AKU ADA DALAM RUMAH KAU.KAHKAHKAH, |
Betul ke sebelah tempat duduk korang tu takde orang?Sure ke?Aku sendiri tak sure kat sebelah aku ni takde orang,entah-entah dia tengah tengok apa aku taip ni.dekat korang pulak,entah-entah dia tengah baca blog aku dengan korang sekali.Takpe-takpe kita jangan kedekut ilmu kan.Eh kejap,dekat belakang korang ada orang eh?Betul ke dia tu orang?Anda pasti?*HAHA
Hari ni aku rasa macam nak share dekat korang semua,kawasan dalam rumah yang digemari hantu,tapi korang tu janganlah pulak bersifat macam hantu dalam rumah korang tu,nanti shaiton keliru korang hantu ke dia yang hantu.Selepas baca entri aku ni.korang dah boleh buat pilihan nak duduk rumah tu lagi atau nak pindah.*HAHAHAHAHAHAKBAI
Dahlah sebelum aku membuat korang lebih takut atau nak hempas laptop kesayangan korang ni,Meh aku bagitau korang kawasan dalam rumah korang yang sangat digemari oleh hantu,mungkin disebelah korang,siapa tahu?
BILIK TIDUR YANG KOTOR DAN BERBAU BUSUK
Okay yang ni aku nak peringatkan pada kaum lelaki,termasuk abang aku sendiri.Aku ceritakan pengalaman aku lah senang okay,Bilik abang aku ni memang macam-macam bau ada,bau seluar yang dah pakai sebulan tak basuh,bau air liur basi,semua bau ada,cakap je nak bau apa.Biasalah orang bujang kan.Satu malam,masa tu umur aku 12 tahun,bilik aku sebelah je dengan bilik abang aku ni,aku ternampak ada bayang-bayang hitam masuk bilik abang aku,aku ingat abang aku tengah nak main-main dengan aku,aku suruh adik aku tengok dalam bilik abang aku,sebab abang aku ni suka main sorok-sorok,aku suruh cari bawah katil,dalam almari,semua takde,bila adik aku tanya ayah aku,rupanya abang aku tengah elok study dekat bawah.Habis siapa yang masuk dalam bilik abang aku?ada sekali tu,aku terdengar bunyi gitar dipetik dalam bilik abang aku,tapi takde orang dalam bilik abang aku.Siapa agaknya?
TEMPAT YANG TAK DIGUNAKAN DALAM MASA YANG PANJANG
Ha yang ni mesti korang semua familiar kan?Kalau korang balik kampung dalam masa sebulan,lepastu korang biar je rumah korang tu kosong.Orang tua-tua cakap sebelum nak tinggalkan rumah,katil korang tu jangan dibiarkan kosong macam tu je,letakla baju atau apa sahaja atas katil tu supaya menandakan yang katil tu ada pemiliknya lagi.Korang nak ke benda tu tidur and buat katil korang sebagai tempat tinggal dieorang sepanjang sebulan korang takde.Nak?Oh meh aku selitkan satu cerita,sebelah rumah aku,dah terbiar selama 10tahun,owner rumah yang berhadapan dengan rumah kosong tu,nampak ada perempuan berbaju putih dan berambut panjang berdiri dalam rumah kosong tu waktu maghrib,dahlah sebelah rumah aku.Mak aku tau cerita tu,dia terus buat tembok untuk halang daripada keluarga aku nampak rumah dan benda-benda tu,sebelum tu jugak,dinding bilik aku sentiasa diketuk dan aku selalu rasa diperhatikan,bila aku lalu depan rumah tu nak pergi mengaji,aku rasa kain aku ditarik.Bila ada orang baru nak masuk rumah tu,setiap malam akan diganggu oleh benda-benda tu,kena tindih la apa la,sampai dieorang lari ke rumah kakak dieorang.Ha seram tak?Ha korang tinggal lagi rumah kosong lama-lama.Hehehe.
DI DALAM PATUNG
HA umur dah berapa dah cik akak dan cik abang sekalian?Dah 22 tapi still simpan anak patung?Apa kejadahnya semua ini?mana mak bapak semua?Takkan pihak berkuasa dok mengangkang aja?Buruk la kalau orang tua dok kumpul patung-patung baribie,patung apa lagi eh?Eh macam macam la.sedar tak awak tu dah tua.Okay aku nak cerita dekat korang ni,dulu aku ada satu patung ni(Gambar).Aku suka patung ni,Tapi entah macam mana,aku kan ganas,so ditakdirkan kepala patung tu tercabut,so mak aku suruh buang patung tu,aku buanglah.Nak dijadikan cerita pulak,malam tu,aku tidur dekat ruang tamu,pukul 3pagi aku terjaga dan aku dengar ada orang ketuk pintu rumah aku,tapi aku tak berani nak bukak.Esok pagi aku tengok kepala patung tu betul-betul depan pintu rumah aku.So siapa yang ketuk pintu rumah aku pada pukul 3 pagi tu?
BILIK YANG SELALU GELAP
Siapa yang suka tidur dalam gelap?jawapannya aku!!Siapa setuju tidur dalam gelap lagi lena dari tidur bukak lampu?walaupun agak seram kalau tidur sorang-sorang tapi tetap lena kan?Okay ni ada lagi satu cerita,siapa pernah kena rasa dipeluk padahal masa tu tak ada orang?Jawapannya aku.Sebelum tu badan aku terasa panas dan tiba-tiba aku rasa dipeluk dan aku tak nampak apa-apa.Aku ditindih dengan cara dipeluk.Paham tak?kalau tak paham baca lagi sekali.Lepastu aku terus bukak lampu untuk malam tu.
P/S:Masih berani dalam rumah sendiri?Kbai
ezzat pernah jugak kena tindih.
ReplyDeletepasal patung pulak, ezzat masih ada lagi patung barbie tp dalam bilik stor. bilik stor pulak atas bilik ezzat. malam2 selalu dengar macam2 dri bilik stor. tapi ezzat buat donno je
mak ezzat pun selalu jugak pesan kalau nak tinggalkan bilik atau katil, biarlah letakkan apa2 atas katil tu. nanti 'dia' buat hak cipta terpelihara pulak.
btw, thumbs up untuk entry ni!
betul2 menaikkan bulu remang ezzat.
haha.
Okay, firstly nak cakap mmg meremang baca entri neh. Yg pasal kena tindih macam kena peluk tuh dah 2,3 kali gak kena. Mmg takut sbb rasa macam nak mati, susah nak bernafas.
ReplyDeleteMasa tuh kuatkan diri gak nak lepaskan dari pelukan tuh. Bila dah lepas, huhhh. Lega sgt. Rasa mcm mimpi pun ada.
fara ! wa pun sme mcm fara..wa penah kne tindih n plok ga..tpiy alhmdulillah wa lwn bnda tuw y xtaw sbnr nyer ap..tk0t ase -,-"
ReplyDeleteain pun pernah kena tindih masa tidur, tapi lepas kejadian, ain amalkan ayat kursi, 3 kul & alfatihah sebelum tidur.. alhamdulillah la smpai sekarang ok je, NAK MIMPI YANG BURUK2 PUN SUSAH TAU... ahaaa
ReplyDeletemeremang bulu roma masa baca benda ni...
ReplyDelete