I appreciate them.

Thursday 27 September 2012

WAJIB BACA!Perkara yang telah terjadi pada manusia menurut Al-Quran.Sesungguhnya janji Allah itu benar.


Assalamualaikum
Hai semua.*sambil lelambai dalam nada excited*.Apa khabar?soalan yang sama setiap kali awal entri.Aku mintak maaf banyak-banyak sebab rasanya dah lama ni aku tak update blog ni kan?Kesian dekat korang yang menunggu entri daripada aku.*eh ada ke yang menunggu?*.Nak dijelaskan dekat sini,sekarang ni aku agak busy dan penat sebab aku wanita bekerjaya sekarang ni.*padahal aku praktikal je pon*.Eh kalau praktikal pon aku dah habis belajar dah.Bulan 3 tahun depan insyallah aku konvokesyen.Mohon datang bawak bunga 15kuntum okay.

Pada entri aku kali ni,aku nak kongsikan dekat semua,apa yang dikatakan oleh Allah dalam Alquran telah terjadi dan semuanya benar belaka.Siapa yang berani nak menindakkan Al-Quran?Siapa berani?Tak berani kan?Tapi cuba fikir balik,kita cakap kita sayang Al-Quran,kita sayang islam,kita baca Al-quran tapi kenapa kita bukak aurat tak kesahlah lelaki ke perempuan,kenapa kita suka tinggalkan solat,buat maksiat.Kenapa?macam tu ke nak dikatakan kita sayangkan Al-quran,Allah,islam dan Nabi Muhammad?Cakap pakai air liur bolehlah.Cuba buat,buktikan!



Aku akan kongsikan beberapa ayat dalam Al-quran dan telah pon terjadi dalam dunia sekarang dan pada kita semua.Bila aku baca aku rasa sedih.sedih sangat sebab apa yang dijanjikan Allah itu benar.Alquran ini bukan direka-reka manusia,tapi daripada Allah!

1. “Apakah pantas mereka mengatakan dia(Muhammad) yang telah membuat-buatnya?katakanlah,”Buatlah sebuah surah yang sama dengan Alquran,dan ajaklah saja di antara kamu yang membuatnya selain Allah.Jika kamu orang-orang yang benar”
(Surah Yunus ayat 38)

Subhanallah dalam ayat ni Allah mencabar sesiapa sahaja yang meragukan Alquran untuk membuat satu surah,satu surah je untuk membuktikan yang kita mampu buat lebih baik daripada Alquran.Aku pernah baca satu kisah dulu dan ini kisah benar bukan kisah yang direka-reka.

Terdapat seorang pemuda islam yang diajak untuk masuk agama kristian,dan paderi tu janji nak bagi macam-macam hadiah,jadi lelaki tadi tertarik dan menerima ajakan paderi tersebut.Tapi untuk mendapatkan semua tu,paderi tu meminta lelaki tadi untuk mengubah surah Al-Ikhlas.

“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [ 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [ 4]

Pendek je kan surah Al-Ikhlas ni?Jadi lelaki tadi cuba untuk mengubah ayat Allah ini,ternyata tak boleh,macam-macam cara lelaki itu cuba untuk mengubah ayat tersebut,Lalu lelaki tadi putus asa.Ayat Al-quran memang tak boleh diubah kerana memang dijaga rapi oleh Allah dan menjelang kiamat kelak,ayat-ayat Alquran ini akan diangkat kembali.Jadi semua,jangan tinggalkan Alquran walau sesaat,baca satu surah sehari sebelum ayat Al-quran ni diangkat oleh Allah semula,masa tu menyesal pon tak berguna.Alquran akan menolong kita di akhirat kelak,jadi bacalah!


2. “Bagi mereka kesenangan sesaat didunia selanjutnya kepada kamilah mereka akan kembali,kemudian kami rasakan kepada mereka azab yang berat kerana kekafiran mereka”
(surah yunus ayat 70)

Ayat ni memang dah terbukti pon sekarang ni kan?Berapa ramai memikirkan dunia ni untuk selamanya,berapa ramai yang selalu meninggalkan solat?berapa ramai yang lupakan Allah bila mereka senang?Ramai kan?Sebab mereka tak sedar yang dunia ni hanya sementara,Allah dah kata dunia ini hanyalah tempat senda gurau jika kita ketahui,masalahnya sekarang ramai yang dok fikir dunia ni selama-lamanya,tak sedar ke kita yang sekarang ni dah banyak sangat tanda-tanda kiamat telah tiba?

3. “dan musa berkata “Ya Tuhan kami,Engkau telah memberikan kepada firaun dan para pemuka kaumnya hiasan dan harta kekayaan di dunia.Ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalanMu.Ya Tuhan,binasakanlah harta mereka,dan kuncilah hati mereka.sehingga mereka tidak beriman dan melihat azab yang pedih”
(surah yunus ayat 88)

Kita kena tahu,kebanyakkan orang kaya ada dalam neraka lebih dari orang miskin.Kenapa?Sebab kebanyakan orang miskin ni,dia kurang terdedah kepada maksiat,dia lebih berserah kepada Allah,aku cakap kebanyakkan oke bukan semua,Orang miskin ni banyak yang rendah diri.Manakala orang kaya pulak,kebanyakkanya selalu lupa untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan selalu lupa untuk keluarkan zakat,selalu melupakan tanggungjawab mereka.


4. "Dan apabila manusia ditimpa bahaya,dia berdoa kepada kami dalam keadaan baring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali

(ke jalan yang sesat),seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya"
(surah yunus ayat 12)

Memang sangat betul ayat diatas,manusia memang mudah lupa,lagi-lagi bila dapat nikmat,masa susah baru nak cari sejadah,baru nak bersujud pada Allah,tapi bila dah senang,semuanya dilupakan.Kita pandai cakap dekat kawan kita “Ah kau susah baru nak cari aku kan,bila kau senang ada kau nak datang kat aku?ada kau nak kawan dengan aku?”.Oh kalau dengan kawan pandai pulak nak cakap macam ni.Tapi tahu tak kita,kalau kita ingat pada Allah,Allah akan ingat pada kita,tapi kalau kita lupa pada Allah,Allah akan lupakan kita jugak.Adil dan saksama kan?

5. “Kemudian setelah (nuh) kami utus beberapa rasul,kaum mereka(masing-masing)maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan yang jelas,tetapi mereka tetap tidak mahu beriman kerana mereka telah biasa mendustakannya.demikianlah kami mengunci hati orang2 yang melampaui batas”
(surah yunus ayat 74)

Baca ayat diatas ni.Allah mengunci hati orang-orang yang melampaui batas.Kita semua pernah kan jumpa orang macamni,apa sekali nasihat atau kebenaran yang kita tunjuk,hati dieorang tetap taknak terima,tetap nak cakap kita ni salah.Kenapa?sebab Allah telah membutakan mata hati dan mata dieorang untuk melihat kebenaran kecuali kalau mereka betul-betul telah bertaubat.Sebab tu kalau pendakwah atau kita sekalipon keluarkan fakta,mereka akan cakap “ala kau ni nanti aku bertaubatlah tua nanti,entah betul entah tak apa kau cakap ni”.Kan?

6. “Dan kami selamatkan Bani Israel melintasi laut,kemudian firaun dan bala tenteranya mengikuti mereka,untuk menindas mereka.Sehingga firaun hampir tenggelam dan berkata “Aku percaya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai bani Israel dan aku termasuk dalam orang-orang muslim(berserah diri)"

Mengapa baru sekarang kamu beriman padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termausk orang yang berbuat kerosakan.

Maka pada hari ini kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu tetapi kebanyakan mansia tidak mengendahkan kekuasan kami.”
(Surah yunus ayat 90-92)





Jasad yang telah diselamatkan adalah jasad firaun,setelah firaun tenggelam jasadnya ditemui di tepi pantai oleh orang-orang mesir dan diawet sehingga sekarang.Firaun sendiri dah tahu kebenaran islam,dah nak mati baru nak bertaubat.Kita nak jadi macam firaun ni ke?Nak jadi orang yang rugi macam firaun?nak duduk neraka setingkat dengan firaun?Benar kan janji Allah?Sekarang ni kita dapat tengok mayat firaun kan?betul atau pon tidak?Dalam Al-quran dah cakap dah.Jadi ayat mana yang kita nak dustakan?Oh lupa nak dustakan ayat tentang tutup aurat,tak dapat hidayah lagi?itu yang kita nak dustakan?

7. “Kitab Alquran ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa”,
“Dan mereka yang beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadamu  Muhammad dan kitab2 yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat”

“Merekalah yang mendapat petunjuk dari tuhannya dan mereka itulah orang2 yang beruntung”
(Surah Al baqarah ayat 1,4,5)

Dah terang benderang Allah nyatakan dekat sini yang Alquran ini adalah petunjuk.Kenapa kita selalu beri alasan kita tak dapat petunjuk lagi?maknanya kita nak cakap yang kita tak dapat AlQuran lagi ke macam mana ni?Kita yang confius kan diri kita sendiri ke macam mana?ke kita ni memang jenis orang yang suka bagi alasan?Ayat di atas jugak dah cakap kalau kita bukak dan baca Alquran,kita akan dapat banyak petunjuk.So aku nak Tanya,sebelum kita cakap kita tak dapat petunjuk,cuba renung balik,baca Al-quran dak untuk cari petunjuk?Ke suka pergi buat maksiat untuk dapat petunjuk?Lepastu mulalah membebel yang kita tak dapat petunjuk.Masih nak cakap tunggu hidayah jugak?Meh nak bagi ayat lagi dua,bukan lagi satu tapi dua.


“Hai nabi,katakanlah pada isteri-isterimu anak-anakmu,isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka melabuhkan jilbab(tudung yang labuh menutup dada) ke tubuh mereka”
(surahal-ahzaab ayat 59)

“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka,putera-putera mereka,putera-putera suami mereka,saudara-saudara lelaki mereka,putera-putera saudara lelaki mereka,putera-putera saudara perempuan mereka,wanita-wanita merka,budak-budak yang mereka miliki,pelayan-pelayan lelaki yang tidak punyai keinginan terhadap wanita atau anak anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita”
(surah an-Nuur ayat 31)



Herm tak dapat hidayah lagi?nak cakap jugak yang kita tak sedia?tak sedia?Meh aku bagi lagi satu ayat AlQuran


8. "Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" 
[Surah al-Jumu'ah ].

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati.  Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).  Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
 [Surah al-Anbiyaa].



Eh ada dua ayat Al-quran aku bagi rupanya.Nak ke mati sebelum dapat petunjuk yang korang cakap tu la?Nak ke?Sebab mati itu benar,dan takkan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

9. Dan diantara manusia ada yang berkata”kami beriman kepada Allah” tetapi apabila disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah dia menganggap cubaan manusia itu sebagai seksaan Allah.Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu maka mereka akan berkata,”sesungguhnya kami bersama kamu”.Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?
(Surah Al Ankabut ayat 10)

Apa yang dikatakan Allah ini sangatlah benar,bila ditimpa ujian sikit,contohnya kucing yang paling kita sayang kena langgar dengan manusia yang tak bertanggungjawab.*nak bagi contoh manusia macam kejam sangat*,kita akan cakap “kenapa kau amek anak kucing aku Ya Allah?kenapa kau tak amek anak kucing orang lain?kenapa mesti anak kucing aku?Kenapa!!!”.kita merintih seolah-olah kita anggap itu adalah sesksaan dari Allah,tapi itu adalah ujian,tapi bila masalah tu dah selesai,lain pulak perangai kita.Ikhlas ke tidak kita beriman?Subhanallah jauhkanlah dari kita semua….

10. “Sesungguhnya  orang-orang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka,mereka tidak dapat memberi mudarat sedikit pon pada Allah,dan kelak Allah hapus segala amal mereka”
(surah Muhammad ayat 32)

Dah terbukti memang ramai sangat orang kafir yang suka menghalang manusia yang lain untuk ke jalan Allah.Macam-macam agenda mereka dah buat,tapi kita still tak Nampak dan kita still cakap itu adalah kebetulan.Lagi satu contoh adalah,wanita betudung nak mintak kerja,dan syarat company tu adalah wanita tu kena bukak tudung,itu maknanya dia dah menghalang wanita tu dari jalan Allah.

Orang kafir ni kalau buat amal macam mana baik sekalipon tidak akan dipandang Allah,tapi kalau islam,walaupun kita buat sebesar zarah kebaikan Allah tetap akan membalasnya.Umat islam sekarang ni banyak sangat ditimpa ujian,terbaru filem innocence of muslim yang dibuat untuk menghina Kekasih Allah,cinta hati kita iaitu Nabi Muhammad saw,jangan ingat Allah tak bagi balasan pada mereka tu,mereka tu betul,tapi Allah hanya menangguhkan balasan tersebut,bila Allah turunkan balasan tu,mereka pasti akan terkejut beruk sebab balasan yang Allah bagi ketika itu sangat besar.

Kita sebagai umat islam wajib menentang orang kafir .Allah dah terangkan dalam Al-quran ,

“wahai orang yang beriman!perangilah orang2 kafir di sekitar kamu dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu dan ketahuilah Allah brsama2 orang bertakwa."
(Surah yunus ayat 124)

sampai disini dulu perkongsian ayat-ayat dari Alquran,jomlah sama-sama kita amek pengajaran dari semua ni,Insyallah kalau ada masa dan panjang umur aku akan kongsikan lagi ayat-ayat Al-quran untuk direnungkan.Sesungguhnya janji Allah itu benar!
Dan lagi satu ayat yang aku ingin kongsikan adalah

“Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia(kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar…”
(Surah ali Imran ayat 110)

Memang kita adalah ciptaan Allah yang terbaik,umat yang terbaik,Allah sendiri cakap kita adalah yang terbaik,tapi betulkah kita ini umat yang terbaik?Betulkah?dengan buat maksiat,dengan melanggar perintah Allah,buat apa yang dilarang,terbaikkah kita?Fikirkan.



Dan akhir sekali
Mengapa doa kita tidak dimakbulkan sedangkan Allah telah berjanji akan memakbulkan doa orang-orang yang merintih padaNya.

Cuba fikirkan:

Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya. 
Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya. 
Kamu kenal Shaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya. 
Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnah baginda SAW. 
Kamu mengaku mencintai Syurga, tetapi kamu tidak berusaha mndapatkannya. 
Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa. 
Kamu berkata, Sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya. 
Kamu sibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu. 
Kamu makan dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur pada-Nya. 
Kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.



Monday 3 September 2012

Dugaan apa yang kita akan terima apabila kita berubah?

Assalamualaikum

Boleh tak hari ni aku nak straight to the highway?tapi tak straight sangat ada selekoh sikit.Ramai betul yang message aku tanya pada aku macam mana nak jadi kuat dan apa dugaan yang aku dapat waktu aku berubah,dan ada jugak yang tanya pada aku macam mana nak berubah?Alhamdulillah kamu ada niat nak berubah tapi kalau niat je,tapi tak usaha,perubahan itu tak akan berlaku.Yela setiap benda yang kita nak kita kena usaha kan?Tapi kalau kita nak berubah kenapa kita tak berusaha?Gitteww.

Baiklah,marilah aku telitikan satu-satu dugaan apa yang kita dapat waktu kita berubah ke arah kebaikan,ke jalan Allah.Ingat!Dugaan ini untuk menjadikan kita lebih matang dan belajar dari sesuatu.Hidayah tu bukan datang bergolek-golek macam bola,tapi kita yang kena usaha untuk mendapatkan hidayah itu.Walaupun kita berubah sebab takut akan mati,takut akan kiamat,itu bagus kerana itu bermakna kita takut akan Allah.Teruskan usaha mencari hidayah itu.

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2:286)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka"(Surah Ar-Rad:11)



#Kawan yang sama-sama keluar dan gelak ketawa akan meninggalkan kita
Well,aku rasa ni semua akan dirasai oleh semua orang yang baru berubah,tapi tak kurang jugak yang support,ada jugak yang menjatuhkan.Kawan-kawan yang dulunya gelak ketawa,yang hangout sama-sama dengan kita dulu,perlahan-perlahan akan hilang dari mata kita nanti,Kenapa?Sebab mereka fikir yang kita ni dah pelik dah tak sekepala dengan mereka,dah tak boleh dibawak keluar jalan-jalan.Ada jugak yang cakap "Ko dah berubah?Ala..kenapa kau berubah?Lepasni susahlah nak bawak ko g mana-mana"."Ko kalau nak keluar dengan kiteorang jangan pakai macam ni dan macamni".Agak-agak kita lah,kawan yang baik ke macam tu?kawan yang baik akan membawa kita ke arah kebenaran,jalan Allah bukan menjahanmkan kita,bukan kondem kita.Ada yang akan cakap kita ni berlagak bagus,ada yang lama-lama nanti takkan bercakap dengan kita .Itu sudah biasa.Kemanisannya akan tiba bila Allah akan mengurniakan kita kawan yang lebih baik dari kawan yang sebelumnya,bukan satu tapi seribu.Buktinya?Akulah buktinya.Ini gambar kawan-kawan baru aku.Rancangan Allah telah menemukan kami.Sebab tu jangan risau kalau kehilangan kawan,risau bila hilang Allah oke ?



#Dikatakan menunjuk-nunjuk
Bila dah berubah,bila kita kongsi dekat orang kisah kita,orang akan cakap yang kita ni menunjuk-nunjuk.
"Ala,kau pon dulu macam baik,dulu jahat jugak".Macam-macam yang kita akan dengar dari mulut orang.Semua yang dekat sini ada facebook ada twitter kan?kalau kita post pasal hadis,pasal sunnah,nasihat,gambar mesti ada je yang cakap kita menunjuk.Katanya "kalau nak berubah,hati tu penting,takpayahlah nak menunjuk-nunjuk yang diri tu dah berubah."Mindset apa ni?Kalau yang tak berubah tu post gambar tak cukup kain,takde pulak dia nak tegur cakap "kalau nak pakai tak cukup kain tu takpayahlah nak menunjuk-nunjuk".*EH?Orang yang cakap kita menunjuk bila berubah ni akan membuatkan kita rasa down sikit.Betul tak?Tapi ingat ini hanya dugaan Allah untuk lihat kita ikhlas atau tak nak berubah.Biarkan mereka berkata mengikut pendapat syaitanTapi takpelah.Hanya Allah yang tahu niat kita,mulut manusia memang kita tak boleh nak tutup kan?Biarkan mereka.Bersabar.Berdoa semoga mereka dapat hidayah.

#tak boleh menegur orang
HAaaaaa Yang ni biasa sangat terjadi ni.Bila kita dah berubah menjadi orang yang lebih baik,dan kita merasakan ada tanggungjawab terpikul dibahu kita,maka kita pon tegur lah orang tu jangan buat perkaara macam ni macam tu dan macam ni.Apa yang dibalasnya ?Ada yang akan cakap terima kasih sebab tegur tapi ada jugak yang akan cakap "Ko siapa nak tegur aku?diri sendiri tak betul ada hati nak tegur orang"
Hai sahabat ku sekalian,selagi nama kita islam,kita layak tegur saudara kita yang lain,sila tengok hujah yang dia sampaikan bukan tengok diri dia.Fahamkan?Kalau hanya orang yang sempurna sahaja boleh menegur dan perbetulkan silap orang lain,maka nanti takde siapa yang akan berubah sebab memang tak ada manusia sempurna di muka bumi ini.

#Sombong dan tak cantik
"Kau ni sombongkan sejak dah pakai macamni?ko tahu tak ko nampak gemok bila pakai macamni?ko nampak selekeh!Tak cantekla!Cuba pakai betul-betul."
Biarlah orang nak cakap kita tak cantik,kita pakai baju besar kita nampak gemuk,tapi kita dah jalankan tanggujawab kita sebagai orang islam.Its' okay kalau kita dapat kata-kata macamni,sekurang-kurangnya,ayah kita terlepas dari seksaan neraka di sana kelak.Kat dunia ni kita dah banyak susahkan ayah kita,takkan dekat akhirat kita nak susahkan dia lagi.Ye dak?

#Dipandang pelik,
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234)

Lepas berubah tu semua orang dah takut dah nak dekat dengan kita,semua dah macam "What the fish?Why dia dah berubah macam ni?Nampak peliklah kau pakai besar-besar macam ni,pakai songkok,tudung labuh.."
Biasalah dunia sekarang ni,bila kita betul-betul ikut cara islam dikatakan kita pelik dan kolot,bila kita ikut cara barat diakatanya kita ni up to date.So jangan risau ye kalau kita dipandang pelik sebab dah berubah,itu perkara biasa,Kita beruntung sebab kita orang-orang yang asing,orang yang sudah banyak pupus di akhir zaman ini. :)

Masih takut untuk berubah?Well Allah telah bagi kita banyak peluang banyak masa sebab nyawa kita masih dibadan.Masih takut untuk mulakan perubahan?Masih tak jumpa hidayah?Hidayah itu telah ada dalam Al-quran.Masih mencari alasan untuk tidak berubah?Bagaimana jika Allah mengambil nyawa kita saat kita masih belum berubah?

P:S/fikirkan dan renungkan.sampai bila kita nak enjoy,sampai bila kita nak tinggalkan solat?Sampai bila kita nak dedahkan peha,betis,badan kita pada khalayak ramai?Kata sayang islam?mana buktinya?MANA?


Pada yang baru berubah,teringin berubah atau sudah berubah,jemput join kami #TeamHijrah.Kami alu-alukan anda,disini kami berkongsi ilmu dan kisah-kisah kami.jemput!