I appreciate them.

Tuesday, 14 July 2015

Berapa modal diperlukan untuk memulakan bisnes?





Bismillahirahmanirahim.
okay.ramai orang memilih untuk saya jawab berapa modal untuk start bisnes.
DISCLAIMER.Yang ni hanya cara saya.

Saya pon baru sangat belajar.

Mungkin ada cara orang lain yang lebih baik.
Yang baik ambil.Yang buruk buang ya.
1. Modal bisnes ni depends on bisnes apa yang korang nak buat.Saya nasihatkan korang supaya korang survey dulu bisnes orang lain.

2. saya suggest pada orang yang baru nak mulakan bisnes,supaya jadi dropship dahulu dengan syarat korang beli dulu satu barang dan test dulu baru jadi dropship.Tak kesahlah komisyen hanya rm10 sekalipon,korang kena aktif dalam bisnes dropship,
dari situ korang boleh kumpul dan mulakan produk sendiri.Contoh terbaik adalah produk dianpixy.Owner dia dulu hanya seorang dropshipper.dan sekarang untung sebulan dah capai jutaan ringgit.

3. saya suggest jugak untuk orang yang nak mulakan bisnes supaya beli secara borong dahulu.Sebab untuk memulakan bisnes dengan terus buat produk sendiri adalah sangat susah.Kalau korang borong,risiko tu kurang sikit kot.Lagipon baru mula,jadi kita kena test market dulu.
saya pon waktu mula2 saya hanya borong je sebab saya nak test market.Sebab saya takut tak jalan bisnes saya tu.Modal yang saya keluarkan tak sampai rm1000. saya borong tak banyak sebab macam saya cakap, saya nak test market dulu.
Kalau korang terus start buat produk sendiri kemungkinan korang memerlukan lebih dari rm4000 or rm5000.so mana untung masa mula2 bisnes? borong atau produk sendiri?you judge.
Ini depends on bisnes apa yang korang nak buat ya.

4.Contoh modal borong korang,RM700 dan hasil jualan korang rm1600.Jadi untung korang dapat adalah RM900.Apa yang saya akan lakukan adalah, saya akan simpan modal awal saya tadi which is RM700.dan saya akan guna duit untung saya RM900 tu untuk rolling balik modal untuk produk baru.
So nampak tak?Tadi korang keluarkan rm700 kan untuk modal awal? dah pulang balik modal,jadi simpan modal awal tadi(RM700).Untung korang rm900.dan duit ni jugak akan digunakan untuk produk baru.bermakna lepas ni korang dah tak guna duit sendiri,korang guna duit keuntungan bisnes untuk double up lagi keuntungan.ha paham tak?hehe

5.Nak beli Kain? saya suggest untuk korang pergi kedai kain yang korang dah biasa atau kedai kain yang banyak pilihan.Contohnya jakel.Dan kalau nak beli banyak,korang kena cakap pada floor manager yang korang beli banyak ni untuk buat bisnes.Jadi dia akan bagi harga murah.
Kalau korang tak cakap yang korang beli banyak2 ni untuk bisnes,memang dia akan bagi murah,tapi dia bagi harga potongan biasa.Jadi make sure kalau nak beli dalam 10 roll kain,Cakap yang korang nak buat bisnes hokeyhh.Dan lepastu selalulah repeat beli dekat tempat yang sama.Dan make sure floor manager tu cam muka korang.Silap2 lagi murah korang akan dapat.
Modal beli kain? ermmm adalah dalam 2k-3k or maybe lebih depends on kain apa,berapa meter,berapa roll.


6.Selepas korang dah yakin untuk mulakan produk sendiri. saya suggest first thing is kalau nak buat bisnes baju,cari tailor yang berpengalaman dan jahitan cantik.Kalau dapat murah itu satu bonus untuk korang.
Cari dalam 3 tailor.Sebab kalau 1 Tailor buat hal,korang ada backup tailor.Biasanya upah jahit berdasarkan design yang korang bagi.


7.Modal marketing pon korang kena kira jugak ya.Untuk permulaan maybe korang boleh suruh orang LIKE Fb Page korang atau follow insta.
Untuk FB paling murah rm2 satu hari.Untuk mintak orang like.Kemudian untuk INstagram pulak,Memula bisnes, saya memang public kan instagram shop saya.
Tapi saya telah ditegur oleh seorang otai.Dia cakap privatekan instashop kau,sebab dengan cara ni,orang akan tertanya2 apa yang kau jual,dan secara tak langsung dia akan tekan follow dan akan sentiasa terima updates dari kita.
Kalau public kan,orang akan sekali lalu dan takkan tekan follow.Tapi yang ni depends on pendapat masing-masing.


Marketing adalah sangat penting.sangat sangat sangat penting ya!!
itu je kot.Ini hanya cara dan pendapat saya. saya tau banyak lagi pendapat dan idea yang lebih bernas.Kalau ada boleh share share dekat komen bawah ni tau tau:)
Nanti saya share lagi Insyallah.
Selamat berbisnes dan jangan mudah putus asa!

Follow instagram: @hauraabydya
like FB fans page: D'Hauraa collections



Wednesday, 8 July 2015

Preparation sebelum nak pergi interview.kot?

Assalamualaikum memakcik,kekakak,bangkak,dan kakbang semua.

Ha pekhabaq semua? Life okay dak? yela dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tak menentu sekarang ni kan.Pasti memakcik semua tengah pening nak pilih course apa yang terbaik untuk anak anak memakcik semua kan?

Yang adik adik pulak yang baruuu je masuk universiti tu,mesti tengah dok fikir "awat laaa aku boleh terjebak amek course ni.Kan best kalau aku amek kosmestik" . *gelak hambar.

Aku pon pernah berada ditempat korang jugak dulu.Keputusan SPM aku bukanlah hebat mana pon.Senang cerita memang tak hebat la.Keputusan aku suam suam kuku je.Tapi Alhamdulillah rezeki bukan terletak pada keputusan SPM.Aku dapat capai apa yang aku nak capai sekarang ni.

Aku ingat lagi,sehari sebelum aku dapat keputusan SPM,aku baru je balik dari latihan PLKN,aku memang takde hati nak belajar.Aku nak kerja terus kononnya .Esoknya aku pergi sekolah ambil keputusan SPM dengan muka berbelang sebab PLKN,dapat je result,aku kol mak ayah aku.Dorang kemain excited .Tapi Aku biasa-biasa je,Yang aku tahu aku taknak sambung belajar sebab aku dah penat mengadap buku.

Mak ayah aku yang excited mohon UPU,mohon universiti swasta,Aku memang acuh tak acuh.Aku cakap dengan mak ayah aku pilih je course apa-apa sekalipon yang wujud.Aku memang tak minat dah nak belajar.Bila teringat saat tu,rasa sedih pulak.Mak ayah aku betul-betul nak anak dia hidup senang dan berjaya.

Beberapa bulan kemudian,Aku dikejutkan dengan tawaran sambung belajar dari UiTM Melaka. *ayat novel sangat.Course yang aku dapat ialah Diploma komputer sains.Aku redha jela sebab aku bukannya minat belajar pon.Sampai satu tahap otak aku jadi tepu nak belajar programming.Boleh dikatakan aku tak minatlah wehhh.Aku banyak main masa diploma.Tapi aku ni jenis pulun last minute,Alhamdulillah pointer aku 3 pointer sokmo.Dan aku dapat tawaran sambung degree dekat UiTM shah Alam,Degree in netcentrics computing.Komputer lagi ye dak?Time ni aku dah sikit sikit jatuh cinta dengan programming.Final Year Project memang susah gila sampai aku nangis macam orang gila.Tapi betul Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan.So aku grad degree dengan jayanya.Tahun depannya aku kahwin.wakakakakak:D

Lepas Praktikal aku terus bekerja sebagai Junior programmer dalam Android platform.Masa ni ko jangan cakaplah experience kejadah semua takde kan.apa yang korang belajar dan pratikkan dekat Universiti adalah totally difference dengan  alam pekerjaan.Kalau masa belajar kau boleh nak meniru,boleh nak refer bagai kan?Time kau kerja,memang kau akan culture shock la.Lagi-lagi kalau kau adalah seorang programmer,kau memang kena expert based on experience.

Aku mengaku code aku macam haram jadah masa memula aku jadi junior prorgammer.Aku rasa sesapa yang baca code aku,dieorang akan pengsan dua kali.bayangkan aku banyak if else statement.dalam if else ada if else lagi.

if(12>3){
    if(12<100){
sysout();
}else{
sysout();
  }
}else{
sysout();
}




Aku baru je dalam bidang software engineer ni,Adalah nak masuk 3 Tahun.Baru lagi dan banyak sangat benda yang aku kena belajar.Banyak sangat.Bila aku dalam company,aku akan rasa aku lah yang paling noob sekali antara semua.Sampailah sekarang.But the thing is aku enjoy dan aku sangat passion dengan kerja aku sekarang ni.Eventhough aku pening dan banyak kali menangis tapi aku rela.sebab aku suka kerja aku.

So Aku yakin ramai je orang yang ada diploma atau degree in computer sains kan?Dan korang pasti tengah teragak-agak nak sambung kerja in programming atau lari bidang betul?Takpe dalam entri ni aku akan share apa yang korang perlu prepare sebelum jadi seorang software engineer.*ceh baru nak start sharing rupanya.

1.Dapat kol shortlisted untuk interview.
Ha Bila korang dapat je kol dari company untuk interview,first thing yang korang kena tanya dekat orang tu, "Ada test tak yang saya kena buat?" , "siapa yang akan interview saya?HR atau technical manager?".Semua ni penting tau untuk korang buat preparation nanti.Kalau dia cakap ada technical test,so korang siap sedia dengan terms in programming,buat soalan logic as many as you can.Jangan hafal je tapi fahamkan please.Sebab chances untuk dia tanya verbally pada korang adalah sangat tinggi.Contoh dia akan tanya give me an example of polymorphism.Kalau dalam bilik interview tu korang nampak whiteboard,jadi siap sedia la ek.Sebab kemungkinan dia akan bagi situasi dan korang kena tulis code dekat whiteboard sambil diperhatikan oleh experts.They might judge you.So if you dont know the answers,Just honestly cakap tak tahu.Jangan berlagak tahu.

2.Test technical masa interview
Yang part ni korang tau tak kenapa dorang bagi technical test?Yes one of the thing is dieorang nak tengok korang punya capability untuk buat programming.Tapi the other side is sebenarnya dieorang nak tengok korang ni macam robot tak kalau buat programming.Dorang sebenarnya bukan nak tengok sangat korang boleh jawab ke tak soalan dorang tu.Kebanyakkan Technical manager percaya yang tak semestinya korang boleh jawab test dalam kertas,korang adalah seorang yang productive.Kemungkinan korang sudah hafal logic dan sebagainya.Sebab tu after techincal test,there is a sessions,between korang dan technical manager.they want to know you better.Whether korang ni seorang team player atau tak.Boleh independent atau tak.Itu yang paling penting dalam technical sebenarnya.Sebab most of the time takde sapa akan guide korang waktu kerja.

3.Jangan stick in One platform/technology
Kalau korang dah lama kerja atau baru je nak kerja as a software engineer,Jangan stick in one platform.Contohnya korang dapat task Website,korang nak stick in website je.Jangan beb.Sebab contoh ek.Aku bagi contoh.Blackberry dulu famous kan.Sekarang dimanakah blackberry?Nasib baik nak develop blackberry kena pakai JAVA.Which is can be applied to others platform as well.Nasihat aku yang tak berapa pakar ni,jangan stick in one platform.Kalau boleh expert in one platform,tapi dalam masa yang sama korang tau sikit2 pasal technology lain.Cantik sikit resume korang beb.

4.passionate
Sebelum apply kerja as a software engineer,Tanya diri korang dulu,walaupun korang jurusan komputer sains,korang ada passion tak untuk buat programming?sebab aku cakap awal-awal kerja ni memang memerlukan passion.,sangat perlu!! sebabnya kalau korang giveup,korang akan end up menangis atau berhenti kerja.seriously.Balik malam tu dah pasti.Kadang-kadang kalau korang jaga server,kalau server down,jam 2 , 3 pagi korang kena lari pergi office.Haaa Passion tak?

5.Beza company kecik and besar
Apa beza kerja software engineer dalam company kecik dan besar?Kalau korang kerja dalam company kecik,kemungkinan untuk korang kena buat semua benda adalah sangat besar.Pada aku benda tu best sebenarnya sebab korang boleh belajar banyak benda.Tapi penat sikit lah.
Kalau kerja dalam company besar,biasanya dieorang akan letak korang dekat satu platform sahaja.Kalau nak tukar,kena isi borang.Dan company besar ni dia ada flow yang tersendiri yang digunakan untuk submit task.Biasanya Agile methodology.

6.Always googliness.takdapat jwpn bru tanye superior
Ya Ya aku tahu kadang kadang tu bila korang buat task tu,korang macam blur dan tak tahu nak rujuk siapa kan?Dont worry google ada.Jangan malas untuk google sebab google sentiasa ada jawapan dan explanation.Jangan copy and paste.Fahamkan dahulu then baru copy and paste.Jangan malas untuk google.As a technical korang kena creatif and use technical ways la untuk cari solution.If tak jumpa solution,baru rujuk pada superior.Jangan malas nak google and terus tanya.Silap hari bulan korang yang kena sembur nanti.Serious.

7.Part Gaji
Ala sensitif la bab ni.Tapi kena cakap jugak.Part gaji ni sangatlah berbeza antara company.Ada company kecik yang bagi gaji besar.Ada jugak company besar yang bagi gaji kecik.Sebab kekadang dorang ni underestimate korang.So baca balik point number 3 dan 4.Pendapat aku lah kan.Sebelum mintak gaji tinggi,korang kaji dulu company tu,dan kaji berapa yang korang patut dapat sebenarnya.
Kalau korang banyak experience or pandai gebang and buat dorang ternganga dengan apa yang korang cakap masa interview,Kemungkinan untuk korang dapat gaji tinggi adalah sangat besar.Cadangan aku adalah korang letak expected salary yang paling tinggi then kalau dieorang nak nego,korang turun sikit2.gittewww.itulah permainannya.


Sejujurnya aku bukanlah seorang yang pakar dalam software engineer.Aku pon masih belajar dan belajar.Sebab belajar ni tiada akhirnya.Lagi Lagi technology kita ni sentiasa bertukar dan berkembang.Jadi untuk menjayakan wawasan 2020(ada lagi ke wawasan ni?hahah :D) mereka memerlukan orang-orang macam kita.Now everything guna mobile bro.Nak tukar bidang?Boleh tapi make sure ade passion.Itu yang penting.

Yang bener,
Dya Mohamad
Noob in Technical.

Thursday, 9 April 2015

Kepada student yang sedang mencari seorang freelance Android programmer.

Assalamualaikum semua.

Hampa apa khabaqqqq?

Ni Aku nak tanya ni,mana-mana student yang nak buat Android applications,tapi taktau nak buat,
aku nak bagitau kat hampa yang aku buat freelance untuk buat Android applications.

sebenaqnya aku dah banyak buat,cuma aku tak publish dekat blog ni ja.
kerja aku apa?Mestilah ada kena mengena dengan IT.Berapa lama aku dalam bidang ni?Hampa rasa?
.Tapi biasa biasa je wehhh.

Antara Applications yang aku pernah buat untuk student:

1.Application augmented reality
2.Application Athan times
3.Application Birthday frames

dan sebagainya.

Kalau application untuk opis aku tu,tak perlu la aku nak habaq dekat sini kan.tapi adalah dekat google play tuuu.

Aku dok buat client side which is Android.
iOS pon ada buat tapi sikit-sikit je.

So student,come to mama!Harga boleh bincang.BAWAH 1k yang pastinya dan ikut requirement.

tapi hampa jangan bagitau lecturer hampa pulak nah.kang hampa kena,aku tak kena.:D

Apa-apa roger je aku
0169188631



Saturday, 4 April 2015

Siapa suka tengok perempuan pakai Jubah?

Siapa suka tengok perempuan pakai Jubah?

perempuan nampak cantik dengan jubah kan?

Lagi lagi jubah yang warna sweet-sweet.

Ada getah di jari yang awak boleh diselit dekat jari.:D

Im in love chuolssss.

Meh wasap Dya unuk dapatkan diskaun yo

0169188631





Sunday, 29 March 2015

Cara Menangani malas solat bila diluar.

Assalamualaikum

Pernah tak korang keluar jenjalan lepastu bila masuk je waktu solat,korang semangat ni nak pergi ke surau.Bila sampai je dekat surau.korang kuciwa sebab surau penuh dan telekung habis.Kalau ada pon,telekung stok kuning kuning dekat bahagian muka.Tak pon telekung tu basah.Pernah?

Jadi dekat sini aku nak bantu korang yang suka keluar jenjalan.Senang je korang pakai je jubah ni.Solat friendly.Sebab apa?sebab ada getah dekat tangan,getah tu korang boleh selit je dekat jari jemari korang tu.Bukak je zip emas dekat jubah,amek wudhu,selit getah dan terus solat.So tak payah lah korang nak berebut telekung lagi ye dok?

Jubah ni Breastfeed friendly jugak.So kepada ibu ibu dan bapak bapak enggak perlu risau sihhh jika mau keluar bersama anak anak .

Jubah ni ada size dari S-XL tau.Warna pon cecantik.

  • Ash brown
  • Mustard
  • Dusty Pink
  • Black


Meh tengok gambar dibawah ni.Maapla saya ni model bidang terjun.
Hikhik.

Ingat kereta je ke yang boleh selit menyelit?Getah pon boleh selit menyelit jugak tau.Dekat jari pulak tu


Suka sangat warna dusty pink ni.Meneyerlah gitchewww







Testimoni diri sendiri bila pakai jubah ni adalah kainnya sejuk,aku rasa selesa dan flowy je bila pakai.Yang paling best ialah tak jarang!

Sejak dah kahwin ni.En suami tak bagi dah pakai macam2,dia yang bagi idea untuk letak getah ala2 handsock dekat jubah ni.

So jubah ni jadi Jubah + handsocks dalam satu!Bukan sahaja syariah compliance,tapi stylo tau.Pernah sekali tu aku jalan dengan jubah ni,orang dok usyarrrr je jubah aku.Haha.Kbai perasan

Pada semua followers aku,yang tak tahu aku dah berkahwin,meh aku belanja gambar aku dan suami aku meh.buat pertama kalinya di blog ni:)




Eh ni suami aku tau.Bukan Kiran Hot FM.haha

.Sebenaqnya nak dijadikan cerita,Jubah ni semua atas jenama aku dan suami iaitu HauraaByDya.
Apa maksud Hauraa?Hauraa tu dalam bahasa arab.Tapi dalam masa melayu namanya Bidadari.

Jadi aku nak ajak hampa semua jadi bidadari meh.

Meh la Like page aku kat Facebook D'Hauraa Collections
Meh Follow IG kami .cari je @hauraabydya

Kalau berminat nak tangani masalah malas solat dekat luar .Which means,meh beli jubah aku.:D
whatsapp
0169188631.

Wednesday, 25 March 2015

Kesan yang aku dapat setelah banyak pergi ke rumah hantu.

Hampir setahun lebih sudah aku tidak ke rumah kosong yang berhantu.
Yela sebab busy berkerja.

Ramai rupanya yang komen dan email aku pasal ni.

"dya awak tak buat lagi ke aktiviti ni?"
"dya jom join team saya"
"dya nak ikut.
"

Tipu kalau aku kata aku tak rindu untuk pergi ke rumah rumah tersebut.Tapi aku dah terkena effectnya.Aku suggestkan pada korang especially perempuan yang baru nak mencuba,hentikanlah niat korang tu.

Aku teringat waktu aku baru balik dari rumah kosong sebelah highland tower,kawan aku bawak balik sekali benda tu.Ya bawak balik sekali.Benda tu menyerupai kawan aku dan masuk dalam rumah kawan aku.

Aku masih teringat jugak dimana aku menjadi semakin panas baran setelah pergi tempat yang macam tu.

Kemudian aku menjadi semakin berani untuk pergi ke rumah kosong seorang diri di waktu malam.YA!seorang diri diwaktu malam .dan aku merasakan ada sesuatu yang ikut aku dalam kereta!Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh menjadi berani sangat sampai boleh pergi seorang diri.

Teringat jugak,kata kata suami aku yang masa tu dia BF aku la. waktu aku naik kereta dia,dia cakap "kenapa mata awak nampak lain?" . suami aku ni jenis yang boleh rasa dan nampak.Dia pernah cakap dengan aku.bila aku naik je kereta,dia rasa berat dan terasa seperti ada orang lain naik sekali dalam kereta ni.

Aku selalu nampak lintasan dan selalu terjaga diwaktu malam.

Paling best,bila aku dah rasa something,aku pergi jumpa ustaz dekat pusat perubatan islam.Ustaz tu cakap aku ada saka.Ya SAKA.

Jangan tersilap tentang saka.Kita tak boleh cakap kita confirm takde saka,sebab kita tak tahu sejarah nenek moyang kita dulu.dulu dieorang tak kuat agama.Jadi terkadang mereka akan menyuruh benda tersebut untuk jaga keluarga.Dan SAKA ni kadang kadang bukan saka keluarga,ia boleh terjadi saka singgahan.Iaitu sebab dia suka dekat kita,kita ada ciri ciri yang senang dia nak tumpang.Jadi dia pon jadilah SAKA kita.

Banyak lagi perkara yang aku alami.

Masih nak pergi ke tempat seram?fikirkan semula.Terutama PEREMPUAN.



Saturday, 29 March 2014

BREAKING NEWS! SUN RISES FROM WEST!

A NEWS THAT "SHOCKER" THAN THE MISSING MH370

1) Peoples shocked about the mysteriously missing plane MH370. Everyones are talking about MH370. Everyones come up with theories and speculations.

2) Not so many of them are preparing for a news that will be even shocker than the missing plane. They will be clueless-ly shocked. Neither professors nor experts could explain about that phenomenon - the sun rises from the west.

3) At the beginning, peoples will experience a night that equals to three night long. Everyone live in fear and clueless.

4) They pray for the sunrise. They even do harsh-tags#prayforSunrise#sun_please_come_back . Some of them may do flying carpet. Professors and experts come out with theories. Why the night is so long. They are all looking to the east. They are waiting for the sunrise.

5) Finally the sun rises. But they're all shocked again. The sun rises from the west. The believers shock and cry. The morons with the title of professors and experts are speculating and telling their theories. Maybe this is the natural phenomenon. Once in million years. The sun take its different routes. This time the sun will set to th east.

6) After the noon, the sun is setting to the west again, where it was rising. Those morons theories were screwed. They became clueless. They have no ideas what happen to the sun. Their science and technology never could explain this.

7) CNN, BBC, Al-Jazeera, NASA, etc are speechless. They keep up with the questions, WHAT THE HELL IS HAPPENING TO TH EARTH?

8 ) This question of clueless peoples is already told in the Holy Quran, when the peoples cannot speculate theories anymore.

"When the earth is shaken with its [final] earthquake.
And the earth discharges its burdens
And man says, "WHAT IS [WRONG] WITH IT?"
That Day, it will report its news
Because your Lord has commanded it.
That Day, the people will depart separated [into categories] to be shown [the result of] their deeds.
So whoever does an atom's weight of good will see it,
And whoever does an atom's weight of evil will see it."

~ Surah al-Zalzalah (1-8) ~

9) The time will come. Believe or not, its up to us. Its up to you. We were taught that when the Sun rises from the West, it's over. No taubah, no apologize will bee accpeted. It's the BIG SIGN of the END of the day, the day of the destruction for everything in this world. The life in hereafter will begin.

Thanks