Assalamualaikum
Semua orang tahu tentang padang mahsyar kan?Iaitu tempat dimana manusia di seluruh dunia akan dikumpulkan setelah dibangkitkan kelak.Bila?Di mana?Hanya Allah yang maha mengetahui.Di sana nanti kita akan dibicarakan seadil-adilnya di hadapan Allah s.w.t,segala amalan kita akan diteliti walau sebesar zarah,masa tu kita dah tak dapat nak tipu apa sekalipon sebab segala perbuatan kita telah dirakam,ada saksi dan sebagainya.So hari ni aku nak bawak korang semua,termasuk diri aku ke tempat yang sudah pasti kita akan kunjungi nanti.Entri ni episod pertama,ada episod kedua,tu Pon kalau korang nak baca.
1.Dibangkitkannya Nabi Muhammad s.a.w dari kuburnya
Disebutkan dalam hadis yang diwarta oleh Anas ra,Rasulullah bersabda
"Akulah manusia pertama kali keluar ketika para manusia diba'ats(dibangkitkan),akulah jurubicara mereka jikalau datang mereka semua.Dam akulah yang akan memberi kegembiraan kepada mereka dikala mereka telah habis sama sekali harapannya,bendera pujian ada pada kedua tanganku dan akulah semulia-mulia keturunan Adam di sisi Tuhanku dan tiadalah aku membangga-banggakan"
(HR.Imam Tarmizi)
Apa itu bendera pujian?Sekejap lagi aku akan terangkan.
2.BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR UNTUK MENUNGGU SIDANG MAHKAMAH ALLAH.
Sebelum berlangsung perbicaraan,kita akan dibangkitkan dari kubur lalu digiring dan dihalau untuk berkumpul di suatu tempat yang tersangat lapang iaitu PADANG MAHSYAR.Panasnya padang mahsyar ini tidak terbanding dengan panas didunia yang sikit ni.Kalau dekat dunia ni dah panas sampai ada orang complain "pakai tudung panas la,angin tak masuk",dekat Padang mahsyar nanti lagi panas,sampai terkeluar peluh-peluh,ada yang peluhnya sampai ke kaki,lutut dada,telinga dan leher sebab apa?Sebab masa tu matahari sangat dekat dengan kepala kita semua.Masyallah. Kita akan nampak pelbagai keadaan yang berbeza antara kita semua.Pada mereka yang bertakwa semasa hidup,wajah mereka akan berseri-seri dan bercahaya,sebaliknya pada orang yang kufur,wajah mereka akan ketakutan,cemas dan muram,itulah orang yang derhaka kepada Allah!
Di padang mahsyar nanti,kawasan di situ adalah rata sama sekali,tiada pohon,tiada rumah dan tiada tempat berteduh,Padahal Padang mahsyar sangat sangat sangat panas,sehingga kita semua akan berkata "dimana tempat berteduh??" tapi malangnya kita tidak akan peroleh tempat berteduh tersebut!kita akan panik,menggigil,takut,gementar!Subhanallah!!
3.Penghalauan manusia ke Padang Mahsyar
Selepas manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing,keadaan diri kita dengan orang lain sangat berbeza bergantung kepada alaman kita.Sebahagian dari kita akan dihalau dalam keadaan berjalan kaki,ada yang berkenderaan dan ada yang berjalan menggunakan muka.Selain itu ada juga yang dalam keadaan lapar,haus dan ada jugak yang telanjang dan ada jugak yang buta.
Dalam satu riwayat ada menyebutkan bahawa orang-orang kafir akan dihalau menggunakan tapak kaki mereka(berjalan tanpa alas kaki) dan orang-orang mukmin dihalau menggunakan binatang kurban mereka semasa didunia sebagai kenderaan.Sayidina Ali berkata "Orang-orang mukmin akn dihalau di padang mahsyar nanti dengan berkenderaan dari kurban mereka"
Allah berfirman :
"(ingatlah)hari ketika Kami mengumpulkan orang orang yang takwa kepada Tuhan yang maha pemurah sebagai perutusan yang terhormat.Dan kami akan menghalau orang orang yang derhaka dalam keadaan dahaga" (QS.Maryam:85-86)
4.KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
ATTENTION! Pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya kepada Rasulullah s.a.w
Apakah maksud Firman Allah ini ,
"yaitu hari(pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok"
(An-Naba':18)
Ketika Rasulullah s.a.w diminta untuk menerangkan ayat itu,baginda menangis.Hai kawan-kawan ku sekalian,masih butakah kita untuk menilai kasih sayang Rasulullah pada kita?Baginda selalu risau pada kita dan ingat pada kita?kita?SOMBONG!
Sambil menangis baginda bersabda "Hai Mu'adz sungguh engkau telah menanyakan aku suatu perkara yang besar!Ada sepuluh macam umatku akan dihalau dan dikumpulkan di padang mahsyar.Masing-masing mereka dalam keadaan yang berbeza dan semuanya itu telah dibezakan oleh Allah dari golongan kaum muslimin.Rupa sepuluh golongan itu seluruhnya telah ditukar oleh Allah dan diganti tidak wujud lagi sebagai manusia yang sempurna.Sepuluh golongan itu adalah:
Golongan pertama:Mereka digiring dalam rupa kera,mereka ini adalah manusia yang suka mengadu domba.
Golongan kedua:Mereka digiring dalam rupa babi.Mereka ini adalah manusia yang suka makan barang batil dan haram.
Golongan ketiga:Mereka dihalau dalam keadaan terjungkir,Kaki di atas dan kepalanya dibawah.Mereka ini adalah golongan yang makan harta riba'
Golongan keempat:Mereka dihalau dalam keadaan buta dan dipimpin,mereka ini adalah manusia yang curang dalam menjalankan hukum
Golongan kelima:Mereka digiring dalam keadaan bisu dan tuli dan tidak berakal.Mereka adalah manusia yang ria'
Golongan keenam:Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah mereka sendiri,sedang lidah itu menjulur ke bawah sampai dadanya dari mulutnya keluarlah nanah yang menjijikkan.Mereka adalah manusia yang ucapannya berlainan dengan perbuatannya
Golongan ketujuh:Mereka dihalau dengan terpotong kedua tangan dan kaki mereka.Mereka ini adalah orang yang suka mengganggu tetangganya.
Golongan kelapan:Mereka dihalau dengan mereka tersalib di pokok kurma,tetapi pokok kurma dari neraka.Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk membela penguasa negara yang tidak jujur kepimpinannya.
Golongan kesembilan:Mereka dihalau dalam keadaan mereka yang berbau busuk lebih dari bangkai.Mereka adalah orang yang suka melampiaskan syahwat dan segala macam kelazatan serta menolak kewajiban yang Allah tetapkan
Golongan kesepuluh:Mereka dihalau dalam keadaan menggunakan pakaian dari tir yang panas.Mereka ini adalah manusia yang sombong dan takbur.
Di dalam Al quran ada menyebutkan bahawa setiap dari kita yang mendustakan kata Allah maka kita akan dihimpun di padang mahsyar dalam keadaan yang buta.Padahal ketika kita didunia kita boleh nampak segala-galanya.Di sana nanti,kita akan berkata kepada Allah."Wahai tuhanku!Mengapa engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta?Padahal dulu aku seorang yang celik"
Dan akan dijwab oleh Allah "demikianlah telah datang kepada kamu ayat ayat kami,tapi kamu melupakannya,dan begitulah (pula)pada hari kamu dilupakan"
5.UPACARA DI PADANG MAHSYAR
Setelah kita dihalau ke padang mahsyar,kita telah berada di suatu kawasan yang sangat luas,daripada zman Nabi Adam sehinggalah zaman kita.Kita akan diselubingi bermacam-macam rasa takut,rasa yang takpernah kita alami di dunia ini.Dalam upacara padang mahsyar ini,kita semua akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin kita dan imam-imam kita,yang kita ikut sewaktu di dunia.
Dalam firman Allah "Ingatlah!suatu hari yang dihari itu kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya." (Al-Isra')
Pada upacara di hari kiamat itu,akan dipasang bendera-bendera,sepanduk dan panji sebagai pengenalan dan identiti umat manusia.Bendera panji itu yang disebut "LIWAA-UL HAMDI" iaitu BENDERA PUJIAN.Umat islam akan berbaris dengan beberapa barisan di bawah panji-panji sesuai dengan apa yan telah ditaati ketika didunia.Apakah kita ahli dalam berbuat kejujuran,alim fiqh,zuhud,dermawan,syuhada',qori' muadzin dan macam2 lagi.Semua ni ada pemimpin dan panji yang tersendiri.
Dalam suatu riwayat Rasulullah ditanyakan tentang bendera kepujian,mengenai panjang dan lebarnya maka baginda bersabda "Panjangnya dapat ditempuh 1000 tahun,dimana ditulis "LAILAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH" dan lebarnya antara langit dan bumi adapun bahanya dari yakut(mutiara) yang merah,tiangnya dari perak yang putih dan zabarjud yang hijau.Ia mempunyai tiga buah koncer dari cahaya.Satu koncer di timur,satu koncer di tengah-tengah dunia dan satunya dibarat.Pada koncer itu tertulis tiga baris.Baris pertama ialah :Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang".Kedua "Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam" dan ketiga:"Tidak ada Tuhan selain Allah,Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun,di samping 70000 bendera.Setiap satu bendera di bawahnya terdapat 70000 barisan malaikat.setiap barisan terdiri dari 50000 malaikat yang bertasbih kepada Allah.Imam Al-Jurjani menerangkan bahawa bendera kepujian ini akan dipasang disisi Nabi Muhammad s.a.w.Para mukminin berada di kanan kiri bendera Nabi,sedang orang kafir berada dalam peristirehatan neraka selama bendera pujian itu dipasang dan berkibar,Jika bendera itu dipindahkan maka dikala itu orang-orang kafir akan dihalau ke neraka.
Di saat itulah bendera-bendera dipasang oleh pemimpin kebenaran dan di bawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya.Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh:
1.Liwaus Shidqi = bendera kebenaran,dikibarkan oleh sayidina Abu bakar Ash-shiddiq bgi semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera ini.
2.bendera Fuqaha' =Untuk sayyidina Mu'adz bin jabal.Bagi semua orang alim fiqih akan berada di bawah bendera ini.
3.Bendera Zuhud =untuk Abu Dzar.bagi semua manusia yang menjiwai dan membudi daya dengan zuhud akan berada di bawah bendera ini.
4.Bendera derma =untuk Sayyidina Usman bin 'Affan.bagi para dermawan akan berada di bawahnya
5.Bendera Syuhada' =Untuk Sayyidina Ali.bagi setiap orang yang mati syahid akan berada dibawah bendera ini
6.Bendera Qurra' =Untuk Ubayya bin Ka'ab.Bagi para Qari akan berbaris di bawah bendera ini.
7.Bendera Mu'adzin =untuk sahabat Bilal .Bagi para mu'adzin akan berada di sini
8.Bendera orang orang yang terbunuh dengan aniaya untuk sayyidina Husain.Bagi orang-orang yang terbunuh dan teraniaya akan berada disini.
Sampai sini dulu aku nak berkongsi dengan korang semua keadaan di padang mahsyar,suatu alam yang PASTI kita lalui.Akan bersambung lagi pada sesiapa yang berminat nak baca,lepas ni aku akan bagitau tentang BERJALANNYA SIDANG MAHKAMAH ALLAH DI PADANG MAHSYAR.
P/S:Ilmu harus dikongsikan,bukan disorokkan (:
6 comments:
Assalamualaikum, kak Dya. Boleh tak nak mintak share post akak ni kat blog saya?
Assalamualaikum., Kak Dya.. I need permision to share your post in my blog.. Boleh ker? Sunnguh menyentuh hati kak..
boleh syg.letak credit skali ea (:
okey kak. thanx so much ! ... :)
Terbaiklah...saya betul2 dpt mendalami dan dpt "merasa" akan suasana ketika dipadang mashyar itu...sekian...
Terbaiklah....sesungguhnya,saya dpt "merasakan" tentang suasana di padang mashyar itu...
Post a Comment