Assalamualaikum
Okay gais. hari ni aku nak share homemad face toner yang boleh kurangkan bakteria dekat muka kita,dalam masa yang sama boleh kurangkan pertumbuhan jerawat dekat muka.Itu yang paling best betoi dak?
Dah banyak toner yang penah aku pakai,you named it.Tapi yang ni paling terbaik untuk aku.Aku dah amalkan selama 3 bulan.Dan memang aku nampak perbezaan pada kulit aku.
Memang aku takkan cari toner lain dah lepasni.Body shop ke hape ke.Aku ni pergi kerja naik motor,so korang boleh bayangkan tak berapa banyak kekotoran dah masuk dekat muka aku,asap motor,bas,kereta.Euww.
Memang aku takkan cari toner lain dah lepasni.Body shop ke hape ke.Aku ni pergi kerja naik motor,so korang boleh bayangkan tak berapa banyak kekotoran dah masuk dekat muka aku,asap motor,bas,kereta.Euww.
Kulit aku ni jenis sensitif,kalau stress or kena habuk sikit mesti naik jerawat.pfftt benda yang paling aku tak suka.
Korang jangan memandai nak skip toner dalam amalan skin care korang tau.Sebabnya toner ni sebenarnya boleh buang kulit mati,kekotoran yang ada dekat muka.Paling best kalau toner tu dari bahan yang natural.Lagi bertambah-tambahlah kebaikannya.
Kalau korang skip toner dan terus pakai pelembab pada muka,ibarat korang lock pelembab tu bersama-sama kekotoran dekat muka.Lepastu senang breakout.Nak ke macam tu?
Sekarang ni ada macam macam jenama toner dekat pasaran,macam-macam chemical yang ada dalam toner tu,kekadang sampai kita confuse nak beli mana satu.Betul?
Jadi aku nak tunjuk dekat korang satu bahan yang murah,tapi berkesan.Telah diamalkan oleh omputih dan telah diakui khasiatnya oleh para doktor.Iaitu menggunakan cuka Apple organic.Cuka Apple organic ni diperbuat daripada apple la of course.Dan dia diperap secara semulajadi sehingga menjadi cuka.
Korang kalau nak buat toner ni,make sure beli yang raw,organic,unfiltered,bukannya beli Cuka Apple Organic yang untuk masak tu.Beli yang organic okay.Sebab organic Cuka Apple Organic mengandungi "the mother",iaitu cloudy stuff yang ada dekat bawah botol kaca Cuka Apple Organic tu. "The mother" tu sangat penting tau sebab mengandungi good enzymes,bacteria,pectine,minerals.Benda ni semua bagus untuk kulit kita.
Rupanya kulit kita sebenarnya naturally acidic,tapi kita ni yang suka guna macam macam product yang membuatkan tahap acidic dalam kulit kita ni rosak,cehhh cakap macam gaya doktor kan. Acidic tu diperlukan dalam kulit kita sebab nak protect kulit kita dari germs,bacteria and polution.Cuka Apple Organic ni bagus sangat sebabnya ia akan naturalkan semula tahap acid dalam kulit kita dan buang kekotoran serta kulit mati.
Okaylah we make it simple and short.Cara nak buat Cuka Apple Organic toner:
1.Beli Organic Apple cider vinegar
Pastikan ia organic dan ada tulis "the mother" dekat packaging dia.Jangan beli Cuka Apple Organic yang untuk masak tu.Aku beli Cuka Apple Organic ni dekat Jaya grocer,tapi korang boleh dapatkan jugak di farmasi-farmasi berdekatan.Harganya hanya RM12.90.Murah kan?Macam macam jenama ada.Pilih je but make sure ada "the mother".
Sengaja aku ulang "the mother" supaya korang tahu betapa pentingnya "the mother". :D
Ha pada yang tak tahu cemane rupa "The mother",boleh tengok gambar dekat bawah ni. Nampak tak macam keladak tu? haaa itula "the mother"
2.Tuang satu sudu Cuka Apple Organic
Ambil botol kosong,Terpulang korang nak letak berapa sudu,tapi untuk permulaan,better letak sikit(satu sudu besar),lepastu campur dengan air,kalau kulit korang jenis sensitif,korang letak air banyak,dan shake it well.Jumlah air dan Cuka Apple Organic ni bergantung pada kesesuaian kulit korang.So adjust sampai ia sesuai dengan kulit okeyhh.
Cara nak pakai Toner Cuka Apple Organic ni,macam korang pakai toner biasa,lepas cuci muka,tuang toner dekat kapas,lepastu apply dekat kulit.Nescaya korang akan nampak dekat kapas tu,keladak keladak kekotoran dimuka.Gittewww nescaya sangat.
Add caption |
Cara nak pakai Toner Cuka Apple Organic ni,macam korang pakai toner biasa,lepas cuci muka,tuang toner dekat kapas,lepastu apply dekat kulit.Nescaya korang akan nampak dekat kapas tu,keladak keladak kekotoran dimuka.Gittewww nescaya sangat.
Ha yang kekotoran ni adalah dari muka aku sendiri. |
Tunggu kulit kering sikit,then yang paling penting make sure sapu pelembab dan minum banyak air untuk mengelakkan kulit anda menjadi kering.Banyak sebenarnya kebaikan Cuka Apple Organic ni,korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.
3 bulan sebelum ni,dekat ibu jari aku,ada macam ketuat ke ape ntah,tapi dalam bahasa omputih,wartz.Wartz ni dia disebabkan bakteria dan wartz ada saluran darah sendiri.Jadi kalau korang korek wartz ni,kulit korang pasti akan berdarah.So apa yang aku buat adalah aku sapu Cuka Apple Organic dan Alhamdulillah hilang dengan jayanya.
wartz biasanya tumbuh di tangan dan tapak kaki |
Kalau korang masih tak percaya dengan apa yang aku bebel ni,boleh checkout youtube,google,dah ramai orang cure penyakit,jerawat,kulit kotor hanya dengan menggunakan Apple cider vinegar.
Click:
Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "(Hadith riwayat Muslim no.2052)
Selamat mencuba!
allene guna cuka apple untuk anak demam... basahkan kain dengan cuka apple dan lap badan anak. lagi cepat dia tarik panas... leh cuba.. tuk diet pun ok ni.. memang kena ada stock je kat umah...
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeletecuka epal ni mmg bagus..bnyk kegunaan dia..thanks utk perkongsian..kena campur air rupanya kalau nak buat toner..hehe
ReplyDeleteHmm nak tanye.. if guna toner acv ni cara penggunaan setiap hari siang malam,alternate atau once a week? Kurang jelas lah dekat situ..
ReplyDeleteGuna tiap hari......sblum msuk tdo
Delete@ain syafiqah boleh guna hari2 tapi pastikan campur dengan air supaya dia cair sikit:)
ReplyDeletehi sis, kalau guna AVC yag tkde the mother boleh ke?
ReplyDeletekalau guna yg selain bragg ni mmg tk berkesan ke?
ReplyDeleteHai sis. Kalau takde the mother AVC xpe ke? Sy beli yg brand Heinz tu. Boleh Guna jugak ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. hai.. awak beli cuka bragg dekat mana ye?
ReplyDeleteSaya dh cuba dh mmg berkesan smpai org panggil saya hensem dan cute hihi sblom ni xpenah baca article ni but saya dh baca kat fb saja test mn tau berkesan
ReplyDeleteBancuh dengan air paip biase bleh x?
ReplyDeleteKalo bancuh cuka epal dengan air paip biase je bleh x?
ReplyDeleteBerapa lama boleh simpan kalau da buat toner tu ?
ReplyDeleteBrand Bragg ni ke yg bagus? Saya nak Cuba untuk turun kan berat badan
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteMau pesan cuka apple kak ada no.WA
ReplyDeleteMau beli cuka apple kak,kita di daerah pekan.
ReplyDeleteKak mau pesan cuka apple,kita di daerah pekan tanah putih bisa..
ReplyDeletedekat KUANTAN CITY MALL ad yusof auni..beli mggu lps di jaya grocier
ReplyDeleteCuka epal boleh menyembuhkan atau arthritis, osteoporosis, dan tekanan darah tinggi.
ReplyDeleteSelepas makan kari ayam masak merah Seterusnya akan minum satu cawan cuka epal.
ReplyDeleteSekarang ia menjadikan ruti mimuman yang penting dalam hidup saya.
Buat dia mcm mana ?
DeleteSy bli acv bragg ni dkt shoppee..
ReplyDeleteLazada pun ada..
Klau jerawat kat dahi tu fungal acne kan? Maaf nak tanya mana nk dapat cuka epal ni? Berapa RM sebotol?
ReplyDeleteTd beli kat Guardian hrga rm23.9
DeleteSaya ada jerawat kat dahi and pipi . Lepas guna cuka epal ni memang berkesan ! Tapi , saya campur cuka epal n bedak sejuk . Dalam tempoh seminggu dh hilang 😊😊
ReplyDeleteCuka epal untuk muka dan untuk minum tu sama ke?
ReplyDelete