Wednesday, 9 September 2015

SERAM KE? Villa atas bukit yang telah berpuluh tahun ditinggalkan

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak update entri seram kan?Maaf sangat kepada pembaca-pembaca blog yang menunggu aku untuk update entri seram.Bukan apa.Kekadang tu malas menguasai diri.Tapi sejak aku join group #kelabBloggerBenAshaari,Semangat nak berblog tu datang secara tiba tiba.Cewahhh.

Seram ke entri kali ni?Kalau nak tahu,kena baca sampai habis tau.Sebenarnya dah lama aku nak update entri pasal VILLA TINGGAL ni.Tapi tak berkesempatan.Okay straight to the business.


Aku  pergi ke villa ni pada raya tahun ni,waktu hantu-hantu raya dah keluar tuu.Aku dah lama pendam hasrat nak pergi villa ni.Villa ni terletak dekat gurun kedah.Villa ni terletak atas bukit.Kalau korang lalu highway,probably korang akan nampak kot villa ni.Tapi dengar cerita,payah naw ek orang nak jumpa villa ni.Dekat google pon tak jumpa.Sebab taktahu nak google perkataan apa untuk jumpa villa ni.Kan?Asal cari je confirm sesat.Sebab jalannya yang mengelirukan dan kena lalu ladang kelapa sawit,jalan nak ke rumah tu bertanah merah.Habis tayar korang akan diselaputi tanah merah.Dan aku cadangkan sesiapa yang nak pergi rumah ni,bawakla motor atau four wheel drive.Jalan nak ke rumah ni berlopak lopak katakoooooo.














Kiteorang pergi ke villa ni dalam jam 4 petang.Yela kena pergi petang sebab aku bawak anak-anak orang yang tak biasa pergi tempat-tempat macamni.Nak dijadikan cerita,sampai je kiteorang dekat bawah villa,kiteorang bau wangi.Bau Apakah itu?Haaa itu kiteorang taktau.Bau wangi sangat.Mungkin ada orang mandi sabun kot dekat dalam ladang kelapa sawit tu. *Fikir positip







Ha engko.Semangat hari raya sangat pakai jubah hauraabydya pergi ke Villa ni.Yela mana tau tetiba ada orang sambut beraya kat villa tu.Bolehla kiteorang tumpang sekali.Ehhhh.



Kalau korang bercadang untuk membuat sesi lawatan dekat villa ni,bawak la kawan ramai sikit sebab dengar cerita villa ni dah jadi sarang lepak mat gian,gangster,gangster, KL gangster 1,KL gangster 2 dan tak lupa jugak bini-biniku gangster.

Untuk sampai ke villa ni,kiteorang kena jalan naik bukit,naik tangga kemudian tadaaa sampai dah villa ni.Jom kita buat sesi tourism dekat villa ni.Guys,Fasten your seatbelt.Mengikut cerita makcik aku,villa ni telah ditinggalkan berpuluh tahun lamanya.Dan mengikut andaian kiteorang ownernya adalah berbangsa cina dan jugak owner kepada kilang --------.Kilang tu dah lama berpindah daripada kawasan ni.Kenapa ditinggalkan?Aku sendiri tak tahu.Tanah yang lapang,bolehlah kalau nak bawak anak kucing,arnab,nak main bola sepak pon boleh.

Design villa ni macam design zaman british.Barang dapur yang ada pon barang antik.Rumah ni ada balkoni lagi.Aku dok bayangkan askar british berdiri dekat bahagian balkoni ni sampai pegang senapang.





balconi panjang

Sepupu aku cerita,Satu malam tu,dia dan kawan-kawan pergi villa ni waktu malam.Naik motor dan kengkononnya nak lepak villa tu sambil hisap rokok dan menikmati pandangan la katanyaa.Lepastu tiba-tiba,selepas salah seorang kawan dia salah cakap,motor dorang semua kena tolak,jatuh satu persatu secara tiba-tiba.Apa lagi dieorang pon tak jadi nak melepak dekat situ.Semua cabut lari.



Setakat ni aku tak jumpa lagi dekat google orang-orang yang berjaya naik ke atas villa ni.Ke aku yang tak reti google?

Haaaa kat mana lagi tempat tempat angker yang korang tau?Boleh share dekat bawah ni.Mana tau kita boleh buat aktiviti bersama?kan?

p/s: untuk manusia dan makhluk Allah yang merindui entri seram aku,bolehla baca entri entri lama aku disini:


Lokasi pembunuhan Arwah Dato' Mazlan

Balai Polis Gombak







dannnn.Banyak lagi.Rindu:,)

#Throwback kejap.





-

6 comments:

  1. huiiii... ketakutan betul villa ni.. bagi rm1000 pon daku xnak pegi, haha~~

    ReplyDelete
  2. Om follow sini #1355

    Jemput singgah dan follow blog om
    Http://ombakbergigis.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.... boleh share location villa ni tak... sy berminat nk lihat sendiri misteri disebalik villa ni. Tq

    ReplyDelete
  4. Menarik. ada GPS koordinat tak vila ni?

    ReplyDelete