I appreciate them.

Sunday 14 January 2018

Pam susu di tempat kerja

Assalamualaikum korang semua. Aku dah lama nak share journey ni dengan korang sebenarnya,tapi asyik kekangan masa,so aku terpaksa tangguh sampai sekarang ni.


Aku ni working mom,setakat ni aku tak suka duduk dekat rumah and jadi suri rumah,aku lagi suka bekerja dan dapat pegang duit sendiri.SETAKAT ni la ye.Taktau la kot lepasni jadi jutawan dan aku boleh duduk je rumah.Aminnn



Aku bekerja dekat satu company swasta ni,tak perlu kot aku reveal nama,kalau sesiapa yang follow facebook aku mesti korang tau aku kerja dekat company apa dan sebagai apa.

Aku sangat bertuah dekat sini sebab most of the people memahami yang ibu menyusu ni kena pam susu.Start aku masuk je company ni,HR dah bagitahu aku supaya jangan risau sebab bilik untuk pam susu disediakan.Kau ghase?Tak ke happy aku?Lagi bersemangatlah aku nak pam susu.




Aku ada 3 session dekat sini,Pukul 9 pagi,11 pagi dan 3 petang.So far dieorang sangat understanding.Dieorang takde paksa aku untuk skip time pump,even kalau tengah meeting pon,aku boleh chaw kalau dah sampai time aku untuk mengepam.

Dekat sini ramai juga ibu menyusu,mostly melayu dan chineese.So among us memang kiteorang selalu cerita pasal anak-anak dan journey menyusu.Seronok sangat chuolss.

Oh Btw ramai jugak orang cakap ibu menyusu ni macam nak pergi berperang sebab terlalu banyak beg yang kena bawak. Kan?Tapi dalam case aku ni lain sebab aku guna satu beg je even aku pakai double pump.Seronok gakla  sebab aku boleh sumbat semua barang aku dalam tu.

Aku sumbat dompet, pump, charger, plastik susu,handphone,powerbank semua dalam satu beg je.Takpayah nak buat handbag lain,beg susu lain.Kalau nak patah bahu,silalah buat.




Beg kerja saya,HikHik


Aku dapatkan beg pump ni daripada brand Natural moms.Dulu aku pakai beg jenama Gabag.Tapi sejujurnya beg natural moms adalah pilihan aku sebab compartment dia lagi besar dan dia diperbuat daripada kain bukan macam Gabag yang diperbuat daripada PVC dan ada macam-macam corak yang sesuai dengan kita as working mom.HikHik


Btw kalau aku cerita journey aku dalam blog ni mesti akan patah tangan aku.So aku dah record journey aku dalam bentuk video.Korang boleh tengok video tu dekat bawah ni.Dalam video tu aku ada share "whats in my bag" dan juga tips untuk pumping mommies.

Enjoy dan jangan lupa klik subscribe tauuu sebab ia percuma.hakhak:D

Meh tekan link ni : https://www.youtube.com/watch?v=l8qtYNWkUkA

Thursday 4 January 2018

Makeup guna barang dari DAISO

Korang mesti pernah dengar jenama DAISO kan? Aku rasa tak payah further explain kot.Kedai DAISO ni agak femes dan ada banyak cawangan di seluruh Malaysia.Basically DAISO ni kedai barang-barang daripada Jepun.

So sebulan yang lepas aku pergi DAISO dan beli barang makeup dia sebab aku nak letak dalam video aku.Banyak jugaklah benda yang aku beli for the sake of my video.Tapi aku tak rasa membazir pon sebab untuk sesuatu yang kau minat,kau kena invest (Cewahh Konon.Dalam Hati Allah je tahu.hahah).





Kalau korang nak tengok aku review satu-satu product DAISO ni,korang boleh click link dekat bawah ni dan jangan lupa tekan subscribe sebabbbbbb PERCUMA je.hahaha

kbai


Youtube: DAISO MAKEUP REVIEW