Friday, 31 July 2015

Persiapan sebelum perkahwinan.

Assalamualaikum

Opps maybe tajuk diatas lebih sesuai ditukar kepada persiapan sebelum perkahwinan cara aku? Yela sebab tak semua apa yang aku kata ni betul.Tapi maybe korang boleh jadikan ini sebagai guide korang.And dalam post ni jugak aku akan bagitau macam mana aku simpan duit, katering yang murah dan sedap,tempat buat kad kahwin yang murah dan dapat banyak barang percuma.Dan jugak aku akan bagitau pakej perkahwinan yang murah.Tak lupa juga photographer yang muslimah friendly.Gittewwwww




1.Macam mana nak simpan duit sebelum majlis kahwin?
Sebelum tu perlu aku ingatkan korang dalam satu ayat dalam surah An-Nuur

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Perlu diingatkan bahawa dalam islam,Allah akan kayakan kita dan memampukan kita untuk berkahwin.Sebab kahwin ni kan sunnah.Mengikut pengalaman aku.Sebelum aku berkahwin dan tunang,Gaji aku dan suami tidak besar.Nak makan pon kekadang terpaksa pekin(simpan/berkira).Start lepas suami aku jumpa mak ayah aku and cakap dia nak aku jadi isteri dia,From that day,sebelum aku bertunang,aku akan pastikan aku setiap bulan aku simpan RM1000.00.Aku dah buat kira-kira semua sebelum aku decide untuk simpan RM1000.00..Simpan dalam satu akaun dan korang jangan usik duit tu sampai tiba masanya.Suami aku pulak dia ada buat bisnes kecil-kecilan.Aku nasihatkan korang untuk menyimpan duit,sebelum korang bertunang lagi.Rasa macam besar kan amount yang aku simpan tiap bulan tu?Tapi Aku tak pernah rasa dengan menyimpan banyak tu,rezeki aku sikit.Takde Langsung.Alhmdulillah Allah sangat permudahkan jalan kiteorang menyimpan untuk kahwin.Janji Allah memang benar.
So key dekat sini adalah PERCAYA PADA JANJI ALLAH UNTUK MEMAMPUKAN KITA UNTUK BERKAHWIN DAN ALLAH AKAN TOLONG DENGAN BUKAK PELBAGAI JALAN YANG TIDAK DISANGKA SANGKA INSYALLAH.

2.Kad Kahwin
Aku nak korang fikir,korang buat cecantik kad kahwin korang sampai habis ribu riban korang ingat tetamu simpan ke kad kahwin korang tu?Cer fikir sikit.Jangan lah dok perabih pulun duit dekat kad kahwin,Paling jimat ialah buat sendiri kad kahwin tu.Sebab ingat orang akan buang jugak kad kahwin korang tu.Takkan nak simpan tunjuk kat cucu cicit dieorang pulak kan?
Aku pulak sebelum aku tempah kad kahwin,aku banyak survey dekat internet dan pergi survey dekat festival perkahwinan.

Last sekali aku jumpa satu kedai ni(jumpa dekat festival perkahwinan),nama dia my one card terletak dekat jalan pudu,alaa belakang stesyen minyak caltex tuu.Kedai tu siap bagi aku banner free,bunting 2 free,penunjuk arah free dan jugak 1 buku PERCUMA.Great deals kan?Total?Aku amek 1200 kad kahwin,Total semua sekali hanya RM350 .Murah ke mahal? hehe.Tapi kad aku memang simple sebab aku tau orang akan buang. :D
Nah alamat.Pegi survey cepat:
Alamat No 1-3, Bangunan Pater, Jalan Brunei, Off Jalan Pudu, KL Kuala Lumpur, 55100 Malaysia


3.Katering
Korang kena start survey katering ni 1 tahun sebelum majlis kahwin tau!Supaya korang jumpa yang paking terbaik.Serious!Sebab kekadang ada katering yang sediakan dengan pakej baju mekap semua.Jadi choose wisely okayy.Aku cadangkan korang buat taste test dulu,dan selalulah google review tentang katering yang korang bakal amek tu.And also sesekali tu kalau ada festival perkahwinan,ringan-ringankan lah diri untuk pergi,kekadang boleh dapat great deals dekat sana.Tu KEKADANG jela.Sebab kebanyakan festival kahwin yang aku pergi,pakej katering mesti mahal-mahal macam nak bagi anak raja makan.
Aku sangat beruntung sebab Allah permudahkan jalan aku,aku amek katering dekat sorang Datuk ni,nama dia Datuk Haji kamaruzaini .Dulu abang ipar aku kahwin,memang amek dekat dia je.Konsep dia senang "saya tolong awk,awak tolong saya".
Pakej dia memang sangat murah,time aku kahwin tu,aku dapat rm6.90 per pax.murah kan?Tapi makanan memang sedap dan puas hati!Habis licin licau makanan masa majlis kahwin aku.Dahlah murah,lepastu dapat makanan percuma tapi dia anggap sebagai sedekah,banyak pulak tu!Nahh tengok pakej yang aku amek.


Murah kan?Tapi aku taktau sekarang berapa.Insyallah murah lagi sebab datuk tu dah pertahan harga RM6.90  per pax tu bertahun tahun.Dia cakap dia tak sampai hati nak naikkan sebab dia banyak regular customer.Tapi sekarang kan dah GST.So korang boleh deal dan tanya dengan dia terus.Nah alamat:
45A & 45B, Wisma Dwirestu, Jalan 3/10, Pusat Bandar Sri Gombak, Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor, 68100
03-6186 6800

4.photographer muslimah
Suami aku sangatlah cerewet dalam pemilihan photographer.Dia siap bagi syarat2 lagi,kalau nak amek photographer,pastikan dia tak suruh kita posing atas katil,tak suruh kita posing bercium dan sebagainya.Dia kalau boleh nak amek gambar kahwin dari handphone kengkawan je.HEHE:D
Aku nasihatkan para muslimah dekat luar sana untuk ambil photographer muslimah sebab confrim korang nak dia amek gambar masa korang tengah mekap kan?Takkan korang nak suruh photographer lelaki amek gambar korang tengah mekap,dengan tak pakai tudungnya,Betul?Dan kalau dengan perempuan,kita jadi kurang segan.Untuk photographer kahwin aku,aku amek dengan Hazirah Haji Hamzah.Nak tahu tak apa syarat syarat nak suruh dia amek gambar?

Best kan?Rasa secure je.Apa lagi Whatsapp dia cepat!



5.Makeup,Pelamin,Baju Nikah dan sanding
Aku ni Jenis yang suka simple je.Asalkan nikah,Dah halal boleh aku dating je 24 jam.Hehe;D
Untuk point yang ni,sama macam katering,korang kena survey 1 tahun sebelum majlis kahwin korang.So korang senang nak buat pilihan.Mana tahu korang boleh cilok2 sikit idea dari butik kahwin yang korang pergi tu dan buat baju sendiri.

Tapi pada aku,lebih senang kalau sewa je sebab aku tahu aku akan pakai sekali je baju tu,lepastu bila nak pakai?kau cakap dengan aku sekarang.
Aku pernah pergi satu butik ni ,dia tawarkan pakej yang murah,aku macam teruja,tapi bila tengok part makeup(Take note setiap butik ada gambar contoh makeup.) hancusss.Baju dia pulak hancuss jugak.Jadi aku gigikan mencari sebab bajet aku masa tu RM3000 kebawah dan alhamdulillah Allah permudahkan jalan aku,aku terjumpa satu butik ni masa aku tengah jenjalan dekat selayang baru.Nama butik ni butik Qaseh Sutera.Owner dia sedara kepada Ella ratu rock malaysia.Gittewww.

Baju dekat butik dia semua cantik yet simple.Sama jugak dengan pelamin.Makeup pon cantik dan tahan lama,memang tak tumbuh jerawat.Boleh request tau korang nak makeup yang macam mana.Pakej yang aku amek dengan dia adalah RM2500.00,aku dapat pelamin,2 kali makeup,baju sanding lelaki dan perempuan,baju nikah lelaki dan perempuan.Murah ke murah? heee~~~Cer bukak facebook dia dan borak >> Butik Qaseh Sutera

6.Door gift
Paling senang doorgift ialah gula gula kan?Tapi aku bagi gula gula dan cawan sebab souvenier.Haa part penyediaan doorgift ni maybe korang boleh start packing 4bulan sebelum majlis perkahwinan dan masa tu rumah korang akan crowded penuh dengan doorgift je.Untuk doorgift aku,aku bagi gula gula dan cawan,Aku letak dalam beg kertas,Nak beg kertas yang murah?pergi dekat selayang.Kedai tu berhadapan dengan Giant kecik selayang.Memang murah murah.Bukan beg kertas ke murah,cawan segala mak nenek murah.Cuba korang fikir,korang duduk gombak,lepastu gigih nak pergi nilai sebab katanya barang hantaran semua murah.Tapi cuba korang fikir pulak kos untuk travel ke nilai,kena bayar tol,isi minyak,tenaga,masa.Tak ke sama kalau korang pergi ke selayang?Nak dapat lagi murah boleh,Tapi kena pandai lah bodek tauke kedai tu.


7.Hantaran
Herm part ni paling penting kan?Kalau tak mak ayah tak bagi kahwin betul?Bab hantaran ni,make sure korang dan pasangan dah deal berapa dulang nak bagi dan bincang apa yang kena diletak atas hantaran tu.Ikut kemampuan masing-masing,Jangan beli ikut trend atau nafsu,Beli sesuatu yang memang korang akan guna.Dan untuk hantaran perempuan,make sure pengantin perempuan yang beli.Kalau hantaran lelaki,biar pengantin lelaki yang beli.Dari situ,takdelah korang bolehlah beli barang yang korang suka.Lepastu exchange barang tersebut.Nah aku bagi idea barang hantaran:

Checklist dulang hantaran:
LELAKI :
1. Beg Silang Polo
2. Jam Tangan 
3. Kasut kerja
4. Baju Kerja
5. Kitab Sahih Muslim
6. Minyak wangi ferrari
7. Chocolate 
8. Cake
9. Cincin nikah

PEREMPUAN :
1. Handbeg 
2. Kasut kerja
3. Cake
4. Cincin nikah
5. Dulang wang hantaran
6. Alat make up
7.Telekung,sejadah
8.Tafsir Al quran dan kitab
9.Set penjagaan diri
10.Cinta yang suci tulus dan murni wakakakakak:D


jadi itu lah persiapan sebelum perkahwinan yang boleh aku kongsikan.Buat simple dan kita sebagai pihak perempuan seharusnya memudahkan pihak lelaki sebab dia yang akan tanggung dosa kita dunia dan akhirat nanti.Tak payahlah nak buat loan ribu riban hanya semata-mata nak buat majlis grand.Jadi raja sehari tapi tanggung hutang sampai 10 tahun.

Jika kita mudahkan urusan orang insyallah Allah akan mudahkan urusan kita:)

Make sure korang betulkan niat kenapa nak kahwin.Kahwin ni bukan perlukan cinta je,tapi perlukan komitmen,pengorbanan,persefahaman.Setiap kali korang bergaduh,fikir balik,kenapa korang pilih dia at the first place.
Semoga urusan korang semua dipermudahkan Allah aminn:)


9 comments:

  1. tak pernah shopping di zalora..hihi

    done follow #1349

    ReplyDelete
  2. Impressive! I really like this blog.
    Thanks for giving this information…
    Kad kahwin murah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..nak buat majlis perkahwinan di venue baru..hubungi 0199190982

    ReplyDelete
  4. nice artikel ... terima kasih kongsi .... kalau berminat hadiah doorgift boleh tekan link ini sahaja https://reemdoorgift.com/... #doorgiftmurah

    ReplyDelete