I appreciate them.

Wednesday, 16 March 2022

PERSIAPAN SEBELUM BENCANA!!

Korang2-kejap! eh laa ingatkan dekat tiktok tadi.LOL

kalau korang taktahu,aku sekarang lebih aktif dekat tiktok.kalau korang tak follow lagi,better follow sekarang.kalau tak,ketiak korang bucukk.kahkah








CUACA TAK MENENTU

Korang perasan tak sekarang ni cuaca malaysia dah tak menentu?sekejap cerah,lepastu nanti akan hujan lebat. sampai ada sesetengah kawasan tu akan banjir.

Tahun lepas memang unexpected gila lah. banyak kawasan yang sebelum ni tak dinaiki air,tapi tiba2 banjir.tu menandakan sistem pengaliran air kita tak bagus dan ssalah satu sebab lagi adalah kerana ramai sangat manusia yang suka buang sampah rata-rata.So air tu tak tahu dah nak mengalir dekat mana.sebab tu air tu masuk rumah korang.LOL




camne ek nak educate rakyat malaysia supaya jangan buang sampah rata-rata? aku rasa dah macam-macam campaign kerajaan buat,tapi tak ada perubahan langsung.sorry to say but sesetengah rakyat malaysia masih SOMBONG

kerajaan pulak jenis lambat bertindak dan tak ambil pengajaran dari kejadian yang lepas. banjir besar 1970an,dan paling latest banjir 2021. apa yang  kerajaan ambil iktibar??


MALAYSIA TIDAK AKAN AMAN

dan baru-baru ini 7 pengkaji bersama Dr Abdul latiff memberi AMARAN supaya semua rakyat malaysia bersiap sedia kerana Malaysia TIDAK MUNGKIN akan menikmati suasana yang bebas dari bencana pada masa akan datang.



Kita semua dah kena bersiap sedia.bukan sahaja dari segi fizikal.siap sedia dari segi mental,barang2 kering yang boleh disimpan,better korang simpan.sebab kita tak tahu satu hari nanti inilah yang akan membantu kita di waktu kecemasan.



SEDIAKAN MAKANAN

Aku nak ajak a.k.a racun korang semua untuk beli sambal daging dendeng sumatraa ni. dah dibungkus dalam pek,daging lembut, sedap,yang paling penting tahan lama k gais. aku rasa kalau korang seorang preppers,korang akan sangat pentingkan tarikh luput kan?







Waktu-waktu kecemasan nanti, makanan dan minuman adalah sumber yang sangat penting untuk bagi kita semua tenaga untuk harungi hari-hari yang panjang wehh.




Honestly pada aku sambal daging dendeng ni sangat sedap.daging dia pon lembut dan juicy.takpayah makan dekat kenduri kahwin dah.lahhh tibahhh

Parents semua mesti setuju phrase "biar kita lapar,jangan anak-anak lapar"

Mana nak beli sambal daging dendeng ni?Cari je dekat shopee.dunia sekarang dah mudah.nak dengan taknak je gais.

Tuesday, 4 May 2021

Pengalaman pakai braces di umur 31 tahun

 Assalamualaikummmm semua.


Apa khabar semua? Harapnya kalian sehat2 jela kan.Dah lama sangat aku tak update blog ni,sebab tersangatlah busy dan juga tersangatlah malas.


Tapi aku rasa harini aku nak update la sebab mungkin ramai yang tengah fikir berbaloi ke idok pakai braces di umur 30-an ni kan kan.

Mehlah aku nak share pengalaman aku yang baru sebulan pakai braces. First of all,aku sebenarnya dah lama terfikir nak pakai braces ni sebab aku ada dua gigi taring and daripada dulu orang selalu ejek aku hantu,ultraman, dan macam2 lagi.


Sejak dari ejekan tu semua,aku tak pernah senyum nampak gigi,sebab aku sangat sangatlah insecure.Apesal laa manusia suka membuli orang ek?memang sangat effect dari aku sampai sekarang tau tak?Macam hantu ke ni? hmm

Macam hantu ke? hmm


Mana ada duit nak pakai braces masa zaman muda remaja dulu.Zaman-zaman aku dulu,siapa yang pakai braces tu kira orang kaya beb.Sebab harga braces mahal.

Setelah umur aku 31 tahun ni,barulah aku nekad untuk pakai braces,kalau nak ikutkan aku takut nak jumpa dentist beb.

Aku tak survey sangat klinik gigi,sebab adik ipar aku dah buat braces dekat Dr Wongs and partners cawangan seri kembangan kot. Kebetulan dekat dengan rumah aku pon ada klinik yang sama,jadi aku pergi je straight ke klinik tu.


Appointment pertama.Kena cabut 4 batang gigi??

31.March.2021 hari pertama untuk Dentist tengok keadaan gigi aku,dentist terangkan yang untuk kes aku ni,aku kena cabut 4 batang gigi,memandangkan aku ada 2 gigi geraham yang berlapis lepastu kena cabut 2 gigi sebelah gigi taring.Aku dah seram dah,apesal banyak sangat nak kena cabut kan? Tapi aku iyekan jela sebab Dentist lebih tahu.Lepastu Dentist tadi akan tangkap gambar gigi kita yang sekarang untuk dia monitor changes setiap bulan.Dentist jugak akan ambil mould gigi kita ya.tak sakit pon proses ni,dia macam amek plastecine and lekat dekat gigi untuk buat mould.Itu ajerr untuk perjumpaan kali pertama.Dentist pon cakap dengan aku yang fikir baik2 nak cabut 4 batang gigi terus atau nak sikit2?

Eh bukan tu je ya ,Dentist bagi aku pilihan jenis2 braces yang aku nak pakai,ada 4 jenis,aku pilih damon braces dari traditional sebab dentist cakap hasilnya lebih cepat dan kurang pressure pada gigi,jadi takdelah sakit sangat bila dah pakai.




Apppointment kedua: Hari cabut gigi.

Malam sebelum hari untuk cabut gigi tu,aku dah tahap tak boleh tidur, manakan tidak.gigi kekal nak kena cabut kan,aku pulak jenis gatal tengok youtube cara2 dentist cabut gigi, and tengok jugak pengalaman orang cabut gigi untuk pakai braces.Ada yang cakap sakit,ada yang cakap tak sakit.

Hari kejadian tu,Dentist terus tanya aku "Ha awak dah decide nak cabut 4 batang atau sikit2?" .Dengan yakinnya aku terus jawab,"Cabut 4 batang terus Doktor,sebab saya nak sakit tu sekali je,taknak banyak2 kali".Perghhh debor jugakla aku.

Memula Dentist akan sapu gel dekat gusi kita untuk rasa kebas,kemudian baru dia akan cucuk ubat kebas,taktaulah apa nama benda alah tu, ko bayangkan,4 kali tau aku kena cucuk sebab 4 batang gigi kan?Sakit ke tidak cabut gigi ni? Well lepas Dentist dah cucuk semua,ko takkan rasa sakit langsung,cuma ko akan rasa tengkorang ko bergoyang2 sebab dentist nak tarik gigi kekal ko tu keluar.ha ko paham tak? Sekejap je proses cabut gigi ni.know know dah siap .

Tips taknak bagi sakit and smooth proses cabut gigi ialah,jangan keraskan badan,relaks, dan fikir yang best2 je.Nak cantik kan? so relaks. jangan stress.kalau ko stress. BP ko naik.langsung takle cabut gigi.Relaks je,.insyallah tak sakit.

Lepas dah setel semua ni,Dentist akan suruh ko gigi gauze dekat tepat cabutan untuk stopkan bleeding, masa ni memang darah banyak gila.aku takle nak makan langsung for the whole day.And dentist cakap untuk 2 hari ni aku kena makan benda2 lembut contohnya :Yogurt ,bubur. Jangan sesekali makan makanan sticky contohnya macam coklat, sushi sebab ia akan melekat dekat gusi yang berlubang lepas cabut gigi tu,Bila melekat,akan ada infections.So memang kena tahan 2 hari la ya.

Orang cakap lepas habis ubat bius ,sakit berdenyut tu akan datang,tapi Alhamdulillah sangat,aku memang tak rasa tu semua weh.Ni memang membuktikan pengalaman orang lain-lain.Ko kena rasa sendiri dulu baru ko akan tahu.


Kiri sebelum,kanan selepas.malas nak edit.hahaha.



Appointment ketiga: Hari pasang braces

Jarak untuk appointment ketiga ni hanyalah 2minggu untuk klinik aku la,klinik orang lain aku taktahu.Hari pasang braces ni pon relaks je, rasanya dalam masa sejam dah setel. Lepastu ko akan rasa yang ada benda dalam mulut.Untuk kes aku,dentist letak temporary filing macam gambar dekat bawah ni,tujuannya adalah untuk mengelakkan overbite problem.


Pasang braces tak sakit,tapi yang menyusahkan adalah temporary filing ni sebab ko takkan rasa gigi ko masa makan,ko akan rasa ko mengunyah atas benda lain.memang sangat2 tak selesa sampai satu tahap ko rasa malas nak makan langsung.Itulah yang aku buat,payah naw nak makan,jadi aku tak makan langsung.kalau lapar sangat,aku akan makan eskrem,yogurt,minum air kosong ,paling kuat pon aku makan bubur mcd la.Benda ni lama weh 2-3 minggu untuk biasakan diri.

Masa ni mulalah penyesalan timbul dalam diri,apesal laaa gatal sangat nak pakai braces kan.ha tanggungla nasib untuk 2-3 tahun lagi.

Apppointment keempat: ketatkan braces

Aku ni baru je masuk appointment keempat, masa ni dentist hanya nak ketatkan dawai je.itu jeeee tapiii lepas ketatkan dawai,memang ngilu naw2 gigi ko weh.

Yang bestnya Dentist cakap dengan aku yang gigi aku sangat bersih.Hehe.Dentist jugak cakap dengan aku yang gigi taring aku ni akan masuk ke tempat asal within 4-6 months.So sabar jela menunggu result.

BTW,kenapa tajuk aku tu aku letakkan sekali umur 31? Sebab bila kita dah tua ni,gigi kita memang bergerak dengan slow ya,jadi memang dinasihatkan untuk sesiapa yang ada duit tu,untuk pakai braces diusia muda.sebab pergerakan gigi diwaktu muda adalah sangat cepat,maybe 2 tahun je gigi ko akan dah cantik.Kalau dah tua macam aku ni,mungkin 2 tahun setengah - 3 tahun baru setel itu pon ikut keadaan gigi lah.

Lepastu after ko decide jeee nak pakai braces,memang ko kena jagaa hygiene gigi.setiap kali selepas makan,ko kena gosok dan floss gigi.Rajin ke idok nk buat yang ni?Sebab tu sekarang ni aku takde snacking time,sebab malas nak buat semua ni.Huhu.

Korang kena tahu yang gosok gigi je tak cukup ya,lagi2 kalau dah pakai braces ,sebab makanan selalunya akan melekat dekat dawai2 tu dan melekat dekat celah gigi,sebab tu kena selalu floss.Aku guna water floss which is lebih better dari floss benang tu sebab water floss ni dia boleh sampai dkt dalam gusi,celah2 gigi dengan lebih effective,dan jugak boleh menjadikan gusi lebih sihat.Bila gusi dan gigi sihat,lebih cepat gigi ko tu nak terbentuk cantik.Murah je water floss ni,RM30++ aku beli dekat shopee.sangat puas hati k.Sumpah keluar semua makanan lepas ko gosok gigi,Memang ternyata gosok gigi sahaja tak cukup ya.




Okaylah tu je kot cerita aku untuk kali ni,nanti kalau gigi aku ada perubahan,aku akan update lagi k. babai! selamat hari raya!

Klinik:Drs.Wong and Partners seri gombak

Harga: Rm7.2k++

Bulanan:RM200



Ni Gambar sebelum braces.Ini pon aku paksa diri untuk senyum nampak gigi keyh.


Gambar selepas pakai braces. 


Byeee and good luck!

Monday, 11 May 2020

Teringin bubur berlauk masa bulan puasa?

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa.Betapa lama dahh tak update blog ni.Aku rasa sebab aku dah tak minat menulis macam dulu kot.Aku lebih minat programming.Aku sure ramai programmers setuju ngan aku,kteorang lebih suka menulis coding dari membaca atau menulis documentations.

Anyway,tahun ni aku dah 30 tahun gais,can you imagine? Dah tua aku rupanya.Blog ni pon dah bertahun2 usianya,malas aku nak kira.hahha.Bila umur dah meningkat ni,selera makan aku pon macam dah kurang dah, dia jadi macam boring tau sampai satu tahap aku rasa aku tak makan pon takpe.

Tapi nak dijadikan cerita,haritu tekak aku tiba-tiba teringin nak makan bubur berlauk,tapi time bulan pose ni semua benda jadi teringin.Then aku scroll dekat facebook ,aku nampak Jims bubur berlauk, nampak padat lauk dia.Okay aku pon order sampai 3 sebab aku ingatkan bubur dia sikit,isi padat.Tapi aku silap gais,rupanya bubur dia bapak banyak,isi pon banyak. Gila aku nak habiskan 3 bowl ni sensorang.Tula Allah dah pesan,orang tamak selalu rugi.hahaha

Bubur berlauk ni lagi sedap and umphhhh kalau makan dengan telur asin,aku rasa kalau takde telur asin,jangan korang berani panggil dia bubur berlauk.Gigih tau aku tangkap gambar luar tingkap rumah sebab nak tunjuk dekat korang.Mujur tak jatuh je.:D




Alang-alang tu meh le aku share apa yang ada dalam set Jims porridge ni,Dorang ada buat Ramadhan combo jugak tau.So korang boleh jugak membubur macam aku dibulan puasa ini.Topping pon boleh pilih ikut suka hati and satu scoop Rm1.00 je.Gila murah.



BUBUR BERLAUK MIX N MATCH
✅ Basic Bubur - RM 6
- ayam / daging

✅ Add On Ingredient - RM 1 / scoop 
>> Ikan Masin Lobak Manis
>> Sotong Lobak Manis
>> Lala lobak Manis
>> Sambal Paru 
>> Kerepek Peria
>> Udang Goreng Rangup
>> Tempe goreng
>> Halia goreng
>> Telur Masin
>> Kacang
>> Ikan Bilis
>> Kentang Goreng

Selamat membubur dan selamat berpuasa!


Order : Order Jims Porridge
Facebook:Jimsporridge
Instagran:@Jimsporridge

Monday, 2 December 2019

Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan


Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan, melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu


Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan. 


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.


Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. 


Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan.


Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
(kiri-kanan) Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.





RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam. 

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.



Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

Sunday, 27 January 2019

Lazz susu kambing Omar hana:Psychology untuk anak-anak

Pernah tak anak-anak korang tiba-tiba taknak minum susu?Mesti pernah kann? kekadang bukan apa,anak-anak ni mungkin dia dah rasa muak dan bosan dengan susu yang sedia ada.Ataupun dia tengah syok sangat bermain sampai lupa nak minum susu Gituu.

So sebagai mak bapak kita kenalah jadi kreatif,kita kena pyscho dia balik ,bagi je Lazz susu kambing dekat packaging omar hana confirm laju je dorang minum sebab bebudak ni suka tiru apa yang dorang tengok dekat tv.






So if dorang tengok omar hana minum susu,confirm dorang pon akan mintak susu jugak.Benda ni namanya psychology okay kengkawan semua.Cer try cer try kalau uolss tak percaya.

Anyway,hanya yang pernah minum Lazz susu kambing je akan tahu apa perbezaan rasa susu ni dengan susu lain.Susu lain akan rasa manis gula,tapi Lazz susu kambing ni rasa dia just nice, tak manis pon sebab kandungan gulanya yang sangat rendah.

yang paling bestnya Lazz susu kambing ni boleh diminum oleh semua peringkat umur.Jimat duit iolss dekat situ tauuu. 

Kebetulan aku ni tengah pregnant anak kedua,maka kita berkongsi la bersama-sama lazz susu kambing dengan Medina Aisyah.Jimat-Jimat

--letak gambar minum susu ngan aisyah--


Kenapa aku pilih Lazz susu kambing? 

1.Susu yang rendah kandungan gula

2. Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu

3.Susu kambing adalah susu yang mudah dihadam dan boleh mengurangkan risiko sembelit.

4.Lazz susu kambing adalah antara susu yang terbaik untuk anak-anak yang ada masalah ekzema.

5.Lazz susu kambing ada 3 perisa iaitu asli,coklat dan kurma.

6.Sebab ada gambar omar hana.Anak-anak suka,mak pon suka.hehe:D


Macam mana nak order Lazz susu kambing? 

Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290
Web : http://lazz.lazzdelivery.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LazzSusuKambingHQ 

Okay bye koranggg nak minum Lazz susu kambing perisa kurma pulak ,baby dalam perut dah mintak.hehe:D 


Meh layan video iols sat.kemain laju dia tolong ummi buat video lepas nampak Gambar omar hana dekat packaging Lazz.huhu

 

Monday, 5 March 2018

DAMN HONEST REVIEW: SAFI RANIA GOLD SERIES

Assalamualaikum.

Memandangkan aku tengah rajin ,mohle aku share skincare yang pernah aku pakai.Btw Kulit aku ni jenis combination.Kekadang oily ,kekadang kering.Senang cerita kulit aku ni jenis confuse dan takde pendirian diri.Ahakssss.

Umur aku pulak dah late 20.Im so sad.Lagi 2 tahun nak masuk 3 series.Ya Allah cepatnya masa berlalu.Dosa banyak lagi .*Insaf kejap.So 2 years back I was thinking that this is the right time for me to use anti aging product.

Ramai dari kalangan kita ni berpendapat yang mereka perlu menggunakan anti aging product selepas usia mencecah 30an.Apesal skema sangat bahasa tetiba ni?Anyway ramai sangat yang cakap "alaaaa aku muda lagi.Takde kedutan pon.So takpayahlah nak pakai product anti aging ni.Produk ni untuk orang tua je".

Sis silap sis.Prevention is better than cure.Dah kalau muka tu kedut seribu macam mana nak cure kedut tu sis?

Disclaimer
Aku tidak disponsor untuk entri ni ,aku beli semua produk ni menggunakan duit titik peluh aku sendiri.Setiap review dalam entry ni adalah ikhlas dari jiwa raga ku.Dan gambar aku google je.Malas nak tangkap gambar.Ahaksss



Cleanser
Aku ada 3 botol cleanser safi rania gold ni dekat rumah aku.Kau Ghase?Sebab aku suka sangat texture cleanser ni yang sangat lembut,tak kasar dan tak memedihkan kulit.Aku siap mix lagi dengan cleansing milk untuk rasa lebih lembut.Nora bagi 5bintang.



Toner
Okay to be honest aku tak berapa nak suka toner ni sebab aku perasan tiap kali aku pakai toner ni,keesokkan harinya kulit aku akan kering dan menggelupas.Mungkin tahap alcohol yang tinggi.Untuk toner its a No No No .So better cari toner yang tinggi kandungan air okay guys.


Scrub
Sukaaa.Lepas pakai immediate effect kulit jadi halus,mulus bak tulusnya cintaku padamu.

Serum peminum wajah
Ye aku tak salah nama.Memang nama dia gitu.Korang jangan pulak minum serum ni ye.Ini untuk kulit.Selama aku pakai or skip,ia tak memberikan perbezaan yang ketara sangat.Serum peminum wajah ni macam something untuk get ready before ko apply others produk gituu.



Essence
Aku suka jugak yang ni sebab texture dia lebih kepada air dan cara nak pakai,ko dab dab je dekat muka.Memang best .Aku pernah cuci muka,toner dan pakai essence je,esok pagi muka cantik macam NurSajat.Ehhh


Beauty Elixr
Omaigod.This is my favourite thing ever in this line.Aku selalu pakai Elixr ni sebelum aku apply foundation.Ataupun aku akan mix dengan foundation.Oleh kerana texture dia macam oily sikit,So kalau mix dengan foundation ,memang akan nampak glowing gila foundation korang.Aku memang guna beauty elixr ni sampai sekarang.Paling penting, elixr ni ada vitamin C.As you know kulit kita tak boleh hasilkan Vitamin c dengan sendirinya.So this is one of our option


Krim Malam
Jangan Risau.Krim malam ni tak macam krim malam yang berwarna hijau,kuning,biru semua tu.Krim malam ni berwarna putih,tidak melekit,bau dia pon nice-nice gitteww. So far okay je dekat kulit muka aku.Macam biasa esok pagi je kulit rasa lembut ngat ngat.Ini yang kita mahu okay gais!



Krim mata
Aku ni jenis selalu derhaka dekat skincare routine aku.Kekadang aku apply.kekadang aku skip. Mata aku ni pulak takdelah jenis eyebag yang teruk.Tapi macam aku cakap tadi.prevention is better than cure.Nora bagi 4 bintang untuk krim mata ni.


Okay tu jela kot tahap kerajinan aku untuk menaip.This product might works for me and might not works for you.Kalau korang dah beli and pakai ,lepastu tak sesuai,jangan nak datang maki aku pulak.First thing first KNOW YOUR SKIN TYPE.

Kbai korang .Selamat mencuba!!!

Sunday, 4 March 2018

Himalaya Shatavari sebagai MilkBooster

Assalamualaikum semua mommies or bakal mommies.

Dalam entry ni aku nak share dengan korang supplement untuk tambahkan susu badan or senang cerita untuk maintainkan susu badan which is work for me Alhamdulillah.

Sebenarnya aku ni very typical minded la when it comes to milkbooster sebab pada aku milkbooster ni tak wujud,yang membuatkan susu kita banyak adalah mind set kita.Bila kau kata Susu banyak,maka susu akan banyak.Just keep being positive.

Tapi bila difikirkan balik,aku ni jenis memang busy memanjang.Biasalah working mom kan.Makan minum pon tak menentu.Mana tidak,waktu lunch hour aku akan terus ke gym dan exercise selama 45 minit. Selalunya aku akan ambil salad sebagai hidangan lunch aku.

Kadang-kadang aku terpaksa skip pump session aku sebab ada meeting penting dan ianya memang effect milk production.Dan dari situ aku sedar I need to do something .Yes im very typical minded tapi tak salah kalau cuba supplement untuk banyakkan susu badan kan?





Himalaya Shatavari
Waktu aku dapat Himalaya shatavari ni,aku takut jugak nak cuba.Oleh sebab dulu aku pernah minum jus herba dan keesokan harinya Mata Medina Aisyah banyak taik mata penyebab panas dalam.So aku syak disebabkan jus herba yang aku ambil tu.

Himalaya shatavari ni diperbuat daripada Asparagus Racemosus dan umum ramai tahu yang produk himalaya ni adalah daripada negara india dan 100% menggunakan herba indian Asparagus dan dijamin halal.

Mak takut noksss.Tapi selepas aku cuba makan,alhamdulillah Takde apa pon jadi dekat Medina AIsyah,takde ruam panas,takde allergic semua takde.Dia jadi puas menyusu adalah.huhu Alhamdulillah.


Bukan untuk membanyakkan penghasilan susu tau youolsss.Tapi boleh juga membantu mengembalikan hormon wanita lepas bersalin.Sesuai sangat nak makan waktu berpantang.Bolehlah aku cuba untuk anak seterusnya nanti.Opsss.




Cara Makan
Ambil satu kapsul selepas breakfast dan satu sebelum korang masuk tidur.
Jangan lupa ambil air masak dengan banyak.Eh dan jugak Mind set kena selalu positif,kena selalu cakap susu banyak.Himalaya shatavari ni hanya membantu je okay?

Harga Himalaya Shatavari
Apa salahnya kalau kita melabur untuk diri sendiri dan anak.Harga Himalaya shatavari ni takdelah mahal macam harga emas,dalam RM54++ .Tapi dekat Lazada korang boleh dapat lebih murah kalau ada promotion.
Tapi pada aku,aku tak kisah pada duit,asalkan menjadi.Tu kalau aku la.

Anyway korang boleh dapatkan Himalaya shatavari dari seluruh butik Himalaya yang wujud dekat Malaysia ni dan jugak farmasi farmasi berdekatan dengan uolss.


So sesiapa yang ada apa-apa pertanyaan pasal Himalaya Shatavari ni korang boleh terus ke:

Facebook:Himalaya Healthcare Malaysia
instagram:himalaya malaysia



Selamat mencuba!