I appreciate them.

Tuesday, 29 May 2012

TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD DI AKHIRAT.

Assalamualaikum

Satu je la aku nak cakap,betapa kejamnya kita sebagai umat Nabi Muhammad sebab kita telah membuat baginda menangis dan risau.kejam kan?Kalau tak kejam apa lagi yang patut aku panggil untuk manusia?

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a dari[pada Abbas r.a,bapa saudara Rasulullah SAW bahawa Nabi telah bersabda:

"Aku adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan.Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku.Bendera apa?Aku ada terangkan dekat entri aku  yang lama iaitu (http://dyapunyabelog.blogspot.com/2012/04/dibangkitkannya-nabi-muhammad-saw-dari.html).
UMATKU ADALAH YANG TERBAIK.Mereka adalah umat yang pertama akan dihisab sebelum umat yang lain.Ketika mereka bangkit dari kubur,mereka akan mengibas tanah yang ada di kepala mereka.Mereka semua akan berkata "Kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta kebenaran para Rasul"

Nabi Muhammad SAW adalah manusia pertama yang akan dibangkitkan dan Jibril a.s akan datang kepadanya bersama seekor Buraq.Israfil pula datang dengan membawa bendera dan mahkota.Izarail pula datang dengan membawa pakaian-pakaian syurga.

Jibril a.s akan menyeru "Wahai dunia!!di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata "sesungguhnya Tuhan telah menjadikan aku hancur.Telah hilang segala lingkaran,tanda dan gunung-ganangku.Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit.Maka empat malaikat berada di atas kubur"

Israfil bersuara "Wahai roh yang baik!Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka kubur terbelah dua,Pada seruan yang kedua pula,kubur mula terbongkar.Pada seruan ketiga,ketika Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan rambutnya.Baginda SAW melihat ke kiri dan kanan.Baginda SAW dapati tiada lagi bangunan.




BAGINDA MENANGIS SEHINGGA MENGALIR AIR MATANYA KE PIPI.INILAH TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW DI AKHIRAT!

Jibril berkata kepadanya "bangun wahai Muhammad!Sesungguhnya kamu di sisi Allah SWT di tempat yang maha luas!"

Baginda SAW bertanya "Hari apakah ini?"

Jibril menjawab "Wahai Muhammad!Janganlah kamu takut!Inilah hari kiamat!Inilah hari kerugian dan penyesalan.Inilah hari pembentangan Allah SWT!"

Baginda SAW berkata "Kekasihku jibril!gembirakanlah aku!"

Jibril berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian di hadapanmu?"

Baginda SAW berkata "Bukan itu maksud pertanyaanku. AKU BERTANYA KEPADAMU AKAN UMATKU.DIMANA PERJANJIAN MEREKA?"

Ya Allah,Nabi Muhmmad sentiasa ingat pada kita,sebelum Baginda wafat,setelah wafat dan setelah dibangkitkan,baginda sentiasa risaukan kita,bertanyakan kita.Ya Allah..... ),:

Jibril berkata "Demi keagungan Tuhanku!Tidak akan terbongkar oleh bumi dari manusia sebelummu?"

Baginda SAW berkata "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan mensyafaatkan kepada umatku"

Jibril berkata "Tungganglah Buraq ini dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW.Buraq cuba meronta-ronta.Jibril berkata "Wahai Buraq!Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta Allah SWT?Sudahkah Allah memerintahkan kamu untuk mentaatinya?"

Buraq berkata "Aku tahu semua itu.Tetapi,aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku"

Baginda SAW berkata kepada Buraq "Ya!Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,nescaya akan kuberikan syafaatku kepadamu"

Setelah berpuas hati,Buraq membenarkan Baginda SAW menunggannya lalu dia melangkah.Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.apabila Baginda SAW berada di baitulmaqdis di atas bumi dari perak yang putih,malaikat israfil menyeru

"WAHAI TUBUH-TUBUH YANG TELAH HANCUR,TULANG-TULANG YANG TELAH REPUT,RAMBUT-RAMBUT YANG BERTABURAN DAN URAT-URAT YANG TERPUTUS!BANGKITLAH KAMU DARI PERUT BURUNG,DARI PERUT BINATANG BUAS,DARI DASAR LAUT DAN DARI PERUT BUMU KE PERHIMPUNAN TUHAN YANG MAHA PERKASA!"

Roh roh telah diletkakkn di tanduk atau sangkakala.Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat.Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat sedikit sepekat air mani lelaki.Daripadanya terbinalah tulang-tulang.Urat-urat memanjang,Daging dan bulu akan tumbuh.Sebahagian dari mereka kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah SWT berfirman "Wahai israfil!tiup tandul atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKU akan penghuni kubur.Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka.Sebahagian mereka adalah golongan yang celaka dan derita"

Malaikat sirafil menjerit "Wahai roh-roh yang telah hancur!!kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu!!Bangkitlah kamu untuk dihadapkan kepada Tuhan semesta alam!"

Allah SWT berfirman "demi keagungan dan ketinggianKU!Aku kembalikan roh kepada setiap tubuh!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT,roh-roh pon  keluar untuk mencari jasad mereka.Maka kembalilah roh kepada jasad.Bumipula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka.Apabila semua sedia,masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang baitulmaqdis,melihat makhluk-makhluk.Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan,70 umat berdiri.Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat atau kumpulan.Nabi berhenti memperhatikan ke arah mereka.Mereka seperti gelombang lautan.

Umat-umat datang dalam satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi SAW berjumpa satu umat,baginda SAW akan bertanya "Di mana umatku?"

Jibril berkata "wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa datang,Jibril menyeru "Tempatmu!" Maka nabi Isa dan Jibril menangis,

Nabi Muhammad SAW berkata "mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril berkata "bagaimnana keadaan umatmu Muhammad?"

Nabi Muhmmad bertanya "dimana umatku?"

Jibril berkata"mereka telah datang.Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"

Apabila mendengar cerita demikian NABI MUHAMMAD SAW MENANGIS LALU BERTANYA "WAHAI JIBRIL!BAGAIMANA KEADAAN UMATKU YANG BERBUAT DOSA?"

Jibril berkata "lihatlah mereka Muhammad!"

Apabila Nabi Muhammad melihat mereka,mereka gembira dan mengucapkan selawat ke atas baginda SAW dengan apa yang telah Allah SWT muliakannya.Mereka gembira dapat betemu dengan baginda SAW.Baginda juga gembira dapat bertemu mereka.Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.MEREKA MENANGIS SERTA MEMIKUL BEBAN DIATAS BELAKANG MEREKA SAMBIL MENYERU

"Wahai Muhammad.."

Air mata mereka mengalir di pipi.Orang orang zalim memikul kezaliman mereka.Nabi bersabda "Wahai umatku..." mereka berkumpul disisi baginda.Umat Nabi Muhammad menangis.

Ketika mereka dalam keadaan demikian,terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru "dimana jibril?"

Jibril berkata "jibril di hadapan Allah.Tuhan semesta alam"

Allah SWT berfirman "Dimana umat nabi muhammad?"

Jibril berkata "mereka adalah sebaik umat"

Allah SWT berkata "wahai jibril!khabarkanlah kepada kekasihKU Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk dihadapkan kehadapanKU"

Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad!Umatmu telah datang kepada Allah untuk dihadapkan!"

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya dan berkata "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT!"

Orang-orang yang berdosa menangis ketakutan dan terkejut dengan azabAllah SWT.NABI MUHAMMAD MEMIMPIN MEREKA SEBAGAIMANA PENGEMBALA MEMIMPIN TERNAKANNYA MENUJU KE HADAPAN ALLAH SWT.
"WAHAI HAMBAKU!DENGARKANLAH KAMU BAIK-BAIK KEPADAKU TUDUHAN APA APA YANG TELAH DIPERDENGARKAN BAGI KAMU DAN KAMU SEMUA MELAKUKAN DOSA!"

Hamba-hamba Allah SWT terdiam.Allah SWT berfirman "hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini aku akan memmuliakan siapa yang mentaatiKU.Dan Aku akan mengazab siapa yang menderhaka.Wahai Jibril,pergi ke malik,penjaga neraka,katakan kepadanya,bawakan jahannam!"

Jibril pergi kepada Malik dan Malik bertanya "hari apakah ini"

Jibril menjawab "hari ini adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan"

Malik berkata "adakah Allah SWT telah mengumpulkan semua makhluk?"

Jibril berkata "ya!"

Malik bertanya "dimana Nabi Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata "di hadapan Allah SWT!"

Malik berkata lagi "BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENAHAN KESABARAN TERHADAP NYALAAN JAHANNAM APABILA MEREKA MELINTASINYA, SEDANGKAN MEREKA SEMUA ADALAH UMAT YANG LEMAH?"

Jibril berkata "Aku tidak tahu!"




Malik menjerit ke arah jahannam dengan sekali jeritan yang menakutkan.Jahannam berdiri di atas tiang-tiangnya.Jahannam mempunyai tiang-tiang yang keras,kuat dan panjang.Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka kerana semuanya menangis.

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.Kanak-kanak mula beruban rambut.Ibu-ibu yang memikul anaknnya,mencampakkan mereka.Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk..


Apa yang terjadi selepas itu?Nabi Muhammad membela Kita,umatnya yang berdosa.Bagimana ceritanya?Selepas  entri ini insyallah aku akan ceritakan.

Hai Umat Nabi Muhammad semua!Kenapa kita semua sombong,kenapa kita semua tak mentaati Allah dan Rasulullah?Sedangkan kita tahu akan kebenarannya!dan kenapa kita selalu memberikan Alasan kubur lain-lain,aku yang tanggung dosa bukan kau,aku tak terima hidayah lagi.Kenapa?Satu je sebab dia,sebab kita tak tahu bagaimana seksaan di sana!kita tak rasa lagi,sebab tu kita bongkak nak ikut ajaran islam!betol kan?

Renung-renungkan!Bertaubat sebelum terlambat!



Thursday, 24 May 2012

TAKTIK IBLIS MENYAMAR DIRI KETIKA KITA BERDEPAN SAKARATULMAUT!

Assalamualaikum

kepada  pembaca semua,aku nak pohon ampun dan maaf sebab memang sangat lama aku dah tak update blog.Adalah nak masuk tiga minggu.Bukan apa,kehidupan aku sebagai seorang student Degree Netcentrics computing memang sangat sibuk.Lagi dua minggu aku kena present final year projek aku, dan insyallah kalau berjaya,bakal digunakan dan boleh di view oleh semua orang.Doakan aku eh



Aku nak tanya korang macam aku tanya dalam entri-entri aku sebelum ni.Sudah siap sediakah kita untuk menghadapi kematian?Sudah siapkah kita untuk mati dalam bermacam-macam cara?

Sudah sedia jika ditakdirkan kita mati macam ni?
Atau mcam ni?

Macam ni?


Atau mati macam ni?

Lepas mati,Siap sedia untuk jumpa rumah baru kita iaitu kubur?Sudah siap sedia untuk tidur di atas tanah dan bukan di atas katil?Sudah siap sedia untuk disoal nanti?Sudah cukupkah amalan kita?macam mana kalau kita mati nanti,kita tak sempat nak bertaubat?macam mana kalau kita mati,kita tak boleh menyebut kalimah Lailahaillallah?Macam mana?Korang rasa korang boleh tempuh sakaratul maut macam tu je?Tidak/Jangan bongkak.Jangan sebab apa?Sebab Iblis akan menyamar diri ketika kita dalam sakaratul maut.Iblis akan menyerupai macam-macam untuk menggoda kita buat kali terakhir.

Dalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t. 

Ya Allah!Aku berlindung dengan engkau dari diperdayakan oleh syaitan ketika sakaratulmaut!

See?kekasih Allah sendiri berdoa dan takut jika diperdayakan ketika sakaratulmaut.Dapat bayangkan tak macam mana keadaan tu?Tidak,Sebab kita semua tak alaminya lagi sebab tu kita sombong,bongkak!
Iblis dan kuncu-kuncunya tidak pernah merasa jemu dan puas dalam menyesatkan dunia TERUTAMA ketika kita sedang hadapi SAKARATULMAUT!kerana iblis suka datang kepada kita yang sedang kepenatan,kehausan ketika menghkadapi ujian terakhir oleh Allah s.w.t.Iblis akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan akidah kita dengan pembohongan yang banyak sampai di hari akhirat nanti iblis akan berkata 
"Itu tanggungjawab kamu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.Tugas aku dah selesai.Tidak dapatlah aku membela kamu seperti yang aku janjikan.Kerana apa yang aku janjikan adalah kosong belaka".

Masa tu siapa nak tolong kita dek non?Duit berjuta?keluarga?kekasih?Kita sendiri tau.KITA.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DIBENCI.
Iblis dan kuncu-kuncunya boleh menyerupai macam-macam bentuk yang dingini.Kecuali iblis tak boleh menyerupai nabi dan rasul.Dan iblis akan datang kepada kita yang kehausan dan kepenatan dan ketika itu kita sedang berjuang untuk melepaskan roh daripada jasad dengan menyerupai orang yang paling kita benci sekali dalam dunia.Sebab tu jangan benci orang sangat sangatttt,nanti jatuh cinta,Eh bukan nanti jadi macamni.Apabila kita yang akan mati terpandang musuh kita yang amat kita benci semasa di dunia,kita akan cuba untuk menggerakkan diri kita bagi melakukan sesuatu kepada musuh kita itu dan dalam masa yang sama kita tak menyedari bahawa perbuatan kita tu sia-sia sebab musuh kita tu hanyalah jelmaan iblis semata-mata supaya kita lupa mengingati Allah.Dan sekiranya kita mati dalam keadaan macam tu,maknanya kita mati dalam keadaan fasik dan derhaka kepada Allah.Matinya kita dalam seorang yang fasik dan lalai.Anda rasa anda mampu tangani perkara ini?Jangan yakin sangat.Ada lagi.Baca yang bawah ni pulak.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DISAYANGI
Kalau dekat dunia,orang yang kita sayang nangis,kita tak sampai hati,kita akan sedih sekali,kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka.Macam mana pulak bila kita nampak orang yang kita sayang ketika sakaratulmaut?apa kita nak buat?Dilema kan?Iblis akan datang menyerupai orang yang palingg kita sayang contohnya mak ayah,adik beradik,sanak saudara dengan membawa makanan dan minuman yang sedap-sedap kerana Iblis tahu kita dalam keadaan penat dan haus,Diriwayatkan bahawa jika diberikan selautan air sekalipon tidak dapat menghilangkan dahaga kita.Kemudian kita akan menghulurkan tangan kita untuk mengambil makanan dan minuman itu yang sudah pasti hanya tipu daya iblis sahaja dan Iblis yang menyerupai mak dan ayah kita akan berkata dalam suara yang mendayu-dayu dan beremosi
"Wahai anakku,inilah sahaja makanan dan minuman uang kami bawakan untuk mengilangkan kelaparan dan kehausanmu.Oleh itu berjanjilah kepada kami yang kamu akan menuruti dan menyembah Tuhan yang kami sembah supaya kita tidak lagi berpisah.Dan marilah bersama-sama kami ke syurga."

Andai kata kita mempunyai iman,dan keyakinan tinggi pada Allah,maka kita tidak akan terpedaya dengan ajakan palsu itu.kalau kita ikut dan jawab YA dengan ajakan syaitan itu,maka kita akan mati dalam keadaan fasik dan takbur.tempat yang layak bagi kita adalah neraka.Terhapuslah segala amalan didunia kerana kita mengikuti jejak langkah iblis.Keadaan ini adalah pendustaan iblis yang PALING BESAR kerana menyerupai mak ayah kita.

*IBLIS MENYERUPAI BINATANG KESAYANGAN KITA.
Jika semasa hidup kita sangat sayangkan binatang dan banyak bela binatang contohnya kucing,maka iblis akan menyerupai kucing kita tu.DAN sekiranya kita terpedaya dengan penipuan iblis,maka ketika kita sakaratulmaut,kita akan mengusap dan meraba-raba binatang kesayangan kita tu,padahal apa yang kita usap tu adalah iblis.sampai kita lupa untuk mengingati Allah.Sebab tu kita kena ingat apa yang kita minat,akan dijelmakan ketika sakaratulmaut untuk memperdayakan kita,lagi-lagi kalau kita ni suka sangat berjudi dengan menggunakan binatang.Haaa.dahlah berjudi,lepastu gunakan binatang,lepastu iblis menyerupai binatang tersebut.,Macam mana agaknya ye??Islam mengajar manusia untuk bersederhana,janganlah sayangg sangat dekat binatang sampai menjadikan diri kita ni lalai,cukuplah hanya dijadikan hobi dan untuk isi masa lapang kita ni.

*IBLIS MENYERUPAI ULAMA ATAU GURU.
Ketika kita penat dan kehausan menghadapi sakaratulmaut,iblis akan datang menyerupai seorang ulama dan  dengan kitab ditangannya.Kemudian dia akan berkata:
"wahai muridku!Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau.Sudah merata tempat kami mencari engkau.rupa-rupanya engkau sedang sakit disini.Oleh itu aku membawakan beberapa doktor dan bomoh handal untuk mengubatimu!"

Kemudian dia hulurkan ubat ubatan lalu kita makan ubat tersebut dan akhirnya sakit yang kita alami hilang buat sementara,kemudian sakit kita itu akan datang kembali.Kemudian iblis yang menyerupai ulama akan berkata:
"Wahai muridku!pada kali ini aku dayang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat!Wahai Muridku tahukah kamu akan hakikat Allah?"

Lalu kita akan bersuara tapi sudah tentu tidak didengari oleh orang-orang sekeliling kita yang sedang membaca yasin ataupun sedang menziarahi kita. "Wahai guruku!tidak aku mengetahuinya!"

lalu iblis menjawab "wahai muridku sesingguhnya aku adalah ulama yang tinggi dan hebat!Aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan sesungguhnya aku telah medapat tempat di syurga yang paling teratas.Cubalah kamulihat dan perhatikan syurga disediakan untukmu oleh Allah sebagai balaan di atas amalan yang kau lakukan!Andai kata kamu hendak mengetahui zat Allah,maka IKUTLAH PERINTAHKU!"

Kemudian,kita dapat melihat saudara-mara,adik beradik,mak ayah semua berada dalam keseronokan kerana di tempatkan di syurga dan sudah pasti itu hanyalah jelmaan iblis dan kuncu-kuncunya untuk memperdayakan kita.Lalu kita akan bertanya pada iblis yang menyerupai ulama itu 
"Bagaimanakah rupanya Zat Allah swt?"

Iblis berasa seronok dan gembira sebab tipu dayanya sudah mengena.Lalu dia berkata:
"Wahai muridku!tunguhlah sebentar lagi kerana tirainya dan dindingnya akan dibukakan untukmu!"
Kemusian tirai pon dibukakan satu persatu.Tirai itu berwarna warni yang sangat menarik perhatian kita.Kita seolah olah melihat sesuatu yang besar,lebih besar dari langit dan bumi.Kemudian kita akan berasa pelik.Lalu iblis berkata 
"Itulah zat Allah yang patut kita sembah"

Setelah itu kita akan berkata:
"wahai guruku!bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu kiri dan kanannya?ada atas dan bawahnya,ada depan dan belakangnya?sedangkan zat Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk.Dia Maha Sempurna dan Maha Suci dari sebarang bentuk sifat dan kekurangan.Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku ketahui dulu.Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah."

Dalam keadaan keraguan kita itu,malaikat maut pon datang dan mencabut nyawa kita dalam keadaan kita masih lagi kebingungan dan kelalaian mengingati Allah s.w.t.


"Barangsiapa yang pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH,dia akan masuk syurga"
(Hadis riwayat Abu Ya'la daripada Abu said)

Awak awak dan awak semua rasa awak boleh hadapi sakaratulmaut tanpa iman yang teguh?Tanpa agama yang kuat dan dengan sifat yang angkuh,sombong untuk mengikuti ajaran islam dan membuat semua laranganNYA?Lu fikirlah sendiri..Assalamualaikum! 


Atau bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan senyuman begini? (,:



Thursday, 3 May 2012

KEADAAN KITA APABILA DISERU MENITITI TITIAN SIRATULMUSTAQIM!

Assalamualaikum

Aku memang nak paksa korang semua baca entri aku hari ini.Sebab apa yang bakal aku kongsikan telah berjaya membuatkan air mata aku mengalir.Cuba kita fikir,hidup kita ni makin lama makin singkat,dan bagaimana dengan amalan kita?masih boleh dikira dengan jari?Dan...Pernahkah anda semua terfikir bagaimana kita akan melintasi titian siratulmustaqim untuk ke syurga?Atau kita akan jatuh ke neraka?Bacalah entri aku ini.Betul.Bacalah,,,

Hanyalah gambar hiasan dan ambikdi blog orang


Allah s.w.t menyeru, "WAHAI MUHAMMA!BAWALAH UMATMU UNTUK DIHISAB DAN LINTASKAN MEREKA DI ATAS SIRAT YANG DILEBARKAN.PANJANGNYA SEJAUH 500 TAHUN PERJALANAN!"

Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru "WAHAI MUHAMMAD!SESIAPA YANG DATANG DARI UMATMU DAN BERSAMANYA ADA PELEPASAN DARI ALLAH S.W.T MAKA DIA AKAN TERSELAMAT!SEKIRANYA SEBALIKNYA,DIA AKAN TERJATUH KE DALAM NERAKA!WAHAI MUHAMMAD!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIRINGANKAN AGAR BERLARI!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIBERATKAN AGAR BERJALAN!"

Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik "WAHAI MALIK!DENGAN KEBENARAN ALLAH S.W.T KEATASMU,PALINGKANLAH WAJAHMU DARI UMATKU SEHINGGA MEREKA DAPAT MELEPASI!JIKA TIDAK,HATI MEREKA AKAN GEMENTAR APABILA MELIHATMU!"

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari kita,Umat Nabi Muhammad.Kita telah dipecahkan kepada sepuluh kumpulan.Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada kita 

"Ikutlah aku wahai umatku di atas sirat ini! "

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik

4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan kelima berlari

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.KUMPULAN KETUJUH BERDIRI DAN DUDUK KERANA MEREKA DAHAGA DAN PENAT.DOSA-DOSA TERPIKUL DI ATAS BELAKANG MEREKA.NABI MUHAMMAD BERHENTI DI ATAS SIRAT.SETIAP KALI BAGINDA MELIHAT SEORANG DARI KITA BERGAYUT DI ATAS SIRAT,BAGINDA AKAN MENARIK TANGANNYA DAN MEMBANGUNKAN KITA KEMBALI.

8.SESIAPA YANG BERADA DI KUMPULAN KELAPAN AKAN MENARIK-NARIK MUKA  SENDIRI DENGAN RANTAI KERANA TERLALU BANYAK KESALAHAN DAN DOSA-DOSA.BAGI YANG BURUK,KITA AKAN MENYERU "WAHAI MUHAMMAD!" NABI MUHAMMAD BERKATA "TUHAN!SELAMATKAN MEREKA!SELAMATKAN MEREKA!"

9. DAN 10.SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KUMPULAN INI,KITA AKAN TERTINGGAL DI SIRAT KERANA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYEBERANG

lepas aku baca semua ini,terus aku menangis dan terfikir:
Ya Rasulullah,begitu banyak pengorbananmu kepada Umatmu!Sehinggakan Kau menolong kami di akhirat,kau memberikan kami syafaat,tapi kami,selalu melupakanmu,selalu lupa berselawat keatasmu,sedangkan kami tahu bahawa hanya kau sahaja yang dapat memberikan kami syafaat dan hanya kau sahaja yang dapat menolong kami di akhirat kelak!

Diriwayatkan bahawa di pintu syurga,ada pokok yang mempunyai banyak dahan,Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah s.w.t sahaja yang tahu.Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati di semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan,kurang dan lebih sebelum mereka baligh,Apabila mereka melihat ibu bapa mereka,mereka mengiringi dan menyambut mereka memasuki syurga.Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari sutera.Mereka memberi ibu bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka,Suara tangisan mereka semakin nyaring.

Kanak-kanak itu berkata "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapaku!"

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul .Mereka berkata "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia!"

Malaikat berkata kepada mereka "BAPA-BAPA DAN IBU-IBUMU TERLALU BERAT DOSA MEREKA.MEREKA TIDAK DITERIMA DISYURGA AKIBAT DOSA MEREKA"

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari seblumnya dan berkata "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah s.w.t mengampuni dan menyatukan kami dengan mereka"

Demikianlah orang -orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama iaitu sirat.Ia dipanggil "tempat teropong".Kaki mereka akan tergantung di sirat.

Nabi Muhammad melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang-yang taat selepasnya.Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran.Bendera kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syrga,kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.Rasulullah s.a.w bersabda "apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?"

Malaikat menjawab,"mereka menangis kerana berpisah dengan ibu bapa mereka"

Nabi s.a.w bersabda  "aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberikan syafaat kepada mereka.Insyallah"

Nabi Muhammad s.a.w memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka.Kita memohon kepada Allah supaya kita masuk di dalam keutamaan ini dan menjadi sebahagian dari mereka.Insyallah


Monday, 30 April 2012

DIBANGKITKANNYA NABI MUHAMMAD SAW DARI KUBURNYA DAN MAHKAMAH DI PADANG MAHSYAR

Assalamualaikum

Semua orang tahu tentang padang mahsyar kan?Iaitu tempat dimana manusia di seluruh dunia akan dikumpulkan setelah dibangkitkan kelak.Bila?Di mana?Hanya Allah yang maha mengetahui.Di sana nanti kita akan dibicarakan seadil-adilnya di hadapan Allah s.w.t,segala amalan kita akan diteliti walau sebesar zarah,masa tu kita dah tak dapat nak tipu apa sekalipon sebab segala perbuatan kita telah dirakam,ada saksi dan sebagainya.So hari ni aku nak bawak korang semua,termasuk diri aku ke tempat yang sudah pasti kita akan kunjungi nanti.Entri ni episod pertama,ada episod kedua,tu Pon kalau korang nak baca.

1.Dibangkitkannya Nabi Muhammad s.a.w dari kuburnya
         Disebutkan dalam hadis yang diwarta oleh Anas ra,Rasulullah bersabda 
             "Akulah manusia pertama kali keluar ketika para manusia diba'ats(dibangkitkan),akulah jurubicara mereka jikalau datang mereka semua.Dam akulah yang akan memberi kegembiraan kepada mereka dikala mereka telah habis sama sekali harapannya,bendera pujian ada pada kedua tanganku dan akulah semulia-mulia keturunan Adam di sisi Tuhanku dan tiadalah aku membangga-banggakan"

(HR.Imam Tarmizi)

Apa itu bendera pujian?Sekejap lagi aku akan terangkan.



2.BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR UNTUK MENUNGGU SIDANG MAHKAMAH ALLAH.
   Sebelum berlangsung perbicaraan,kita akan dibangkitkan dari kubur lalu digiring dan dihalau untuk berkumpul di suatu tempat yang tersangat lapang iaitu PADANG MAHSYAR.Panasnya padang mahsyar ini tidak terbanding dengan panas didunia yang sikit ni.Kalau dekat dunia ni dah panas sampai ada orang complain "pakai tudung panas la,angin tak masuk",dekat Padang mahsyar nanti lagi panas,sampai terkeluar peluh-peluh,ada yang peluhnya sampai ke  kaki,lutut dada,telinga dan leher sebab apa?Sebab masa tu matahari sangat dekat dengan kepala kita semua.Masyallah. Kita akan nampak pelbagai keadaan yang berbeza antara kita semua.Pada mereka yang bertakwa semasa hidup,wajah mereka akan berseri-seri dan bercahaya,sebaliknya pada orang yang kufur,wajah mereka akan ketakutan,cemas dan muram,itulah orang yang derhaka kepada Allah!

Di padang mahsyar nanti,kawasan di situ adalah rata sama sekali,tiada pohon,tiada rumah dan tiada tempat berteduh,Padahal Padang mahsyar sangat sangat sangat panas,sehingga kita semua akan berkata "dimana tempat berteduh??" tapi malangnya kita tidak akan peroleh tempat berteduh tersebut!kita akan panik,menggigil,takut,gementar!Subhanallah!!



3.Penghalauan manusia ke Padang Mahsyar
        Selepas manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing,keadaan diri kita dengan orang lain sangat berbeza bergantung kepada alaman kita.Sebahagian dari kita akan dihalau dalam keadaan berjalan kaki,ada yang berkenderaan dan ada yang berjalan menggunakan muka.Selain itu ada juga yang dalam keadaan lapar,haus dan ada jugak yang telanjang dan ada jugak yang buta.
Dalam satu riwayat ada menyebutkan bahawa orang-orang kafir akan dihalau menggunakan tapak kaki mereka(berjalan tanpa alas kaki) dan orang-orang mukmin dihalau menggunakan binatang kurban mereka semasa didunia sebagai kenderaan.Sayidina Ali berkata "Orang-orang mukmin akn dihalau di padang mahsyar nanti dengan berkenderaan dari kurban mereka"

Allah berfirman :
                 "(ingatlah)hari ketika Kami mengumpulkan orang orang yang takwa kepada Tuhan yang maha pemurah sebagai perutusan yang terhormat.Dan kami akan menghalau orang orang yang derhaka dalam keadaan dahaga"  (QS.Maryam:85-86)

4.KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
        ATTENTION!  Pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w 
Apakah maksud Firman Allah ini ,

                      "yaitu hari(pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"
                      (An-Naba':18)

Ketika Rasulullah s.a.w diminta untuk menerangkan ayat itu,baginda menangis.Hai kawan-kawan ku sekalian,masih butakah kita untuk menilai kasih sayang Rasulullah pada kita?Baginda selalu risau pada kita dan ingat pada kita?kita?SOMBONG!

Sambil menangis baginda bersabda "Hai Mu'adz sungguh engkau telah menanyakan aku suatu perkara yang besar!Ada sepuluh macam umatku akan dihalau dan dikumpulkan di padang mahsyar.Masing-masing mereka dalam keadaan yang berbeza dan semuanya itu telah dibezakan oleh Allah dari golongan kaum muslimin.Rupa sepuluh golongan itu seluruhnya telah ditukar oleh Allah dan diganti tidak wujud lagi sebagai manusia yang sempurna.Sepuluh golongan itu adalah:

  Golongan pertama:Mereka digiring dalam rupa kera,mereka ini adalah manusia yang suka mengadu domba.

 Golongan kedua:Mereka digiring dalam rupa babi.Mereka ini adalah manusia yang suka makan barang batil dan haram.

 Golongan ketiga:Mereka dihalau dalam keadaan terjungkir,Kaki di atas dan kepalanya dibawah.Mereka ini adalah golongan yang makan harta riba'

 Golongan keempat:Mereka dihalau dalam keadaan buta dan dipimpin,mereka ini adalah manusia yang curang dalam menjalankan hukum

 Golongan kelima:Mereka digiring dalam keadaan bisu dan tuli dan tidak berakal.Mereka adalah manusia yang ria'

Golongan keenam:Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah mereka sendiri,sedang lidah itu menjulur ke bawah sampai dadanya dari mulutnya keluarlah nanah yang menjijikkan.Mereka adalah manusia yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya

 Golongan ketujuh:Mereka dihalau dengan terpotong kedua tangan dan kaki mereka.Mereka ini adalah orang yang suka mengganggu tetangganya.

 Golongan kelapan:Mereka dihalau dengan mereka tersalib di pokok kurma,tetapi pokok kurma dari neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk membela penguasa negara yang tidak jujur kepimpinannya.

 Golongan kesembilan:Mereka dihalau dalam keadaan mereka yang berbau busuk lebih dari bangkai.Mereka adalah orang yang suka melampiaskan syahwat dan segala macam kelazatan serta menolak kewajiban yang Allah tetapkan

 Golongan kesepuluh:Mereka dihalau dalam keadaan menggunakan pakaian dari tir yang panas.Mereka ini adalah manusia yang sombong dan takbur.

Di dalam Al quran ada menyebutkan bahawa setiap dari kita yang mendustakan kata Allah maka kita akan dihimpun di padang mahsyar dalam keadaan yang buta.Padahal ketika kita didunia kita boleh nampak segala-galanya.Di sana nanti,kita akan berkata kepada Allah."Wahai tuhanku!Mengapa engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta?Padahal dulu aku seorang yang celik"
Dan akan dijwab oleh Allah "demikianlah telah datang kepada kamu ayat ayat kami,tapi kamu melupakannya,dan begitulah (pula)pada hari kamu dilupakan"



5.UPACARA DI PADANG MAHSYAR
       Setelah kita dihalau ke padang mahsyar,kita telah berada di suatu kawasan yang sangat luas,daripada zman Nabi Adam sehinggalah zaman kita.Kita akan diselubingi bermacam-macam rasa takut,rasa yang takpernah kita alami di dunia ini.Dalam upacara padang mahsyar ini,kita semua akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin kita dan imam-imam kita,yang kita ikut sewaktu di dunia.

Dalam firman Allah "Ingatlah!suatu hari yang dihari itu kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya." (Al-Isra')

Pada upacara di hari kiamat itu,akan dipasang bendera-bendera,sepanduk dan panji sebagai pengenalan dan identiti umat manusia.Bendera panji itu yang disebut "LIWAA-UL HAMDI" iaitu BENDERA PUJIAN.Umat islam akan berbaris dengan beberapa barisan di bawah panji-panji sesuai dengan apa yan telah ditaati ketika didunia.Apakah kita ahli dalam berbuat kejujuran,alim fiqh,zuhud,dermawan,syuhada',qori' muadzin dan macam2 lagi.Semua ni ada pemimpin dan panji yang tersendiri.
Dalam suatu riwayat Rasulullah ditanyakan tentang bendera kepujian,mengenai panjang dan lebarnya maka baginda bersabda "Panjangnya dapat ditempuh 1000 tahun,dimana ditulis "LAILAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH" dan lebarnya antara langit dan bumi adapun bahanya dari yakut(mutiara) yang merah,tiangnya dari perak yang putih dan zabarjud yang hijau.Ia mempunyai tiga buah koncer dari cahaya.Satu koncer di timur,satu koncer di tengah-tengah dunia dan satunya dibarat.Pada koncer itu tertulis tiga baris.Baris pertama ialah :Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang".Kedua "Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam" dan ketiga:"Tidak ada Tuhan selain Allah,Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun,di samping 70000 bendera.Setiap satu bendera di bawahnya terdapat 70000 barisan malaikat.setiap barisan terdiri dari 50000 malaikat yang bertasbih kepada Allah.Imam Al-Jurjani menerangkan bahawa bendera kepujian ini akan dipasang disisi Nabi Muhammad s.a.w.Para mukminin berada di kanan kiri bendera Nabi,sedang orang kafir berada dalam peristirehatan neraka selama bendera pujian itu dipasang dan berkibar,Jika bendera itu dipindahkan maka dikala itu orang-orang kafir akan dihalau ke neraka.

Di saat itulah bendera-bendera dipasang oleh pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya.Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh:

1.Liwaus Shidqi = bendera kebenaran,dikibarkan oleh sayidina Abu bakar Ash-shiddiq bgi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera ini.

2.bendera Fuqaha' =Untuk sayyidina Mu'adz bin jabal.Bagi semua orang alim fiqih akan berada di bawah bendera ini.

3.Bendera Zuhud  =untuk Abu Dzar.bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.

4.Bendera derma =untuk Sayyidina Usman bin 'Affan.bagi para dermawan akan berada di bawahnya

5.Bendera Syuhada' =Untuk Sayyidina Ali.bagi setiap orang yang mati syahid akan berada dibawah bendera ini

6.Bendera Qurra' =Untuk Ubayya bin Ka'ab.Bagi para Qari akan berbaris di bawah bendera ini.

7.Bendera Mu'adzin =untuk sahabat Bilal .Bagi para mu'adzin akan berada di sini

8.Bendera orang orang yang terbunuh dengan aniaya untuk sayyidina Husain.Bagi orang-orang yang terbunuh dan teraniaya akan berada disini.

Sampai sini dulu aku nak berkongsi dengan korang semua keadaan di padang mahsyar,suatu alam yang PASTI kita lalui.Akan bersambung lagi pada sesiapa yang berminat nak baca,lepas ni aku akan bagitau tentang BERJALANNYA SIDANG MAHKAMAH ALLAH DI PADANG MAHSYAR.

P/S:Ilmu harus dikongsikan,bukan disorokkan (: 



Tuesday, 24 April 2012

ADAKAH KORANG ADA PENYAKIT HATI?

Assalamualaikum

Semalam aku dan kawan-kawan aku pergi ke universiti islam antarabangsa malaysia pada jam 8 malam.Eh apa yang formal sangat ni ayat aku ni?okay nak dijadikan cerita semua yang datang ceramah tu budak UIA aku dan kawan aku je UiTM shah alam.Tajuk ceramah tu The conquered Heart dan ceramah ni deberikan oleh ustaz zaharudin dan ustaz izhar,Mereka ni memang orang orang hebat dan banyak kelulusan,belajar sampai 16 tingkat,gayattt.Mereka ada kena mengena dengan majalah solusi dan apatah , aku tak sure sangat sebab aku tak ingat.




Ustaz zaharudin

Ustaz izhar

Memang kelakar gila ceramah ustaz-ustaz ni.Mereka ni memang kelakaq weyy.Penat aku gelak.Rugila siapa yang tak datang tu.Ceramah selama 2 jam tapi kesan dia untuk selama-lamanya.Aku ada salin apa yang ustaz-ustaz tu bincangkan,Meh aku nak share dengan korang.Harapnya dapat tambah ilmu kita semua.Macam mana nak tahu yang korang ada penyakit hati ataupun tidak?

Pertama:
Kalau kita dengar lagu je korang semangat,tapi bila dengar je nama Allah s.w.t korang jadi penat.Eh macam pantun kan?Okay contohnya kalau korang bukak radio,kebetulan pulak korang terdengar azan,lepastu korang rasa bosan dan korang tukar kepada channel lain yang ada lagu lady gaga,madonna,LMFAO dan sebagainya.Contoh lain korang cepat rasa ngantuk bila hadir majlis majlis ilmu,mata tu rasa nak terpejam,tidur dekat situ pon takpelah gamaknye.

Kedua:
Apabila hendak melakukan sesuatu ibadah,kita rasa berat.
"Dan sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk"(Al-baqarah)
Bila kita nak lakukan solat ataupun ibadah kita rasa macam tu satu pekerjaan yang berat.Eh Online facebook lagi ringanlah katanya.Lepastu kita berat sangat nak lakukan ibadah sampai kita menangguh nangguh kan waktu.


Ketiga:
Bila kita beribadah seorang diri,kita rasa tak semangat,tak rasa nak beribadah,kita nak ada orang nampak kita lakukan kebaikan dan beribadah.Haaa tu riak namanya dan munafik kerana apa?kerana berpura-pura.
“Sesungguhnya orang-orang Munafik (beriman palsu) itu hendak menipu Allah dan Allah menipu mereka.  Apabila mereka mendirikan sembahyang mereka berdiri   dengan malas, mereka riak (bermuka-muka) kepada manusia dan tidak mengingat Allah melainkan sedikit sekali”.  
 (surah Nisa’ ayat 1 dan 2)
Contohnya kita dalam bilik sensorang,lepastu kita tahu dah masuk waktu sembahyang,tapi kita rasa berat sangat nak solat dan dalam hati terfikir "Eh ni aku kena solat bagi orang nampak ni".Lepastu kita pon solatlah depan depan orang dan pura-pura sembahyang.Padahal kita nak menunjuk dan solat itu berat bagi kita.Contohnyalah kak edahnyaa.

Keempat:
Apabila melakukan sesuatu dosa,kita tak merasa kesal ataupon takut walaupun sedikit.Nabi Muhammad pernah bersabda "Bagi orang yang mempunyai akhlak,kebaikan itulah akhlak yang sempurna dan apabila melakukan keburukan,dia akan merasa sesal".
Sekarang ni contoh dah banyak dah dek non,kita tengok je kat facebook,update status bukan main lagi,pergi kelab sana sini,peluk jantan sana sini,lepastu upload gambar dekat Facebook.Padahal Allah s.w.t dah tutup baik keaiban dia,tapi dia dengan rela hati membuka aib dia,lepastu kalau ada orang komen nasihat mulalah cakap macam ni "Eh kubur masing-masing".Dek non,kubur memang masing-masing,tapi masa Dek Non dah jadi mayat,siapa nak kapankan Dek non?Bukan orang orang sekeliling ke yang akan kapankan dan mandikan Dek Non nanti?Ke Dek Non boleh buat sendiri?

"Setiap umatku boleh diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya.Ada di kalangan yang mendedahkan ini melakukan suatu dosa di waktu malam ,sedang di waktu pagi Allah menutup keaibannya,namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata "wahai fulan,semalam aku melakukan itu dan ini".maka terhapuslah tutupan tuhannya dan jadilah ia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya "(H.R Bukhari dan muslim)
 

Okay ini pulak adalah antara soalan yang diajukan kepada ustaz-ustaz tu.Soalan yang aku ajukan kepada ustaz ustaz tu adalah macam mana nak atasi masalah panas baran.Ustaz izhar cakap dia ikut cakap guru dia,kalau marah,ambil wuduk dan ia sangat berkesan.Insyallah mari cuba ramai-ramai.

Soalan kedua:
Macam mana nak tahu yang dosa kita diampunkan oleh Allah,sebab pasal dosa lampau ni membuatkan kita rasa malu nak berdepan dengan orang atau  kita rasa kurang yakin.
  •         Allah s.w.t pernah bersabda "doalah kepadaku maka aku akan  ampunkan".Kita ni memang selalu kena bersangka baik kepada Allah.Kita kena yakin dan bersungguh sungguh minta ampun pada Allah dan yakin pada Allah.Orang soleh tak semestinya tak buat jahat,tak buat dosa,tapi apabila mereka melakukan dosa,dengan secepatnya mereka meminta ampun dan kesal terhadap dosa mereka.

Soalan ketiga:
Ramai kawan-kawan saya pakai tangkal dengan ayat-ayat alquran.Bila saya tanya dia cakap hati mereka tenang bila pakai.
  •       Kalau jampi bukan dari Al-quran adalah syirik.Tapi kalau tangkal dari ayat alquran,ada khilaf yang cakap boleh dan ada yang cakap tak harus.Kalau nak diikutkan,ayat alquran kalau digantung sahaja tapi tanpa izin Allah memang tak jadi,Samalah jugak kalau kita gantung yasin atau ayat kursi dekat rumah untuk elak kena ganggu hantu tapi tak baca dan tak amalkan dan tanpa izin Allah,tak jadi benda tu,So bagi saya benda tu tak boleh.

Soalan keempat:
Macam mana nak tambah cinta pada Allah dan Rasul
  •    Jadikan Alquran sebagai peneman hidup.Fahamkan segala apa yang disampaikan dalam Alquran.Kalau boleh baca tafsir alquran.Bila baca ,tengok makna sekali jangan jadi kaum yang meninggalkan alquran.

Soalan kelima:
Macam mana nak elak dari buruk sangka
  •    kita paling takut buruk sangka sebab bila kita dah buruk sangka dekat orang,kita akan cari salah orang tu dan asal usul orang tu.Contohnya kita fikir "Eh betul ke Ustaz Azhar idrus ni tak sesat?Eh kena cari ni dia dulu belajar mana,duduk mana,asal mana".Yang sibuk nak cari asal usul dia buat apa
Allah pernah berfirman "Wahai orang yang beriman!jauhilah dirimu dari buruk sangka!"
Okay kita tengok kes erma fatima,dulu dia free hair,lepastu dulu pernah jadi kes dia letak dan ikat tudung dekat beg tangan bukan dia nak pakai tudung tu,tapi beg dia pulak yang pakai,lepastu Erma Fatima letak pulak tudung dia dekat bahu,perlahan-lahan sekarang dah pakai tudung,tutup dada lagi.So jangan buruk sangka pada orang.


Soalan keenam:
 Macam mana kalau solat tapi dok fikir macam-macam.
  •     Sebab tu tak ada tertulis dalam rukun solat,khusyuk.Cuba tengok rukun solat ada tak tertulis kyusuk?kalau tak kyusuk batal sembahyang?Tak ada kan?Tapi kita kena usaha la untuk kyusuk.Sebelum solat tu baca Astaghfirullahalazim dan hembus tiga kali di bahu untuk elak dari setan kacau waktu kita sembahyang.
Antara rukun rukun solat
  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut



Soalan ketujuh:
Kalau bukak tv,berita,drama,semua cerita ada perempuan yang tak menutup aurat,sebagai lelaki islam,apa yang perlu saya lakukan
  •      Kalau bukak tv,lepastu ada perempuan yang tutup aurat dibolehkan untuk tengok kalau nak belajar, tapi kalau tak tutup aurat,afdal jangan tengok.Tapi  kalau nak tengok jugak,jangan tengok sampai tujuan untuk naik syahwat.



Kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz zaharudin adalah



Imam syafie pernah berkata "sesiapa yang hendak Allah memberikan cahaya kepada hati mereka,maka buat perkara ini,tinggalkan perkataan yang tiada kaitan dengan kita,jauh dari maksiat,hendaklah membuat amal soleh(yang hanya Allah sahaja yang tahu),kurangkan makan,dan elak bercampur dengan orang orang sutaha'(bodoh)"


Dalam sahih muslim pulak


"Dengan adanya dosa kita lakukan,akan ada titik-titik hitam hingga hati akan menjadi kering hingga tidak tahu perkara maarif,jika berlaku kemungkaran,maka dia tidak mengendahkannya"

dan akhir sekali


"jangan kamu memperkecilkan ketaatan yang sikit,kerana jika ia berterusan,ia akan membawa kepada kesenangan "

"jangan kamu memperkecilkan dosa yang sikit,kerana jika ia berterusan,ia akan membawa kepada kemungkaran "





P/S:Sebar-sebarkan dan ingat-ingatkan kawan-kawan kita yang lain,termasuk diri sendiri (:

Saturday, 14 April 2012

GAMBAR DALAM FILEM DUKUN MONA FANDEY

Assalamualaikum
Tahu kan cerita dukun?dalam blog aku ni adalah beberapa artikel tentang Mona fandey antaranya SERAM.RUMAH MONA FANDEY.EH YEKE?, SERAM.KAWASAN ARWAH DATO MAZLAN DIKERAT 18.,

Lagi satu 8.41 minit daripada filem dukun 2007

Yang lain aku dah lupa.Huhu.APAKATA LET THE PICTURE TELL THE STORY?SHALL WE?Cewahh
Mona Fandey

Filem best yang di banned.Kenapa bukan filem jidin sengal yang dibanned?Sebab jidin sengal tak best.hehe:D






















Agak-agaknya yang real macam mana ea?

P/S: Link yang ni pon boleh jugak.Baca jangan tak baca

Tuesday, 10 April 2012

FILEM WRATH OF THE TITANS MENGELIRUKAN ISLAM?

Assalamualaikum

Korang dah habis tak tengok filem yang tengah meletup sekarang ni?Wrath of the titans?Kalau yang belum tengok lagi tu,terpulanglah korang nak tengok ke tidak kan.Tapi minggu lepas aku pergi tengok sebab aku tak expect jalan cerita dia ada sikit diadaptasi dari kisah-kisah islam kita.Tapi filem ni pasal dewa-dewa.

Dalam filem ni adalah jugak disebut pasal yakjuj makjuj,dajal tapi dalam cara mereka sendiri.Semua orang tahu yang yakjuj makjuj tu akan musnahkan apa yang ada atas muka bumi ni dan terkurung bawah tanah kan,tapi dalam cerita ni dia kelirukan manusia dengan keluar dari tanah dan lawan dengan askar-askar.Macam tu jugak dengan dajal.Dalam islam,dajal tinggal di sebuah pulau di tengah laut dan kita sendiri tak tau kat mana kan?Tapi dalam cerita ni,pulau tu memang terletak di tengah laut dan dengan menggunakan kuasa tongkat dewa je,dieorang boleh nampak pulau tu,bila sampai je dekat pulau tu,ada lelaki yang besar dan tinggi bermata satu.Tapi dia kelirukan kita dengan menampilkan mak bapak dajal tu.
scene di pulau dimana ada manusia bermata satu

Kalau korang faham,sebenarnya filem orang putih ni,dan filem ni sendiri sedang mengawal minda manusia .Lepas tengok cerita tu,mesti kita fikir"eh dia ni nak hina islam ke?" tapi lepas tengok kelainan contohnya tiba-tiba dajal tu ada mak pak mesti kita akan fikir "Oh tak sama,kebetulan kot".Anda pasti ini satu kebetulan?cuba tengok semua filem orangputih.Tapi kalau korang takpercaya terpulang

Meh aku nak cerita satu kisah tentang seorang pemuda yang bertemu dengan dajal di sebuah pulau.Ini kisah benar yang berlaku pada zaman nabi.

Baginda Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan?"
Sahabat menjawab "Allah dan RasulNya lebih mengeahui".Lalu baginda bersabda "Sesungguhnya demi Allah aku tidak menghimpunkan kamu kerana menghrap sesuatu atau takut dari sesuatu tetapi menghimpunkan kamu kerana Tamim Ad Dari adalah berasal dari seorang kristian lalu ia datang menemui aku daN menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu berkenaan "Al Masih Ad dajjal"

 Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada suatu masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-sama dengan 30 orang lelaki dan kabilah Lahim dan Judzam.Lalu mereka dipukul oleh gelombang yang besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari.Apabila telah sampai disitu mereka menaik sampan kecil yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu.

Sebaik sahaja mereka masuk dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar dan tebal.Binatang ini tidak dapat dikenalpasti apa jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana duburnya dan di sebelah mana kemaluannya di sebabkan bulunya terlalu tebal.Lalu mereka bertanya kepada binatang itu "siapa kamu?" Binatang itu menjawab "akulah Jassasah"(tukang intip rahsia) Mereka bertanya lagi "apa itu jassasah?".
Binatang itu menjawab pula "tak usah panjang cerita dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang ada di tempat pertapaan ini kerana ia sangat rindu mendengar berita dari kamu".

Apabila binatang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjdi takut kepadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina.Seterusnya kami pon cepat-cepat masuk ke dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami lihat yang dirantai sekuat-kuatnya.Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya.Kakinya dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke dua buku lalinya.

kemudian lalu kami bertanya kepadanya "siapa engkau?" Ia menjawab :sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (Jadi aku tidak perlu lagi menceritakannya),bahkan kamu ini siapa?
Kami menjawab "Kami adalah dari bangsa arab.Kami telah pergi berlayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini.Lalu kami menaiki sampan-sampan kecil dan kami dapat pijak ke pulau kamu ini.Kami sangat terkejut apabila kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluan dan duburnya disebabkan bulunya terlalu tebal,Apabila kami bertanya kepadanya ia menjawab "akulah Jassasah".

Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang berantai itu bertanya "Cuba ceritakan kepadaku bagaimanakah kerbun kurma di Baisan?"Kami menjawab "dari sudut apa yang mahu kamu tanyakan?"
Lelaki itu berkata "aku bertanya apakah ia masih berbuah?" Kami menjawab "Ya!Ia masih berbuah"
Lalu ia berkata "sesungguhnya hampir ia tidak akan berbuah lagi".

Lalu lelaki itu bertanya pula "bagaimana pula tentang tasik Thabariah?".Kami menjawab "tentang hal apa yang kamu tanyakan?".Ia berkata "adakah ia masih ada airnya?".Lalu ia menjawab "sesunggguhnya tidak lama lagi ia akan kering.".Kemudian ia bertanya "bagaimana pula dengan air mata zughar?"Kami menjawab "tentang apa yang kamu tanyakan?".Ia menjawab "apakah masih ada airnya dan apakah penduduknya masih menggunakan air mata untuk tanaman mereka?"
Kami menjawab "Ya!Airnya  masih banyak dan penghuni yang berada di sekelilingnya masih banyak dan penghuninya masih menggunakan air mata itu untuk tanaman mereka".
Bagaimanakah nabi Muhammad dan nabi nabi arab yang lain?apakah yang dikerjakannya?"
Kami menjawab "Ia lahir di mekah dan telah berhijrah ke Madinah".Ia bertanya lagi "apakah orang orang arab memeranginya?"Kami menjawab "Ya!mereka memeranginya!".Ia bertanya lagi"Bagaimana perlakuannya terhadap mereka".Kami menjawab "Ia telah banyak memperoleh kemenangan terhadap mereka,bahkan hampir semua orang arab yang ada disekelilingnya telah mengikutinya".
Ia bertanya lagi "sungguhkah itu terjadi?".Kami menjawab "ya sungguh itu terjadi." Ia berkata pula "Kalau mereka mengikutinya maka itulah lebih baik.Maka sekarang ini saya ingin mengkhabarkan kepada kamu siapa sebenarnya saya.Saya adalah AL MASIH AD DAJAL.Rasanya sudah hampir diizinkan aku keluar.

Bila aku keluar aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali aku datangi,iaitu dalam tempoh empat puluh hari.Selain Mekah dan Madinah maka aku ditegah dari memasuki keduanya ini.Bila aku cuba memasukinya,aku akan dihadang oleh para malaikat dengan pedang hunus.Mereka mengawal pada setiap bahagian bandar itu.

Lalu Nabi s.a.w bersabda lagi "Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan cerita Tamim Ad Dari ini kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu sekalian terutamanya tentang keistimewaan mekah dan madinah.PERHATIAN!Dajal itu sebenarnya berada di LAUT SYAM atau di LAUT YAMAN.Sesungguhnya ia berada di arah timur!

Dajal sedang menunggu masa UNTUK KELUAR DAN MENJELAJAH BUMI.Jangan bongkak yang kita akan dapat elak dari fitnah dajal,kerana hidup kita sekarang ni pon dipenuhi dengan pemerintahan bersifat dajal dan dunia yang kejam ibarat dajal!

Allahuakbar!

P/S:nak percaya silakan,taknak percaya aku tak rugi.