I appreciate them.

Monday, 2 December 2019

Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan


Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan, melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu


Dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya, McDonald’s Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan di negeri ini. 

Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Kelantan untuk tahun 2019 kepada (kanan) Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, pegawai zakat Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) , sambil disaksikan oleh YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan. 


McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kelantan untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.


Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. 


Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kelantan untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Kelantan.


Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
(kiri-kanan) Ustaz Hj. Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO; Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; dan YB Dato' Haji Abdullah bin Ya'kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Kelantan yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,400 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 48 sekolah di serata Kelantan akan menerima pek ini.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.





RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. Ini termasuklah Program “Kembali ke Sekolah”, Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald dan ‘Gift of Smile’.

Pada bulan Jun tahun ini, RMHC Malaysia telah membuka Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, yang terletak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Rumah Ronald McDonald bertujuan menyediakan kemudahan penginapan sementara yang lengkap kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM ini memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik dengan membolehkan mereka berada dekat dengan anak mereka, disamping meringankan beban kewangan dengan kos penginapan yang amat berpatutan, berharga RM5 untuk satu malam. 

Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.



Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/

Sunday, 27 January 2019

Lazz susu kambing Omar hana:Psychology untuk anak-anak

Pernah tak anak-anak korang tiba-tiba taknak minum susu?Mesti pernah kann? kekadang bukan apa,anak-anak ni mungkin dia dah rasa muak dan bosan dengan susu yang sedia ada.Ataupun dia tengah syok sangat bermain sampai lupa nak minum susu Gituu.

So sebagai mak bapak kita kenalah jadi kreatif,kita kena pyscho dia balik ,bagi je Lazz susu kambing dekat packaging omar hana confirm laju je dorang minum sebab bebudak ni suka tiru apa yang dorang tengok dekat tv.






So if dorang tengok omar hana minum susu,confirm dorang pon akan mintak susu jugak.Benda ni namanya psychology okay kengkawan semua.Cer try cer try kalau uolss tak percaya.

Anyway,hanya yang pernah minum Lazz susu kambing je akan tahu apa perbezaan rasa susu ni dengan susu lain.Susu lain akan rasa manis gula,tapi Lazz susu kambing ni rasa dia just nice, tak manis pon sebab kandungan gulanya yang sangat rendah.

yang paling bestnya Lazz susu kambing ni boleh diminum oleh semua peringkat umur.Jimat duit iolss dekat situ tauuu. 

Kebetulan aku ni tengah pregnant anak kedua,maka kita berkongsi la bersama-sama lazz susu kambing dengan Medina Aisyah.Jimat-Jimat

--letak gambar minum susu ngan aisyah--


Kenapa aku pilih Lazz susu kambing? 

1.Susu yang rendah kandungan gula

2. Susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu

3.Susu kambing adalah susu yang mudah dihadam dan boleh mengurangkan risiko sembelit.

4.Lazz susu kambing adalah antara susu yang terbaik untuk anak-anak yang ada masalah ekzema.

5.Lazz susu kambing ada 3 perisa iaitu asli,coklat dan kurma.

6.Sebab ada gambar omar hana.Anak-anak suka,mak pon suka.hehe:D


Macam mana nak order Lazz susu kambing? 

Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290
Web : http://lazz.lazzdelivery.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LazzSusuKambingHQ 

Okay bye koranggg nak minum Lazz susu kambing perisa kurma pulak ,baby dalam perut dah mintak.hehe:D 


Meh layan video iols sat.kemain laju dia tolong ummi buat video lepas nampak Gambar omar hana dekat packaging Lazz.huhu