I appreciate them.

Saturday, 27 August 2011

FIKIR!APAKAH GAMBAR DI 47.110579,9.227568?

Semalam sepupu aku ada tanya aku "na,awak ada tengok tak gambar yang ada something dekat langit,gambar macam dewa ke apa tah tapi kabur-kabur dekat google maps?Gambar tu dah lama dah".
Aku pon terfikir gambar yang macam mana.Lepastu dia bagi longitud untuk search gambar tu di google maps,aku tengok menurut sepupu aku pihak google tak akan mengedit mana-mana gambar yang mereka tangkap untuk dipaparkan di google.

Tapi aku terfikir mungkin pihak google dah edit gambar kawasan tersebut,tapi untuk apa? Untuk mengelirukan semua pihak,Semua pihak tu siapa?Untuk membuat kita berfikir yang mereka dapat tangkap suatu image di langit?Atau apa?Motif?Boleh tak korang tolong bagi jawapan dekat aku tentang gambar ini?Ada yang cakap bila  first bukak gambar ni,kedudukan image tu di tempat lain,bila tutup dan bukak balik,ia beralih ke tempat lain.Ada sesiapa ada jawapan tak kepada motif google maps ni?Kalau google maps tersalah,tak kan pihak google maps tak remove gambar tu dan tak tangkap je yang baru?Atau pihak google maps memang sengaja?



Ada yang cakap angel,ada yang cakap shaiton,ada yang cakap lens rosak,ada yang cakap burung melintas ,tak kurang ada yang cakap google maps yang shaiton.Anda?




Takpelah aku nak cuba think positif mungkin mata pihak google maps rabun kot bila upload gambar ni,and bila ada pihak lain tegur pasal suruh remove gambar ni,pihak google maps tak dengar sebab dieorang pekak.Logik kan?

P/S:Jangan cepat terpengaruh ya children!dan pada aku ini adalah kesilapan yang disengajakan.Kbai
P/S:Ada yang dah tengok image ni tapi  aku tau ada yang taktahu lagi.so aku post entri ni kepada siapa yang tak tahu.Kbaibai
JANGAN CEPAT TERPENGARUH DAN PERCAYA!

Thursday, 25 August 2011

Seram.kisah emily rose

 Sebelum tuh jom jadikan video ni sebagai music background bagi entri ni,baru thriller!






Pada tahun 2005,2006,semua budak sekolah nak beli beg emily rose ni,jap dalam entri ni aku tak jumpa contoh beg emily rose,beg tu mestilah berwarna hitam lepastu ada gambar emily rose ataupun beg nightmare before christmas,sebab masa tu movie nightmare before christmas ni famous.Tapi hari ni aku nak fokuskan pada satu cerita je iaitu tentang emily rose.Korang main pakai je eh beg tu tapi taktau sejarah emily rose tu ye?Sebenarnya wajah perempuan muka emo yang terpampang di beg,purse yang korang pakai tu adalah milik seorang gadis yang telah mati kerasukan.Tau tak?HA.Tuhla nak ikut fashion lagi sampai sejarah beg tu pon korang taktau kan.Siapa yang ada beg tu,Bersedialah korang untuk diganggu oleh hantu emily rose malam esok.KAHKAH,*gelak sedikit beretika.

Kepada ex budak gothic,budak emo yang memang tak tahu apa-apa siapakah itu emily rose,marilah aku ceritakan sedikit sejarah tentang beliau ni.

Nama sebenar dia adalah Anneliese Michel,dilahirkan pada 21 semptember 1952,kalau dia ni hidup lagi dia ni lebih tua dari ayah aku.Dia hidup sebagai gadis yang ceria,suka enjoy macam korang sekarang ni,tapi tiba-tiba hidup dia berubah pada tahun 1968,sewaktu dia berumur 17tahun,dia start tak kenal diri dia siapa,lepastu stress tak tentu pasal,sampaila makpak dia kena hantar dia ke hospital,yela ingatkan dia sakit biasa.


Tapi yang luar biasanya pasal dia ni,dia minum air kencing dia sendiri,dia makan labah-labah,lalat dan macam-macam serangga lagi dia makan,Kalau dia ada lagi,dia dah boleh masuk rancangan fear factor dah,dan confirm dia menang dut berjuta-juta.Lagi satu dia ni suka menyalak macam hanjing tak tentu pasal di bawah meja makan.Motif sangat kan?

Lagi satu bila ada seorang makcik ni bagi dia holy water,which is untuk orang kristian bukan untuk umat islam ya,sila jangan jadi jahil sangat,emily rose taknak minum air tu,Emily rose jugak enggan lalu atau tengok gambar tuhan dia sendiri iaitu jesus,yela shaiton kan memang takut tuhan.Dekat sini aku pon confuse sebenarnya,adakah hantu kristian akan takut dengan tuhan dia sahaja atau semua tuhan?Nak tahu?sila baca di line paling bawah.


Dipercayai juga dia ni dirasuk oleh beberapa shaiton  dan iblis,pertama ialah Lucifer,Anda kenal siapa itu Lucifer?Lucifer adalah iblis,Iblis dan shaiton adalah lain,Iblis ialah raja kepada shaiton.Betulkan aku kalau aku salah.Okaylah mari kita recap gambar Lucifer yang aku jumpa dalam google.,but aku tak percaya pon muka lucifer macam ni.Tapi Allah lebih mengetahui.

Shaiton lain yang merasuk dalam badan emily rose ni ialah Judas Iscariot, Nero, Cain, Hitler, and Fleischmann, Paderi yang terhina di abad ke 16. Masa emily rose kena rasuk,dia ada sebut lagi beberapa shaiton yang ada dalam badan dia.So kena jaga-jagalah ya,sebab kalau shaiton tu tak masuk dalam badan korang secara rela,dia akan masuk secara paksa,iaitu secara sihir,sebab tu la jangan nak buat dajal sangat dengan orang,orang tu hantar shaiton dekat korang baru tau.

Selepas dah teruk kena rasuk tu,beberapa paderi telah ditugaskan untuk memulihkan emily rose,iaitu paderi yang bernama Father Arnold Renz, Pastor Ernst Alt,adalah beberapa proses yang dilakukan oleh mereka dan dari pembacaan aku yang lepas-lepas,nak pulihakn si emily rose ni bukan senang sebab kadang-kadang memerlukan beberapa orang lelaki untuk pegang emily rose,sebab tenaga emily rose ni memang bapak kuat macam badang,kadang-kadang terpaksa rantai si emily rose ni.Selepas menjalani beberapa rawatan ni,hidup emily rose kembali normal,dia boleh pergi ke sekolah,amek exam,Tapi macam biasalah sekali orang dah kena rasuk,memang senang nak kena rasuk balik,itulah yang terjadi pada emily rose.


Emily rose mati dengan berat badan 68lbs,dan terdapat 67 luka dekat badan dia sebab menjalani upacara nak buang shaiton durjana tu,Senang cerita memang banyak gila luka dekat badan dia,tulang dia pon sama,korang boleh tengok dekat gambar bawah ni,betapa seksanya emily rose ni.cer tengok mata dia,lebam,aku syak dia ni dah lama tak tidur kot.Lepas dia dah mati,mayat dia dihantar ke hospital untuk bedah siasat,dan didapati penyebab dia mati adalah kerana dia kekurangan air dalam badan,siapa yang tak suka minum air kosong tu,korang dah boleh fikir semula dah,emily rose jugak menghidapi demam panas dan radang paru-paru,Emily rose dikebumikan sebelah kakak dia,martha dan tempat pengebumian ni dikhaskan untuk manusia yang bunuh diri dan anak haram.Rare kan?Ada ke kubur yang dikhaskan macam tu dekat Malaysia?

Oh sebelum emily rose ni mati,mak dia da bisikkan dekat telinga dia "cepat mintak pengampunan".Dan Emily rose hanya membalas "mak,saya takut",Ini kira kata-kata terakhir dia lah.Dalam kes emily rose ni terdapat beberapa orang yang didapati bersalah,pertama,kedua paderi yang merawat dia tadi dan kedua-dua ibu bapa dia.EH apa korang cakap?sekejap pertama sekejap kedua.Korang ni lemah math eh?


P/S:emily rose mati pada umur 19,so siapa cakap kalau dah tua baru nak bertaubat tu,dah boleh,fikir-fikirkanlah semula ya.Mati ni ada pelbagai cara,bukan sekadar mati atas katil,ada mati atas jalan,mati kena langgar,mati jatuh bangunan,mati anak derhaka,dan yang paling kita kena elakkan mati dalam keadaan bukan islam.Fikir-fikirkanlah.kbai


Aku nak tambah lagi satu line,beribu terima kasih kepada blogger otai yang sangat baik sebab telah menegur aku bab line shaiton takut siapa tu,beliau cakap,beliau pernah dengar ceramah dari asri,dan beliau mengatakan yang kenapa shaiton takut kepada jesus tadi?sebab shaiton nak buat manusia-manusia ni percaya yang jesus tu adalah tuhan yang sebenar bukan Allah s.w.t.Kenapa shaiton buat macam tu?sebab kalau dia tak takut langsungggg,maka manusia ni akan mencari alternatif lain,iaitu islam,sebab islam adalah agama yang benar sebenar-benarnya.By the way,korang dah tau kan yang sebenarnya Bush,ex president amerika syarikat,whatever he is,dia dah tahu islam itu benar,tapi kenapa dia taknak masuk islam?Sebab dia EGO.So boleh tak aku kategorikan dia sebagai shaiton jugak yang nak mengelirukan manusia?

Sunday, 21 August 2011

Masihkah korang ingat perkara ini?

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambut mu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Itu adalah lirik lagu daripada kopratasa,lagu masihkah kau ingat,pernah dengar tak?Tak pernah?yela sapa suruh korang asyik dengar lagu-lagu yang merepek zaman sekarang ni,Lagu ni syahdu woi!


Masihkah korang ingat wahai budak-budak KL,budak-budak seremban,ataupun budak-budak tak berapa nak KL dan tak berapa nak seremban,dulu Korang semua melepak dekat time square di waktu zaman 2005,2006?Masa tu times square sentiasa dipenuhi dengan budak-budak yang dressing yang tah pape.Ada yang semua hitam,ada yang seluar kecik kat bawah lepastu pakai boot,ada yang kaler rambut sama dengan rambut BF or GF.Masihkah korang ingat?

Aku masih ingat lagi sebab aku ada di tempat kejadian,dan aku juga pernah jadi salah seorang daripada mereka,aku potong pendek rambut aku,rambut depan aku akan biar mencecah mata macam noh hujan,ternyata fesyen rambut macam tu menghalang pemandangan aku,Noh tak rimas ke?baik takpayah ada mata kalau nak tutup.Kemudian aku beli baju,seluar hitam dan aku beli jugak beg emily rose,sebab beg tu adalah yang paling trendy masa tu.oh tak dilupakan juga kasut hitam.itu sudah mesti.Lepas dah lengkap semua tu aku ponteng tusyen dan aku berjalan dengan BF aku penuh bangga,konon-konon smart la padahal hampeh!




Masihkah korang ingat waktu dulu tu times square dipenuhi dengan budak-budak group yang menggelarkan diri mereka emo,yang selalu emo,nak makan pon emo,nak mandi pon emo,nak cingcing pon emo,pendek kata dieorang ni budak yang emosional so korang tak boleh buat dieorang nangis.Ingat lagi pada budak gothic?Gothic kononnya macam my chemical romance tu,aku pon tak faham sangat sebab aku memang taknak faham,bagi aku emo and gothic sama je.Masih ingat lagi pada budak punk yang memang sangat banyak melepak di tepi-tepi monorail,tepi eskelator.Dan ingat tak lagi waktu myspace Femes semua orang nak letak nama dieoeang macam ni Budak>>emo sambil menggunakan default tah sape sape.Ingat?


Masihkah korang ingat pakaian orang lain dan  waktu korang pergi jalan-jalan nak tengok wayang atau shopping dekat times square?Kalau ingat balik mesti malu kan?Macam-macam perangai yang boleh korang jumpa,ada perempuan yang pakai skirt pendek segala-galanya nak pendek dan makan lolipop love,tangan dipenuhi aksesori termasuk aksesori jaring sambil jalan tergedik-gedik,masa tu dieorang rasa dieorang la paling famous disitu.Eh tak dilupa juga celak yang tebal di mata kononya emo gila.Yang lelaki pulak pakai kot hitam,seluar hitam,lepastu lekatkan bunga ros merah atau putih di dada mereka.Sebagai simbol apa?Simbol dah berpunya atau belum,kalau dah berpunya warna merah,kalau tak berpunya warna putih.KAHKAH.Ops sorry aku tergelak besar pulak.

Masihkah korang ingat lagi betapa sakitnya mata korang melihat pakaian gadis-gadis yang lalu lalang disitu,seksi nak mampus,ada yang nampak perut,nampak lurah bontot,Lelaki mesti lagi terseksa pandang dorang ni tapi dalam masa yang sama nak pandang jugak sebab korang cakap tu rezeki,rezeki hatok hang,tunduk bawah pandang lantai dan jalan tak perlu nak pandang barang orang lain yang takdak juai tu.
Perempuan pulak bila kena ikut dan kena ngorat dengan lelaki,tahu pulak nak jadi malu tapi korang tau tak lelaki tu ngorat korang sebab betul-betul nak kenal dengan korang atau sebab KESEKSIAN korang?masihkah korang ingat?

Masihkah korang ingat  di tingkat mana  korang dating dengan pasangan korang dekat times square tu?Tingkat 6.tingkat 7?atau di bahagian tangga yang korang boleh sorok tu?Aku masih ingat lagi aku dating di tingkat 7,masa tu aku form 3,ya form 3,aku duduk berborak dengan BF aku sebelah menyebelah,tapi aku ditegur oleh guard dia cakap tak boleh duduk di tingkat ni,mana lah aku nak tahu,dia cakap nanti kiteorang buat maksiat,dia suruh kiteorang blah atau kena belasah So kiteorang blah dan aku dengan BF aku dah tak ada apa-apa 3tahun sampai sekarang. Waktu tu operasi elak orang dating di times square berleluasa,sekarang apa jadi dengan times square?Dipenuhi lagi dengan orang dating.Mana pergi operasi tu?.Ingat tak kat mana korang dating di times square?


P/S:duduk kampung ni idea mencurah-curah seperti di ladang gandum pulak.Cakap pasal ladang gandum,kalau dapat kokokrunch sedap ni.Kbai.

Friday, 19 August 2011

Seram.Milik siapakah rumah ini?

 AMARAN KERAS!GAMBAR AGAK BANYAK,KALAU TAK TENGOK KENA LANYAK,BALIK RAYA TERHENYAK-HENYAK.




Sekali lagi aku dah ciptakan pantun ceria. 


Sebelum aku balik kelantan dan sebelum kawan aku berangkat ke UiTM bandaraya Melaka,kiteorang membuat acara penutup melawat segala rumah tinggal yang ada disekitar KL.Takdelah sekitar KL sangat,mungkin lebih tepat sekitar bukit Tunku,jalan Girdle.

Selepas bukak puasa di nandos,Times square,kiteorang dah tak ada idea nak kemana,sebab tu miwa mohamad bagi cadangan yang memang bernas sebab kiteorang memang suka melawat rumah-rumah tinggal ni.


Eh formal gila pakaian kiteorang untuk ke rumah hantu.

Rumah pertama yang menjadi pilihan kami terletak di selekoh di jalan bukit tunku ni,kalau korang cari betul-betul sure nampak punya.Tu pon kalo korang rajin nak cari la.Sebab aku tau korang mana nak pergi tempat macam ni,korang suka duduk dan baca je pengalaman orang yang pergi kan kan?First kalau nak masuk rumah ni korang kena meredah satu pokok tumbang and sebelah penuh dengan semak samun.Then hati-hati ya.Kenapa hati-hati sebab takut ada encik ular.
Korang kena lalu pokok tumbang disini









Aku ingat rumah pertama je,rumah kedua aku tak ingat,takpelah tu semua tak penting sebab aku tau korang taknak tau kan.Rumah ni berhadapan dengan rumah orang kaya and nak kata tersorok sangat tak juga,tapi tersorok sikit je,so kalau korang RAJIN nak explore benda-benda ni,masa korang drive tu korang kena tengok kiri dan kanan,cari lokasi yang menarik.

Then,Bukit tunku ni kan famous dengan macam-macam cerita kan?Ada rumah datin yang kena bunuh la,ada rumah doktor bunuh diri yang korang boleh tengok di entri INI.Dan ada jugak rumah TNB.Kalau korang nak ke rumah TNB ni,aku tak ingat sangat nama jalan dia,tapi nak ke rumah TNB ni,kena lalu jalan yang agak sempit,gelap sampai kena pasang high beam dan seram.Beware sebab masa kiteorang lalu situ,lampu jalan yang tak menyala tiba-tiba menyala.Ha,siapa yang lemah semangat jangan lalu dekat situ sebab kiteorang pernah nampak,eh jap dan berhadapan rumah TNB ni ada lagi satu rumah tinggal ya.Hati-Hati.kehkeh.
Kiteorang memang nak masuk dalam rumah TNB ni sebab dah ada laluan yang dibukak tapi masalahnya penuh dengan semak yang dalam gila,bunyi cengkerik,tapi aku rasa macam ada ular orok-orok disitu,aku taknak kena geget manja dengan ular orok-orok tu sebab nak masuk rumah ni.Rumah TNB ni penuh dengan pokok pisang  dan semak samun yang tinggi,Aku syak rumah ni dah lama sangat kena tinggal.Rumah ni ada dua tingkat.Enough tak description aku?Nak lagi?Experience it yourself!cewahhh!Oh aku baru teringat rumah kedua adalah rumah TNB.Tolong jangan pukul aku.Kbai
Laluan yang penuh dengan semak.






Rumah berhadapan rumah TNB.seram deh

Rumah ketiga pulak,berhadapan dengan selekoh,bukit dan berhadapannya tapi jauh sikit.<<<ayat apakah ini?
Well,ni pon sama,rumahnya agak tersorok dan kedalam sikit.Maaf aku lupa nak tangkap full gambar rumah ni.Apa-apa pon korang layankan aja dong!




Aku tak sangka pulak dah rumah keempat dah kita ya,Rumah ni terletak dengan rumah-rumah tinggal yang lain.Yes di kawasan ni sederet rumah tinggal je.Siapa kata tak seram?Seram la wey.Dah macam rumah penjajah british sekali pandang,aku masuk laman rumah ni dengan kereta aku sekali.Tapi laman rumah ni terjaga rapi je dan ada buah mangga yang dijaga jugak.Herm I wonder.



Buah mangga


Borak-punyalah borak dah sampai kita ke rumah kelima,rumah  ni terletak bawah daripada rumah ke empat,laman rumah ni memang besar,bak kata Miwa mohamad kalau dia dapat rumah yang ada laman macam ni,dia nak lepaskan kucing dia berlari-lari kesana kemari,ada yang berak,ada yang bergembira,itulah harapan miwa mohamad.Tau tak apa kiteorang jumpa dalam rumah ni?Spender yang tergantung dan botol minyak.Aku taktau milik owner lama atau pengaih dadah.





Aku pelik jugak kenapa setiap rumah tinggal dan rumah hantu adalah rumah orang kaya dan kenapa setiap rumah tinggal mesti ada pokok pisang?
Ni entri  penutup ekspidisi aku sebelum raya dan balik kelantan,masa raya ada lagi,so korang kena la tunggu update daripada aku ya.Cewahh.


P/S:Doakan aku selamat sampai kelantan,bas aku bertolak jam 9.20 malam ni dan mungkin sampai dalam 6.30 pagi.Mak berdebar noks.Sebab mak sorang.Kbai):

P/S: BTW miwa mohamad dah berhijrah pakai tudung,comel kan?Macam foreigner.Kbai lepasni Miwa mohamad nak maki aku seberat 10kg.Kbai