Wednesday, 2 August 2017

Susah ke Senang breastfeeding ni?

Assalamualaikum

Lamanya aku tak bersiaran dekat blog ni.Last entry aku pasal 1st trimester journey aku.which was almost 1 year ago.How time flies so fast.

So since aku dah jadi mak-mak ni,entry pon haruslah jadi entri keemak-emakkan.#SindromMakMak.Huhu.Antara sindrom ni, aku selalu ingat dekat Medina, rindu dekat anak walaupun dia ada je depan mata aku.

Siapa nak tahu breastfeeding journey aku say "I".Cukup 30 hai aku share..HAHA.*Acah acah status bisnes dekat facebook.

Anyway Medina umur dia dah 10 bulan lebih dah. Macam tak percaya yang aku dah ada anak.Kalau korang ingat lagi,dulu aku pernah share cerita pasal aku keguguran.Sekarang Allah dah ganti dah dengan anak yang diberi nama Medina Aisyah(Kota madinah , kehidupan yang gembira,isteri Rasulullah saw).

Long story cut short about my pregnancy + give birth jouney sebab aku malas nak menaip, Waktu kandungan aku almost 8 months, Aku tergerak hati nak buat 5D scan dekat Klinik Mediviron Gombak prima. Then doktor tunjuk yang  ada 2 lilitan tali pusat dekat leher Medina,which made me concerned.So aku kena warded sebab doktor nak monitor baby hearbeat.Alhamdulillah takde pape even ada je high risk nya.


5/10/2016. Medina Lahir ke dunia


Masa aku nak bersalinkan Medina, nurse yang sambut tu cakap dah ada 3 lilitan and dah ketat. Medina pulak tak menangis.So nurse bawak keluar dan tepuk2 barulaaa dia menangis.


Panjang-panjang jari jemari awak ni.Besar insyallah tinggi ni.Kakdya agak la.huu


Sakit tak bersalin? SUMPAH sakit gila.Aku tak tipu.Korang get ready jela.Aku cakap benda yang betul.Ibarat tulang korang dipatahkan serentak.Nak mengandung  lagi tak? Trauma aku tak hilang lagi.Nanti dululah.

So obviously breastfeeding journey aku bermula bila aku dah dapat baby. Dekat HKL, ada nurse yang boleh ajar kita cara untuk menyusukan anak dengan betul.Aku sangkakan senang nak susukan anak ni,rupanya susah untuk new mom macam aku ni. Kekok sangat rasanya.Lagi-lagi Medina ni jenis tidur je tak reti nak bangun menyusu,sampaikan aku stress and menangis.Dah jentik kaki,jentik pipi,Medina still taknak bangun menyusu.Dahlah masa tu susu tak keluar lagi.So I need her help to stimulate the milk production.Tapi dia pulak taknak bangun.Haih

Memandangkan Medina taknak bangun,aku suruh suami aku belikan breastpump jenama pigeon,since kiteorang ada tengok breastpump ni masa dekat TCE baby expo.I decided to pump and feed my baby with syringe and cup.Dekat rumah aku siap set alarm to wake me up every 2 hours.Memang penat dan tak cukup rehat.Korang bayangkan, penat bersalin tak habis lagi,Penat nak bangun menyusukan anak yang takmo bangun menyusu.Aku hampir meroyan tau masa tu sebab menangis je.sikit2 menangis stress.End up demam kuning Medina sangatlah tinggi bacaannya.


Kalau ingat balik mesti sedih


Ini hari yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Medina had jaundice so the Doctor remind me to bring Medina to any nearest Hospital that I can find so they can examine my daughter's blood.Eh speaking pulak dah kenapa? Maklumlah blog dah nampak kematangan sikit.Tapi biasalah Malaysian will always judge.So jom guna bahasa melayu semula.*LOL
Masa hari kejadian tu, Bacaan kuning Medina was 320.Tinggi kan? Tapi doktor dekat HOSPITAL SELAYANG takde suruh warded pon.So I thought it was normal la kan.Tapi It became worst bila Medina INACTIVE.Langsung tak bagi respons bila aku pegang tangan,angkat kaki.Dia DEHYDRATED.Aku jadi panik.So aku buat keputusan untuk pergi KECEMASAN HKL.Doktor dekat sana terus amek Medina and drip air.Doktor HKL cakap bacaan Medina tinggi,kenapa Hospital selayang taknak warded kan Medina.Alhamdulillah Allah ketuk pintu hati aku untuk pergi HKL.Kalau tak aku taktaulah apa jadi.


Medina dalam wad pediatrik.Kuning tinggi sangat.


So Aku dan Medina kena duduk dalam Ward pediatrik.Nurse dan doktor dekat situ ajar cara menyusu semua.Dari situ sikit sebanyak buat aku sedar yang SEBELUM BERSALIN,KITA KENA ADA ILMU PENYUSUAN.Jangan nak salahkan korang takde susu.Salahkan diri sendiri yang takde ILMU.
Allah ciptakan susu untuk setiap IBU.Mana ada susu terus banyak lepas bersalin.Kita ni bukannya LEMBU.Susu Akan banyak dari masa ke semasa,janji selalu DIRECT feed kan anak atau jaga jadual PAM.


Eh Dah kenapa tulisan aku warna merah ni? Haahaha.Sebab aku nak ibu-ibu dekat luar sana sedar yang korang semua ada susu.Tapi gali ilmu dulu sebelum bersalin.

Dulu aku dok fikir SUSU tak cukup sampai aku prepare stock susu formula jenama SNOW,tapi Medina tak boleh terima.Perut dia jadi kembung and dia susah nak membuang.Then aku tukar susu SIMILAC LF.Yang tu dia boleh terima.Tapi aku terfikir. Aku ada susu,kenapa nak bagi Medina susu lain?So aku join group #bfmembers dekat facebook.Aku baca setiap pengalaman ibu-ibu dekat sana dan aku try adapt.

Korang bayangkan ek,dulu keluarga aku sendiri suruh aku campur susu formula,tapi aku tegaskan diri yang aku nak bagi Medina susu badan je.So aku pon usaha pam dekat office every 3 hours start dari jam 530 pagi,9 pagi,12 tgahari,3petang dan kalau sempat 5 petang.Alhamdulillah sekarang ni aku memang bangga dengan diri aku sebab dalam deep freezer aku dah penuh dengan susu ,peti ais dua pintu pon penuh.Sekarang ni Keluarga aku sendiri terkejut yang peti ais tu penuh and at last dorang support.SEE?? ni bukan sebab aku keturunan banyak susu.tapi sebab ILMU.GALI ILMU.NAK DAN TAKNAK JE.

Tips dari aku untuk Mommies yang berhajat untuk susukan anak:

1.Gali ilmu sebelum bersalin

2.Lepas bersalin,terus susukan anak,Bagi dia stimulate untuk pengeluaran susu

3.Jangan stress.Susu tu ada.

4.selalu berfikiran positif

5.Untuk ibu yang bekerja,jaga jadual pam every 3 hours

6.Untuk surirumah and ada baby new born,susukan anak every 2 hours.Direct feed is the best.Sebab nak bina bonding antara mak dan anak

7.Jangan bezakan hasil pam kita dan hasil pam orang lain.Everyone is different.Rezeki orang lain-lain.Macam aku cakap tadi.Kita bukan lembu perah terus dapat banyak.Janji cukup untuk anak.

8.Jangan terus beli pam,sebaliknya survey dulu dan test di PUMP ON THE GO STORE. 

9.Minum air masak.Jangan skip makan.


Ingat ye.Susu Ibu hak Anak.Dan Allah bagi dekat kita bersebab.Kalau kita nafikan hak anak,jawablah dekat akhirat nanti.


“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk dan di cabik cabik  oleh ular-ular yang sangat mengerikan dan ganas. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”

(HR. Ibnu Hibban dalam shahihnya 7491, Ibnu Khuzaimah 1986, dan Syaikh Muqbil rahimahullah dalam Al-Jami’ush Shahih menyatakan: “Ini hadits shahih dari Abu Umamah Al-Bahili radhiyallahu ‘anhu.” Hadis ini juga dinilai shahih oleh Imam Al-Albani)







Ummi dan Medina Aisyah

Lepasni if aku ada masa and rajin,aku akan share makanan yang aku bagi dekat Medina.Cara masak dan sebagainya.

Maklumhlah dah jadi Mak-Mak ni kannn.Blog pon Haruslah ada unsur unsur Mak-Mak.

No comments:

Post a Comment