Tuesday, 15 November 2011

Seram.Pontianak ikut balik rumah dan boleh nampak di cermin sisi motorsikal.




CHAKCHAKCHAK!

Wah bukan main panjang lagi tajuk entri aku kali ni,macam tak menyempat nak cerita dekat korang apa yang berlaku kan?Tu adalah salah satu tanda aku excited nak cerita selain daripada title aku dalam CAPSLOCK.

Sebelum apa-apa aku kenalah tanya khabar readers aku pada hari ini.Apa khabar?Sehat?kalau tak sehat,aku boleh tolong doa je untuk kesihatan korang.Sweet tak aku?*Wekk

Sebelum tu aku ada permintaan ni,memandangkan kita semua dah lama tak tengok video ni,apa kata,jadikan video ni sbagai background music waktu korang nak baca cerita aku ni?




Hari ni jam 12.00 tengah malam,aku nak cerita dan kongsi dekat korang tentang pengalaman Z iaitu seseorang yang penting dalam hidup aku yang telah melalui perkara yang boleh dikatakan seram,malam ni kalau korang duduk dekat kolej dan nak pergi toilet nak terkencing,sila ajak semua kawan-kawan yang ada.Aku tak jamin benda tu tak follow korang lepas ni.

Z, yang berumur 21 tahun,sama dengan aku,seorang yang langsung tak mempercayai kewujudan hantu,langsuir,pocong,bila orang cakap pasal hantu,mesti dia cakap "ahh Mana ada hantu dalam dunia ni".Sampailah satu hari perkara yang dia tak jangka berlaku.

Hari khamis malam jumaat tahun lepas,Z  balik ke rumah sewa dia,Lepastu kebetulan housemate dia semua keluar,jiran dia pon keluar,yela dieorang semua ni satu kolej,maknanya malam tu Z terpaksa duduk sorang-sorang dalam rumah sewa tu.Tanpa berfikir apa-apa,dia terus bukak lampu tangga dan naik ke bilik.Masa tu jam menunjukkan pukul 11malam,tiba-tiba TV terpasang tiba-tiba,Z pon turun ke bawah,Z ingat kawan-kawan dia semua dah balik,tapi bila Z panggil semua nama kawan dia,semua tak menyahut.Z naik atas balik,lepastu TV tu terpasang balik.Dah kali kedua terjadi,apa lagi,Z blah daripada situ.Nampak macam Filem Melayu kan?Tapi itulah yang berlaku pada Z untuk minggu pertama.

Pada Minggu kedua,hari khamis malam jumaat pada jam 10 ke 11 malam,Z dan kawan dia nak pergi makan,naik motor,masa ni dekat bukit permai Ampang,dah kata naik motor,mestilah berdua je,TIBA-TIBA sampai je satu selekoh,Z nampak sesuatu di sebelah cermin sisi kiri, Zcakap dekat aku memang jelas gila muka dia,yela sebab benda tu betul-betul sebelah dia,Z cakap muka dia hitam,hodoh,rambut panjang mengerbang,tengah follow Z mana je Z pergi.Lepastu Z tak sedap hati dia cabut cermin sisi kiri tu.Nak dijadikan cerita,Z nak pandang cermin sisi kanan,benda tu ada dekat belah kanan Z pulak,Z terus terbalikkan cermin sisi kanan ke depan.Kawan Z pelik dan tanya "kenapa".Tapi Z tak jawab,sebab Z ni jenis kalau nampak,dia akan senyap dan tak cakap.

Sebelum aku sambung cerita pasal Z,bapak aku pernah cerita yang anak jiran kiteorang ni balik lewat pagi dalam pukul 1,dia lalu  lorong dekat kawasan rumah aku naik motor,tiba-tiba ada perempuan tahan dia suruh berhenti,perempuan tu pakai baju putih je.Tapi malangnya bila dia berhenti bukan perempuan sebenarnya tapi benda tu.Habis dia demam seminggu.Nampak macam Filem Melayu lagi sekali kan?Tapi korang ingat hantu ni tau ke pasal filem melayu yang korang nak cakap cerita aku ni nak ikut filem melayu?

Okay sambung cerita tentang Z,lepas Z dah perasan benda tu ikut Z,Z hantar kawan dia balik rumah,tapi muka Z lain macam,so kawan dia tak bagi Z balik,Kawan dia suruh Z stay rumah kawan dia dulu,dan suruh housemate Z datang amek Z,Bila dua orang kawan Z sampai untuk amek Z,masa dua orang kawan dia dekat pagar rumah,Z tanya "M dan L korang datang berapa orang?".M dan L pon jawab "2 orang je.Kenapa wey?".Z cakap tak ade apa-apa tapi sebenarnya Z nampak lagi seorang yang semestinya bukan orang tengah intai Z disebalik kawan-kawan Z dan disebalik dinding.WOWOWO.Seram wey aku dengar cerita Z.Cuba korang bayangkan ada benda intai korang dekat tingkap sekarang ni?Tak ke tanjat boboy disitu.

And then Z ikut M naik motor,manakala L bawak motor Z.Kiranya Z ni jadi penumpang je,sebab dia dah tak berani nak bawak,motor yang dinaiki M dan Z ada didepan.Motor yang dibawak oleh L ada dibelakang.Maksud aku disini,L follow M dan Z dari belakang la.Complicated ke ayat aku ni?Nak dijadikan cerita seramnya,Z boleh pulak nak toleh belakang sebab Z cakap saja nak tengok L,waktu tu Z nampak benda tu  ikut motor yang dinaiki L dari belakang.Benda tu tak duduk atas seat motor L tapi benda tu follow dari belakang.Z cakap Z nampak rambut benda tu yang mengerbang tak tentu pasal.Herm nampaknya benda tu memang sangat berminat nak mengikuti Z.

Mengikut kata ustaz yang mengubati Z,benda ni perempuan dan dia sangatlah berminat nak kawan dengan Z.Masa Z cerita aku cakap dengan Z "Tu la sapa suruh hensem sangat sampai hantu pon minat.".Yang mak Z pulak cakap "Kau ni memang dah tak ada perempuan lain ke yang kau nak pilih,sampai kau pilih hantu ni.".IshIsh.Masa Z kena ikut dengan benda ni,Zmemang tak boleh langsung cakap dengan gf dia,bila gf  call,Z terus akan melenting.Z cakap pernah waktu gf dia kol,Z marah sampai tendang kipas sampai pecah.Tapi Z tahu yang marah tu bukan Z tapi benda tu,Dah kata benda tu perempuan,mungkin dia jealous kot Z ada perempuan lain.*Kuat jeles betul benda ni.HeHe.


Lepas dah berubat,Z still boleh nampak benda-benda tu sampailah sekrang.Ada sekali tu Z cakap dengan aku,ada satu pokok redang dekat je dengan kampung Z,masa ni raya,boleh tak waktu tu dah tengah malam,Z message aku macam ni "Sy nampak benda tu tengah bertenggek dekat atas pokok.Elok je dia duduk,Sy takut la".Dah lah masa dia message aku tu,aku duduk dalam bilik sorang-sorang.Z cerita lagi yang dia tengah duduk sorang-sorang dalam bilik,lepastu dia dengar ada orang sebut nama dia sayup-sayup sebanyak 3kali.Korang pernah alami macam ni?

Ada lagi,waktu Z  pergi Kelantan dengan kawan-kawan Z,Z lalu disatu kawasan dimana terdapat satu rumah kosong,dulu rumah kosong tu adalah tempat pembunuhan cucu bunuh nenek sebab cucu dia tu penagih dadah,pernah masuk berita kisah ni tahun 2008,dan Z nampak ada seorang nenek tua bongkong tengah berdiri di kawasan rumah tersebut,waktu malam eh.bukan siang.Kalau ye pon,apelah si nenek ni buat dekat tempat seram macam tu?nak bercucuk tanam kot.

Cuba bayangkan benda yang rupa macam ni ikut korang dari belakang masa nak balik rumah?
Sebab tu orang cakap mulut jangan celupar,jangan nak berlagak,jangan main lalu dan langgar je tempat orang,tapi korang jangan sesekali cakap macam ni "Tok nenek,cucu tumpang lalu".Tu maknanya korang dah syirik dah tu.

P/S:Oh ya Z cakap dengan aku benda yang ikut dia tu cara dia macam makcik tua dalam cerita congkak,tapi seram lagi.Fikir-fikirlah,Eh apa dekat tingkap korang tu??Kbai.

12 comments:

  1. heh kak , seram nieyhh ! walaupun sy bace siang , still seram plus takud . hehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. mak aihh, sumpah seram cite hang dya..
    sib bek bce kt opis, law kt umah, mmg menangis2 kot bace. kehkeh..

    ReplyDelete
  3. mimie shahira-ehehe bace pulak belah malam ea? wee:D smbil baca smbil tgok tingkap.lalalla:D

    ReplyDelete
  4. chikove_araishii-bace ramai2.mlm t tido sorang2,hati2 tau.hehe
    gurau je.:D

    ReplyDelete
  5. brape byk Z daa . da mcm ZZZzz .. Hhehehe . Even cerita seram , sempat lagii sys buat lawak ye . haha .

    ReplyDelete
  6. atiq-sudah diperbetulkan.maseh sbb tego(:

    ReplyDelete
  7. shma yahya-haha.Z la bukan nama sebenar.ehehe:D

    ReplyDelete
  8. haha . Tak cukup beranie nk bace malam2 . ngee ^_^

    ReplyDelete
  9. adoi,,seram la citer pasai pontianak nie,, lau tgok movie, mmg jerit xingat dunia la sha dhira..

    ReplyDelete
  10. seram la...
    sy nga bce ngn hntu pompuan yg kaco Z la ni...hehe..:)

    ReplyDelete