Sunday, 24 January 2016

Teater Bikers Kental 2016 lawak gile!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah 22.1.2016 aku dan suami diberi peluang untuk menghadiri malam gala teater bikers kental.

Fuuhhh Ramai gila orang yang datang bak hangggg.Abam abam yang bawak motor besar pon ramai .







Okaylah.Aku rasa ramai dah kot yang tahu pasal movie bikers kental kan? Siapa dah tengok versi yang movie? Kalau korang rasa versi movie tu tak best,apa kata korang beri peluang untuk versi teater pulak.Aku jamin korang akan tergelak terbahak bahak punya.Sebab Zizan dan Awie sangatlah spontan.

Oh siapa yang tak tahu cerita bikers kental ni mengisahkan Seorang anak muda iaitu Bidin yang meminati motor kuasa besar dan impiannya dan menunggang dari kuala lumpur ke Thailand.

Ada satu scene tu,awie nyanyi lagu Ratuku dan dia turun bawah and berinteraksi dengan penonton which is very the wow gittewwww.Semua gadis mabuk kepayang bila Awie tetiba datang dan duduk sebelah dieorang.

Aku dan suami tergelak terbahak-bahak malam tu sebab dah teater ni memang kelakar nak  buek camno kan.






Paling epic bila tetiba polis evo ada dalam teater ni.Zizan menari lagu thailand. Awie jadi hussein macam dalam cerita hantu kak limah balik rumah.Memang aku bagi 8 bintang dari 10 bintang.



Kenapa 8 bintang? Sebab spontan,kelakar dan menarik.Kenapa teater ni hilang 2markah dari aku?Sebab ada satu scene tu aku tak paham apa yang dah berlaku sebab pelakon tu cakap bahasa kelantan pekat dan menjerit.

Overall,teater bikers kental memang menarik dan kalau diberi peluang memang aku nak tengok lagi.

Kamon guysss Awie dan zizan kot.Zizan tu memang kelakar.Dan Awie pulak kita tahu dia dah berlakon banyak movie yang kelakar.

Give this teater a chance and aku janji korang takkan menyesal.

Tiket boleh didapati disini:
http://www.istanabudaya.gov.my/laman-utama/bikers-kental-23-31-januari-2016/

Credit pic: Lan Careno

Sunday, 17 January 2016

Semak senarai IPTS yang diiktiraf MQA



Adik adik yang nak apply universiti swasta tu,tolong semak nama IPTS anda disini dahulu untuk memastikan kursus anda itu diktiraf oleh MQA.

Banyak je kes yang pelajar dah berjaya tamatkan kursus,tapi tahu-tahu je,kursus yang diambil tidak diiktiraf.Rujuk sini : Pelajar putih mata

Kalau tak diiktiraf,memang payah nak dapat kerja.Sia-sia je kalian belajar.
Cara:
1.Masukkan nama kolej swasta
2.Kalau tak keluar,Maknanya tidak didaftar/diiktiraf(boleh semak dengan pihak kolej)
3.kalau ada,click nama Kolej,
4.Program yang ditandakan dengan warna hijau adalah program yang telah dinilai/diiktiraf/diakredit oleh badan professional.


Selamat mencuba!

Wednesday, 6 January 2016

Hati hati dengan Penipu Rumah sewa di Mudah.My 2016

Assalamualaikum




Siapa selalu cari rumah sewa dekat Mudah.my?Kenapa korang cari dekat Mudah.my? Sebab senang korang tak payah keluarkan kos minyak kereta dan buang tenaga untuk keluar dari rumah.

Tapi Orang yang tak berhati perut mengambil kesempatan dengan kemudahan yang disediakan.Berlakon jadi owner rumah dan iklankan rumah tu di Mudah.my.Maka ramailah manusia yang innocent tertipu.

First ini link iklan si penipu tu 

Aku tak rasa korang boleh bukak link tu sebab si penipu ni dah delete.

Ini pulak alamat rumah yang diberi 
No 8 ,jalan pandan indah 5/12 ,56100 kuala lumpur. Pandan indah fasa 2.

Nak dijadikan cerita,Kawan aku ni pregnant dan mencari rumah teres untuk disewa.Yela Tak larat nak berjalan kalau nak duduk apartment.Jadi kawan aku pon cari dekat Mudah.my. Dan ternampak satu iklan yang menawarkan rumah teres dua tingkat dengan sewa RM800 sebulan.Lokasi di tengah bandar .Siapa yang taknak kan?

Jadi suami kawan aku pon telefon la orang yang post iklan tu.Rupanya owner rumah sendiri yang angkat.Berita baik untuk kawan aku.Mungkin sebab tu sewanya murah.Yang tak boleh blah tu,suara dalam telefon tu suara pakcik.Acah-acah pakcik baik la.Pakcik tu cakap kalau nak,kena bagi duit booking dulu.

Kawan aku ni dah terdesak sebab mana nak cari rumah murah dalam KL ni? Lagi sekali aku tegaskan kawan aku tu pregnant! Jadi dia nak rumah teres dengan budget yang sedia ada.

So kawan aku ni pon bank in la duit booking.dan pakcik penipu tu cakap,kalau nak view rumah,kena tunggu hari Ahad.Jadi takpe. Memang nak tunggu hari Ahad untuk View. Esoknya bila kawan aku try call tak dapat,Message tak balas sampai hari ni.Check iklan dekat Mudah.my dah kena delete!.

Sah!! Kena tipu dengan Pakcik penipu!Pakcik tu gunakan nama En Udin dengan nombor telefon 016-3591965. Kau tak kesian ke? Orang tu pregnant lepastu kau tipu orang tu.Memang tak selamat dunia akhirat tau tak!


Kemudian takpe.Suami kawan aku pergi rumah sewa yang dimaksudkan tu dan dia check peti box,ada satu kertas dengan nombor telefon.Jadi suami kawan aku try telefon dan rupanya bukan owner yang angkat,tapi  orang yang kena tipu macam kawan aku ni.Dia pon dah bayar deposit!

Apa kejadah pakcik penipu ni?? Mesti ramai orang dah yang dia menipu!
Aku nasihatkan jaga jaga dengan orang yang acah - acah pakcik .

Ya aku tau selepas ni kawan aku memang kena lebih berhati-hati.Bukan kawan aku je,tapi semua orang.Kalau owner cakap kena booked dulu,korang please cakap nak view dulu.Kalau dia cakap nanti melepas kalau tak bayar duit booked,Takpe.Korang cari je rumah lain.Rezeki dari Allah bukan dari owner tu.

Lepastu pastikan korang dapat agreement,ada hitam putih.So kalau dia tipu sekalipon,korang boleh dakwa dia.Please please jangan cepat terpedaya dengan rumah murah .


Nama: En-Udin
acc number: 162263351172-Maybank (muhammad izzuddin)
No telefon:  016-3591965





Sunday, 3 January 2016

Kos perbelanjaan sekolah 2016

Assalamualaikum 

Harini semua mak ayah cuti dan busy uruskan anak-anak masuk sekolah.

Ramai jugak yang tertekan sebab kos perbelanjaan semakin meningkat.

Walaupun aku takde anak lagi,tapi aku rasa tertekan jugak dengan situasi macam ni.





Terbaca dekat facebook,ada seorang Ayah ni terkedu ,terkuis-kuis mencari duit RM200 untuk dijelaskan.Sampai si Ayah bertanya pada cikgu,apa yang paling utama untuk dibeli dahulu.Sebab dia takde duit.Jadi cikgu bagi cadangan untuk beli lencana sekolah RM3.00,buku tulis.





RM200 mungkin jumlah yang kecil pada kita semua,tapi besar pada mata seseorang yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Samalah macam 20 sen.Kecil pada kita,tapi besar pada orang lain.

Aku ada tanya jugak pada kawan-kawan untuk share kos perbelanjaan anak-anak dieorang.

Ada yang sampai cecah RM600.Anak dia ada 3 orang.Jadi RM200 seorang.
Ada yang RM400.

Aku kesian pada ibu bapa yang tak mampu langsung untuk belikan anak baju sekolah baru.Pakai yang lama punya.Lusuh,koyak,kotor.Herm

Haih Malaysia...

Kalau complain cakap kita tak bersyukur,Kalau tak complain,dia akan kata kita ni terima je.

Habis nak suruh kita bagi reaksi apa???

Takpe Kau jawablah di akhirat kelak.

Sekian