I appreciate them.

Monday, 5 October 2015

Resepi Mudah: Roti John Simple

Assalamualaikum

Pernah tak korang kehilangan idea untuk buat breakfast atau makan petang?Aku selalu macam tu.Senang jee.Apa kata korang buat Roti John ?Senang je tau nak buat .Tak payah kalut nak pergi pasar tapi dapat roti john inti daging sikit.Kekadang tu bila makan,tak dapat dibezakan kita tengah makan roti john ke,roti telur? Blerghhh.

Baik buat sendiri,boleh adjust nak telur dan daging banyak mana,Baru puas hati.Suami dan anak-anak mesti suka.Cewahhh Aku ada suami je,anak anak belum lagi.Anak tekak aku ada.





Baiklah bahan bahan yang diperlukan ialah.
1.6 biji Roti Frankfurter
2.Daging hancur(Ayam/daging lembu). Ikut sukahati engkorang.
3.Telur 3 biji
4.Daun sup
5.Daun bawang(kalau ada)
6.Sebijik bawang merah
7.2 ulas bawang putih
8.Garam
9.Serbuk black pepper.
10.Serbuk kari ayam atau daging




1.Memula potong dadu bawang merah dan bawang putih




2.Lepastu ambil segenggam lebih daging hancur dan hancurkan lagi.

3.hiris manja daun sup.




4.Panaskan kuali lepastu masukkan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.kemudian masukkan daging hancur dan hancurkan lagi daging menggunakan senduk.Lepastu biarkan ia masak seketika,sampai hilang warna merah dekat daging




5.Kemudian masukkan kari ayam,ikut citarasa.kalau nak rasa berkari gila-gila masukkan banyak.Aku masukkan 1sudu lebih.


6.Biarkan seketika sampai daging masak.Nak ke makan daging mentah?kihkih:D




7.Letakkan garam dan blackpepper.



8.Lepastu masukkan semua ni kedalam telur dan kacau hingga sebati

9.Lepastu,yang ni optional,Sapukan butter dekat roti.





10.Kemudian masukkan sesenduk campuran daging ni ke dalam kuali yang rata.
And dengan sepantans kilat,letakkan roti atas telur,Kalau lambat,nanti telur tak melekat dekat roti.

11.Biarkan dalam beberapa minit,lepastu siappp!!!







Boleh makan dengan sos dan mayonis,letak berapa banyak yang korang nak.
Letak Cheese pon sedap jugak,meleleh-leleh cheese tu nanti.

Sedap dan senang kan?Apa lagi?Pergi dapur sekarang dan buat! Sebab bahan-bahan yang digunakan adalah sangat basic.

Kalau dah jadi tauke roti john,jangan lupakan aku.

Good Luck!!!

5 comments:

dalila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oo..senang je ghupenye wat roti john..

Farid Majid said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih atas resepi ini. Sangat sedap!

Gnit Ting said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq sebab share,mesti sedap ni

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih atas resepi ni....dah cuba dah....sedapppppp.....

Shikin Hashim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih sbb bg resepi ni...dah cuba...sedappppp