Monday, 28 December 2015

Resepi: Ayam masak Kari mak kau hijau

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama aku nak buat sendiri ayam masak kari hijau ni.Tapi disebabkan time management aku tak bagus, mahu setahun jugaklah ku pendam rasa.Akhirnya semalam aku berjaya masak .Favourite suami aku.
Suami aku tu semua dia favourite.Apa yang dia tak favourite? Batu dan kayu je kot.Heee~~~


Sebenarnya apa yang aku tahu adalah masakan ni asalnya adalah daripada thailand.Dipanggil Thai green curry.Cara nak buat adalah sangat leceh.Banyak bahan nak kena pakai.

Tapi versi aku adalah versi yang mudah.Yela aku ni berkerja,penat semua tak hilang.Jadi aku memilih untuk masak cara yang mudah,cepat dan sedap.




Bahan-bahan:

Dikisar bersama:
1. 4 ketul ayam dipotong kecil2(Ikut kebesaran)
2. 5 ulas bawang merah kecil
3. 3 ulas bawang putih
4. 1/2 inci lengkuas
5. 1/2 inci halia
6.  1 batang serai
7. 4 Cili api
8. 1 Capsicum hijau
9. 1 Cili besar hijau


10. santan(aku pakai santan kotak 200ML)
11. 4 helai daun limau purut
12. 1 batang serai
13. Garam
14. Gula
15. Kentang.(Rebus bagi lembut dulu)



Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sekejap.
2. Masukkan ayam dan biarkan bahan kisar meresap kedalam ayam dan pastikan ayam dan bahan kisar masak.Pastikan air kisaran kering ya.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan batang serai dan kentang.
5. Kemudian masukkan pula santan kotak,aku pakai sikit je sebab nak kurangkan kolesterol.hehe:D
6. Campak daun limau purut.
7. Adjust Garam dan gula.
8. Kacau sampai mendidih
9. Tutup dan siap!!!

Senang kan? 

Paling sedap kalau makan dengan telur dadar yang garing teramat.
Nak tau tak macam mana nak buat telur dadar korang jadi garing?

Haa nanti saya share ya!

Selamat mencuba!!

Sunday, 27 December 2015

Resepi:Cheesy Baked Rice ala Pizza Hut

Assalamualaikum 

Harini Aku nak share resepi.Favourite suami aku bila singgah pizza hut.Tapi kalau hari-hari singgah pizza hut mau habis duit macam tu je ye dok?

kalau masak sendiri,boleh jugak adjust ikut kesukaan.


Senang je nak buat Cheesy baked rice ni,yang penting korang kena ada Oven.Tak kisahlah Toaster Oven ke,Oven stove ke,Yang penting Oven untuk membakar okay?


Okay ni List bahan-bahannya.




1.Bawang merah *Didadu
2.Bawang putih   *Didadu
3.Sosej
4.Daging Ayam
5.Butter/Marjerin
6.Black pepper
7.Susu Segar
8.Cheese(Suka hati nak cheese apa.Aku pakai Topping with Cheese,Beli dekat giant)
9.Kiub pati ayam
10.Garam
11.Gula
12.Sayur-sayuran.(Aku pakai karot,Coulli flower)
13.Nasi 
14.Tepung biasa/jagung 

Ha senang kan?
So Pertama,Pre-heat your oven.Aku agak-agak je.Kalau dah panas tu,kira betul la tu.HeHe:D




Kedua,Cairkan butter/marjerin dan Tumis bawang merah,bawang putih sampai harum,kemudian masukkan sayur-sayuran tadi.





Ketiga,Masukkan ayam dan sosej.Kacau sampaila bahan-bahan tadi agak masak.




Keempat masukkan nasi.Goreng nasi tersebut.Ala macam buat nasi goreng butter tu.Then masukkan black pepper dan garam ikut tekak korang.Gaul la sampai la bahan-bahan tadi masak.Gittew.



Kelima.Panaskan susu segar.Agak-agak la untuk cover seluruh nasi.Masukkan black pepper dan kiub pati ayam ,tepung.Kacau sampai pekat.Bila nampak dah pekat je,Masukkan cheese.






Keenam.Masukkan nasi tadi dalam bekas,dan tuang campuran susu keatas nasi.Ha korang gaul la bagi sebati.Then tabur cheese atas nasi.Bakar sehingga nampak cheese tu melting.aku suka cheese aku garing.So aku biar lama dalam Oven.





Close up sikit,yummyyyy

Tadaaa Nampak tak garing atas dia?sedap woo.Barulah tak muak.Tapi Aku tambah jugak cheese dalam nasi tu lepas siap bakar.Sebab nak rasa cheesy lagi.Nampak cheesy Tak? wehuuuu~~

Selamat mencuba kengkawan!!:)



Tuesday, 1 December 2015

Kos sara hidup yang semakin meningkat

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Hm. Aku rasa post ni lebih kepada luahan hati aku kot.
Sedih .Sangat sedih.Duduk di Malaysia,Negara sendiri tapi ibarat duduk di New york.Sebab semua benda mahal.Kata nak tolong rakyat kan? Tapi mana slogan nak tolong rakyat tu?

Tahu tak yang kami sangat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat? Haritu aku pergi giant,niat nak beli pisau la,sebab kami baru nak masuk rumah sewa,so nak beli barang barang dapur.Harga pisau je dah sampai RM30.00!! Mana kami ni tak tertekan? Logik tak logik harga tu?

Sedangkan kami yang gaji macamni pon,boleh rasa kesannya,apetah lagi rakyat yang kais pagi makan pagi.Bayangkan mereka pon kena bayar GST,Cukai!Bayangkan!!! Pleaselah ,adik adik yang pandai complain tu,kamu tak berada di tempat kami.Nanti adik-adik dah kerja baru adik-adik tahu apa itu erti Gaji tak cukup walaupun gaji banyak.Paham?



Bila difikirkan balik, Ya memang kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.Kita dapat makan,tapi ada orang yang tak dapat makan.
Kita ada rumah,walaupun rumah sewa,tapi ada orang lain yang duduk merempat ditepi jalan.
Kita pakaian semua cukup,ada orang yang pakai baju sama selama sebulan.

Ya kita patut bersyukur.Tapi itu bukan satu alasan yang boleh digunakan oleh orang atasan untuk mengambil kesempatan atas kami.

ya Allah. Kau tolonglah HambaMu ini. Kami semua tertekan,sedih,dan tak mampu untuk harungi semua ni.Kasihanilah mereka yang makan,pakai semua tak cukup.Kau hancurkanlah kerajaan yang zalim.

Kalau benar mereka guna duit kami ke jalan yang Kau haramkan.
Kami akan tuntut bela dihadapan Kau ya Allah.
ya!Kami akan sebut nama mereka di hadapan Kau.
Hukumlah mereka setimpal dengan apa yang mereka kerjakan.
Mungkin mereka terlepas didunia tapi tidak di padang Mahsyar Kau.
Maka Kau kuatkanlah hati kami semua ya Allah :,(


Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)