I appreciate them.

Friday 27 January 2012

SERAM.KAWASAN ARWAH DATO' MAZLAN DIKERAT 18 OLEH MONA FANDEY

Seperti yang telah dijanjikan.Aku akan update kisah seram kan?Tapi sebelum tu please alert,blog aku bukan pasal seram je,tapi pasal agama dan macam-macam lagi.



Masih ingat pada Mona fandey?Seorang bomoh yang sangat terkenal dengan ilmu hitam?Tengok muka dia pon dah boleh nightmare kan?Aku pernah pergi ke rumah yang dikatakan rumah Mona fandey di seksyen 12,shah alam,Korang boleh tengok entri tu di sini ( SERAM.RUMAH MONA FANDEY.Eh yeke?  )
Tapi ada yang kata tu bukan rumah Mona fandey,tu rumah orang india yang ditinggalkan dan kawan seksyen 12 tu memang kawasan yang terawal di shah alam,design rumah banglo disitu pon,old fashion sangat.Ada istana di situ,istana yang telah ditinggalkan,agak besarlah jugak.Malam or maghrib kawasan seksyen 12 akan start sunyi.Ada jugak yang mengatakan ramai orang suka buang benda belaan di kawasan seksyen 12 tu.

Berbalik kepada kes Mona Fandey,Mona fandey,38,affandi,37 dan pembantunya Juraimi,24 didapati bersalah kerana telah membunuh ramai orang dan yang paling kejam,dia telah mengerat badan Allahyarham Dato' Mazlan kepada 18.Tapi aku dengar cerita,Mereka ada kerat mayat seorang perempuan,dan mayat tu dijumpai di rumah yang lain,yang tu aku tak sure.Mereka bertiga didapati bersalah dan menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,Allahyarham Dato' Mazlan di sebuah rumah tanpa nombor di kampung peruas,Hulu Dong,raub di antara jam 11 malam 2 julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.Masa ni umur aku baru masuk 3 tahun.Di rumah tak bernombor itu juga,polis telah menjumpai anggota badan Allahyarham Dato' Mazlan yang telah dikerat 18.Kenapa Allahyarham menggunakan khidmat Mona Fandey?


Dipercayai Allahyarham telah lama kenal dengan Mona Fandey,dan Allahyarham menggunakan Mona fandey kerana ingin cepat kaya Gambar ni menunujukkan tongkat sakti dan songkok hikmat milik Affandi yang bernilai 2.5 juta hengget dan harus dipakai masa upacara spiritual,Affandi telah menjualnya kepada Allahyarham dengan cengkeram RM 500,000 dan Allahyarham juga telah menyerahkan geran tanahnya yang bernilai RM 2juta sebagai baki bayaran,Benda alah ni dikatakan boleh membuat Allahyarham menjadi menteri besar.Correct me if im wrong.




kali terakhir Allahyarham dilihat adalah pada 2 julai 1992.Pada 18 Julai 1993,laporan telah dibuat oleh bekas ketua UMNO bahagian Raub,selepas Allahyarham tidak muncul di beberapa majlis.Mona Fandey dan suamninya ditangkap di Wangsa Maju pada 20 julai 1993,manakala pembantu Mona fandey,Juraimi ditangkap 3 hari selepas itu.Mona Fandey dengan laki dia lepas pergi karaoke kot masa tu.*huehue.Okay tak lawak.
Waktu perbicaraan ramai yang cakap "Mona makin lawa! Mona makin Lawa!".Mona Fandey seorang yang sangat suka bergaya.Kadang-kadang di waktu perbicaraan,pakaian Mona fandey terlalu seksi,nasib baik hakim tak kata apa-apa.Ada yang cakap Mona pakai pemanis pejadah haram semua,tapi mengikut fakta mahkamah,Mona fandey membuat beberapa pembedahan plastik di muka.Dr Wong,Doktor yang membedah muka Mona Fandey menyatakan yang Mona Fandey meminta untuk menjadikan wajahnya menjadi lebih muda dan cantik.Cantik ke Mona Fandey?Pada pandangan aku,seram.

Alat yang digunakan


Aku taknak cerita banyak pasal Mona Fandey sebab dalam entri aku yang lama pon aku dah cerita pasal Mona Fandey.Yang aku nak cerita sekarang ni,macam mana Mona Fandey,Affandi dan Juraimi memotong Allahyarham.Gambar di atas adalah bahagian badan Allahyarham yang telah diekerat 18.tertuduh pertama adalah pembantu Mona Fandey iaitu Juraimi,tertuduh kedua adalah Affandi,tertuduh ketiga adalah Mona Fandey.Juraimi mengaku telah menetak Allahyarham .Dalam kenyataan Juraimi. "saya tetak leher Dato Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi."Juraimi mengaku lagi yang dia memotong sendi dan melapah kulit serta daging selepas mendapat arahan dari Affandi.Perlu diketahui bahawa juraimi adalah seorang pembantu yang setia,jujur dan amanah tapi lakhanat.Kemudia Juraimi masukkan Tulang dan daging ke dalam baisn dan curahkan ke dalam lubang stor yang telah digali seminggu lebih awal.Langkah terakhir yang dibuat Juraimi adalah menyimennya.Menurut Juraimi lagi kejadian itu telah dirancang oleh Mona Fandey dan Affandi di rumah milik Allahyarham di kampung peruas.Juraimi mengerat,menyelesaikan segalanya dalam masa setengah jam SAHAJA.

baju biru ialah Allahyarham
Juraimi
Affandi,suami Mona Fandey

Mula-Mula Allahyarham diminta oleh Mona Fandey untuk memakai kain sahaja seelum masuk ke bilik air.Affandi pula membawa dua biji bantal dan selimut dan sudah bersiap sedia di dalam bilik air tersebut.Kemudian,Allahyarham diarahkan untuk berbaring,dan Mona Fandey duduk di bahagian kepalanya sambil Mona Fandey meletakkan bunga di kepala Allahyarham.Ketika Allahyarham dalam keadaan macamtu,Affandi berkata kepada Allahyarham "Dato baring,nanti ada suara ghaib berkata,duit sebanyak ini akan jatuh".Orang kalau nak cepat kaya macam-macam sanggup buat,perbuatan syirik pon sanggup.Lepastu Affandi menutup mata mazlan dengan tangannya,kemudian Affandi memadam lampu dan menyalakan lilin dan berkata pada juraimi.JAP Sebelum tu nak bagitau Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.

Nak tahu tak?Ala malula nak cerita,Tapi cerita jugak la eh,Buah zakar Allahyarham didapati hilang.Macam mana boleh hilang?entah.*Ala malula nak cerita.kahkah.Dr yang telah melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham mengatakan yang bahagian betis kedua dua kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan Allahyarham hilang,lapisan dinding lemak pada abdomen pon hilang,hati,pundi hempedu,buah pinggang  dan usus dalam proses pembusukkan.Badan Allahyarham telah ditetak kepada 18 bahagian iaitu bahagian kepala yang telah dipisahkan daripada leher.bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada  bahagian ketiak,serta kedua-dua kaki tercerai pada pangkal peha.Bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pergelangan tangan dan siku sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian.Kaki kiri dan kanan jasad terputus kepada tiga bahagian iaitu pada peha,lutut dan buku lali.Ada yang cakap bahagian yang hilang tu dimakan oleh mereka.WallahualamSeram nehhh.

saat pengebumian Mona fandey

Sebelum Mona Fandey dihukum gantung sampai mati,dia ada mengatakan "I'm very Happy now".
Affandi pulak cakap :ini keputusan mahkamah bukan keputusan Tuhan,saya cuma minta maaf to God.I'm not the one who do it,but the one who do it (sambil merujuk pada Juraimi)"
Nota terakhir dari Mona Fandey adalah "saya ingin mati bersama suamiku"


Eh panjang pulak cerita aku pasal dieorang ni kan.Okay2 aku just nak bagitau kat korang apa yang berlaku sebenarnya dekat Mona fandey.Okay haritu aku dan dua orang lagi kawan aku dah rancang nak ke Kampung peruas,Hulu Dong,Raub,tempat dimana Mona Fandey membunuh Allahyarham Dato'Mazlan.Kami bergerak daripada Kuala Lumpur dalam Jam 3 lebih nak ke 4.Maklumlah nak ke tempat orang,jauh pulak tu,kena awal sikit,takut sesat pulak kan.Kereta aku tu pulak dah lah comel,sopan santun pulak tu,tu yang kami gerak awal.Sungguh teruja aku nak kesana sebab memang dah rancang daripada dulu untuk menjejakkan kaki ke Kampung Peruas.



Setakat nak ke bentong,aku tahu.Tapi kalau dah nak masuk ke Raub,aku confuse,so aku tanyalah kakak tol.nampak sangat aku bukan anak pahang.Setelah sampai di bandar Raub,heh macam biasalah aku bukan tahu sangat pon bandar Raub ni,so terpaksalah aku berhenti dan tanya pakcik jual durian,tapi bukan aku yang tanya,rakan aku yang tanya dimana Hulu Dong,lama jugaklah dia tanya,pakcik tu cakap ikut laluan nak ke kuala lipis.Sampai ke simpang,aku confuse lagi.Nak ke Kuala Lipis,kiri ke kanan.HAHA.Aku hentam masuk kiri,tapi aku tak sedap hati.so aku berhenti lagi dan tanya abang dekat kedai makan,dia cakap kalau aku lalu sini sampai lusa pon tak sampai.HUHU.setakat ni,bila kami tanya jalan nak ke Hulu Dong,semua orang buat muka pelik.Muka dieorang macam "eh budak ni nak cari apa kat Hulu Dong".kalau sesiapa tanya sekalipon kami akan jawab nak ke rumah makcik aku.


So aku terpaksa patah balik untuk menghala ke Kuala Lipis.Hulu Dong ni jauhlah jugak daripada pekan Raub,dalam 20 minit,kalau taktau jalan,maunya setengah jam.Kalau korang nak melawat Hulu Dong ni,daripada pekan raub,akan ada simpang kiri dan kanan,korang amik simpang kanan,lepastu terus je,sebelum sampai Hulu Dong,korang akan nampak kampung Gali,Kampung Durian sebatang,Lepastu korang terus je sampai puas hati,then korang akan nampak signboard nak ke Hulu Dong,maka ikutlah signboard tu,iaitu masuk ke kanan,lepas masuk ke kanan.dekat situ korang akan nampak balai polis dan kedai buku,korang akan naik bukit,ada simpang,masuk kanan.Huh.Penat taip direction.Macamlah korang nak pergi ye dak?

Masa aku sampai di Hulu Dong dalam jam 6 petang,sunyi semacam.Aku ada baca satu artikel,orang di Hulu Dong sendiri kata yang mereka tak berani nak lepaskan anak-anak mereka bermain diluar selepas kejadian Mona Fandey tu.Herm tapi aku tengok adalah jugak kanak-kanak main basikal,tapi tak ramai,Eh korang jangan salah sangka,aku tak sampai lagi di tempat kejadian iaitu Kampung peruas.Aku takut sesat,so aku berhenti untuk bertanya dengan makcik penjaga lembu,tapi dia tak bagi gambar dia dirakamkan.Aku terpaksa menyamar jadi student yang nak buat report tentang Mona Fandey,tapi makcik ni  ingat aku wartawan.Dia cakap"jauh lagi adik. buat apa adik nak pergi sana?Dah nak gelap ni.Herm seramlah adik tempat tu,tapi makcik rasa tempat tu dah kena roboh,tempat tu dalam semak.Ishh seramlah makcik!.Adik terus je,lepas jambatan adik akan nampak pokok koko banyak,ha dekat situlah rumahnya!". Apsal la makcik ni potong semangat aku je,bulu roma aku dah naik dah ni!Aku tekad untuk teruskan perjalanan,dekat situ lampu jalan boleh dikira dengan jari,jalan sempit,maklumlah jalan kampung,di kanan aku ada sungai.

Aku masih tak sure dimana rumah Mona Fandey membunuh Allahyarham walaupun aku telah masuk kampung peruas,makcik tu cakap lepas jambatan,Terpaksa,aku bertanya lagi sekali dengan penduduk di Kampung Peruas,sebab aku dah ke hulu ke hilir mencari rumah tu.Kemudian aku menahan dua orang budak lelaki,*mesti dalam hati budak tu camni sesuka hati tahan,hape ko ingat ko polis.Aku terpaksa jugak bertanya dimana kes itu berlaku.Muka budak tu terus berubah.Berubah kepada muka yang pelik dan takut "Kak buat pe nak pergi sana?waktu camni?Hari dah nak gelap ni kak.Akak terus je nampak jambatan,lepastu akak terus je lagi nanti akak akan nampak"Herm akak,peringatan eh,tempat tu bahaya,jaga diri eh". Hadoi bulu roma aku sekali lagi meremang.Aku cari lagi dan ikut macam budak tu cakap.



Lepastu aku jumpa dengan Lata Jarum,tempat mandi disitu,aku bertanya lagi sekali kepada orang yang ada disitu,tapi rupanya dia bukan asal kampung peruas,tapi kelantan,kunci dia hilang masa tengah mandi,kesian pulak.Aku nak tolong tapi nak tolong macam mana.Nasib baik dia cakap anak sedara dia boleh datang amik.Lega hati aku.Ada sorang kakak tu cakap kalau nak tahu,tanya ketua kampung,nama ketua kampung peruas,Jamaludin Husin,Tapi masa aku pergi tu dia takde,yang ada hanya adik dia.Aku terpaksar sekali lagi menyamar sebagai student wartawan yang ingin membuat report dan bila ditanya kenapa nak buat waktu macam ni,waktu gelap aku cakap sebab nak amek view malam.Alasan yang boleh diterima.
rumah penghulu

Adik penghulu ni terus berubah muka dan pelik sangat-sangat tambah muka takut dengan soalan yang sama dia tanya "buat apa nak pergi sana?" aku just cakap nak amek view malam dan nak buat report sambil tunjuk kad student aku.Aku mintak dia cerita apa yang telah jadi,tapi dia cakap dia taknak cakap apa-apa dan taknak komen or cerita apa-apa sekalipon,nama dia pon dia taknak bagitau,cara dia macam takut akan sesuatu.Aku nak amek gambar dia pon,dia tak bagi,Lepastu aku cakap takpelah bang,abang tunjuk jalan je eh.Dia cakap " ni semua atas tanggungjawab sendiri eh,tempat tu sangat bahaya dalam semak.Nanti adik terus je lepastu akan nampak dua rumah kosong,dan satu rumah mesra rakyat,lepastu rumah Makcik,sebelah rumah Makcik tu,kes Mona fandey tu berlaku.Rumah tu sebelum lubuk semak.tanggungjawab sendiri eh".


Sunyi jalan di kampung peruas.

Jam dah menunjukkan pukul 7.30 lebih,kawasan kampung peruas dah macam hutan yang sangat sangat sangat sangat gelap.Aku teruskan perjalanan,ikut arahan adik penghulu,dua rumah kosong,satu rumah rakyat.
Lepastu YES!jumpa!memang jumpa tapi sangat gelap.macam hutan,macam orang tu cakap rumah tu dalam semak.Aku parking depan rumah Makcik,lepastu tiba-tiba Makcik tu keluar,mungkin dia nampak lampu kereta aku,rumah Makcik tu hanya rumah kampung dan Makcik tu sangatlah tua.Aku bertanya tentang kes Mona Fandey,tapi Makcik atau nenek sebenarnya dia cakap "Makcik taktau apa-apa,masa kes tu jadi makcik dekat benta,seminggu lepastu baru makcik balik sini.Makcik tak berani nak cerita,taknak tambah-tambah.Memang rumah tu sebelah rumah makcik je,tapi makcik tak berani nak cerita apa-apa!".Tapi comel la Makcik ni sebab dia cerita dulu dia sekolah jepun.siap nyanyi lagu jepun lagi,maklumlah Makcik ni sebenarnya dah 80 ke atas tapi dia cakap dia muda lagi dan dia asyik ulang apa dia cakap dekat kawan-kawan aku.Aku tanya mesti ramai kan orang yang datang tanya pasal rumah Mona Fandey tu.Tapi Makcik tu cakap takde!awak sorang je!

Lata Jarum,tempat rekreasi.

Rumah rakyat.Nk dekat dah dengan rumah Mona Fandey
rumah makcik


Aku dan kawan aku decide nak jugak pergi ke sebelah rumah Makcik ni,nak tengok tempat kejadian.Yerp.memang sangat bahaya tempat tu,gelap gelita,pokok tinggi,curam sebab bawah tu ada sungai dan tanah disitu lembut makin kita turun ke bawah makin lembut,aku takut tanah jerlus je,mau ditelannya aku hidup-hidup.Aku cuba masuk ke dalam rumah itu,tapi,semak penuh kiri kanan.tak dinafikan kawasan tu besar.tapi sayang telah ditutupi dengan semak yang tinggi,macam mana aku nak masuk?

laluan ke rumah Mona fandey



Lepastu kawasan tu dipenuhi dengan tin-tin,aku syak mesti ramai mat pet melepak dekat situ dlu.Mungkin.Aku just sempat snap beberapa gambar sambil tunggu anak Makcik tu balik.Aku nasihatkan dekat korang kalau nak pergi tempat ni,atau kampung peruas,janganlah pergi waktu malam macam aku ni ha.serious sebab gelap sangat.Macam-Macam boleh jadi,Makcik tu siap pesan dekat aku "nak masuk camne?kang kena patuk ular!".Aku fikir keselamatan diri,jadi aku tak masuk.Dapat bayangkan tak?Semak yang setinggi  ruamah setingkat?Penuh!


parking di rumah Makcik

Lepastu anak Makcik tu balik,Aku tanya dekat dia nama dia Kak Ri,"betul dik akak taktau nak cerita macam  mana,akak baru je balik sini dek.akak tak berani nak cerita."Kak Ri cakap jangan masuk gambar dia dalam surat khabar sebab dia ingat aku wartawan dan dia cakap kalau nak tahu lebih lanjut tanya balai polis atau ketua kampung.Kak Ri sendiri tak berani cerita lebih-lebih dan dia cakap Mona Fandey pon dah selamat dikebumikan kan.Lepas dah puas hati dengan pengalaman dan dapat menjejakkan kaki ke kampung peruas,Raub,Lata jarum,dan kawasan pembunuhan, kami bercadang untuk pulang sahaja ke KL memandangkan ketua kampung pon tak ada.Tapi kalau korang nak datang sini,aku nak nasihatkan pergi siang dan jangan kacau Makcik dan Kak Ri eh?Boleh?Kalau nak kacau pon jangan sebut nama aku.

dan ada yang kata ayat terakhir Mona Fandey sebelum digantung adalah "AKU TAKKAN MATI"



P/S:Ada lagi ke entri seram?Ada.tapi kena tunggu penuh kesabaran dengan membaca entri nasihat.Kbai


Monday 23 January 2012

APABILA TUBUH TIDAK DITERIMA BUMI.

Assalamualaikum.Herm hari ni aku rasa banyak sangat aku nak luahkan.Banyak sangat aku nak cerita pdekat korang.Bukan pada korang je,tapi pada kita semua umat islam.Pernah tak terfikir berapa banyak dosa yang kita dah lakukan?Pernah tak terfikir sempat ke untuk bertaubat?Pernah tak terfikir bila kita akan mati?entah esok entah lusa?Pernah tak terfikir semua tu?Bila umur kita meningkat,jangka hayat kita bukan makin meningkat tapi makin menurun.Pernah tak kita terfikir,kalau kita mati kelak,adakah jasad kita akan diterima Allah s.w.t?Cukup ke amalan kita untuk dibawa kesana?

Sekarang ni dah macam-macam terjadi,Suara pelik daripada langit dan macam-macam lagi.Ya.aku akui kita jangan percaya 100%,Tapi kita boleh jadikan iktibar kan untuk mengubah diri kita?


Kenal pada Kemal Artartuk?,mayatnya tidak diterima bumi.Sedikit kisahnya,



Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasiqan Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara.
4. Menggalakkan minum arak
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Agama Islam di buang sebagai agama rasmi negara.
9. Menutup masjid serta melarang sembahyang berjemaah.
10. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
11. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
12. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukar huruf Arab kepada huruf Latin.
13. Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa, seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”. Kerana takut askar menjawab, “Kamal Atatuk adalah tuhan,” lantas Atatuk tersenyum.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya penyakit kulit hingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya pula diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya. Pada 26 September 1938, Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. 9.11.1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adik datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan jenazah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. 

Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas itu, mayatnya hendak ditanam semula namun bumi tetap tidak menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar berkenaan.





Masih ingat lagi pada pemimpin kejam israel?Ariel Sharon?Kalau Ariel peterpan famous dengan video lucah dia yang kejadah tu,Ariel sharon  adalah manusia yang paling kejam sekali dalam dunia ni,dia membunuh ramai manusia yang tak berdosa,rakyat palestin yang tak berdosa,Sebelum jadi perdana menteri,dia pernah terlibat dalam pembunuhan dan penyembelihan di sabra dan shatila pada tahun 1982.Kejam kan?Apa lagi kekejaman yang dia dah buat?Dia pernah tembak 2orang kanak-kanak palestin dari jarak 10 meter je.Hapa punya haiwan la dia ni.Antara kata-kata si Ariel Sharon pemimpin israel ini adalah

 "Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982).  
 "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).   
“Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).
Betapa kejamnya dia ni kan?Sedangkan Hanjing pon tau sayang hanjing yang lain.So aku tak layak nak gelarkan dia binatang kan,sebab binatang pon sayangkan anak,so apa gelaran yang patut diberikan pada dia ni eh?


Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha adil,maka hukuman cash telah diberi pada Ariel Sharon,dia sekarang ni tengah jadi mayat hidup dekat hospital.Masuk tahun 2012 ni,dah 5 tahun dia koma.Sebelum dia koma,setiausaha peribadai Ariel Sharon mendedahkan segala mimpi yang dialami si Ariel sharon,Setiausaha peribadi dia kata Ariel Sharon kerap dapat mimpi yang sama iaitu Ariel sharon ditangkap oleh penduduk GAZA sebab dendam dengan tindakannya yang menyerang Palestin,dan dalam mimpi tu jugak,Ariel diikat dirantai kaki tangan dan diarak sekeliling GAZA dan di humban dalam api.Ariel Sharon mimpi perkara yang sama sehinggalah dia jatuh koma pada tahun 2006.



Tahun ni umur si bedebah ni 83 tahun dan masih koma sehingga hari ini,Allah s.w.t telah meletakkan dia dalam keadaan separuh hidup separuh mati,Orang kata kalau koma,kita tahu apa jadi sekeliling kita,cuma kita tak boleh nak beriaksi.Seksa kan?Ariel Sharon dirawat di Hospital Hadassah di Jerusalem,kemudian di Tel Hashomer.Ariel Sharon mengalami luka yang sangat teruk dan luka dia membusuk,badan dia bau macam mayat.Ariel Sharon terpaksa memasuki bilik pembedahan untuk sambung bahagian ususnya yang telah rosak dan merebak ke bahagian lain.


Doktor yang merawat Ariel Sharon,Solomo segev(aku syak dia ni yahudi jugak,nama dah macam solomon temple je.).Ariel sharon akan koma sampai umur dia mencecah 90 tahun,berat terkini Ariel Sharon adalah 15 kg dan dia akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm dengan segala alatan perubatan dia.Penderitaan yang dialami Ariel Sharon tak mampu membayar segala kekejaman dan kesakitan yang dia dah buat pada palestin!
Macam muka pelawakla.heheh

Dan sekarang Anak dia pulak yang mewarisi segala perangai shaiton bapak dia,iaitu Gilad Sharon,yang mengatakan orang arab semuanya patut dibakar.Kau yang patut dibakar Gilad oi!!Dah kiamat nanti,tak ada satu benda ciptaan Allah yang akan melindungi orang yahudi,kecuali pokok yahudi!!

Ptuihhhh Gilad Sharon dan bapak dia Ariel Sharon.


Bilakah kita akan pergi?cukupkah amalan kita?Apakah cara kita mati?Apa balasan yang kita akan terima?Apa balasan pada ayah kita atas perbuatan kita?Adakah jasad kita akan diterima bumi?Masyallah.Jom sama-sama kita berubah kawan-kawan.Setidaknya secara perlahan.Hidayah tidak datang sendiri,tapi dicari!Ambil iktibar pada apa yang telah jadi di sekeliling kita.takkan dah jadi pada kita baru kita nak beringat kan?

P/S:Sorry yang tunggu entri seram dari aku,blog aku bukan ada kisah seram je :)
kbai*nak ada jugak.sebab trademark.huehue















Friday 20 January 2012

DETIK DETIK SAKARATULAMUT! SIAPA CAKAP USIA MUDA TAK BOLEH MENINGGAL?

Biasa tak kita dengar orang-orang disekeliling kita cakap macam ni "Ala kita kan muda lagi,tua esok kita taubat la".*Eh tu macam bunyi dalam drama melayu.Ataupun ayat yang macam ni "Ala kau sibuk napa.kubur masing-masing ma".Tak dinafikan memang kubur masing-masing,tapi waktu korang jadi jenazah,.kalau kita  yang uruskan jenazah kita sendiri takpe,ni orang lain yang uruskan,Lagi satu kalau kubur kita tu terletak dalam hutan amazon atau dalam gua takpe jugak,takdelah kubur-kubur jiran terganggu dengan pekik lolong kita kena sebat kena seksa.



Segala Puji bagi Allah s.w.t,pemilik semesta alam dan selawat ke atas Kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w.Demi Allah sesungguhnya semua manusia dan benda hidup yang diciptakan-NYA akan menghadapi kematian,tiada pengecualian walaupun kita anak raja ataupun anak menteri,walau kita sorok di tempat yang tidak diketahui manusia lain,kematian tetap mengejar kita.Sungguh kita semua akan merasakan betapa sakitnya roh terpisah daripada badan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Ar-Rahman:26-27,
Semua yang ada di bumi itu akan binasa dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

 Bagaimana hendak menggambarkan saat kematian?Ia adalah bagaikan seorang lelaki yang dipukul dengan ranting dari pohon yang berduri seperti kail pancing,dan seluruh duri itu tertusuk di setiap badan lelaki itu,Lalu duri-duri itu dicabut dengan kuat sehingga setiap daging yang terkait olehnya ikut tercabut dengannya.MasyaAllah dapatkah kita bayangkan betapa sakitnya saat sakarutlmaut itu?Tak.Sekarang memang kita boleh cakap "Ye ke?Betul ke?Macam tak caya je".Senang je kalau nak percaya,kena mati dulu,Tapi takkan kita nak mati dalam keadaan yang hina?

Dalam surah Al-waqi'ah Allahh s.w.t berfirman
Maka mengpakah ketika nyawa sampai di kerongkong padahal kamu ketika itu,melihat dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.Tetapi kamu tidak melihat (mengapakah) kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya),jika kamu oadalah orang-orang yang benar.
Jom aku kongsikan sedikit saat kewafatan Rasulullah s.a.w.

Pada waktu Rasulullah s.a.w dalam sakaratul maut,baginda mengambil kain bajunya dan menutup wajahnya yang suci mulia itu,peluh baginda membasahi tubuh baginda.Pada ketika itu baginda mengucapkan "YA ALLAH BANTULAH AKU MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DAN RINGANKANLAH BAGIKU SAKARATULMAUT..La Ilaha Illallah..."Ketika baginda menghadapi saat ini,para sahabat mengangis,malah malaikat jibril turut menangis.Baginda juga menapat tawaran daripada Allah s.w.t untuk memanjangkan usia baginda atau dikembalikan kepada Allah s.w.t,lalu baginda memilih pilihan yang kedua.Maka wafatlah nabi junjungan kita dan baginda meninggalkan kita dengan sunnah dan Al-quran yang sepatutnya menjadi panduan kita umat islam.Tapi apa yang jadi sekarang?Kita lalai dengan dunia..Sedangkans semasa baginda menjalani sakartul maut itu,baginda masih mengingati kita umatnya..dengan bertanya "jika aku pergi bagaimana umatku nanti..bagimana..".MasyaAllah.


Demi Allah sekalian pencipta alam,selepas kita mati,bukan pengakhiran hidup kita,tapi permulaan hidup di alam yang baru iaitu alam barzakh.kita akan dibangkitkankan di akhirat kelak dengan rupa seperti kali pertama kita diciptakan oleh Allah.Waktu kita dibangkitkan,ia adalah seperti kita dibangunkan dari tidur,tapi tanpa seutas benang,belum dikhatankan dan lidah menjadi kelu untuk berkata apa-apa.Kita akan dibangkitkan dalam keadaan yang bingung,tak dapat berfikir dan takut.Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan selamat dari tipu daya dunia.Apa yang diharapkan ketika itu?Syafaat!Ya!syafaat wakai kawanku semua.



Seringkali kita tidak menyedari Siapa yang menciptakan kita!Siapa yang menciptakan alam semesta,langit yang luas!Yang memberikan kesejahteraan kepada keluarga kita!Siapa yang menciptakan kita dengan begitu sempurna!Siapa??Allah s.w.t!Maka kita sebagai hambanya tidak boleh bersifat angkuh terhadapNYA.Maka itu dijadikan kita hari kiamat,jika tidak berlakulah kerosakan dunia yang berterusan,orang-orang besar yang angkuh dan kaya memijak orang miskin yang tidak berdaya,orang orang yang angkuh bermaharajalela dan akan melakukan sesuka hati di bumi milik Allah s.w.t ini.

Tidak kira tua,ataupun muda jika Allah s.w.t menyebut Kun Fa Ya Kun,maka jadilah ia.Tidak kira kita siapa dan duduk di rumah paling utuh sekalipun,ajal itu tetap akan tiba dengan kehendakNYA.



Contoh terdekat yang boleh kita lihat pada masa kini  adalah dengan pemergian penyanyi Achik spin yang ketika itu umurnya baru mencecah 27 tahun,ketika arwah ingin pulang bertemu anak dan isteri,arwah kemalangan.Kun Fa Ya Kun!




Contoh kedua,pemergian Yanie mentor menignggal pada usia 25 tahun.Seorang yang kita lihat sangat ligat diatas pentas dengan lagu popularnya,Drama,pergi meninggalkan kita selamanya.Rupanya arwah menghidap penyakit ketumbuhan paru-paru.Siapa sangka,orang yang kita sangka sihat,boleh pergi selamanya.Kun Fa Ya Kun!




Contoh ketiga,apabila perginya Faizal Yusop kerana serangan jantung.Arwah yang berusia 32 tahun meninggal dunia dalam keadaan mengejut.Mengapa?arwah masih muda.Mengapa?Jawapannya Kun Fa Ya Kun!



Contoh terakhir adalah pemergian Izwan Pilus semalam.Arwah dipercayai meninggal akibat kuman dalam saluran pernafasan.Arwah baru berumur 33 tahun dan belum mendirikan rumah tangga.Secara mengejut kan arwah pergi sedangkan arwah masih muda.Kun Fa Ya Kun!

Apabila kita mati kelak,jika amalan kita mulia dan apabila kita masuk ke pintu syurga.Apa nikmat yang kita akan dapat?Salah satunya kita akan dapat melihat wajah Allah s.w.t.Ya kawan-kawan,taknak ke kita dapat ganjaran yang besar ni?Dalam hadith sahih yang diriwayatkan muslim:

bahawa Allah berkata kepada penduduk syurga: "Apakah kalian menginginkan suatu kenikmatan?" Mereka menjawab "wahai Tuhanku,apa yang kami inginkan?".Allah s.w.t berkata "Aku telah berjanji kepadamu dan aku tak akan memungkiri janjiKU itu" Lalu dibukalah tirai-tirai yang menutupi wajah mereka dan mereka dapat melihat Allah,tiada kenikmatan yang paling besar ketika itu dari dapat melihat Allah s.w.t.Hari berlakunya perkara besar ini adalah pada hari kenikmatan iaitu hari jumaat!


Maka kenapa kita masih angkuh dengan dunia,bersifat sombong dan bongkak sedangkan nikmat yang ada adalah seketika?Mengapa?Mengapa kita masih membuat maksiat,meninggalkan Allah s.w.t.Jika kita ingat kepadaNYA maka Dia akan ingat kepada kita.Kita ni siapa kawan-kawan?hanya hambanya.Berjuta-juta hambaNYA yang Dia ambil kembali,tapi kenapa kita yang hina ini Dia tidak ambil?Bersyukurlah kita!
Kita mengharapkan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak,tapi ada kita ingat dan berselawat kepada baginda?Di sini aku tinggalkan korang dengan video PESANAN RASULULLAH,ketika baginda wafat,baginda masih menyebut "UMATKU...UMATKU...UMATKU..." ),:

 kita? "DUNIAKU..DUNIAKU...DUNIAKU.."





P/S:YA ALLAH....KAU BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI,HAMBAMU DI AKHIR ZAMAN INI YA ALLAH...KAMI INGIN BERTEMU-MU YA ALLAH...KAMI INGIN BERTEMU MU YA RASULULLAH....MAKA...BIMBINGLAH KAMI..AMIN..

Wednesday 18 January 2012

IKTIBAR.JANGAN PAKAI SEKSI KALAU TAKNAK KENA INTAI

Assalamualaikum semua.Eh,tajuk entri aku hari ni macam cerita dari majalah mastika kan?Iktibar bagai.Tapi serious aku nak korang amek iktibar dari cerita yang bakal aku bagitau ni.Siapa suka pakai seksi meksi?Tak kira dimana jua,dirumah,dipejabat mahupun disekolah?Best sangat ke jadi seksi?Aku pon pernah jadi seksi tapi aku rasa best sekejap je,best sebab apa?sebab selalu jadi perhatian.Perhatian apa?Dari situ korang boleh bezakan korang diberi perhatian sebab korang seksi ataupun sebab korang cantik.Pada aku?aku rasa sebab seksi.Kenapa?sebab dulu aku pernah keluar pakai skirt pendek dan ada seorang lelaki yang dah ada awek cakap camni sambil pandang aku "perghh cantik gila.Gebu gila kaki".Kalau dari situ korang nak cakap apa?nak bangga sebab peha gebu ke apa?
Gambar intai.EH NI TERSALAH GAMBAR INTAI NI.SORRY SORRY!hehe

Aku nak cerita dekat korang tak kesahlah korang duduk dekat rumah parents,sensorang ataupun rumah sewa,keselamatan harus diutamakan,lagi-lagi kalau korang tu perempuan,takkan nak bawak jantan masuk dalam rumah sesuka hati tanpa bagitau dengan kawan-kawan yang lain dulu.*Eh ni dah kes lain dah ni.huehue.


HA NI BARU BETUL MENGINTAI!




Ini adalah berdasarkan kisah benar ya.Dalam satu rumah sewa ni,ada 9 orang perempuan kesemuanya,semua bertudung.Tapi ada seorang budak ni,nama dia zaleha,zaleha suka sangat pakai seksi-seksi,kalau keluar rumah jenjalan  lagilah pakai seksi.Satu hari tu,dia keluar rumah balik pukul 3 pagi,boyfriend zaleha hantar,zaleha pon pelik,kenapa pintu rumah sewa semua kunci,macam ada perompak masuk,tapi kawan-kawan dia ada je dalam rumah tu.Bila kawan dia bukak je pintu,zaleha tanya "korang ni dah kenapa,kunci pintu segala".Kawan dia pon jawab "ada orang mengintai kita".Mula-mula zaleha ingat tu hanya perkara main-main.Tapi sangkaan zaleha salah,sebab memang betul pon,sampai ada pihak polis datang bawak senapang.Ceritanya bermula apabila seorang kawan zaleha masuk bilik air dan seorang lagi sedang memasak di dapur,dapur masak terletak betuk-betul depan tingkap laman luar yang gelap gelita,tiba-tiba,yang sedang memasak tu nampak ada seorang lelaki betul-betul depan tingkap tu dan mereka saling bertentangan mata,cuba teka apa orang tu  cuba buat?Dia cuba intai kawan zaleha dalam toilet!Tapi tak sempat sebab yang di dapur dah nampak,lalu orang tu pon melarikan diri.


Kes kedua yang berlaku di tempat yang sama adalah apabila zaleha hendak pulang daripada kelas,bila zaleha sampai je simpang nak masuk ke rumah sewa,tiba-tiba zaleha nampak sekumpulan lelaki dalam van berwarna biru sedang gelabah keluar dari simpang rumah sewa dan tak tutup pintu van.Dan dan je waktu Zaleha nak masuk simpang,kumpulan lelaki dalam van gelabah nak keluar dari simpang,tak tutup pintu van pulak tu.Apa motif beliau?Yang ditakutkan adalah orang jahat kerana,jiran-jiran disitu tidak muhibah,maka perempuan,anda harus pandai jaga diri anda walau macam mana sekalipon sebab bukan semua orang disekeliling anda akan menolong anda waktu anda susah.

Pernah tak korang terfikir yang ada lelaki pakai boxer je sambil jalan-jalan di kawasan perumahan dan tak ada orang nampak langsung?Mari aku ceritakan,dalam rumah sewa ni,ada beberapa orang budak yang tak pakai tudung dan suka pakai seksi,keluar rumah pakai seluar pendek nauzubillahiminzalik!Salah seorangnya adalah Mila.kalau nak keluar sidai kain pon pakai spender je,dahlah bilik dia dekat dengan dapur.Satu hari tu,pada pukul 8 malam,kawan-kawan Mila nampak,ada 2orang lelaki pakai boxer berdiri di laman belakang rumah dieorang,dieorang pon terkejut,macam mana ada 2orang lelaki pakai macam tu sahaja pada pukul 8 malam dan tak ada sesiapa sekalipon yang perasan.Kenapa?adakah mata jiran telah dikaburkan atau jiran malas nak amek tau?Mungkin mereka telah lama diintai daripada dulu.Kalau Masa tu Mila keluar pakai spender sidai kain,maunya ditarik dan dirogol terus,mana tak nya boxer lelaki kan special sikit.Ala faham-faham sendiri lah kan.Lepas terjadi perkara tersebut,Mila jadi takut,bagus dia takut,tapi boleh pulak Mila tanya "macam mana i nak pakai seksi2 lagi and bla bla bla".Boleh lagi ya fikir macam tu.Kalau dah nak mati,boleh tak nak cakap macam tu?"Eh i nak mati dah ni,macam mana i nak pakai seksi-seksi lagi.Tidakkkk".

Iktibar yang perlu korang amek di akhir cerita ini adalah,cerita daripada aku,aku sendiri yang seksi dulu selalu diperhatikan,selalu digoda,dipandang oleh mamat-mamat gatal.Orang cakap rezeki jangan ditolak.Ye dak lelaki?Lelaki yang datang dekat pada aku dulu,hanya kerana aku seksi,dan sebab aku seksi dieorang ingat dieorang boleh amek kesempatan atas aku macam tu je,ajak aku balik hotel,ajak aku pergi club.Ex-boyfriend aku sendiri pon sama,kata ikhlas nak kenal dengan aku,tapi bila aku tanya "you suka tak i pakai macam ni?".Dia jawab suka,wahh dayus nya lelaki macamni,bukan nak suruh gf die pakai yang lebih elok sikit,tapi disuruhnya seksi,dan kadang-kadang tak kesah.Macam ni ke yang korang nak apabila bercinta?Sebab seksi bukan sebab cinta?Dan kalau difikirkan balik,ada tak mak dan ayah mertua yang nak terima bakal menantu seksi bagai?silap-silap dia cari lain untuk anak dia.*eh macam drama melayu pulak.hehe.




Sesetengah pemikiran lelaki yang aku kenal selalu cakap "aku bercinta dengan dia ni saja2 je,nak kawen dengan perempuan solehah"..."dia ni stock pakai buang je,sapa nak perempuan camni jadi bini" dan "mak aku ckp nak cari bini kena cari bini yang pakai tudung"Ini realitinya.Terimalah.

Tak kesahlah korang seksi ataupon tak,janji korang pandai jaga diri korang tu,jangan sampai kena intai,kena rogol,kena tipu,kena pukul,kena kenduri atau kena tibai.Jangan balik malam-malam sangat tanpa sebab,awak tu perempuan,cuba bayangkan kalau masa korang jalan tu ada orang terkam dari belakang?Suka ke takut?

Aku bukan nak cakap aku baik dan perfect tapi sebagai orang islam aku masih ada tanggungjawab untuk mengingati sesama kita.Insyallah yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari dya mohamad sendiri


P/S:Memang betullah,banyak tempat yang saya mengajar tak wajib pakai tudung,Tak pelik,nilah benda yang normal.Memang betulpun.Kerana orang perempuan WAJIB TUTUP AURAT.BUKAN WAJIB PAKAI TUDUNG. (Ustaz Azhar Idrus)


kbai

Oh entri seram?Mungkin next entri.Sabar ea.Sabar itu kan separuh daripada iman :)

Saturday 14 January 2012

SERAM.ORANG MINYAK

Assalamualaikum semua.Apa khabaq?Baik nohhh.baguih.First aku nak mintak maaf sangat sebab dah lama tak update blog,ni semua sebab aku busy dengan final exam aku.Final exam lagi penting kan.Alhamdulillah dan insyallah aku dapat jawab semua paper dengan baik.Insyallah.Lama tak menaip ni otak aku jadi tepu pulak.Idea semua menghilang macam tu je.Takpelah kepada sesiapa yang nak baca lagi blog aku,silakan.

Hari ni aku nak cerita pasal orang minyak.Apa itu orang minyak?Orang yang disalut dengan minyak ke?Jawapannya tepat sekali.10 markah untuk anda.Orang minyak ni takde akal ke,minyak mahal tau sekarang,kalau isi rm10 dapat berapa liter je.patutlah harga minyak naik,ramai sangat nak jadi orang minyak,kalau ikut ekonomi,minyak berkurang,harga naik*hehe


Orang minyak ni semua pakai ilmu.Ilmu yang menyesatkan.Siapa yang jadi orang minyak ni?jawapannya senang je.orang-orang yang bodoh.

Kenapa aku tiba-tiba nak cerita pasal orang minyak dalam blog aku ni?sebab sekarang tengah hot cerita pasal orang minyak,sampai masuk surat khabar and berita dan yang paling best sekali tempat kejadian tu dekat sangat dengan rumah aku.Jalan kaki pon sampai.Seronok nohh?mula-mula aku tak percaya jugak tapi lepas makcik aku yang duduk dekat selayang bagitau,lepas keluar berita baru aku percaya.
Orang minyak ni dipercayai dua orang dan warga asing.

Kenapa korang patut takut pada orang minyak?Sebab orang minyak ni hanya suka pada wanita sahaja bukan lelaki,kalau orang minyak tu suka lelaki,maknanya dia negro ataupun dia gay.Logik kan?Dia suka sangat dengan wanita sebab dia nak rogol wanita tu,atau nak takut-takutkan wanita tu,atau dia nak pukau wanita tu.Banyak betul kebrangkaliannya kan.Pada wanita yang suka sangat balik lewat malam,pergi club malam-malam,hentikanlah sebab banyak betul bahaya yang menanti anda sekarang ni,tapi kalau korang nak pergi jugak,apa boleh buat,kalau dah kena apa-apa,tak kiralah sebab orang minyak atau apa pon,jangan dok meraung nama aku mintak maaf sebab tak dengar cakap aku,eh silap nama mak ayah.*huehue


Lepas tau kejadian ni,aku tak berani tidur sensorang dah,aku tak berani nak biarkan pintu rumah aku terbukak macam tu je,tak orang minyak yang datang perompak yang datang.Orang minyak ni ada ilmu,dia boleh masuk ke rumah kita macam mana pon kita jaga,kecuali dengan membaca ayat al-quran,sebab tu kita kena praktikkan ajaran islam dan lagi satu aku nak pesan yang duduk rumah sewa tu,kalau nak sidai kain,jangan pakai spender atau pakai seksi-seksi,tidur pon bogel,kalau korang kena target susah,mungkin sekarang korang tak kena,tapi esok lusa siapa tahu?Kalau nak elak dari kena target macam mana?Eh apa ke tutt nya soalan tu?Jawapan dia,pakai sopan-sopan janganlah pakai spender,seluar pendek yang seksi nampak   yang tak sepatutnya nampak,nanti bukan orang minyak je suka tau,tapi perogol berisiri pon suka.Tu next entri okay.Perempuan harus baca.Tunggu




cakap banyak pon tak guna,apakata korang baca je artikel ni dari sinar harian:


GOMBAK - Sudah 16 hari berlalu, namun serangan orang minyak di Kampung Laksamana, Batu Caves masih berterusan berlaku.

Pelbagai ikhtiar dibuat bagi mengatasi gangguan, bagaimanapun kejadian pelik terus berlaku terutama dalam tempoh waktu malam hingga ke pagi.

Kaedah untuk mengatasi masalah gangguan orang minyak diteruskan dan kelmarin, satu majlis tahlil khas diketuai Ustaz Kamaruzaman Abdul Rafar dilakukan di sebuah rumah di Jalan Laksamana 1.

Kamaruzaman hadir diiringi kira-kira 10 ahli persilatan­ memimpin bacaan tahlil dan doa selamat yang turut disertai penduduk.

Majlis yang diadakan tepat jam 10 malam itu diadakan bertujuan memohon petunjuk ALLAH bagi membantu elak daripada terus menjadi mangsa gangguan dua orang minyak yang mengganas di kampung itu.

Program yang berlangsung selama satu jam itu diakhiri dengan memagar seluruh kawasan Jalan Laksamana 1 manakala kawasan lain akan dilakukan secara berperingkat.

Kamaruzaman berkata, majlis bacaan ayat suci al-Quran yang diadakan merupakan salah satu cara untuk mematikan kuasa ilmu hitam orang minyak menggunakan benang.

“Apabila makhluk ini terpijak benang-benang yang sudah diwafakkan dengan ayat al-Quran, kuasanya akan hilang dan ianya akan menjadi manusia biasa semula, ketika itulah kita boleh menangkapnya,” katanya.

Kamaruzaman berkata, benang-benang itu diikat dipangkal pokok pisang dan laluan yang dipercayai sering menjadi lokasi orang minyak muncul.

“Kita cuba cara ini dahulu, mana tahu ianya berhasil untuk mengesan,” katanya.

Turut ‘dipagar’ pada malam itu ialah kawasan kabin usang yang sebelum ini terdapat tiga botol minyak hitam dan minyak zaitun.

Penduduk juga boleh mengelak daripada menjadi mangsa gangguan ini dengan memagar sendiri kawasan rumah masing-masing melalui bacaan 100 kali ayat kursi dari pintu pagar luar ke pintu utama, membaca al-Fatihah terus ke sudut kanan, surah al-Kafirun sambil membaca setiap empat penjuru rumah dengan 25 kali ayat kursi, al-Ikhlas, al-Kafirun dan diakhiri dengan surau al-Falaq.

Semalam, sekali lagi perkara pelik berlaku pada jam 4 pagi apabila batang pokok pisang yang sudah diikat dengan benang terkulai seolah-olah seperti baru dicantas.

Ustaz Kamaruzaman memberitahu, perkara yang tidak disengajakan itu berlaku apabila orang minyak itu terlanggar benang yang diikatkan di kawasan itu.

“Mungkin dia takut dikesan dan cuba melarikan diri menyebabkan pokok pisang yang menjadi tempatnya bersembunyi dilanggar,” katanya.

Difahamkan, satu lagi solat hajat akan digerakkan Surau al-Karimiah, Kampung Laksamana hari ini, seorang lagi ustaz akan dipanggil untuk membantu menyelesaikan isu orang minyak itu.


Kalau nak tau orang minyak berada dekat dengan kita,kita akan bau minyak zaiton,tapi sebelum tu korang kena makesure,takde sesiapa yang memakai minyak zaiton untuk masak okeng.Nak elak?orang yang mengamalkan ilmu cenggini takut dengan kain batik,maka tidurlah dengan kain batik atau jadikan selimut.

P/S:dah selesai baca?pintu pagar semua dah kunci  ke?Sure?Pergi check lagi sekali.kalau malas nak check,Kalau korang  dengar ada bunyi bising bukak pagar,anggap je tu kucing yang tengah praktis nak merompak rumah korang.kbai