I appreciate them.

Monday 29 July 2013

Nukilan khas buat sahabatku yang bakal bergelar isteri

Assalamualaikum

entri ini adalah khas untuk sahabat aku yang bernama Azlinda bt Mohd satuan yang bakal bergelar isteri orang dalam beberapa hari lagi.Waiiit Linda,Sebelum kau baca,Kau play lagu ni sambil baca.Ni soundtrack namanyaa~




Linda,Kau ingat tak waktu mula-mula kita kenal?Tak silap aku masa tu tahun 2010 kan?Betulkan aku jika aku tersilap.Kau ingat tak masa tu?Kita satu group dalam kelas untuk sesi perkenalan,kau pakai shawl warna kelabu kalau aku tak silap.Mungkin kau lupa tapi aku tak lupa.Tapi masa tu kita tak serapat sekarang.Aku hanya tahu kau wujud,tapi aku tak berkawan dengan kau.Kita satu kelas masa diploma tapi kita tidak rapat.

Takdir Allah menentukan segalanya,Kau ada masalah,Jadi masa tu semester 2 kan?Aku ajak kau duduk di bilik aku.Kau bawak bantal bunga bunga kecik warna biru,barang-barang mandi kau,kau duduk dekat bilik aku.Aku ingat lagi kita sama-sama belajar,kau pandai math,calculus so kau ajar aku semua tu.Kita tangkap gambar pakai laptop buat macam-macam gaya,lepastu gelak sensorang.Yang paling best,kena marah dengan senior roomate aku sebab kita bising sangat kan?

Kau ingat lagi tak yang kita overnite kita pusing satu melaka dengan Su,Mira.Esoknya baru kita balik.Ingat tak?kita tangkap gambar konon-konon hari raya la time tu.Ingat?mesti kau ingat punya sebab sampai sekarang aku simpan lagi gambar kita overnite.Kau pakai baju warna purple lepastu kau pinjam beg aku polka dot tu kan?aku bagi beg tu dekat kau,Tapi sekarang beg tu and barang-barang kau yang lain ada dekat rumah aku.Bila kau nak hamek weyyy??hahah

Sejak diploma semester 2 tu kita tak pernah berpisah,bukak puasa sama-sama,semua sama-sama.Lepatsu Kita dapat tahu UITM ada buat program sesiapa yang 3 pointer ke atas boleh sambung degree terus,kita pon mohon sama-sama dan kita mohon course yang sama,netcentrics computing.Malam nak dapat keputusan kita dapat degree dalam course apa,punyalah berdebar,nasib baik kawan kita pandai hack,dia hack dan dapat tahu yang kita dapat course yang sama.Kita dapat degree yang sama,ditempat yang sama.Bestnya!Lepastu untuk pendaftaran degree kau bawak mak ayah kau aku pon bawak mak ayah aku,kita pergi daftar sama-sama.Lepastu kita mohon nak bilik sama-sama.Alhamdulillah dapat.yang bestnya tingkat 5 hujung sekali.

Linda kau ingat tak,kita pernah tersalah bilik,kita ingat tu bilik kita?hahah.Kau ingat tak yang kita study sama-sama sebab pagi paper lain,esoknya ada paper lain,memang kita tak tidur langsung sampai dalam dewan exam kita tersengguk2 nak tidur kan?Kau ingat tak yang kita pernah kena kacau dengan hantu,aku dah tidur,kau tengah study,lepastu kau meloncat kat katil aku kau kejut aku sampai aku yang terkejut,then kita gabung katil sebab takut kan kan?Huhu

Linda kau ingat tak lagi,kita selalu ponteng kelas,sebab malas dan mengantuk,kalau ponteng je kita akan pergi PKNS,jalan jalan,makan makan lepastu kita karaoke.lagu fevret kau lagu ramlah ram.kan betul tak?Kau minat lagi ke  lagu tu?Kita tengok wayang cerita johnny depp berlakon dengan budak-budak kelas,disebabkan kau dah tengok,kau tidur dalam wayang sampai ternganga.Ingat tak?Aku masih ingat lagi masa dulu kita selalu berjanji nak pakai baju sama-sama.Hari ni colour apa dan macam -macam lagi,mesti nak sama.Ingat?yang kelakarnya,budak-budak kelas tertukar nama kita bedua,dieorang cakap kita kembar,disebabkan linda dan diana rafar.

Bila timbul zaman sedih,yang aku gaduh dengan kau tu,yang kau tiba-tiba taknak cakap dengan aku,masa tu aku kecik hati dengan kau.Lepastu kita menangis.Salah aku juga masa tu sebab aku kan rock.Cakap pon macam kasar tapi sebenarnya aku maksudkan lain.Maafkan aku eh kawan,walaupun benda tu dah lama.

Aku ingat lagi,yang kita nak duduk kolej lepas duduk rumah sewa,tapi permohonan kita ditolak,sebelum tu kita terpaksa merempat tumpan rumah jannah.And then kita terpaksa duduk dekat seksyen 7 yang bawah dia kedai motor yang teramat bising aku nak tidur pon susah.Kita bersengkang mata buat FYP,tapi masa tu kau selalu study luar sebab masa tu kau dah bercinta dengan bakal suami kau tu.asal pukul 8 je hilang,pukul 8 je hilang.Aku kau dan farah buat FYP tu sampai menangis dan give up kan.

Kau lah salah satu penyebab aku macam ni,pakai tudung,pakai stokin,mengaji,solat,kaulah salah satu sebabnya Linda,Aku ingat lagi kita pergi tesco sama-sama sebab nak beli Al-Quran tafsir yang ada tajwid tu,Kau pon sama beli AlQuran.Lepastu aku tengok cara kau pakai tudung,aku pon cuba tiru cara kau pakai tudung.Ya Allah aku sayangkan kau Linda.Demi Allah :,)

Kita tak pernah berpisah langsung,tidur sama,semua sama-sama,sampai mak ayah aku dah anggap kau macam family aku,macam tu jugak dengan family kau.Sebab dulu kau selalu tidur rumah aku,aku pon selalu tidur rumah kau.Family kau semua baik dan happening,angah,along alin,uda,semua baik.kalau aku nak cerita dekat sini apa yang kita dah buat sama-sama dengan family kau memang takkan habis.Aku happy dapat kenal family kau.

Dah beberapa tahun kita kenal tapi aku sayang sangat dekat kau sahabat,aku pernah cakap kan aku sayangkan kau,sebab kau gila-gila dan satu kepala dengan aku,Setiap kali aku masak bendi yang kau ajar tu,aku mesti teringat dekat kau,betapa rapatnya kita dulu,sampai masalah semua kita kongsi sama-sama,baju,tudung,sabun,pencuci muka semua kita kongsi.Kereta pon kita kongsi,Dah macam adik beradik.Mana aku nak cari kawan macam kau lagi dalam dunia ni?EH touching tak?aku tau kau tengah touching sekarang ni baik kau ngaku.hahah

first time kita berpisah untuk masa yang lama adalah bila kau praktikal tempat lain dan aku pon tempat lain,bukan aku taknak praktikal sama dengan kau,tapi sebab aku nak cuba berjauhan daripada kawan-kawan,aku nak rasa suasana tu,tapi aku memang rindukan kau Linda.Lepastu kita habis belajar,masing-masing dah kerja dan aku dapat tahu yang kau nak bertunang,bukan aku taknak datang majlis tunang kau,tapi sebab aku tak boleh nak datang.Aku mampu doa daripada jauh je untuk kebahagiaan kau.Aku happy sebab sahabat aku happy.Dan dalam masa beberapa hari lagi kau akan bergelar isteri orang.Kau bukan single macam aku lagi,tapi kau akan kahwin,masa tu semua akan berubah.Aku nangis sebab aku happy untuk kau,akhirnya kau jumpa dengan orang yang boleh jaga kau dan menjadi teman hidup kau dunia akhirat.Jadilah isteri yang solehah yang sentiasa taat pada suami,Insyallah syurga ganjaran buat mu..

Saat FYP kene reject

Jenjalan kat OU





Buat kau Azlinda bt Mohd Satuan,

Dikala sang suria mula memancarkan sinarnya,
Disaat itu pula rembulan berhenti bercahaya
Membuat kita lupa bahawa kita semakin dewasa,
Seiring berjalannya waktu,
Bagai panah yang lepas dari busurnya,
Itulah usia kita..
Yang selalu bertambah dan takkan pernah kembali,
sesuatu yang telah terjadi di masa lalu,
takkan mungkin terulang kembali,
walau terkadang ingin kita ulangi,
suatu kejadian yang terlalu indah untuk dilupakan
SAHABATKU AZLINDA MOHD SATUAN..
Tiada kata yang lebih berharga di hari perkahwinanmu,
selain kata...
Selamat pengantin baru..
Tiada doa yang bisa kupanjatkan
Selain doa...
Semoga panjang umur dan bahagia bersama pasanganmu..
Tiada harapan yang bisa kurangkai indah,,
Selain harapan..
Dirimu tidak melupakan persahabatan yang dijalinkan,
Salam sayang untuk,keluargamu dan sahabat yang selalu aku sayangi.

-Dya Mohamad-




Monday 15 July 2013

Tadarus Al-Quran di masjid Asy syakirin KLCC pada 21 Julai 2013

Assalamualaikum .berita gembira pada pencinta AlQuran.ahad ini masjid asy syakirin klcc akan mengadakan tadarus Alquran.kami memerlukan 50 muslimat dan 50 muslimin.acara akan bermula selepas asar.sijil penyertaan,makanan berbuka disediakan.berminat? Jom Muslimat serahkan nama dan ic anda pada saya,pada muslimin boleh serahkan nama anda pada  Arham Ajwad 




PENYERTAAN ADALAH TERHAD!!
Daftar segera!

Saturday 13 July 2013

Buku degree dan diploma untuk dijual.Hanya RM 20!

Buku untuk student degree dan diploma untuk dijual.Satu buku hanya RM20 sahaja!

.ada buku:
1.Business for accounting
2.Ethics gift of fire
3.Vision focus on grammar
4.management Challanges for tommorrow's leader
5.Algebra and Trigonometry
6.Calculus
7.Probability and statistics
8.Vision focus on reading and writing
9.Explore MUET
10.Practice your listening skill
11.CTU 151 Pemikiran dan tamadun islam
12.introduction to bisnes
13.bisnes taxation
14.management
15.discovering computers 2009
16.cost and management accounting
17.company and group accounting reporting
18.cost and management accounting
19.financing management
Berminat?boleh PM saya disini https://www.facebook.com/dya.mohamad




Oh ya Dan saya juga menjual kek red velvet dan choc moist cake dengan harga yang berpatutan.Tak sampai ratus pon ha bak hanggg.Nah hamek iklan.Red velvet cake bentuk love pon aku buat jugak.
Order mesti 5 hari sebelum penghantaran.Aku akan hantar tiap hari ahad.


Dan aku juga buat freelance android development for FYP students.Dont worry harga boleh negotiate,Student aku letak murah je,tak sampai ribu pon.So jangan segan untuk bertanya jika tak faham oke?

Sorry guys busy lately nak update blog pon bukan main malas lagi.


Blog dya mohamad dah bosan bak hangggg~
Kla babai :)

Saturday 8 June 2013

Kursus pengurusan jenazah di masjid Asy-syakirin KLCC

Assalamualaikum.

Lama tak update blog ni kan.Busy lah deknon.Maaf ya.Okay straight to the point

berita gembira kepada seiapa yang sedang mencari kursus pengurusan jenazah.pada sabtu minggu depan 15/6/2013,kursus pengurusan jenazah akan diadakan di masjid asysyakirin klcc.

masa pendaftaran adalah jam 8 pagi,wang pendaftaran hanya rm10 boleh dibayar ketika hadir sabtu hadapan.sijil  dari pihak jawi dan makanan disediakan!

 Terhad untuk 100 orang lebh sahaja.untuk sebarang pertanyaan,boleh rujuk pada saya, Nurul Khadijah Abdul Rashid Lukhman Hakem.nombor seperti yang tertera dalam poster

.jika ada rezeki insyallah kita akan menggunakan jenazah betul.cepat cepat kami perlukan anda semua,muslimin muslimat.boleh dapat ukhuwah baru,dan insyallah pahala.

Tolong sebarkan pada yang lain insyallah 

Friday 8 March 2013

Awas!Surah surah palsu yang dicipta oleh orang-orang kafir dalam Al-Quran!

Assalamualaikum
 
Lama rasanya tak menaip.,tiba-tiba rasa janggal menaip perkataan selain daripada coding.=,=
Aku rasa baik aku straight to the point memandangkan aku pon malas nak menaip dan korang pon malas nak  baca entri yang panjang,but aku rasa,orang-orang islam,yakni kita.*Ceh yakni*,umat akhir zaman,perlu alert dengan perkara ini,perkara yang mendatangkan fitnah.Ingat!Kita ini hidup di akhir zaman,dan dalam Al-Quran telah lama nyatakan bahawa kita ini adalah umat akhir zaman,akhir zaman yang penuh dengan fitnah dan penipuan.
 
Sabda Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
 
 

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."
 
 

Rasulullah saw sendiri telah menyebut perkara fitnah ini!Ya Allah.Sesungguhnya fitnah itu lebih besar daripada membunuh!tahu tak dek non semua?Jadi berhenti menfitnah orang!Cuba kalau orang fitnah kita,tahu pulak kita nak melenting kan.
 
Umat islam semua perlu sedar bahawa orang-orang kafir itu tidak akan berputus asa untuk memecah belahkan umat islam,mereka tidak akan berputus asa sehingga hari kiamat,begitu juga dengan syaitan,tetapi bezanya syaitan dengan orang kafir ini adalah,pada hari kiamat,syaitan akan berlepas tangan dan tidak mahu bertanggunjawab atas apa yang telah dilakukan oleh orang-orang kafir,ketika di neraka,orang orang kafir akan berteriak untuk dilepaskan dan mereka sanggup menggadaikan keluarga untuk terlepas dari seksaan neraka,tapi masa tu,duduklah korang dalam neraka sampai bila-bila,seksaan yang terus menerus!Persamaan orang kafir dan syaitan adalah mereka tidak akan berputus asa menghancurkan umat islam.
 
Allah telah berjanji akan menjaga Al-Quran sehingga hari kiamat.Sehinggakan Allah pernah mencabar manusia dan jin untuk membuat surah yang sama seperti dalam Al-Quran,sebab apa Allah mencabar?Sebab Allah tahu yang kita tak akan mampu membuat surah seperti dalam Al-Quran!Tak Akan mampu!
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
(Surah Al-Israa' ayat 88)
 
Tapi,macam aku cakap tadi,orang orang kafir tak pernah berputus asa,maka mereka mencipta surah yang diberi nama:
 
a) Al-Iman(kepercayaan)
b) Al-Wasaya
c) At-Tajassud
d) Al-Muslimoon


dan surah-surah lain ciptaan mereka,korang boleh bukak www.suralikeit.com.
 
Apakah percanggahan yang terdapat dalam surah-surah ini,aku akan terangkan satu persatu  bermula dengan surah Al-Iman.
 
1.Diceritakan tentang beberapa pengikut dalam kitab. Ketika saat ombak besar melanda ketika mereka berada dalam satu pelayaran
2.kemudian mereka melihat bayangan Nabi Isa(Jesus) berjalan di atas air. Mereka lalu berkata:
'Apakah Tuhan kita sedang mentertawakan kita? Atau adakah kita ini sudah gila?'
 
3.Lalu terdengar satu suara dari langit berkata : jangan takut ini aku, apakah kamu tidak melihat ?
 
4.Maka, satu dari mereka berteriak : Tuhanku, bimbinglah aku, jika Kau memang disini, untuk berjalan diatas air. Ya Allah jadikanlah keraguanku ini menjadi sesuatu yang kenyataan
 
5.Dia (Allah) berkata padanya : kemarilah dan jadilah mu’jizat/keajaiban yang akan selalu diingat.
6.Dan mulailah sang pengikut/umat tersebut berjalan, dia lalu melihat betapa kuatnya ombak yang datang sehingga dia menjadi takut akan tenggelam, lalu dia berteriak lagi kepada Tuhannya untuk minta pertolongan.
7.Dan Dia mengeluarkan tangan-Nya dan mengangkatnya sambil berkata : Disebabkan keyakinan kamu amat sedikit (was-was tentang kebenaran) maka itulah ganjaran yang kamu dapati
8.Dan segera setelah Dia pergi dengannya dengan kapal tersebut, Ombak menjadi reda dan si pengikut ini mengucapkan syukur pada-Nya dan berkata :
 
9.Kau adalah benar-benar anak Tuhan; dalam dirimu kami percaya dan di depan-Mu kami bersujud
10.Dia berkata : Kegembiraan adalah untuk mereka yang percaya tanpa mencampur adukkan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang meragukan. Itulah hasil yang sebenarnya yang kamu perolehi

 
 
 Kedua,surah Al-muslimun :
 
1. Alief lam saad miim.

2. Katakanlah : Hai kaum muslimin, kamu sekalian sudah tersesat jauh.

 
3. Bagi yang tidak percaya kepada Allah dan Kristus-Nya, akan menikmati hari akhirnya dalam kobaran api dan siksaan yang pedih.
4. Beberapa wajah pada hari itu akan terlihat memelas dan ketakutan mencari pengampunan dari Allah dan Allah akan menolong apa yang Dia inginkan (untuk ditolong).

 5.  Pada hari itu Sang Maha Pengampun berkata : Hai umat-Ku, Aku telah mengarunia kan padamu petunjuk dalam Taurat dan Injil.

 6. Dan kamu seharusnya tidak memungkiri apa yang telah Aku perintahkan kepadamu dan menyesatkan diri dari jalan yang benar.

 7.   Mereka berkata : kami tidak tersesat sendiri tapi dia (Muhammad) yang telah dijadikan salah satu utusan (Allah) telah salah memimpin kami.

8. Dan Allah berkata : Hai Muhammad, kau telah membujuk umat-Ku dan menyebab kan mereka tidak mempercayai.

 9. Dia berkata : ya Tuhanku, adalah syetan yang telah membujukku dan sebenar nya akan selalu mengganggu anak-cucu Adam.

 10. Dan Allah akan mengampuni orang-orang yang telah terbujuk dan lalu menyesal dan dia akan memaksa dia yang telah terbujuk oleh syetan, yang menyedihkan.

 11. Dan jika Allah memerintahkan sesuatu, Dialah yang paling tahu apa yang diperintahkan dan Dia dapat melakukan segalanya.
 
 
Ketiga surah Al-Tajassud.
 
1. Puji syukur kepada-Nya yang telah menciptakan sorga yang tanpa batas.

 2. Dia ciptakan bumi yang sebagian terdiri dari air dan sebagian lagi tanah.

 3. Katakan pada orang-orang yang telah diperdaya oleh ajakan syetan : pikiranmu telah dibutakan sehingga kamu menuduh bahwa Allah itu keliru dan menjadi pengikut syetan.

 4. Syetan akan selalu menjadi musuh yang paling besar bagi manusia.
5. Jika Allah menghendaki, Dia bisa membuat seorang anak dari batu, seperti yang telah Dia katakan pada alam ini : jadilah, maka akan jadi mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengkonsultasikan keputusan-Nya dengan orang lain.

 6. Mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengambil satu dari mahluknya sebagai anak.

 7. Katakan pada orang-orang yang masih meragukan apa yang telah diberitakan sebelumnya ; Kristus adalah bukan makhluk Allah, dia telah bersama Allah pada awalnya dan akan selalu bersama-Nya

 8. Dalam Dia (Allah) dan dari Dia, dia (Kristus) berasal, bersama dengan jiwa-Nya, satu Tuhan, abadi, satu dan tidak lebih dari satu.

 9. Seperti seorang ayah yang mengirimnya kepada umat manusia seperti yang telah Dia janjikan.

 10. Dia tiupkan/turunkan se perti sabda kedalam rahim seorang perawan yang akan lahir sebagai manusia
 
11. Dia berbaur dengan manusia biasa, berwujud seperti manusia, mati sebagai pengorbanan atas nama manusia dan seperti manusia, juga dia dikubur kan /dimakamkan.

 12. Dan seperti Bapa yang ada di Surga, setelah 3(tiga) hari dia naik.

 13. Bagi siapa yang tidak percaya keajaiban-Nya, dan mengatakan hal-hal yang buruk tentang-Nya.

 14. Allah tidak akan melepas kanmu dari kemurkaan-Nya.

 15. Tapi bagi siapa yang percaya pada-Nya dan pada Almasih-Nya, mereka akan mendapatkan pengampunan dan surga dimana mereka hidup abadi.




Dan surah yang terakhir adalah Al-wasaya
 
1.Alef Lam Mim Thal

2. Kami telah menghantar anda untuk dunia pembawa dengan berita gembira dan pemberi amaran,
3. (Dibenarkan) untuk memerintah dengan apa sahaja yang datang dalam fikiran anda
dalam usaha untuk menjaga perkara-perkara dalam cara yang betul.

4.Sesiapa yang hendaklah mematuhi apa yang anda memerintah hendaklah berbuat baik untuk dirinya sendiri dan dia yang tidak akan menerima dari tangan anda pahala yang pahit.

5.Kami telah memberikan Musa sebelum anda ten perintahdan Kami memberi anda (banyak) puluhan lainsebagaimana Kami telah menjadikan kamu terakhir para nabi dan ditahbiskan anda sebagai seorang putera ke atas mereka semua.

6.Anda memansuhkan apa sahaja yang anda ingin untuk memansuhkan
 perintah Kami kurniakan kepada mereka Kami telah dibenarkan anda untuk mengubah suai mana-mana keputusan kita.


7.Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman berlindung apabila mereka menguap Satu Pemurah untuk mencegah syaitan daripada ketawa pada mereka dan untuk mengagungkan Allah apabila mereka bersin.


8. (Dan khabarkanlah kepada mereka) tidak membenarkan anjing di rumah mereka dan tidak meletakkan gambar pada dinding mereka.

9. Dan jika mereka mahu memakai kasut
(Beritahu mereka) untuk memulakan dengan satu betul sebelum kiri dan jika mereka tidak melakukannya nescaya mereka melakukan dosa yang kejam.   


10. Dan apabila mereka bertindak balas kepada panggilan alam
 
(Beritahu mereka) untuk mengelap hujung belakang mereka dengan tiga batu
 
dan untuk mengelakkan menggunakan najis untuk Kami telah menjadikan ia sebagai makanan untuk jin dan kerana itu Kami jadikan ia suatu perkara yang dilarang bagi orang-orang yang beriman



11. Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman untuk menyerang sesiapa sahaja yang mereka mahu dan juga untuk membunuh dalam usaha untuk mendapatkan peruntukan mereka bahawa orang-orang di kalangan mereka yang tidak pernah menyerbu atau tidak pernah terfikir tentang menyerangakan mati sebagai orang-orang munafik dan boleh dinafikan (di akhirat).




12.(Dan khabarkanlah) orang-orang yang takut kepada sihir untuk makan tujuh biji kurma dan Allah akan menyelamatkan mereka dari sihir dan menjauhkan diri dari mereka petanda jahat.

13. Khabarkanlah kepada hamba saya jika mereka mahu bersumpah
mereka perlu bersumpah dengan nama Allah seberapa banyak kali yang mereka mahu.
14.Dan (beritahu mereka) untuk berkahwin dengan wanita yang mereka lihat baik bagi diri mereka, dua, tiga atau empat, atau tawanan yang tangan kanan mereka memiliki,Kami telah membuat agama yang mudah bagi mereka.

15.Dan apabila anda adalah pendek perintah, panggilan Jibril
  
dan dia hendaklah datang tergesa-gesa kerana dia telah diperintahkan.
  

16 Dan jika Jibril sibuk pergi ke Waraqa Bin Nawfal
  


Apa yang aku highlight dalam surah-surah palsu ini,aku rasa korang boleh fikir sendiri,ada ke kalau kita pakai kasut mula dengan kaki kiri dulu terus jatuh hokum dosa kejam?Pakai kasut mula dari kaki kanan itu sunah bukan wajib!Sesat sungguh orang-orang kafir ini!Dan dia menyatakan yang isa itu anak tuhan?Itu lagi sesat!Nanti apabila nabi isa turun kembali ke bumi,nabi isa sendiri akan menafikan yang dia anak tuhan tapi dia akan cakap "Aku adalah nabi yang diutuskan Allah kepada kamu!Aku bukan anak tuhan!"

Korang semua dah besar boleh baca sendiri apa kesilapan dalam setiap surah ini.Jaga-jaga semua!jaga kawan-kawan dan keluarga kita yang baru nak berubah,dan jaga juga saudara-saudara baru kita.Takut mereka terpesong.
 
Apa yang paling dirisaukan disini adalah orang-orang yang ingin memeluk islam,orang-orang jahil,kanak-kanak .Takut mereka mudah terpedaya dengan surah-surah ciptaan ini.Jadi walaupun surah ini sudah beberapa tahun sudah dicipta kalau tak silap aku,tapi kita risau jika Al-Quran edisi terbaru mengandungi surah-surah ini,ataupun Al-Quran digital yang dalam android,iphone.Macam-macam agenda orang kafir untuk jatuhkan kita.Nak tahu surah yang palsu lagi?Boleh check di www.suralikeit.com/ .Di dalam ini semua surah-surah palsu ciptaan orang-orang kafir.
 
P/S:Terpulang pada anda nak sebarkan ataupun tidak,tapi sekurang-kurangnya aku sudah ada jawapan dihadapan Allah,Jika Allah Tanya "Apa kamu buat saat kamu tahu kewujudan surah-surah palsu ini ?" Insyallah aku akan jawab "Aku sudah memberitahu mereka ya Allah.Aku sudah beri amaran".
 
Sekian.Jagalah Allah,Allah akan menjaga kamu!
 
 
 


Monday 18 February 2013

kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC dan NIQAB bukan penghalang untuk berdakwah!

Assalamualaikum



Para pendakwah muslimin

Para pendakwah Muslimat

 Alhamdulillah dengan rahmat Allah kita masih bernafas hari ni.Aku gembira sebab dapat menjalinkan kembali ukhuwah bersama dengan adik-adik,abang-abang,sebaya-sebaya*ayat ini untuk menyatakan orang yang sebaya dengan aku,rare tak? sukarelawan belia islam.Syukur,Lama jugak tak jumpa depa ni sejak pergi rumah anak yatim rohingnya tu.Rindu tau rindu sangat,hampir semua aku peluk,tapi abang-abang aku tak peluklah.Nak kena penampau ke penyepak kalau buat macam tu.

Antara sohabiah sukarelawan belia islam ketika kutipan derma anak-anak yatim rohingnya disember 2012

Dengan rahmat Allah swt,Kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC,berjalan dengan lancarnya.Lancar daripada apa yang dirancang.Walaupun lari daripada tentatif,tapi masih dalam rahmat Allah.

Sebenarnya kempen #JomSolat ini telah dirancang oleh seorang hamba Allah ini,dia melihat ramai anak-anak muda,malahan anak-anak tua yang lalai tentang solat,solat itu wajib tapi mengapa orang sekelilingnya sering meninggalkan solat,pekerja goreng pisang,pekerja giant,bila dengar azan,semua buat tak tahu dan bila tiba solat jumaat,depa tak solat depa sibuk jual goreng pisang.Mereka masih tidak sedar rezeki itu datang daripada Allah.Keadaan ini sebenarnya amat menyedihkan,tidak cukup dengan akhir zaman yang penuh dengan fitnah,ditambah pula dengan anak-anak muda dan semua umat islam yang pandang ringan terhadap solat.

Ketahuilah sahabat semua!perkara pertama yang ditanya didalam kubur adalah solat!malaikat tak tanya berapa riban duit kita,berapa riban dapat jual goreng pisang dalam sehari!Tak!Malaikat akan tanya tentang solat!ha time tu nak jawab apa?nak rasuah malaikat dengan goreng pisang?memang takla!

Jadi oleh kerana situasi ini,hamba Allah ini terfikir yang dia kena buat sesuatu,bukan dia sahaja,tapi kita semua,sekurang-kurangnya jika ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak "apa yang kau lakukan saat kau lihat orang tidak solat?".hamba Allah ini ada jawapannya.

Jadi hamba Allah ini pada mulanya dia hanya berdakwah,bagi pamplet pada pakcik goreng pisang,pekerja pekerja yang suka meninggalkan solat,kemudian atas izin Allah,Allah membuka jalan apabila ada kawan-kawan yang sudi membantu dia.jadi kami dan hamba Allah ini merancang aktiviti,membincang tentatif yang sepatutnya.Selepas confirm dan pasti apa yang ingin dilakukan,kami post poster di facebook,twitter dan instagram.Alhamdulillah sambutan yang kami terima sangat menggalakkan.

Tapi yang comelnya ada yang tak tahu Masjid Asy Syakirin tu dekat mana dan ada juga yang sepatutnya balik ke asrama pada hari ahad tersebut tapi dia sanggup datang ke kempen Jom Solat.Terima kasih kepada semua adik-adik tersebut.Hati anak anak muda yang terikat di masjid.Beginilah yang kita semua mahu,iaitu menjadikan masjid itu pusat dakwah.
Briefing 

Pada 17.feb.2013,bermulalah hari yang bersejarah tersebut walaupun tak akan dicatit dalam buku teks sejarah sekolah menengah,Aku dan beberapa kawan aku berkumpul di Masjid Asy Syakirin pada jam 8.30 melayu which means,9.00 pagi,ketika itu aku agak nervous sebab tak ramai yang datang,yang ada tak sampai 10 orang.Aku dah mula risau,lagi lagi orang yang bertanggungjawab membawa pamplet dan booklet tidak sampai lagi kerana ada urusan.Tetapi dalam hati aku masa tu,aku redha,kalau sikit yang datang kita kena teuskan dakwah,kalau ramai pon kita kena teruskan dakwah.

Nak jadi pendakwah ni kita mana boleh tengok atau ambil kira crowd kita ramai mana,kerana itu semua kuasa Allah yang menggerakkan hati mereka,dakwah tu kita boleh lakukan dimana-mana,contohnya berdakwah dengan keluarga,dengan kawan-kawan.Walau kita hanya nasihat seseorang,itu bermakna kita sedang berdakwah.Islam itu agama yang indah,kerana islam itu agama dakwah.Apabila kita islam,maknanya kita adalah pendakwah.Tak semestinya kena jadi ustazah/ustaz baru boleh mendakwah,konsep itu salah.Konsep yang sebenar adalah semua orang boleh berdakwahh.
Dalam surah Ali Imran ayat 104,
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Dekat ayat ini,Allah nyatakan manusia ada tanggungjawab,ada tak Allah sebut Ustaz dan ustazah?Tak ada.Maknanya,kita ini semua adalah khalifah,manusia yang telah dipertanggunjawabkan oleh Allah untuk mengingati satu sama yang lain.Nanti di padang mahsyar 
Allah akan bertanya "Apa yang kamu lakukan saat kamu melihat orang tidak solat/membuat maksiat?"
Sekurang-kurangnya kita sudah ada jawapan,dan sudah membuat tanggungjawab kita di dunia ini.

Aqil,si anak kecil yang dibawa oleh ibunya untuk mendidik jadi pendakwah dari kecil

Jadi bila aku tengok tak ramai yang datang,aku berpesan kepada sahabat aku,"kita kena redha kalau sikit je yang datang,kalau sikit kita kena bergerak jugak,kena berdakwah jugak.".Sahabat aku berkata "Ana tak kesah,kalau kita sikit pon,ana jalan je".Lega hati aku mendengarnya,lega apabila mereka memahami semua ini.Tapi dengan kuasa Allah,sedikit demi sedikit manusia yang datang,makin lama makin ramai.Alhamdulillah.Ada juga muslimin dan muslimat yang iktikaf di masjid kerana pada hari sabtu,mereka ada perjumpaan muslimin dan muslimat di masjid Asy-Syakirin,jadi mereka terus iktikaf di masjid untuk menyertai kempen Jom Solat pada hari Ahad.Jazakallah!


Ada gaya Ustazah pilihan dok?Ahahah.aminnn:)


Ingat!kita kena semangat!semangat!oh yeah!

Semua pendakwah sampai dalam jam 10.30,jadi kami menggunakan dewan yang telah disediakan oleh Masjid Asy-Syakirin untuk mengumpulkan semua pendakwah yang ada,dan aku menyampaikan beberapa kata terima kasih dan kata-kata semangat.Aku harap aku telah dapat menyuntik,walaupun tak banyak tapi sedikit semangat.Aku berpesan pada mereka yang aku tahu mungkin selepas ini,apabila mereka semua keluar untuk berdakwah di taman klcc,mereka mungkin akan dihalang,atau kedatangan mereka tidak disenangi pengunjung KLCC,tapi jangan putus asa,kerana itu ujian daripada Allah.Syaitan tak pernah putus asa untuk membawa kita ke neraka,jadi mengapa kita yang ingin berdakwah,harus berputus asa.

Kami membahagikan para pendakwah dalam 4 kumpulan,kumpulan pertama akan bergerak keluar daripada kawasan KLCC,kumpulan kedua bergerak dalam KLCC,kumpulan ketiga akan bergerak berdakwah di kawasan taman permainan taman KLCC dan kumpulan terakhir akan berdakwah di tempat orang mandi manda di taman KLCC dan setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang muslimin serta seorang muslimat.

Aku dan sahabat lain duduk di masjid bagi menjaga beg para pendakwah yang sedang berjihad di jalan Allah.Kami dapat berjumpa dengan ustaz shah dan bercerita pengalaman kami sepanjang kami berada di masjid Asy-syakirin.Aku akui yang dulu aku juga seperti orang yang berada di taman itu,datang KLCC dan lepak di taman semata-mata untuk berdating sehinggakan aku tidak peduli pada azan yang memanggil di masjid Asy-Syakirin,tapi kini aku sedar,aku tidak mahu anak-anak muda yang berada di taman untuk terus terpesong dari jalan Allah,dating sampai tak peduli yang Allah itu maha melihat.


Niqab bukan penghalang untuk berdakwah

Mengikut cerita-cerita yang telah disampaikan pada kami,ada yang berdating sampai kepala masuk dalam baju,aku rasa aku pernah nampak perkara-perkara seperti ini.Taman KLCC ini penuh dengan pondok dan ada juga pondok yang agak sunyi,jadi tempat itu dijadikan port untuk anak anak muda melakukan maksiat.Aku pon tak faham kenapa nak bina pondok yang terpencil?Tak takut kena gigit nyamuk kah?Oh orang yang sedang melakukan maksiat mana ingat nyamuk ke serigala ke kan.

Menjawab soalan daripada guard KLCC.

Kami telah menetapkan masa yang para pendakwah akan habis berdakwah sekitar jam 1 tengahari.Alhamdulillah mereka berjaya lakukannya di tengah-tengah bandar kuala lumpur ini.kemudian mereka berkumpul di masjid untuk mengambil wudu'.Aku sempat bertanya kepada seorang muslimat,bagaimana perjalanan dakwah mereka di KLCC ini,dia berkata,macam biasalah guard menghalang,guard tak bagi untuk berdakwah dekat sini.Ha yang paling kelakarnya,aku ingat lagi guard tu berpesan "Nak jalan tak boleh lebih dari 5 orang".Oh macam tu la ye?habis tu orang yang dating tu berjalan berdua boleh ya?kalau kami jalan lebih dari 5 orang,semuanya muslimat,tak boleh pulak.Dunia dunia.

Tapi aku kagum dengan semangat dakwah mereka sebab mereka cakap mereka tidak akan berputus asa dan kalau boleh nak adakan lagi sesi dakwah ini.Mereka cakap seronok!Alhamdulilah ini semua kerja Allah dan aku juga dapat respon postif di facebook,twitter dan instagram,Mereka bersyukur kerana diadakan kempen seperti ini dan Alhamdulilalh juga tujuan kami tercapai iaitu ingin melatih anak-anak muda berdakwah di hadapan orang ramai serta merapatkan silaturahim.

Ustaz Shah


Oh selepas itu,kami solat zohor berjemaah dan selepas itu ada sesi pengenalan sedikit daripada ustaz shah serta ustaz hadi,iaitu dari pihak Masjid Asy-Syakirin,Cukuplah aku ringkaskan disini bahawa mereka berkata umat islam sekarang sudah makin teruk,biasalah manusia akhir zaman,masjid sudah tidak dipandang,yang dipandang hanya perkara-perkara yang mungkar.Ustaz shah dan ustaz hadi juga memberikan kata-kata semangat kepada kami,jika ada halangan daripada guard,dan orang ramai itu hanyalah ujian daripada Allah.Dan untuk menjadi seorang pendakwah,kita mesti dakwah diri kita sendiri dahulu.Buat apa yang kita dakwahkan.


sesi usrah

kemudian kami adakan sesi usrah selama satu jam daripada pukul 3 petang sehingga 4 petang,masing-masing duduk didalam kumpulan dan bercerita tentang solat,berkongsi ilmu,taaruf dan sebagainya,aku duduk di suatu kumpulan dan kemudian aku berkongsi pengalamanku,antaranya aku ini manusia biasa dan terkadang aku juga membuat silap dalam solat contohnya aku solat dengan cepat dan satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan adalah Allah menarik ilmu aku ketika dalam solat iaitu ketika aku sujud,aku tidak tahu apa yang patut aku baca,sehingga aku sujud lama memikirkan ayat yang perlu dibaca.Ya Allah sungguh Allah pemilik segala ilmu.


Ustaz Hadi

Soalan yang ditujukan oleh Ustaz hadi kepadaku secara persendirian,
"Saya nak tanya awak satu soalan,tapi mungkin soalan ni macam soalan bodoh sikit.Awak rasa terhalang tak komunikasi awak bila awak pakai macam ni?maksudnya berniqab,tutup muka,?"


ketika kempen tutup aurat,dakwah pada orang korea yang berminat dengan islam.

Aku menjawab "tak ustaz,memang tak langsung tak menghalang untuk saya menjadi seorang pendakwah,malah lebih senang untuk saya berdakwah,sebab foreigner lebih nak tahu kenapa islam anjurkan wanita pakai macam ni,menutup muka,mereka lebih nak tahu,berbeza dengan orang muslim sendiri yang kebanyakannya suka skeptikal pada golongan macam kami,mereka ingat kami perfect,macam bagus dan sebagainya tapi tidak pada foreigner,mereka lebih senang menerima kehadiran kami,dan ia tak menghalang kami berdakwah,dulu masa kempen tutup aurat pon,saya pernah berdakwah pada orang korea yang ingin tahu tentang islam,mereka terima saya,walaupun saya macam ni,mereka sangat berminat.Walaupun saya pernah ada pengalaman bila saya pergi kinokuniya nak beli buku,waktu tu saya sorang-sorang,ada anak cina menjerit bila nampak saya,mungkin dia ingat saya hantu,mula-mula saya nak marah,tapi lama-lama saya fikir balik,dia tak salah,dia tak faham.

Saya pon pernah interview dengan memakai niqab dan saya berjaya dapat second interview ustaz.Pada saya niqab itu tak jadi penghalang pon.Islam menganjurkan wanita akhir zaman menutup muka sebab lelaki zaman sekarang tak seperti lelaki di zaman sahabat nabi dulu,kebanyakkan lelaki sekarang matanya liar,gatal dan sebagainya."


Niqab tidak menghalang kita untuk bekerjaya,interview.

Lalu Ustaz Hadi setuju dengan kata-kata aku.dia sendiri mengakui umat islam sendiri skeptikal,suka menjatuhkan hukum sesuka hati.

Ingat!niqab bukan penghalang untuk kita berdakwah!


Aku nak pesan ni,lepas ni jika ada apa-apa kempen,majlis ilmu,anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.Muslimin dan muslimat semua boleh join,tapi jangan terkejut kalau muslimin sedikit sahaja sebab kita kan berada di akhir zaman,lelaki lebih sedikit daripada wanita,1 nisbah 40.Itu perkara biasa,jadi anda semua sebagai lelaki ataupun muslimin,perlu mengajak lebih ramai rakan-rakan muslimin untuk menyertai majlis seperti ini kerana anda amat diperlukan di majlis-majlis ini.



Sekejap aku rasa sepanjang entri ni aku macam serious je kan?Aku tak pernah seserious macam ni rasanya.Ahaks.tapi nak buat macam mana,entri serious takkan aku nak buat entri yang aku gelak sorang-sorang,nanti aku kena penampar or korang taknak baca blog aku,aku jugak yang susah nanti.
Apa-apapon aku meminta maaf jika aku ada salah silap ketika kempen tersebut.Aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan.Maafkan saya boleh tak ? *sambil buat mata bercahaya*

P/S:dakwahku takkan berhenti selagi nyawaku tidak terhenti berjumpa ilahi :,)



Friday 8 February 2013

Kempen JOM SOLAT di Masjid As syakirin KLCC,AHAD,17.Feb.2013


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua sohabiah!om join kempen jom solat pada hari Ahad minggu hadapan 17.FEB.2013 di masjid KLCC,sambil tu kita akan edar pamplet dan berdakwah tentang kepentingan solat pada orang ramai di sekitar KLCC,dan insyallah dengan izin Allah kita akan menarik orang ramai untuk solat zohor berjemaah bersama di masjid as syakirin KLCC.

kemudian akan ada sesi usrah bertajuk kepentingan solat dan balasan orang orang yang meninggalkan solat.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai untuk berdakwah bersama sama.Kita sebagai orang islam,kita adalah da'ie,dakwah kita berhenti apabila kita mati.


Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan solat dan balasan pada orang yang suka meninggalkan solat.Dan juga untuk melatih anak-anak muda dan anak anak islam untuk berani berhadapan dan berdakwah pada orang ramai,selain dari itu untuk mengenali sahabat baru dan menjalinkan ukhuwah fillah abadan abada.

Tiada pendaftaran,tiada wang diperlukan,hanyalah keinginan memperjuangkan islam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir!

Jom join!kita hidup didunia hanya sementara moga dapat menjadi bekalan kita disana kelak insyallah.

Antara tentatifnya adalah

10.00 a.m -berkumpul di masjid asyakirin,KLCC
10.00 a.m - 11.00 a.m- briefing dan taaruf
11.00 a.m - 12.30 p.m -sesi edar pamplet jom solat pada orang ramai
1.00 p.m - 3.00 p.m - solat zohor berjemaah,dan usrah.


Jom sedarkan umat islam tentang kepentingan solat,dengan izin Allah moga kita sama-sama sedar dan muhasabah diri!

jadi jom jadikan ini salah satu bekalan kita di akhirat nanti insyallah.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada

 Dya Mohamad dan  Nurul Khadijah Abdul Rashid
Muslimin boleh berurusan dengan Arham Ajwad 


Share pada kawan-kawan insyallah!

Allahuakbar! :)


P/S:Nak betulkan salah faham sedikit dekat sini,kempen Jom Solat ini bukan under mana-mana team,under NGO atau sebagainya,tapi telah dirancang oleh seorang hamba Allah yang perihatin. :)

Apa-apa boleh hubungi number ini 
Dya - 0166382218(whatsApp only)
Arham - 0133311410 (call,message & whatsapp)