Thursday 4 August 2011

Seram.Rumah mona fendey.Yeke?



Assalamualaikum.Well hello world.*buat macam gaya anwar hadi bercakap.Amacam puasa?Okay tak?ke ada lagi yang badan macam mak bapak budak dok ponteng puasa lagi?Ish ish,Tak baik tu nanti kalau menurun dekat anak-anak macam mana?Siapa yang nak disalahkan tu?*Ha kan dah free je aku bagi ceramah.

Okaylah staright to the highway,pada si penakut,aku bukan nak cakap aku berani,mesti suka bila tibanya bulan puasa kan?Yelah sebelum ni kalau nak pergi toilet belakang rumah mesti ajak saudara mara teman tapi bila tiba je bulan puasa bukan main berlagak lagi korang eh,tak ajak dah saudara mara teman,siap cakap "eh takpayah susah-susah temankan aku,siapa cakap aku penakut?Aku berani tahu!dah shuhhhshuhh main jauh-jauh!".Aku harap habis je bulan puasa ni saudara-mara kau dah tak temankan kau lah.Aku harap je.

Okaylah semua orang tau kan kisah Mona fandey?Masih ingat tak lagi?Yang kerat Allahyarham Dato Mazlan jadi lapan belas?Tau tak?Kenapa dia bunuh Allahyarham Dato Mazlan?sebab duit der,duit!Untuk adik-adik yang asyik baca komik je 24 hours,meh KakLang ceritakan sikit sejarah Mona fandey ni.Tahun Mona Fandey ni dilahirkan korang tak payah tau,nama dia ialah Maznah ismail,Macam mana dapat nama Mona fandey?Itu adalah gabungan nama dia dengan laki dia,iaitu mohd affandi abdul rahman,dia boleh buat bermacam-macam kerja dalam satu masa iaitu pengamal ilmu kebatinan,usahawan dan penyanyi..Nak dengar tak suara dia?Ada dekat bawah ni.Tekan play




Amacam sedap tak?Meremang bulu roma aku dengar muzik dia,Masa korang tengok video ni korang pandang mata dia eh?Heh tak bolehlah!bahaya!Orang cakap kalau tengok Mona fandey jangan pandang direct dekat mata dia walaupun through videos sebab dia bomoh terhandal.Takut dah?Aku gurau je.*haha.Nak tahu tak apa nama album dia?Diana 1!Faham tak itu adalah nama aku!Tiba-tiba aku rasa seram sekejap.Album dia tak berapa nak laku pada zaman 90an,tak dapat publisiti dan mungkin sebab tu dia lebih kepada jadi bomoh,banyak menolong ahli-ahli politik untuk kukuhkan kududukan dieorang,kehidupan Mona fandey ni agak mewah ya,dia ada banyak rumah dan dia mampu beli mercedes,BMW,honda prelude weyyy.Ohh ya dia juga pernah mengeluarkan produk under syarikat ambang kurnia SDN.BHD iaitu produk sentuhan Mona fandey.Siapa pernah pakai?PM aku.*serious.

Imej dari ehsan google.



Semua orang tahu tak kewujudan banglo kayangan di seksyen 12,shah alam?Rumah ni dikatakan milik bomoh yang pernah menggegarkan dunia dan kepala otak manusia.Betul ke?Jom kita cekidaut!






Dari jauh banglo kayangan ni memang seram sebab gelap yang teramat sangat.Apa yang perlu dilakukan kalau sesebuah rumah tu gelap dan kita nak ceroboh masuk rumah tu?Pakai torchlight la der.Betapa dedikasinya kiteorang nak menjelajah banglo kayangan ni sampai beli 2 torchlight.Sebelum nak masuk banglo ni kiteorang survey dulu pintu mana yang boleh masuk,malangnya semua berkunci,jadi kiteorang decide untuk panjat mana-mana pagar yang ada.Orang pertama yang panjat adalah aku.Orang kedua panjat adalah miwa mohamad.Oh ya tak payah nak orang pertama dan kedua sangatlah sebab yang pergi memang dua orang je.
Sebelum tu kena suluh dulu dalam  rumah tu,takut-takut ada orang jahat ke apa ke,kang payah,but malam tu line clear.
Belah kiri tu garage kereta.

Kiteorang menyelinap masuk,dah kata menyelinap mestilah kena senyap,At first memang rasa agak seram sikit but bila fikir balik,dah berapa kali aku buat benda ni takkan nak takut lagi kan,but aku tak adalah berani seratus peratus,perasaan takut tu masih ada jugak.

Belah kanan yang gelap tu ada laluan tangga untuk ke laman belakang




Banglo ni memang besar gila,yela dah nama pon banglo kayangan kan,sekali pandang dah macam istana tinggal dah,bila masuk apatah lagi,Laluan yang kiteorang ikut tu,ada tangga,so ikutlah tangga tu,korang akan nampak satu rumah kosong yang lain belakang banglo kayangan ni.Naik-naik je mata kiteorang telah dijamukan dengan swimming pool yang agak dalam la,ala,rumah orang kaya kalau takde swimming pool memang tak sah,apalah salahnya mandi je dalam toilet tu.Membazir betul*ehehe.

Pintu gerbang di belakang


Laman di belakang banglo ni agak cantik dan besar then tiba-tiba ada pokok pisang tumbuh dekat dengan dinding rumah.Siapa yang suka duduk dekat pokok pisang ye adik-adik?Tanya mak sekarang.Mak taknak jawab?Buat research dengan duduk dekat pokok pisang selama satu hari.Okaylah,manakala pintu belakang rumah ni pon dah macam pintu depan rumah.Camno tu?menandakan banglo ni memang over besar,Kiteorang masuk dalam,dan ada lagi satu tangga tapi kiteorang tak lalu situ.Kiteorang masuk dalam banglo ni dan Nak tangkap gambar dalam banglo yang besar ni tapi kamera asyik nak buat hal,habis bateri!Dahlah tak bawak bateri spare.Dang you camera!

Pondok guard

Walau macam manapon,penjelajahan harus diteruskan,yelah datang dari jauh,takkan taknak menjelajah lebih dalam banglo ni kan.Sebelum masuk dalam banglo ni,laluan harus dipastikan supaya kiteorang tak sesat,lepas dah tau,kiteorang pon masuk ke dalam banglo tu untuk ke laman depan.Oh ya,rumah ni mempunyai garage kereta yang besar ya,dan aku rasa dekat kawasan seksyen 12 tu,itulah satu banglo yang ada pondok guard dan guna khidmat guard.Aku rasalah sebab aku tak nampak lagi siapa lagi yang guna khidmat guard dekat seksyen 12 ni

Tangga untuk ke laman atas


.Laman depan banglo ni lagilah super besar,dan kena naik tangga lagi ya untuk sampai di atas.Laman banglo ni ada taman kecil,cantikla sebenarnya kalau dihias lagi,heh yang pastinya banyak katak di laman ni.Laman ni berhubung terus dengan dalam banglo ni.Yeah,banglo ni banyak sangat bilik.Banyak sangat okay.Dan mengikut apa yang aku nampak banglo ni tak siap lagi pembinaannya sebab pintu pon tak ada,palang untuk elakkan orang dari jatuh pon tak ada,yang ada hanyalah cermin,mungkin Mona fandey tak mampu nak bayar kot sebab tu banglo ni ditinggalkan begitu sahaja oleh pemaju.Opps.


Oh ya,selalunya kalau rumah tinggal rumput mesti panjang-panjang kan?But banglo ni tidak,bersih je,tak ada lalang,rumput pendek-pendek.Ada orang jaga ke ea?Mungkin ada tukang kebun yang datang setiap minggu.Aku tak tahu.Tapi banglo ni memang seram.Aku bukan cakap je,tapi memang seram,dengan keadaannya yang besar dan kat dinding ada hitam-hitam.Eh trylah pergi bersama keluarga,jadikan tempat percutian yang paling menarik sekali dekat situ.
Cat lama

cat baru.rawrrr







Oh ya memandangkan kiteorang ada di shah alam,jadi kiteorang cari rumah berhantu seksyen 2 yang dok hangat diperkatakan sebab ada budak UiTM mati lah apalah.Ini ke rumahnya?Corner lot,pokok besar dan ada buaian.Rumah ni berkunci dan sudah di cat baru tak sama macam rumah yang lama.Mungkin pemiliknya nak sewa dekat student lagi.Ya ke?Kalau ya,nantikan penjelajahan kiteorang lepas bulan puasa untuk masuk ke dalam rumah ni di entri yang akan datang.Zasss.

P/S:apa barang pergi masa bulan puasa?heh  korang ni masa bulan puasa pon tak berani pergi,inikan pulak lepas bulan puasa.Jangan cakap je,berapa kali dah aku cakap jangan cakap je.Faham?kbai.


P/S:bulan puasa ni memang akan jarang aku update pasal hantu-hantu ni sebab aku ada komitmen dengan kerja,teraweh lagi.So korang nak baca lagi ke blog aku ni?Kalau to pembaca setia,aku ucapkan berbanyak terima kasih.Raya nanti datanglah rumah heh.Aku bagi ketupat free untuk setiap seorang.Kbai


Sesiapa yang taktau kes mona fandey ni,jom layan video ni,tambah lah pengetahuan korang sikit tentang apa yang terjadi dekat Malaysia ni.Banglo tu milik Mona Fandey ke tak?Entah aku pon taktahu .



78 comments:

  1. rindu shah alam! tapi mmg pernah lalu rumah putih tu..

    ReplyDelete
  2. errrrrrrr..terbaca waktu malam2..n srg2..camna ni... errrr...

    ReplyDelete
  3. ada sya-lalu je?masukla.eheh:D

    ReplyDelete
  4. miss kira-puasa kan ni.takde apa lah(:

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah kau. Aku pun tak ada chance nak masuk dalam macam kau. Kena halang. Aishhh.

    Perempuan pertama yang aku jumpa berani masuk rumah Mona Fandey.

    ReplyDelete
  6. ok,dya sangat berani! tahniah..hihi ^_^

    ReplyDelete
  7. haiyooo beraninya pergi malam2 . berdua je ?? ishkk baca pon dah seremm . huk

    ReplyDelete
  8. wey dya mohammad..wpon aku xkenal ko
    tapi aku nk ckp

    KAU GILA !!!
    braniii pergiii tmpt camni

    aku respekkkk laaaaaaaa!!!
    hahahahah :))
    sori too excitedddd

    sbb i mmg ske bnda2 cmni..
    i think im happy when i meet smone like u..10 juta bintang ! :)

    p/s : sape ckp bulan posa xde hantu ?:P

    ReplyDelete
  9. dya, bulan puasa ni je berani baca blog u, previous post u sebelum ni i takda kekuatan nak baca.

    u really do gotta tell us, how can u be so brave girl!

    ReplyDelete
  10. seram la plak . cmner nk tido ni . grr..

    ReplyDelete
  11. seram la plak . cmner nk tido ni . grr . .

    ReplyDelete
  12. umangai hang...berani siak...aku tak berani derrr....

    ReplyDelete
  13. perghhh... seram lerr tgk muka mona fandey nihh...

    ReplyDelete
  14. berani siot. seram tengkuk bila tengok. dah la gambar semua besar gedabak. hahaha. konpiden. rasa pernah pergi umah banglo tu..tp malam tu member parking depan je..malam tu xleh tdo.kena tindih. seram....xnak p dah.

    ReplyDelete
  15. hish... kak dya, bhye tol gi berdua.. ajk lah ramai2.. :P

    ReplyDelete
  16. dya!!!!!! beraninya kamu....ggrrrr

    ReplyDelete
  17. dya elok you pge umah mona yg die tnam dato mazlan 2..kat raub sane.bru btol2 pans..

    ReplyDelete
  18. berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...berani sungguhhhh...

    ReplyDelete
  19. lps ramadhan nnt pergi lah rumah seksyen 2 tu lagi haha

    ReplyDelete
  20. kucing serius-mungkin ada lg pmpn yg brani yg ko tak jmpe mgkn.kwn aku lg sorang yg dgn aku ni pon brani jugak(:

    ReplyDelete
  21. saya bukan tomato-haah g 2orang je.ala takde apela(:

    ReplyDelete
  22. suhada-nnt kite jmpe then kite g same2 deh.kat klantan tu tmpt mane yg best?

    ReplyDelete
  23. dhiya fariza-means you tak bace blog i sblm ni sbb tkt ke?post i yg len takkan tak bace?Bukan sume post antu.eheheh.mcm mana jadi brani?ntahlah.sbb kalo kite nak jadi brani kite kene overcome fear tu kan?so thats what i do(:

    ReplyDelete
  24. eynafazlina-ehehe.blh tido la.tido2.(:

    ReplyDelete
  25. papis-ala.ko pon boleh g la.saje je benda ni.takde keje nak wat an.

    ReplyDelete
  26. sukasuki-yg paling best tu muka mona fandey atas skali tu.besar gile annn

    ReplyDelete
  27. dila donghae-kwn dya yg len bz.hehehe

    ReplyDelete
  28. fara izwani ramli-kann muka dia seram gile kot.byk lg muka dia yg seramm

    ReplyDelete
  29. abel rubella-takdela mane de.takdela brani sungguh.mungkin ayat beraninya kamu.blh kot.heheh

    ReplyDelete
  30. ayeem-cadangnye mmg begitu.jom ayeem.haha:D

    ReplyDelete
  31. meremang bulu roma mak,nok.haha. hmm,mmbr penah cter yg mona fedi ni ade jgak rumah kat tgan,kat kemaman ke dungun ntah. kat kg tu ie popular sbb jadi bomoh la. ingat x ade satu filem yg cter pasal die? dlm cter tu ade tunjuk potret die pakai kebaya merah kot,memang betul ;)). filem tu xjadi release kot,sbb anak die(mona fendi xkasi).. tp tyme mmber cter pasal die tu berair mata ha,sebab seram. yg terbaiknyer tyme tu ngah kuliah,bek je dok layan cter mona fendi.haha. yg best siap gr lagu ratapan anak tu,mmg seram sejuk je.haha. amek kau.sori dya pjg sgt.excited! hehe

    ReplyDelete
  32. bangang kauuuuuuuuuuuuuuuuu aku dah lah bace kol sebelas kau tahu tengah malam buta plak tu sume orang tengah tido lampu tutup , mase bace ni kepala aku kiri kanan sokmo bhahahahaa . aku nak recommend kau masuk seekeres ahh atau penunggu istana ke hape ? best wohhhh dapat duit plak tuhh bhahahhaa

    ReplyDelete
  33. nurul ainee-tajuk crite tu dukun kan?tringin nak tgok wohh.sat2 sape nama anak mona fandey?

    ReplyDelete
  34. eka-woi kol 11 blom tahap malam buat la!Ko tido awal sgt pehal ha!HAHA.masuk seekers?wujud lg ke seekers tu wey?aku nak berlakon blh tak?hahah.takde kene ngene

    ReplyDelete
  35. aah.dukun. sekadar tgk trailer die je kat youtube.hoho. nama anak die x ingat pule,kawan ade gtau.*sbb lbih tertarik gr cter mona fendy*hoho

    ReplyDelete
  36. nurul ainee-pelik an pesallah tak kuarkan je kt wayang.cite tuh kisah benar kot.kalo cite omputeh laju je dorang kua kan kannn

    ReplyDelete
  37. boleh ahh kau gi letak link entri ni kat fesbuk ahmad idham ke pierre andre pon bolehh ahhh . aku rase syamsul pon bolehhh . haha

    ReplyDelete
  38. eka-lepas dah letak die kene watpe kat aku?nnt die amek aku belakon jd hantu tambahan plak.HAHA

    ReplyDelete
  39. KITA SUKA BACA BLOG NIEE.... <3

    ReplyDelete
  40. KITA SUKA BACA BLOG NIEE.... <3

    ReplyDelete
  41. salute la kak dya...
    sy yg minat paranormalpon ta smpat survey ympt cm tue....sbb takot... tp kak brani ar....
    sy suka bce entry kakyg sseram2...
    if ade lg tmpt2 yg nk p... jgn lupa ajak sy nah...hope dpt ikot aka p tmpt cm tue...
    0124010527

    ReplyDelete
  42. lurve_chocolate93-adek dok kat mane?insyallah tp adek kene gtau adek dok mana dulu lah(:

    ReplyDelete
  43. perghhH!! giler berani!! salut~

    ReplyDelete
  44. saiazuan-huhu.takdela berani mana(:

    ReplyDelete
  45. lalu jelah.. sbb xda kawan nak join.. haha..

    ReplyDelete
  46. ada sya-lenkali ajak kwn.kalo die taknak.pakse je.hahah:D

    ReplyDelete
  47. wah !! salute ar. jeng3.. jom laa join kite ngn team vamp malaysia ! :))

    ReplyDelete
  48. hey2. i pon penah buat seekers ngn kwn2 kat umah ni. cam bodo siap pakai baju itam sume. sneak2, panjat pagar bagai. tp tade pape pong. :(

    ReplyDelete
  49. cik areen-blom ade rezki areen nak jmpe die kot(: eheheh.btw gigihnye uolss pakai bju itam.hehe

    ReplyDelete
  50. cool...
    jumpe pape yg pelik x??

    ReplyDelete
  51. ietchan-kun-utk ekspidisi kali ni kwn I ada nampak mcm bayang2 hitam tinggi dekat pintu besar belakang tu.wllahualam

    ReplyDelete
  52. minx kebenaran ntuk post kat fb :)

    ReplyDelete
  53. baru2 ni aku ada baca pasal kes dia dari episo1-30 lebih,
    best2,aku suke thriller2

    ReplyDelete
  54. bro..kalau nak pegi ajak k..haha.bro la pulak

    ReplyDelete
  55. Pernah pergi rumah ni.nak masuk tapi tak jadi.sebab time nak masuk dah ada 'orang sambut' kite.hehehehe

    ReplyDelete
  56. berapa orang yang pergi masa itu ? kami planning mlm ini nak pergi tapi 2 atau 3 orang sahaja

    ReplyDelete
  57. Rumah dye dkat kijal,kemaman. Dlm hutan. Selalu lalu di situ bile pergi kijal. Seram ble tgok hutan mlm2 :D

    ReplyDelete
  58. dh terjah dh banglo tuh..mg scary..meremang la jgk bulu roma..mase tuh pegi rmi2 7 laki 2 perempuan (tmasuk sy..bkn c2 je ktorg pegi mlm tuh..2 3 tmpt jgk ktorg..area kl bukit tungku n selayang..perkuburan org asli dan lombong..

    ReplyDelete
  59. Seriouusss mmg berani gila dia ni. Respect lah. Sy asal shah alam. Mmg selalu lalu situ. Rumah tu kalau siap confirm cantik gila. Tp sy tak tau pulak ni rumah mona fendi. Berdasarkan apa yg saya dgr org cerita, rumah ni milik pasangan suami isteri yg baru kawin. time proses pembinaan rumah ni. wife dia kena rape. lepas tu commit suicide dkt rumah ni jgk. Waallahualam. Mcm2 version dah dgr. Pasukan seekers pun pernah dtg ke bungalow ni.

    Apa2 pun, seronok baca blog ni. n thanks for all the sharing stories :)

    ReplyDelete
  60. adoi dandan asal rumah kosong je rumah mona fandey..lawakla you olls ni..tu bkn rumah mona fandey la..aku tau sbb aku duk shah alam dari kecik lg..umah tu pn aku dah pergi..mandai je mona fendey kau..

    ReplyDelete
  61. salam DYA,saya faisal awiengs dari "The Origin", amatur paranormal team,selepas baca entry seram2 dlm blog awak,saya impress dengan keberanian awak dan rakan2 awak,if ada masa,silalah lawat blog kami- www.fatalframe09.blogspot.com , ada skit review tentang rumah sek12 dan Highland tower...

    ReplyDelete
  62. salam kak, post ni memang awesome laa ! but seram loo ! haha ! kita memang suka citer camni, dapat kongsi pengalaman sikit, but akak memang seorang yg berani laa !

    ReplyDelete
  63. Such a brave girl ;)
    Respect laaa. After this, try pergi seksyen 13 ok. "Kampung hantu" katanya., wallahualam. Teringin juga nak join. Anything, email laa sy , daya.rawk123@yahoo.com

    ReplyDelete
  64. seksyen 12 tu bkn rumah fendi...siap mengatakan itu adalah rumah fendi...kalo korg nk tau...rumah seksyen 12 itu adalah rumah sebuah keluaga doktor....sbb kan sye tnye penddk dkt ctu...if korg nk sgt jumpe bende tu kamu niat nk jmpe bnde tu..nnt kamu nmpk seperti manusia biasa shje..jika ade org mintak tolong cari kan kunci dalam rumah,
    or suruh kamu buat smtg jgn la...
    :) kisah benar..

    ReplyDelete
  65. Fuh besarnya rmh dier... DUIT punye psl sggup kerat kepala orang ni. Aku mmg banyak baca psl dukun pembunuh ni. nak gk gi tengok rmh dier nnti f ade mase.

    ReplyDelete
  66. nak gk tengok rmh dier ni. ada yg ckp rmh dier bkn besar tp pondok kecik je. mata luaran je tengok dier besar. ye ke ntah lh tu aku dgr dr org2...

    ReplyDelete
  67. perkongsian yg bagus, baru teringin nak tahu kisah seram ni,, syukran ukhti

    ReplyDelete
  68. saye tk tau awak tau ke tak tapi byk gmbr awak ambik ade "orbs" kalau awak tak tau ape "orbs" pegi google.
    "orbs" boleh di kate kan bayangan putih aand boleh nampak di dalam gambar..oh yah..awak nampak tak bolah mcm putih2 tu ???
    tu lah "orbs"

    ReplyDelete
  69. salam Dya ada pergi lagi ke tempat2 seram macam ni?...klu ada boleh ke saya turut serta...terima kasih

    ReplyDelete