Monday, 19 March 2012

SERAM.Pontianak menghayunkan kaki di atas peti ais rumah anda.

Ini adalah sebuah entri pendek daripada aku sebab sekarang ni aku tengah sangat sangat busy menyiapkan project terakhir aku di UiTM sebab tu aku dah lama tak update blog.

Kisah ni adalah kisah benar yang diceritakan kepada aku,so aku ceritakan balik kepada korang semua supaya korang semua tak dapat tidur pada malam ni,lagi-lagi kalau kebetulan korang tengah baca entri ni pada malam keliwon.*KAHKAH.

Kisah ni berlaku di negara seberang,Eh kenapa korang ni?salah ke kalau aku ada kawan indonesia?*huehue.
Makcik Salmah dan dua orang lagi anaknya baru berpindah ke rumah baru yang sangat besar dan banyak pintu dan lagi satu rumah tu sangat seram.Kawan aku,Nia dengan baik hatinya nak temankan dua orang sepupunya dalam rumah tu,mungkin sebab mereka kesunyian kot.

Kawan aku,Nia dan dua orang lagi sepupunya tidur dalam satu bilik dan yang peliknya,sejak dieorang semua pindah dekat rumah tu,Dieorang ni selalu sangat dapat mimpi yang sama,iaitu mimpi ular.Dalam mimpi tu,ular tu ada dalam bilik dieorang.Aku ada baca satu buku,kalau nak tahu kita diganggu jin dalam mimpi kita,kita akan mimpi anjing hitam dan binatang berbisa yang lain.

Satu Hari tu,kawan aku,Nia nak keluar jenjalan,dia dah keluar dah dari rumah tu,lepastu baru Nia perasan yang Nia tertinggal helmet dekat meja dapur,so Nia patah balik masuk dalam rumah untuk ambil helmet tu,TAPI masa Nia tengah ambil helmet tu,Nia ternampak macam ada satu benda dekat atas peti ais,warna putih,tapi Nia taktau apa sebab Nia pandang dengan hujung mata je.

Nia terus ambil helmet dan terus nak blah dari situ,tapi Nia tetap tak puas hati,bila Nia toleh je belakang,Dia nampak Pontianak tengah duduk baik punya atas peti ais sambil menghayunkan kaki.Tapi pontianak tu tak pandang Nia,Pontianak tu pandang tempat lain.Apa lagi Nia larilah lepastu takkan dia nak join skali hayun kaki kan.
Cengginilah rupanya lebih kurang ye

Cuba korang bayangkan dekat dapur korang kan ada satu peti ais,lepastu dan dan pulak malam yang korang tengah baca entri aku ni korang kehausan,kebetulan pulak kawan-kawan korang semua dah tidur,semua malas nak teman korang,bila korang pergi dapur nak amek air,korang ternampak ada benda tengah duduk atas peti ais sambil hayun kaki,Macam mana korang nak amek air kalau pontianak tu duduk atas peti ais tu?

P/S:Seram pulak malam ni.kbai!

pandang hujung mata ada benda gerak,sedang hayun kaki atas peti ais.
benda tu tak pandang die pon

Saturday, 3 March 2012

BAGAIMANA KEADAAN UMAT ISLAM DI NERAKA JAHANNAM KELAK!

Assalamualaikum

Aku nak kita sama-sama bayangkan jika kita berada di dalam api neraka kelak.Bacalah sampai habis,takde rugi pon.

Menurut Anas bin Malik,suatu ketika Jibril mendatangi Rasulullah s.a.w.Kedatangan Jibril bukan seperti biasa.Wajah Jibril nampak tua.

"Jibril tolong jelaskan kepadaku sifat-sifat jahanam itu"Pinta Nabi Muhammad s.a.w


"Ketahuilah wahai muhammad,setelah Jahannam diciptakan, Allah kemudian menyalakannya selama seribu tahun sampai apinya berwarna merah.Selanjutnya dinyalakan kembali selama seribu tahun sampai api di sana bernar-benar berwarna putih.Selanjutnya ditambah seribu tahun sehingga api neraka benar-benar hitam gelap.Semenjak itu,api neraka tidak pernah padam walau sebentar.Demi Allah jika terjadi kebocoran sebesar lubang jarum sahaja,pasti penhuni dunia musnah terbakar hangus akibat kepanasan neraka itu"

"Neraka jahanam itu sangat dalam,dihiasi besi bercampur nanah sebagai minuman untuk penghuninya.Di sana terdapat tujuh pintu.masing-masing mempunyai bahagian tertentu dari lelaki dan wanita"

"Apakah seperti pintu-pintu rumah kami?"Tanya Nabi s.a.w

"Tidak.Tidak selalu terbuka.Setiap pintu mempunyai jarak tujuh puluh tahun.Kemudian musuh-musuh Allah digiring sampai ke pintu dijaga oleh Malaikat Zabaniah dengan rantai terbelenggu.Rantai itu kemudian dimasukkan ke dalam mulut mereka hingga menembusi dubur,Tangan kiri diikatkan ke leher.Sedangakn tangan kanan dimasukkan ke dada menembusi bahu.Syaitan merangkul setiap manusia yang masuk ke dalamnya dan malaikat menyambutnya dengan pukulan besi.Mereka tidak dapat keluar dari seksa itu"

Terdapat 7 pintu neraka.

Orang orang munafik masuk melalui pintu bawah termasuk orang kafir akibat menentang mukjizat nabi isa.Golongan Firaun memasuki pintu HAWIYAH

Pintu kedua ialah JAHIM yang dimasuki oleh kelompok musyrik

Pintu ketiga ialah SAQAR yang memasukinya adalah kaum sabiin

Pintu keempat ialah LADHA yang melaluinya adalah iblis dan para penyembah api(majusi)

Pintu kelima ialah HUTAMAH yang dimasuki oleh orang-orang yahudi.

Pintu keenam ialah SA'IR dilalui oleh orang nasrani

Pintu ketujuh ialah neraka yang dimasuki oleh UMAT nabi Muhammad s.a.w yakni kita yang terdiri dari orang-orang yang berbuat dosa besar,bermaksiat kepada Allah,enggan melaksanakan solat dan tidak mahu bertaubat sehingga ajal kita tiba"

"wahai jibril,AKU MERASA SANGAT GELISAH DAN TERKILAN.BENARKAH SEBAHAGIAN UMATKU MASUK NERAKA?"Tanya Nabi Muhammad s.a.w

"Ya benar,iaitu orang yang selalu melakukan maksiat dan mengabaikan solat"Balas JIbril.

Kawan-kawan semua,tengok betapa risaunya Nabi muhammad s.a.w kepada umatnya,kepada kita.Sayangnya baginda pada kita.Kita sayang pada dia?Kalau kita sayang kenapa kita sering melakukan dosa sedangkan baginda sangat risau kita akan dicampakkan ke neraka.Dipendekkan cerita lepas dengar cerita dari Jibril Nabi muhammad tak keluar rumah dan menangis berhari-hari memikirkan nasib kita semua sampailah anaknya Fatimah datang dan bertanya bagaimana cara umatMu masuk ke dalam neraka?

Malaikat akan mengiringi kita tanpa dihitamkan muka,mata tidak biru dan mulut tidak tertutup,Syaitan tidak merangkul kita,tanpa belenggu dan rantai.Tapi Malaikat akan mengiringi kita dengan jika kita ada janggut,maka akan ditarik janggut itu,Bagi kaum perempuan,akan ditarik rambut dikepala.Bagi yang usia tua berkata "Aduh,alangkah tua dan lemahnya aku".Dan bagi yang remaja berkata "Sayang sekali kecantikan dan ketampananku.aku malu"

Lalu Malaikat Malik bertanya "Siapakah mereka ini?aku tidak pernah menjumpai orang seperti ini.Mukanya hitam,matanya tidak briu,mulutnya pun tidak tersumbat,tidak dibelenggu syaitan dan tidak dirantai seperti penghuni neraka yang lain?"

"tugasku hanya mengirngi mereka"Jawab malaikat yang mengiringi kita itu

"wahai orang-orang yang celaka,siapakah kalian?"Tanya malaikat Malik

"KAMI SEBENARNYA ADALAH UMAT MUHAMMAD.KAMI TELAH DIAMANAHKAN AL-QURAN.KAMI JUGA BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN"

"Al-quran hanya diturunkan pada umat nabi Muhammad'Jawab Malik.

"SUNGGUH!KAMI UMAT NABI MUHAMMAD"

"Apakah di dalam Al-quran tidak memuat larangan tentang maksiat?Apakah Al-quran tidak menjelaskan kewajiban bagi umat Muhammad untuk solat?"Tanya malaikat Malik.

Kemudian kita akan diiring dan diserahkan kepada malaikat penjaga neraka jahanam,iaitu malaikat zabaniah.

"wahai malik,perkenankanlah kami menangis"pinta kita kepada malaikat malik.

Malaikat Malik mengizinkan kita untuk menangis.Kita akan menangis semahu-mahunya sehingga tiada lagi air mata,air mata kita kering dan keluarlah darah dari kelopak mata kita.

"Sia-sia sahaja kalian menangis seperti itu kerana tidak mungkin tangisan kalian dapat membebaskan kalian dari seksa api neraka.SEANDAINYA DAHULU DI DUNIA KALIAN MENANGIS(BERTAUBAT) MAKA PASTI TERBEBAS DARI SEKSA API NERAKA"kata malaikat Malik

Malaikat malik kemudian menyuruh Zabaniah untuk melemparkan kita ke api neraka.Kita akan menjerit serta mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH!.Maka panas api neraka mendadak berkurangan.

"Wahai api!Bakarlah mereka!"Teriak malaikat memerintah kepada Jahannam.

"Aku tidak berkuasa membakar kerana mereka mengucapkan kalimah tauhid!"Jawab Jahannam

"Wahai api sambarlah mereka!"Teriak malaikat malik

"Aku tidak sanggup menyambar mereka kerana mereka mengucapkan kalimah itu!"kata jahannam

"Wahai api,Allah sebagai penguasa Arasy memerintahkanmu untuk menyeksa orang-orang itu!"kata malaikat malik.

Neraka Jahnnam menyambar kita.Ketika itu kita berada dalam keadaan yang menyedihkan,api membakar telapak kaki,ada yang terbakar sampai lutut,perut,ada pula sampai ke leher.Tapi ketika api hendak menyambar wajah kita,malaikat Malik memperingatkan Jahannam,

"Jangan kamu bakar wajah mereka,kerana telah lama digunakan untuk bersujud kepada Allah.Jangan pula bakar hati mereka kerana pernah haus di bulan Ramadhan!"

Kemudian jika hukuman kita tamat,maka Allah menyeru dan bertanya kepada Jibril,"wahai jibril,bagaimana keadaan umat Muhammad yang berbuat maksiat?"

"Ya Allah engkau maha mengetahui".Balas Jibril.

Jibril kemudian menemui Malik yang sedang duduk di mimbar Jahannam.

"Bagaimana keadaan umat Muhammad yang berbuat maksiat?"Tanya Jibril

Lalu Malik menjawab"Keadaan mereka sungguh mengerikan.Tempatnya sempit,tubuh dan dagingnya terbakar hangus,kecuali wajah dan hati mereka tetap berkilauan."

Jibril membalas"Aku pohon engkau bukakan hijab neraka.agar boleh melihat mereka"

Malaikat Malik menyuruh Zabaniah penjaga jahannam untuk membuka tabir.Jibril melihat kita yang sedang diseksa dan kita pun akan melihat jibril dan bertanya kepada malaikat Malik "wahai Malaikat malik,siapakah yang datang dengan bentuk yang bagus itu?"

Malaikat malik menjawab "dia itu jibril,pembawa wahyu kepada Muhammad s.a.w"

Setelah kita mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w,kita berteriak-teriak kerana kita rasakan ada harapan baru.Lalu kita semua berteriak sambil berkata "Wahai jibril,sampaikanlah salam kami kepada Muhammad,Sampaikanlah bahawa yang memisahkan kami dengannya kerana perbuatan maksiat yang telah kami lakukan,kerana kami enggan menunaikan solat fardhu.Tolong sampaikan keadaan kami di  neraka ini!"

Malaikat Jibril kemudian menghadap Allah dan menyampaikan segala yang dilihatnya di neraka Jahannam.Lalu Jibril menemui nabi Muhammad s.a.w yang sedang berehat di dalam khemah permata putih yang mempunyai pintu sebanyak empat ratus,yang mana setiap pintu berlapiskan emas."Wahai Muhammad,baru sahaja aku melihat umatmu yang derhaka.Mereka diseksa didalam api neraka.Mereka berkirim salam kepadamu dan mohon perhatianmu"Kata Jibril menyampaikan pesanan kita.

Nabi Muhammad kemudian pergi ke bawah Arasy dan bersujud di hadapan Allah."Angkatlah kepalamu dan berdoalah pasti aku memakbulkannya.Ajukan syafaatmu,pasti diterima"Kata Allah kepada Rasulullah.

"wahai tuhan,umatku yang derhaka telah menerima dan menjalani hukuman dari-MU.Maka terimalah syafaatku"Kata nabi Muhammad s.a.w dalam doanya.

"Aku terima syafaatku untuk mereka.Pergilah ke neraka dan bebaskanlah mereka yang pernah mengucapkan kalimah Lailahaillah"Kata Allah.

Nabi s.a.w kemudian menemui malaikat Malik"Wahai Malik bagaimana dengan keadaan umatku yang derhaka?"

"sangat buruk keadaan mereka"Jawabnya

"Bukalah tabir neraka agar aku dapat melihat mereka dengan jelas."Pinta nabi Muhammad s.a.w.Setelah tabir dibuka,nabi Muhammad s.a.w dapat melihat kita dengan jelas dan keadaan kita yang menyedihkan,Setelah kita ternampak Nabi Muhammad s.a.w,kita berteriak memanggil Rasulullah s.a.w dan berkata "Ya Rasulullah!Api neraka telah membakar tubuh kami,tolonglah kami!"

Kita kemudian diangkat dari jahannam dan dibawa ke sungai di depan pintu syurga,nama sungai itu ialah Nahrul Hawayan.Setelah kita dimandikan maka berubahlah wajah kita menjadi tampan dan cantik bagaikan bulan purnama.Tetapi pada dahi kita terdapat tulisan yang tidak dapat dihapuskan bermaksud bekas penghuni jahannam.Kita kemudian akan dimasukkan ke syurga.Ketika penghuni neraka lain melihat kita,mereka akan berkata "SEANDAINYA DI DUNIA DULU AKU BERAGAMA ISLAM DAN MENGAKUI KERASULAN MUHAMMAD,PASTI AKU AKAN DIBEBASKAN SEPERTI MEREKA"

Ingatlah ada golongan yang masuk neraka tetapi tidak kekal di dalamnya,iaitu kita umat nabi Muhammad s.a.w ,insyallah yang bergelumang dengan dosa tetapi pernah mengucapkan kalimah tauhid,kita akan mendapat syafaat setelah lama diseksa di dalam neraka.TETAPI ada golongan yang akan kekal dan selama-lamanya diseksa di dalam api neraka sehingga tiada hentinya iaitu orang-orang kafir,musyrik dan murtad.

Jika kita islam,dan mngakui sebagai orang islam,mengaku kenabian Nabi Muhammad s.a.w,dan mengakui adanya Allah,maka kita hendaklah mengikut segala perintahNYA.Salah satu perintah ialah solat.
Ingatlah Nabi Muhammad,selalulah berselawat keatasnya kerana baginda yang akan menolong kita kelak.Jangan sombong jangan bongkak!

P/S:Bertaubatlah kita selagi sempat dan selagi nyawa tidak dikembalikan.BERTAUBATLAH!SOLATLAH!