I appreciate them.

Sunday, 23 December 2012

Ada anak yang dijual oleh ayah sendiri,ibu meningggal,ayah meninggal.Hayatilah kisah inI!

Assalamualaikum


Hai semua!Hola holi diberi nama cikebum cikebum!Apa khabar?maaflah dah beberapa minggu tak update blog ni.Bukan apa tangan aku ni malas sangat nak menaip.Takpe tapi kali ni aku rasa rajin nak menaip sebab aku ada cerita yang best untuk dikongsikan.

Pada 22.12.2012 aku dan sahabat-sahabat aku telah mengunjungi rumah anak-anak yatim rohingnya darul aitam,selayang.Sebelum tu aku memang dah lama berniat untuk pergi ke rumah anak-anak yatim,sejak dulu dulu duluuuu lagi,tapi alhamdulillah baru sekarang diberikan peluang,dan dibantu oleh sahabat-sahabat yang lain.Mula-mula tu cadangnya nak buat qasidah la,dan macam-macam lagi,tapi idea nak pergi rumah anak-anak yatim ni dipersetujui oleh ramai sahabat.Alhamdulillah!

Beberapa volunteer muslimat


Free style dari anak-anak yatim bersama volunteer muslimin

Selepas dipersetujui,kami mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang volunteer untuk memikirkan rumah anak yatim yang sesuai dan aktiviti yang akan dilakukan dengan mereka.Kami cari di google,dan kami terjumpa rumah anak-anak yatim Rohingnya darul aitam,selayang.Alhamdulillah Allah permudahkan jalan bila aku dapat tahu yang rumah anak yatim ini tak berapa jauh dari rumah aku,jadi aku ambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan pengetua rumah anak yatim ini.Setelah melawat sekeliling rumah,Sah!Rumah anak yatim ini memerlukan bantuan,rumahnya sangat dhaif.Kisah aku melawat rumah anak yatim ini,anda boleh klik link ini kisah anak-anak yatim rumah rohingnya darul aitam .

Ketika aktiviti kutipan sumbangan di Masjid Assyakirin oleh orang-orang ramai yang prihatin


Atas bantuan facebook,twitter dan segala media yang ada,kami mempromosikan poster,dimana kami ingin mengadakan kutipan sumbangan di beberapa masjid  selama dua hari,sperti  di masjid As-syakirin,Masjid negeri shah alam dan masjid saidina Othman,cheras.Terima kasih kepada semua volunteer yang terlibat.Kami sangat terharu sebab ada yang datang dari jauh semata-mata nak hantar sumbangan.Atas bantuan Allah,pihak masjid jugak menolong memudahkan urusan kami,mereka menyokong tindakan kami.Ramai yang datang menyumbang.Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim ini.

Kisah bermula pada 22.12.2012,*cewahh macam cerita novel melayu yang tak laku. 
kami volunteer,telah berjanji ingin berjumpa di terminal putra,gombak jam 8 pagi,tetapi atas masalah dan dugaan yang tak dapat dielakkan,kami lambat tiba di rumah anak-anak yatim tersebut,So aku terpaksa gerak dulu sebab aku takut pihak rumah anak-anak yatim menunggu,dan bila aku sampai sah!mereka sedang menunggu di ruang luar rumah beramai-ramai.Subhanallah mengalir air mataku melihat mereka,mereka meluru kepada aku,dan salam tanganku.Ya Allah.Aku sayangkan mereka!Rasa bersalah sangat sebab terlambat.Pengetua,puan zarina cakap "salam kakak ni cepat!takpe belum baligh lagi boleh salam,salam cepat".Masing-masing meluru kepada aku untuk salam.Ya Allah:,(

Puan Zarina mengarahkan semua anak-anak masuk dalam rumah dan menunggu kedatangan sahabat-sahabat aku yang lain.Alhamdulillah mereka sabar menunggu.Setelah sahabat-sahabat aku sampai,kami memunggah segala barang sumbangan dari kalian semua.Subhanallah rezeki mereka!sumbangan sangatlahhhh banyak!BAGI PIHAK RUMAH ANAK ANAK YATIM ROHINGNYA DARUL AITAM,AKU INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!HANYA ALLAH YANG BOLEH MEMBALAS JASA KALIAN!

Ketika menunggu waktu makan


Berselera sungguh mereka makan!

Kami masuk ke dalam tempat anak-anak ini berkumpul dan kami mengadakan sesi taaruf sebentar,ingin juga kami mengenali anak-anak istimewa ini,mereka dari lingkungan umur 7 tahun hingga 16 tahun.Masing-masing ada kisah yang tersendiri.Lepastu kami bagi mereka makan nasi lemak untuk makan tengahari,bukan main selera lagi mereka makan!Bila aku tanya pada mereka "Sedap tak nasi lemak ni?"mereka jawab "Sedap!!".sungguh berselera mereka makan,yelah sebab bukan selalu mereka dapat makan makanan macam ni.Mereka ada jadual makan.kalau makanan kering tak ada,jadi mereka tak makan. :(


Adek Farouk yang pemalu,sudi membacakan surah Al-Mulk untuk aku

Habis je mereka makan,kami mendekati mereka.Ya Allah aku tak tahu nak cakap macam mana,tapi aku rasa sedih sangat.Aku ingat lagi aku bertanya kepada 4 orang kanak-kanak yang bernama arsyad,ismail 1,ismail 2,ibrahim dan farouk."Seronok tak duduk dekat sini?" semua jawab seronok!!Makan best tak?"best!".Lepastu aku tanya anak-anak yang lain pulak,yang bernama salam,farouk,dan amin.Aku bertanya kepada mereka "dekat sini belajar apa je?" salam menjawab belajar mengaji.Farouk pula adalah seorang Hafiz!Dan dia baru berusia sepuluh tahun!Ya Allah.Lalu dia membacakan aku surah Al-mulk!bergitu juga dengan Amin,dia membacakan padaku surah Ad Dhuha.Aku bertanya surah apa yang Amin hafaz?Dia sebutkan padaku semua surah yang dihafaz,begitu juga dengan Farouk!Merdunya suara mereka.Terus menitis air mataku saat aku dengar suara merdu mereka membaca surah-surah itu tanpa melihat Al-Quran.Kita ni?Yang senang?nak bukak Al-Quran pon susah!

Bukan 1 malaysia,tapi tiada tuhan melainkan Allah!


Aku bertanya pada Amin "macam mana boleh hafal Al-Quran?" Amin jawab "pagi-pagi ustaz pegang Al-Quran,lepastu ustaz suruh baca depan dia".Menurut puan zarina,bagi para hafiz di rumah      
itu jam 4.30 pagi,mereka akan bangun untuk menghafaz Al-Quran.untuk pengetahuan semua,anak-anak di rumah ini mengaji Al-Quran dan belajar agama.Bukan Puan zarina tak pernah mohon untuk anak-anak ini bersekolah seperti anak-anak lain,tapi permohonan tak diterima memandangkan mereka ini adalah anak luar.Jadi mereka di rumah ini belajar agama dan mengaji.

Ketika berbaris untuk bermain bola.Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka!

Waktu zohor,sahabat-sahabat lelaki membawa anak-anak yatim ini untuk solat berjemaah di masjid yang berdekatan,mereka dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diletakkan seorang sahabatku.Kami,kaum muslimat,duduk di rumah dan menyiapkan barang mainan untuk mereka pada petang nanti.Selesai sahaja mereka solat zohor dan balik rumah,mereka semua menukar pakaian sebab kami ingin membawa mereka ke padang berdekatan untuk bermain bola dan bermain belon air.Terpancar kegembiraan diwajah mereka sebab mereka sebenarnya jarang keluar daripada rumah,kalau Ustaz Arif iaitu suami Puan Zarina,juga seorang pelarian tiada di rumah,mereka semua tidak dibenarkan keluar dari rumah.Apa yang mereka buat kalau tak keluar?mengaji dan tidur.Tu je:(


Kami semua melayan karenah anak-anak istimewa ini.Ya.kita sebenarnya patut bersyukur punyai segalanya.Mereka?Tiada apa.Kalau raya pon,raya di rumah itu.Kita?raya dengan keluarga,membazir sana sini.Allah:(

Menurut puan zarina,dua hari yang lepas ada dua orang anak-anak disitu melarikan diri,mungkin sebab tekanan sebab rutin harian disitu adalah sama setiap hari,Bukan dua hari lepas je,sebelum ni pon ada.Bukan puan Zarina tak mahu anak-anak itu bermain di luar,tapi setiap kali anak-anak ini bermain diluar,mereka akan dibuli oleh budak-budak disitu,maklumlah anak-anak ini orang luar,mereka dibuli,ada yang mintak duit dekat anak-anak ini,dan macam macam lagi.Macam mana Puan zarina nak bagi mereka keluar?:(

Hasan dan Husin,mereka kecil lagi,dan mereka adik beradik.Tapi ayah mereka baru sahaja meninggal,ibu mereka tidak mampu menjaga mereka,lalu ibu mereka hantar mereka ke sini.Sebenarnya adik beradik Hasan dan Husin ada 6 orang,tapi sebab setelah kematian suami,ibunya tidak mampu menjaga kesemuanya,ibunya memberikan anak-anaknya pada orang,dan adik-beradik ini terpisah merata.Bila ditanya Husin mengatakan "Ayah saya dah mati".

Hakim,seorang anak yang tidak bersalah,telah dijual oleh bapanya sendiri kepada pakciknya!Ya Allah!Dugaan apakah yang telah diberikan kepada hakim?Kemudian pakcik hakim menghantar hakim kesini.

Apabila bertanya kepada kebanyakan anak-anak disini "Adik,nanti dah besar cita-cita nak jadi apa?"Kebanyakannya menjawab "saya nak jadi ustaz!" dan ada juga yang menjawab "saya nak jahid!Nak jadi mujahid!"

Tiba-tiba datang seorang anak bertanya kepada sahabatku,"kak,mak saya mana?mak saya tak datang ke?".Kawan anak itu menyampuk,"eh mak kau dah matila".Betapa sayu hati aku mendengarnya.Ya Allah.tapi Kita?Selalu derhaka pada mak ayah.Kan?:(


Tapi!Anak-anak ini insyallah ada peluang ke syurga,mereka insan terpilih untuk menghafaz Al-Quran,sambil aku duduk dan borak dengan Puan Zarina,Puan Zarina memanggil anak yang bernama Nur Muhammad,yang bermaksud cahaya kepujian.Indah sungguh nama-nama mereka,ada yang bernama Salam,Farouk,ismail,ibrahim,Arsyad,Amin,Hasan Husin.Kita pulak suka menukar nama kepada nama orang putih,danish,mary,kecik,pendek dan macam macam lagi.

Berbalik kepada Nur Muhammad,Nur Muhammad baru berusia 10 tahun tapi dia insan terpilih untuk menghafaz Al-Quran,dia duduk didepanku sambil Puan Zarina kata "Nur,ni kakak ni nak dengar Nur baca Al-Quran".Nur Muhammad bersuara ingin membaca surah An-nisa'.Subhanllah.,Merdu!merdu!Lalu datang beberapa orang anak-anak yang sudi membaca surah didepanku.Alhamdulillah disini aku kongsi video anak-anak ini membaca surah-surah itu.Mereka insan istimewa!

Kami sayang mereka!kami sayang sangat pada mereka!!


Kami sedih meninggalkan anak-anak ini,mereka sangat istimewa dihati kami.Alhamdulillah kami diberi peluang  untuk kesana,muhasabah diri kami yang kerdil ini dihadapan mereka.Mereka sangat indah,sangat mulia,sangat suci.Apa dosa mereka sehinggakan mereka dibuang,dijual,dibuli?mereka insan terpilih oleh Allah.Mereka sempat berkata kepada kami "Esok datanglah lagi!".Ada yang cakap taknak hubungan ini terputus disini sahaja!Ya Allah.Insyallah jika ada rezeki kami ingin kesana lagi,untuk melawat dan melepaskan rindu pada mereka!Mereka adik kami!Mereka kesayangan kami!kami sayangkan kamu semua anak-anak yatim Rohingnya darul aitam!

Inilah Ustaz Arif,pengetua di sini.seorang pelarian jugak.Allah:(
Disini aku kongsikan beberapa video dari para Hafiz disini.Allah.kerdilnya diri Ini,kalau nak dibandingkan dengan mereka.




Video pertama bacaan surah an nisa' dari adek Nur Muhammad
Video kedua sedikit surah Al-Baqarah dari adik muhammad Amin
Video ketiga surah Al-Qiyamah dari adek Yasin.




P/S:sesiapa yang nak alamat dan ingin memberikan sumbangan pada Rumah anak-anak yatim rohingnya Darul Aitam,selayang,ini alamatnya.Bantulah mereka,ceriakanlah hidup mereka.mereka insan terpilih!kami sayangkan mereka!


Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
No 1, Jalan 16/2A,
Taman Wilayah, Selayang
Kuala Lumpur