I appreciate them.

Sunday 24 June 2012

Hanya satu yang aku mintak dari readers blog aku

Assalamualaikum

Hanya satu yang aku mintak dari korang semua readers aku,sori sebab dah lama tak update blog dengan cerita-cerita dari aku.dan lagi satu aku nak mintak.Tolong doakan aku,esok aku ada presentation Final year project dan doakan untuk final exam aku.*eh banyak pulak permintaan aku.tadi kata satu je.

kbai semua .T aku update.Tolong doakan!*nada paksa

P/S:rindu aku tak?*ihiksihiks!



Saturday 9 June 2012

SERAM,pintu dikuak dan tingkap terbukak sendiri.

Assalamualaikum

Hari ni aku tepu buat coding,so aku ada satu kisah benar nak cerita dekat korang semua.kisah benar tau bukan aku reka atau apa sekali pon sebab kisah ni terjadi dekat kakak kawan baik aku sendiri.

Ceritanya bermula apabila keluarga kakak kawan baik aku iaitu keluarga Angah(nama samaran je ni,sebab takpayah la korang tahu siapa orangnya) yang baru berpindah ke rumah baru.


Nak dijadikan entri dalam blog aku ni,masa tu Angah baru berumur 17 tahun dan belajar sampai dua hingga tiga pagi,biasalah budak nak SPM,kena study lebih sikit.Haa siapa yang suka duduk sorang-sorang dan suka tidur lambat dah boleh fikir sekali dah sebelum nak tidur lambat dalam bilik sorang-sorang.Korang tak payah fikir dua kali,fikir sekali je.*Ihiks

Lepas angah habis study,tutup buku,angah baring dekat atas katil,bilik angah ni bilik yang paling belakang sekali dekat rumah tu,kiranya tingkap dekat bilik angah tu menghadap ke halaman belakang rumah.Siapa bilik dia bilik paling belakang sekali?Angkat tangan!*IhiksIhiks.Dont worry,sebenarnya dalam diam,bilik aku pon bilik paling belakang sekali.

Okay dan sambung cerita,lepas angah baring tu,angah rasa tak sedap hati,angah rasa macam tak best je,lepastu angah panggil mak banyak kali."Mak!Mak!".Dengan tiba-tiba pintu bilik angah terkuak sendiri dengan perlahan.




angah ingatkan itu Mak,tapi takde orang pon yang masuk lepas pintu tu terbukak,angah diam lagi,dan dengan tiba-tiba lagi,tingkap bilik angah terbukak sendiri.



dan angah terasa angin yang lain macam masuk dalam bilik angah.Dan terus angah dihempap oleh satu benda yang angah sendiri taktau apa,tapi angah sempat pegang tangan benda tu,tangan benda tu berbulu lebat!

Tapi angah tak berani nak bukak mata,yela kalau aku pon aku tak berani nak bukak mata,buatnya aku nampak muka dia yang hodoh tu,tak ke aku pengsan.Dalam masa yang sama angah cuba baca ayat Kursi,tapi berterabur,so angah sempat laungkan Allahuakbar sebanyak tiga kali dan angah dapat tendang benda tu,dan benda tu pergi mengikut tingkap tadi sebab angah dapat rasa angin tu keluar ikut tingkap sepertimana angin tu masuk.

Angah duduk di belakang pintu sampai esok pagi sebab takut dah nak tidur atas katil.Esok pagi,Mak datang dan kejut angah untuk pergi ke sekolah,lepastu mak terkejut sebab tengok angah dekat belakang pintu tengah menangis dari malam tadi sebab takut.Bye korang aku nak tidur awal malam ni :D






P/S:gGigihkan aku,entri aku ni entri cerita bersama gambar baru korang senang nak hadam.*IhiksIhiksIhiks.Kbai!

Sunday 3 June 2012

SERAM.Benda intai di tingkap?

Assalamualaikum



CAKKK!Sorry.I memang suka wat tanjat boboy kat sini.


 Eh sebelum aku  membebel lebih jauh,aku nak buat teka teki dulu.korang ada nampak apa-apa tak dekat gambar ni?gambar muka orang?muka orang tengah mengintai.Ado?kalau ada cuba korang bulatkan. atau bagitau aku.sebab aku taknak bagitau korang.Nak suruh korang teka.Next entri baru aku jawab.Eceh



Well baru hari ni aku dapat update entri seram kot.Dah lama gila tak buat aktiviti macam ni.Maklumlah orang busy la katakan.Dah final year.Eh itu aje alasan aku kan.*heuheu.Nak dijadikan cerita ada satu malam tu aku bosan dan stress,dan aku taktau nak ajak siapa so aku pergilah seorang diri.Eh jangan cakap aku ni berani bagai eh,aku takut jugak sebab aku ni dah lah perempuan,sorang pulak tu kan.Tapi takpe aku gagahkan diri jugak untuk melihat rumah-rumah yang ada dekat shah alam ni.












Rumah pertama yang aku pergi ialah rumah di seksyen 2,ni siapa yang nak masuk rumah ni kena berhati-hati sikit sebab kiri kanan jiran ada.Ehem,tapi seram jugak rumah ni.Masa aku bukak tingkap dan tutup lampu kereta lepastu dengar pulak bunyi cengkerik,senyap sunyi sedey pedeyy,takut jugakla,berdebarlah jugak jantung aku ni.Terima kasih cengkerik (,:

Are you sure this is not orbs and this is an effect from flash?

Aku suka rumah ni

Gambar first benda putih dekat branda.Cer tengok


Dapat spot yang dekat tingkap tu?




Gambar last yang aku tangkap dekat branda.Kenapa dia static dekat situ?


Rumah kedua yang aku pergi berada di seksyen 3,tapi aku pernah pergi rumah ni dulu dengan housemate aku,Aku tau kewujudan rumah ni pon daripada kawan dia,Nak dijadikan cerita mak jemah oi,masa aku pergi dengan housemate aku dan kawan dia,dieorang nampak ada benda mengintai dekat cermin tingkap rumah ni dan benda tu main sorok-sorok pulak.Dalam gambar yang aku tangkap ni , dan-dan pulak benda tu nak landing dekat tingkap dan sila amek perhatian eh,ini bukan flash atau cahaya sebab kawasan tu memang gelap,kalau flash sekalipon kenapa effect dia jauh bebeno smpai ke dalam rumah?Cuba tengok lagi dekat branda rumah belah kanan pon ada.Dua gambar aku tangkap dan pada waktu yang berlainan,benda putih tu tetap ada dekat branda.seingat aku takde apa dekat branda tu.so apa benda tu?cuba korang cari..Apa yang aku tau tentang orbs adalah menandakan benda itu ada di situ.Ohh seram weyy.Kau ingat bulu roma aku tak meremang ker?







Lepastu aku pergi rumah seksyen 3 jugak tapi aku tak ingat dekat mana,TAPI sebelah rumah ni ada pokok besar.

sewa?siapa yang nak sewa noks?



And then aku ingat nak balik rumah terus,aku siap cakap sensorang lagi "Go back diana!" tapi tangan aku ni gatal pusing stereng lepastu aku pergi semula dekat banglo kayangan,HA masuk ni dah tiga kali dah ni aku pergi banglo ni.Macam biasa memang seram sangat.Aku dah taktau nak explain macam mana seram dia,korang boleh baca kisah aku pergi ke rumah banglo kayangan ni dengan baca entri aku di SERAM.RUMAH MONA FENDEY?EHYEKE?.

Apa effect hari ni yang aku dapat?macam biasa la pening kepala.Aku memang kalau pergi tempat macam ni,lepastu aku akan pening kepala.




P/S:nak tau kawasan rumah ni dekat mana?PM aku.Heuhe:D kbai