Assalamualaikummmm semua.
Apa khabar semua? Harapnya kalian sehat2 jela kan.Dah lama sangat aku tak update blog ni,sebab tersangatlah busy dan juga tersangatlah malas.
Tapi aku rasa harini aku nak update la sebab mungkin ramai yang tengah fikir berbaloi ke idok pakai braces di umur 30-an ni kan kan.
Mehlah aku nak share pengalaman aku yang baru sebulan pakai braces. First of all,aku sebenarnya dah lama terfikir nak pakai braces ni sebab aku ada dua gigi taring and daripada dulu orang selalu ejek aku hantu,ultraman, dan macam2 lagi.
Sejak dari ejekan tu semua,aku tak pernah senyum nampak gigi,sebab aku sangat sangatlah insecure.Apesal laa manusia suka membuli orang ek?memang sangat effect dari aku sampai sekarang tau tak?Macam hantu ke ni? hmm
Mana ada duit nak pakai braces masa zaman muda remaja dulu.Zaman-zaman aku dulu,siapa yang pakai braces tu kira orang kaya beb.Sebab harga braces mahal.
Setelah umur aku 31 tahun ni,barulah aku nekad untuk pakai braces,kalau nak ikutkan aku takut nak jumpa dentist beb.
Aku tak survey sangat klinik gigi,sebab adik ipar aku dah buat braces dekat Dr Wongs and partners cawangan seri kembangan kot. Kebetulan dekat dengan rumah aku pon ada klinik yang sama,jadi aku pergi je straight ke klinik tu.
Appointment pertama.Kena cabut 4 batang gigi??
31.March.2021 hari pertama untuk Dentist tengok keadaan gigi aku,dentist terangkan yang untuk kes aku ni,aku kena cabut 4 batang gigi,memandangkan aku ada 2 gigi geraham yang berlapis lepastu kena cabut 2 gigi sebelah gigi taring.Aku dah seram dah,apesal banyak sangat nak kena cabut kan? Tapi aku iyekan jela sebab Dentist lebih tahu.Lepastu Dentist tadi akan tangkap gambar gigi kita yang sekarang untuk dia monitor changes setiap bulan.Dentist jugak akan ambil mould gigi kita ya.tak sakit pon proses ni,dia macam amek plastecine and lekat dekat gigi untuk buat mould.Itu ajerr untuk perjumpaan kali pertama.Dentist pon cakap dengan aku yang fikir baik2 nak cabut 4 batang gigi terus atau nak sikit2?
Eh bukan tu je ya ,Dentist bagi aku pilihan jenis2 braces yang aku nak pakai,ada 4 jenis,aku pilih damon braces dari traditional sebab dentist cakap hasilnya lebih cepat dan kurang pressure pada gigi,jadi takdelah sakit sangat bila dah pakai.
Apppointment kedua: Hari cabut gigi.
Malam sebelum hari untuk cabut gigi tu,aku dah tahap tak boleh tidur, manakan tidak.gigi kekal nak kena cabut kan,aku pulak jenis gatal tengok youtube cara2 dentist cabut gigi, and tengok jugak pengalaman orang cabut gigi untuk pakai braces.Ada yang cakap sakit,ada yang cakap tak sakit.
Hari kejadian tu,Dentist terus tanya aku "Ha awak dah decide nak cabut 4 batang atau sikit2?" .Dengan yakinnya aku terus jawab,"Cabut 4 batang terus Doktor,sebab saya nak sakit tu sekali je,taknak banyak2 kali".Perghhh debor jugakla aku.
Memula Dentist akan sapu gel dekat gusi kita untuk rasa kebas,kemudian baru dia akan cucuk ubat kebas,taktaulah apa nama benda alah tu, ko bayangkan,4 kali tau aku kena cucuk sebab 4 batang gigi kan?Sakit ke tidak cabut gigi ni? Well lepas Dentist dah cucuk semua,ko takkan rasa sakit langsung,cuma ko akan rasa tengkorang ko bergoyang2 sebab dentist nak tarik gigi kekal ko tu keluar.ha ko paham tak? Sekejap je proses cabut gigi ni.know know dah siap .
Tips taknak bagi sakit and smooth proses cabut gigi ialah,jangan keraskan badan,relaks, dan fikir yang best2 je.Nak cantik kan? so relaks. jangan stress.kalau ko stress. BP ko naik.langsung takle cabut gigi.Relaks je,.insyallah tak sakit.
Lepas dah setel semua ni,Dentist akan suruh ko gigi gauze dekat tepat cabutan untuk stopkan bleeding, masa ni memang darah banyak gila.aku takle nak makan langsung for the whole day.And dentist cakap untuk 2 hari ni aku kena makan benda2 lembut contohnya :Yogurt ,bubur. Jangan sesekali makan makanan sticky contohnya macam coklat, sushi sebab ia akan melekat dekat gusi yang berlubang lepas cabut gigi tu,Bila melekat,akan ada infections.So memang kena tahan 2 hari la ya.
Orang cakap lepas habis ubat bius ,sakit berdenyut tu akan datang,tapi Alhamdulillah sangat,aku memang tak rasa tu semua weh.Ni memang membuktikan pengalaman orang lain-lain.Ko kena rasa sendiri dulu baru ko akan tahu.
Kiri sebelum,kanan selepas.malas nak edit.hahaha.
Appointment ketiga: Hari pasang braces
Jarak untuk appointment ketiga ni hanyalah 2minggu untuk klinik aku la,klinik orang lain aku taktahu.Hari pasang braces ni pon relaks je, rasanya dalam masa sejam dah setel. Lepastu ko akan rasa yang ada benda dalam mulut.Untuk kes aku,dentist letak temporary filing macam gambar dekat bawah ni,tujuannya adalah untuk mengelakkan overbite problem.
Pasang braces tak sakit,tapi yang menyusahkan adalah temporary filing ni sebab ko takkan rasa gigi ko masa makan,ko akan rasa ko mengunyah atas benda lain.memang sangat2 tak selesa sampai satu tahap ko rasa malas nak makan langsung.Itulah yang aku buat,payah naw nak makan,jadi aku tak makan langsung.kalau lapar sangat,aku akan makan eskrem,yogurt,minum air kosong ,paling kuat pon aku makan bubur mcd la.Benda ni lama weh 2-3 minggu untuk biasakan diri.
Masa ni mulalah penyesalan timbul dalam diri,apesal laaa gatal sangat nak pakai braces kan.ha tanggungla nasib untuk 2-3 tahun lagi.
Apppointment keempat: ketatkan braces
Aku ni baru je masuk appointment keempat, masa ni dentist hanya nak ketatkan dawai je.itu jeeee tapiii lepas ketatkan dawai,memang ngilu naw2 gigi ko weh.
Yang bestnya Dentist cakap dengan aku yang gigi aku sangat bersih.Hehe.Dentist jugak cakap dengan aku yang gigi taring aku ni akan masuk ke tempat asal within 4-6 months.So sabar jela menunggu result.
BTW,kenapa tajuk aku tu aku letakkan sekali umur 31? Sebab bila kita dah tua ni,gigi kita memang bergerak dengan slow ya,jadi memang dinasihatkan untuk sesiapa yang ada duit tu,untuk pakai braces diusia muda.sebab pergerakan gigi diwaktu muda adalah sangat cepat,maybe 2 tahun je gigi ko akan dah cantik.Kalau dah tua macam aku ni,mungkin 2 tahun setengah - 3 tahun baru setel itu pon ikut keadaan gigi lah.
Lepastu after ko decide jeee nak pakai braces,memang ko kena jagaa hygiene gigi.setiap kali selepas makan,ko kena gosok dan floss gigi.Rajin ke idok nk buat yang ni?Sebab tu sekarang ni aku takde snacking time,sebab malas nak buat semua ni.Huhu.
Korang kena tahu yang gosok gigi je tak cukup ya,lagi2 kalau dah pakai braces ,sebab makanan selalunya akan melekat dekat dawai2 tu dan melekat dekat celah gigi,sebab tu kena selalu floss.Aku guna water floss which is lebih better dari floss benang tu sebab water floss ni dia boleh sampai dkt dalam gusi,celah2 gigi dengan lebih effective,dan jugak boleh menjadikan gusi lebih sihat.Bila gusi dan gigi sihat,lebih cepat gigi ko tu nak terbentuk cantik.Murah je water floss ni,RM30++ aku beli dekat shopee.sangat puas hati k.Sumpah keluar semua makanan lepas ko gosok gigi,Memang ternyata gosok gigi sahaja tak cukup ya.
Klinik:Drs.Wong and Partners seri gombak
Harga: Rm7.2k++
Bulanan:RM200
Ni Gambar sebelum braces.Ini pon aku paksa diri untuk senyum nampak gigi keyh.
Byeee and good luck!