Assalamualaikum
Sebenarnya dah lama aku nak buat sendiri ayam masak kari hijau ni.Tapi disebabkan time management aku tak bagus, mahu setahun jugaklah ku pendam rasa.Akhirnya semalam aku berjaya masak .Favourite suami aku.
Suami aku tu semua dia favourite.Apa yang dia tak favourite? Batu dan kayu je kot.Heee~~~
Suami aku tu semua dia favourite.Apa yang dia tak favourite? Batu dan kayu je kot.Heee~~~
Sebenarnya apa yang aku tahu adalah masakan ni asalnya adalah daripada thailand.Dipanggil Thai green curry.Cara nak buat adalah sangat leceh.Banyak bahan nak kena pakai.
Tapi versi aku adalah versi yang mudah.Yela aku ni berkerja,penat semua tak hilang.Jadi aku memilih untuk masak cara yang mudah,cepat dan sedap.
Bahan-bahan:
Dikisar bersama:
1. 4 ketul ayam dipotong kecil2(Ikut kebesaran)
2. 5 ulas bawang merah kecil
3. 3 ulas bawang putih
4. 1/2 inci lengkuas
5. 1/2 inci halia
6. 1 batang serai
7. 4 Cili api
8. 1 Capsicum hijau
9. 1 Cili besar hijau
10. santan(aku pakai santan kotak 200ML)
11. 4 helai daun limau purut
12. 1 batang serai
13. Garam
14. Gula
15. Kentang.(Rebus bagi lembut dulu)
Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar sekejap.
2. Masukkan ayam dan biarkan bahan kisar meresap kedalam ayam dan pastikan ayam dan bahan kisar masak.Pastikan air kisaran kering ya.
3. Masukkan air secukupnya.
4. Masukkan batang serai dan kentang.
5. Kemudian masukkan pula santan kotak,aku pakai sikit je sebab nak kurangkan kolesterol.hehe:D
6. Campak daun limau purut.
7. Adjust Garam dan gula.
8. Kacau sampai mendidih
9. Tutup dan siap!!!
Senang kan?
Paling sedap kalau makan dengan telur dadar yang garing teramat.
Nak tau tak macam mana nak buat telur dadar korang jadi garing?
Haa nanti saya share ya!
Haa nanti saya share ya!
Selamat mencuba!!
sangat sedap
ReplyDeletemcm sodap jer kari hijau nie..
ReplyDeletekompim kow kow rasanya.
phew.
terliur plak.
Terbaekkkk..
ReplyDeleteSedapnyer...terliur terus..
ReplyDelete