I appreciate them.

Friday, 30 October 2015

Hati hati kalau nak buat review dengan kononnya Instafamous

Assalamualaikum.

Aku rasa ramai kawan-kawan atau dikalangan followers yang tahu yang aku ada bisnes online iaitu @hauraabydya.Menjual jubah-jubah lelaki dan wanita. Tapi usia perniagaan aku baru  nak masuk 1 tahun.

jadi bila perniagaan baru,mestilah kita nak cari followers baru kan? Jadi mesti kita akan mencari macam macam cara untuk gain followers.

Aku pernah bayar kepada instashop dan jugak pernah swap review.Alhamdulillah memang naik followers aku.Walaupun dieorang tak beli lagi jubah aku,tapi sekurang-kurangnya mereka follow dan sentiasa uptodate dengan jubah jubah @hauraabydya.

Pernah jugak buat review dengan @helizahelmi.Syarat untuk buat review dengan heliza helmi adalah kalau korang nak dia pakai barangan korang,korang kena bayar Rm2000 .Kalau bagi gambar dan ayat,kena bayar RM400.Tapi yang ni rate sebelum GST la.Sekarang aku tak tahu lah rate dia berapa.
Alhamdulillah memang naik dalam 700 followers.Aku sikit pon tak rasa rugi sebab followers aku naik,dan jualan aku meningkat.



Aku pernah jugak buat review dengan Ainan Tasneem.Syaratnya kalau nak bagi barang,bagi je insyallah nanti dia akan pakai,tak payah bayar apa-apa.Just bagi je barang korang dekat dia.Best kan? Dan memang berbaloi aku bagi jubah dekat Ainan tasneem.Ainan tasneem siap pakai dua kali kot.







Lagi satu pernah dengar tak nama ima sahaja? Dia ni famous jugak dan dah ada butik sendiri walaupun dia masih muda.Hebat kan?Aku banyak kali bagi jubah dekat dia,dan dia akan review secepat yang mungkin,korang tak payah nak risau.Dan followers memang bertambah ratus-ratus.Aku memang sangat recommend ima sahaja.


Entri ni nak promote instafamous pon satu.Dan nak suruh korang berhati hati dengan instafamous yang macam retis pon ada jugak.

Meh nak share pengalaman aku deal dengan sorang instafamous yang macam retis.Dalam bulan 5 tahun ni,@hauraabydya mengeluarkan jubah yang terbaru.Jadi aku nak jugak cari followers yang baru dan fresh gittewww.Jadi aku pon nampaklah satu instagram ni,dia memang ramai followers dan gambar yang dia ambil memang sangat cantik.

Aku pon email la instafamous ni sebab aku nak tau syarat-syarat dan rate yang perlu dibayar.Lajuu je dia reply Terms and conditions dekat email aku.Syaratnya adalah kalau nak dia pakai barang kita,kita kena bayar RM100 dekat dia dan dia akan review.Okaylah aku rasa rate to affordable lagi dan why not sebab ini adalah salah satu marketing strategy kan.



Aku terus bank in dan hantar jubah tu dekat alamat rumah dia.Then aku tanya dia dah sampai ke belum semua.Dia cakap nanti dia check dengan mak dia.Okay fine takpe lagi.Once dia dapat aku tak expect pon dia akan pakai terus sebab aku tau dia busy.

Dah lama tu,jubah yang aku bagi dekat dia pon dah nak sold out dan aku dah keluarkan jubah yang lain gaisss.Still dia tak pakai lagi jubah yang aku bagi tu.

Dah lama tu aku start tanya bila nak pakai baju aku tu?Sebab aku dah nak keluarkan jubah lain pulak.So aku nak cari followers baru.Aku ibarat pengemis pada dia.

Korang tau dia cakap apa? "Jap ek kak nak cari.Haa dah jumpa.".

Korang nampak tak permainan dia dekat situ?Nampak sangat dia tak taking care of barang yang orang bagi dekat dia.Or mayba banyak sangat barang yang dia terima.Tapi mana sistem management kau?


Korang bacalah sendiri conversation ni dan tengok tarikh conversation ni ek.Judge sendiri.Aku siap merayu dekat dia suruh pakai dalam masa terdekat.Ada dia pakai?Non hado. Dia cakap dia asyik lupa.Hello? Kau tahu yang ramai nak suruh kau buat review,kau patut ade schedule dan kau susun barang apa yang kau nak buat review dulu.Aku dah bayar kau RM100 dan bagi kau jubah dan macam ni kau buat? Kau buat aku macam pengemis? 



Bulan 5 aku bagi,Bulan 6 baru kau pakai?Korang ingat aku tak segan ke sebab asyik bertanya dekat dia? Ingat aku tak segan ke?Tapi sebab aku dah bayar,itu hak aku untuk bertanya.Akhir sekali dia pakai jubah tu,tapi tau tak takde OOTD?? Dia tak tangkap gambar dan tunjuk jubah tu secara keseluruhan dan dia hanya tunjuk bahagian tangan je.Apakah??Dia ingat orang boleh teka??


Aku macam diam lagi sebab dia cakap nanti dia pakai untuk OOTD.Lama lagi.Aku tanya lagi bila nak pakai OOTD? DIa cakap lambat sikit.Masuk bulan jun,aku tanya lagi.Dia cakap Tak lagi,dengan rasa tak bersalahnya.Dan jawapan dia,dia tak sure nak pakai bila.Padahal dah nak masuk bulan puasa dah ni.Akhirnya aku give up sebab asyik bertanya.Dia cakap dia dekat rumah mak,Mak baru balik mekah,tunggu dia balik rumah sendiri.Nampak last aku reply apa? Takpela.



Sebab?? Sebab aku dah giveup!

Dan sekarang??Mana ada dia pakai jubah yang aku bagi.Sekarang dah nak end of the year,Dan jubah yang aku bagi pada dia dah lama habis stock okay!!!Kalau dia ada rasa tanggungjawab,dia akan wasap aku mintak maaf,atau apa-apa jela Sebab Aku dah bayar dekat dia ,dan maksudnya disini itu adalah tanggungjawab kau untuk kau mintak maaf pada aku.Mana ada dia cari aku,dia just buat bodoh.Dan sampai sekarang dia tak post apa-apa pasal OOTD jubah aku okay.

Hello cik adik instafamous.Kalau dah tahu diri tu famous dan banyak orang hantar barang untuk di review,Cik adik kena buat jadual.Manage masa untuk setiap review dan takkan nak pakai baju ambil masa sampai akhir tahun cik adik? Mana kata-kata maaf awak?Mana??Lepastu kau boleh twist cerita dekat orang yang kau kata aku bagi jubah masa kau tengah kahwin.Hello cik adik manis,Masa akak bagi jubah dan mintak syarat-syarat review,ada kau cakap yang kau tak terima barang buat masa ni sebab busy dengan kahwin.Ada??Tak kan??Jadi sekarang ni tanggungjawab siapa?? Aku atau kau??

Kepada kawan-kawan yang ada business online,Beringatlah.Jangan cepat terpedaya dengan instafamous ni.Dalam gambar je nampak baik,Sebenarnya?Haih Allah jela tahu.RM100 tu mungkin kecik pada dia.Tapi sangat besar pada aku yang hanya buat bisnes kecil-kecilan.

Takpe biarlah Allah balas dekat sana.Nanti dekat padang mahsyar aku akan tanya pada kau hai cik adik."ya Allah,cuba Kau tanya pada si polan ni,apa alasan dia untuk tak pakai jubah yang aku bagi? Sebab dia suruh aku bayar dan aku dah bayar.Tapi dia tak jalankan tanggunjawab dia ya Allah."

Kawan aku,Owner butik online Thalassa nasihatkan aku supaya kalau nak buat review dan instafamous tu suruh kita bayar,Buat black and white dulu.In case kalau dia tak review,kita boleh saman dia.Gittewww.

Rupanya ramai yang dah kena dengan dia. 
Siapakah instafamous tersebut? Nanti dekat padang mahsyar aku bagitahu.


P/S: Dia famous bhai.Kawan dengan artis malaysia.Muda remaja.Hati-hati.Tapi terpulang.

Monday, 19 October 2015

Jubah muslimah berkualiti bawah Rm100.00

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat ilahi,setelah lama @hauraabydya menyepi sebab busy dengan kerja full time, kini kami kembali dengan jubah hauraa ayesha.




Untuk jubah Hauraa Ayesha ni, kami menggunakan kain moss crepe,so kain ni stretchable tau.Muat dari size S sampai L.

Yang paling best pasal jubah Hauraa Ayesha ni adalah ia mesra wudhu dan jugak breastfeed friendly.So Mommies dekat luaq sana toksah dok kalut nahhh.Sebab kami dah sediakan zip menyusu untuk hampa semuaaa.


Ada enam kaler enak-enak Gittew. 
1.Maroon
2.Emerald green,
3.Turqoise green,
4.Navy blue,
5.Black,
6.Light blue.

Bukan tu je,Korang boleh dapatkan jubah Hauraa Ayesha ni dengan harga RM80.00 include postage SAHAJA! Haaaa mai cik kak,cik abang,cik kakbang.Pilih pilih pilihhhhhhhh

Maroon
Emerald green
Navy blue

Light blue



Black

Turqoise green


Haaa mana nak dapat jubah yang kain best,wudhu and breastfeed friendly dengan harga yang sangat murah macamni.Hanya di @hauraabydya kami menawarkan jubah yang murah menggunakan material yang berkualiti tinggi dan jugak wudhu dan breastfeed friendly.




Jubah Hauraa Ayesha ni sangat limited stock you guyssss. So grab cepat sebelum habis nahhh.

Kalau Habis Kami tak tahu:D

Oh sambil-sambil tu kami jugak tengah mengadakan CLEARANCE STOCK,harga gila-gila murah dari RM150 jadi RM100 je uolsss. 






Ada 4 kaler dan 4 size semuanya



Sesiapa yang nak dapatkan update tentang @hauraabydya, Boleh follow 


INSTAGRAM: @hauraabydya
FACEBOOK PAGE: D'hauraa collections



Sunday, 18 October 2015

Restauran BBQ korea yang best dan portion besaq bak hanggg

Assalamualaikum

Pe khabaq semua? Siapa suka korea angkat tangan? *Erm aku salah seorang yang tak akan angkat tangan. Gittewww. 

Ya jujur aku memang tak minat cerita korea,lagu korea.Aku pernah tengok 3 cerita sahaja dari genre korea which is Full house,My Girl dan 100 days with Mr Arrogant.Ya 3 movie sahaja yang aku pernah tengok.Aku pernah cuba untuk tengok running man,sebab aku curious,kenapa orang yang tengok running man,mesti ketawa.Dan ternyata aku tak ketawa.Adakah aku seorang yang ada sindrom ni? Ermmm.








lawak tak?


Hari Sabtu haritu,aku dan suami ke korea.Eh silap ke Time Square untuk cari barang-barang dinner.Maklumlah tak pasal-pasal aku kena jadi zombie untuk dinner company aku.Dah lama sebenarnya aku tak datang Time Square,dulu masa budak-budak,inilah tempat melepak aku.


Ramai betul budak-budak yang melepak dekat tempat parking,dekat bowling,Aku yang dah dewasa ni pon takut dengan dieorang sebab dieorang ramai bak hangggg.

Banyak kedai dan Restauran yang dah ditutup dalam Time Square ni,Seingat aku,ada kedai BBQ untuk chineese dekat sini,tapi dah ditutup.Bukan tu je,marry brown tutup,Wendys, dan macam-macam kedai lagi.Adakah sebab GST? Sebab mereka dah tak mampu untuk bayar sewa dekat Time Square atas faktor ekonomi?

Sebelum beli barang yang aku nak,kiteorang jenjalan untuk cari makan dulu.Dan kami ternampak Restauran BBQ korea ni. Kiteorang tertarik nak cuba sebab pekerjanya ramah,siap explain cara masakan ayam.Cambest. So We give it a try.Gitteww.




First impression aku adalah,ramahnya pekerja dekat sini.Siapa cakap "anyong-haseyo" ataupun saya tak makan sayur. Haha:D *kau ingat lawak?
Dengan senyuman yang tak lekang dekat bibir.Restauran macam ni la yang aku suka,membuatkan aku selesa dan rasa happy.




Masa tengah tunggu order tu,owner dia boleh datang dan tanya "is everything okay,do you want extra plate?"Sambil senyuman yang tak lekang dekat bibir.Haa aku suka sangat.Orang berbudi kita berbahasa ye dok? Aku respect la orang-orang cenggini.Owenr dia ni pon pergi dekat customer yang lain dan bagitau apa yang most recommended here. Takdelah customer terpniga-pinga.Pelayan-pelayan dia pon best.


Ada macam-macam jenis makanan ayam yang korang boleh dapati disini.Semuanya jenis masakan korea.





Suami aku order Chicken Charboiled served with rice,chips and salad,Aku pulak order spagethi in penne, dan suami aku mengidam mushroom soup.Semua dish ni adalah recommendation dari waiter dekat situ.




First makanan yang kiteorang dpt ialah mushroom soup. Terkejut boboy bila tengok portion mushroom soup sangat besaq. Dalam gambar nampak kcik kot. Portion mushroom soup tu macam untuk 3 orang makan okay.Jadi pengajaran dekat sini adalah better korang tanya dulu size portion before order okay.





Tu belum tengok lagi 2 makanan yang kiteorang order. Tak terbayang pulak besar dia.Haa memang betul expectation aku,aku punya penne spagethi besar gile hokeyhh.Macam mana nak habiskan ni?Portion untuk makanan laki aku,boleh tahan jela sizenya.Tapi still macam mana kiteorang nak habiskan ni? Rasa macam nak ajak budak-budak yang selalu lepak Time Square makan sekali. 






Sedap kan kan?

Tapiiii.Seriously ini adalah antara mushroom soup yang paling sedap yang pernah aku rasa.Creamy dan dihidang panas.Mushroom soup ni dihidang dalam roti penne.Sambil hirup soup,sambil gigit roti tu.Mushroom soup tu memang rasa fresh.Sedap wehh serious.








Lepastu Penne spagethi ni pon sedap jugak.Dihidangkan dengan udang dan brokoli.Memang sedap dan cukup rasa tauu.Kepada peminat spagethi,boleh kot nak consider datang sini.






Laki aku makan charboiled chicken dihidang dengan nasi,chips dan salad.Dish ni aku nak bagi 8.9/10 sebab apa yang di describe oleh waiter memang betul.Sangat sedap!Ayam tu rasa bakar,nasi pulak rasa macam dimasak dengan chicken fat.Laki aku makan sambil puji banyak kali.Sodap sangat la tu.Memang berbaloi-baloi.








Harga makanan dekat sini,boleh tahan la.Sekali sekala nak makan macam ni apa salahnya ye dok? Tapi portion setiap makanan adalah besar dan sangat berbaloi-baloi.

Insyallah memang nak datang lagi.Bak kata laki aku,Walaupun makanan a little bit pricey,but dengan layanan,portion dan kesedapan,memang berbaloi dan tak rasa rugi pon makan dekat sini.

Restauran BBQ korea ni ada banyak branch.Untuk Maklumat lanjut,boleh lawati website dieorang  BBQ chicken (www.bbqchicken.com.my/)

Masa nak balik pon pekerja depa ramai-ramai ucap "kamsamnida".Sambil tunduk tanda hormat.

So untuk peminat korea. Tak korea la kalau tak makan makanan korea.Eh?


Laki aku ni jenis makan banyak tapi badan tang tuuu jugak.Ermm topi tu korea sangat tanpa disedari . which is topi kumpulan EXO.

Kemain besar mata hang pasaipa??




Monday, 12 October 2015

Resepi Simple: Maggie Goreng mudah,cepat dan sedap!

Assalamualaikum

Harini Chef one two three nak share resepi maggie goreng yang simple je.Ala-ala manja gittewww.Sekali sekala makan maggie goreng ni bolehlah.Jangan makan selalu tau,nanti botak kepala sebab asyik melantak MSG.

Senang je nak buat.Aku belajar resepi ni dari ayah aku.Kadang-kadang ayah aku masak untuk dinner.Kalau dah taktahu nak makan apa la kan.
Bosan jugak kalau hari-hari makan nasi. 

Bahan-bahannya semua ada dalam rumah korang tau.Kalau tak jumpa dalam peti ais,cuba cari bawah kerusi,bawah meja atau bawah laci.Gittewww.


Bahan-bahannya adalah:

1.Sebiji bawang merah
2.Seulas bawang putih
3.Cili giling
4.Sos tiram
5.Sos cili dan sos tomato
6.Sayur-sayuran
7.Daging ayam,udang.(Senang cerita daging pilihan korang)
8.Maggie(Suka hati nak brand apa)
9.Telur
10.Air masak.


Haa kan dah kata senang je kan bahan-bahannya.Resepi ni menggunakan dua paket maggie kari letup.









Mula-mula hiris bawang merah dan ketuk bawang putih.Hiris sayur,Hiris ayam.Jangan hiris jari jemari korang pulak.





Kemudian panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih,tumis sampai harum bau.




Dan kemudian masukkan sedikit cili giling.Memandangkan maggie kari letup ni dah pedas,aku letak dalam 2 sudu kecil je sebab laki aku tak boleh makan pedas.Kalau korang nak extra pedas,tambahlah sesedap rasa.

Masukkan sekali hirisan ayam.Biarkan seketika.Sampai ayam separuh masak.Lepastu masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.Serta masukkan serbuk kari maggie .Gaulkan sehingga rata.





Lepastu tuang air masak.Kalau nak maggie ni berkuah,letak banyak air.kalau tak letak dalam 1/5 cawan air. 




Masukkan telur dan maggie.Biarkan sampai telur masak,dan maggie kembang.Last sekali masukkan sayur-sayuran.Siap!!!!!




Sedap makan panas-panas tauuu.Pasti berpeluh-peluh.

yammehhhh~~~


Selamat mencuba!!!

Thursday, 8 October 2015

Pengalaman mengalami Keguguran

Assalamualaikum
Haaa artikel ni mungkin lebih sesuai untuk wanita yang dah berkahwin atau bakal berkahwin,Yang masih sekolah rendah,menengah jangan gatai nak baca naaaaa.Sunat lagi sekali baru hang taww :D

Aku berkahwin pada bulan 8 tahun 2014.Dah setahun 2 bulan aku hidup sebagai isteri.*Apesal ayat aku macam nak tulis diari je ni?



Dulu aku pernah mengandung.Ya mengandung.Aku dapat tahu aku menandung pada akhir bulan 10 tahun 2014.Sebelum dapat tahu yang aku mengandung tu,aku selalu makan banyak dan perut aku sakit sangat ibarat ada orang pulas dan perah perut aku.Sakitnya tak terkata sampai aku meraung la dalam bilik.

Suami aku pulak asyik pening,nak muntah.Aku takde pulak rasa macam tu.kehkeh.Rasakan para lelaki :D 

Lepastu aku dan suami terus ke klinik untuk checkup.Doktor cakap aku mengandung 7 minggu.Masa tu aku dan suami taktahu nak react macam mana.Gembira ke? Sedih ke? atau takut? Sebab lepasni ada tanggungjawab baru.Masing masing berazam untuk jaga kandungan elok-elok dan cuba untuk menjadi yang terbaik.

Sambil tu aku dan suami dah siap fikir nama untuk anak.Kalau dapat anak lelaki nak bagi nama Abu dzar,iaitu seorang sahabat nabi yang sangat zuhud,dan dia satu-satunya nama sahabat yang Allah sebut dalam AlQuran.Kalau perempuan nak bagi nama Hauraa Aisyah.


Ya Brand jubah kami iaitu @hauraabydya dan jugak jubah lelaki yang kami hasilkan (jubah abu dzar) adalah diinspirasikan dari nama bakal anak kami. :,)

Kalau bukan rezeki,Usaha macam mana sekalipon,kalau Allah dah tetapkan ia bukan milik kita,maka ia tetap bukan milik kita.Dipendekkan cerita,satu hari selepas maghrib,aku dan suami ke HKL untuk checkup.Doktor scan dan doktor cakap patutnya dah ada degupan jantung tapi janin aku takde degupan jantung.Doktor suruh datang lagi seminggu untuk check.Sebab ada je kes yang baby lambat dapat degupan jantung.



Tapi jam 2 pagi hari yang sama,takdir aku,sesuatu terjadi. aku bergegas ke hospital HKL,dan doktor sahkan yang aku dah keguguran.Jadi Doctor arahkan aku untuk admitted dekat hospital sebab kena D&C. Pihak hospital masukkan aku ke wad bersalin.Keliling semua ibu-ibu yang dah selamat bersalin dan ada baby yang comel-comel.Aku difahamkan yang masa tu,aku seorang sahaja yang keguguran.Kalau korang.Apa perasaan korang?

Ya pada mulanya aku redha.Aku sangat redha,Tapi disebabkan layanan nurse macam apa(Tak perlulah aku nak panjangkan cerita),Doktor dekat situ janji yang lepasni turn aku,tapi sebenarnya tak.Aku menangis tertekan,aku telefon kawan-kawan aku dan aku menangis.Aku telefon suami aku suruh datang sebab aku tak tahan.Bayangkan.Dua hari tau!Dua hari aku puasa (nak bedah,kena puasa)sebab doktor janji lepas ni turn aku!Dengan keliling aku adalah baby .Siapa tak stress?

Kemdian hari kedua doktor pindahkan aku ke wad kelas 2.Dekat situ tenang sikit.Tapi still turn aku tak sampai lagi.Sehinggakan aku menangis dan nak tukar ke hospital swasta.Tapi kos untuk D&C di hospital swasta mahal,RM3500.Itu belum termasuk makan minum.Mana nak cari duit masa tu?

Jadi aku terus jela duduk dekat situ.Bila sampai je turn aku,aku dibawa ke bilik bedah,sejuk yang amat,menggigil-gigil.Doktor suruh aku sedut satu asap ni,aku tak sedar apa-apa,sedar-sedar je aku dah ada dekat atas katil.Aku muntah hijau kauuu.Banyak kali pulak tu sebab sedut asap tu.Loya gila.Serious.Muntah banyak kali,takde siapa tahan.Doktor bagi aku MC selama 2 minggu.Padahal masa tu aku baru start 3 hari kerja dekat tempat baru .



Punca keguguran?Doktor cakap sebab aku terlalu stress.Ya aku akui aku sangat stress bekerja di tempat kerja lama.Dah lah jauh,lepastu stress yang teramat sampai makan  minum aku jadi tak menentu.Kadang-kadang makan.Kadang-kadang aku tak makan. Jadi ibu-ibu semua,jangan stress masa pregnant okay.
Biar orang buat kita.Jangan kita buat orang tau.Kesian dekat baby nanti.


Lama-lama aku dan suami mulai redha,macam macam hikmah yang kami dapat.Wallahi.Mungkin Allah tahu yang jauh disudut hati kami suami isteri,kami belum bersedia untuk dapat anak.Yelah dengan ekonomi sekarang yang tak menentu.Aku dan suami bukan selalu sihat. Dan kami masih belajar untuk jadi suami isteri yang baik.Kalau perangai pon tak elok lagi,macam mana nak didik anak? Nak ke anak ikut perangai kita?

Dan Mungkin Allah bagi masa untuk kita mengenali pasangan masing-masing.susah jugak kalau tak kenal pasangan sendiri kan? Sorang cakap A dan sorang cakap B.Jadi anak tersepit dekat tengah tengah.Kesian dekat anak.




Ibu-ibu  yang pernah keguguran mesti ada perasaan yang sama macam saya.Bila kita tengok baby je,kita akan rasa sedih kan?Kita akan rasa macam mana anak aku nanti . kalau dengan anak buah,cepat je kita rasa sayang kan?Maklumlah belum ada anak sendiri lagi.

Dan ada yang lambat kahwin dari kita,tapi dapat anak,sedih jugak kan? Tapi kita sama-sama terapkan dalam hati,Allah dah bagi rezeki dia macam tu.Rezeki kita Allah bagi dari arah lain dulu.Mungkin lepas ni rezeki anak pulak.Siapa tahu?

Sampaikan hari ni,aku selalu dapat soalan,takde anak lagi ke? kenapa takde anak lagi?dah setahun dah ni.Aku nak jawab apa? Kekadang tu terasa jugak soalan macam tu,tapi aku senyum je sambil cakap takde rezeki lagi.Kadang-kadang mengalir jugak air mata aku depan suami,Tapi aku banyak pendam je.kalau aku luah dekat suami,dia akan cakap "biarah sayang ,mulut orang kita tak boleh nak tutup.Dorang pandai cakap,dorang bukan tahu apa yang kita alami ."


Dari korang soal macam tu,apa kata korang doakan untuk kiteorang?

Bertabahlah kita semua.Sesunggugnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

:,) 

   Gambar aku dan suami di kenduri kahwin,Esoknya aku keguguran.


"Demi Allah" sabda Rasulullah saw sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu majah. 
"Sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke Syurga dengan tali pusatnya ,jika ibunya itu ikhlas"