Monday, 19 March 2012

SERAM.Pontianak menghayunkan kaki di atas peti ais rumah anda.

Ini adalah sebuah entri pendek daripada aku sebab sekarang ni aku tengah sangat sangat busy menyiapkan project terakhir aku di UiTM sebab tu aku dah lama tak update blog.

Kisah ni adalah kisah benar yang diceritakan kepada aku,so aku ceritakan balik kepada korang semua supaya korang semua tak dapat tidur pada malam ni,lagi-lagi kalau kebetulan korang tengah baca entri ni pada malam keliwon.*KAHKAH.

Kisah ni berlaku di negara seberang,Eh kenapa korang ni?salah ke kalau aku ada kawan indonesia?*huehue.
Makcik Salmah dan dua orang lagi anaknya baru berpindah ke rumah baru yang sangat besar dan banyak pintu dan lagi satu rumah tu sangat seram.Kawan aku,Nia dengan baik hatinya nak temankan dua orang sepupunya dalam rumah tu,mungkin sebab mereka kesunyian kot.

Kawan aku,Nia dan dua orang lagi sepupunya tidur dalam satu bilik dan yang peliknya,sejak dieorang semua pindah dekat rumah tu,Dieorang ni selalu sangat dapat mimpi yang sama,iaitu mimpi ular.Dalam mimpi tu,ular tu ada dalam bilik dieorang.Aku ada baca satu buku,kalau nak tahu kita diganggu jin dalam mimpi kita,kita akan mimpi anjing hitam dan binatang berbisa yang lain.

Satu Hari tu,kawan aku,Nia nak keluar jenjalan,dia dah keluar dah dari rumah tu,lepastu baru Nia perasan yang Nia tertinggal helmet dekat meja dapur,so Nia patah balik masuk dalam rumah untuk ambil helmet tu,TAPI masa Nia tengah ambil helmet tu,Nia ternampak macam ada satu benda dekat atas peti ais,warna putih,tapi Nia taktau apa sebab Nia pandang dengan hujung mata je.

Nia terus ambil helmet dan terus nak blah dari situ,tapi Nia tetap tak puas hati,bila Nia toleh je belakang,Dia nampak Pontianak tengah duduk baik punya atas peti ais sambil menghayunkan kaki.Tapi pontianak tu tak pandang Nia,Pontianak tu pandang tempat lain.Apa lagi Nia larilah lepastu takkan dia nak join skali hayun kaki kan.
Cengginilah rupanya lebih kurang ye

Cuba korang bayangkan dekat dapur korang kan ada satu peti ais,lepastu dan dan pulak malam yang korang tengah baca entri aku ni korang kehausan,kebetulan pulak kawan-kawan korang semua dah tidur,semua malas nak teman korang,bila korang pergi dapur nak amek air,korang ternampak ada benda tengah duduk atas peti ais sambil hayun kaki,Macam mana korang nak amek air kalau pontianak tu duduk atas peti ais tu?

P/S:Seram pulak malam ni.kbai!

pandang hujung mata ada benda gerak,sedang hayun kaki atas peti ais.
benda tu tak pandang die pon

1 comment:

  1. hi dya,
    seriously love your blog dear..
    just found your blog yesterday when i read nisakay's blog, then she mention your blog name...so here i am..

    i'm glad dear you changed for good..honestly,to change for good is teribbly hard and difficult too. i'm also feel it's kinda hard for me to be a better person, but alhamdulillah, i'm doing good..

    so nice to know you dear..
    btw, you can call me cheda..
    k bye.

    ReplyDelete