I appreciate them.

Wednesday, 6 April 2011

ayat budak zaman sekarang yang advance lagi complicated.

itulah pentingnya malay education.:D

korang semua mesti pernah baca kan,terutamanya dekat facebook,myspace,tagged,semua laman sosial lah kan.blog pon termasuk sekali lah.ayat-ayat budak zaman sekarang.macam mana ayat dia?memeningkan kepala kan?sedangkan ayah and mak kita baca apa yang kita tulis pon dia tak paham,dia tanya banyak kali,terutamanya kalau kita message mereka.


inikan pulak yang macam ni.cuba korang bagi message ni dekat mak ayah korang.confirm tak sampai seminit mak ayah korang akan call korang untuk tanya apa yang korang cuba sampaikan.kan?jangan tipu.ataupun masa korang balik cuti sem,mereka akan hantar korang ke kelas  bahasa melayu atau atau atau lempang korang.



konon manja la guna ayat macam ni.=,="
alalala.comelnya mereka(:
atau dalam bahasa mandarin hen ke ai^_^





takpe.biar aku translatekan bahasa yang mudah difahami ya.



baBe ,,, gUrLz uKan soWunx laa ,,, bnYk yg bAik lAgie dRie dY ,,,
taa smEsti nYe sowunx bUad sume knea dOeh ,, taa sume JhAt ,, taa sUme gak baIk
,,,pKir2 laa ,,, aKu SbAgi mBEr ,, aRap kAu jUpee yUnx bAik lAgi eRkk ,, jGn
sMpAi naa bNuh drI ,, thO bUkan jLan pNyElesAyaIan ngOkk ,,, sbOo okea ,,

apa yang cuba disampaikan:
babe,,,girls bukan seorang la,,,banyak yang baik lagi dari dia,,,tak semestinya seorang
buat semua kena doh,,,tak semua jahat,,tak semua juga baik,,,fikir la,,,aku sebagai
member,,harap kau jumpa yang baik lagi erk,,,jangan sampai nak bunuh diri,,itu bukan
jalan penyelesaian ngok,,,sabar okay,,



next:
My LovEly kzEn , mIsh aT xOe syanggs ! ? eCox hAng jUms . .

apa yang cuba disampaikan:
my lovely cousin,miss dekat kau sayang!esok hang jom.
.

seterusnya:

syGs kamOo snAd2,,,
cinta kamOo snAd2 ,,,,
tanaKk jAoh nUn kamOo ,, wLaupUn t'pKse,,
suSa oR seNanG kamOo tTap d'hatIe akU ,,,
shPea laGie ,, fAmilY akU aRee ,,
...taa aRn bf aKu pLaKk ,,, hahahah ,,


apa yang cuba disampaikan:
sayang kamu sangat sangat,,,
cinta kamu sangat sangat,,,
tak nak jauh dengan kamu,,walaupun terpaksa,,
susah or senang kamu tetap dihati aku,,,
siapa lagi,,family aku arr,,
...tak kan bf aku pulak,,,hahhaha,,


selepas itu:

bYe !
naa oUt ,,
bChAn laa ,, n taa dee chpea naa tmaN puns,,,
chAuuuuu ,,,,,:'(

apa yang cuba disampaikan:
bye!
nak out,,
bosan la,,and tak ada siapa nak teman pun,,,
chauuu,,,,,:'(


 nak lagi:
ntah ape ntah ,,, dee stho mInaH nIe ,, tLis kat stAtus dy yunX dY taa suKe daK
lAki hIsAp oKok ,, bUt dy iSap oKok ,,, vUduS gYle seYh ko ,,, otaK ko thO lTaa
kArt ltUt kO jePs ,,, kO bOleisAp oKok bUt bf ko taa bOle ,, snAd2 bEbal laa
Otak lU mInah ,,, kCian akU tNgok ko ,,, kCik2 tana mampOz ,, besa2 susa kAns
owUnx ,,, eRrR ,,,

apa yang cuba disampaikan:
ntah apa ntah,,,ada satu minah ni,,tulis dekat status dia yang dia tak suka budak
lelaki hisap rokok,,but dia hisap rokok,,,bodoh gila seyh kau,,,otak kau tu ltak
dekat lutut kau je.kau boleh hisap rokok but bf kau tak boleh,,sangat sangat
bebal la otak lu minah.kesian aku tengok kau.kecik kecik tak nak mampus,,besar
besar susah kan orang,,,er,,
,

tulisan besar kecil satu hal,ejaan satu hal lagi.
kami ni walaupun ejaan pon tak betul.tapi senang difahami sekali baca.tapi yang
ni.kena baca berulang kali dah kena fahamkan selama 5minit.tu pon belum tentu(:

sila hargai setiap apa yang aku translatekan sebab setiap translation mengambil
masa 5minit untuk faham dan setiap koma diambil kira bilangan yang digunakan.hee:P

ini adalah random.tak tuju dekat siapa.sama sama jadikan renungan dan selamat beramal.

p/s:cukuplah dengan bahasa sekarang yang banyak singkatan.,jangan tambahkan lagi dengan semua ni

.siapa hantar message dekat aku macam ni.awal awal aku pesan.memang kena lempang dengan aku dulu.sebab dah susahkan aku nak fahamkan apa yang dia nak sampaikan:P

gurau je(:

Monday, 4 April 2011

cara cara memujuk kereta anda

ini adalah berdasarkan kajian aku selama setahun lebih aku bawa kereta,macam macam kereta dah aku pernah bawak.

1.kancil hijau yang tak ada aircond,tingkap rosak.
2.kereta proton saga yang dalam dia ada lipas,tempat pulas aircond hilang.
3.kereta kembara ,puas sudah ku mengembara.jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng.mencari,hati emas bukannya mudah.jeng jeng jeng jeng jeng jeng.actually nak cakap kereta sewa.
4.kereta kancil kelas memandu ravi.
5.kereta ford yang sensitive kalau tekan minyak sikit terus jalan,asal naik bukit je failed.
6.kereta avanza yang menampakkan aku macam mak orang dan mempunyai 5 orang anak.


semua kereta yang aku bawa,semua manual kecuali kereta kembara tu je.mesti korang nak cakap kan yang budak budak muda sekarang bawak auto,tapi aku bawak manual,so aku ni dalam golongan orang-orang tua la ni kan?eh,tuh yang korang cakap kan?jawab kan sekarang!kannnn:)

kereta pon ada perasaan jugak,korang kena paham kehendak dia.

1.selalunya kereta kita ni akan merajuk kalau kita cakap nak beli kereta baru depan dia kan?
solution:nampak je kereta baru lalu,kita kutuk kaw2 depan kereta kita sambil mecebikkan bibir "laaa.kereta ni ke yg aku nak beli harituh?buruknya!kereta aku lagi cantik kan kenari kan?apa barang nak beli lancer!tak style!kau lg style kan!"

2.kereta kita jugak akan merajuk bila kita dah lama tak basuh dia
solution:kotorkan kereta orang lain,supaya kereta kita nampak  lebih bersih dari kereta yang lain tu.

3.beliau juga akan merajuk kalau kita naik kereta lain depan-depan dia
solution:korang jalan jauh sikit,jangan bagi kereta kita nampak.lepastu  naik kereta yang lain tu.

4. kereta akan merajuk jugak kalau kita langgar apa yang tak patut dilanggar
solution:minta maaf dekat dia.lebih afdal nyanyi lagu maafkan kami sebanyak 100kali.sambil belai dia penuh kasih sayang.

5.merajuk sebab kita tak puji dia
solution:puji la.ape lagi?HAHA:P


hasil dia:kereta yang mesra.
ha!terkejut ke??


boleh nak cakap dengan kereta tapi jangan selalu terutamanya di tempat awam seperti di sogo.confirm sesiapa yang nampak korang akan call hospital gila untuk tangkap korang.CONFIRM tidak syak lagi.

sila tengok see try cuba test.
mustajab dan mujarab
bye.


Sunday, 3 April 2011

synopsis filem brokeback mountain(2005) from me

The story is all  about true love between two homo that can't be together.
Here is the trailer.For those yang taktahu kewujudan filem yang memang diharamkan di Malaysia ni.


yeah I know,this film its quite old kan.dah lama release,around 2005.I know.
but aku pon taktau kenapa,macam mana aku boleh terjebak nak tengok filem ni.
mungkin aku nak memahami kehidupan seorang gay ataupun homoseksual.
Sama seperti alasan yang lain,mereka ni tak mintak dilahirkan perasaan yang macam ni.
tapi macam mana ntah boleh adanya perasaan ni kan.actually its a lame excuses,
kalau nak berubah boleh je.dont give an excuses kan.
tapi still kita harus menghormati mereka sebab mereka manusia ciptaan Allahs.w.t jugak.
two hot guys in this filem.first, heath ledger as ennis.as we know dia dah meninggal kan?



second is,,jake gylenhaal as jack


cerita ni bermula bila jack ,and ennis yang dah bertunang dengan Alma ni nak cari kerja sebagai pengembala kambing(eh dorang ni dah tak ada kerja lain kot?)masa first jumpa ni kan masing masing pandang hujung2 mata je kan.konon malu la.
lepas dapat kerja jadi pengembala kambing biri-biri la katanya,mereka ni duduk berdua je atas gunung tu.sunyi wey gunung tu.dieorang dua je yang wujud dekat situ.mungkin mereka fikir nak bercinta dengan kambing.kambing tak bagi respon.kalau bercinta dengan manusia,sama jenis,mesti ada respon.respon dia antara dua lah kan.tolak atau malu tapi mahu.dalam cerita ni.i can see yang ennis as a women here.because jack was the one who started to flirt with ennis.ada sekali malam tu,it was a cold night. jack tidur,conquer khemah sorang2,mana boleh!tak adil!sebab dia biarkan ennis berjaga dekat luar,shivering!then jack macam kesian kan ennis,dia suruh enis masuk dalam khemah.Demm!dari situ la started all those haram thing!
esok pagi bangun,buat macam tak ada apa-apa berlaku.


feeling la tuh.sweet la konon.yarks.

dipendekkan cerita,mereka ni terpaksa berpisah sebab mereka tahu mereka tak dapat nak bersatu kan.tahu pun kau.nasib baik ni cerita je.Then mereka berdua kawen and dua2 ada anak and a gorgeous wife!apa lagi yang mereka nak?mereka masih merindui sesama sendiri.tak paham la.ada sekali tu,jack and ennis berjumpa dekat rumah ennis, and you know what happend if  2 lovers dah lama tak jumpa kan.kantoi dengan bini enis.lama jugak la enis sorok hal ni.well,I REALLY KNOW WHAT IT FEELS LIKE.yeah,cause it happened to me.after a year,at last i know he's a real gay.sebenarnya mereka kawen tapi they confius abaout their feelings.kesian bini dia..
ennis taktau yang bini dia dah tau.then dia cakap kat bini dia nak pergi memancing la apa la.padahal dia pergi hotel dengan jack.haihh..this is like a real story kan?
rasanya bini ennis ada nak mintak cerailah.some sort of.jack macam ceria je kan.sebab tahu ennis nak ceria,I mean cerai.:)
mula2 rasanya tak jadi sebab enis masih sygkan dua anak perempuan dia.Then jack started to cry.yang last sekali jack mati,ennis nak tau kenapa jack mati.tapi bini jack taknak bagitau kenapa.last2 ennis jadi cerai ,so he's lonely,duduk sorang2 with jack's jacket that he used to wear masa mereka sama-sama dekat brokeback mountain and with a postcard picture of brokeback mountain.dia skarang mengharapkan dua anak perempuan dia datang melawat.thats the end.cerita ni memangKONON sweet love story.

ennis with jack's jacket and photo of brokeback mountain

pernah baca tak dekat paper metro yang bini dia merana sebab dapat tahu suami dia nafsu songsang?
kadang-kadang mereka kawen and bercinta sebab nak tutup kesalahan sendiri.dah banyak dah kes jadi macam ni..
tak kurang jugak lah si bini lari ikut tomboy.
padahal bentuk badan semua sama.
Allah s.w.t dah menciptakan manusia berpasangan kan?kenapa mesti nak mencari yang sama jenis?nasib baik ni sebab director suruh kan.

sorry this is just a synopsis.if you want to hate me because i watched this movie.sorry(,:
jack's quote "sometimes  i miss you so much and i can't stand it"
(,:
quote ni je aku suka ,yang songsang lain-lain aku tak suka.
okay bye

Friday, 1 April 2011

Mak saya kelakar.

who next?
your mother



who next?
your mother.



who next?
your mother



and then
your father.

haih.penat menyanyi.famous mak aku kejap sebab ada gambar dia sebanyak 3 kali.ayah.sila jangan kecik hati,sebab walaupun gambar ayah ada satu tapi dalam gambar tuh ada kite and tangan mak.maknanya ayah tak keseorangan.enough


Mak aku memang sangat kelakar bagi aku,lagi lagi kalau pasal barang elektronik.puas mengajar dia berpuluh kali,tapi still tak ingat.
kalau washing machine tu,cara nak spin,nak basuh,semua dia tak ingat,siap kena tulis instruction dalam kertas,dia takut lupa.comel kan.
kalau handphone.setiap tahun nak tukar baru je.pantang tengok the latest,nak ada wireless la,nokia touch screen la tapi still tak pandai guna,setiap kali kena ajar tengok contact camne,nak kol camne.

tapi takpe aku sayang mak aku,sebab dia special dan selalu buat aku tergelak beramai-ramai bersama adik beradik dan ayah.
ikuti 3 situasi dialog tersebut:


masa ni aku,mak and adik tengah tengok semua gambar mak pergi langkawi dekat TV.then ada satu gambar tu dia pegang belangkas.


dihalang oleh makcik berkaca mata hitam.sbb tu confius gambar sape


mak:eh.siapa yang pegang belangkas tu?geli betul.
saya:mak la yang pegang,siapa lagi.kan tangan mak tu.
mak:eh mana ada.bukan tangan mak la tu!

bila scroll gambar lain.
makcik,sila beralih sikit.thanks..tadaa.tangan mak pegang belangkas
saya:mak tengok gambar ni.mak yang pegang kan?
mak:eh,haah la.mak yang pegang.hehe.

abang  long beli cerita Iman.



mak:kak,abglong ada beli cerita baru.cerita iman,best cerita lawan2.
saya:hah?cite lawan2?cerita iman?cerita apa tuh?cerita melayu ke omputih?
mak:cina la.
saya:huh?wati,cerita iman tuh cite apa?mak ckp cerita cina cerita lawan2
adik:iman??lawan2??abg bru beli??ohh bukan cerita iman la mak.cite IPman.
mak:sama la tuh.
saya:hahaha.selama ni ada ke cerita iman yang lawan-lawan.adoiyai.



ni part yang favourite and aku akan ingt sepanjang zaman
masa ni nak pergi kenduri kawen sedara aku.and mak baru beli Handphone baru.



mak:kak,nanti masa kak ani kawen.tangkap gambar banyak2 tau,guna hp mak
saya:okay mak
mak:tapi mak nak telefon ayah dulu.
saya:huh?untuk apa?
mak:nak beli topup.
saya:kenapa nak beli topup pulak?
mak:kalau tak ada kredit dlm hp,camne nak tangkap gambar?
saya:hahahah.mak,takpayah pkai kredit kalau nak tangkap gambar la mak..
mak:yeke?hahahahahah


korang pernah guna tak microsoft word 2010?features dia memang superb la.memang sangat lain.siapa yang tak pernah guna,mesti akan rasa dia buta komputer sekejap.HAHA.masa ni mak aku nak aku ajar macam mana nak design perkataan dalam microsoft words.



mak:kak ajar mak macam mana nak design yang huruf bengkang bengkok pastu ada kaler2 tu?
saya:ni hah mak pergi dekat wordart ni
dengan nada terkejut,mak aku cakap:
mak:kak,kenapa dia keluar huruf A je??huruf lain mana?dah hilang ke??computer ni dah rosak ke?
saya:HAHA.mak ni.bukanla.ni wordart.die kua huruf A sebab nak tunjuk style apa yg ada.bukan huruf dah hilang.haha.lawakla mak ni.


banyak lagi tp takpe dlm blog ni tu je.nanti mak aku marah aku pulak bila dia baca ni semua.tu pon kalau dia boleh buka computer la and tahu guna internet la:P
i love you so much mak and i miss you!:)

Tuesday, 29 March 2011

8 sebab musabab kenapa kita patut bangga walaupun kita rendah.

rendah lebih sopan dari pendek kan?setuju?(kalau ya,angkat tangan macam usup )
Tinggi I 158cm je.I mengaku tinggi I tak macam hanis zalikha.wuwuwuw:P
WHAT diana?You nampak tinggi!.HAHA.gelak jahat sekejap.siapa yang pernah jumpa I.tanpa melihat kaki I kan.semua telah tertipu oleh dia ni:



terkutuk kau si penipu!!harap rupa je menarik,comel,tapi penipu!ptuihhhh!



and second solution is,sekarang I amalkan makan calcium,dulu colagen.untuk kuatkan tulang and pembinaan tulang temulang dan kekal muda macam mak dalam semua cerita indon,supaya rupa I and anak I macam adik beradik and supaya dah tua nanti takla jalan macam nenek kebayan.okay sambung,

ini la penyelamat bagi golongan-golongan rendah macam I ya.Golongan macam I ni memang tak layak la nak jadi model ke hape ke kan sebab ketinggian kami yang comel momel ni.wakil bola jaring pon agak sukar,mungkin pergi audition 15kali pon belum tentu lepas kan.but jangan taktau ya.pemain basket ball kat luar negara ada je yang tinggi 160,170,itu pun dikira rendah kan?so orang malaysia yang tinggi 160 lebih tu dikira paling rendah di sana ye.wee:P
bukti kejadian:



nama si comel yang hitam manis ni ialah EARL ANTOINE BOYKINS.  yaw earl si rendah make us proud !

you can find this little man on facebook.kalau kalau korang nak search dia kan.ecceh.macam I taktau korang akan search gak kan.:)

.masa diploma dulu pernah je I jadi model untuk kawan I.tapi 2 kali jela.degree ada jugak yang mintak tolong tapi I tolak,so siapa cakap orang rendah mcm I takle jadi semua tuh?we can lah!.tapi masa tu,i free hair sekarang I dah jadi nancy arjam versi bertudung dahh.bukan nancy arjam yang seksi meksi.sama tak sama tak?wahaha.perasan!:PPP

tak boleh letak gambar time photoshoot tuh.bahayo:P

masa sekolah rendah ada jugak jadi player utk bola jaring and bola tampar tapi naik sekolah menengah I tak minat sukan,I minat berkawad.
Gambar waktu jadi penolong company bravo,hitam weyy!




kadang-kadang I rasa rendah diri jugak sebab I pendek kan.tapi nak buat macam mana I ikut belah mak I,memang comel je semua.tapi kalau belah ayah memang tinggi2 semua.so obviously aku sad sebab dalam family aku paling rendah even adik aku yang last sekali lagi tinggi.aku anak number 3.nampak jurang perbezaan antara kami?sad),:

tapi takpe kesat airmata tu diana daripada ini ),: kepada ini ): tukar lagi kepada ini (:

sebab apa yang penting ialah kesihatan bukan ketinggian.

think positive semua golongan macam saya SANGAT BERUNTUNG sebab:
1.senang nak cari baju yang cantik sebab kalau baju tu singkat pada orang tinggi,kat kita sedang elok je,sama jela macam skirt.best kan kan.wee:P

2.kalau baju tu labuh sangat,especially baju kurung,kita senang-senang je boleh alter kalau utk orang tinggi,baju singkat,kalau alter,nampak pelik and agak susah ye ye.takkan nak tambah kain perca dekat kain yang singkat tu.hebat kan jadi rendah?:)

3.boleh pinjam baju kawan-kawan yang tinggi tapi kawan-kawan yang tinggi tak boleh pinjam baju kita yang golongan rendah sebab singkat and tak muat,waaaa.bangganya jadi rendah

4.Kita boleh pakai high heels brape inci pon kita nak.name it!kalau golongan tinggi pakai nampak macam manusia paling tertinggi di dunia.wowowow.nampak nampak?seronok kan?

5.kalau jadi rendah ni.semua nak jadikan kita adik angkat la ape la sebab nampak muda.tapi kalau yang tinggi nak jadikan adik angkat,tapi kalau yang nak jadikan dia adik angkat tu lagi rendah macam mana ya?

6.selalu digelar si comel walaupun selalu jugak di gelar si pendek(ni patut ke ada dalam list ni?)
7.nampak muda,okay point ni sama macam num 5.beza sikit jep.mari kita lihat contoh yang diberikan:

  • first example:bila jalan dengan orang tinggi dia akan tanya kat si tinggi,"adek ke?"wahahaha.muda kan kita?hahah:P
  • second example:I dah ada experience,banyak kali i jalan dengan adik I umur dia 18 and tinggi dia 182cm,ramai orang tanya dekat dia pasal I"adek ke?" ada yang tanya kat adek I,yang ni memang I takle terima sebab dia tanya kat adik I "anak dah berapa orang?"HAHA:DD,dalam diam I dah ada anak buah rupanya,berapa ramai,itu kita taktau.HAHA.dan etc.


8.Last point,menurut kajian,kata-kata kawan I,lelaki sekarang ramai yang rendah.so,elokla dengan ketinggian wanita wanita comel ini.

sekian sahaja pesanan saya wahai umat umat yang diberkati Allah s.w.t sekalian.

p/s:tinggi dan rendah sama cantik kerana kita adalah ciptaannya(:

Monday, 28 March 2011

dua orang budak kecil daripada kelantan


ini dia lelaki daripada kelantan,nama dia amad ataupon nama glamor dia amat.nampak sama kan?tapi sebenarnya lain.cuba tengok betul-betul.lain kan...ejaan dia.
comel tak comel tak?comel la.makanan ni dia yang nak sangat sebab nampak I makan,dia pon nak ikut sekali makan.tapi tak habis,berterabur atas karpet ,I yang kena bersihkan.apa ingat I kuli you ke?huuuu:P

lepastu dia suka sangat pergi dekat kotak ubat atok I,dia nak check apa pon taktau.mungkin cita-cita dia nak jadi doktor mungkin.kecil-kecil dah ada cita-cita.I respect la sama lu brother.layak ke panggil brother?habis I ni apa?


gaya ni adalah kegemaran I sebab tandanya dia tengah lapar susu.



ha ni abang dia,first,why you wat face macam tuh hah??

dia amir amsyar,masa kecik2 dulu suka sangat menari bila ada iklan,kalau iklan oligo koko makin galak tarian dia.pastu kalau orang lain pegang.dia alergic.sikit-sikit nangis sambil panggil "mek".sekarang ni, kalau nak air dalam peti ais,suka sangat gedik-gedik jengket2 kaki.tangan dia menggelitis gedik gedik cam ikan nak separuh mati and buat muka manja,minta kat siapa-siapa yang ada dekat dengan dia."nak air dalam peti!"sambil loncat and tangan dia tu..sigh.how can i resist his permintaan.comel sungguh!

disini disediakan kemudahan video amad@amat mengomel yang sangat comel.membuatkan I geram nak sangat balik kelantan.
tengok bila kita sebut mata,kanak-kanak memang suka buat aksi yang membuatkan kita cair ni,kedip-kedip mata.


kalau suruh senyum dia cakap nyum nyum nyum.

wahaha.I rasa nak gelak sorang sorang tengok vids ni.sebab tiba tiba ada lagu india last part of this vids.HAHAHA.*kantoi

Thursday, 24 March 2011

iklan tepi jalan yang over excited


tengok betol2 iklan ni.apa yang tak kena?


perhati betol2.

tak nampak jugak?




yela saya zoom sikit.






nampak dah?

wow.besarnya mata and senyuman gigi dia plus excitednya dia,mungkin masa tangkap gambar ni dia tengah gembira.mungkin dia baru lepas dapat anak pertama.mungkin




tergamak betol dia tangkap gambar sampai rupa dia jadi macam tu.

kalau kanak kanak yang lalu dekat iklan yang ada dekat kepong ni,
confirm nightmare.


style,mata terjegil,senyum selebar2 yang boleh sambil nampak gigi,
I syak die excited sebab gambar dia akan ada dekat iklan besar dekat malaysia.

tak boleh nak salahkan dia jugak.mungkin first time dia masuk iklan kan.


actually semua artis dlm iklan ni muka takleh blah.siapa kenal artis-artis ni.tolong bagitau saya,nak invite untuk dinner.haha

konsert golden crown?sapa nak pergi?nasib baik dah lepas.sekian nukilan hati

bye.