Assalamualaikum
Aku rasa dah
lama aku tak share tentang cerita hantu.Ive been busy dengan kerja dan anak.So
what makes me wanna share this story is because yesterday my friend share with
me the story that caught my ears.It was interesting story but scary tho for me.
Lets start
the story.Aku namakan kawan aku ni sebagai Anis.
Anis ni
asalnya orang Terengganu. Dia datang Kuala lumpur ofcourse la sebab nak bekerja
kan.So Anis pon sewa satu Kondominum PV20
setapak .Menurut Anis selama setahun dia duduk dekat kondo tu,takde masalah
langsung yang timbul.Tak pernah kena kacau,bahagia je Anis and kengkawan.But
theres one day that change her whole life.
Selepas
setahun Anis dan kengkawan duduk dekat kondo tu,dieorang buat keputusan untuk
pindah dari kondo tu.
Salah
seorang housemate Anis kemas-kemas barang untuk pindah pada waktu malam,like
midnight.Masa Anis cerita tu I was like “what? Pindah memalam.Motif sangat kan”.Selepas
housemate Anis siap pindah, malam tu Anis dan kawan dia tak boleh nak tido.Aku
namakan kawan Anis tu sebagai Mira.So Anis dan Mira ingatkan benda tu biasa,tapi
rupanya that was just a beginning.
So malam
kedua tu, Anis baring atas katil dalam bilik main telefon.Belakang katil
Anis,ada katil lagi satu. Tengah leka main telefon,Tiba-tiba dia dengar macam
ada orang tengah kalih-kalih dalam selimut.Alaaa macam kita tengah selimutkan
badan kita,lepastu kita nak alih badan,kan selimut akan berbunyi kan? Ha gitula
bunyinya.Tapi masa tu Anis tak sedar lagi,Anis ingatkan roommate dia.Tapi
tiba-tiba Anis teringat yang Roomate dia kan dah pindah.Anis tak sedap hati.So
dia toleh ke belakang,tapi takde orang! Kosong!Katil tu dah takde tilam pon!So
bunyi apakah tadi?
Jadi
keesokan harinya, Anis dan mira tidur dekat ruang tamu yang besar tu.Dari ruang
tamu boleh nampak dapur, Anis dan Mira tidur berhadapan dengan TV dan atas
kepala dieorang ada sofa.So dalam jam 1 pagi macam tu, Mira dengar seperti ada
orang dekat dapur, dan Mira ingatkan Anis bangun untuk makan sebab Mira dengar
bunyi orang buka peti ais dan bunyi orang memasak.Mira juga nampak seperti ada
cahaya datang dari dapur,tapi bila Mira buka mata,gelap.Takde sesiapa pon dekat
dapur.Kemudian gangguan malam tu tak berakhir dekat situ.Gangguan tu bersambung
dengan bunyi orang nak buka TV,kali ni turn Anis pula buka mata tapi,still
takde orang.So Anis cuba untuk tido semula,dan bunyi yang sama!!Lepastu Anis
dengar ada orang melompat atas sofa.Ahh sudah.
“Anis”
“ya.Kenapa
mira?”
“Nak tidur
dalam bilik tak?”
“Okay jom”
Malam
esoknya pulak, Anis dan mira nak try tidur dalam bilik.Yela dah kena ganggu
dekat ruang tamu,memang takla nak tidur dekat ruang tamu kan.Dalam bilik lain
pulak ceritanya. Dieorang boleh dengar benda tu buka tutup pintu dekat
luar!bukan tu je,pintu toilet pon dia main.Siap goncang-goncang baldi yang ada
hanger. Anis dan mira malas nak layan,Dieorang still mencuba untuk tidur. Tapi
yang paling seramnya,tiba-tiba Anis dengar ada orang bisik dekat telinga dia .Bukan
bisik Yusof taiyob,Tapi bisikan yang berbunyi “Psstttt”.
Apa lagi
dieorang bangun dan terus pergi tidur dekat rumah kawan.
Benda ni
start jadi bila dieorang decide nak pindah dari rumah tu. Adakah benda tu kacau
sebab benda tu tak bagi dieorang pindah? Benda tu dah suka dekat dieorang ke?Atau
benda tu sebenarnya nak halau dan nak duduk dekat situ sensorang?Atau ada
sesapa yang hantar ?Anis tu sampai sekarang tak cukup tidur sebab benda tu tak
bagi dia tidur,macam nak suruh Anis teman.Korang ghase?
Wooooooo scary giler.. sbb selama ni ok je kan.. huhuhu.. semoga anis dan kawan dia okay..
ReplyDeleteBenda tu nak kawan kot.seram pula tgk gambar tu
ReplyDeleteDr kbba9 ☺️
Kisah benar ker saje tnya
ReplyDeleteKisah benar ker saje tnya
ReplyDelete