I appreciate them.

Thursday, 14 December 2017

Ada kisah cinta sebenar dalam Titanic?

Okay untuk pengetahuan korang,aku ni sangat la obses dengan Titanic,sampai aku ada join satu grup Titanic enthusiasm dekat facebook.Kekadang bila ada masa terluang,aku akan google pasal Titanic dan jugak aku akan tengok dokumentari,video macam mana dia tenggelam dan sebagainya.



Image asal.


Korang mesti dah pernah tengok filem Titanic tu kan?Kengkonon Jack dan Rose bercinta.Jack orang miskin,Rose orang kaya bagai.Dulu waktu aku kecik,aku quite obses dengan Jack.Perghh apa jenis perangai time kecik dah pandai obses dengan lelaki ni.haha

Boleh tak korang bayangkan yang situasi dimana korang tahu yang korang akan mati lemas kejap lagi?Tahu tak mati lemas tu adalah salah satu mati yang paling sakit sekali sebab lemas ni main dengan pressure air masuk ke seluruh organ dan ada organ yang akan pecah sebab penuh dengan air.Nauzubillah mintak dijauhkan

Anyway, mungkin ramai tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam Titanic tu.First aku nak bagitahu dekat korang yang watak Jack and Rose tu hanya rekaan semata-mata.TAK WUJUD k.Walaupun ada satu kubur tu namanya J.Dawson,tapi bukan merujuk pada Jack Dawson.Bukan ye.J.Dawson tu adalah merujuk kepada nama Johnson Dawson.Yep dia juga salah satu passenger dalam tu




Pengarah saja je reka watak Jack and Rose,tujuan sebenarnya adalah nak tunjuk situasi dalam kapal tu.Tapi tak semuanya tepat according to the witnesses la.Yang duduk dalam bot penyelamat pon tak semuanya hidup sebab dieorang kesejukan tunggu kapal lain datang untuk selamatkan dorang.Kesian kan?Tak silap aku hanya ada satu bot je selamat.Lain semua Mati.


Semua orang tahu yang Titanic ni karam disebabkan oleh iceberg.Iceberg ni bukan kecik ye.Sangat besar.Yang timbul dekat bahagian atas tu hanya tip of iceberg omputeh cakap.Dekat bawah laut tu sangat besar.


Ni la iceberg yang menenggelamkan titanic



Yep memang ada dialog yang engineer dia cakap "this ship is unsinkable".Dialog ni memang betul.Tapi takde siapa boleh melawan kuasa Allah.Jangan cakap takbur,kan Allah dah bayar cash.Anyway pasal cerita Titanic ni la,sampai sekarang aku fobia nak naik kapal.

Untuk pengetahuan korang, 90% daripada penumpang semuanya diletakkan di kelas kedua.10% je yang diletakkan dekat kelas pertama.


Gambar asal restaurant mewah dalam Titanic


Kan aku cakap tadi kisah Jack and Rose tu hanya palsu je kan? Tapi ada satu kisah ni yang benar-benar berlaku dalam Titanic.Iaitu kisah Ida(Isteri) dan Isador Straus(Suami).




Dieorang ni dah tua.Kahwin dah 40 tahun.Masa Titanic dah nak tenggelam,kan ada boat penyelamat dan diutamakn untuk perempuan.Isador suruh Ida naik.Tapi Ida menolak.Ida cakap "we have been together for 40 years and where you go I go.Dont Argue Isador".

Last saksi nampak dieorang adalah diatas deck kapal sambil berpegangan tangan.Walaupun ada yang offer untuk Isador temankan Ida dalam bot penyelamat,Isador tetap tolak sebab dia memikirkan ramai lagi kanak-kanak and wanita yang perlu diselamatkan.

So Ida pulak taknak tinggalkan suami dia.Jadi dieorang berdua mati bersama-sama dengan Kapal Titanic. Mayat Suami dijumpai,tapi mayat ida hilang.


Deleted scene in Titanic

Jadi Ida memilih untuk stay bersama suami dia dan mati dalam Titanic bersama. Sebenarnya dalam filem Titanic,ada scene diatas.Tapi atas permintaan keluarga,Scene ni telah di delete. So mereka ganti dengan scene dibawah ni.Ingat tak ?




Oh Btw Guys,Aku teringat yang 100 tahun sebelum kejadian Titanic ni, seorang penulis buku telah mengeluarkan satu buku yang cerita pasal Kapal bernama Titan yang akan tenggelam sebijik macam kisah Titanic.Korang ghase? Gambar,jalan cerita dalam buku semua lebih kurang sama.


Gambar dalam buku.Sama kan dengan gambar kapal



Anyway aku share dekat korang gambar-gambar rare yang ada dalam Titanic ni.


Pelan kapal Titanic

Tiket




the survivors


the gym


selepas diselamatkan

the deck


Kbai guys.


Monday, 11 December 2017

Imanni Skinz shy Girl: Betul ke Produk Mesra wudhu?

Assalamualaikum Hai Local product lovers semua!









Kalau aku sebut jenama ImanniSkinz mesti korang tau kan?Aku suka ImanniSkinz ni sebab ia adalah salah satu product skincare yang confirm selamat.Kenapa aku cakap confirm?



Sebab product dieorang ni bukan product rebranding tau,Owner Product,Puan Aimi adalah graduan Chemistry UiTM,Kalau korang follow Facebook dia, Dia banyak menekankan tentang penggunaan kosmetik yang selamat.Macam dalam semua product dia,kebanyakan ada habatus sauda organik dan ada sijil kelulusan organik.
Kau ghase?Sijil SPM aku pon aku lupa letak mana tau.

Pada korang yang suka mekap tapi nak jimat dan selamat memang confirm boleh cuba set ImanniSkinz shy girl ni sebab ia bebas hydriquinone,merkuri,plumbum sebab as you guys know yang bahan-bahan ni boleh menyebabkan jerawat yang teruk.

Kenapa korang perlu dapatkan ImanniSkinz ShyGirl?

1. Mengandungi Organik atau Natural Extract
Mesti anda tidak percaya kan produk keluaran Imanni Skinz mengandungi ORGANIK Habbatus Sauda dan bermacam-macam lagi natural ekstrak seperti Witch Hazel, Pitera, Argan Oil, Mulberry, Aloe Vera, Vitamin C, Olive Oil, Almond Oil, Vitamin E, Daun Sireh, Shea Butter dan macam-macam lagi.


2. Bebas Merkuri dan Hydroquinone
Produk kosmetik yang terbaik adalah bebas bahan-bahan kimia terlarang seperti Merkuri dan Hydroquinone. Pernah tak anda di luar sana menyemak kandungan produk yang dipakai ke kulit anda? Mesti anda tidak percaya kan KKM sebenarnya melarang kedua-dua kandungan bahan ini dicampur ke dalam bahan kosmetik yang sebenarnya boleh merosakkan kulit untuk jangka masa panjang, dan lebih bahaya lagi ada kesan sampingan terhadap organ-organ tubuh badan disebabkan penyerapan bahan kimia ini ke dalam kulit yang mengalir di dalam salur darah anda. 


3. Kulit Cantik secara Alami bukannya secara Express
Untuk menjadikan kulit kelihatan cantik, pilihlah produk yang mencantikkan kulit secara semulajadi, walaupun ianya mengambil tempoh masa asalkan bukannya dengan bahan-bahan kimia terlarang yang menukarkan kulit anda menjadi putih bersinar.

Banyak gila Testimoni yang bagus-bagus pasal ImannSkinz ni.Antaranya:









Ni Muka aku selepas pakai Set Shy girl.Amacam macam Shy Shy cat tak?


So aku banyak tengok dekat page seller semua yang claim ImanniSkinz ni mesra wudhu.Pemahaman aku tentang mesra wudhu ni adalah mekap tu mesti senang untuk diremove.Ha hamek kau di-remove,suka hati aku je kan.

So aku pon buatlah satu video dan test sendiri untuk tengok betul ke tak apa yang dieorang claimed ni.Biasalah kita ni perempuan memang kena selalu nampak cantik.Tapi jadi terbantut bila kita kena remove mekap before solat.Mekap tu memang kena 100% tanggal ye sebelum solat.

Ramai je yang tak remove mekap sebelum solat,alasannya malas nak reapply balik.Kan?Kalau korang rasa camtu,eloklah korang try set shy girl ni .Dalam video ni aku tunjuk sendiri depan korang untuk prove kan yang betul ke ImanniSkinz ni mesra wudhu? Yes Alhamdulillah  product ImanniSkinz ternyata mesra wudhu!

Aku sendiri test menggunakan air dan minyak.Ternyata Air lebih banyak serap produk daripada minyak.Im happy girl!Lepas ni boleh je mekap dan remove dengan senang dan bahagianya lepas solat.Hukhuk.








Cuba teka mana satu yang guna air,dan mana satu minyak?



Nak tengok full video?Bolehla tengok dekat SINI SINI


Jom support product  islam!

Korang boleh dapatkan product Shy girl ni dekat HQ.aku dengar cerita sekarang dieorang tengah buat macam-macam promosi.Apa lagi? Cepat terjah sebelum tamat!

Website        : www.imanniskinz.com/
Facebook      : Imanni Skinz HQ
Instagram    :  @Imanni Skinz HQ

My Video      : Betul ke mesra wudhu?


Thursday, 7 December 2017

The Shore bangunan tertinggi di Melaka?


Last week aku jenjalan Melaka dengan Suami and anak aku,first tempat yang aku pergi ialah makan nasi ayam kepal or ee ji ban,alaaa yang femes tu sampai beratur kauu.Kalau datang melaka tapi tak makan dekat ee ji ban ni,baik tak payah datang gituu.

Aku order nasi ayam kepal,udang garam, ayam roasted,sup fish ball dengan air. Nak tahu sedap ke idok? Ha kena la tengok video  vlog aku tu.Huk Huk



Nasi ayam kepal

ayam roasted

Sup fish ball

Udang garam sambal



Anyway korang pernah dengar tak pasal bangunan tertinggi dekat Melaka? Orang melaka mesti tahu punya.Terletak berdekatan dengan  bandar Melaka. Waktu malam,memang nice gila view.Dan bukan tu je,ada restaurant Sky Deli dekat atas tu,so macam kau dinner sambil tengok view Melaka la. 

untuk orang yang nak buat romantic candle light dinner,memang sesuai kalau korang  buat dekat Restaurant sky deli ni.Portion besar and harga pon berbaloi dek non.Aku order Salmon bakar ,suami aku order teriyaki chicken.Lepastu desert kieorang makan brownies chocolate yang suam dan besar.Huu berbaloi baloi



Salmon bakar.ymyyyyy

teriyaki chicken

Brownies chocolate


My beautiful daughter


Banyak naw gambar makanan dekat atas ni,So aku belanja korang gambar kiteorang dekat The shore Melaka.Kalau korang nak naik tingkat atas sekali ni,kena bayar harga tiket Rm25 tau.Tapi jangan risau,aku jamin korang akan puas hati.Yang suka tangkap gambar,and sukakan ketenangan waktu malam memang sesuai datang sini





Tak boleh nak belanja gambar banyak banyak.Kalau nak tengok lebih detail boleh tengok dekat Video.HikHik

Walaupun dulu aku belajar dekat Melaka,Tapi aku tetap rasa Melaka one of the best negeri untuk dilawati.Ini baru hari pertama tau guys.Esoknya pon kiteorang ada jugak jalan-jalan.So nak tau tak kiteorang pergi mana esoknya? Kena tunggu entri dan video seterusnyaaa.

Eh jangan lupa tekan subscribe dekat channel youtube aku tau.Tekan dekat SINI.Come on guys support melayu sikit.heheh

Klik:
VLOG part 1:Bangunan tertinggi di Melaka


Monday, 4 December 2017

Mukbang tu apa?? MAC AND CHEESE Eatalian express






Korang pernah dengar tak mukbang? Tahu tak apa tu mukbang?
Mukbang tu maksudnya makan sambil record.Dan asalnya adalah daripada korea.Kalau korang tengah lapar and tengok video mukbang,memang perut korang akan berbunyi-bunyi la kiranya.


Ni first time aku buat video mukbang,makan macaroni and cheese pulak tu.Berlambak jugakla cheese aku letak kalau korang tengok dalam video tu.Memang menggemukkan la cerita dia.Tapi nasib baik aku guna pasta Eatalian express ni,Vege pasta.So bolehlah aku enjoy makan mac and cheese tanpa rasa bersalah.






Ibarat kau dah makan banyak,tapi atleast ada sayur dalam makanan kau tu.Ha gitu,Walaupunnnnnn.HAHA.Apa-apapon guys pasta yang selalu kita beli dekat kedai tu banyak bahan-bahan pengawet untuk buat dia kekal lama.Tapi pasta yang aku makan ni, 100% homemade.Owner dia masuk dapur,uli tepung sendiri.

Kau ghase?Memang patutla aku makan banyak pon sebab pasta ni homemade, banyak sayur tapi tak rasa sayur.


Bebel banyak pon tak guna.Nah tengok video makan aku ni k.


Klik dekat bawah ni.

MUKBANG MALAYSIA:MAC AND CHEESE

Sunday, 26 November 2017

Jaan punching bag cerita penuh dengan seks??




Aku rasa ramai yang tahu pasal cerita Jaan punching bag karya Andrea Kiss.
Pada yang tak tahu,cerita ni pasal seorang budak kecik berumur 12 tahun yang dipaksa kahwin oleh bapaknya sendiri.Katanya cerita ni adalah kisah benar .Korang ghase??

Ramai sangat orang share cerita ni dekat facebook,so aku pon tertarik untuk baca. Cerita ni ada 15 part kalau tak silap,dan panjang setiap part dah macam novel.So aku start baca part 1.Yes!Part 1 berjaya membuatkan aku menitiskan air mata.

As a mom,aku memang triggered kalau lelaki buat kurang ajar dengan perempuan,lagi-lagi suami.Sanggup dia main dengan betina lain hanya sebab isteri dia sakit.Watak budak kecik tu bernama Isha.Isha sedih sebab perangai bapak dia macam tu,mak dia pulak dah nak meninggal.

Part 1 hanya ada satu adegan seks,tapi tak ketara dan tak details.Iaitu adegan bapak isha main dengan perempuan lain dalam bilik and Isha tengok adegan tu.K fine.Yang ni aku boleh hadam lagi sebab normal la pencerita nak cerita part ni,sebab tak over pon.

Masuk je part ketiga,adegan seks menjadi-jadi.Aku taknak ulas  pasal Bapak Isha paksa Isha kahwin di usia muda or whatsoever.Yang aku nak bagitahu ni,perlu ke nak cerita details setiap adegan seks?Siap ada bunyi ah ah ah ah bagai.Korang ghase?

Bukan satu part je tau dia cerita,semua part.Pencerita siap cakap yang Isha tak tumbuh bulu lagi, susu isha masih kecik tapi digigit-gigit.Apa motif pencerita sebenarnya? Aku still tak nampak pengjaran apa yang perlu diambil dari cerita ni.

Aku nak amek babak dari kisah Jaan punching bag,tapi malangnya penulis dah delete cerita tu.Kenapa penulis delete ek??Sebab banyak kena kecam ke ape?



Pengajaran yang lelaki pakistan kasar?Pengjaran yang jangan percaya lelaki?Pengjaran apa? Mungkin pengajaran yang hidup orang lain lebih susah dari kita kot.

Come on Guys.Bukan cerita jaan punching bag je yang penulis tulis yang penuh dengan adegan seks.Cerita Beautiful me pon sama.Banyak sangat adegan seks.
So penulis ni sebenarnya gila seks ke apa?

Korang fikirla sendiri.Masing-masing dah besar.Aku cakap banyak kang,satg kena kecam pulak.


Kla bai korangg


Jumpa dah:
Antara adegan dalam Jaan punching bag


========================================

Shakid: Jaan...

Shakid balik awal sebab dia pun perasan handphonenya tertinggal. Shakid terkejut sebab sy dapat buka teleponnya. Takutnya sy kena pukul

Shakid: jaan.. jangan risau ok? abg tidak curang.. abg sayang jaan seorang saja..
Sy: hmmm tapi kenapa banyak gambar sy tanpa baju? gambar sy masa tidur?

Shakid: abg suka tengok jaan. sorry..
Sy: abang pun tengok video lucah?
Shakid: abg tengok sebab mau belajar jaan.. semua ini kawan abg dari pakistan. Jaan jangan risau abg tidak pernah hantar gambar jaan. Abg suka tengok badan jaan
Sy: hmmm
Sy marah tapi akhirnya shakid pujuk. Gambar tadi semua sy delete.. telepon dia pun bila-bila masa sy boleh buka. Dia janji tidak akan buat begitu lagi
Shakid: Jaan... layan abg....

Minta di layan lagi. Sabar sajalah jam 11 pagi 

Aktiviti kami hanyalah s*ks. Sampai sy pun geram dan kepenatan melayan. Shakid kan bos anytime dia boleh balik rumah tengah hari petang siang malam. Kalau dia mau memang pulang lah tu. Macam sy pun sudah lali dengan dia. Sy hanya melayan tanpa ada rasa Kadang memang sy melebih-lebih juga. mungkin sebab keboringan bah.



PENGAJARAN ENOUGH?

Wednesday, 22 November 2017

Makan Korean food at Sopoong.Yeay or nay?

Assalamualaikum

Hai korang semua~~~ Sehat ke idok? Dah baca dah entri yang lepas pasal dating pertama aku ngan suami?Annoying kan? Kahkah.Peduli apa aku.

Meh la aku bagitahu dengan cepat dan pantas.Last week aku pergi cari ring light untuk camera aku,tapi ring light yang ada semua mahal gila like RM400 something including the tripod.

Aku dok la cari dekat lazada,tapi harga dekat lazada pon lebih kurang je weh.Korang ada duit tak?Aku nak pinjam sat.Nanti lepas aku dapat pulangan dari MLM,aku bagi balik.Ehhh.Motiffff


Btw gaisss,Lepastu aku pergi ke Restauran Sopoong dekat Mytown yang serve makanan korea.Memandangkan adik ipar aku teringin nak makan gimbap,so kita layankan aje.





Aku order gimbap, cheese ramyun,mandu,cheese dakgalbi dengan ada lagi satu aku lupa.Banyak kan?Macam saka yang makan.Tapi hakikatnya kiteorang ni memang kuat makan pon.Malam pon still cari nasi.Kau ado? Hahah



Memandangkan aku malas nak menaip,jadi aku buat dalam bentuk video aktiviti aku sabtu lepas dari mencari ring light,sampailah ke aktiviti makan.Hukhuk
Kalau nak tahu sedap ke tak apa yang aku makan tu, wajib klik link dekat bawah ni .


Klik le link ni chuolsss.Sedap ke idok Sopoong ni?
Kbai koranggg

Wednesday, 15 November 2017

Dating pertama



Assalamualaikum semua pembaca,aku jarang update kan sekarang ni?Bukan apa,aku tengah mencari ayat yang terbaik untuk dibaca,kalau aku tulis macam ni "Hai KoRuNk CuMe!!!TeNgAh BuAd ApA?Aq TnGah tEnOk Tv.Kbai.".Ada ke orang nak baca?Kalau aku tulis macam tu mesti aku kena tendangan maut dari korang.

Hari ni aku nak buat post yang boleh membuatkan korang muntah dalam masa 3 jam ataupun tak lalu makan.Siapa kenal Muhammad Fakhri Zaki?Dia bukan artis,jauh sekali ahli politik.Dia adalah Boyfriend aku.*Sambil angkat kening limabelas kali.Hari ni aku nak share dekat korang,aku tau korang taknak tau pon,macam mana aku boleh tersangkut dekat budak ni.

Waktu aku single,aku dan kawan aku suka buat aktiviti mencari pakwe,masa tu saja-saja je sebab orang single bebas untuk buat apa je yang kiteorang nak,bukan niat nak menggatal atau apa pon,tapi sekadar suka-suka memandangkan kiteorang ni suka sangatlah ponteng kerja kan,aku memang susah nak percaya pada relationship and lelaki sebab aku dah banyak kali kena,awal-awal janji bukan main lagi,last-last kena tinggal jugak.Memang perit sangat.



Tapi ditakdirkan Allah s.w.t.Cewaahhh,Miwa mohamad saja-saja nak kenakan aku dengan Fakhri,mula-mula kiteorang malas nak layan dan ditakdirkan jugak,pada bulan puasa yang lepas,aku bukak puasa dengan member-member Miwa mohamad ,dan ada Fakhri dekat situ,memang masa tu aku dengan Fakhri asyik kena bahan je,padahal kiteorang tak pernah bercakap pon.Bila aku pandang dia,hati aku cakap "Eh dia ni mesti ramai GF ni.Tak boleh takboleh"Kenapa aku fikir macam tu?sebab pengalaman mengajar aku walaupun aku tahu tak semua lelaki sama.

Tapi,Eh kenapa asyik ayat tapi ni!BOSAN.Okay kita tukar pada ayat Tetapi,waktu kiteorang dah nak balik rumah dan ada dalam kereta masing masing,Aku dapat satu message dari nombor yang aku tak kenal,dan cukuplah yang aku katakan tu sebenarnya nombor Fakhri,sebelum tu,nombor tu menyamar jadi orang lain.Boleh ke nombor menyamar?

Lepas tu kiteorang get to know each other lebih rapat lagi,but aku still anggap dia macam kawan aku yang lain cuma aku suka berborak dengan dia,suka merepek dengan dia,suka buli dia.Dia pon layankan aje kepala aku,apa lagi aku lagi suka la kan.Pada aku dia seorang yang sangat baik dan sweet.Entahlah aku tak pernah langsung jumpa lelaki yang macam tu dalam hidup aku.Hidup aku lah,sebab aku taulah dalam hidup korang,korang dah jumpa banyak kali,aku baru jumpa sekali ni.Kesian kan aku.

Pada tarikh yang aku dan dia sahaja yang tau,dia cakap nak teman aku sepanjang aku berada dalam bas .tahu tak berapa lama?Dari pukul 10malam sampai ke subuh,dia tak bosan melayan aku.Aku terharu sangat sebab tak pernah ada lelaki yang layan aku macam tu,Kesian kan?Bila aku cakap pasal 3 ekor kucing aku,dia cakap boleh tak cakap pasal kucing tu lain kali dan dia nak cakap something dekat aku yang sebenarnya dia dah suka dekat aku,aku terdiam dan sebenarnya aku ada perasaan yang sama dengan dia.
sama  tak sama tak??

Then apa jadi?kiteorang kapel,Dan supaya korang tak muntah,aku nak bagitau yang kiteorang ni Kembar sebenarnya dan ramai cakap macam tu,maknanya jodoh kiteorang panjang.Sweet tak?Tak kan sebab aku tak reti nak sweet kan cerita aku ni,tapi untuk readers aku,aku post jugak cerita cinta antara si aku dan si dia.

Selepas apa yang aku lalui dengan ex aku dulu,Allah s.w.t telah temukan aku dengan orang yang betul-betul boleh happykan aku.For Fakhri,Im glad to have you as my boyfriend.Korang dah boleh muntah sekarang.


P/S:Semua ni sebab aku rasa tiba-tiba je aku nak post pasal perkenalan BF aku dengan aku.Walaupun korang taknak tau,tapi stalker nak tau.Kbai

Monday, 13 November 2017

Dyxy Cosmetics: Very Honest Review.

Assalamualaikum korang semuaaa.

Pe khabaq tuuu.




Harini aku nak buat entry pasal Dyxy cosmetics yang tengah femes dekat facebook dan instagram.Mula-mula aku takmau beli .Tapi disebabkan semua orang cakap dyxy ni best,jadi aku pon terjebak.

Aku beli dekat sorang seller dekat facebook ni,Beli khamis dapat jumaat.Cepat sangat kan?Ibarat kau beli harini dapat semalam bak kata ustaz syamsul debat.hukhukhuk.

Set yang aku beli sebijik macam dekat bawah ni ha.Tapi bezanya aku dapat barang free which is mascara jenama morphe.Ori ke tak ori bersyukur jela noks sebab free kot.




Tapi aku bukan nak pakai macam tu ja.Aku nak jugakla tengok it does what it claims or not.

Meh aku bagitahu dekat hampa semua apa yang dyxy kata:


  • Magic Foundation yang mampu menutup segala cela, jeragat dan parut diwajah
  • SPF 50++ melindungi kulit muka dari sinaran UV
  • Kesan Flawless 3D yg nampak macam filter tapi masih natural
  • Texture yang sangat mudah meresap ke dalam kulit 
  • Menjimatkan masa untuk bersiap
  • Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat & sensitif
  • Anti-Oily face. Tekstur krim yg sangat ringan & selesa dipakai
  • Mekap Tahan lama sehingga 8 jam


Ha macam amazing gila kan apa yang dia claim tu.Macam best je kan.Dahlah local products.Lagi excited la aku nak cuba.Sebab we have to support Malaysian brands.

Kalau korang nak tahu kulit aku ni jenis combination type.Kiranya jenis kulit confuse .Kejap minyak kejap kering.Eh main-main pulak kulit ni.HaHa.

Kalau korang nak tahu jadi ke tak apa yang dyxy ni claims,korang kena tengokla video aku ni.Dalam video ni aku pakai 8 jam bc cream ni.So kita tengok dia long lasting ke tak, boleh serap minyak ke tak.Yang combination skin type macam aku ni elok tengok video ni.

Ha apa lagiii.Sila terjahhh sebelum beli lepastu menyesal.Ehhhh hahahahahhaha.

Tekan Link ni:





Sunday, 5 November 2017

Blog ke Vlog?

Assalamualaikum korang semuaaa.

Aku minta maaf sangat sebab dah lama tak update blog .Sebab idea semakin kering.Tetiba aku lebih suka bercakap berbanding menaip.
Ihikss

Sebab tu la terciptanya channel vlog aku
Setakat ni aku dah upload beberapa video.
Walaupun masih tahpape tapi aku masih mencuba.


Yela bukan senang sebab selama ni aku menaippp je.Tetiba aku nak buat video.
Memang pelik jadinya.Oleh sebab minat aku terlampau serious dalam vlogging,so aku pon beli camera canon m10 khas untuk tangkap gambar yang cantik and video yang curlasss gittewww.

Tapi korang jangan tak tahu,haritu aku ada try amek video guna Oppo A77, video still decent and high quality. Korang boleh tengok dari video ni.Aku pon macam terkejut tengok hasil video yang sangat clear and suara pon tak pecah.

So dah boleh korang consider untuk beli Oppo A77 ni.Gambar cun,video pon cun



Sesiapa yang ada youtube channel tu bolehlaaa tekan subscribe sebab lepastu aku akan subscribe korang pulaksss. 


Aku cadang lepasni nak buat giveaway.Contohnya hadiah ipod.Ehhhhh



Thursday, 12 October 2017

Yeayyyy I got my own youtube channel!

Assalamualaikum

Just nak bagitahu dekat hampa semua yang kami dah ada youtube channel sendiri.Setelah sekian lama jadi blogger, aku nak try la jugak bidang lain, aku nak try jadi vlogger pulak.Nak tengok jauh mana aku boleh pergi.

Btw aku dah upload 3 video dah.Korang boleh cekidaut dekat sini.Lepastu jangan lupa subscribe pulak sebab lepas ni aku rasa macam nak buat giveaway je dekat channel aku tu.

Sebenaqnya aku takut jugak blog aku ni terabai sebab pada aku lebih senang cakap depan kamera dari menulis.

Bezanya korang akan nampak segala sifat annoying aku, gigi taring,jerawat dekat video.Kalau dalam blog aku boleh sorok lagi.LOL

Apa-apapon ,sudi-sudilah untuk subscribe aku ek.

Tekan dekat bawah ni:

Tuesday, 19 September 2017

Hospital kerajaan vs hospital swasta

Kalau Korang baca last post aku,mesti korang tahu yang Medina pernah masuk ward and to be exact 3 times for this past 1months.Kesian kan?Kecik-kecik lagi dah kena masuk hospital.So dah 2 kali Medina kena admit dekat Hospital Kuala Lumpur bahagian paediatric .

Setahu aku paediatric HKL ni ada 12 KK.Aku tak berapa pasti KK tu short form untuk apa,tapi Medina dapat KK1, which is located dekat tingkat bawah sekali.Macam biasa la dah nama pon hospital kerajaan so tak boleh nak expect keselesaan tu akan ada.

Wad tu memang crowded sangat walaupun dah ada 15 bilik,tapi tetap penuh dengan kanak-kanak dan parents. Kau boleh bayangkan tak yang kita kena kongsi katil dengan anak kita? Kongsi katil takpe lagi,tapi kena duduk dalam katil baby yang kecik tu.


Image dari google.bayangkan 2 katil ni tapi patient lain-lain.


Lepastu dalam satu bilik sepatutnya ada 4 pesakit je,tapi sebab patient terlalu ramai,dieorang terpaksa letak 8 pesakit.Maksudnya katil memang sebelah menyebelah.Sangat tak selesa.Aku masih breastfeed kan Medina.So nak tutup langsir pon tak boleh sebab takde beza pon kalau tutup,orang sebelah tetap boleh nampak.

Medina dapat batuk broncholitis pon dari situ sebab terlalu ramai pesakit.Bila terlalu ramai pesakit dalam satu bilik, means penyakit ada macam-macam dan kebarangkalian untuk berjangkit tu adalah tinggi.Lagi-lagi katil sebelah menyebelah je deknon.

One more thing is langsir tu kita berkongsi dengan orang sebelah,contohla kalau orang sebelah taknak tutup langsir,tapi kau nak tutup langsir tu,so agak-agak kau nak buat apa?

Dari segi makanan pulak,aku rasa HKL dah buat yang terbaik dah sebab menyediakan makanan untuk ibu dan anak.Makanan akan dihidangkan pada waktu pagi,tengahari,minum petang dan makan malam.Aku rasa aku gain weight duduk HKL.

Makanan pon not bad la, but yang aku perasan HKL tak sediakan daging lembu.Mungkin sebab susah kot nak masak dan leceh.

Dari segi waktu tidur pulak,Ni lagi satu kau tak bolehla nak expect kau akan tidur dengan selesa tanpa gangguan.MUSTAPHA! eh silap.MUSTAHIL k.
Biasalah bila dah duduk dalam wad yang ramai orang,macam-macam ragam la ,dah kata sakit.

Lagi satu bila ada pesakit baru masuk,doktor akan datang dan soal siasat pesakit baru tu dekat dalam bilik tu jugak.so bayangkan kalau korang dah tidur, but dengar suara doktor soal siasat,tak ke korang akan bangun? tapi kalau korang jenis tidur mati ,no hal la benda ni.

Hmm Dari segi toilet pulak.Aku tak boleh nak brain la benda ni.Kata nak merawat pesakit tapi toilet bukan main kotor lagi.Dengan air bertakungnya,jamban takde penutup,leaking,lumpur,shower tak berfungsi.Bila nak diingatkan balik,memang tahap nak muntah la wehhh.

Tapi orang selalu cakap what to expect? Hospital kerajaan kan murah,so takkan kita nak expect servis 5 bintang kot kan? but pasal toilet ni,takkan nak anggap macam tu jugak kot? Come on HKL,common sense kot,wad tu untuk kau rawat pesakit,tapi takkan la kau biar toilet kotor kot?Lagi-lagi toilet tu diguna oleh parents dan anak-anak yang fragile lagi.Kau ghase?

Tapi kalau dari segi Doktor memang banyak,ada housement,MO dan pakar.Doktor banyak ,apa-apa korang boleh rujuk je dekat dieorang .Dan dieorang ada file tentang pesakit,So no worries dekat situ.

So untuk kali ketiga aku dan suami tekad untuk pergi hospital swasta,kiteorang memilih hospital KPJ TAWAKAL specialist,Aku bernasib baik sebab ada kawan yang bekerja dekat situ.Kawan aku dah tolong booked appointment dengan pakar paediatric one day before.

Masuk hospital tu je,kau terus selesa with their warm welcome .Doktor faisal yang attend kes Medina .Memang baik and peramah.Yang aku suka pasal KPJ ni,kita akan direct terus deal dengan pakar,dan pakar confirm akan datang tengok kes dia setiap hari.So apa-apa soalan boleh direct je dengan pakar.


Image dari google .ebih kurang gini la ghupenyee


One more thing yang best adalah eventhough Medina dapat bilik yang ada 4 orang,tapi kawasan untuk Medina dah cukup luas,ada TV, ada sejadah dan telekung,katil besar,toilet dan shower yang bersih untuk setiap bilik.

Langsir pon tak berkongsi dengan orang sebelah.Macam aku cakap tadi Medina masih breastfeed,so dekat sini KPJ dah dapat plus point dari aku.Dari segi makanan pulak, Dieorang akan bagi kita list menu dan kau pilih je nak makan apa,nanti dia hantar.Ada sekali tu aku order spagethi,sedap la jugak,acceptable.

Babah Medina pon boleh tidur sekali dekat situ sebab dia sediakan sofa bed.So takdelah aku keseorangan jaga Medina dekat hosptital.Huhu.Ni baru cerita bilik 4 bedded.Belum single bed lagi.Aku rasa yang tu lagi heaven,kau boleh bawak satu kampung dekat situ.

Dan Medina tidur dengan lenanya sebab takde orang ganggu,lampu pon takdela sikit-sikit dibuka.Bunyi orang sebelah menyebalh tu biasa but minimize la sebab 4 orang je kan.But yes again kita perlu expect benda ni dari swasta sebab kita bayar bukan free.So they have to provide us the best services.

But pada aku la sebagai seorang netizen,aku lagi suka duduk dekat kawasan yang selesa sebab anak kita dahlah tak sehat,dan kita perlu sehat untuk jaga dia.Jadi kalau tempat tu tak selesa,tak ke kau rasa nak balik je?

Dan ada je kes yang patient tipu doktor cakap anak dah sehat tapi sebenarnya tak.Alasan dia adalah sebab tak selesa.Duduk rumah jaga anak lagi bagus.

In terms of nurse service,aku rasa dua-dua hospital okay je.Nurse senyum je bila kita tanya apa-apa soalan walaupun dieorang penat.You have my respect!

Kalau ada duit lebih bolehla untuk consider ke swasta,Or lagi bagus kalau kau ada insurance untuk anak.So anak boleh masuk hospital swasta dengan selesa dan aman.Melaburlah sikit untuk keselesaan dan kesihatan okay.Because we dont know the future gittewww.


But perlu ingat ye yang jika kes tu berat sampai hospital swasta tak boleh nak handle,dieorang still akan hantar pada HKL jugak sebab the best thing about HKL is they have many specialist.

Sekian.






Monday, 18 September 2017

Kisah anak demam on off

Aku rasa most of the parents mesti pernah alami anak demam on off kan? Kita yang bukan from medical background ni have to go with mother instinct la.Kadang-kadang anak-anak ni dia okay waktu siang,malam tiba-tiba suhu naik mendadak,memang lepastu mak-mak ni akan berjaga dan timbul la mata panda.

Aku ingat lagi first time Medina demam adalah waktu dia umur 6bulan.Sebelum tu dia tak pernah sakit,tak pernah demam,selsema,batuk.Tak pernah.Tapi Allah nak uji sekejap je deknon oi.Yang tu demam biasa okay lagi.Tapi bila dia dah masuk 10 bulan,dia dah start demam on off.

Aku sebagai wanita bekerjaya gitteww terpaksa la amek cuti on off jugak.Nasib baikla bos aku paham sebab dia cakap "being parents is not easy" .Thank you bos :,)

Selalunya kalau bos tak paham,cuba korang check kriteria ni dekat bos korang.Mesti dieorang ni tak kahwin lagi,takde anak lagi, atau lambat kahwin and mostly perempuan.Cuba check tengok.Hehe.

Wbc tu white blood cell.


Sambung cerita tadi.Medina demam on off dalam masa 2 minggu.As a mother,hati aku dah tak best dah,jantung aku dah laju dah.So lepas balik kerja,aku terus bawak dia pergi Emergency HKL.So doktor sana amek darah lepastu result darah kena tunggu dalam masa 6 jam kauuuu.Kau ghase?


Nasib baik ada mak aku,dia tolong tanya kawan dekat lab.Dapat je result,doktor suruh admit sebab dia cakap white blood cell tinggi,tandanya Medina tengah lawan infection sebab tu Medina demam.

So bila duduk dekat wad HKL tu,doktor mulalah buat kajian,dia cakap kalau disebabkan tonsil,demam takkan lama sampai macam ni sekali.So dia minta aku tadah air kencing Medina sebab nak buat kajian untuk UFEME dan Culture and sensitivity.

Result culture and sensitvity.

Kajian UFEME ni untuk tengok wether ada infection atau tak.Ujian Culture and sensitivity ni untuk tengok ada bakteria growth ke tidak dalam air kencing tu.Nak tunggu result macam biasalah ye tunggu dalam 4 hari.So berkampungla aku dengan Medina dalam wad tu ,tapi time tu doktor dah on antibiotik namanya ceforoxime.

Aku punyalah berdoa supaya takde infection dan growth,tapi guts ibu selalunya betul,memang ada infection.Aku dan Medina berkampung dalam wad selama seminggu dengan ubat yang dimasukkan melalui darah.Demam dia memang turun,kiteorang dapat balik rumah pon,doctor still bekalkan ceforoxime syrup untuk habiskan dalam masa 3 hari. Lepas habis je ubat tu,Medina start demam on off balik.So maknanya apa? Maknanya ubat tu tak sesuai dengan Medina.

Jadi aku bawak Medina pergi wad HKL lagi sekali dan doktor pakar cakap memang kena warded lagi sekali lah.Dan terpaksa ulang Ufeme dan Culture and sensitivity test. Dan Medina positive dengan Ecoli ELBS. Apa itu Ecoli ELBS?

Semua orang ada Ecoli tapi bezanya adalah infection atau tak itu je.So ELBS ni type yang kiranya agak rare la especially untuk baby.Kau baby kot macam mana boleh dapat ELBS kan?

 Doktor cakap salah satu punca adalah cara basuh bontot and kemaluan yang salah.Lagi-lagi Medina ni perempuan.Saluran kencing perempuan adalah lebih pendek dari lelaki,sebab tu perempuan lebih senang kena penyakit kencing kotor.

 Bila kita basuh tak bersih,contohnya najis masih melekat dekat kemaluan, bakteria-bakteria senang nak berjalan-jalan dengan gembira masuk ke saluran kencing lalu membuat onar.Faham?

Lagi satu nak lawan Ecoli ELBS ni bukannya boleh dengan sebarang antibiotik.Itulah gunanya ujian air kencing culture and sensitivity untuk tengok antibiotik mana yang sesuai untuk lawan infection ni.Rupanya antibiotik masa first time medina masuk tu tak sesuai dengan infection ni,kiranya resistance la.


So untuk warded kali kedua ni,doktor bagi antibiotik ertapenem.Bila aku tengok result urine tu,memang ertapenem ni jenis sensitive which is sesuai dengan infection ni.Yang tak bestnya ertapenem ni takde jenis syrup ,memang kena masuk ikut darah setiap 8 jam.Kesian Medina tak cukup tidur:(

Ecoli Elbs ni boleh berjangkit melalui sentuhan,so obviously Medina kena kuarantine dekat HKL tu,tapi takdelah tahap tak boleh terima pelawat langsung,cuma perlukan penjagaan yang rapi.walaupun kena kuarantine, wad HKL tetap crowded.


Nanti aku akan buat entry perbezaan Hospital kerajaan dengan Hospital swasta.Oh Btw Ertapenem ni ubat yang mahal and bagus gila,kalau dekat swasta harganya RM5k chuolsss.Mana nak cekau duit.


Kalau nak datang,sila datang awal yeee.kena beratur chuolss

Alhamdulillah after 1 week with ertapenem,Medina memang dah tak demam langsung .Tapi yang tak bestnya dia start batuk berkahak and demam sejam pastu okay.Kesian sangat sampai hilang nafas dia.Aku yakin dia berjangkit dekat wad HKL tu.

So aku ikhtiar dengan pergi klinik wangsa Dr nadir selama 6 hari berturut turut untuk sedut kahak dia.Kahak Medina memang sangat banyak berbuih-buih keluar,takut aku tengok.Kesian memang kesian tapi nak buat guane,kalau kesian memang tak baik la cite dia.


Aku suka sangat dr nadir ni sebab dia sangat bagus in explanation.Dr Nadir cakap Medina demam on off ni salah satu sebabnya adalah kahak terlalu banyak.Aku nampak Medina banyak improve lepas sedut kahak dengan dr nadir.Aku rasa korang boleh je google pasal Klinik wangsa Dr nadir sebab aku penat nak menaip.Yang penting Dr ni memang bagus.


Cian anak ummi.lemah dah dia:(


Lepastu masuk hari ke 7 aku bawak Medina pergi KPJ tawakkal untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak.At the first glance doktor tu terus cakap anak awak ni ada broncholitis tapi bukan jenis teruk.Dia cakap tak payah warded.Tapi aku insist jugak untuk warded supaya doktor boleh monitor.Jadi setiap 4 jam doktor akan bagi nebulizer dan sedut kahak sehari sekali.Kesian Medina .Again tak cukup tidur:(

Medina duduk dekat Kpj Tawakal selama 3 hari je sebab doktor cakap keadaan Medina dah banyak improve sebab sebelum warded tu,Medina kan dah kena sedut kahak dengan Dr Nadir,so kahak yang tinggal hanyalah kahak yang cair je.Senang la nak bawak keluar kiranya.


Aku suka Kpj tawakkal sebab kita deal terus dengan pakar.Doktor pesan dekat aku supaya spray sterimar selalu dekat hidung Medina dan sedut hingus.Buat selalu pon tak apa untuk legakan pernafasan .Doktor jugak nasihatkan aku supaya jauhkan dari orang-orang yang MEROKOK,tempat tempat yang banyak habuk.

So orang-orang yang merokok,please get away from my baby okay!!you are not welcome,Walaupun kau baru lepas merokok sejam yang lepas,jangan sesekali kau dekat and cium anak aku!

So aku ade nasihat two cents , kalau anak asyik demam on off, korang ikut je instinct korang as a mother.Kalau dah rasa tak sedap hati tu,bawak jela pergi hospital .INGAT!Demam ni bukan suatu penyakit!


Tapi demam adalah satu petanda yang anak kita sedang lawan sesuatu dalam badan dia.Kalau korang bagi panadol segelen pon,ia hanya akan redakan demam dan tak akan hilangkan punca!SO?? Pergi hospital.

Sekian