Monday, 18 February 2013

kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC dan NIQAB bukan penghalang untuk berdakwah!

Assalamualaikum



Para pendakwah muslimin

Para pendakwah Muslimat

 Alhamdulillah dengan rahmat Allah kita masih bernafas hari ni.Aku gembira sebab dapat menjalinkan kembali ukhuwah bersama dengan adik-adik,abang-abang,sebaya-sebaya*ayat ini untuk menyatakan orang yang sebaya dengan aku,rare tak? sukarelawan belia islam.Syukur,Lama jugak tak jumpa depa ni sejak pergi rumah anak yatim rohingnya tu.Rindu tau rindu sangat,hampir semua aku peluk,tapi abang-abang aku tak peluklah.Nak kena penampau ke penyepak kalau buat macam tu.

Antara sohabiah sukarelawan belia islam ketika kutipan derma anak-anak yatim rohingnya disember 2012

Dengan rahmat Allah swt,Kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC,berjalan dengan lancarnya.Lancar daripada apa yang dirancang.Walaupun lari daripada tentatif,tapi masih dalam rahmat Allah.

Sebenarnya kempen #JomSolat ini telah dirancang oleh seorang hamba Allah ini,dia melihat ramai anak-anak muda,malahan anak-anak tua yang lalai tentang solat,solat itu wajib tapi mengapa orang sekelilingnya sering meninggalkan solat,pekerja goreng pisang,pekerja giant,bila dengar azan,semua buat tak tahu dan bila tiba solat jumaat,depa tak solat depa sibuk jual goreng pisang.Mereka masih tidak sedar rezeki itu datang daripada Allah.Keadaan ini sebenarnya amat menyedihkan,tidak cukup dengan akhir zaman yang penuh dengan fitnah,ditambah pula dengan anak-anak muda dan semua umat islam yang pandang ringan terhadap solat.

Ketahuilah sahabat semua!perkara pertama yang ditanya didalam kubur adalah solat!malaikat tak tanya berapa riban duit kita,berapa riban dapat jual goreng pisang dalam sehari!Tak!Malaikat akan tanya tentang solat!ha time tu nak jawab apa?nak rasuah malaikat dengan goreng pisang?memang takla!

Jadi oleh kerana situasi ini,hamba Allah ini terfikir yang dia kena buat sesuatu,bukan dia sahaja,tapi kita semua,sekurang-kurangnya jika ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak "apa yang kau lakukan saat kau lihat orang tidak solat?".hamba Allah ini ada jawapannya.

Jadi hamba Allah ini pada mulanya dia hanya berdakwah,bagi pamplet pada pakcik goreng pisang,pekerja pekerja yang suka meninggalkan solat,kemudian atas izin Allah,Allah membuka jalan apabila ada kawan-kawan yang sudi membantu dia.jadi kami dan hamba Allah ini merancang aktiviti,membincang tentatif yang sepatutnya.Selepas confirm dan pasti apa yang ingin dilakukan,kami post poster di facebook,twitter dan instagram.Alhamdulillah sambutan yang kami terima sangat menggalakkan.

Tapi yang comelnya ada yang tak tahu Masjid Asy Syakirin tu dekat mana dan ada juga yang sepatutnya balik ke asrama pada hari ahad tersebut tapi dia sanggup datang ke kempen Jom Solat.Terima kasih kepada semua adik-adik tersebut.Hati anak anak muda yang terikat di masjid.Beginilah yang kita semua mahu,iaitu menjadikan masjid itu pusat dakwah.
Briefing 

Pada 17.feb.2013,bermulalah hari yang bersejarah tersebut walaupun tak akan dicatit dalam buku teks sejarah sekolah menengah,Aku dan beberapa kawan aku berkumpul di Masjid Asy Syakirin pada jam 8.30 melayu which means,9.00 pagi,ketika itu aku agak nervous sebab tak ramai yang datang,yang ada tak sampai 10 orang.Aku dah mula risau,lagi lagi orang yang bertanggungjawab membawa pamplet dan booklet tidak sampai lagi kerana ada urusan.Tetapi dalam hati aku masa tu,aku redha,kalau sikit yang datang kita kena teuskan dakwah,kalau ramai pon kita kena teruskan dakwah.

Nak jadi pendakwah ni kita mana boleh tengok atau ambil kira crowd kita ramai mana,kerana itu semua kuasa Allah yang menggerakkan hati mereka,dakwah tu kita boleh lakukan dimana-mana,contohnya berdakwah dengan keluarga,dengan kawan-kawan.Walau kita hanya nasihat seseorang,itu bermakna kita sedang berdakwah.Islam itu agama yang indah,kerana islam itu agama dakwah.Apabila kita islam,maknanya kita adalah pendakwah.Tak semestinya kena jadi ustazah/ustaz baru boleh mendakwah,konsep itu salah.Konsep yang sebenar adalah semua orang boleh berdakwahh.
Dalam surah Ali Imran ayat 104,
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Dekat ayat ini,Allah nyatakan manusia ada tanggungjawab,ada tak Allah sebut Ustaz dan ustazah?Tak ada.Maknanya,kita ini semua adalah khalifah,manusia yang telah dipertanggunjawabkan oleh Allah untuk mengingati satu sama yang lain.Nanti di padang mahsyar 
Allah akan bertanya "Apa yang kamu lakukan saat kamu melihat orang tidak solat/membuat maksiat?"
Sekurang-kurangnya kita sudah ada jawapan,dan sudah membuat tanggungjawab kita di dunia ini.

Aqil,si anak kecil yang dibawa oleh ibunya untuk mendidik jadi pendakwah dari kecil

Jadi bila aku tengok tak ramai yang datang,aku berpesan kepada sahabat aku,"kita kena redha kalau sikit je yang datang,kalau sikit kita kena bergerak jugak,kena berdakwah jugak.".Sahabat aku berkata "Ana tak kesah,kalau kita sikit pon,ana jalan je".Lega hati aku mendengarnya,lega apabila mereka memahami semua ini.Tapi dengan kuasa Allah,sedikit demi sedikit manusia yang datang,makin lama makin ramai.Alhamdulillah.Ada juga muslimin dan muslimat yang iktikaf di masjid kerana pada hari sabtu,mereka ada perjumpaan muslimin dan muslimat di masjid Asy-Syakirin,jadi mereka terus iktikaf di masjid untuk menyertai kempen Jom Solat pada hari Ahad.Jazakallah!


Ada gaya Ustazah pilihan dok?Ahahah.aminnn:)


Ingat!kita kena semangat!semangat!oh yeah!

Semua pendakwah sampai dalam jam 10.30,jadi kami menggunakan dewan yang telah disediakan oleh Masjid Asy-Syakirin untuk mengumpulkan semua pendakwah yang ada,dan aku menyampaikan beberapa kata terima kasih dan kata-kata semangat.Aku harap aku telah dapat menyuntik,walaupun tak banyak tapi sedikit semangat.Aku berpesan pada mereka yang aku tahu mungkin selepas ini,apabila mereka semua keluar untuk berdakwah di taman klcc,mereka mungkin akan dihalang,atau kedatangan mereka tidak disenangi pengunjung KLCC,tapi jangan putus asa,kerana itu ujian daripada Allah.Syaitan tak pernah putus asa untuk membawa kita ke neraka,jadi mengapa kita yang ingin berdakwah,harus berputus asa.

Kami membahagikan para pendakwah dalam 4 kumpulan,kumpulan pertama akan bergerak keluar daripada kawasan KLCC,kumpulan kedua bergerak dalam KLCC,kumpulan ketiga akan bergerak berdakwah di kawasan taman permainan taman KLCC dan kumpulan terakhir akan berdakwah di tempat orang mandi manda di taman KLCC dan setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang muslimin serta seorang muslimat.

Aku dan sahabat lain duduk di masjid bagi menjaga beg para pendakwah yang sedang berjihad di jalan Allah.Kami dapat berjumpa dengan ustaz shah dan bercerita pengalaman kami sepanjang kami berada di masjid Asy-syakirin.Aku akui yang dulu aku juga seperti orang yang berada di taman itu,datang KLCC dan lepak di taman semata-mata untuk berdating sehinggakan aku tidak peduli pada azan yang memanggil di masjid Asy-Syakirin,tapi kini aku sedar,aku tidak mahu anak-anak muda yang berada di taman untuk terus terpesong dari jalan Allah,dating sampai tak peduli yang Allah itu maha melihat.


Niqab bukan penghalang untuk berdakwah

Mengikut cerita-cerita yang telah disampaikan pada kami,ada yang berdating sampai kepala masuk dalam baju,aku rasa aku pernah nampak perkara-perkara seperti ini.Taman KLCC ini penuh dengan pondok dan ada juga pondok yang agak sunyi,jadi tempat itu dijadikan port untuk anak anak muda melakukan maksiat.Aku pon tak faham kenapa nak bina pondok yang terpencil?Tak takut kena gigit nyamuk kah?Oh orang yang sedang melakukan maksiat mana ingat nyamuk ke serigala ke kan.

Menjawab soalan daripada guard KLCC.

Kami telah menetapkan masa yang para pendakwah akan habis berdakwah sekitar jam 1 tengahari.Alhamdulillah mereka berjaya lakukannya di tengah-tengah bandar kuala lumpur ini.kemudian mereka berkumpul di masjid untuk mengambil wudu'.Aku sempat bertanya kepada seorang muslimat,bagaimana perjalanan dakwah mereka di KLCC ini,dia berkata,macam biasalah guard menghalang,guard tak bagi untuk berdakwah dekat sini.Ha yang paling kelakarnya,aku ingat lagi guard tu berpesan "Nak jalan tak boleh lebih dari 5 orang".Oh macam tu la ye?habis tu orang yang dating tu berjalan berdua boleh ya?kalau kami jalan lebih dari 5 orang,semuanya muslimat,tak boleh pulak.Dunia dunia.

Tapi aku kagum dengan semangat dakwah mereka sebab mereka cakap mereka tidak akan berputus asa dan kalau boleh nak adakan lagi sesi dakwah ini.Mereka cakap seronok!Alhamdulilah ini semua kerja Allah dan aku juga dapat respon postif di facebook,twitter dan instagram,Mereka bersyukur kerana diadakan kempen seperti ini dan Alhamdulilalh juga tujuan kami tercapai iaitu ingin melatih anak-anak muda berdakwah di hadapan orang ramai serta merapatkan silaturahim.

Ustaz Shah


Oh selepas itu,kami solat zohor berjemaah dan selepas itu ada sesi pengenalan sedikit daripada ustaz shah serta ustaz hadi,iaitu dari pihak Masjid Asy-Syakirin,Cukuplah aku ringkaskan disini bahawa mereka berkata umat islam sekarang sudah makin teruk,biasalah manusia akhir zaman,masjid sudah tidak dipandang,yang dipandang hanya perkara-perkara yang mungkar.Ustaz shah dan ustaz hadi juga memberikan kata-kata semangat kepada kami,jika ada halangan daripada guard,dan orang ramai itu hanyalah ujian daripada Allah.Dan untuk menjadi seorang pendakwah,kita mesti dakwah diri kita sendiri dahulu.Buat apa yang kita dakwahkan.


sesi usrah

kemudian kami adakan sesi usrah selama satu jam daripada pukul 3 petang sehingga 4 petang,masing-masing duduk didalam kumpulan dan bercerita tentang solat,berkongsi ilmu,taaruf dan sebagainya,aku duduk di suatu kumpulan dan kemudian aku berkongsi pengalamanku,antaranya aku ini manusia biasa dan terkadang aku juga membuat silap dalam solat contohnya aku solat dengan cepat dan satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan adalah Allah menarik ilmu aku ketika dalam solat iaitu ketika aku sujud,aku tidak tahu apa yang patut aku baca,sehingga aku sujud lama memikirkan ayat yang perlu dibaca.Ya Allah sungguh Allah pemilik segala ilmu.


Ustaz Hadi

Soalan yang ditujukan oleh Ustaz hadi kepadaku secara persendirian,
"Saya nak tanya awak satu soalan,tapi mungkin soalan ni macam soalan bodoh sikit.Awak rasa terhalang tak komunikasi awak bila awak pakai macam ni?maksudnya berniqab,tutup muka,?"


ketika kempen tutup aurat,dakwah pada orang korea yang berminat dengan islam.

Aku menjawab "tak ustaz,memang tak langsung tak menghalang untuk saya menjadi seorang pendakwah,malah lebih senang untuk saya berdakwah,sebab foreigner lebih nak tahu kenapa islam anjurkan wanita pakai macam ni,menutup muka,mereka lebih nak tahu,berbeza dengan orang muslim sendiri yang kebanyakannya suka skeptikal pada golongan macam kami,mereka ingat kami perfect,macam bagus dan sebagainya tapi tidak pada foreigner,mereka lebih senang menerima kehadiran kami,dan ia tak menghalang kami berdakwah,dulu masa kempen tutup aurat pon,saya pernah berdakwah pada orang korea yang ingin tahu tentang islam,mereka terima saya,walaupun saya macam ni,mereka sangat berminat.Walaupun saya pernah ada pengalaman bila saya pergi kinokuniya nak beli buku,waktu tu saya sorang-sorang,ada anak cina menjerit bila nampak saya,mungkin dia ingat saya hantu,mula-mula saya nak marah,tapi lama-lama saya fikir balik,dia tak salah,dia tak faham.

Saya pon pernah interview dengan memakai niqab dan saya berjaya dapat second interview ustaz.Pada saya niqab itu tak jadi penghalang pon.Islam menganjurkan wanita akhir zaman menutup muka sebab lelaki zaman sekarang tak seperti lelaki di zaman sahabat nabi dulu,kebanyakkan lelaki sekarang matanya liar,gatal dan sebagainya."


Niqab tidak menghalang kita untuk bekerjaya,interview.

Lalu Ustaz Hadi setuju dengan kata-kata aku.dia sendiri mengakui umat islam sendiri skeptikal,suka menjatuhkan hukum sesuka hati.

Ingat!niqab bukan penghalang untuk kita berdakwah!


Aku nak pesan ni,lepas ni jika ada apa-apa kempen,majlis ilmu,anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.Muslimin dan muslimat semua boleh join,tapi jangan terkejut kalau muslimin sedikit sahaja sebab kita kan berada di akhir zaman,lelaki lebih sedikit daripada wanita,1 nisbah 40.Itu perkara biasa,jadi anda semua sebagai lelaki ataupun muslimin,perlu mengajak lebih ramai rakan-rakan muslimin untuk menyertai majlis seperti ini kerana anda amat diperlukan di majlis-majlis ini.



Sekejap aku rasa sepanjang entri ni aku macam serious je kan?Aku tak pernah seserious macam ni rasanya.Ahaks.tapi nak buat macam mana,entri serious takkan aku nak buat entri yang aku gelak sorang-sorang,nanti aku kena penampar or korang taknak baca blog aku,aku jugak yang susah nanti.
Apa-apapon aku meminta maaf jika aku ada salah silap ketika kempen tersebut.Aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan.Maafkan saya boleh tak ? *sambil buat mata bercahaya*

P/S:dakwahku takkan berhenti selagi nyawaku tidak terhenti berjumpa ilahi :,)



Friday, 8 February 2013

Kempen JOM SOLAT di Masjid As syakirin KLCC,AHAD,17.Feb.2013


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua sohabiah!om join kempen jom solat pada hari Ahad minggu hadapan 17.FEB.2013 di masjid KLCC,sambil tu kita akan edar pamplet dan berdakwah tentang kepentingan solat pada orang ramai di sekitar KLCC,dan insyallah dengan izin Allah kita akan menarik orang ramai untuk solat zohor berjemaah bersama di masjid as syakirin KLCC.

kemudian akan ada sesi usrah bertajuk kepentingan solat dan balasan orang orang yang meninggalkan solat.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai untuk berdakwah bersama sama.Kita sebagai orang islam,kita adalah da'ie,dakwah kita berhenti apabila kita mati.


Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan solat dan balasan pada orang yang suka meninggalkan solat.Dan juga untuk melatih anak-anak muda dan anak anak islam untuk berani berhadapan dan berdakwah pada orang ramai,selain dari itu untuk mengenali sahabat baru dan menjalinkan ukhuwah fillah abadan abada.

Tiada pendaftaran,tiada wang diperlukan,hanyalah keinginan memperjuangkan islam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir!

Jom join!kita hidup didunia hanya sementara moga dapat menjadi bekalan kita disana kelak insyallah.

Antara tentatifnya adalah

10.00 a.m -berkumpul di masjid asyakirin,KLCC
10.00 a.m - 11.00 a.m- briefing dan taaruf
11.00 a.m - 12.30 p.m -sesi edar pamplet jom solat pada orang ramai
1.00 p.m - 3.00 p.m - solat zohor berjemaah,dan usrah.


Jom sedarkan umat islam tentang kepentingan solat,dengan izin Allah moga kita sama-sama sedar dan muhasabah diri!

jadi jom jadikan ini salah satu bekalan kita di akhirat nanti insyallah.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada

 Dya Mohamad dan  Nurul Khadijah Abdul Rashid
Muslimin boleh berurusan dengan Arham Ajwad 


Share pada kawan-kawan insyallah!

Allahuakbar! :)


P/S:Nak betulkan salah faham sedikit dekat sini,kempen Jom Solat ini bukan under mana-mana team,under NGO atau sebagainya,tapi telah dirancang oleh seorang hamba Allah yang perihatin. :)

Apa-apa boleh hubungi number ini 
Dya - 0166382218(whatsApp only)
Arham - 0133311410 (call,message & whatsapp)