I appreciate them.

Saturday 31 December 2011

Sambutan malam new year ketika aku jahil dan tersasar dari jalan Allah s.w.t

Assalamualaikum semua.Wah pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2012 kan?Bersediakah kita nak menghadapi hari-hari di tahun baru ini?Sebelum tu,kita harus bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan  hidup di bumi ini,walaupun pada zaman rasulullah s.a.w umur bumi ini seperti perempuan tua yang ruku' dan kepala perempuan tua itu hampir mencecah lututnya sendiri.Betapa tuanya bumi ini kan?

Malam ni siapa yang sambut new year?Aku bet mesti ramai gila kan?Terutamanya remaja.Yela dalam fikiran dieorang,umur dieorang masih muda sebab tu nak cuba semua benda.Hari ini 31.12.2011 mesti ramai yang dah keluar seawal pagi,atau tengahari untuk pergi ke pavillion,klcc,bukit bintang,atau korang asal negeri mana?Dekat negeri korang mana tempat yang paling ramai remaja?Kat situ lah korang sambut kan?Kalau dekat Kuala Lumpur ni,budak-budak ramai sambut dekat pavillion.Diri aku sendiri,selama dua tahun aku sambut new year dekat pavillion.Kenapa Pavillion?Sebab situ banyak anak remaja yang sejiwa dengan aku dan sambutan sangat meriah.Tapi itu dulu,sebelum aku berhijrah jadi macam ni.Meh aku cerita dekat korang.
gmbr dr blog org.

New year 2010 dan new year 2011,aku sambut di pavillion.Aku ingat lagi tema untuk malam new year 2011 adalah go gaga,so lagu lady gaga jela yang banyak.Dekat pavillion begitu ramai manusia dengan bermacam ragam,ada yang seksi gilerss,bogel pon takpelah,ada yang sanggup berhabis duet set rambut untuk sambutan malam new year.Nampak tak begitu lagho nya malam new year ni?ada lagi.Ada yang berkepit gf dan bf di malam new year.Aku?Aku hanya sambut bersama kawan rapat aku dan semuanya lelaki.Masa tu aku suka kawan dan keluar dengan lelaki sebab pada aku,kalau kawan dengan perempuan leceh sebab dieorang ni banyak mulut sikit.


Seawal 10 pagi aku keluar dan amek kawan-kawan aku untuk pergi ke pavillion.Berjam jugaklah nak tunggu pukul 12malam.Pakaian aku pada waktu tu?jangan cakaplah,seksi habis,kalau diingat balik memang aku menyesal.Pada malam new year di bukit bintang,jalan-jalan mula ditutup,sale sana sini,waktu tu,aku tak fikir apa pon,aku fikir nak enjoy sebab memang kena sangat dengan jiwa dan naluri aku,sampai je aku di pavillion,aku nampak satu pentas yang besar dan penari-penari di atas pentas tu,dengan lagu lady gaga,pitbull dan macam-macam lagu lagi.Sedar tak korang yang sebenarnya lagu yang korang dengar seperti lagu Jeniffer Lopez "on the floor" mempengaruhi minda dan mood seseorang bila dia berada di dance floor,contohnya kalau dalam lagu tu ada lirik move your sexy body,dengan automatiknya  kita gerakkan badan kita dengan gaya menghairahkan,aku tak pernah pergi ke mana-mana club dan pada malam new year 2011 aku terkejut sebab aku rasa aku dah menjejakkan kaki ke club yang besar dan sesak,walaupun itu adalah pavillion.


gmbr dr blog org.


Penuhnya kawasan itu sampai semua orang terpaksa berhimpit untuk lalu,ada yang sesak nafas,ada yang jatuh,Sanggup kita semua meredah kesesakkan yang penuh dengan dosa itu,tapi sanggupkah kita meredah kesesakkan di padang mahsyar nanti?Aku meredah semua kesesakkan untuk sampai didepan pentas,macam-macam orang yang ada,yang gatal dan meraba sana sini memang ramai dan jangan terkejut kalau aku cakap dalam ramai-ramai tu,ada perempuan bertudung dok menari baik punya.Dimana islam ketika itu?


Sebelum tiba jam 12 malam,aku nur diyana beragama islam menari dengan bukan muhrim,dengan bukan islam tanpa ingat mak ayah.Lagu yang didendangkan membuatkan aku nak menari sampai ke pagi.Astaghfirullahalazim,inilah yang dikatakan islam hanya pada nama.Aku pandang kiri dan kanan,aku lihat banyak lelaki dan banyak juga wanita.Lelaki yang membuka baju dan sambil tonggang arak,ada yang dah mabuk,ada yang dah khayal dengan ganja.Maknyah,pondan semua ada.Macam ni ke malam tahun baru yang kita nak?


Aku sibuk menari dengan kawan-kawan aku,dan tiba-tiba aku terpisah daripada kawan-kawan aku,mungkin sebab kena tolak,sekarang ni sekeliling aku adalah lelaki yang tak berbaju,dieorang semua mengelilingi aku dan buat satu bulatan dan dieorang suruh aku menari,cuba kalau aku layan dieorang suruh aku menari,korang ras apa yang akan jadi dengan aku?Dahlah sesak dan ramai orang,kemungkinan untuk aku dirogol adalah besar.Yes.SANGAT BESAR.sebab masa tu dieorang semua tak pakai baju dan pakaian aku pulak seperti manusia bertelanjang.Nasib baik sepupu lelaki aku selamatkan  aku,kalau tak?Herm.


Aku menari lagi ikut rentak lagu.Cewaaahhh.Apa lagi yang jadi?Negro datang di sebelah aku sambil cakap "yeah comeon baby,dance!yeah!".Korang fikir apa?Macam ni ke new year?Macam ni ke new year orang islam?Oh lupa dan yang paling ramai di situ adalah orang islam.Apabila tiba je jam 12 malam,masuk tahun 2011,lagilah macam-macam ragam.Comolot?berlambak kiri kanan aku.Selepas malam tu ada yang tak balik,tidur tepi jalan,jalan pulak sesak.Pada malam new year 2011 aku berjanji pada diri sendiri bahawa itu adalah sambutan new year aku yang terakhir,sebab aku mula terfikir,ini bukan dunia aku,aku bukan macam ni.Bukan.Alhamdulillah bulan 3 tahun 2011,bulan bersejarah pada aku kerana aku telah berhijrah kepada yang lebih baik.Alhamdulillah.






Aku tak malu cerita dekat korang semua ni,sebab aku nak korang tau betapa busuknya sambutan new year tanpa cara islam dan aku rasa orang islam sendiri yang galakkan benda yang haram ni.Dimana keindahan islam di malam new year?


Kita bukan kafir,kita islam,tapi kenapa kita banyak mengikut cara kafir,cara yahudi?
Korang tahu tak yang sekarang ni orang yahudi tengah tersenyum dan berkata "senang betul nak pengaruh orang islam,berbaloi usaha aku".Macam tu ke yang kita nak?

P/S:Tak payah sambut new year,kalau nak jugak,cukuplah dengan hanya bersyukur bahawa kita masih hidup di dunia ini.

P/S:berapa banyak pulak anak luar nikah yang nak dibuat malam tahun baru 2012 dan dibuang nanti?dan berapa ramai pulak remaja akan dicekup?Kita tunggu berita dua tiga hari nanti.


AKU TAKNAK JADI MACAM NI

Wednesday 28 December 2011

SERAM.POCONG KEJUT ANDA DARI TIDUR

Assalamualaikum semua pembaca.Maaf tak dapat update blog secepat yang mungkin.Maaf sebab aku terlalu sibuk menguruskan pelajaran aku.Selamat hari raya.*tetibe

Entri ni elok dibaca pada jam 12malam dan keatas seorang diri di atas katil.Paling best kalau katil korang tu bukan disebelah dinding.Tapi tengah tengah dan paling best lagi kalau malam ni dekat rumah korang tu takde orang langsung.Dan yang paling best sekali lepas baca entri ni korang nak terkencing pastu tak ada orang nak  teman korang pergi toilet rumah korang yang sejauh 1km tu.HueHue.


Cerita ni terjadi pada saudara sahabat aku.Nama dia tak perlulah aku bagitau,sebab tak penting pon pada korang.Kejadian benar ini berlaku waktu budak n bersekolah agama pada umur 15tahun.Kejadian bermula apabila.....

Jengjengjeng...Apabila Saleha tak boleh nak tidur,So dia bercadang untuk tidur sebelah kawan dia,Aminah.Yela masa tu dah pukul 12 lebih lepastu dia tak boleh tidur,mestilah seram sejuk kan.Aminah pon berjalan seorang diri ke katil Aminah.Elok je sampai ke katil Aminah,Saleha lena tidur dibuai mimpi.Cewahhh.Tapi yang kesiannya Aminah pulak yang tak boleh tidur.Kesian si Aminah ni sebab dia bagi Saleha tumpang katil dia,tapi dia pulak yang tak boleh tidur,aku assume mungkin dia tak selesa,katil kecik.Tiba-tiba.......

Aminah terdengar pintu bilik terbukak dengan perlahan.Bunyi macam pintu dibukak dengan perlahan plus bunyi seram.Makudnya disini,pintu bilik itu dikuak.Tiba-tiba..Aminah nampak satu kelibat berwarna putih masuk ke dalam dorm dia.Terloncat-loncat,Rupanya apa yang dilihat Aminah adalah pocong.,pocong tu pergi ke katil setiap orang,sebab dia nak kejutkan setiap orang yang ada dalam bilik tu,malangnya..semua tidur dengan lena,sampailah pocong tu singgah ke katil Aminah.

Hanya hiasan ye.

Mula-mula pocong tu kejut Saleha,tapi saleha tak terjaga langsung,So pocong ni pergi pulak dekat Aminah.Pocong tu kejut Aminah menggunakan lututnya,pocong tu goyang-goyangkan lutut Aminah beberapa kali.Aminah buat tak reti je,Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.Lepastu  nak dijadikan cerita,Pocong tu macam tahu je Aminah tak tidur lagi, pocong tu bonggokkan badan dia sikit,dan pocong tu tenung muka Aminah lama-lama.Dengar cerita lama jugaklah pocong tu buat macam tu dekat Aminah,tapi Aminah still pura-pura tidur sampai keesokan paginya.

Ehem,Sekarang ni dekat sebelah korang ada siapa?Ha?korang sorang?Ha eloklah tu.Pastikan pintu bilik tu berkunci.Pastikan tau,kalau ada yang bukak jugak,anggap je tu kucing korang,kalau korang takde kucing anggap je anak patung korang bukak.EH?dah cerita lain dah tu.

P/S:Busy la.KBAI.

Sunday 18 December 2011

Seram.Balai polis gombak lama,jalan lama ke bentong,pahang

Assalamualikum semua.Mesti ramai yang ternanti-nantikan entri aku kan?*ehehe.Apa salahnya persasan sekali sekala,dua kali berkala-kala,Macam seronok jugak kalau sorang seronok,kalau dua orang beronok-ronok.Nampak tak kesinambungannya disitu?Tanpa membuang masa aku nak buang masa korang jugak dengan bagitau kenapa aku tak update blog sejak dua menjak ni,sebab aku busy,aku dah final year,banyak project nak kena submit,lepas final year barulah boleh kawen dengan aman.Eh silap,barulah boleh update blog dengan aman.EH jangan lupa baca pesanan terakhir aku ye :)

Aku ni sangatlah tension untuk semester ni,so aku tak ada tempat nak release tension,jadi semalam,leader team wujud message aku yang team dia nak pergi balai polis gombak lama.Aku pon rasa macam dah lama tak buat benda camni,jadi aku pon nak jugak follow dieorang sebab aku pernah jugak cari balai polis gombak lama ni,tapi tak jumpa.Walaupun aku duduk dekat gombak,aku dah cari balai polis lama ni,tapi tak jumpa,rupanya setiap kali aku lalu situ,setiap kali aku terlepas pandang balai polis gombak lama ni sebab aku terpedaya dengan signboard ni



Semalam,aku dan housemate aku,Fiza,bertolak dari shah alam pada jam 11 malam dan yang menyakitkan hati aku adalah dah malam-malam pon jammed gila dekat highway.Yang aku nak sakit hati ialah kereta aku manual.so bila dah jammed kaki aku akan kejang,Memang nikmat rasa itu.Aku sampai di wangsa maju jam 12.20 tengah malam,Kiteorang jumpa team wujud disana.Sebelum bertolak,Leader team wujud iaitu Seth,suruh kiteorang pakai kasut sebab dia cakap tempat tu hutan and takut ada pacat.Lebih kurang jam 1 pagi,Kiteorang gerak ke balai polis lama gombak,dalam kereta Seth banyak cerita tentang pengalaman dia sepanjang jadi paranormal team.Balai polis gombak lama gombak terletak di jalan lama nak ke bentong.Tau dak?Ala jalan yang akan bertembung dengan genting sempah tu?Jalan yang nak ke mimaland?taktau jugak?carilah sendiri kalau ada masa.*hehe


Dalam jam 1.30 pagi kiteorang sampai dekat balai polis gombak lama,tiba-tiba dekat ada sami india datang dengan kawan dia.dan dia cerita pasal kawasan ni,dia cakap baru-baru ni,ada orang korea hilang dekat kawasan ni,tak jumpa lagi,kereta orang korea tu ada kat apartment,tapi orangnya tak ada.Lagi satu dia cakap dulu ada orang junggle tracking dekat hutan kawasan ni and tak jumpa jalan balik.Wallahualam.Lagi satu cerita,team wujud cakap,dulu berdekatan dengan kuil india,ada orang indonesia mati dibunuh and pada waktu malam salah sorang team wujud pernah nampak seorang perempuan duduk ditengah jalan,dipercayai orang indonesia yang mati tu,Sami tu pon cakap yang dia pernah nampak hantu dekat kuil dia sendiri.






Selepas dengar cerita sami tu,kiteorang baca ayat kursi,ayat 3 qul dan surah al fatihah,barulah kiteorang masuk,Seth cakap dekat situ banyak pontianak.Balai polis gombak lama ni dibina  bagi mengawal kawasan di zaman komunis,Lama jugak kan balai polis ni?Jom tengok gambar yang telah aku snap.Seth and the geng ada nampak benda dekat kawasan hutan.Kiteorang terus snap gambar macam biasa.Lepastu  pada jam 2.30pagi, team wujud tinggalkan akuFiza dan Rara dalam balai polis gombak lama selama setengah jam bertemankan lilin,walkie talkie,pengesan haba dan satu torchlight.





dan dan je kau nak gtau yang kau nak melepak dekat tingkap kan



Ehem memang seram tempat ni,selama setengah jam kiteorang decide untuk 
jalan sekitar balai polis ni,ada rak kasut lama,ada tangga buluh,tulisan dan contengan jangan cakapla kan.Memang banyak,lepastu kiteorang pergi ke kawasan belakang balai polis untuk tangkap gambar kawasan hutan bersebelahan balai polis,tiba-tiba aku rasa dekat ada benda perhatikan kiteorang dekat belakang aku,benda tu disebalik dinding.entahlah mungkin perasaan aku je kot.


Kiteorang masuk balik dalam bilik yang ditinggalkan tadi,kiteorang dengar ada satu bunyi,yang mengekek-ngekek.Aku cakap mungkin binatang?Fiza yang tak puas hati terus buat bunyi sebanyak 2 kali dan sekali tu sebijik benda tu balas balik bunyi yang fiza buat,bukan gema,tapi jelas kami dengar yang benda tu mengajuk bunyi yang dibuat fiza,bunyi ketawa,Kalau haiwan,kenapa kawasan hutan tu tak bergerak?Statik je,pokok tak bergoyang langsung,sebab dari situ kiteorang dengar bunyi tu.Bila team wujud turun untuk tengok kiteorang dan Fiza lagi sekali buat bunyi yang sama,tak ada lagi balasan dari benda tu.Kiteorang pon tak berani nak lebih-lebih sebab tempat benda tu kan.

kiteorang round lagi kawasan balai polis gombak,tengok tempat latihan polis zaman dulu,ala aku dapat snap sikit je,mungkin yang lain dah musnah kot,oh tak silap aku ramai yang mati di kawasan balai polis ni,Lepas dah puas hati,kiteorang naik dekat atas dan dieorang nak pergi kawasan kuil pulak.Masa kiteorang tengah lepak kawasan kuil,boleh pulak seth and kawan dia,nampak benda tu atas pokok dan kejar benda tu.Hadoi,aku yang tengok aku yang gelabah sambil tu aku ikut sekali sebab aku nak tengok amende,tapi tak dapat sebab benda tu hilang serta merta,team wujud ni memang suka bab kejar-kejar hantu ni.

Aku nak pendekkan cerita boleh?Kiteorang lepak dekat satu tempat ni dan kiteorang jumpa satu kereta dalam gaung.Ala penatlah nak habiskan cerita ni.Ending cerita ni macam filem hindustan,last-last inspektor sahab a.k.a polis dan bomba datang untuk menyelamatkan keadaan.

P/S:Aku nak kbai sekarang.Aku banyak kerja.Owh hati-hati ye tidur malam ni sebab mana tau pocong kacau?Tunggu cerita aku tentang pocong semasa korang tidur pulak lepas ni.KBAIBAI.

Kalau rasa anda berminat nak jumpa team paranormal yang sedang meningkat naik ni,sila like page ini wujud paranormal team.Dieorang sangat friendly and best.Lepasni ada aktiviti lagi aku nak join lagi.ehehe.BAI semua,kirim salam mak ayah.*tibe2

Akhir sekali aku nak cakap:




AKU NAK PESAN SEMOGA TIDUR LENA.JANGAN NAKAL-NAKAL.KBAIBAIBAI

Sunday 11 December 2011

AYAH BERCINTA DENGAN ANAK,MAK BERCINTA DENGAN ANAK

Apa nak jadilah dengan dunia sekarang ni.Satu je aku nak cakap dunia nak kiamat.Tak sedar lagi ke?
Ibu dan ayah yang telah mendidik dan melahirkan dieorang ni dan sanggup dieorang buat hubungan dengan mak ayah sendiri,siap comolot dan having seks lagi.betapa rendahnya maruah seorang ibu,bapa dan anak.dan dengan rasa bangga cakap
IT'S LOVE .I SAW SOULMATE IN MY DAUGHTER.
Hotak ko berdouble double.
.Mungkin video pertama ni dah ramai yang tengok.Macam mana dengan video kedua?Dah tengok jugak?Ala potong la korang ni.Ehehhe




Kes yang pertama berlaku di indonesia.Cinta seorang ibu dengan anak,iaitu Fairy,Nama macam tooth fairy je.Fairy selalu dipaksa oleh ibunya sendiri,yang bernama Dombret.Apa huduh nama ni?Perangai pon huduh jugak.Ibu Dombret cakap dia memang menikmati hubungan dengan Fairy,mungkin sebab Fairy mirip arwah suami dia sendiri.Kalau nak buat hubungan dengan Fairy,dia akan pastikan anak-anak dia yang lain tidur dulu,baru dia buat hubungan dengan Fairy dan dia cakap dia tak kesah kalau semua orang tahu pasal hal ni sebab dia cakap dia buat zina dengan anak sendiri bukan dengan orang lain.Fuuuuuuuuu pergi mam la kau ibu dombret.





Kes yang kedua ni.Si perempuan ni bernama Britney berusia 18 tahun.Dia cakap masa dia  berumur 7 tahun dia sendiri tak tahu  yang Boyfriend dia sekarang ni adalah ayah dia sendiri sebab keluarga dia  bawak dia lari daripada ayah dia ni a.k.a boyfriend dia .Waktu Britney berumur16 tahun,dia upload gambar tutt dia dalam myspace,dalam masa yang sama,dia cari ayah kandung dia,kebetulan,lelaki ni komen dekat gambar tu dengan "britney babe,huduh gila badan kau".Eh tak tak Komen dia camni "My baby,you shouldn't do that".Lepastu Britney fikir yang lelaki tu ada sexual feeling dekat dia.Lelaki yang komen tu adalah ayah dia a.k.a boyfriend dia.Britney cakap lagi dia nampak masa depan dengan ayah dia ni.Dieorang pernah buat hubuangan sex,Geli aku nok.Britney cakap dia dapat rasa yang hubungan dia dengan ayah dia akan berjalan lancar dan Britney jugak ada perasaan jeles kalau ayah dia dengan perempuan lain.Fuuuu

P/S:doakan aku untuk semester ni.Banyak sangat kerja,project,assignment.Aku lagi rela banyak paper masa final daripada banyak project.Herm.Kbai dalam nada sedih .

Monday 5 December 2011

SERAM.KAWASAN DALAM RUMAH YANG PALING DIGEMARI HANTU

AKU ADA DALAM RUMAH KAU.KAHKAHKAH,
Heheh.Sekarang ni korang dalam rumah kan?Korang dekat bahagian mana tu?clear ke kiri kanan korang tu?
Betul ke sebelah tempat duduk korang tu takde orang?Sure ke?Aku sendiri tak sure kat sebelah aku  ni takde orang,entah-entah dia tengah tengok apa aku taip ni.dekat korang pulak,entah-entah dia tengah baca blog aku dengan korang sekali.Takpe-takpe kita jangan kedekut ilmu kan.Eh kejap,dekat belakang korang ada orang eh?Betul ke dia tu orang?Anda pasti?*HAHA


Hari ni aku rasa macam nak share dekat korang semua,kawasan dalam rumah yang digemari hantu,tapi korang tu janganlah pulak bersifat macam hantu dalam rumah korang tu,nanti shaiton keliru korang hantu ke dia yang hantu.Selepas baca entri aku ni.korang dah boleh buat pilihan nak duduk rumah tu lagi atau nak pindah.*HAHAHAHAHAHAKBAI


Dahlah sebelum aku membuat korang lebih takut atau nak hempas laptop kesayangan korang ni,Meh aku bagitau korang kawasan dalam rumah korang yang sangat digemari oleh hantu,mungkin disebelah korang,siapa tahu?

BILIK TIDUR YANG KOTOR DAN BERBAU BUSUK
Okay yang ni aku nak peringatkan pada kaum lelaki,termasuk abang aku sendiri.Aku ceritakan pengalaman aku lah senang okay,Bilik abang aku ni memang macam-macam bau ada,bau seluar yang dah pakai sebulan tak basuh,bau air liur basi,semua bau ada,cakap je nak bau apa.Biasalah orang bujang kan.Satu malam,masa tu umur aku 12 tahun,bilik aku sebelah je dengan bilik abang aku ni,aku ternampak ada bayang-bayang hitam masuk bilik abang aku,aku ingat abang aku tengah nak main-main dengan aku,aku suruh adik aku tengok dalam bilik abang aku,sebab abang aku ni suka main sorok-sorok,aku suruh cari bawah katil,dalam almari,semua takde,bila adik aku tanya ayah aku,rupanya abang aku tengah elok study dekat bawah.Habis siapa yang masuk dalam bilik abang aku?ada sekali tu,aku terdengar bunyi gitar dipetik dalam bilik abang aku,tapi takde orang dalam bilik abang aku.Siapa agaknya?


TEMPAT YANG TAK DIGUNAKAN DALAM MASA YANG PANJANG
Ha yang ni mesti korang semua familiar kan?Kalau korang balik kampung dalam masa sebulan,lepastu korang biar je rumah korang tu kosong.Orang tua-tua cakap sebelum nak tinggalkan rumah,katil korang tu jangan dibiarkan kosong macam tu je,letakla baju atau apa sahaja atas katil tu supaya menandakan yang katil tu ada pemiliknya lagi.Korang nak ke benda tu tidur and buat katil korang sebagai tempat tinggal dieorang sepanjang sebulan korang takde.Nak?Oh meh aku selitkan satu cerita,sebelah rumah aku,dah terbiar selama 10tahun,owner rumah yang berhadapan dengan rumah kosong tu,nampak ada perempuan berbaju putih dan berambut panjang berdiri dalam rumah kosong tu waktu maghrib,dahlah sebelah rumah aku.Mak aku tau cerita tu,dia terus buat tembok untuk halang daripada keluarga aku nampak rumah dan benda-benda tu,sebelum tu jugak,dinding bilik aku sentiasa diketuk dan aku selalu rasa diperhatikan,bila aku lalu depan rumah tu nak pergi mengaji,aku rasa kain aku ditarik.Bila ada orang baru nak masuk rumah tu,setiap malam akan diganggu oleh benda-benda tu,kena tindih la apa la,sampai dieorang lari ke rumah kakak dieorang.Ha seram tak?Ha korang tinggal lagi rumah kosong lama-lama.Hehehe.



DI DALAM PATUNG
HA umur dah berapa dah cik akak dan cik abang sekalian?Dah 22 tapi still simpan anak patung?Apa kejadahnya semua ini?mana mak bapak semua?Takkan pihak berkuasa dok mengangkang aja?Buruk la kalau orang tua dok kumpul patung-patung baribie,patung apa lagi eh?Eh macam macam la.sedar tak awak tu dah tua.Okay aku nak cerita dekat korang ni,dulu aku ada satu patung ni(Gambar).Aku suka patung ni,Tapi entah macam mana,aku kan ganas,so ditakdirkan kepala patung tu tercabut,so mak aku suruh buang patung tu,aku buanglah.Nak dijadikan cerita pulak,malam tu,aku tidur dekat ruang tamu,pukul 3pagi aku terjaga dan aku dengar ada orang ketuk pintu rumah aku,tapi aku tak berani nak bukak.Esok pagi aku tengok kepala patung tu betul-betul depan pintu rumah aku.So siapa yang ketuk pintu rumah aku pada pukul 3 pagi tu?

BILIK YANG SELALU GELAP
Siapa yang suka tidur dalam gelap?jawapannya aku!!Siapa setuju tidur dalam gelap lagi lena dari tidur bukak lampu?walaupun agak seram kalau tidur sorang-sorang tapi tetap lena kan?Okay ni ada lagi satu cerita,siapa pernah kena rasa dipeluk padahal masa tu tak ada orang?Jawapannya aku.Sebelum tu badan aku terasa panas dan tiba-tiba aku rasa dipeluk dan aku tak nampak apa-apa.Aku ditindih dengan cara dipeluk.Paham tak?kalau tak paham baca lagi sekali.Lepastu aku terus bukak lampu untuk malam tu.




P/S:Masih berani dalam rumah sendiri?Kbai

Friday 2 December 2011

OST ombak rindu cover dari dya mohamad

Kalau kita ada demam kura-kura,demam kuning,demam mintak simpati tapi sekarang aku nak bagitau pasal demam ombak rindu yang tengah melanda malaysia ni.Bayangkan tiket pada awal cerita ni ditayangkan semua fully booked dan ramai yang berpuas hati dengan cerita ni.Yela dah kata novel best,cerita pon mesti best jugak.KOT.




First aku dengar yang ombak rindu akan menjadi filem,aku terus cakap yang aku nak tengok jugak,aku tak kira,hujan ke ribut aku nak tengok walaupun sebenarnya aku tak pernah baca pon novel ombak rindu ni.Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu,semua budak perempuan dok usung novel ombak rindu.Aku pon pelik apa yang best sangat novel tu sampai dieorang pinjam bergilir-gilir.Aku rasa macam kelakar je masa tu,pergilah beli sendiri,ni sampai nak kena ikut turn pulak.Hadoi.Dulu aku ni bukan seorang yang suka baca novel,
tapi sejak aku duduk kelantan dalam 3 tahun lepas,aku terus minat dengan novel,dekat kampung aku tu penuh dengan VCD hindustan,eh silap,penuh dengan novel,Novel apa korang nak?Semua ada,sebab makcik-makcik aku semua kaki novel.

Aku dok play lagu ni berulang kali dari semalam lagi sampai la sekarang,aku nak drive pon aku dok pasang lagu ni,adalah dalam seratussebelaskali.Lagu ni best dan lirik yang mendalam,kalau masuk AIM tahun depan,mesti menang,lepastu anugerah tu kena tarik balik bila dapat tahu yang sebenarnya lagu penakut dari Yuna yang sepatutnya menang.*HAHA.

Sing a long with me kids!

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku






Oh lupa,lagu ni di request oleh seorang followers blog aku yang juga seorang blogger dan follower twitter aku.So This is for you girl!

WHY dalam video ni gambar aku macam kena tepek tepung?actually bukan macam ni,tapi macam ni,


P/S:betul ke cerita ni sedih sampai buat lelaki keras,lelaki lembut,lelaki buaya darat pon nangis?Kbai

Thursday 1 December 2011

GAMBAR GADIS BERTUDUNG BOGEL

Assalamualaikum.Woah asal cakap bogel je mesti bulat je mata korang.Tapi kalau tengok buku Zahiriel Adzim yang bertajuk bogel menuju tuhan macam mana pulak?Bulat tak mata korang?BTW comel kan persandingan Zahiriel Adzim dengan Shira?comel je kan.

Mungkin ada yang terlupa tentang isu yang aku pernah bangkitkan iaitu isu blog lahanat mana yang sesuka hati amek gambar gadis bertudung dan post dekat blog dia dengan entri,wanita bertudung seksi dan sebagainya di entri aku yang ini BERHATI HATI SEMUA GADIS BERTUDUNG.Sekarang ni timbul pulak kes,lahanat yang amek gambar gadis bertudung secara random dan edit kepada gambar bogel.Gambar asal gadis yang dipilih bertudung litup dan sempurna tapi diubah kepada gambar yang betul-betul menghairahkan.Apa motif mereka?aku rasa dieorang ni sakit mental atau baru keluar dari hospital gila.Tapi takkanlah orang gila boleh guna Adobe Photoshop dengan jayanya?Maknanya dia bukan gila tapi dia psycho.

Aku rasa dia buat macam ni sebab dia nak test skill dia,atau dia ni gersang tak tentu pasal.Kenapa?sebab sesetengah orang menganggap perempuan pakai tudung ni mahal sebab tu dia nak buat macam tu.Kenapa lagi sekali?sebab dia nak jatuhkan maruah gadis islam.Adakah orang yang edit ni islam?Aku harap tak,kalau ya,orang yang rajin sangat simbah asid,boleh simbah asid tu dekat dia sebanyak lapanplohlimapointenambelas.

Sebab tu aku cakap private wall,private gambar.Private!dan jangan posing overdose sangat sebab dari situ,dieorang boleh bayangkan tubuh badan kita dan boleh skecth dari situ dan tadaaa jadilah macam ni.Korang nak ke?



Perempuan yang bertudung penuh pon boleh kena jugak.Ni la masalahnya bila teknologi disalahguna.Apa kejadahnya semua ini!Mana pihak berkuasa!






Tapi korang janganlah pulak berperangai macam dua perempuan di bawah ni,kalau macamnilah gayanya aku setuju kalau orang tu buat gambar bogel dekat dieorang.Mana tak islam dipandang enteng.*Ceh ayat perbahasan aku dulu.Kalau islam sendiri memalukan diri sendiri.Dimana letaknya maruah dieorang ni?Ke dieorang memang tak tau perkataan maruah tu wujud?



P/S:Nasihat bersama Jaga budi,Jaga pekerti,Jaga bodyjangan menggedik dalam facebook,Kalau nak jugak,buat social network sendiri.Kbai.

P/S:Excited pulak nak tengok cerita ombak rindu.Excited lagi tengok rambut hafiz dalam video ni.Boleh sorok markerpen,liquidpaper dan handphone.Kbai