Wednesday, 10 February 2016

Jumpa semula Ipod Touch setelah 8 bulan hilang!!!

Assalamualaikum

Harini aku nak kongsi kisah yang membuatkan aku lebih yakin yang kalau dah Allah tulis yang rezeki itu milik kita,lambat atau cepat ia tetap akan jadi milik kita.

Ipod touch tu hadiah daripada suami aku.So means that ipod tu sangat precious dan sentimental value.Dahlah ipod touch tu aku khaskan untuk instagram ,facebook @hauraabydya. 

Dah 8 bulan hilang start bulan 5 tahun lepas.Lama kan? Macam mana boleh hilang? Aku ingat lagi malam tu jam 10 malam aku dan suami tengok movie dekat IOI putrajaya. Esok pagi aku check dalam beg, Ipod aku dah hilang!!


Punyalah aku cari satu rumah.Aku ni jenis pelupa jadi aku ingatkan ipod tu ada bawah katil,ada tercicir dalam rumah.Aku cari dekat rumah mertua,rumah mak ayah aku pon aku cari.Tapi memang takde.Setiap hari aku cari.Aku percaya yang Ipod tu ada.Tapi.. Takde rezki aku masa tu.Tapi aku tak putus asa,Aku bukak Icloud dan aku try untuk check location terakhir Ipod aku.Tapi hampa lagi sekali.Ipod aku tu offline dan terus aku tekan Lost Mode dan aku letak message tolong pulangkan Ipod aku dan kalau Ipod in online mode, akan ringing dan dapat message aku tu.

Dan hari hari aku bukak icloud untuk check Ipod aku. Last sekali aku putus asa tapi aku sedih sebab Itulah iOS pertama aku seumur hidup dan dihadiahkan oleh orang yang paling aku sayang pulak tu.Hmm....

Memang terkilan.terkilan sangat sebab tu hadiah.Tapi masa tu aku dah fikir takpela mungkin takde rezki.Mungkin Allah nak ganti dengan rezeki lain.Takpelah.

Kemudian aku moved on jela dengan Handphone sedia ada. Dalam masa yang sama aku rindu dengan camera Ipod aku.HAHA.:D



Memang betul firman Allah diatas ni.Ya memang benar sebab ia berlaku pada aku.Allah berikan rezeki dari jalan yang tidak di sangka sangka.
Ya tak disangka-sangka. Sebab Ipod tu dah hilang 8 bulan 8 BULAN!

Sebulan yang lepas.To be exact 11/01/2016 aku terima satu panggilan telefon dari seorang hamba Allah.Tapi aku tak berani nak angkat.Yelah aku ingatkan agent insurans, agent kerja.Aku malas nak layan sebab aku dekat Office.Dan aku hantar message dekat dia "Hello.Who is this? Im in a meeting"



Kemudian sejam kemudian dia kol aku lagi sekali dan aku angkat.Aku tanya 

"Assalamualaikum Hello siapa ni ya?"
Dia : " saya Ida.Macam mana ya nak mulakan.Errr Ada hilang Ipod tak sebelum ni? "
Aku: "Ya Allah.ada adaa!!Awak ada jumpa ke?"

Dia: "Haah sebenarnya semalam saya pergi pasar malam kajang .Lepastu ada sorang mamat indon ni tetiba datang dekat saya and paksa-paksa saya beli Ipod ni dengan harga RM50.00. Dia paksa jadi saya beli jela.Tapi bila saya buka saya tengok ada message Lost Mode.Tu yang saya call sebab ada number awak.Tak sedaplah saya amek barang orang sebab saya taknak nanti jadi dekat saya,orang tak pulangkan pulak barang saya."

Aku: "Ya Allah kak.Ipod tu hadiah dari suami saya kak.. Akak saya nak jumpa boleh?Saya sanggup bayar dekat akak."

Dia: "Eh tak payah bayar sebab yang ni memang hak awak"





Aku terkedu.Sebab masih wujud manusia yang berhati perut .Kalau orang lain,korang dapat Ipod touch 5 generation.agak-agak nak pulangkan tak? Dahlah dapat dengan harga RM50 je.Nak pulangkan?



Lepastu kiteorang janji nak jumpa,sebulan kemudian,iaitu 6/2/2016 kami jumpa dekat the mines.Aku terus peluk akak tu sebab aku sangat berterima kasih. SANGAT. SANGAT.

Ya Rabbi. Janji Kau tak pernah silap. Rezeki tak pernah silap. Tak pernah.Aku sedih sebab aku sentiasa lupakan Kau.Tapi Kau tak pernah lupakan hambaMu.

Korang.Percayalah Rezeki itu sudah dituliskan Allah.Kalau memang itu Rezeki kita, Lambat atau cepat kita tetap akan dapat. Cuma kita harus PERCAYA dan selalulah memberi kepada orang yang memerlukan . Sebab Harta yang kita miliki,bukan semua hak kita.

P/S: Faith in humanity restored!

Monday, 8 February 2016

Tahukah korang yang pemegang kad maybank boleh dapat 30% diskaun untuk tiket sunway lagoon??

Assalamualaikum

Ha kemain panjang kannn tajuk.Gittewla betapa pentingnya entri ni bagi penggemar water ride/ water slide.

Dah lebih 10 tahun aku tak pergi sunway lagoon.Yela sebab aku ni tak pandai berenang dan honestly aku ni takukan air.Tapi sekarang tidak lagi okay.Aku siap boleh masukkan kepala dalam air lagi. Ini adalah satu pencapaian bagi aku.kihkih:D

Memula tu aku bercadang nak beli tiket online la,dan ambil je tiket dekat kaunter sunway lagoon.Harga Asal RM150.00 Tapi kalau beli online dapat RM120.00 untuk satu tiket.Ya still mahal.

Kemudian aku google promotion sunway lagoon.Dan jumpa la benda yang awesome iaitu pemegang kad maybank debit or credit,Boleh dapat 30% dari harga asal.Yang menjadikan harga tiket kepada RM105.00.Banyak kan ?



Jadi aku ni takde kad maybank,laki aku la ada kad maybank.Kiteorang pon belilah tiket untuk dua orang.Kena beli dari kaunter tau.Kalau beli online dapat diskaun online jela.Gitteww.Paham kan?

Sambutan awal pagi dari pihak sunway
datangla awal untuk elakkan beratur okay

Kami sampai jam 10:00 pagi .Saja sampai awal sebab untuk elakkan kesesakan orang.First destination yang kiteorang pergi adalah nickelodeon lost lagoon.Jauh sikitla dari tempat masuk.Korang kena kuat semangat untuk berjalan.Ada spongebob,patrick,dora the explorer.



Kami pergi tempat spongebob dulu,main segala gelongsor yang ada.Best jugakla masa tu sebab takde orang langsung.Aku rasa seperti akulah raja.kahkahkahhh.





Ha pilih pilih nak pergi mana .Banyak tempat dalam nickelodeon lost lagoon ni


nampak tak hidung panjang dekat atass sekali tu? haa ni la Spongebob punya tempat



Ha ginilah rupanyaaa monsoon 360

Kemudian kami pergi pulak ke kawasan lain pulak.Aku tak sure tempat yang aku pergi tu kartun apa,tapi ahh belasah jela.Yang paling aku ingat monsoon 360 ni.Memang terbaik sebab dia akan lepaskan korang dalam tu,dan korang tak jejak tanah lah kiranya.Habis air masuk hidung aku. Tapi memang best gilaaa.Siapa yang sakit jantung jangan naik okayh.



Seriously boleh dikatakan setiap slide yang ada dekat nickelodeon lost lagoon tu kiteorang try.Sebab masa tu tak ramai orang.

Lepastu kiteorang berlari berkejaran pergi kawasan yang ala-ala pantai tuuu.Aku ada bad history dekat situ, kawan aku cuba lemaskan aku dulu.Nasib baik ada jejaka cina tolong aku tauuuu.



Lepastu kiteorang berlari pulak pergi vuvuzuela.Perghhh yang ni memang aku cakap ngan engkorang,Ramai gila orang beratur untuk naik okay.Ramai yang teramat!!!!Kami pon beratur dan naik hanya sekali jela.Memang tak sanggup dah nak beratur lagi.Tapi memang berbaloi sebab sangatlahhh best.vuvuzuela di sunway lagoon ni antara yang terbesar di asia.Jadi kalau pergi sunway lagoon,silalah try.

And sekali lagi.semua water slide kami main.Taknaklah lepaskan peluang kan.Bukannya setiap hari datang sunway lagoon.

Then kami pergi naik ATV dekat extreme park. Free je.Tapi aku sarankan untuk wanita better korang main selepas tukar baju.Kalau baju korang basah,nanti dia suruh sinsing lengan untuk pakai alat keselamatan yang kat lengan tuuu.



Scream park


Kemudian benda last sekali yang kami buat adalah pergi scream park iaitu masuk rumah hantu. Okay memula aku skeptikal la jugak sebab aku ingatkan rumah hantu dia macam rumah hantu dekat sekolah tuu.Alaa tak seram pon.Tapi rupanya kiteorang semua kena ada dalam tu selama 20 minit dan rumah hantu tu adalah sangat besar okay.Ada partition kengkonon korang akan lalu hospital orang gila.Lalu tiub berpusing.Akan nampak fredie kruger ,Jason dan macam macam lagi.Memang ada elemen terkejut la.Jadi Serious korang kena masuk Scream park ni okay!

Overall aku sangatlah hepi sebab ni first time kami pergi ke sunway lagoon as husband and wife.EH sebelum kahwin pon kami tak pernah pergi bersama.Kahwin baru pergi.Barulah sweet.Hahaha;D

okay untuk info diskaun boleh lawat sini :

http://sunwaylagoon.com/promotions/


Kbabaiiii~~~~~

Wednesday, 3 February 2016

Resepi Ayam masak tempoyak sonang yo

Assalamualaikum

Ada yang tanya sejak bila pulak blog aku ni jadi blog masakan ek?
Sejak aku kahwin kot.Aku memang suka memasak.Hobi aku sebelum tidur adalah tengok video memasak.Aku rasa puas.

Ha cik adikk semua yang belum kahwin tu,Belajar lah memasak.Takkan tiap kali nak makan dekat luar kan.Takkan nak biarkan orang lain yang layan suami kita. Masak je simple asallkan kita boleh tengok suami makan depan mata.Gittewww.
#TipsRumahTangga.

Aku ni peminat durian.Sedap kottt duriannnn.Lagi-lagi makan sambal tempoyak,kentang goreng dengan nasi panas. Kombinasi yang pelik,Tapi itulah favourite aku.

Korang ingat masak tempoyak ni susah naw naw ke? Sonang yo.Aku rasa yang susah mungkin part nak cari tempoyak sebab bukan semua kedai jual tempoyak .Giant,tesco semua susah nak jumpa yang jual tempoyak.Jadi aku beli dekat pasar malam. RM3.00 untuk satu paket.


Okay chuolsss enough iolss membebel.Ni ha resepi Ayam masak tempoyak 






Bahan-bahan:
1. Cili besar 
2. Cili padi
3. 1. Kunyit hidup
4. Tempoyak
5. Serai
6. 3 ulas Bawang merah
7. Sehelai daun kunyit
8.  Ayam 6 ketul

Cara-cara
1. Blend bahan nombor 1 sampai nombor 5 sampai jadi macam dalam gambar ni:


2. Kemudian tumis dan terus masukkan ayam
3. campak hirisan bawang merah dan daun kunyit
4. campak ayam
5. Masukkan air.Ikut kepekatan yang korang suka.
6. pastikan api perlahan dan  biar sampai ayam masak
7. Masukkan garam dan gula
8. Siap!!!!


Makan dengan nasi panas perghhhhhhh terangkattt.Confirm suami tak cari lain.Kalau dia cari lain maknanya dia gataiiiiiiii:D

Okaylah selamat mencubaaaaa.




Monday, 1 February 2016

Resepi: Butter chicken Kalah Chicken Rice Shop!

Assalamualaikum

Rasa melebih lebih pulak ek tajuk resepi ni? Eh tapi aku memang serious okay.Homemade butter chicken ni lebih mudah,murah dan sedap.Yummy!




Takkanlah tiap kali teringin korang nak pergi makan dekat chicken rice shop.Satu pinggan butter chikcen yang berapa ketul tu je dah RM14.50. Kau mampuuuuuuuuu. Lainlah korang macam Azwan ali,mampu makan semua tempat memahal gittewww.#SEEMYLEVELLLL #BillionzzzzFollowerssss

Resepi homemade ni kos semua tak sampai lahhh RM10 lepastu boleh dapat banyak pulak tu.Chiken rice shop mampu nak bagi banyak-banyak ayam dekat korang?Tapi kalau malas masak boleh je nak pergi makan dekat chicken rice shop.Tapi still aku prefer buat sendiri.



Biar gambar tak cantik.tapi rasa sedap.Gittewwww



Resepi:

(Hiris)
1. 3 biji Bawang merah kecil(Nak lebih pon boleh kalau suka manis bawang)
2. 2 Bawang putih
3. Daun kari

(Bahan perap ayam)
1. Ayam potong kecil 
2. Serbuk kari ayam/daging
3. 1 biji telur
4. Garam
5. Gula

(Sos butter chicken)
1. Susu cair 
2. Cheesedale
3. Butter(kalau takde belasah je marjerin.Rasa tetap sama)
4. Garam
5.Black pepper

6.Tepung gandum/jagung


Cara-Cara:

1.Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam/ semalaman
2.Kemudian Salut ayam tadi dengan tepung dan goreng hingga kekuningan.Angkat.
3.Kemudian masukkan butter dan tumis bahan hirisan tadi hingga naik bau okay.Bukannya naik sheikhh. (tak kelakar,Hambar) 
4. Lepastu curah susu cair.agak-agak la.Kalau nak sos banyak,tuang la banyak
5. Masukkan 2 keping cheese(Terpulang nak berapa keping).
6. Masukkan serbuk black pepper.Adjust ikut tekak sendiri.
7. Masukkan ayam tadi.
8. Gaul-Gaul dan siappppppp.

Yammeh lebih sedap dari chicken rice shop!
Selamat mencuba dan selamat berjimat!