I appreciate them.

Monday 5 March 2018

DAMN HONEST REVIEW: SAFI RANIA GOLD SERIES

Assalamualaikum.

Memandangkan aku tengah rajin ,mohle aku share skincare yang pernah aku pakai.Btw Kulit aku ni jenis combination.Kekadang oily ,kekadang kering.Senang cerita kulit aku ni jenis confuse dan takde pendirian diri.Ahakssss.

Umur aku pulak dah late 20.Im so sad.Lagi 2 tahun nak masuk 3 series.Ya Allah cepatnya masa berlalu.Dosa banyak lagi .*Insaf kejap.So 2 years back I was thinking that this is the right time for me to use anti aging product.

Ramai dari kalangan kita ni berpendapat yang mereka perlu menggunakan anti aging product selepas usia mencecah 30an.Apesal skema sangat bahasa tetiba ni?Anyway ramai sangat yang cakap "alaaaa aku muda lagi.Takde kedutan pon.So takpayahlah nak pakai product anti aging ni.Produk ni untuk orang tua je".

Sis silap sis.Prevention is better than cure.Dah kalau muka tu kedut seribu macam mana nak cure kedut tu sis?

Disclaimer
Aku tidak disponsor untuk entri ni ,aku beli semua produk ni menggunakan duit titik peluh aku sendiri.Setiap review dalam entry ni adalah ikhlas dari jiwa raga ku.Dan gambar aku google je.Malas nak tangkap gambar.Ahaksss



Cleanser
Aku ada 3 botol cleanser safi rania gold ni dekat rumah aku.Kau Ghase?Sebab aku suka sangat texture cleanser ni yang sangat lembut,tak kasar dan tak memedihkan kulit.Aku siap mix lagi dengan cleansing milk untuk rasa lebih lembut.Nora bagi 5bintang.



Toner
Okay to be honest aku tak berapa nak suka toner ni sebab aku perasan tiap kali aku pakai toner ni,keesokkan harinya kulit aku akan kering dan menggelupas.Mungkin tahap alcohol yang tinggi.Untuk toner its a No No No .So better cari toner yang tinggi kandungan air okay guys.


Scrub
Sukaaa.Lepas pakai immediate effect kulit jadi halus,mulus bak tulusnya cintaku padamu.

Serum peminum wajah
Ye aku tak salah nama.Memang nama dia gitu.Korang jangan pulak minum serum ni ye.Ini untuk kulit.Selama aku pakai or skip,ia tak memberikan perbezaan yang ketara sangat.Serum peminum wajah ni macam something untuk get ready before ko apply others produk gituu.



Essence
Aku suka jugak yang ni sebab texture dia lebih kepada air dan cara nak pakai,ko dab dab je dekat muka.Memang best .Aku pernah cuci muka,toner dan pakai essence je,esok pagi muka cantik macam NurSajat.Ehhh


Beauty Elixr
Omaigod.This is my favourite thing ever in this line.Aku selalu pakai Elixr ni sebelum aku apply foundation.Ataupun aku akan mix dengan foundation.Oleh kerana texture dia macam oily sikit,So kalau mix dengan foundation ,memang akan nampak glowing gila foundation korang.Aku memang guna beauty elixr ni sampai sekarang.Paling penting, elixr ni ada vitamin C.As you know kulit kita tak boleh hasilkan Vitamin c dengan sendirinya.So this is one of our option


Krim Malam
Jangan Risau.Krim malam ni tak macam krim malam yang berwarna hijau,kuning,biru semua tu.Krim malam ni berwarna putih,tidak melekit,bau dia pon nice-nice gitteww. So far okay je dekat kulit muka aku.Macam biasa esok pagi je kulit rasa lembut ngat ngat.Ini yang kita mahu okay gais!



Krim mata
Aku ni jenis selalu derhaka dekat skincare routine aku.Kekadang aku apply.kekadang aku skip. Mata aku ni pulak takdelah jenis eyebag yang teruk.Tapi macam aku cakap tadi.prevention is better than cure.Nora bagi 4 bintang untuk krim mata ni.


Okay tu jela kot tahap kerajinan aku untuk menaip.This product might works for me and might not works for you.Kalau korang dah beli and pakai ,lepastu tak sesuai,jangan nak datang maki aku pulak.First thing first KNOW YOUR SKIN TYPE.

Kbai korang .Selamat mencuba!!!

20 comments:

Hans Hanis said...

alhamdulillah kalau sesuai dengan kulit wajah

Nina Mirza said...

Suka gak pakai Safi Rania Gold ni... Harga pun berpatutan

Unknown said...

wow! dlu pernah guna, tapi pencuci je, yang sesuai ngan kita.

Ezra said...

Hai ,saya dari Indonesia,tadi ditawari produk ini sama SPG,abis tengok post ini,jadi nyesel kenapa tak beli tadi...

Shai MommyLotte said...

Antara produk yang paling lama bertahan dekat kedai. Mesti bagus ni :D

Kak Mahh said...

Dulu akak pernah guna produk ini. Sangat bagus. Malangnya sekarang ia tidak sesuai dengan kulit akak.

Maitra Tara said...

Di Singapura kalau mau beli kat mana?

ainShah said...

Kak mah...since pakai SRG ni kulit jadi kering sangat...x sesuai ka

Unknown said...

NTUC (Fair Price), cari bahagian cosmetics

Julia Johari said...

Cantik pakaging safi rania ni...

diaripink said...

Best safi rania gold ni.

athirahassin said...

bgs la sesuai dgn kulit..

Unknown said...

Toko warisan, albaraqab..

Karlkyra said...

Alhmdulillah so far kulit sy ok dgn SRG ni..tp sy just pakai pelembab .. essense..elixs..n serum dia.. ok sgt muka..stlh 5 thun break out.. sy x ambik toner n pembersih dll sbb ade produk yg dh serasi..mlas nk tukar2..sonok baca info2 dr bloger😉

Unknown said...

Yg buat jerwata sdh ada mba. Tp bukan seri yg gold tapi seri yg white expert. Selain buat nyembuhin jerawat, sama bisa buat ngilangin bekas jerawatnya juga

Unknown said...

ssuai utk bwh 25yo x?

Yaiiek naa said...

Letak lah price sekali...

Unknown said...

Saya beli safu rania gold serum 20ml. Tapi apa yang saja guna tak sampai 20ml. Telah membeli kali ke 3 dan perkara sama berlaku. Saya ambil tindakan dengan periksa betul betul botol tersebut, namun amaun nya bukan 20ml, tetapi hanya sikit saja iaitu di bahagian kepala pam. Manakala botol badan hanya hiasan. Sila ambil tindakan dengan perkara sebegini

Unknown said...

Nak try juga srg ni tp kulit kombinasi ni kadang2 kering, kadang2 oily..tu yg masih half2 lagi..takat ni baru semggu guna night cream srg..ok2 la..

Haney said...

baru beli serum peminum wajah..harap sesuai lah