Thursday, 28 July 2011
6 sebab kenapa aku masih single
Umur aku dah 21 tahun dan aku masih single,masih tak ada boyfriend lagi.Tipulah kalau aku tak jeles tengok orang lain ada boyfriend,ada suami.Kalau couple yang nak bayar dekat kaunter aku mesti aku curi-curi tengok kemesraan dieorang,kalau yang dah sah jadi suami isteri tu takpe,tapi kalau yang tak sah lepastu leher penuh dengan lovebite,jangan nak kata aku jeles dengan gigitan cinta tu,tapi aku rasa nak ceramah agama je dekat dieorang ataupun halau dieorang bayar dekat kaunter lain.
Korang tak percaya ke yang aku masih single?Or korang tak amek kesah pon aku single ke tak.Yela siapa jela aku ni.Hanya melukut di tepian gantang.Ececeh.Aku pernah je bercinta,paling lama 4tahun tapi tak ada jodoh kan,so putuslah kiteorang.Memang kecewa sangat tapi nak buat macam mana dah takdir kan.Sambil buat muka berserah dan mata berkaca.
Kenapa aku masih single?Moh aku jawab soalan yang sebenarnya tak bermain diminda korang tapi bermain di minda sesetengah orang.Bila aku cakap macam ni jangan nak putar belit cerita cakap aku ni bajet hot kononya ada orang nak ngorat aku dekat blog ni,jangan jadi shaiton boleh tak?Baca dan duduk diam.Maseh.
Sila sambung ayat aku ni bersama ayat di bawah ini okay baru korang faham apa yang aku sampaikan
Sepanjang aku bercinta,secara tak sengaja aku akan bercinta dengan...
1.Lelaki yang suka meninggikan suara
Wahai lelaki-lelaki semua,aku tahulah suara korang tu macho macam Mawi.Oh tak suka contoh Mawi eh?Fine.Aku tahulah suara korang tu macho macam Fahrin Ahmad.Tapi takpayah lah nak tinggikan suara bila cakap dengan perempuan dalam telefon or depan-depan sebab kiteorang ni mempunyai dua telinga yang dikorek setiap hari.Nak tanya "you dekat mana" pon nak tinggikan suara.Tak faham betul.
2.Lelaki yang berlagak
Pesal kau nak berlagak dengan aku?Tu harta makpak kau bukan harta kau.Kalau harta kau bolehlah aku kikis,tapi masalahnya ni harta hasil titik peluh makpak kau.Lelaki macam ni memang paling aku tak gemar dan boleh membuatkan aku tak selesa secepat yang boleh.Aku tau kau kerja dengan Dato' lepastu gaji beriban-riban,pakai blackberry,Iphone,kereta mercedes,tapi kalau kau rendah diri tak apa jugak,ni tak setiap kali jumpa dengan aku,kau akan bawak keluar blackberry kau,kau tunjuk cheque RM3000 yang pakcik kau bagi.Kau siap cakap lagi,"you,i tau you tak selesa naik kereta I ni sebab besar sangat kan?Tak apa esok kita keluar I bawak mercedes pulak".Phewww,aku tak cakap apa-apa pon dekat kau.Heh sikit pon aku tak pandang harta kau apatah lagi diri kau.
3.Lelaki yang Ego
Faham tak kaum perempuan paling menyampah,menci menci menci dengan lelaki yang ego,aku pon sama jugak sebab aku perempuan.Bukan aku cakap perempuan tak ada ego.Kami ada ego jugak,tapi tak setebal lelaki.Halah,perempuan kalau merajuk tu tandanya dia minta dipujuk,tapi ada tak lelaki nak pujuk?Dalam fikiran lelaki hanyalah "Ah malas aku nak layan,sikit-sikit merajuk".Heh kiteorang merajuk la,sebab perangai kau tu dah macam sampah.Lagi satu kalau bergaduh sebab perempuan yang salah,kiteorang memang senang mintak maaf,Tapi bila lelaki yang salah,bukan main payah lagi nak mintak maaf,perempuan pulak yang terhegeh-hegeh mintak maaf dekat lelaki,pergi dekat rumah lelaki untuk mintak maaf dan mintak kembali pada perempuan tapi yang lelaki tau hanyalah duduk dan lihat betapa cengengnya perempuan.
4.Lelaki yang putar belit.
Pada pukul 11.45 malam si perempuan bertanya kepada lelaki "you tadi you keluar g mana?kenapa tak angkat I kol".Si lelaki menjawab "sori sayang.Tadi I kat kedai mamak tengok bola,handphone silent,tak perasan,janji tak buat lagi".Pada pukul 1.00pagi di hari yang sama si perempuan tanya benda yang sama lagi cuma si perempuan tambah ayat you cakap betul-betul tadi di hadapan ayat dan si lelaki menjawab "Tadi I keluar dengan Rahmat,teman dia shopping,lepastu handphone habis betri sebab tu tak perasan you call.Yang dok tanya banyak kali ni kenapa?!!".Bila si perempuan cakap tadi cakap lain sekarang cakap lain si lelaki akan cakap "eh mana ada i cakap lain!tadi i cakap benda yang sama!You yang pekak!".Perghh.Orang yang putar belit,yang menipu memang tak akan ingat apa yang dia tipu.
5.Lelaki yang pentingkan kawan
Perempuan pon ada kawan jugak,malah ikatan kawan yang terjalin between girls lebih kuat,dan perempuan memang senang mendapat kawan baru.Tapi bila dah sayang dekat seseorang lelaki tu,dia akan ikut je cakap lelaki tu,Kalau lelaki suruh balik awal,dia balik awal.Kalau lelaki cakap jangan keluar,dia ikut jugak.Tapi bila sampai perempuan suruh lelaki balik awal sebab dah pukul 3pagi,perempuan tak nak lelaki dia jadi kutu rayau,ada lelaki nak ikut? Lagi satu lelaki sanggup batalkan temujanji dengan perempuan sebab nak tengok bola dengan kawan-kawan dia,habis tu macam mana dengan perempuan yang dah sampai dekat tempat yang dijanjikan?Ni lah orang panggil janji keling.
Tu lah diantara 5 sebab kenapa aku masih single dan menyepikan diri.Ewww.Aku nak jatuh cinta lagi sekali tapi pengalaman yang aku alami sikit sebanyak dah hilangkan kepercayaan aku kepada lelaki.Aku nak bahagia,aku nak kawin dan aku hanya akan lafazkan cinta aku hanya pada suami aku yang sah.Sila muntah sekarang.
P/S:Sebab Keenam dan terakhir aku masih single adalah kerana Allah s.w.t telah tentukan jodoh yang terbaik yang boleh membahagiakan aku,membimbing aku ke jalanNYA.Insyallah.Itulah syurga cinta.Yarks..kbai.
lelaki yang baik adlah lelaki yg bersederhana..igt jgn cari lelaki yg aggp "u are my the one for me"..cri la lelaki yg "u are my only one"..XD
ReplyDelete:D awak sesuai dengan lelaki sagittarius, betul, cepat2 kenal kenalan dgn laki sagittarius ;D
ReplyDeletesingle..no relationship..no problem ma..hehe:)
ReplyDeletenak ngorat boleh ?
ReplyDeleteHHEHEHEH
tu dia bro Apeq Chai suda mula lgkah kanan..XD btul2 dlm ati ad taman nih..
ReplyDeletehahahah .
ReplyDeletekene usaha larh .
baru ALLAH tunjukkan siapa jodoh kite :D
awak cun mcam catriona ross ;)
ReplyDeletejgn risau..jodoh pertemuan ditgn tuhan..semua awk ckp kat atas, kita sokong! Hee :D
hehe...xpe, jodoh xkemana kn... =)
ReplyDeletecam keluh kesah jer..tpi xpe..allah akan bge yg setimpal dgan empunye dri nnti..
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletejodoh dah ditentukan oleh Allah hehe. Insya Allah awak akan menerima yg terbaik.
tapi kan, bagi saya ada juga perempuan yg bercirikan 5 perkara diatas tu.
betul tuh.jodoh kita suma dah tertulis di luh mahfuz lagi.so,xperlu risau pon ^_^
ReplyDeletetapi kan,rasanya memang laki sangat pentingkan kawan.and rasa lagi yg tu yg bagus sebebnarnya...huhu :/
single itu indah
ReplyDeletekau tahu entri sebijik macam entri aku dan entri aku sebijik macam entri kau . lagi satu aku pon single andNOT AVAILABLE okay ? pas pas , kite geng yahuuuuu
ReplyDeletesemua yg awk tak suka, semua sy tak suka jugak. =)
ReplyDeleteakak, abang saya masih single . hekhekhek . :D
ReplyDeletemuiz iilusinasi-heh.nak eja illusinasi pon ssh neh.eheeh:D ade lg ke lelaki camtuh?
ReplyDelete~+ sagitarius?Yeke?napa sesuai pulak ye?
ReplyDeletemeimei cik ayu-yup btol.tak pening pala.just sunyi je annn(:
ReplyDeleteapeq chai-nak ngorat?jmpe mak ayah dulu bru leh ngorat.ahah
ReplyDeletecik suhela-kat mana tuh yg rupa mcm catriona ross?ehehe.mari rmai2 doakan kite bertemu jodh yg baik.
ReplyDeletealya shafinas-yep betol.mintak2 dr org yang baik.amin
ReplyDeletefuad-insyallaahhh
ReplyDeleteadamainaa.com-mmg ade pon.tp tak semua perempuan camtuh dan sama jugak ngan laki.tak semua(:
ReplyDeleteazam-tak kesah muda or tak.target tuh targett(:
ReplyDeletecik najihah-single itu tak ada masalah(:
ReplyDeleteeka-weyy ko retis takkan single??TAK PERCAYA aku!hayley tuhhhh!HAHA
ReplyDeletesukasuki-ehehe.(:
ReplyDeletesnadilaa-ye?kem slm abg eh.wahahahha:D
ReplyDeletebgusla lelaki memang cmtu, aku pon sedar, better single dulu , kne cri yg btol2 seperti yg dicari ye=)
ReplyDeletenak tahu lebih lanjut try bace blog ana
ReplyDeletehttp://perjalananhidupcloudwan.blogspot.com/
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
ridhwan zai-jodoh tlah ditentukan oleh Allah.insyallah DIa dah rancang yg terbaik(:
ReplyDeletemuhammad azwan ibrahim-thanks for the link and hadis(:
ReplyDeletedear, ur future husband is ur bff.. believe me.. but i'm still seeking for one
ReplyDeleteyen sokong 6 sbb kak dya..insyaAllah one day akak akan jmpe jodoh y tlh ditentukanNYA :)
ReplyDeleteske fahrin ahmad..ahaha..xpe,skrg dah jumpa calon d hati yg menepati dan serasi dgn hati kan..:)
ReplyDeletehahahha..interesting topic & your review is good...when ur ready to get married,dont forget to RSVP me okey sweety... ^^
ReplyDeletenak ngorat boleh?
ReplyDeletennt kita kirim cik POn tuk awk yek.. hehehe>>:):):)
ye ke cm2 crtnye ?
ReplyDeletecehhh..tabekkk spring kat u akak... <3
ReplyDeletenak ngorat !! hewhew :d haha
ReplyDeletesingle lar trbaek..da jmpa kawan yg anda cintai atau kasihi,just try tnya dia dia nk go further x..jgn bercinta lama2 sgt..take the opportunity kawin jer trus..lagi afdal ;)
ReplyDeletenk ngorat boley? haha
ReplyDeletenk ngorat boley? haha
ReplyDeleteerr, terasa nk komen sikit, sebenarnya lelaki memang pentingkan kawan sebab kalau laki dah break ngan awek , firstly laki akan cari kawan dulu
ReplyDeletedan2 semua rasa xde ciri2 diatas..(aku pun sama)
ReplyDeleteok sy support awk punyer sebab kenapa awkmsih single.sy ni knwn adek awk arif helmi kt kktm
ReplyDeleteok sy support sebab kenapa awk msih single.sy ni kwn adek awk arif helmi kt kktm.hehehe
ReplyDeleteok jom kawan dgn saya nak?saya dah bertahun2 gak single ni...
ReplyDeletejom berkenalan...saya pun dah lama single ni...
ReplyDeleteI like it.
ReplyDelete