Friday, 17 June 2011

Kebiasaan dalam cerita indonesia.Aku muak.kau?

Dari aku buang masa dengan korang baik aku terus start entry aku ni.Jap,Entri aku ni agak panjang,terpulang pada korang nak baca ke tak.

Bukak je astro chanel 104 ada cerita cinta melody yang dah ulang berjuta kali untuk 1 episod,ada jugak cerita pengantin remaja yang cerita dia pasal student bertunang dengan cikgu sendiri,Aku tukar je astro prima,ada cerita safa dan marwah,tukar je TV3,ada cerita yang lagu dia camni "dunia khayalan dunia impian..dunia khayalan dunia impian"

Eh korang ni tak nak rasa nak muntah ke tengok cerita yang macam ni?Sekarang ni kalau aku bukak tv je,mesti cerita indonesia.Kadang-kadang aku keliru aku ni duduk negara mana,Indonesia ke Malaysia.Dahlah dekat chowkit tuh pon aku terkeliru jugak,bila sampai je dekat sana mesti aku fikir aku dekat jakarta.Masa aku sekolah dulu,aku kena naik bas metro untuk ke tempat tuisyen dekat central market,hampir semua penumpang dia orang indonesia,kiri kanan depan belakang tengah,yang duduk,yang berdiri,semua orang indonesia,sampai aku dah nak terikut-ikut dah cara percakapan dieorang masa dalam bas tu.Bila balik rumah ingatkan dapatlah rest dari semua ni tengok TV sambil makan nasi,tapi tak jugak,ada je cerita merepek ni!Tidur lagi bagus lah macam ni!

Kalau cerita dia pelbagai tak apa jugak,ini tak,dalam 1000 sinetron,1000 genre,scene yang sama.Hampeh!

Cerita ni tahpape,cuba tengok video ni.nenek tu dahlah gila,pastu bawak baby merayau-rayau dalam hospital,semua boleh buat taktau,kalau baby tu mampus camne?Part akhir video ni menunjukkan Mak lelaki baik nak rebut anak.

1.Scene anak luar nikah dan rebut anak
Ha ni semua tak ada kerja lainlah,dalam cerita tu,mesti ada sorang perempuan baik dan lelaki baik,dorang ni dah fall in love gila-gila lah,tapi hubungan dorang ni terlarang,macam-macam dugaan yang datang,kejap putus,kejap bercinta balik,kejap perempuan tu benci lelaki tu,kejap menyesal dan sayang-sayang balik,Lepastu bila perempuan tu dah benci,dia jumpa pengganti lain,tapi yang peliknya,perempuan tu dah mengandung anak lelaki yang baik tu masa perempuan tu benci lelaki baik tu atas hasutan watak-watak jahat,lepastu bila anak tu dah dilahirkan,timbullah scene perebutan anak luar nikah tu,siapa yang rebut anak tu?Mak kepada lelaki baik tu,Alasan?"aku takkan biarin anak ini merempat seperti kamu!aku akan rebut dia!".Bila berlaku scene ni?korang tunggu je episod nak hujung2 dah,mesti ada!

2.scene rebut lelaki
kalau tak ada scene rebut lelaki ni,aku rasa tak lengkaplah cerita indon tu,kalau diperhatikan ceria bawang putih bawang merah,cinta melody,liontin,eh semualah mesti ada mak jahat dan anak perempuan dia pon jahat,lepastu ada pulak mak baik anak perempuan yang baik,selalu dengar cakap mak ayah dia,muka dia mesti cun dan lembut je,muka kesian pon ada jugak.Yang mak jahat dan anak jahat ni mesti akan buat satu rancangan untuk jatuhkan mak baik dan anak baik ni,macam-macam lah dia akan buat,lagi-lagi bila dia dapat tahu yang anak perempuan baik ni dapat boyfriend hensem,kaya,anak tunggal pemilik syarikat makpak dia,lagilah dia jeles,yang jahat ni akan buat sampai boyfriend tu kawen dengan dia dan benci dekat perempuan baik,dan mereka akan cakap "aku akan pastikan,dia menjadi milik aku,ngak ada yang bisa memilikinya selain aku.aku akan guna apa cara sekalipun untuk menghapuskannya.HAHAHAHA"



Alisa ni asyik nangis je kerja dia

3.scene perempuan bodoh yang taktau nak melawan,asyik nangis je
Siapakah perempuan yang selalu menangis ni?Siapa lagi kalau tak si bawang putih!HAHA.Maksud aku si heroin dia lah.Ahh.bukan main penakut lagi si heroin ni,kena gertak dengan orang jahat sikit dah takut.dah buat semua kehendak orang jahat,lepastu kalau dia nak melawan sikit,orang jahat akan cakap,"aku bilang rahsia lu ke bokap lu.mau?".Lepastu si heroin akan merayu-rayu jangan bagitau ayah dia sebab ayah dia ada sakit jantung.Please lah wey.Apa ke bengap sangat cerita macam ni,apa ke bodoh heroin dia.Dalam cerita indon,kalau orang jahat,ada je peluang nak buat jahat,kalau orang baik,asyik ditindas je,lepastu mulalah heroin nak menangis-nangis dan cakap "aku ngak kuat utk hadapi semua ini,tolongin hambaMU ini".sobsobs.
Bila heroin tu sedih,boyfriend dia pon datang untuk tenangkan dia,bukan setakat boyfriend dia je,ramai yang datang tenangkan dia.contohnya orang orang yang sukakan dia yang seramai 3orang sebab pada mereka perempuan ni umpama bidadari syurga yang baik sangat.Pergh.


si bawang merah ni boleh dengar percakapan orang baik dari jauh.

4.scene boleh dengar dari jauh
HAHA.ini memang signature untuk cerita indon,boleh dengar percakapan orang dari jauh,Mungkin dorang ni guna telinga gajah kot,tapi yang peliknya skill ni hanya boleh digunakan oleh orang jahat untuk mendengar perbualan orang baik.Kalau orang baik nak pakai,memang tak boleh,memang orang baik takkan dengar langsung walaupun dari jarak dekat.Lagi satu bila ada scene kejar mengejar dalam hospital ke hape ke,semua buat bodoh je takde siapa nak tegur,memang tak logik plus kelakar.HAHA.okay


P/S:Aku lagi rela mute kan volume TV bila cerita indon keluar,kalau best takpa,kalau tak memang kena kutuk kaw-kaw dengan aku.Bye

15 comments:

  1. SAYA PALING BENCI CITER INDON... JALAN CITER SUME SAMEE.... BOSAN!!!!!! PAS2 MUKE JAHAT DIE X BOLE BLA... MKE MCM NK MKN NASI TP XDE LAOK.. HAHAHAHAHAHA APE PN X BOLE..

    ReplyDelete
  2. HAHA kalau cerita indon je mesti scene menangis banyak -,-

    ReplyDelete
  3. hahaha..cheqwa setuju sangat yg no.4 tu!selalu ja camtu..haha.paling menyampah adalah citer bawang putih bawang merah,tpi tgok jugak =.='

    ReplyDelete
  4. jalan cite sume sama!!!!!!!!!!huuu

    ReplyDelete
  5. hahaha. sangat suka ini entri! serius memang cukup meluat jalan cerita yang membuatkan kita nak menyembur. kebanyakkan scene tak logik. memang minta pelempang je.

    ReplyDelete
  6. zam-mcm muka ape?pecah rumah?HAHA:P

    ReplyDelete
  7. izzul-Memang.dah naik menyampah.terutama skali heroin die.nangis je.haih

    ReplyDelete
  8. cheqwa-yg num 4 tuh slalu banyak kat cite bawang merah bawang putih je an.huhu

    ReplyDelete
  9. cik ayin-kdg2 plakon die pon same,jalan cite same.sume same.

    ReplyDelete
  10. dani-dya rase kalau dya jmpe director die.dya bg pelempang jarak dekat je.HAHA

    ReplyDelete
  11. salam tandang.... teman ngintei2 jap. len kali teman tandang lamer2, tapi miker kenerler nengget ayor wat ayor angat

    ReplyDelete
  12. apakah yg dikaborkan ni?dop pahe

    ReplyDelete
  13. betul tu..tak pernah nak suka tengok cerita indun...buang masa...melayu.hindi pun sama tak suka tgok...follow makcik ni ye...

    ReplyDelete
  14. yg nombor 3 tuh sangat betol . heroin tahu nagis je . sume cite indon la . merepek betol .

    ReplyDelete
  15. Sangat setuju dengan kesemua pendapat akak tu ! Saya cukup menyampah bila tgok indon punya citer. Emm.. nak wat caner, kadang2 tu terlayan la jugak sbb mak pon sibuk menghayati..hahaha..

    ReplyDelete