I appreciate them.

Wednesday, 1 August 2012

Kenapa aku cuba untuk memakai niqab?

Assalamualaikum


Sambil tu bolehlah play lagu ni ye :)


Macam mana dengan Ramadhan?Best tak?best kan?ada ponteng tak setakat ni?kalau ada ponteng tu,macam mana ek korang nak ganti sebab ada hukum menyatakan yang kalau korang saja ponteng puasa tanpa keuzuran,korang tak boleh ganti puasa tu walaupun korang puasa selama setahun.Haaa acaner?tak tayok tak tayok.:D.

Takdelah korang janganlah neves tak tentu pasal.Allah s.w.t tu kan maha pengampun,bertaubat,janji tak buat lagi insyallah Allah s.w.t akan ampunkan.Pengampunan Allah s.w.t maha luas dek non oii.

Hari ni macam tajuk diatas aku nak kongsi cerita dekat korang tentang niqab.Basically korang tau tak apa itu niqab?ataupun purdah?Niqab adalah suatu kain yang menutup bahagian muka kita dari pandangan orang,hanya menampakkan mata sahaja.Kenapa ramai muslimah memakai niqab?kebanyakkannya kerana sunah Rasulullah.Tahukah korang isteri-isteri Rasulullah sendiri memakai niqab?Walaupun kita ni bukan isteri Rasulullah tapi inysllah kita cuba pertahankan pemakaian niqab ini.Memanglah memakai niqab ini tak wajib sebab muka bukan aurat,tapi kalau kita nak mencari cinta Allah,nak betulkan diri,ini adalah salah satu caranya.Untuk mengelakkan fitnah sebab wanita itu sendiri adalah satu fitnah.Untuk rasa nikmatnya menjadi seorang wanita muslimah,apa salahnya korang mencuba memakai niqab walaupun untuk sehari.

Hati aku ni suka sangat tengok wanita yang menutup aurat dengan sempurna,walaupun mereka ni tak dipandang liar oleh lelaki,tapi itu yang kita nak sebenarnya,mengelakkan pandangan yang jahat dari lelaki.Bila aku tengok wanita yang macam ni,yang pemalu,yang merendah diri,sopan santun,hati aku tertanya-tanya,bolehkah aku jadi macam mereka?Bila aku tengok wanita arab,wanita melayu berniqab,aku terfikir macam mana dieorang nak makan?Macam mana nak solat?Macam mana?semuanya pertanyaan tentang macam mana.Tapi dalam masa yang sama ,aku sangat tertarik dengan penampilan mereka,berjubah,berniqab.Nampak sangat cantik ,kalah wanita tercantik didunia.

Nak dijadikan kisah,dulu aku selalu pergi ke masjid negeri shah alam untuk solat fardhu.Dekat situ ada banyak booth,ada yang jual jubah,jual tudung labuh,jual makanan yang diimport dari arab.Aku suka tengok semua tu,aku suka jalan-jalan dekat situ,aku tertarik dengan semua benda yang dijual disitu.Betullah bulan ramadhan adalah bulan yang penuh barakah,Beberapa hari yang lepas,aku pergi ke Masjid negeri shah alam dengan seorang sahabat aku,iaitu Aizzah,Aizzah ni seorang yang lemah lembut,sopan santun,aku pulak jenis orang yang kasar,mungkin dah takdir Allah aku ditemukan dengan Aizzah,aku lihat cara percakapan dia dan aku belajar untuk bercakap seperti dia.Alhamdulillah Allah telah temukan aku dengan dia(,:



Berbalik kepada Masjid negeri shah alam,aku pergi dengan Aizzah,Kami merancang untuk solat maghrib dulu,dan kemudian baru kami ingin berjalan dari booth ke booth.Aizzah ingin melihat jubah yang memang banyak dan murah di masjid negeri shah alam ni,Jubah yang paling murah adalah RM59.00.Murah kan?kami jalan-jalan tengok jubah,dan aku pulak,aku  ingin melihat niqab yang ada.Dari satu booth ke satu booth kami singgah,Ada sekali tu aku cuba niqab di satu booth hamba Allah ini,niqab 3 layer,bila aku pakai,dan aku bukak balik,owner kedai tu ,iaitu seorang pakcik dia cakap pada aku "Eh janganlah bukak dah".Aku hanya pandang pakcik tu dan tersenyum.




Masjid negeri Shah Alam ni ibarat perkampungan islam,Masjid yang besar,selesa,sejuk,toilet yang besar,ramai muslimin dan muslimat,ada booth,Iftar bersama,masa iftar,ramai betul muslimin dan muslimat,sampai tak cukup makanan.Semalam aku pergi Alhamdulillah sambil menunggu waktu berbuka ada seorang ustaz dijemput untuk memberi ceramah bagaimana nak membaca Al-Fatihah dengan betul.Dan sebelum berbuka kami menadah tangan bersama untuk berdoa kepada Allah sebab waktu mustajab dan waktu-waktu doa tidak akan ditolak Allah adalah waktu sebelum berbuka.Kalau datang sini,anda akan rasa indahnya duduk di Masjid ni,rasa tenang,Rasa macam nak buat rumah dekat sini pon ada.Ini adalah perkampungan Islam!



Kami masih berjalan lagi dan misi masih sama mencari jubah dan mencari niqab.dalam masa yang sama mata aku ni melilau tengok orang pakai niqab.Cantik!Tak tipu!Cantik!Aku tak putus asa mencari niqab,dan tiba-tiba aku teringat,ada ukhti(Sister,kakak) yang handle event sama dengan aku dalam facebook,pernah post status pasal "siapa yang tertanya-tanya mana nak cari niqab boleh datang ke booth sekian sekian di Masjid negeri shah alam".MasyaAllah.Aku terus mencari booth itu sampai jumpa.Dan aku jumpa dan sungguh AKU TERPEGUN!Dari jauh aku nampak beberapa orang muslimah dalam booth itu memakai niqab  dan jubah hitam.Demi Allah aku nampak booth itu seperti bercahaya,dan aku nampak muslimah di situ sangat cantik.Demi Allah inilah pengalaman yang aku dapat dan aku ingin kongsikan,bukan aku reka-reka.Aku datang dekat pada mereka dan aku mulakan bicara "Assalamualaikum akak Tina eh?saya dya kawan sister tasha.saya kenal sister Tasha sebab kami handle satu event".Kak Tina,muslimah yang berniqab itu balas "Eh kawan sister tasha eh?duduk dulu,tengokla semua niqab yang ada ye".Aku tengok semua niqab yang ada dekat booth kak tina,MasyaAllah cantik semunya dan ketika itu aku nampak seorang ibu dan  anak sedang sibuk memilih niqab,Ibunya membelikan niqab untuk anaknya dalam lingkungan 12 tahun.Sekali lagi dalam hati aku cakap "MasyaAllah cantik!"




Kami dan Kak Tina berborak,dan aku nampak satu niqab aku mencuba dan aku sangat selesa.Lepastu kami hanya berborak tentang sister tasha dan macam mana aku boleh tahu booth kak Tina,Then aku just cakap dekat kak Tina yang aku kena beredar dulu.Sebelum tu Kak Tina belanja kami minuman yogurt,Sedap!Sebelum tu Kami pergi ke booth lain untuk tengok niqab yang ada,dan aku masih belajar jadi Aizzah nasihatkan aku untuk memulakannya dengan memakai niqab yang simple,aku cari dan aku tak jumpa,Hati aku ni nak sangat memakai niqab,entah kenapa jadi aku patah balik ke kedai Kak Tina.Aku cakap dengan Kak Tina yang aku nak beli niqab satu layer,Dan sambil tu aku bertanya "Kak Tina,Macam mana akak Tina boleh terfikir dan istiqamah dalam pakai niqab?"



Nak tahu apa jawapan kak Tina yang membuatkan air mata aku terus mengalir? "Akak fikir satu je,akak nak tinggalkan dunia dan cari cinta Allah.Dalam dunia ni banyak sangat manusia yang baik,yang beriman.Akak nak sangat Allah pandang akak.Ya Allah tolonglah pandang aku!".

Aku tak tahan dan terus menangis.Aku nak jugak jumpa Allah.Nak jugak Allah pandang aku,aku dikelilingi oleh Manusia yang semuanya baik belaka.

Kak Tina cerita lagi dekat aku pengalaman sebelum dia berhijrah,Kak Tina bekerja di sebuah bank yang agak terkenal di Malaysia dan KakTina kata dia terbaca yang jika kita mengamalkan Riba' maka kita telah melancarkan perang dengan Allah dan Rasulullah.Kak Tina cakap "MasyaAllah apa yang aku dah buat ni".Pengorbanan KakTina sangat besar sebab dia berhenti kerja hanya kerana Riba'.Banyak perngorbanan yang Kak Tina buat dan semuanya mendapat pertolongan Allah.Salah satunya Masa tu Kak Tina dan suami takde duit nak pergi umrah,Tapi dengan Bantuan Allah Kak Tina dapat jugak pergi umrah.Hebat kan?Bantuan Allah di mana-mana.Aku terus menangis dan aku cerita pulak pengalaman aku dan aku menangis,aku beli niqab kak Tina dan  Kak Tina tanya nak pakai terus atau tidak.Aku cakap "Ya saya nak pakai sekarang".Kak Tina macam terkejut dan dia terus pakaikan niqab ke muka aku.MasyaAllah.Perasaan dia,hanya Allah sahaja yang tahu.Betul.Aku tak tipu.Kak Tina cakap "akak selalunya kalau nak pakai niqab akak selalu berselawat".Jadi aku pon berselawat di dalam hati.Syukur jam itu adalah hari pertama dalam hidup aku,aku berniqab.

Kak Aisyah,Kak ATina and me.


Terima Kasih Kak Tina.Terima Kasih Ya Allah sebab berikan aku satu perasaan yang aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata.Aku baru mencuba niqab pakaian ister-isteri Rasulullah.Dengan kuasa Allah datang lagi seorang muslimah yang kebetulan ingin mencari niqab jugak,nama muslimah itu kak Aisyah.Dan Ya Allah disaat aku ingin berubah menjadi yang lebih baik,kau datangakn padaku seorang lagi muslimah yang baik hati,yang kongsikan pengalamannya dengan aku,iaitu Kak Aisyah.Kak Tina cakap "ha tengok Allah tolong dya lagi,dia datangkan lagi sorang untuk bantu dya".

Kak Aisyah dan Kak Tina nasihat pada aku.
"dya kalau dah pakai niqab ni,nanti akan ada banyak ujian yang dya akan dapat,ramai yang akan pandang pelik pada dya,Takpe biarkan mereka,kita tak boleh nak tutup mulut mereka,ada yang cakap kita macam-macam nanti,Takpe dya,ada satu hadis ni

.“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)
.
Beruntunglah orang-orang yang asing,orang-orang yang benar-benar memperjuangkan islam.Berutunglah orang yang dipandang pelik kerana memperjuangkan islam.Dya jangan risau,lepas ni Allah akan bantu dya,apa yang dya cari insyallah dya akan dapat,dya susah Allah akan tolong dya..Akak dulu nak sangat berguru dengan Sheikh sudais Malaysia.Allah bantu menyenangkan kerja akak.Tiba-Tiba sekarang ni akak memang dah berguru dengan dia.Allah akan bantu dya.Biarkan orang nak kata apa,janji Allah ada.Dya akan dapat kritikan hebat dari orang yang rapat dengan dya dan orang sekeliling dya.Sabar.Allah ada.Dan dya automatically lepas dya pakai niqab,automatic terus dya jaga segala-galanya,nak buat jahat pon dya akan takut,semua akan jadi sendiri."



Kak Aisyah pon cakap benda yang sama tapi aku tambah siki"Akak pakai niqab ni sebab akak nak baiki diri akak,baiki solat akak baiki segala-galanya sebab akak nak redha Allah.Dunia ni kejap je dik.Akak nak Allah"

Kami,kak Tina,Kak Aisyah berborak sampai ke tengah malam,Yela aku kan insan baru belajar,Aku nak jugak tahu pengalaman mereka .Hari kedua berniqab,aku ke masjid,ya ada beberapa orang memandang aku.tapi bukan dengan pandangan pelik,aku taktau pandangan apa itu,Hari pertama Allah dah temukan aku dengan Kak Tina dan Kak Aisya.hari ini pulak,kami terdatang iftar di masjid lambat,dalam jam 7 lebih,jadi makanan semua dah habis.Aku hanya sempat ambil nasi tanpa lauk sahaja.Aizzah cakap "takpela ni je rezeki yang kita ada untuk hari ini"Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang baik hati,tiba-tiba datang kepada kami dan menghulurkan serunding kepada kami,jadi kami ada nasi dan lauk.MasyaAllah terima kasih Ya Allah atas bantuanmu itu.Betullah kata Kak Tina Allah akan bantu aku dari setiap sudut.Aku jalan-jalan di booth,orang lebih hormati aku,semua cakap "Assalamualaikum".Dan Terima kasih kak tina apa yang kak tina cakap semua betul.Bila aku memakai niqab,aku akan automatic jadi sopan santun,aku cakap dengan semua orang dengan nada yang rendah,aku beri salam,aku sensitif,aku menangis bila aku dengar orang berdoa.

Hari kedua aku nak ke masjid tu,tayar kereta aku dah pecah tapi aku berjaya sampai ke masjid negeri shah alam walaupun keadaan kereta aku macam tu..Syukur Ya Allah lagi sekali kau telah menolong hambaMU ini.Lepastu Aku ni duduk dekat shah alam sebab aku ada kursus,jadi aku kena berjimat duit,aku beli niqab tu dengan harga sekian-sekian.Aizzah cakap "benda baik jangan dilengahkan.duet to jangan risau,easy come easy go".Aku belilah niqab tu walaupun tak ada duet.Esoknya MasyaAllah ayah aku bank in kan duet dan aku dapat balik duet yang aku beli niqab tu.Terima kasih Allah terima kasih Allah.Terima kasih Allah.Banyak bantuanMU yang aku dapat.

Tak dapat aku nak ceritakan semuanya disini.Pada muslimah yang baru mencuba nak berniqab macam dya,silakan,anda akan rasa nikmatnya.betul.Nikmaat sangattttt!Aku pon masih cuba untuk mengekalkan pemakaian niqab ni.Ya pakai niqab kena istiqamah niatnya hanya untuk Allah,Hanya untuk mendapat Redha Allah yang maha besar.Biar orang nak cakap apa,Allah kan ada? (;

Aku masih belajar.Masih belajar untuk memakai niqab sepenuh masa.Muslimah yang sama seperti aku,mari berdoa.,solat taubat,solat istikharah,solat tahajjud.insyallah kita akan temui jawapannya.


P/S:"Ihfazhillaha yafazhka".Jagalah Allah,Allah pasti menjagamu.Assalamualaikum (;

Sesiapa yang berminat nak mebeli niqab yang selesa ,jubah yang cantik-cantik.Bolehlah like AtinaChanBoutique ataupun singgah ke Masjid Shah Alam,booth tingkat atas dan paling hujung berdekatan dengan laluan lelaki (:

Dya amek dari satu blog kata-kata ini.
Mengenai tempat-tempat yang melarangkan pemakaian niqab, seperti ketika di kuliah dan juga profession perguruan dimana niqob adalah dilarang sama sekali. Bagi ana, kalau sesetengah tempat itu menyuruh kita menanggalkan niqab, maka tanggallah. Kita amalkan apa yang kita mampu. Pentingkan amalan dalaman, dan luaran akan ikut sama. Bila berada di dalam tempat tersebut, tak perlulah memakai niqab. Bila dah keluar dari tempat tersebut, pakailah balik niqab itu. Kawan-kawan ana yang berniqab pun membuat perkara sama. Usah hiraukan kata-kata orang yang berkata, "Eh apa ni? Kejap pakai, kejap tak." Usah hiraukan mereka. Mereka bukannya membawa manfaat kepada kita pun. Pentingkanlah amalan dalaman... Jaga solat, hati, banyakkan memperbaharui niat supaya belajar erti ikhlas kerana Allah... Luaran itu tak penting sangat kerana ramai orang yang memakai pakaian sunnah tetapi tak kuat pada amalan dalaman... Banyakkanlah menuntut ilmu sahih, dan dengan ilmu sahih itu, kita akan melakukan amalan sahih... Maka iman kita turut akan meningkat... Itulah kekuatan dalaman kita... Apa-apapun, teruskan istiqamah dengan pemakaian niqab. Buatlah yang termampu kerana Allah... :)


Ini pula jawapan Ustaz Azhar Idrus berkenaan hadis “Di tengah-tengah padang mahsyar, semua hamba2NYA akan berusaha untuk bertemu dengan Allah, tetapi Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah memakai niqab...”





75 comments:

Izwa Kamaruddin said...

meremang bulu roma akak baca...tahniah adik..

najihahfara said...

tersentuh baca entry ni. alhamdulillah. Kamu berhijrah terus terusan. besarnya kuasa Allah

dya mohamad said...

Mrs Eady.Jazakillah akak.insyallah akak.terima kasih akak (:

dya mohamad said...

najihahfara-yep besar kuasa Allah.Allahu Allah!(,:

Efa Nur said...

Alhamdulillah...indahnyaa :)
semoga efa juga dpt merasai nye 1 ari nti...insyaAllah...
Dya, doakn untuk efa ye.. :)

dya mohamad said...

efa nur-insyallah efa.Doa byk2 insyallah ia akan datang sndri.insyallah dya akan doakan .doakan dya skali tau (:

cik abbit said...

tersentuh bace entry ni =))

Nadhirah AR said...

Assalamualaikum, saya pun sedang dalam proses perubahan ke arah bertudung labuh dan insyaallah, berniqab. Tapi saya takut bila saya pakai niqab, niat saya kerana saya rasa ianya cantik. Saya dah mencuba berniqab & saya bercita-cita untuk istiqamah memakainya, cuma saya risau mengenai niat saya.

Anis Adila Aris said...

Ya Allah..tersentuh sangat..
harap satu hari sy tergolong dalam kalangan orang yg mnutup aurat dgn sempurna dan memakai niqab :)

dya mohamad said...

cik abbit- (,:

dya mohamad said...

Nadhirah-chan-Jangan risau dear.niat tu insyallah lama-lama akan bertukar.selalu berfikir yg nakkan redha Allah.Insyallah....dya pon masih belajar lagi dear (:

dya mohamad said...

Anis Adila Aris-Insyallah.,berdoa selalu ea dear(:smoge awk lebih sempurna dari dya yg masih belajar ni.hidayah Allah pasti datang(:

MizzTina said...

doakan akak juga ye.. siyesli, dh bergenang air mata ni bc entry awk dya.. subhanallah..

dya mohamad said...

MizzTina-Insyallah akak dya akan doakan semua wanita islam.smoge akak menjadi lebih baik dari dya (,:

LeenNajib said...

Alhamdulilah ;) sgt2 tsntuh. insha'Allah satu ari t. leen pon tgh nk mpbaiki diri (:

nadira shahid said...

im crying T.T InsyaAllah, ill wear it one day. Doakan ya (:

Anonymous said...

Tersentuh baca entry ni :)

dya mohamad said...

LeenNajib-insyallah dear.same2 kite perbaiki diri.dya pon tak perfect lg(,:

dya mohamad said...

Nadira Shadid-takmo la nangis....),:

dya mohamad said...

Sally yatiey-(,:

said...

subhanallah .. hebatnya kuasa Allah . doakan adik kak . adik baru je bertudung :'(

dya mohamad said...

gadis dan dia-insyallah dek akk doakan.ada FB kan?add akk (: kwn ngan akk meh ^-^ insyallah akk boleh tlg adek mane yg akk boleh

✿ Syunathegadis ✿ said...

tersentuh sgt ;)
alhamdulillah..
smoga satu hari nnti dpt mengenakan niqab jugak, inshaAllah :')

dya mohamad said...

syunathegadis-insyallah dear.insyallah amin ^-^

✿ Syunathegadis ✿ said...

Amin.. TQ dear :)
i wrote something bout this post..
and i tag u in :)

kindly visit here my dear friend..

http://syunathegadis.blogspot.com/2012/08/women-are-special.html

said...

kak , saya dah add akak dekat FB :) nama FB sy Hanim Amsuri .

dya mohamad said...

syuathegadis-dya dah baca.meremang buluroma dya.syukran dear.smoge awk jadi lebih baik dr dya (:

dya mohamad said...

gadis dan dia-akk dah approve kan?

nurdani said...

alhamdulillah. satu perubahan ke arah yang lebih baik. saya sendiri tak berniqab tapi memang nak sangat pakai.

semoga kita semua istiqamah, biarkan pandangan sinis orang lain dan terus kekal ke arah kebaikan.

doa untuk saya juga. amin.

dya mohamad said...

nurdani-alhamdulillah.betul.kita buat taktau je apa orang nak cakap.kalau asyik dengar ckp org cmne nak hidup kan.
insyallah dya akan doakan awk jadi lebih baik dr dya (:

Antisocial Freak said...

Waa, kak Dya, memang menyentuh hati. Nak nangis pun ada baca. Insyallah akan mengikut akak :) Walaupun saya kecik lagi, saya berharap dapat jadi cam akak :D

dya mohamad said...

RashiqahRashdan-alhamdulillah adik dah rasa mcm ni.Jadi lebih baik dr akk bukan jadi mcm akk tau!(:

Unknown said...

Assalamualaikum ukhti.. sebenarnya.. saya ingin sekali memakai niqab.. tapi meragui.. apakah diri ini layak T.T terasa seperti banyak kekurangan diri.. boleh awak bantu saya?

Unknown said...

harap sangat awak boleh contact saya.. syukran.. (:

dya mohamad said...

waalaikumusalam ukhti shafira ezani.(: dya akan contact awk ea.insyallah

dya mohamad said...

ukhti shafira,add dya di twitter or facebook,dya mohamad.insyallah jika allah izinkan dya akan bantu (,:

Unknown said...

Alhamdulillah.tahniah dya..sesungguhnya Allah telah memandanh dia dan memilih dya untuk mendatang hidayah nyer..

mengalir air mata baca n3 ni.Doakan saya untuk sama memilih jln ni.Mesti indahkan perasaan bila rasa Allah dekat kita.

Unknown said...

tersentuh hati saya baca n3 ni..Sesungguhnya Dya Allah teramat menyayangi dya.Dya doakan saya untuk sm2 berubah supaya lebih dekat dgn Allah.

dya mohamad said...

shuhada mohamad: Insyallah awak.dya doakan awk lebih baik dr dya tau.Amin(,:

Unknown said...

congrate.. entry dan penghayatan yg bagus.. teruskan usaha anda.. Insyaallah ~nuovic

Azeelia Azman said...

alhamdulillah. tahniah kak. tsentuh pulak ase hati tyme baca entry akak nih.

nananiena said...

alhamdulillah ats perubahan itu... dan doakan saya untuk dibukakan hati untuk berniqab dan kejar cinta Allah dengan ikhlas. =)

Unknown said...

mengalir air mate saye bace kaq :")

Nor Hafizati Binti M Fadziruddin said...

Syukran jazilan :) Alhamdulillah. Memang teringin nak pakai niqab :) Alhamdulillah, Allah temukan dengan entry ni :)

Nor Hafizati Binti M Fadziruddin said...

Syukran jazilan :) Alhamdulillah Allah temukan ana dengan entry ini . Sedang mencari-cari niqab tetapi jauh untuk ke Shah Alam :) Sedang berusaha mencari di sini :)

Unknown said...

Maaf nak cakap ni, Zack sokong ngan pendapat dya tapikan mak Zack pernah kata kalau dah pakai niqab tu mulut kena jaga, jaga pergaulan dan ikhlas...jgn mare peace...

Unknown said...

subhanallah.. saye tengah cari kekuatan nak berubah.. insya'Allah, semuanye kerana Allah.. baca blog ni, rasa nak sangat2 berniqab..nak sangat ubah diri ni.. doakan saye eh.. :)

Anis Syazwani said...

SubhanaAllah. Kak dya, your post make me cried. Sy pn nak pakai niqab but masanya belum tepat. Masih byk halangan untuk sy tempuh. Doakan sy bila sy besar sy akn pakai niqab juga :')

Unknown said...

Alhamdulillah. Mabruk adik Dya! Semoga Allah memberkati dan memudahkan jalan istiqomah buat adik.

Unknown said...

alhamdulillah.. sy msh tercari2 keaykinan utk memakai niqab.. skrg cuma pakai ms keluar dgn suami n ank2.. takut nk pakai sbb dalaman goyah lg byk sgt akhlak yg nk diperbetulkan. tahniah ukhti.. doakan ana pun sepenuh masa memakai niqab

Unknown said...

Doakan saye ye untuk mencuba mamakai niqab ni

Unknown said...

alhamdulillah...ana pon teringin nk pakai niqab nie, tapi ana masih bersekolah...ana harap ukhti doakan ana supaya ana pakai niqab suatu hari nanti...insyallah

MISS NL said...

Subhanallah, perkongsian yg sungguh indah.. ana juga mau berniqab.. untuk azam umur baru 24.12 ni.. tp banyak respon -ve yg ana terima.. salah satunya ' niqab hanya untuk gadis yg cantik, bg elakkan fitnah.. ' ana rasa sedih sgt sbb ana hanya gadis biasa.. tak pakai niqab pun mmg lelaki x pandang.. hilang terus semangat untuk berniqab.. :(((

ash_mza said...

Alhamdulillah, dgn izinNya.
mogaterus thabat di jlnNYA:)

danishiqmarl said...

Sangat bermanfaat.

cinca said...

subahanallah sebaknya :')
teringin nak pakai tapi bila cakap kat umi nak pakai niqab..umi buat muka terkejut+pelik dan kata2 dia buatkan sy tak jadi nak pakai.untung akak ramai yg nak support. :)

nir said...

Assalamualaikum..
Sangat tersentuh dgn entry ini..Alhamdulillah, x semua org diberi kekuatan utk berniqab & sis dya adalah antara yg terpilih..mabrouk..doakan kami & semua muslimah yg lain juga dpt 'berhijrah' seperti sis dya =]

# firstly, asiff jiddan jika sis dya tersinggung dgn teguran ini.nk bgtau yg pic ke-7 tu dh cantik.cuma dlm pic tu, yg paling kanan, nampak aurat dia (kaki)..hope sis dya alert ye..x elok letak pic tu sbb nnt dpt 'saham' sama if org lelaki tgk..asiff jiddan, sis..

Noraim said...

subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! Sis, sy pn tgh pasang niat yg berniqab tp byk sgt halangan buat masa skng. doakan sy ye :)

Fatin Ameera (DatinFA) said...

Menangis saya baca entri ni. Beruntungnya akak. Saya juga nak sangat-sangat berniqab. Semoga tercapai cita-cita ini. Doakan saya, akak :')

aqmarBMW said...

akak.. sy nak follow akak kat twitter n fb tp x jumpa

aqmarBMW said...

akak.. sy nk follow twitter akak fb akak tp x jumpa. :'(

Anonymous said...

Allahuakbar..niat berniqab sudah ada..cuma masa nye sahaja yg belum tiba..masih mencari2 niqab dan waktu yg sesuai..setelah membace semuanya sy bertambah yakin utk terus ke arah itu. Sy sudah pun meminta izin dr suami..alhamdulillah dia mengizinkan. Doakan sy..

Unknown said...

Salam, nak tanya, bolehkah saya ber niqab atau berpurdah di tempat2 yang saya rasa saya tak selamat dan boleh menimbulkan fitnah, atau ramai kaum lelaki? Maknanya, bila dikalangan keluarga, teman rapat, saya tidak berpurdah atau berniqab?

Idzwanie H said...

Assalamualaikum. Syukron :) bergenang airmata sy. Sy pun akan berniqab satu hari nanti InshaAllah.. :)

hamba_Allah said...

As salam .. Akak boleh tak sy nak add akak kt fb :'( hati sy skrg smkin kuat utk bniqab tp .. Sy tk jmp fb akak ..

All about a journal said...

Nangis baca..."nak Allah ja"
Tu antara paling tak tahan huhu.
InsyaAllah soon saya pun berniqab. InsyaAllah khair..

ayuni suhari said...

allahuakbar. mengalir air mata kita. terkesan sungguh. awak, doakan kita ye. kita pun baru nakbelajar pakai niqab. insyaAllah.

ayuni suhari said...

allahuakbar. mengalir air mata kita. terkesan sungguh. awak, doakan kita ye. kita pun baru nakbelajar pakai niqab. insyaAllah.

Unknown said...

Assalammualaikum . kkak dya ? semoga istiqamah kak :')

MisMujahidah said...

Assalamualaikum ukhi , saya amat tersentuh apabia membaca coretan ini ... Saya ada bertanyakan kepada ibu saya mengenai pemakaian purdah, malngnya, jawapan yang diterima bukanlah yang disangka-sangkakan..bagaimana ni ya ukhti?? keinginan mahu memakai purdah itu kuat sangat ..huhu

Unknown said...

Assalamualaikum sis, saya hari nie saya first day pkai purdah...saya pkai nak melawat cikgu kat skolah..Serious dugaan nya memang kuat kak, org pkat panfang,cikgu tanya kenapa pakai..saya jwb sbb terdetik hati nk pkai.tapi ptg tu saya tak berpurdah pun ke kedai sbb hati saya tak kuat lagi nk berdepan dengan masyarakat dengan berpurdah. Tapi insyallah lepas nie saya akan amalkan.

Siti said...

Subhanallah..sy pun ada teringin memakai niqab..dah lama..baru skrg sy mula berhijrah sedikit demi sedikit..mgkin sy akn jd lebih baik bila sy dh mula berniqab..insya Allah..kerana Allah SWT,kerana sy ingin berjumpa Allah juga..

Unknown said...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Syukur ukhty pd Allah..

Unknown said...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Syukur ukhty pd Allah..

Unknown said...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Syukur pd Allah