Thursday, 12 July 2012

Renungan.Apa yang aku pakai ketika aku seksi?


Assalamualaikum

Korang semua tengah buat apa tu?tengah godek entri-entri aku yang seram ke?Macam mana aku tau?ala aku taula sebab blog aku ni ada penjaganya.*Ihiksihiks!Baiklah hari ni aku nak cerita dekat korang semua kisah aku yang dulu,okay dekat sini aku nak tegaskan eh,aku bukan nak bukak aib aku sendiri,tapi aku bagi kisah ni untuk kawan-kawan semua ambik pengajaran,yang buruk tu letaklah jauh jauh.Nak tengok koleksi pakaian aku masa aku seksi dulu?pakaian masyarakat jahiliah?Skroll la gambar dekat bawah ni.Singkat kan pendek kan?mana Pakaian islam aku?masa tu aku rasa aku kenal islam itu apa,tapi aku tak faham konsep islam,Aku menyalahgunakan term "islam tiada paksaan" dengan alasan "Ala aku tak sedia lagi la nak pakai tudung,pakai tudung mana boleh paksa-paksa".Masa tu aku tau Hukum menutup aurat telah ada dalam Al-Quran beribu tahun  yang dulu tapi hati aku dok cakap "Ala..Kalau pakai tudung lepastu bukak tutup,bukak tutup buat apa kan?"

Itu alasan biasa muslimah sekarang kan?Aku takmau kondem wanita yang berpakaian begini sebab dulu pon aku pernah jadi macam ni jugak.Mana tahu kalau mereka berubah,mereka lagi baik daripada kita semua?tak gittew cik endon?Sebaiknya kita nasihat dengan orang macam ni,nak nasihat pon ada caranya,janganlah tegur sampai memalukan orang tu,contohnya menegur dia dalam facebook atau sebagainya,Pada akula,kalau nak tegur,mungkin tegur cara sinis kot.Kot la aku taktau dengan korang macam mana pulak.

Berbalik kepada cerita aku ni,aku memang dari sekolah dulu memang minat nak pakai pakaian macam ni,aku pernah pergi casting,pernah hantar gambar aku dekat satu production,ya memang aku dipanggil,dan aku pakai baju pink tu.Sekejap.Setiap baju yang aku pakai ni ada ceritanya yang tersendiri.Nak tahu?cekidaut dan ambik pengajaran.Pakai tutup-tutup lagi terjaga dan dipandang tinggi.Kalau dulu cik abang nak mengorat,die suwit-suwitnya kita macam dia ingat kita ni tikus,tapi bila kita dah bertutup,cik abang semua takut nak suwit-suwit,dieorang lebih menghormati kita dan kalau nak mengorat pon,dieorang akan cakap "Assalamualaikum dek.."Beza kan?


Skirt kuning ni aku beli dekat kedai murah je,merata aku cari skirt ni sebab masa tu trend tuck in baju dalam skirt,bila aku dah jumpa skirt ni,aku rasa puas.Puas sangat!Aku pakai skirt ni masa reunion dengan kawan-kawan lama aku.Aku rasa aku lah paling trendy dekat tempat tu masa tu.*jujur ni.Lepastu masa aku berjalan sakan dekat bukit bintang,ada seorang abang ni dari rancangan "soal Asyraf",rancangan imam muda Asyraf tu,dia tahan aku untuk tanya soalan tapi nanti dekat dalam TV dia akan blurkan muka aku.Rancangan tu tentang agama deknon.tapi aku berpakaian macam ni,mestilah aku taknak.Nampak?Nampak tak?Kalau kita pakai macam ni,benda yang baik kita nak buat pon terbatas.Lepastu ada sorang lelaki ni,dia dah ada girlfriend,mana aku tau?sebab girlfriend dia jalan sebelah dia la.Lelaki ni pandang aku atas bawah,sampai je dekat kaki aku dia cakap "Putihnya dia".Nampak Nampak?kebanyakan lelaki akan tengok bentuk badan dulu sebelum diri wanita tu sendiri kan?Betapa gatalnya mata lelaki kalau kita pakai terdedah macam ni.Waktu tu aku terfikir,"gatalnya jantan ni".Padahal salah aku jugak sebab aku yang terdedah.


Dress biru ni pulak aku beli dekat butik kitschen Times Square,aku daripada shah alam sanggup turun Times Square semata-mata nak beli baju ni,nak jadi trendy lah katakan,lepastu aku pakai dress ni pergi jalan berdua dengan kawan-kawan aku,dan macam biasa,lelaki akan pandang aku atas bawah.Apa perasaan aku masa tu?Eh bangga lepastu ada jugak rasa macam "eh gatalnyaa mamat ni".Dekat sini siapa yang salah aku ke lelaki tu?Nampak permainan dia?Tu semua bisikan syaitan je.Syaitan bisik dekat kita "Kau pakai la seksi lagi pakai pendek lagi,barulah kau menyerlah dan orang pandang kau" Macam iklan dekat bawah ni.





Baju ni aku beli untuk baju raya.Gila tak?Baju ni untuk aku pergi jalan-jalan kononnya,Waktu aku pakai baju ni,aku nak pergi gig kawan aku.Pergi gig pakai macam ni?Gila kan?lepastu kawan aku cakap "kalau nak pergi gig,jangan nak pakai macam ni.Nak kena raba?"Nampak?Kalau pakai macam ni senanggggggg sangat kena raba,kalau pakai tertutup,potensi untuk kena raba tu rendah.Kenapa?Sebab Allah SWT sangat menjaga wanita,Allah SWT SUDAH lama berpesan kepada hambaNYA iaitu

Bismillahirahmanirahim

"Wahai Nabi! Perintahkanlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta kaum wanita yang beriman supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup tubuh (semasa mereka keluar). Cara begini lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik-baik). Dengan itu mereka tidak akan diganggu."  
(Surah Al-Ahzhab ayat 59)

Allah Azza Wajjala telah berpesan dah dekat kita beribu tahun yang dulu,Allah SWT dah kata siapa yang menutup auratnya,kelak akan dikenali sebagai wanita yang baik dan tidak akan diganggu,Kita semua dah boleh fikir balik kenapa kita kerap diganggu kalau kita tak tutup aurat.Jangan salahkan sesiapa tapi salahkan diri sendiri dulu.Menutup aurat adalah satu isu besar ya kawan-kawan sebab ia dapat membezakan WANITA ISLAM DENGAN WANITA KAFIR.Tapi sekarang ni aku nak tanya korang semua,korang dapat bezakan tak wanita islam dengan wanita kafir?


Kisah yang seterusnya Aku pakai baju macam ni,seksi la terdedah lengan segala bagai.Lepastu sedara aku cakap "awak pergi tukar baju awak tu sekarang!Tak malu ke pakai macam tu?dedah sana sini?Kita malu lah nak jalan dengan awak".Masa tu aku cakap "Ahh biarlah,baju ni kita beli pakai duet awak ke?"
Nak tahu tak kawan-kawan kalau duet kita laburkan untuk sesuatu yang haram,maka hasilnya juga haram.Aku tau aku tau ramai je Insyallah perempuan yang seksi solat,pergi surau,solat semua,Tapi pernah terfikir tak kalau korang dah elok solat,kenapa tak elokkan lagi dengan menutup aurat.Kenapa?Sebab alasannya,"Ala aku tak pakai tudung pon,aku jaga solat,aku tak kacau orang".Korang semua tahu tak yang sebenarnya syaitan tengah bisikkan dekat telinga korang,tengah mengelirukan korang?

Aku tanya orang yang boleh dipercayai,aku tanya dia soalan ni "Awak,tadi kita pergi shopping complex,kita masuk surau lepastu kita nampak perempuan ni dia pakai skirt,masuk surau solat.kalau macam tu macam mana?"

Dia jawab"bagus dia masuk pergi solat,tapi lepas dia keluar dari surau tu,amalan dia sia-sia sebab dia tak laksanakan apa yang Allah SWT suruh.wallahualam"

Kenapa kita berani nak complain dekat Allah SWT yang Allah SWT tak makbulkan doa kita?Sedangkan kita taknak ikut perintah dia?Allah SWT dah beri amaran dekat kita

Bismillahirahmanirahim

“Wahai hamba-hambaKu, Ketika Aku ingat kepadamu, tetapi engkau melupakanKu. Aku tutup aibmu, tetapi engkau tetap memaksiati Ku. Jika Aku inginkan pada saat ini, maka Aku berkuasa untuk perintahkan bumi untuk menelanmu, dan memerintahkan bukit untuk menghancurkan kamu di bawah api-apinya yang panas. Tetapi ingatlah hambaKu bahwa setiap manusia pasti akan datang ke hadapanKu. Dan Aku akan beritahu segala amalan-amalan mereka. Aku akan jalankan hisab-hisab atas segala amalan-amalan perbuatan mereka. Dan pada hari itu Aku akan ceritakan segala kesalahan-kesalahan kamu. Maka pada hari itu kamu akan merasa alangkah baiknya kalau saya tidak lakukan kesalahan-kesalahan ini dan dosa-dosa itu. Tetapi sebagaimana di dunia dulu Aku telah menutup kejahatanmu dan keburukanmu, maka pada hari ini engkau akan Aku maafkan dan akan Aku ampunkan. Untuk itulah Aku telah namakan diriKu Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” 




Zaman aku seksi dulu,ramai yang sayang dekat aku,ramai yang menegur aku,tapi aku biasalah dengan alasan tak bersedia lagi.Tak bersedia lagi.Ada yang taknak kawan dengan aku sebab aku berpakaian macam ni,mereka menjauhkan diri daripada aku,bila aku berpakaian macam ni,aku tak jumpa lelaki yang benar-benar sayangkan aku,ada yang ajak aku overnight,eh macam-macam lagilah.Yang paling aku tak boleh lupa ada seorang pak arab ni belanja aku makan dekat restoran paling mahal sekali lepastu aku nak balik tapi dia tahan aku dia cakap teman dia pergi club.Aku tercari-cari apa yang bestnya jadi seksi?Suka diperhatikan?Ya memang anda diperhatikan manusia dan diperhatikan oleh Allah jugak.Jangan lupa tu.Seksi di dunia tapi SEKSA di akhirat.


Bila aku dah tertutup macam ni,Alhamdulillah,ramai kawan,ramai yang beri sokongan dan aku rasa lebih tenang,kalau aku keluar jalan-jalan,tak ada siapa yang ganggu aku,sebab Allah SWT ada,Allah SWT menjaga aku,aku rasa dihormati,dan bila aku jumpa orang yang macam aku dulu di hadapan aku aku sentiasa berdoa "Semoga dibukakan hatinya untuk berubah".Kawan semua,kalau berubah,tiada ruginya,ramai yang akan sayang,dan Ya Allah SWT akan turunkan banyak ujian pada kita tanda dia sayang dan ingin uji keimanan hambanya sanggupkah kita redah segala cabaran untuk menghampiriNYA.

Ingat kawan-kawan seksi ni tak bawak kemana pon,kesian suami kita nanti,Pada yang dah berkahwin tu jangan jadikan Suami anda sebagai suami dayus hanya sebab anda tak tutup aurat.Dan kasihanilah dia sebab dia takkan dapat masuk syurga tanpa kamu wahai isteri kerana dia sedang menunggu kamu untuk diseksa dan dia juga akan diseksa kerana tidak menegur kamu mengikuti perintah Allah SWT.dan pada yang belum berkahwin,kasihanilah ayah,abang dan adik lelaki kamu,ingatlah pada ayah yang sudah tua,yang kerja siang dan malam mencari duit,tapi kamu habiskan duit untuk membeli tiket ke neraka,tiket untuk ayah,abang dan adik lelaki kamu sekali.Kasihanilah mereka.Kenapa kamu nak menyeska mereka dengan dosa kamu?


Tak dilupakan juga kepada hijabers semua,seeloknya kita labuhkanlah tudung kita menutupi dada,malu tau orang tengok dada kita,Longgarkanlah baju tu,tak rugi,nanti tak ada beza pakaian kita dengan pakaian orang yang buka aurat.Betul sayang.Tak rugi.


Sekarang ni aku nak tanya dekat korang apa yang special nya terdedah sana sini?Adakah ianya berangin?Sebab menyerlah?Sebab tak trend kalau pakai bertutup?Sebab aktiviti korang nak bersosial terbatas?sebab korang nak bertaubat masa tua nanti atau macam mana?kongsikan dengan aku.*eceh

Sebab pada aku benda tu tiada gunanya kalau satu hati nanti korang jadi macam Arwah,orang yang paling rapat dengan aku dalam entri aku yang ni MENINGGAL DUNIA SEBELUM SEMPAT TUTUP AURAT dan perkara yang pernah terjadi pada aku adalah ketika bulan puasa,aku accident hampir masuk sungai yang deras dan aku telah melanggar orang yang menaiki motor dan dia hampir dilenyek kereta yang laju.Aku terfikir kalau aku mati masa tu dan tak sempat bertaubat macam mana?Bersyukur aku kepada Allah SWT kerana menyedarkan aku dan memberikan aku peluang kedua ini untuk hidup(,:

P/S:Fikirlah dunia ini hanya sementara,hanya satu gurauan,nikmat yang tak akan kekal lama...

Dan Alhamdulillah..Kebanyakan baju aku sekarang adalah ini..Aku selalu pakai dan kadang-kadang aku tak pakai,tapi aku akan labuhkan tudung aku dan pakai seluar baju yang longgar insyallah.Mari muhasabah diri masing-masing muslimah yang saya sayang semua. (.:






18 comments:

  1. perubahan positif..
    Islam memartabatkan wanita.

    ReplyDelete
  2. terbaikkk!!!!!!!!!!! cik dya...

    ReplyDelete
  3. nice entry! sy suka bce blog awk..dan dah bce semua entry dlm blog ni..
    lepas bce blog awk,insyallah ..mungkin 1 hri nnti sy akn b'tdung,,
    cume nk tnye,lpas awk b'hijrah ..pkaian lme tu awk buat pew ek??buang?ke simpan je??

    ReplyDelete
  4. man-Betul.Islam menjaga wanita,memartabatkan wanita cuma wanita je tak sedar(:

    ReplyDelete
  5. mrs.eady-alhamdulillah Ya Allah (,:

    ReplyDelete
  6. Joblok kolo-terima kasih ye.satu renungan.jom istiqamah same2(:

    ReplyDelete
  7. ainie sempoy-insyallah amin.selalu lah berdoa..Hidayah takkan datang sndri kalau tak dicari.kadang2 tu Allah dah tunjuk dah tanda2 suruh kit e brubah,kite je tak prsan.brubah sblm terlmbt (: baju2 tu dya tak buang.dya longgokkan satu tmpt kalau labuh dan sesuai dipakai untuk pakai tudung,dya akan pakai,pakai ikut kesesuaian(:

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..bagus,beruntung awak mndapat hidayahnya di waktu muda.bagus..kekalkn begini hgga ke anak cucu..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. syg dya! :)

    ReplyDelete
  10. awak sangat berani syg buat entry ni. Kagum dengan awak. Btw awak kenal tak zarifah zanon?

    ReplyDelete
  11. najihahfara-kenal sgt haa dr skolah agama rendah smpai skolah menengah skolah sama pastu jiran lak tu :D

    ReplyDelete
  12. Takde la seksi sgt pun skirt n dress awak tu.....

    ReplyDelete