alin, tiba tiba berubah? Di mana silapnya hingga Alin bertindak menukar nama dan agamanya?
Jawapan wanita itu tetap sama.

“Alin anak yang bail. Mak cik didik dia macam anak anak yang lain. Sejak  kecil mak cik hantar Alin ke sekolah, belajar agama dan belajar mengaji al Quran. Ali utamakan sembahyang, masa masa terluang, Alin baca buku buku agama yang arwah ayahnya belikan.

“Bila Alin remaja, mak cik lihat dia benar benar patuh pada agama. Tidak ada masalah mendidik Alin,” ucap wanita ini menggonsikan pengalamannya membesarkan Alin.
Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.
Sebagai seorang ibu, wanita ini tidak menetapkan sebarang syarat berkawan apalagi mengenangkan sikap anak gadisnya yang difikirkan pandai menjaga diri.

Lalu wanita ini memberikan sepenuh kebebasan kepada Alin. Berkawanlah tetapi sebagai orang Islam Alin sudah tentu tahu batas batasnya.
“Alin buka lagi anak kecil. Mak cik tahu Alin boleh bezakan yang mana satu baik dan buruk. Bukan dia seorang saja, adik beradiknya  yang lain juga begitu. Mak cik percayakan mereka. Mak cik percayakan anak anak mak cik.

“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Ap yamg lebih memedihkan ibu tua ibi, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.
Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.

Sejak itu Lina Joy, jarang jarang pulang menjenguk ibunya. Apabila diminta memberikan penjelasan, Lina Joy cuba mengelak. Wanita ini mahukan kepastian benarkah apa yang didengharnya? Mulanya keluarga bertindak keras mahu Lina Joy pulang segera dan beritahu apa yang sedang berlaku. Apa yang mereka lakukan sia sia. Kekerasan tidak akan dapat memujuk Lina Joy.

“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.
“mak cik kata, kalau Alin nak kahwin, mak cik tak halang. Siapa pun lelaki pilihan Alin, mak cik terima tetapi Alin mesti ingat agama kita. Jangan di ubah ubah. Kahwinlah, tetapi jangan sampai tukar agama,” kata wanita ini lagi.

Pelbagai usaha sudah dibuat, Lina Joy tetap dengan keputusannya mahu berkahwin dengan lelaki yang berlaina agama dengannya. Lalu wanita ini pujuk Lina Joy supaya kenalkan padanya siapa bakal calun suami anaknya itu.

“Alin bawa temannya itu kerumah. Orangnya sederhana, tutur katanaya elok saja. Mak cik tanya betulkah dia nak memperisterikan Alin? Betul, katanya. Mak cik kata lagi, kalau nak kahwin dengan anak mak cik, dia kena masuk Islam. Jangan sesekali bawa Alin tukar agama. Mak cik minta padanya, tolong jangan suruh Alin buang agama Islam,” kata wanita ini dengan linangan air mata.
Namun jawapan yang diberikan teman lelaki Lina Joy amat mengecewakan wanita ini. Dia memberitahu belum bersedia mahu menukar agama asalnya kepada Islam tetapi berjanji akan menjaga Lina Joy.

“Mak cik kecewa, mak cik pujuk Alin jangan sampai murtad. Kalau Alin tak kesian kat mak cik, Alin kesianlah kat arwah ayah dan adik adik yang lain. Takkan Alin buang Islam kerana lelaki.
“Alin diam. Alin langsung tidak melawan. Apa saja yang mak cik kata Alin akan dengan tetapi yang peliknya Alin masih tidak berubah. Mak cik nampak Alin betul betul cintakan lelaki itu.
“Hati mak cik terluka. Mak cik menangis. Mak cik tidak tahu lagi bagaimana nak pujuk Alin. Macama bermimpi seorang anak gadis yang menjadi harapan keluarga tiba tiba  murtad,” luah ibu ini penuh kecewa.

Akhirnya wanita ini mendapatkan bantuan lain. Sebelum Lina Joy pergi jauh, anaknya itu perlu diselamatkan. Wanita ini bertemu beberapa orang ustaz dan bekas mufti, jemput mereka datang ke rumah dan temukan dengan Lina Joy.

Ustaz tanya kenapa Lina Joy mahu keluar Islam, bukan kah Islam itu agama yang sempurna. Lina Joy berika macam macam alasan. Lina Joy berdebat dengan ustaz tersebut. Bagi Lina Joy, menukar agama itu bukan satu kesalahan. Kata Lina Joy, biarpun dia memeluk agama lain, ini tidak bermakna dirinya melakukan kesalahan yang melanggar  undang  undang. Semua orang bebas beragama dan tidak ada satu agama pun di dunia ini meminta penganutnya berbuat jahat. Lina Joy mempersoalkan kenapa dia tidak boleh memeluk agama lain?

“Mak cik terkejut. Tidak pernah mak cik lihat Alin berkasar begitu. Jauh disudut hati mak cik berkata, memang Alin tak sayangkan Islam lagi. Alin benar benar sudah murtad. Mak cik tak  tahu apa lagi yang boleh mak cik lakukan,” tuturnya.

Ada pihak yang meminta wanita ini agar membiarkan saja Lina Joy. Nasihat sudah, pujuk pun sudah tetapi Lina Joy tetap tidak mahu kembali kepada Islam. Pedulikan.
“Mereka suruh mak cik biar saja. Tapi mak cik kata, tidak. Alin anak mak cik, mak cik takkan izinkan dia membuang Islam.

“Mak cik lahirkan dia dengan darah Islam. Mak cik didik dia dengan Islam, tak mungkin mak cik izinkan anak mak cik murtad. Kalau ada yang kata mak cik benarkan Alin tukar agama, itu salah. Cerita itu tak betul,” tutur wanita iru tegas.

Wanita ini menafikan cerita yang kononnya Lina Joy tukar agama setelah mendapat restu daripada ibunya. Semua cerita itu palsu. Pun begitu kasih sayang wanita ini tidak pernah berubah meskipun anaknya, Lina Joy sudah murtad dan meminta mahkamah meluluskan permohonannya membuang perkataan Islam dari dalam kad pengenalannya.
“Mak cik tidak sekali kali membuang Lina Joy. Rumah ini sentiasa terbuka untuknya. Mungkin mak cik bertuah kerana sehingga kini Alin masih menghubungi mak cik melalui telefon. Mak cik tahu selagi mak cik tidak melupakan Alin selagi itu Alin mengingati mak cik,” ucapnya lalu mengesat air mata di pipi. 

Mastika bertanya, bilakah terakhir wanita ini menatap wajah Liba Joy? Bagaimana orangnya? Berubahkah?
Wanita ini memberitahu, Lina Joy tidak banyak berubah. Masih menghormatinya sebagai ibu. Malah setiap bulan Lina Joy tidak lupa menghantar wang perbelanjaan kepada ibunya. Mastika juga diberitahu, Aidilfitri tahun lalu, Lina Joy pulang  kerumah dan bersama sama meraikan Hari Raya.
“Dia cium tangan mak cik. Dia kata dia minta ampun, dia peluk mak cik erat erat. Dia juga minta ampun dari abang dan kakaknya. Mak cik ampunkanya tetapi mak cik kata baliklah kepada Islam. Jangan lengah lengahkan masa.

“Alin jawab: ‘tengoklah nanti’. Mendengarnya mak cik lega. Sekurang kurangnya Alin masih memberikan harapan. Malah Alin juga memberitahu mak cik, dia tidak berniat  mahu mengajak orang lain murtad, tidak. Tindakan Alin hanya disalahertikan oleh sesetengah pihak,” cerita ibu ini.
Aidil Fitri tahun ini, ibu ini tidak pasti sama ada Lina Joy akan pulang di pagi raya atau sebaliknya kerana sudah hampir lima bulan Lina Joy menyepikan diri. Menjenguknya tidak, telefon pun tidak. Harapan wanita ini biarlah di pagi raya nanti dia boleh mendakap tubuh Lina Joy.

“Sejak mak cik balik, dari umrah, Alin tidak lagi menghubungi mak cik. Kali terakhir dia menghubungi mak cik, dia suruh mak cik jaga diri baik baik. Mak cik tanya, Alin balik tak? Sebab mak cik buat kenduri sebelum berangkat ke Mekah tapi Alin kata tak boleh sebab dia dah tukar kerja ke Sarawak.

“memang mak cik ada beritahu Alin, mak cik ke Mekah mahu doakan Alin agar balik kepada Islam, balik ke pangkuan  mak cik.

“Alin tak boleh marahkan mak cik sebab Alin kena faham mak cik buat semua ini sebab mak cik sayangkan dia. Mak cik berdoa untuk kebaikan dia,” luah wanita ini.
Doanya yang dilafazkan di hadapan Kaabah beberapa bulan lalu tidak  pernah lekang dari bibir wanita ini. Itulah satu satunya harapan ibu tua ini, melihat anaknya kembali kepada Islam.
“Baliklah Alin, baliklah pada Islam sementara mak masih ada lagi ni,” rayunya dengan linangan air mata.


Dah kenal dan tahu kisah Lina joy?Jangan contohi Dia.Kalau korang nak bercinta dengan org bukan Islam memang tak salah tapi korang kena bawak dia masuk islam dan ikut cara hidup islam bukan korang yang ikut dia.Bukankah islam itu semudah-mudah dan sebaik-baik agama?Kalau dah hidup korang pon sosial,agama entah kemana,jangan mimpi nak kahwin dengan foreigner yang pakai kereta Jaguar.

P/S:Dengar cerita bangla romantik dari lelaki melayu.Yeke?Kbai

Friday, 14 October 2011

Haters dyapunyabelog.blogspot.com

Assalamualakum.Apa khabar semua?Wahh makin ramai pembaca blog ni ye.Ada yang suka ada yang tak suka.Ada yang jadi Cik Monah dan Hater dekat chatbox aku dan cakap aku ni bajet buat research,jangan pakai spender sebab ada bentuk tiga segi.Macam ni la pemikiran orang yang cetek.Sorryla aku tak layan pengecut yang mengutuk aku dan tak berani tunjukkan diri yang sebenar.Mengenai diri aku yang dikatakan buat research tu,pada pemhaman aku yang pernah amek English for research dekat UiTM shah alam ni,Bila kita dah banyak membaca lepastu kita tulis dalam bahasa kita sendiri,tak tiru sebijik tulisan asal orang tu,maknanya kita dah buat research.So maknanya aku tak reka-reka cerita sebab aku bagitahu korang apa yang aku baca dan research aku selepas banyak buku dan sumber yang aku baca.Aku pon tak faham apsal dia nak cakap aku ni  bajet buat research,Aku rasa dia tak faham kot research tu apa.So untuk Cik Monah,jangan cakap je,aku nak baca blog kau pulak boleh?Boleh tak tinggalkan link kau dekat aku,supaya aku boleh tengok dan komen balik blog kau.To Cik Monah dan Hater,Jeles lettew.Hehe.

Jom baca pada sesiapa yang berminat dan sila tinggalkan blog aku ni jika korang tak berminat.Senang kan?
Dekat entri ni aku akan kongsikan dekat korang simbol apa yang sering kita gunakan dan sebenarnya ia adalah isyarat antara para yahudi.Aku tak suruh korang tak gunakan terus perkara yang biasa kita buat ni.Cuma aku nak bagitau korang yang simbol ni pon ada digunakan oleh orang yahudi.Kang Cik Monah dan Hater salah faham pulak dengan aku.

#Tanduk syaitan atau I Love You satan

Kalau peminat kumpulan rock mesti nak buat simbol macam ni kan,sebab nak nyatakan yang dieorang ni betul-betul rock la.Yeke rock?Okaylah rock la.Tapi korang tau tak simbol ni pon ada digunakan oleh orang pekak dan bisu sebagai maksud I love you?Tapi menurut dari penulis buku tulisan Texe marrs,Pada siapa yang tak kenal siapa Texe Marrs,Ni aku bagi dekat korang gambar dia.
Simbol ni macam menunjukkan suatu tanda penyembahan dan rasa kecintaan pada shation.Ini dialah yang cakap.Pada pemhaman rakyat Malaysia lain pulak kan.Terpulang pada korang.Tapi Yahudi menggunakan simbol ni untuk menunjukkan kejayaan mereka,kejayaan shaiton dalam mempengaruhi otak dan fikiran manusia.Korang tau kan budak-budak senang terpengaruh kan?Sebab tu yahudi menggunakan medium yang ada ini untuk mempengaruh budak-budak walaupun dari unsur-unsur yang kecik sekalipon,pada mereka,ia suatu kejayaan yang besar.


Simbol tangan ni ada digunakan dalam cerita spiderman ciptaan Stanley Lee yang juga berbangsa yahudi.Kan aku pernah cakap orang yahudi akan buat macam-macam sekalipon untuk kukuhkan agama dieorang.Yahudi telah merancang untuk buat semua ni dari tahun 1717 tak silap aku sehingga sekarang,rasanya dah lebih 1000tahun dieorang rancang benda ni.Pihak yahudi tak kesah makan masa berapa lama sekalipon asalkan misi dieorang berjaya.Bekas presiden Amerika Syarikat ni pon suka sangat menggunakan simbol ni tanpa sebab,dahlah ketagih arak,suka mabuk,pastu ada hati nak jadi Presiden,nasib baik dah jadi bekas presiden.Korang sendiri tau kan waktu si bush ni tadbir,dia suka tolong israel kan.Kenapa?Sebab dia ni dah berminat sangat dengan agama judais,iaitu agama yahudi lepas terbongkar berita yang dia pergi kelas pengajian kitab Talmud,iaitu salah satu kitab yahudi.Masa ni dia pergi pelancaran institut kebangsaan Washington untuk undang-undang yahudi pada malam selasa, yang dihadiri 200 orang termasuk beberapa orang hakim mahkamah agung dan Bush sempat cakap:
Kitab yang dipegang tu adalah kitab talmud


"As we face new challenges and welcome new opportunities, our society must continue to promote good character and strong values. Through the study and teaching of Jewish law and philosophy you are contributing to a growing culture of service, citizenship, and responsibility in America," George W.Bush



#Shh tolong diam

Bila kita buat isyarat ni mesti kita akan cakap "shh diam".Tapi pada dieorang maksud simbol ini adalah untuk mengarahkan atau memberi amaran kepada ahli - ahli freemason untuk tidak membocorkan rahsia rancangan dieorang.Tau tak Freemason tu apa?Aku bagitau satu je.Freemason ni dah lama bertapak dekat dunia ni dan diasaskan oleh orang yahudi.Kalau nak masuk Freemason,macam-macam perjanjian harus dibuat dan kadang-kadang dieorang buat pembunuhan yang kejam.Isyarat tolong diam bagi dieorang adalah amaran keras untuk tidak mendedahkan apa-apa dan kalau dieorang buat gak,dieorang akan kena hukuman keras contohnya kepala kena pancung.So kepada sesiapa yang mulut tempayan,mulut becok,tak boleh masuk Group ni.Menurut Texas Mares,isyarat ni ditiru daripada hapocrates iaitu dewa langit mesir purba dan ofcourse mereka sembah dewa ni.Harpocrates ni jugak digelarkan sebagai dewa senyap.

#Antichrist

Simbol antichirst ni adalah simbol salib terbalik.Dieorang gunakan perkataan antichrist ni untuk merujuk kepada dajal.Ikut agama dieorang pulak,anttichrist ni merujuk kepada seorang lelaki yang berbangsa yahudi yang akan muncuk satu hari nanti untuk menyelamatkan dunia.Dalam buku ni ada menytakan yang ramai orang kristian percaya antichrist adalah benda yang sama yang disebut oleh orang islam.Kita sebut sebagai dajal,dieorang sebut antichrist.Yahudi menyebut antichrist ni sebagai Messiah iaitu Raja israel yang bakal muncul nanti,dan kuil Messiah adalah di atas Masjidil Aqsa,Astaghfirullah.Dieorang nak robohkan Masjidil Aqsa dan nak bina Kuil solomon untuk Messiah.Untuk pengetahuan kita semua,Umat islam dan kristian percaya yang Messiah,antichirst adalah Dajjal.Umat islam banyak yang tersilap tentang antichrist ni termasuk aku,tapi lepas aku baca,memang antichrist bermaksud menentang agama kristian tapi sebenarnya orang kristian sendiri merujuk antichrist kepada Dajjal.Dajall itu pasti akan datang menyesatkan manusia yang tidak kuat iman,tapi hanya kita tak tahu bila.Wallahualam.



Cekap betul yahudi mempengaruhi kita walaupun dengan cara halus macam ni kan.Yela dia memang takkan puas selagi umat islam tak masuk agama dieorang.Kepada sesiapa yang taktahu,orang yahudi telah merancang macam-macam untuk memusnahkan umat islam dan ada satu simbol yang paling bahaya dan patut digeruni oleh umat islam.Nak tahu?Tunggu sambungannya atau dalam kata lain,korang kena banyak membaca.Tak gitu CIk Monah dan Hater?hehe.
Allah s.w.t pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka

Siapa ahli-ahli Freemason,a.k.a pengikut yahudi di Malaysia?Ramai.Takkan nak sebut satu-satu.Okay aku bagitahu sorang je,dia seorang jurutera,namanya bermula dari huruf C.Jurutera dekat Malaysia ni ramai kan?Baca sendiri nanti.Oh ya aku nak letak buku apa dan link apa yang aku baca dekat sini.Nak tunjuk dekat Cik Monah dengan Hater yang aku baca,bukan copy paste cerita.Mesti dieorang ni tak suka membaca kan.Ish ish.
CODEX MAGICA
protokol yahudi
protokol yahudi
dialog paderi dan pelajar islam
http://www.samliquidation.com/noahidenews315.htm



Memang kita tak maksudkan apa-apa sekalipun dengan simbol yang kita gunakan,mungkin ia adalah kebetulan.Tujuan kita adalah untuk suka-suka.Tapi yang nak ditekankan disini adalah betapa kuatnya pengaruh Yahudi sehingga kita tak sedar perkara yang kita lakukan sama dengan mereka.



P/S:terima kasih kepada sesiapa yang tinggalkan komen dekat entri aku yang lalu.Aku sangat hargainya.Walaupun begitu banyak hentaman yang aku kena.Sekian dan KBAI.

P/S:Tak salah untuk kita mengenali musuh yang kita akan lawan bila tiba hari kiamat nanti dengan lebih dekat sebab mereka dah terlalu kenal kita.

Saturday, 8 October 2011

YAHUDI DALAM BOLA SEPAK LIGA PERDANA ENGLISH

Herm kenapa aku semangat caps lock dekat tajuk diatas?Itu tandanya aku memang excited terlebih nak share sesuatu dengan korang semua.Comel kan?Terima kasih.


Semalam aku ada beli satu buku dan aku terus terfikir nak share dengan korang benda ni.Terpulang kepada korang nak percaya atau tak.Aku just bagitahu apa yang aku tahu je.Kalau korang semua dah tahu,korang boleh share ilmu dekat kawan korang.Cewahh.

Korang tahu tak yang kehidupan seharian kita dipenuhi dengan yahudi?Kadang-kadang perkara yang korang minat tu pon adalah yahudi.Ala,kalau pasal jenama tu dah biasa sangat.Kalau pasal pakaian?Yahudi tak kita?Herm jawab sendiri,sebab aku pon jawab dalam hati je ni.Aku pernah buat entri tentang penipuan yahudi.Sila klik LINK ini untuk baca.

Sebelum aku teruskan dengan lebih lanjut,aku kenalkan dekat korang dulu.Apa itu yahudi,Apa agamanya dan kenapa dia macam shaiton sangat.START NOW.

Bangsa yahudi tidak kira yang menetap di israel,eropah,asia atau timur tengah adalah beragama judais.Mengikut kepercayaan dieorang,okay,aku rasa nak tukar panggilan kepada mereka.Mengikut kepercayaan mereka agama judais ni diabawa oleh Abraham dan kitab rasmi yang mereka gunakan adalah kitab yang dibawa oleh Moses.KATANYA.Penganut Judais ni terbahagi kepada beberapa puak,Puak-puak ni semua tinggal dekat israel,antaranya adalah Ashkenazi,Sephardi,Mizrahi,Hasedic dan Samaritan.Apsal la israel wujud,dieorang tak layak wujud dalam Dunia ni.Kenapa Yahudi bereperangai tak ubah macam shaiton?Sebab dia nak pesongkan kita semua.Ada Paham?

ENGLISH PREMIER LEAGUE DAN HOROSKOP

Siapa yang suka tengok pertandingan bola sepak?Well semua suka kan?Aku tahu sangat korang ni.But sorry aku tak layan sangat bola-bola ni.Bukan aku bersifat poyo atau mintak penampar,tapi pada aku ada bola or tak ada bola sama je hidup aku.KBAI.
Sebanyak 20 kelab ternama dah jadi ahli dalam EPL contohnya Manchester United,Chelsea.Korang semua tahu kan Logo EPL macam mana?Tak tahu?Okay meh aku tunjuk dekat korang.Aku kan agak baik hati.Ada gambar singa pijak bola kan?Tahu tak simbol singa tu untuk apa?Yahudi percaya yang singa ni adalah simbol keberanian,kegagahan,kegarangan dan ada lagenda yang tersendiri.Pada zaman Bani israel dulu,singa telah menjadi pengawal pintu-pintu kuil yahudi yang terletak di Palestin.Lambang EPL tu nak tunjuk yang semua kelab-kelab bola tu berada di bawah pemerintahan yahudi,Korang jangan Tak tahu yang EPL ni dikuasai oleh yahudi.Dulu EPL ditubuhkan oleh John Freame dan Thomas Gould,tapi sekarang dah ditukar pada Barclays sebab Si Barclays ni dah amek alih dan dia adalah menantu pada John Freame.Aku pelik jugak kalau dia taknak libatkan Bangsa dia,apsal dia tak letak gambar kucing pijak bola ke,lembu ke.Kenapa mesti singa?

Jom kita beralih pada horoskop.Okay Horoskop ni budak perempuan la paling suka tengok dan percaya.Terutama sekali budak sekolah,mesti nak bawak buku REMAJA dekat kelas then kongsi dengan kawan-kawan halaman horoskop tu.Cuba korang search dekat hosroskop tu,ada tak bintang Leo?Itulah bintang yang melambangkan singa.Semua Bintang tu ada cerita yang tersendiri.Aku bagi satu je,Menurut kepercayaan Yahudi,Bintang Leo tu merujuk kepada anak Nabi Yaakub yang juga digelar sebagai singa tuhan oleh Yahudi.Oh ya nama singa tu dalam yahudi tu adalah SINGA JUDAH.


ADOLF HITLER DAN 666
Yang ni aku baru tahu,Okay sebenarnya semua benda aku baru tahu.Seseorang telah mengkaju tentang nama pemimpin Jerman dulu iaitu ADOLF HITLER.Kajian tu mengatakan nama Hitler tu sendiri ada kaitan dengan 666.Pada anak-anak yang tak tahu apa itu simbol 666,meh KakLang cerita,Simbol 666 tu adalah merujuk kepada Shaiton Nirojim.Faham dah?Bagus.Kajian ini dapat dilihat apabila kita mencampurkan bilangan huruf bagi perkataan HITLER.Ikut susunan tau.Kan HITLER ada 6 Huruf?Okay meh Ikut Kak Lang mengira.

Huruf A=100,Huruf B=101,Huruf C=102,Huruf D=103 dan seterusnya.Maknanya

Nak percaya atau tak?Terpulang.


PENGAKAP SEKOLAH
Yeay ahli-ahli pengakap sekolah tengah skodeng blog aku sekarang.Dulu masa sekolah rendah aku rasa mamat yang paling hensem adalah dari pengakap.Ehehe.Apa kena mengena pengakap dengan yahudi?Pengakap lebih kepada freemason.Mesti korang terkejut kan?Pengasas pengakap sedunia,iaitu Lord Baden Powell kata dia buka Freemason tapi Ahli freemason cakap si Lord Baden Powell ni Freemason dan anak bini Lord Baden Powell pon mengaku jugak.Yelah orang kalau dah buat salah takkan nak mengaku.Ye dak?Macam kita semua.Ikrar pengakap biasa dipercayai sama dengan ikrar pengakap freemasonKorang ingat lagi tak ikrar pengakap?Pada yang terlupa meh aku nak ingatkan.
promise duty of god.Accepted loyalty to the queen.Help other people at all time
 Ikrar Pengakap daripada cawangan freemason iaitu The scout Lodge pulak ialah
Believed in Supreme Being,Obey the laws of God and Man,Extend Charity and Brotherly
Kiri ialah logo pengakap Malaysia,Kanan adalah Logo pengakap dunia

Simbol asal Fleur de Flis di gereja

Aku tunjuk dekat korang simbol pengakap Malaysia dan logo pengakap dunia.Logo ni mempunyai unsur-unsur keagagamaan iaitu kristian.Unsur kafir yang terdapat pada logo tersebut ialah kelopak bunga lili ataupun Fleur de Lis.Bunga lili ni dipakai oleh ketua paderi kristian yang digelar pope di gereja sebagai suatu simbol.Herm kebetulan ke eh?


Korang tahu tak,bila tibanya hari kiamat nanti,orang yahudi akan lari bertempiaran,takut mati katanya sebelum ni tak takut pulak kan.Good job.Time ni bila yahudi sorok mana-mana sekali pon,benda tu,contohnya pokok akan bercakap untuk bagitahu yang ada orang yahudi dekat belakang dia.Tapi ada satu pokok ni yang akan menyembunyikan dan tak akan bersuara langsung bila orang yahudi sorok dibelakangnya iaitu pokok yahudi.Jom tebang ramai-ramai?

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh  oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

P/S:Boleh tak aku nak cakap to be continue?Sebab aku ada hal nak buat.Yelah aku kan student.Aku nak hafal Ayat Mandarin,Nak cari pasal Portal dan aku nak message Hubby aku.Kbai

Saturday, 1 October 2011

Perempuan yang dibenci Lelaki.

Assalamualikum kalian semua.Kalian bukan Kailan.Korang semua tengah buat apa?baru bangun tidur?baguslah tu boleh menurun dekat anak-anak nanti.Anyhow.Aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ni.Sebab aku sangat-sangat-sangat-sangatlah busy sekali.Nampak tak betapa busynya aku disitu?

Baiklah hari ni aku nak kongsi dekat korang perempuan yang macam mana yang dibenci oleh lelaki.Yelah post aku yang lepas,aku ada backup perempuan.Sekarang meh aku backup lelaki pulak ye.Barulah Dya mohamad dipanggil adil dan saksama.

Siapa yang dah ada girlfriend?aku rasa most of lelaki dekat Malaysia ni dah ada girlfriend kan?Siap bawak jumpa father mother lagi kan?Girlfriend korang tu orangnya jenis yang macam mana?Sopan santun?Cover ayu?Hipokrit?Aku tak bolehlah nak bagitau sifat Girlfriend korang sebab aku tak kenal girlfriend korang.Tapi kan aku rasa korang semua mesti tak berapa gemar perempuan yang akan aku sebut nanti.Okay tak payah nanti sangat mari aku sebut sekarang.

#Perempuan yang cemburu tak tentu pasal
Memang cemburu itu tandanya sayang.Tapi kalau dah cemburu yang berlebihan orang panggil cemburu buta.Perempuan rasa macam tu mungkin sebab dia rasa tercabar dengan perempuan yang cuba korang dekati.Maksud aku kawan perempuan korang la.Tapi kalau dah sampai korang nak keluar rumah beli kunyit depan kedai pon dia nak cemburu,aku rasa korang dah patut bagi penapak dekat pipi dia.

#perempuan yang emosional
Aku akui aku pon kadang-kadang beremosi sikit yela sebab aku suka kalau boyfriend aku pujuk aku.Takdelah aku buat selalu,kadang-kadang je.Orang cakap ada batasnya.Perempuan suka menggunakan emosi untuk menyelesaikan masalah daripada menggunakan akal.Sebab tu bila gaduh je nak putus.Bila korang try nak setelkan masalah perempuan akan still cakap "I tak kira i tak kira!I nak putus jugak!".Sebab apa?sebab dia nak korang pujuk dia sampai dia rasa puas dengan apa yang korang buat.Aku cakap macam ni macam ada pengalaman je kan?Kbai.

#perempuan yang suka mengatur.
Faham tak maksud aku perempuan yang suka mengatur ni apa?Maksudnya perempuan yang queen control.Korang tau sebab apa dia kongkong korang?Sebab dia takut korang jatuh hati dekat perempuan lain.Aku nak bagitau korang ni perempuan paling takut kalau boyfriend dia curang.Korang tak takut ke kalau girlfriend korang curang?Pernah tak korang mendengar ayat ni dari mulut girlfriend korang?"Meh sini handphone tu i nak check message.".Pernah?Pernah tak dia aturkan pakaian apa yang harus dipakai oleh korang waktu nak dating?Kalau dah sampai pilih baju tu maknanya dia tak terima korang seadanya.Korang dah boleh tujukan lagu kisah dongeng dari stacy untuk dieorang.

#perempuan yang mata duitan
Ada lagi kan perempuan yang macam ni dalam dunia serba moden ni?Oh macam tak kena je ayat aku tu.Dunia semakin moden sebab tu banyak gila mata duitan kan.Bila tengok duit berpinar je mata dia.Masa korang nak pergi makan sama-sama,korang je ha yang kena keluarkan duit,dia taknak keluar duit pon,mana boleh macam tu,kenalah tolak ansur sama.Kan?Okay contoh lain pulak korang dah belikan dia baju tapi esok dia mintak benda lain pulak,dan korang dengan bodohnya turutkan aje kemahuan dia.Lepastu dia mintak RM200 korang pon main hulur je.Jangan jadi lurus bendul boleh?

Aku ada banyak lagi nak dikongsikan tapi kalau aku cakap lebih-lebih kena pelempang pulak dengan orang yang lebih pakar dalam benda ni.Lepas baca entri aku ni korang dah boleh dah perhati sifat girlfriend korang tu.


P/S:kenapa lately ni aku rasa aku macam Dr.Love pulak eh.Kbai.