I appreciate them.

Sunday 29 March 2015

Cara Menangani malas solat bila diluar.

Assalamualaikum

Pernah tak korang keluar jenjalan lepastu bila masuk je waktu solat,korang semangat ni nak pergi ke surau.Bila sampai je dekat surau.korang kuciwa sebab surau penuh dan telekung habis.Kalau ada pon,telekung stok kuning kuning dekat bahagian muka.Tak pon telekung tu basah.Pernah?

Jadi dekat sini aku nak bantu korang yang suka keluar jenjalan.Senang je korang pakai je jubah ni.Solat friendly.Sebab apa?sebab ada getah dekat tangan,getah tu korang boleh selit je dekat jari jemari korang tu.Bukak je zip emas dekat jubah,amek wudhu,selit getah dan terus solat.So tak payah lah korang nak berebut telekung lagi ye dok?

Jubah ni Breastfeed friendly jugak.So kepada ibu ibu dan bapak bapak enggak perlu risau sihhh jika mau keluar bersama anak anak .

Jubah ni ada size dari S-XL tau.Warna pon cecantik.

  • Ash brown
  • Mustard
  • Dusty Pink
  • Black


Meh tengok gambar dibawah ni.Maapla saya ni model bidang terjun.
Hikhik.

Ingat kereta je ke yang boleh selit menyelit?Getah pon boleh selit menyelit jugak tau.Dekat jari pulak tu


Suka sangat warna dusty pink ni.Meneyerlah gitchewww







Testimoni diri sendiri bila pakai jubah ni adalah kainnya sejuk,aku rasa selesa dan flowy je bila pakai.Yang paling best ialah tak jarang!

Sejak dah kahwin ni.En suami tak bagi dah pakai macam2,dia yang bagi idea untuk letak getah ala2 handsock dekat jubah ni.

So jubah ni jadi Jubah + handsocks dalam satu!Bukan sahaja syariah compliance,tapi stylo tau.Pernah sekali tu aku jalan dengan jubah ni,orang dok usyarrrr je jubah aku.Haha.Kbai perasan

Pada semua followers aku,yang tak tahu aku dah berkahwin,meh aku belanja gambar aku dan suami aku meh.buat pertama kalinya di blog ni:)




Eh ni suami aku tau.Bukan Kiran Hot FM.haha

.Sebenaqnya nak dijadikan cerita,Jubah ni semua atas jenama aku dan suami iaitu HauraaByDya.
Apa maksud Hauraa?Hauraa tu dalam bahasa arab.Tapi dalam masa melayu namanya Bidadari.

Jadi aku nak ajak hampa semua jadi bidadari meh.

Meh la Like page aku kat Facebook D'Hauraa Collections
Meh Follow IG kami .cari je @hauraabydya

Kalau berminat nak tangani masalah malas solat dekat luar .Which means,meh beli jubah aku.:D
whatsapp
0169188631.

Wednesday 25 March 2015

Kesan yang aku dapat setelah banyak pergi ke rumah hantu.

Hampir setahun lebih sudah aku tidak ke rumah kosong yang berhantu.
Yela sebab busy berkerja.

Ramai rupanya yang komen dan email aku pasal ni.

"dya awak tak buat lagi ke aktiviti ni?"
"dya jom join team saya"
"dya nak ikut.
"

Tipu kalau aku kata aku tak rindu untuk pergi ke rumah rumah tersebut.Tapi aku dah terkena effectnya.Aku suggestkan pada korang especially perempuan yang baru nak mencuba,hentikanlah niat korang tu.

Aku teringat waktu aku baru balik dari rumah kosong sebelah highland tower,kawan aku bawak balik sekali benda tu.Ya bawak balik sekali.Benda tu menyerupai kawan aku dan masuk dalam rumah kawan aku.

Aku masih teringat jugak dimana aku menjadi semakin panas baran setelah pergi tempat yang macam tu.

Kemudian aku menjadi semakin berani untuk pergi ke rumah kosong seorang diri di waktu malam.YA!seorang diri diwaktu malam .dan aku merasakan ada sesuatu yang ikut aku dalam kereta!Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh menjadi berani sangat sampai boleh pergi seorang diri.

Teringat jugak,kata kata suami aku yang masa tu dia BF aku la. waktu aku naik kereta dia,dia cakap "kenapa mata awak nampak lain?" . suami aku ni jenis yang boleh rasa dan nampak.Dia pernah cakap dengan aku.bila aku naik je kereta,dia rasa berat dan terasa seperti ada orang lain naik sekali dalam kereta ni.

Aku selalu nampak lintasan dan selalu terjaga diwaktu malam.

Paling best,bila aku dah rasa something,aku pergi jumpa ustaz dekat pusat perubatan islam.Ustaz tu cakap aku ada saka.Ya SAKA.

Jangan tersilap tentang saka.Kita tak boleh cakap kita confirm takde saka,sebab kita tak tahu sejarah nenek moyang kita dulu.dulu dieorang tak kuat agama.Jadi terkadang mereka akan menyuruh benda tersebut untuk jaga keluarga.Dan SAKA ni kadang kadang bukan saka keluarga,ia boleh terjadi saka singgahan.Iaitu sebab dia suka dekat kita,kita ada ciri ciri yang senang dia nak tumpang.Jadi dia pon jadilah SAKA kita.

Banyak lagi perkara yang aku alami.

Masih nak pergi ke tempat seram?fikirkan semula.Terutama PEREMPUAN.