I appreciate them.

Thursday, 12 October 2017

Yeayyyy I got my own youtube channel!

Assalamualaikum

Just nak bagitahu dekat hampa semua yang kami dah ada youtube channel sendiri.Setelah sekian lama jadi blogger, aku nak try la jugak bidang lain, aku nak try jadi vlogger pulak.Nak tengok jauh mana aku boleh pergi.

Btw aku dah upload 3 video dah.Korang boleh cekidaut dekat sini.Lepastu jangan lupa subscribe pulak sebab lepas ni aku rasa macam nak buat giveaway je dekat channel aku tu.

Sebenaqnya aku takut jugak blog aku ni terabai sebab pada aku lebih senang cakap depan kamera dari menulis.

Bezanya korang akan nampak segala sifat annoying aku, gigi taring,jerawat dekat video.Kalau dalam blog aku boleh sorok lagi.LOL

Apa-apapon ,sudi-sudilah untuk subscribe aku ek.

Tekan dekat bawah ni:

Tuesday, 19 September 2017

Hospital kerajaan vs hospital swasta

Kalau Korang baca last post aku,mesti korang tahu yang Medina pernah masuk ward and to be exact 3 times for this past 1months.Kesian kan?Kecik-kecik lagi dah kena masuk hospital.So dah 2 kali Medina kena admit dekat Hospital Kuala Lumpur bahagian paediatric .

Setahu aku paediatric HKL ni ada 12 KK.Aku tak berapa pasti KK tu short form untuk apa,tapi Medina dapat KK1, which is located dekat tingkat bawah sekali.Macam biasa la dah nama pon hospital kerajaan so tak boleh nak expect keselesaan tu akan ada.

Wad tu memang crowded sangat walaupun dah ada 15 bilik,tapi tetap penuh dengan kanak-kanak dan parents. Kau boleh bayangkan tak yang kita kena kongsi katil dengan anak kita? Kongsi katil takpe lagi,tapi kena duduk dalam katil baby yang kecik tu.


Image dari google.bayangkan 2 katil ni tapi patient lain-lain.


Lepastu dalam satu bilik sepatutnya ada 4 pesakit je,tapi sebab patient terlalu ramai,dieorang terpaksa letak 8 pesakit.Maksudnya katil memang sebelah menyebelah.Sangat tak selesa.Aku masih breastfeed kan Medina.So nak tutup langsir pon tak boleh sebab takde beza pon kalau tutup,orang sebelah tetap boleh nampak.

Medina dapat batuk broncholitis pon dari situ sebab terlalu ramai pesakit.Bila terlalu ramai pesakit dalam satu bilik, means penyakit ada macam-macam dan kebarangkalian untuk berjangkit tu adalah tinggi.Lagi-lagi katil sebelah menyebelah je deknon.

One more thing is langsir tu kita berkongsi dengan orang sebelah,contohla kalau orang sebelah taknak tutup langsir,tapi kau nak tutup langsir tu,so agak-agak kau nak buat apa?

Dari segi makanan pulak,aku rasa HKL dah buat yang terbaik dah sebab menyediakan makanan untuk ibu dan anak.Makanan akan dihidangkan pada waktu pagi,tengahari,minum petang dan makan malam.Aku rasa aku gain weight duduk HKL.

Makanan pon not bad la, but yang aku perasan HKL tak sediakan daging lembu.Mungkin sebab susah kot nak masak dan leceh.

Dari segi waktu tidur pulak,Ni lagi satu kau tak bolehla nak expect kau akan tidur dengan selesa tanpa gangguan.MUSTAPHA! eh silap.MUSTAHIL k.
Biasalah bila dah duduk dalam wad yang ramai orang,macam-macam ragam la ,dah kata sakit.

Lagi satu bila ada pesakit baru masuk,doktor akan datang dan soal siasat pesakit baru tu dekat dalam bilik tu jugak.so bayangkan kalau korang dah tidur, but dengar suara doktor soal siasat,tak ke korang akan bangun? tapi kalau korang jenis tidur mati ,no hal la benda ni.

Hmm Dari segi toilet pulak.Aku tak boleh nak brain la benda ni.Kata nak merawat pesakit tapi toilet bukan main kotor lagi.Dengan air bertakungnya,jamban takde penutup,leaking,lumpur,shower tak berfungsi.Bila nak diingatkan balik,memang tahap nak muntah la wehhh.

Tapi orang selalu cakap what to expect? Hospital kerajaan kan murah,so takkan kita nak expect servis 5 bintang kot kan? but pasal toilet ni,takkan nak anggap macam tu jugak kot? Come on HKL,common sense kot,wad tu untuk kau rawat pesakit,tapi takkan la kau biar toilet kotor kot?Lagi-lagi toilet tu diguna oleh parents dan anak-anak yang fragile lagi.Kau ghase?

Tapi kalau dari segi Doktor memang banyak,ada housement,MO dan pakar.Doktor banyak ,apa-apa korang boleh rujuk je dekat dieorang .Dan dieorang ada file tentang pesakit,So no worries dekat situ.

So untuk kali ketiga aku dan suami tekad untuk pergi hospital swasta,kiteorang memilih hospital KPJ TAWAKAL specialist,Aku bernasib baik sebab ada kawan yang bekerja dekat situ.Kawan aku dah tolong booked appointment dengan pakar paediatric one day before.

Masuk hospital tu je,kau terus selesa with their warm welcome .Doktor faisal yang attend kes Medina .Memang baik and peramah.Yang aku suka pasal KPJ ni,kita akan direct terus deal dengan pakar,dan pakar confirm akan datang tengok kes dia setiap hari.So apa-apa soalan boleh direct je dengan pakar.


Image dari google .ebih kurang gini la ghupenyee


One more thing yang best adalah eventhough Medina dapat bilik yang ada 4 orang,tapi kawasan untuk Medina dah cukup luas,ada TV, ada sejadah dan telekung,katil besar,toilet dan shower yang bersih untuk setiap bilik.

Langsir pon tak berkongsi dengan orang sebelah.Macam aku cakap tadi Medina masih breastfeed,so dekat sini KPJ dah dapat plus point dari aku.Dari segi makanan pulak, Dieorang akan bagi kita list menu dan kau pilih je nak makan apa,nanti dia hantar.Ada sekali tu aku order spagethi,sedap la jugak,acceptable.

Babah Medina pon boleh tidur sekali dekat situ sebab dia sediakan sofa bed.So takdelah aku keseorangan jaga Medina dekat hosptital.Huhu.Ni baru cerita bilik 4 bedded.Belum single bed lagi.Aku rasa yang tu lagi heaven,kau boleh bawak satu kampung dekat situ.

Dan Medina tidur dengan lenanya sebab takde orang ganggu,lampu pon takdela sikit-sikit dibuka.Bunyi orang sebelah menyebalh tu biasa but minimize la sebab 4 orang je kan.But yes again kita perlu expect benda ni dari swasta sebab kita bayar bukan free.So they have to provide us the best services.

But pada aku la sebagai seorang netizen,aku lagi suka duduk dekat kawasan yang selesa sebab anak kita dahlah tak sehat,dan kita perlu sehat untuk jaga dia.Jadi kalau tempat tu tak selesa,tak ke kau rasa nak balik je?

Dan ada je kes yang patient tipu doktor cakap anak dah sehat tapi sebenarnya tak.Alasan dia adalah sebab tak selesa.Duduk rumah jaga anak lagi bagus.

In terms of nurse service,aku rasa dua-dua hospital okay je.Nurse senyum je bila kita tanya apa-apa soalan walaupun dieorang penat.You have my respect!

Kalau ada duit lebih bolehla untuk consider ke swasta,Or lagi bagus kalau kau ada insurance untuk anak.So anak boleh masuk hospital swasta dengan selesa dan aman.Melaburlah sikit untuk keselesaan dan kesihatan okay.Because we dont know the future gittewww.


But perlu ingat ye yang jika kes tu berat sampai hospital swasta tak boleh nak handle,dieorang still akan hantar pada HKL jugak sebab the best thing about HKL is they have many specialist.

Sekian.






Monday, 18 September 2017

Kisah anak demam on off

Aku rasa most of the parents mesti pernah alami anak demam on off kan? Kita yang bukan from medical background ni have to go with mother instinct la.Kadang-kadang anak-anak ni dia okay waktu siang,malam tiba-tiba suhu naik mendadak,memang lepastu mak-mak ni akan berjaga dan timbul la mata panda.

Aku ingat lagi first time Medina demam adalah waktu dia umur 6bulan.Sebelum tu dia tak pernah sakit,tak pernah demam,selsema,batuk.Tak pernah.Tapi Allah nak uji sekejap je deknon oi.Yang tu demam biasa okay lagi.Tapi bila dia dah masuk 10 bulan,dia dah start demam on off.

Aku sebagai wanita bekerjaya gitteww terpaksa la amek cuti on off jugak.Nasib baikla bos aku paham sebab dia cakap "being parents is not easy" .Thank you bos :,)

Selalunya kalau bos tak paham,cuba korang check kriteria ni dekat bos korang.Mesti dieorang ni tak kahwin lagi,takde anak lagi, atau lambat kahwin and mostly perempuan.Cuba check tengok.Hehe.

Wbc tu white blood cell.


Sambung cerita tadi.Medina demam on off dalam masa 2 minggu.As a mother,hati aku dah tak best dah,jantung aku dah laju dah.So lepas balik kerja,aku terus bawak dia pergi Emergency HKL.So doktor sana amek darah lepastu result darah kena tunggu dalam masa 6 jam kauuuu.Kau ghase?


Nasib baik ada mak aku,dia tolong tanya kawan dekat lab.Dapat je result,doktor suruh admit sebab dia cakap white blood cell tinggi,tandanya Medina tengah lawan infection sebab tu Medina demam.

So bila duduk dekat wad HKL tu,doktor mulalah buat kajian,dia cakap kalau disebabkan tonsil,demam takkan lama sampai macam ni sekali.So dia minta aku tadah air kencing Medina sebab nak buat kajian untuk UFEME dan Culture and sensitivity.

Result culture and sensitvity.

Kajian UFEME ni untuk tengok wether ada infection atau tak.Ujian Culture and sensitivity ni untuk tengok ada bakteria growth ke tidak dalam air kencing tu.Nak tunggu result macam biasalah ye tunggu dalam 4 hari.So berkampungla aku dengan Medina dalam wad tu ,tapi time tu doktor dah on antibiotik namanya ceforoxime.

Aku punyalah berdoa supaya takde infection dan growth,tapi guts ibu selalunya betul,memang ada infection.Aku dan Medina berkampung dalam wad selama seminggu dengan ubat yang dimasukkan melalui darah.Demam dia memang turun,kiteorang dapat balik rumah pon,doctor still bekalkan ceforoxime syrup untuk habiskan dalam masa 3 hari. Lepas habis je ubat tu,Medina start demam on off balik.So maknanya apa? Maknanya ubat tu tak sesuai dengan Medina.

Jadi aku bawak Medina pergi wad HKL lagi sekali dan doktor pakar cakap memang kena warded lagi sekali lah.Dan terpaksa ulang Ufeme dan Culture and sensitivity test. Dan Medina positive dengan Ecoli ELBS. Apa itu Ecoli ELBS?

Semua orang ada Ecoli tapi bezanya adalah infection atau tak itu je.So ELBS ni type yang kiranya agak rare la especially untuk baby.Kau baby kot macam mana boleh dapat ELBS kan?

 Doktor cakap salah satu punca adalah cara basuh bontot and kemaluan yang salah.Lagi-lagi Medina ni perempuan.Saluran kencing perempuan adalah lebih pendek dari lelaki,sebab tu perempuan lebih senang kena penyakit kencing kotor.

 Bila kita basuh tak bersih,contohnya najis masih melekat dekat kemaluan, bakteria-bakteria senang nak berjalan-jalan dengan gembira masuk ke saluran kencing lalu membuat onar.Faham?

Lagi satu nak lawan Ecoli ELBS ni bukannya boleh dengan sebarang antibiotik.Itulah gunanya ujian air kencing culture and sensitivity untuk tengok antibiotik mana yang sesuai untuk lawan infection ni.Rupanya antibiotik masa first time medina masuk tu tak sesuai dengan infection ni,kiranya resistance la.


So untuk warded kali kedua ni,doktor bagi antibiotik ertapenem.Bila aku tengok result urine tu,memang ertapenem ni jenis sensitive which is sesuai dengan infection ni.Yang tak bestnya ertapenem ni takde jenis syrup ,memang kena masuk ikut darah setiap 8 jam.Kesian Medina tak cukup tidur:(

Ecoli Elbs ni boleh berjangkit melalui sentuhan,so obviously Medina kena kuarantine dekat HKL tu,tapi takdelah tahap tak boleh terima pelawat langsung,cuma perlukan penjagaan yang rapi.walaupun kena kuarantine, wad HKL tetap crowded.


Nanti aku akan buat entry perbezaan Hospital kerajaan dengan Hospital swasta.Oh Btw Ertapenem ni ubat yang mahal and bagus gila,kalau dekat swasta harganya RM5k chuolsss.Mana nak cekau duit.


Kalau nak datang,sila datang awal yeee.kena beratur chuolss

Alhamdulillah after 1 week with ertapenem,Medina memang dah tak demam langsung .Tapi yang tak bestnya dia start batuk berkahak and demam sejam pastu okay.Kesian sangat sampai hilang nafas dia.Aku yakin dia berjangkit dekat wad HKL tu.

So aku ikhtiar dengan pergi klinik wangsa Dr nadir selama 6 hari berturut turut untuk sedut kahak dia.Kahak Medina memang sangat banyak berbuih-buih keluar,takut aku tengok.Kesian memang kesian tapi nak buat guane,kalau kesian memang tak baik la cite dia.


Aku suka sangat dr nadir ni sebab dia sangat bagus in explanation.Dr Nadir cakap Medina demam on off ni salah satu sebabnya adalah kahak terlalu banyak.Aku nampak Medina banyak improve lepas sedut kahak dengan dr nadir.Aku rasa korang boleh je google pasal Klinik wangsa Dr nadir sebab aku penat nak menaip.Yang penting Dr ni memang bagus.


Cian anak ummi.lemah dah dia:(


Lepastu masuk hari ke 7 aku bawak Medina pergi KPJ tawakkal untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak.At the first glance doktor tu terus cakap anak awak ni ada broncholitis tapi bukan jenis teruk.Dia cakap tak payah warded.Tapi aku insist jugak untuk warded supaya doktor boleh monitor.Jadi setiap 4 jam doktor akan bagi nebulizer dan sedut kahak sehari sekali.Kesian Medina .Again tak cukup tidur:(

Medina duduk dekat Kpj Tawakal selama 3 hari je sebab doktor cakap keadaan Medina dah banyak improve sebab sebelum warded tu,Medina kan dah kena sedut kahak dengan Dr Nadir,so kahak yang tinggal hanyalah kahak yang cair je.Senang la nak bawak keluar kiranya.


Aku suka Kpj tawakkal sebab kita deal terus dengan pakar.Doktor pesan dekat aku supaya spray sterimar selalu dekat hidung Medina dan sedut hingus.Buat selalu pon tak apa untuk legakan pernafasan .Doktor jugak nasihatkan aku supaya jauhkan dari orang-orang yang MEROKOK,tempat tempat yang banyak habuk.

So orang-orang yang merokok,please get away from my baby okay!!you are not welcome,Walaupun kau baru lepas merokok sejam yang lepas,jangan sesekali kau dekat and cium anak aku!

So aku ade nasihat two cents , kalau anak asyik demam on off, korang ikut je instinct korang as a mother.Kalau dah rasa tak sedap hati tu,bawak jela pergi hospital .INGAT!Demam ni bukan suatu penyakit!


Tapi demam adalah satu petanda yang anak kita sedang lawan sesuatu dalam badan dia.Kalau korang bagi panadol segelen pon,ia hanya akan redakan demam dan tak akan hilangkan punca!SO?? Pergi hospital.

Sekian


Monday, 4 September 2017

Office untuk breastfeeding mom

Assaalamualaikum

Aku rasa macam excited nak share benda ni.Aku sangat bertuah yang office aku ni faham tentang penyusuan susu ibu.Alhamdulillah rezeki Medina Aisyah sangat.

Aku tak bagitahu pon yang aku bfmom waktu interview.Aku hanya bagitahu waktu hari pertama aku report dekat HR. 

"Saya masih menyusukan anak saya.Boleh ke kalau saya nak pump?"
"jangan risau.dekat sini kita ada bilik untuk bfmom,boleh pump dekat situ."

Waktu tu aku rasa dunia ni aku yang punyaaa.Bertuah sangat rasa diri ni.Allah permudahkan perjalanan aku untuk menyusu.

So dekat sini ada ramai bfmom.Paling ramai ialah chineese sebab aku kerja dekat company Cina.Tapi memang aku tak sangka yang dieorang boleh paham pasal bfmom ni.

Dekat sini aku ada 3 jadual iaitu pukul 9 pagi,12 tengahari dan 3 petang.Setiap bfmom ada jadualnya sendiri, memang tak akan clash.So kena awal-awal booked dekat reception.Aku booked setahun terus.Senang.

Kalau ada meeting,dieorang akan postpone/ tunggu sehingga session aku selesai.Tak pon dieorang akan teruskan dulu tanpa aku.Dan ada jugak situasi yang aku keluar dari meeting sebab aku kena pump.Dieorang takde masalah dengan semua tu.

Company aku ni jugak celebrate hari ibu.So owner company akan turun dan buat appreciation speech untuk mothers dan juga bagi hadiah kepada para ibu.

Aku sangat beruntung sangat.

Meh aku share dekat korang tempat yang office aku sediakan untuk bfmom!:)




Okay selain dari tu meh aku belanja design office aku.






Kla kite belanja sikit-sikit je gambor takleh lelebih.

babai sume.happy breastfeeding~

Monday, 21 August 2017

Jangan ambil mudah ada anemia ketika mengadung k!


 Assalamualaikum Since ramai ibu-ibu yang ada anamia ketika mengandung,aku rasa aku ada perasaan tanggungjawab untuk share pengalaman aku.


 
Sebelum tu,aku ringkaskan pasal anemia tu.Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin dalam sel darah.


 Semua orang tahu kan, waktu mengandung,kita akan ada monthly checkup dengan klnik kesihatan kan? So bila nurse check dan ambil darah, nurse cakap HB aku low. So nurse bagitahu risikonya nanti baby tak dapat oksigen yang cukup. Waktu tu siapa tak nervous kan? Aku carilah supplement,google makanan yang terbaik untuk naikkan HB aku. Aku rasa yang works wonder for me was Jambu batu, Jus Tok guru,Jus delima dan kurma itself. Esoknya bila checkup untuk ambil HB,memang naik cantik.So mungkin korang boleh try kot ,mana tahu menjadi dekat korang. 


 Lepas aku bersalin,aku ingatkan everything will be normal la. Aku ingatkan kisah anemia ni akan berakhir dekat situ je.Tapi aku silap.Habis je raya tahun ni, aku hantar Medina ke rumah babysitter macam biasa.Tapi hari pertama,Medina start menangis tak berhenti,aku dan babysitter ingatkan dia nangis sebab dah lama melekat dengan aku masa dekat kampung.So aku buat macam biasa jela.Aku mintak tolong babysitter supaya bersabar sikit dengan perangai Medina.Tapi benda ni berlarutan sampai 5 hari. Medina ada muntah susu dan dia macam cranky la senang cerita.
Real footage from pengasuh okay gaisss.


Masa tu aku dekat tempat kerja,So I take half day leave sebab nak amek Medina dekat rumah Babysitter dan decided untuk bawak ke klinik Paeds dekat taman melawati. sebab we were clueless,We don’t know what trigger Medina to act like that. Aku perlukan nasihat seorang pakar. Terus aku cerita dekat Dr segala perangai Medina lately ni. Dr terus cakap yang Muka Medina ni pucat,bukan setakat muka, tangan , kaki,bibir.Eh aku pon cakap “Pucat ke doctor? Saya tak perasan pula”.Kemudian Dr minta izin untuk ambil darah Medina dan keputsan esok mengatakan memang Medina ni ada anemia.Dah 3 bulan rupanya Medina ada anemia dengan bacaan 4.3.Bacaan terbaik adalah 11. Rendah kan?Aku terkejut.Sumpah terkejut!Aku ingatkan aku dah bagi yang terbaik untuk Medina,tapi aku SALAH!Aku rasa tak berguna dan berdosa sangat.Aku menangis!!

Supplement Medina


Supplement untuk aku

Dr  cakap yang kanak-kanak yang ada anemia ni,emosi dia akan tak stabil,muka dia akan Nampak pucat,Nampak penat..Yes emosi dia tak stabil dekat rumah pengasuh,Tapi bila dia dengan aku,dia tak cranky.Sebab aku ni mak dia,Ofcourse dia gembira je.Tapi still tak stabil.Dan yang paling aku takut adalah Dr cakap yang anemia ni boleh lead to luekimia.Luekimia ni kan cel darah putih banyak dari darah merah.Anemia ni maksudnya kurang darah merah.Selain dari tu,risiko perkembangan anak lambat serta takut anak akan jadi lembab dekat sekolah.Kau rasa? Nak main-main lagi dengan anemia masa mengandung?  Medina tak dapat zat besi yang cukup daripada susu aku.So aku kena improve pemakanan aku,aku kena makan lebih daging merah.Dan begitu juga Medina. Aku selalu bagi Medina makan ayam.Ayam tu sebenarnya bukan sumber zat besi yang bagus.Dr nasihatkan aku untuk bagi Medina makan daging,sayur bayam,brokoli,dan Dr juga bagi Medina supplement folic acid dan Nutroplex with lysin and iron.Vitamin Nutroplex ni untuk tambah selera makan dan untuk tambah zat besi dalam badan.Dan Dr suruh aku makan balik supplement yang aku consume waktu aku mengandung dulu.


 Memang Lepas tu,aku ajak suami aku pergi beli daging,segala sayur mayur dan buatkan Medina bubur.Yesss selama ni Medina hanya makan masakan daripada aku sahaja.Medina tak pernah makan processed food macam cerelac,milna semua tu.Memang aku akui sangat penat untuk buat makanan sendiri.But trust me!Ia sangat berbaloi sebab kita tahu apa anak kita makan dan kita tahu segala khasiat yang masuk dalam badan anak kita. Semalam aku baru pergi checkup dekat klinik kesihatan dan Doktor cakap bacaan Medina makin baik dan bacaan HB dia naik sangat dari 4 ke 9.7. Alhamdulillah aku syukur sangat.Tapi doctor still suruh aku monitor Medina,kalau Medina Nampak pucat,perut keras dan kembung ,kurang aktif serta jika kepala dia makin membesar,segera bawa ke hospital.  


So aku ada beberapa nasihat berdasarkan pengalaman aku.Nak amek or tak terpulang k.
-ikut nasihat nurse makan makann yang tinggi zat besi ketika mengandung
-makan supplement yang doc bagi ketika mengandung
-Jangan ambil mudah jika anak menangis tak tentu pasal dekat rumah pengasuh
-pada anak yang dah boleh makan,please bagi makanan seimbang.Elak bagi processed food.Homemade is the best. 


  Btw Guys Klinik yang aku pergi tu sangat sangat bagus dan recommended.Namanya Klinik Pakar kanak-kanak Desa Melawati Dr Hasmawati.Dr ni islamik dan tegas.Ofcourse dia sangat pakar dalam bidang dia.Kalau datang lambat,memang korang kena beratur untuk jumpa dengan dia.Haritu aku jumpa suami King Coco dengan bini pertama dia datang dekat situ.*eh Motif nak bagitahu? Dia tengok anak korang,dia terus tahu anak korang sakit apa.Kalau korang pon macam aku,clueless,taktahu apa jadi dengan anak,aku nasihatkan korang pergi jumpa paeds terus,jangan pergi klinik biasa.Dah nama pon paeds,pakar kanak-kanak.Jadi dia lebih tahu. 




Alamat:

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK DESA MELAWATINO 21 JALAN 2/4C, DESA MELAWATI,53100 ULU KLANG, KUALA LUMPURTEL NO : 03 - 4105 1962.

Waktu operasi:

ISNIN - JUMAAT  : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG                                  3.00 PETANG - 6.00 PETANG
SABTU : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG AHAD & CUTI UMUM : TUTUP. 

Thursday, 10 August 2017

Seram:Bunyi apa tu?

Assalamualaikum

Aku rasa dah lama aku tak share tentang cerita hantu.Ive been busy dengan kerja dan anak.So what makes me wanna share this story is because yesterday my friend share with me the story that caught my ears.It was interesting story but scary tho for me.

Lets start the story.Aku namakan kawan aku ni sebagai Anis.



Anis ni asalnya orang Terengganu. Dia datang Kuala lumpur ofcourse la sebab nak bekerja kan.So  Anis pon sewa satu Kondominum PV20 setapak .Menurut Anis selama setahun dia duduk dekat kondo tu,takde masalah langsung yang timbul.Tak pernah kena kacau,bahagia je Anis and kengkawan.But theres one day that change her whole life.

Selepas setahun Anis dan kengkawan duduk dekat kondo tu,dieorang buat keputusan untuk pindah dari kondo tu.
Salah seorang housemate Anis kemas-kemas barang untuk pindah pada waktu malam,like midnight.Masa Anis cerita tu I was like “what? Pindah memalam.Motif sangat kan”.Selepas housemate Anis siap pindah, malam tu Anis dan kawan dia tak boleh nak tido.Aku namakan kawan Anis tu sebagai Mira.So Anis dan Mira ingatkan benda tu biasa,tapi rupanya that was just a beginning.

So malam kedua tu, Anis baring atas katil dalam bilik main telefon.Belakang katil Anis,ada katil lagi satu. Tengah leka main telefon,Tiba-tiba dia dengar macam ada orang tengah kalih-kalih dalam selimut.Alaaa macam kita tengah selimutkan badan kita,lepastu kita nak alih badan,kan selimut akan berbunyi kan? Ha gitula bunyinya.Tapi masa tu Anis tak sedar lagi,Anis ingatkan roommate dia.Tapi tiba-tiba Anis teringat yang Roomate dia kan dah pindah.Anis tak sedap hati.So dia toleh ke belakang,tapi takde orang! Kosong!Katil tu dah takde tilam pon!So bunyi apakah tadi?



Jadi keesokan harinya, Anis dan mira tidur dekat ruang tamu yang besar tu.Dari ruang tamu boleh nampak dapur, Anis dan Mira tidur berhadapan dengan TV dan atas kepala dieorang ada sofa.So dalam jam 1 pagi macam tu, Mira dengar seperti ada orang dekat dapur, dan Mira ingatkan Anis bangun untuk makan sebab Mira dengar bunyi orang buka peti ais dan bunyi orang memasak.Mira juga nampak seperti ada cahaya datang dari dapur,tapi bila Mira buka mata,gelap.Takde sesiapa pon dekat dapur.Kemudian gangguan malam tu tak berakhir dekat situ.Gangguan tu bersambung dengan bunyi orang nak buka TV,kali ni turn Anis pula buka mata tapi,still takde orang.So Anis cuba untuk tido semula,dan bunyi yang sama!!Lepastu Anis dengar ada orang melompat atas sofa.Ahh sudah.

“Anis”
“ya.Kenapa mira?”
“Nak tidur dalam bilik tak?”
“Okay jom”

Malam esoknya pulak, Anis dan mira nak try tidur dalam bilik.Yela dah kena ganggu dekat ruang tamu,memang takla nak tidur dekat ruang tamu kan.Dalam bilik lain pulak ceritanya. Dieorang boleh dengar benda tu buka tutup pintu dekat luar!bukan tu je,pintu toilet pon dia main.Siap goncang-goncang baldi yang ada hanger. Anis dan mira malas nak layan,Dieorang still mencuba untuk tidur. Tapi yang paling seramnya,tiba-tiba Anis dengar ada orang bisik dekat telinga dia .Bukan bisik Yusof taiyob,Tapi bisikan yang berbunyi “Psstttt”.

Apa lagi dieorang bangun dan terus pergi tidur dekat rumah kawan.




Benda ni start jadi bila dieorang decide nak pindah dari rumah tu. Adakah benda tu kacau sebab benda tu tak bagi dieorang pindah? Benda tu dah suka dekat dieorang ke?Atau benda tu sebenarnya nak halau dan nak duduk dekat situ sensorang?Atau ada sesapa yang hantar ?Anis tu sampai sekarang tak cukup tidur sebab benda tu tak bagi dia tidur,macam nak suruh Anis teman.Korang ghase?



Sunday, 6 August 2017

Makcik bawang page KRT-Kisah rumah tangga


Assalamualaikum 

Lately ni aku perasan page KRT selalu lalu dekat timeline facebook aku.Aku rasa most of facebook users mesti tahu pasal page KRT ni.Tak kira lah tua,muda mesti tahu punya sebab page ni biasanya akan share pasal masalah rumah tangga, masalah keluarga mertua,yang bukan pasal rumah tangga pon ado.Contohnya kisah rumah yang tak bertangga sebab dia pakai lift. KahKah.*gelak sendiri.

Budak-budak yang baru nak up,boyfriend,girlfriend pon ada yang follow KRT ni hah.Kengkonon nak jadikan pengajaran la bila dah besar nanti.Tapi seriouslah Kau baru 14 tahun kot.Okayla aku terima dia nak jadikan KRT sebagai inspirasi di masa hadapan.LOL

Aku boleh katakan yang KRT ni salah satu page favourite aku la.Sebab kes-kes yang dia post kekadang kelakar.Yang paling best bila baca komen.

Tapi yang paling epic dalam page KRT ni haruslah persatuan makcik makcik bawang.Kenapa mesti guna bawang sebagai reference? Sebab bila kau potong bawang,kau menangis tak? Nangis kan? Ha so itulah fungsi makcik-makcik bawang.Kalau korang share masalah/cerita dekat KRT yang mengundang kecaman,makcik -makcik bawang mesti akan muncul dekat ruangan komen.

Contohnya:








Banyak lagi komen bawang.Tapi aku tak sempat nak screenshot.Korang pergi terjah sendiri page KRT.

Aku boleh klasifikasikan kes-kes dalam page KRT ni kepada beberapa bahagian.Cewahhh.

1.Kes curang

Kes ni paling tinggi la dalam page KRT ni.Sikit-sikit nak curang hanya sebab isteri tu busuk la,siap minta izin,perlukah dia curang?LOL.kau ni memang mintak kena bawang ni.Yang aku screenshot ni is the latest case dalam KRT.Perempuan ni dah deactivate account facebook dia sebab wall dia kena serang dengan makcik bawang.Haaa korang jangan memain dengan kuasa makcik bawang keyhhh.Tulaaa siapa suruh kacau laki orang.Tapi laki tu pon bongok jugak sebab bini dah alim,cantik tapi still nak menggatal.Yang tak boleh blah tu,laki ni pon dekat wall dia,dia acah-acah alim.Tapi sebenarnyaaaa korang tengok jela gambar dekat atas ni ye.


2.Kes lawak tapi comel

Okayla kes yang ni pon aku rasa best.Adakah aku ni jenis mudah terhibur? #mudahTerhibur.

3.Kes comlain je lebih.

Kes yang ni pon banyak jugak.Ni nama dia kes yang mintak dikecam tau dak? padahal takde apa pon.Kau cakap jela kau tu dengki dengan adik ipar kau ek?Selalu jugak aku nampak post cenggini.Kebanyakkannya akan complain cakap adik ipar, kakak ipar pemalas,tapi dia tak sedar yang dia tu duduk dekat rumah mertua tu.Kalau taknak tengok dorang malas, kau keluar lah dari rumah tu .*Kata makcik bawang.

4.Kes cerai berai
Kes yang ni aku taknak komen lebih-lebih.Moga pengakhiran yang baik buat mereka dan anak-anak.


5.Kes kengkonon sweet la 
Aku ingat ada satu hari tu,ada sorang hamba Allah ni dia share ke sweet an dia dengan suami dia.Masa tu aku rasa sweet la.Lepastu eh banyak pulak yang share screenshot conversation dieorang dengan suami.Masa tu aku rasa macam yelaaa yelaaaa korang jela yang bahagiaaa.Tapi aku doakan mereka betul-betul bahagia hingga syurga.Aminnn insyallah.

6.kes nak kahwin lagi
Hmm Yang ni pon banyak jugakla.Yang kelakornye.Dia cakap bini dia ni tak cantik,tak reti berhias.Perlu tak dia nak kahwin lain?Siap mintak pendapat tu.Kau silap bro.Kau mintak pendapat dekat KRT maksudnya kau mintak kena kecam.

7.Iklan adimanja.
K yang ni paling banyak dalam page KRT.Suami isteri je kot boleh pakai.Boyfriend girlfriend jangan pandai nak PM admin beli,Nanti admin bagi kau PM betul (Najib )pakej sekali dengan isteri dia.Nak?


Tu jela yang aku dapat sepanjang pemerhatian aku.Tapi aku rasa makcik-makcik bawang ni fungsi dia macam bagus jugak biar mendapat sikit orang-orang yang buat hal ni.Cumanya janganlah nak mencarut atau doa yang tak elok sebab takut-takut doa tu berbalik dekat diri kita sendiri.Insoflahhhhh.

Sekian ceramah dari ucetajah dya mohamad.