Wednesday, 21 February 2018

KPJ tawakkal berhantu ke?

Stop.jangan triggered dulu.Meh aku cerita dulu pengalaman aku.Baru-baru ni anak aku,Medina Aisyah tiba-tiba demam dan tak bermaya.Aku pon bawak dia pergi klinik ,temperature Medina hampir 38C which is tinggi,so doctor decide untuk masukkan ubat bontot,bila doktor bukak je pampers,aku perasan ada rashes dekat sekitar peha dia.Tapi masa tu doktor cakap mungkin ruam panas or sebab dia stress.

OkayFine.So aku pon balikla rumah,dengan harapan aku nak monitor dia je dari rumah dan nak lap-lap je badan dia dengan air.Tapi masalahnya temperature die turun sekejap je dalam sejam,then naik balik.Paling tinggi waktu jam 1030 malam,temperature naik sampai 39C dan aku tengok rashes tu macam makin banyak,dekat kaki pon ada.



On that point,aku terus decide untuk bawak dia pergi ke KPJ Tawakkal,which is my fav hospital sebab kami ada favourite doctor which is Doktor Faisal.Shout out to him.Haha.Macam dia baca kan.

.Aku bukan orang kaya guys tapi Alhamdulillah sebab kami ada insurans AIA public takaful,masuk hospital pon senang je.Kalau tak mana nak cari duit ribu-ribu wehhh.

Kiteorang sampai hospital jam 12 malam,Kesian sangat Medina masa tu,dia ngantuk,tapi tak boleh nak buat apa, we have to check her.Pumpangpumpang amek darah,timbang berat,cucuk,dapat surat admitted semua settle dalam jam 2 pagi.Memang lama sebab proses dia banyak.Tapi aku tak kesah sebab aku nak anak aku sehat.

Oh ya Medina kena cucuk dekat tangan sebab nak masukkan air dalam badan dia.Doktor suspect Medina dijangkiti virus HFMD(Hand foot and mouth).Dalam mulut Medina penuh dengan ulcer dan tonsil dia bengkak.Kesian sangat.Memang dia taknak makan dan menyusu.Bayangkan kita orang dewasa pon dah sakit.Inikan pulak baby.


Kami dapat bilik single sebab baby/kanak-kanak yang sakit HFMD ni memang kena kuarantin sebab penyakit ni boleh berjangkit dengan budak lain.Aku dan suami memang suka gila dapat bilik single.Disebabkan wad paeds penuh, pihak hospital bagi kami bilik single dekat wad dewasa.

Kami memang sukalah dapat bilik single,sebab takyah kongsi toilet,barang.Eh memang rasa macam raja lah masa tu.Haha.Tapi aku dan suami jela suka.Medina lain macam sikit.

Hari pertama
Aku ingatkan kalau dah masuk hospital ni,semua akan okay sebab ada nurse dan doktor akan monitor Medina,tapi sebaliknya yang jadi.Oh ya bilik yang kteorang dapat tu adalah bilik second hujung dalam wad tu ya.Lepas dapat check in je bilik tu,aku nak bagi Medina tidur,so aku susukan dia semua.

Medina tidur dalam setengah jam je,which is dari pukul 3 ke 3:30 pagi,then tiba-tiba dia bangun dan menangis tak berhenti.Sebelum kejadian tu sesuatu yang pelik jadi.Tiub air tiba-tiba terhempas dekat tiang macam ada orang hempaskan.Lepastu sebelum tu aku  dengar ada orang ketuk pintu.Aku ingatkan aku je dengar.Rupanya suami aku pon dengar.

Masalahnya sekarang Medina nangis tak berhenti daripada jam 3:30 pagi sampai 5:30 pagi.Korang boleh imagine tak?Medina tak pernah macamni seumur hidup dia.Memula aku ingatkan dia sakit tangan sebab kena cucuk or mungkin dia sakit mulut.

Kfine.Suami aku bawak dia jalan keluar dari bilik tu ,yes memang dia diam sebab budak kalau cranky kita kena tukar environment.Bila masuk je bilik tu,dia start menangis dan tolak-tolak badan kiteorang.Aku cannot brain this.So aku panggil nurse untuk check tangan dia kotla bengkak.Tapi tak bengkak tak apa.

End up dia tidur dalam kepenatan dari 5:30 pagi sampai 9 pagi.

malam pertama

Hari Kedua
Memandangkan suami aku kerja kerajaan,so untuk anak yang ada sakit berjangkit ni,kerajaan akan allocate 7 hari cuti kuarantin untuk mak or ayah which is great.But still im not going to vote for them for the next Election.Ops.
Memandangkan kami dapat bilik single,aku bercadang nak ulang alik je dari hospital ke tempat kerja.

Masalahnya waktu siang Medina tidur sekejap je dan kemudian dia menangis sampai aku balik kerja.Ini taknak,itu taknak.Mak ayah aku siap datang bawak mainan lagi.Semua dia taknak.Whats wrong with her??

We were really clueless.Tak reti nak buat apa-apa dah sebab semua tak kena. Masuk je waktu malam,thing getting worse.Medina menangis start dari pukul 9 malam,mula-mula aku sabar lagi,tapi lama-lama kesabaran aku hilang.Aku termarah dia, "Medina nak apa lagi ni?? Ummi tak faham!Paham tak ummi penat balik kerja??".Haa lagilah dia meraung. Maafkan Ummi sayang :(

Suami aku pon dah stress dan cubit pipi Medina sebab semua yang kami buat dia taknak,sampai dia tolak dan cakar muka kami.Medina tak pernah macam ni okay.Tak pernah.Aku kenal anak aku.Dia kalau nangis,takkan pernah sampai macamni sekali.

Oleh sebab tak tahan,aku pon ikut nangis sekali dan banyak kali aku panggil nurse untuk panggil doktor dan check Medina.Masa tu dah pukul 1 pagi,Medina still tak berhenti menangis.Doktor MO datang dan check Medina,MO everything was fine.Kalau dia sakit mulut ke apa ke,dia takkan sampai macam ni sekali.

Korang boleh bayangkan tak MO pon clueless? Dan malam tu jugak aku mintak izin dekat Dr Faizal untuk bawak Medina keluar naik kereta jalan-jalan pukul 1pagi.Dia duduk diam dalam kereta dan sempat tidur tak sampai sejam.kemudian dia bangun tersentak dan menangis beria-ia.Suami aku azan dekat telinga dia,dia makin meraung menangis,cakar muka,tolak badan aku dan suami.Tenaga dia kuat sangat masa tu.Lepas suami aku baca Bismillah 6,terus dia senyap tidur macam tu je.Eh pelik pulak.Hmmm

Aku ajak suami aku balik rumah mak malam tu jugak,tak kesahlah apa nak jadi.Suami aku pon cakap esok dia nak mintak discharged jugak.Rupanya suami aku cerita yang sebelum kejadian ni,dia ada azan bilik tu dan dia cakap bulu roma dia terus naik macam something is wrong.

Waktu tu jugak mak ayah aku datang dan ayah aku tolong azan bilik tu.ayah aku pon rasa benda yang sama macam suami aku rasa.What a coincidence.Mak aku ex nurse,so mak aku cakap bilik single ni jarang orang masuk sebab mahal kan,so kadang-kadang akan kosong dalam masa yang lama.So aku taktahula bilik tu okay ke tak.

Tapi aku dah tak kesah dah.Aku nak bawak Medina balik tidur dekat rumah je sekarang ni.So aku mintak izin lagi sekali dekat Dr Faizal untuk bawak Medina balik tidur dekat rumah.Suprisingly,Medina tidur dengan lena sangat-sangat dekat rumah.Like nothing happened weh.Alhamdulillah esok pagi memang aku mintak discharged nak monitor dekat rumah je.

kesian anak ummi.mata dah bengkak2 dah

Hari Keempat
Thing doesnt end here guys.Ingatkan dah okay lepas keluar hospital.sangkaan aku meleset.Malam keempat pon dia menangis terkejut macam ada orang kejutkan dia bangun dari tidur.Menangis tutup mata dan tak keluar air mata.Suami aku start baca surah Al Baqarah dan aku pon baca 3 Qul dan ayat kursi.Satu jam jugaklah baru dia berhenti menangis.


Aku dah tak tahan dah.Esoknya aku decided untuk bawak dia pergi berubat dekat Darussyifa Gombak.Yela kita ikhtiar cara lain pulak.So ustaz tu tanya aku questions "ada tak dia nangis,tutup mata tapi tak keluar air mata?".Of course ada ustaz.Aku malas nak tanya lebih-lebih sebab aku sebagai ibu,aku tahu anak aku nangis bukan sebab sakit.

So ustaz  tu bacakan doa semua dan bagi Kami air untuk mandi dalam masa 3 hari ,dan mesti mandikan dia selepas asar dan sebelum maghrib,dalam pukul 6 macam tu la.Dan jugak air tu mesti diminum dan dilap ke muka dia.

Allahurabbi kuasa Allah,Selepas kami bawak dia pergi Darussyifa,Medina takde dah menangis meraung macam haritu.Alhamdulillah selepas tu memang dia okay sangat.Aku bersyukur sangat.Semoga ujian ini tidak berulang lagi sebab aku sangat clueless .Tak tahu nak buat apa!

Conclusions
So adakah KPJ tawakkal berhantu?Aku rasa semua hospital pon ada benda-benda ni.Tak boleh nak cakap KPJ tawakkal je.Ramai je kawan aku alami cerita hantu dekat hospital lain.Mungkin Allah dah pilih kami untuk rasa ujian ni.Ya Allah clueless sangat weh.


Agaknya kalau Medina boleh bercakap,apa yang dia akan bagitahu aku ya?Sebab aku ada kawan yang anak dia memang direct je cakap "mama,ada hantu kat situ."haha.kbai








Tuesday, 13 February 2018

BerryBright eye nourishing drink :Supplement terbaik untuk mata di Malaysia

Jarang kan kita dengar pasal supplement untuk mata? Yang selalu kita dengar hanyalah supplement untuk kulit.Cliche sangat.Mata pon perlukan penjagaan okay!Kalau tak jaga, akan rabun,pastu lingkaran bawah mata akan lebih hitam sehitamnya hati kau masa mengumpat aku.Ehhh.

Anyway aku ni bekerja sebagai Android programmer,so memang normal la kalau mata aku ni hanya tertumpu dekat coding,screen dan phone.Kalau balik rumah tu memang kepala aku ni akan pening dan mata aku akan cepat penat sampai aku terlelap atas motor woi.Kisah Benar.

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk cuba Berry Bright Eye Nourishing drink.Korang tau tak jenama ni adalah eye supplement yang terbaik dekat Malaysia? So minum tanpa ragu-ragu okay gaisss.



BerryBright?Apa tu?
Ia adalah supplement mata yang berasaskan makanan yang natural contohna BlackCurrant Anthocyanins.Ha aku nak eja pon payah.Eyebright extract,vitamin C,Bilberry extract.Eh tengok sendiri gambar dekat bawah ni.




Siapa yang digalakkan untuk minum BerryBright?
1.Pengguna contact lens.
   -Berrybright mengandungi nutrien larut air yang membolehkan ia diserap dengan pantas dan memberi kelegaan dan sokongan pada mata kita.

2.Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
   -Lutien mapu melindungi retina dari sinaran biru yang bahaya (Datang dari skrin phone,computer dan sebagainya)

3.Lingkaran hitam bawah mata
   -Berrybright diformulasi untuk meningkatkan peredaran darah (peredaran mikro)dengan menyingkirkan toksin,mengurangkan pembetukan lingkaran hitam bawah mata

4.Sokongan nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata yang lebih baik
   -Keperluan dan permintaan terhadap nutrisi dan pemakanan untuk kesihatan mata telah meningkat secara dramatik disebakn oleh gaya hidup masa kini.



Jangan risau.Produk BerryBright ni bukan jenis yang repackaging balik .Dieorang ada sijil halal, HACCP,MESTI semua ada lah.Bukan tu je  BerryBright ni Pernah menang anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 kategori Makanan kesihatan dan disokong penuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lepas minum BerryBright ni,aku takdelah rasa mata terlalu penat macam selalu.Dan aku sangat sukakan rasa dia sebab dia tak terlalu manis.Kalau korang risau sangat pasal tahap kemanisan,korang boleh pilih BerryBright with stevia.Oh ya meh aku bagi tahu awal-awal 

2 Jenis BerryBright:
   -BerryBright Original-mengandungi fruktosa semulajadi.Kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal.38 kalori setiap hidangan.Sesuai untuk semua peringkat umur.

   -BerryBright Stevia-Tidak mengandungi gula tambahan,menggunakan stevia berasaskan tumbuhan sebagai pemanis.




So apa lagi korang?Takkan nak lepaskan peluang dapatkan eye supplement yang terbaik dekat Malaysia ni weh? Rugi-rugi.Ni aku nak bagitahu yang sesapa yang nak beli dan dapatkan diskaun sebanyak 15%,korang boleh guna diskaun code:nurdiyanadc01 .


Link: Shop Berry Bright
Diskaun code: nurdiyanadc01
Facebook: Berrybright
Instagram : @berrybrightmy


So far meOlss Sukaaaaa.Kbai korang.Cerahkan mata,cerahkan hati jugak yeeee