I appreciate them.

Thursday 30 June 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum,Aku rasa ini adalah kali ketiga seumur hidup aku join segmen yang dianjurkan oleh abang Ben Ashaari,aku tak pernah join mana-mana segmen yang dianjurkan oleh sesiapa sekalipon sebab jujur aku malas nak update pasal segmen,tapi disebabkan abang Ben Ashaari ni adalah idola aku dalam dunia blog ni maka aku pon join lah segmen ni
tengok je ke wahai rakan blogger?join jela.saja cuba nasib.Klik Ben ashaari

Apa yang ada dekat blog aku ni?Korang jelajah lah dulu blog aku ni.Malas nak jelajah?Yelahh.
Biar aku cerita dekat korang,aku buat blog ni pada mulanya hanyalah suka-suka,aku start menjadi blogger pada tahun 2008 masa tu aku menggunakan link http://deanapunyabelog.blogspot.com/.Eh boleh tekan link ni.tekan lah!Itu adalah blog lama aku,last update aku dekat blog lama aku adalah tentang seorang minah yang berjaya buat aku sakit hati pada hari rabu 17 february 2010.Masa aku start buat blog tu,tak ramai lagi blogger macam sekarang.Orang cakap boleh dikira dengan jari.Kebanyakan followers aku dekat blog lama,ramai yang dah jadi famous.Tapi malangnya aku dah lupa password dan email blog aku yang lama tu,tapi aku tak amek kesah sangat sampailah aku rasa macam nak buat lagi blog,nak share something dengan old readers aku.

Maka terciptalah dyapunyabelog.blogspot.com.Dalam blog aku ni aku tak banyak sangat ceritakan pasal kisah cinta aku,sebab aku tak gemar sangat sebenarnya jaja kisah cinta yang aku bahagia sangat dengan mamat tu,aku tak suka,mungkin blog aku ni ada jugak luahan perasaan daripada aku dan kebanyakannya adalah tajuk yang aku cipta sendiri dan pandangan daripada aku.Aku tak cakap blog aku hebat sebab memang tak hebat pon.ramai lagi blog yang best daripada aku tapi cukuplah aku cakap yang aku menerima good feedback dari orang.Siapa yang memberi good feedback?Biarlah rahsia.Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang baca blog aku ni walaupun followers tak berjuta macam fatin liyana,cik epal,hanis zalikha dan ben ashaari tapi aku masih bersyukur kerana ada jugak orang yang sudi follow blog aku.

P/s:Apa tunggu lagi?Sila join!


Wednesday 29 June 2011

Customer cerewet yang nak penampar version 2


Sesiapa yang pernah baca entri aku yang sebelum ni,mesti korang paham hati dan perasaan aku untuk menghadapi customer cerewet setiap kali time bekerja.Kepada sesiapa yang baru bukak blog aku dan tahu kewujudan blog aku,korang boleh terjah entri sini sebelum korang faham apa yang aku nak sampaikan untuk entri yang baru ni.



Kepada yang baru tahu kewujudan blog aku yang tak berapa nak teratur ni,aku bekerja sebagai seorang part time cashier di giant hypermarket,dekat je dengan rumah aku,waktu aku bekerja adalah pada jam 6 petang sampai 11 malam.Kerja aku ni tak adalah penat sangat sampai kena tidur selama 2 hari baru boleh kerja balik.Memanglah tak penat sangat sebab kalau ada customer je aku kena berdiri dan scan barang dorang,kalau tak ada customer aku boleh duduk kadang-kadang tak tersempat jugak aku nak duduk sebab customer ramai,tapi yang penatnya bila aku kena scan barang yang banyak macam stok untuk enam bulan,pernah sekali ibu jari aku nak patah sebab angkat barang yang banyak dan terlalu berat.

Yang tu aku macam tak kesah lagi,tapi kalau aku dah letak susun elok-elok barang dalam plastik bag yang kena ikut saiz tu,customer keluarkan balik barang tu and buang plastik yang aku bagi tu,memang aku marah.Yela,kalau hari sabtu,hari tanpa plastik,masa tu semua sibuk nak plastik,bila hari biasa,aku dah bagi korang main buang-buang pulak plastik tu.Lain kali kalau taknak plastik bagitau aku awal-awal,senang!tak payah aku susah payah nak pilih plastik saiz apa nak masukkan sehelai spender yang korang beli tu.

Ada lagi.korang tau tak apa tu barang PWP?PWP tu maksudnya purchase on purchase,maknanya kalau korang beli barang lebuh daripada RM50,barang-barang yang tertentu,contohnya biskut julies yang berharga RM10 akan menjadi RM5,kiranya barang tu jadi separuh hargalah kan.Kalau ikut peraturan Giant,barang yang dibeli atas RM50,customer tu boleh amik 1 je barang PWP,kalau RM100,boleh amek 2 dan begitulah seterusnya,yang buat aku bengang,bila customer tak ikut peraturan,aku dah cakap RM50 satu barang kan?Tapi korang nak amek lebih pesal?dah tak faham bahasa dah ke?Aku rasa kita sama-sama orang malaysia,yang korang tak faham jugak pesal?aku cakap pelat eh?

Lepastu bila aku dah scan habis barang korang,dah masuk plastik,korang dah bayar,korang dah dapat resit korang,baru korang nak cakap "Eh,tadi I tengok kasut ni dekat tempat kasut RM20.99 tapi apsal you scan RM30.00?".
Ha ni memang nak mengundang pergaduhan la ni.Tadi aku scan apsal kau tak tengok ha?korang ingat aku buat dua kerja ke cashier dan kerja department kasut?Lepastu senang-senang je korang cakap korang taknak barang ni korang nak cancel,masalahnya,aku dah keluarkan resit,aku tak boleh pulangkan balik barang kau.Then korang boleh cakap "Semua barang ni boleh throw in rubbish!".Oh ye?terus aku cakap kat korang "whatever rude!" depan customer lain.Hamek kau!

Janganlah bangkit kan kemarahan aku,Korang ni kalau letak barang,letaklah secara berhati-hati,janganlah main campak je barang tu depan aku,jangan hentak hentak barang tu,sebab kalau korang hentak  barang tu rosak,korang yang rugi,bukan aku.tahu tak?Komputer aku tu dahlah old school,kalau korang hentak barang korang berdekatan pulak dekat komputer aku tu,komputer aku akan blank,kan dah susah nak scan barang yang korang hentak depan aku tu kan.Faham sayang?

Lagi satu,kalau korang dah tau yang korang beli barang untuk stok 8 bulan,dan korang nak aku scan secara berhemah dan cepat,sila susun barang tu dulu mengikut kategori.contohnya barang basah letak satu tempat,tin susu letakkah satu tempat,jangan main longgok je,campur semua sekali lepastu tau pulak korang nak pandang aku dengan pandangan maut dan tau pulaj korang nak cakap "Dek,cepat sikit boleh tak?".

Korang dah nampak kan kewujudan counter Fast lane,ataupun dalam bahasa lain,kaunter express,aku ni bekerja dekat kaunter yang dikhaskan untuk melayan customer yang beli barang banyak yang untuk stock 8bulan,korang tu beli deodarant roll yang kecik tu lepastu nak bayar dekat kaunter aku,bayarlah dekat kaunter express wey!Itulah kegunaan kaunter tu,tapi kalau korang sanggup beratur menunggu aku scan barang customer yang berlambak-lambak depan korang aku tak kesah.Tunggulah korang selama 15minit hanya untuk membayar deodarant roll korang tu.

Last sekali sebelum korang mendapat tamparan hebat dari aku,Korang nak cepat kan?Habis tu apsal korang bagi duet syiling 50sen banyak-banyak dekat aku untuk barang korang yang berharga RM30?Kenapa bagi dekat aku duet kertas RM1 selonggok dekat aku untuk barang korang yang berharga RM64.40 tu?Aku nak kena kira dua kali untuk pastikan tak terkurang,kalau terlebih takpe,kalau terkurang jenuh aku nak membayar balik,lepastu boleh pulak korang nak cakap "cepat sikit.dah pukul 8 ni".Kalau nak cepat pergi bank la tukar duet korang jadi RM50 dan RM10.Banyak pulak cekadak korang ye!

P/s:Foreigner asyik tanya dekat aku,aku ni student UIA ke,orang arab ke,kadang-kadang aku ya kan aja.Dieorang taktau ke aku ni student UiTM shah alam dan aku adalah orang malaysia?Okay jawapannya adalah dieorang memang taktau pasal aku sebab aku tak glamor .sekian


Sunday 26 June 2011

Percaya tak?Best gila pakai tudung

Okay aku buat entri ni sekadar untuk kita semua berfikir dan ini adalah pandangan aku je.Aku taknak sesiapa pon sakit hati dengan apa yang bakal aku katakan ni.Siapa yang agak-agak tak boleh terima dengan apa yang aku post ni,aku nak mintak sangat jangan baca,bukan aku nak mintak maaf.Betul.Ini serius.Jangan baca kalau tak reti membaca.eheheh.

Relaks lah kawan,dulu pon aku free hair,pakaian tak tutup dedah sana sini,sosial,aku tak malu untuk mengaku kesalahan lampau aku sebab aku ingin menjadikan ia sebagai satu pengajaran untuk diri aku sendiri,Dulu aku rasa aku lah paling hot sekali dekat Pavillion masa malam new year 2011,tapi sebenarnya tak,akulah yang paling hot dalam neraka nanti.Sesiapa yang dah add account facebook aku,mungkin mereka akan serba sedikit tahu tentang masa lampau aku dan mereka juga tahu kenapa aku berubah melalu  notes yang pernah aku post di facebook.Mungkin kalau aku freehair sekarang aku akan post entri "percaya tak?Best gila rebonding rambut".Tapi masalahnya sekarang aku bertudung,haruslah entri tentang pakai tudung kan.

Bila aku dah bertudung ni,semua perkara aku rasa seronok,dulu kalau aku balik kelantan je,aku kena pura-pura pakai tudung sampai aku rimas,aku ingatkan semua makcik aku taktahu yang aku free hair,seksi meksi dekat KL,kiranya aku ingatkan rahsia aku tersimpan baik punya dari semua orang kelantan,aku block makcik aku dari facebook aku,rupanya tanpa aku sedar isteri pakcik aku add aku,dan aku main approve je,so dari dialah semua orang tau kegiatan aku tu,rasa malu pon ada bila ingat.Bila aku dah pakai tudung ni,masa aku balik  kampung haritu semua orang cakap "alhamdulillah ,awak insan yang dipilih Allah s.w.t untuk mendapat hidayah."
Makcik aku cakap lagi sebenarnya mereka dah lama nak tegur tapi taktau macam mana caranya.Bila aku dah bertudung,ramai komen dekat album aku,aku layan semua orang macam biasa dan aku boleh tak sedar dalam ramai-ramai tu,salah seorang tu makcik aku dekat kelantan.Sila baca comment makcik aku dibawah.



Dah habis baca?Baiklah aku malas nak membebel panjang pasal kisah jahiliah aku,Meh lah aku share dekat korang apa yang aku rasa best sangat bila pakai tudung ni,cakap pon tak guna kan,aku explain satu-satu,nak baca,silakan,kalau tak,mak tak kesah nok.

#takpayah fikir nak tiru gaya rambut siapa,artis mana.
Dulu kalau masa aku free hair,hujung minggu,aku akan keluar untuk memarketkan diri yang tak berapa nak market ni dengan kawan-kawan aku yang semuanya lelaki,sebelum aku melangkah keluar,aku akan ke salon berdekatan dengan rumah aku untuk set kan rambut aku,aku suka buat rambut volume,duet aku habis takpa,asalkan aku puas hati dengan rambut aku,barulah aku pergi pavillion,times square,KLCC.Aku free hair dari tahun 2005 sampai awal tahun 2011,selama itu jugaklah macam-macam jenis fashion rambut aku dah buat,gaya rambut emo pendek macam lelaki,warnakan rambut,curl,heh semua sekali lah,sampaikan rambut aku rosak.Tak cukup dengan tu,aku akan cari majalah terbaru untuk tengok gaya rambut  yang uptodate,cara nak jaga rambut semua aku baca.SEKARANG ni,aku tak jaga sangat rambut aku.Dulu pakai elseve,sekarang pakai sunsilk,lagi murah.

Ha,kaver dengan bantal.

#sesuai dengan semua majlis
Bila kita dah pakai tudung ni,kita akan rasa lebih selamat untuk kemana-mana,sebab memang sesuai untuk semua majlis dan dimana jua.Macam aku pernah cerita dulu,aku taktau pon yang majlis perkahwinan anak kawan ayah aku dekat masjid,so aku free hair,last2 kena halau dengan guard dekat situ sebab dia cakap tak tutup aurat tak boleh masuk.Cuba bayangkan korang pergi majlis penyampaian hadiah lepastu tiba-tiba ada bacaan yasin,tapi time tu korang free hair skirt atas lutut,tapi korang baca jugak yasin tu,tak ke macam pelik tu?.Okay kalau taknak bayangan macam tu,Cuba bayangan lain pulak,Masa korang jalan-jalan dekat Pavillion tiba-tiba ada bacaan doa dekat situ,takkan nak baca doa dengan dress and rambut kaler merah?

#senang nak ke surau dan masjid
Bukan aku cakap yang free hair tak boleh nak ke masjid ataupon surau,boleh tapi adalah lebih sopan dan mengikut hukum agama serta tidak mencemarkan tempat suci kita itu apabila kita memakai tudung sebab setiap surau dan masjid akan ada papan tanda "kawasan menutup aurat".Eh tak kesahlah lelaki ataupun perempuan,kena tutup aurat jugak.Meh aku nak cerita,dulu masa aku free hair,mak aku selalu pesan bawak tudung sarung spare dalam kereta,nanti senang.Bila nak pergi surau je,aku akan sarung je tudung ataupon selendang,dah lepas dari surau aku bukak balik,masa tu aku rasa aku ni seorang yang sangat jahil.Dan aku mengaku masa aku free hair dulu,if aku hangout dan masuk waktu solat,aku tak akan ke surau ataupon masjid sebab masa tu prinsip aku ialah aku takkan masuk masjid dan surau kalau tak bertudung sebab aku rasa aku menghina tempat itu.Betapa jahilnya aku.
Masyallah cantiknya dia!

#boleh dijadikan telekung
Siapa yang pakai tudung labuh tu,Alhamdulillah tudung tu boleh digunakan sebagai telekung,takpayah susah-susah nak bawak telekung kan.Aku memang respect orang yang pakai tudung labuh ni,sebab pada aku mereka ni telah betul-betul menjalankan tanggungjawab mereka,lagi-lagi yang pakai purdah.Kalau depan aku ada Kilafairy yang tinggi lampai,badan cantik dengan si perempuan berpurdah yang pendek,badan comel,aku tetap akan pandang si perempuan purdah itu lebih cantik.

tapi jangan pulak jadikan tudung ni untuk menutup semua kejahatan yang kita lakukan,kiranya pakai je tudung tapi perangai hampeh macam longkang.Tapi untuk pengetahuan semua ayah aku cakap,tak kiralah perangai orang pakai tudug tu macam mana sekalipon,bila dia dah pakai tudung,kita telah menjalankan salah satu tanggungjawab kita pada Allah.

Jap korang ingat senang ke nak decide untuk pakai tudung,korang ingat senang?bertahun aku tunggu benda ni akhirnya alhamdulillah aku dapat jugak pakai tudung.Dulu aku jenis yang sekejap pakai sekejap tak.Tapi sekarang  bersyukur gila,awal 2011 Allah s.w.t telah membuka pintu hati aku untuk bertudung.Lagi satu bila kita dah biasa  free hair,tiba-tiba berubah untuk bertudung,di awal perubahan kita akan rasa "Eh smart nya perempuan tu pakai skirt,hotnya dia.Aku nak macam tu jugaklah.Bukak lah balik tudung ni.Masih tak terlambat sebab aku baru je pakai tudung,So,orang akan faham kot.Aku rasa aku tak bersedia lagi."
Percayalah.Aku dah alami dah semua ni.

P/S:Hormati orang yang tidak bertudung kerana mereka juga makhluk Allah s.w.t yang inginkan perubahan yang baik berlaku pada mereka juga,jalan yang terbaik dari kita adalah untuk mendoakan mereka bukan mengutuk mereka.

Friday 24 June 2011

Bang , jom g jalan jalan

Aku takpernah join mana-mana segmen sejak aku buat blog ni,tapi dah lama aku perhatikan ramai orang join segmen abang Ben Ashaari,so aku nak cuba keBestan join segmen abang yang famous ni.Ayuh join!
segmen Bang , jom g jalan jalan

Selamat tinggal tok ayoh

Maaf entri ini agak panjang.
Tok ayoh adalah gelaran bagi atok aku yang bernama Abdul Rahman b Hamad lahir pada tahun 1936,seorang yang sangat tegas terhadap cucu dan anak-anaknya terutama perihal agama,kami mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia dan harmonis.

Hari isnin,20jun2011,aku dan kawan baikku berada di Times square kerana kami berjanji untuk menonton wayang bersama,ketika aku sedang makan bersama kawanku,aku menerima satu panggilan daripada ayahku yang mengarahkan untuk aku balik ke rumah dengan segera untuk terus pulang ke pulau melaka,Kelantan kerana  tok ayohku telah dimasukkan ke dalam hospital USM kubang kerian,aku segera memandu laju keretaku untuk segera sampai ke Gombak,ayahku menunggu aku dengan sabar,selepas itu,kami terus bertolak untuk ke kelantan pada jam 7petang.Perjalanan untuk ke kelantan mengambil masa selama 8jam.

Tiba-tiba ayah aku mendapat panggilan daripada adiknya,ayoh zi yang mengatakan Tok ayoh sudah tiada lagi.Setelah itu aku terus menangis dan mengatakan "ayah,kita tak sempat nak jumpa tok ayoh sebab kita tak balik kg haritu".
Aku terus menangis tidak henti kerana Demi Allah yang esa aku sangat sayangkan tok ayoh.Apabila kami sampai di Raub,ayahku berhenti di tepi jalan dan menekup mukanya lalu menangis,air mata seorang anak pertama mengalir dengan derasnya,aku tidak mampu lagi menahan sebak.Pertama kali aku melihat air jernih itu mengalir daripada pipi ayahku.Tetapi ayahku tabahkan hatinya apabila dia berhenti menangis dan berpura-pura gembira untuk menyedapkan hatinya.Aku tahu.Sebelum terjadi semua ini,semasa solat maghrib,kami  berhenti di masjid bentong,aku melihat kesungguhan ayahku berdoa untuk kesihatan ayahnya.

Kami sampai di kelantan pada pukul 4pagi.Lampu kampungku masih terpasang,Seluruh ahli keluarga  berkumpul dan tidur di ruang tamu sementara aku dapat lihat sebujur tubuh kaku diselimutkan.Tubuh itu sangat ku kenali,tubuh itu kurus daripada biasa tidak seperti 5bulan yang lepas.Aku bertambah sebak apabila aku selak wajah itu,dan mukanya bersih,Ya Allah.Mengapa kau mengambilnya ketika aku masih perlukannya.

Dua minggu sebelum tok ayoh pergi,keluargaku pulang ke kampung selama seminggu tetapi aku tidak dapat turut serta kerana urusan kerja.Aku menyesal sangat kerana tidakmengikuti mereka!Sekarang aku sangat terkilan!Sebenarnya makcik aku cakap tok ayoh sudah berpesan kepadanya jangan beritahu kepada ayah aku yang tok ayoh tak sehat,pengsan sebab dia taknak ayah aku risau tapi tak sehat sebab apa itu tok ayoh sendiri taktau sebenanya sebab tok ayoh tak pernah sakit.Tapi lepas pergi hospital baru tau yang tok ayoh ada kanser pankreas tahap kritikal tapi tok ayoh masih kuat lagi.

Hari-hari tok ayoh ke surau menaiki motor,entah kenapa satu haritu,dia jatuh dari motor dan masuk ke dalam lubang,hati mana yang tak risau.

Dua hari sebelum tok ayoh meninggal,nenek aku cakap tok ayoh asyik pandang nenek aku,lama,tapi tak berkata apa-apa,lepas sembahyang dia akan baring atas sejadah dan kiamkan badannya seperti orang yang hendak meninggal dunia,ketika itu makcik aku bermonolog "ayoh ni dah nok g ni".Makcik aku pernah menyuruh tok ayoh untuk duduk dekat  hospital tapi tok ayoh boleh cakap "toksir lah aku.susoh aku nok semaye nanti"maksudnya "takpayahlah.susah aku nak solat nanti".Ya allah.tok ayoh terlalu menjaga solatnya walau apapon yang terjadi,tanggungjawab pada yang satu tidakpernah dilupanya.

Tok ayoh tak sempat menjamah roti canai yang dibeli untuknya yang masih tersimpan rapi dalam peti ais dan tok ayoh juga tak sempat untuk melihat pakcik aku kahwin pada raya ke tiga nanti.


Lepas ni,Tiada lagi orang yang akan mengejutkan kami untuk sembahyang subuh "bangun bangun!subuh!".Tiada lagi tok ayoh yang duduk di atas kerusi malas sambil menonton cerita pramlee.Tak akan terhidang lagi lauk nasi kosong dengan ikan kering,tiada lagi kedengaran motornya ketika dia baru pulang dari surau,tiada lagi suara merdu alunan zikir,tidak dapat ku lihat lagi tok ayoh membaca alquran dan membuat solat sunat,tiada lagi tok ayoh bersama kotak ubatnya,tiada lagi tok ayoh yang memakai baju kemeja berkain nipis kotak-kotak bersama kain pelikat.Tiada lagi manusia yang bernama Abdul Rahman B Hamad.

Sebelum tok ayoh dikafankan sepenuhnya masing-masing berebut untuk mencium wajah itu buat kali terakhir termasuklah aku,cucunya yang ke empat.Ku cium wajah itu dan didalam hati aku megatakan "kita sayang tok ayoh!semoga aman disana".

Aku melihat di sekeliling kampungku,masih terdapat lagi baju,seluar,kain pelikat tok ayoh.ingin ku peluk cium semuanya dan jerit "KITA RINDUKAN TOK AYOH!"

p/s:ketika menulis entri ni aku sedang menangis.tolong doakan tok ayoh aku ya.Semoga tok ayoh diletakkan di kalangan ahli syurga.Amin

Friday 17 June 2011

Kebiasaan dalam cerita indonesia.Aku muak.kau?

Dari aku buang masa dengan korang baik aku terus start entry aku ni.Jap,Entri aku ni agak panjang,terpulang pada korang nak baca ke tak.

Bukak je astro chanel 104 ada cerita cinta melody yang dah ulang berjuta kali untuk 1 episod,ada jugak cerita pengantin remaja yang cerita dia pasal student bertunang dengan cikgu sendiri,Aku tukar je astro prima,ada cerita safa dan marwah,tukar je TV3,ada cerita yang lagu dia camni "dunia khayalan dunia impian..dunia khayalan dunia impian"

Eh korang ni tak nak rasa nak muntah ke tengok cerita yang macam ni?Sekarang ni kalau aku bukak tv je,mesti cerita indonesia.Kadang-kadang aku keliru aku ni duduk negara mana,Indonesia ke Malaysia.Dahlah dekat chowkit tuh pon aku terkeliru jugak,bila sampai je dekat sana mesti aku fikir aku dekat jakarta.Masa aku sekolah dulu,aku kena naik bas metro untuk ke tempat tuisyen dekat central market,hampir semua penumpang dia orang indonesia,kiri kanan depan belakang tengah,yang duduk,yang berdiri,semua orang indonesia,sampai aku dah nak terikut-ikut dah cara percakapan dieorang masa dalam bas tu.Bila balik rumah ingatkan dapatlah rest dari semua ni tengok TV sambil makan nasi,tapi tak jugak,ada je cerita merepek ni!Tidur lagi bagus lah macam ni!

Kalau cerita dia pelbagai tak apa jugak,ini tak,dalam 1000 sinetron,1000 genre,scene yang sama.Hampeh!

Cerita ni tahpape,cuba tengok video ni.nenek tu dahlah gila,pastu bawak baby merayau-rayau dalam hospital,semua boleh buat taktau,kalau baby tu mampus camne?Part akhir video ni menunjukkan Mak lelaki baik nak rebut anak.

1.Scene anak luar nikah dan rebut anak
Ha ni semua tak ada kerja lainlah,dalam cerita tu,mesti ada sorang perempuan baik dan lelaki baik,dorang ni dah fall in love gila-gila lah,tapi hubungan dorang ni terlarang,macam-macam dugaan yang datang,kejap putus,kejap bercinta balik,kejap perempuan tu benci lelaki tu,kejap menyesal dan sayang-sayang balik,Lepastu bila perempuan tu dah benci,dia jumpa pengganti lain,tapi yang peliknya,perempuan tu dah mengandung anak lelaki yang baik tu masa perempuan tu benci lelaki baik tu atas hasutan watak-watak jahat,lepastu bila anak tu dah dilahirkan,timbullah scene perebutan anak luar nikah tu,siapa yang rebut anak tu?Mak kepada lelaki baik tu,Alasan?"aku takkan biarin anak ini merempat seperti kamu!aku akan rebut dia!".Bila berlaku scene ni?korang tunggu je episod nak hujung2 dah,mesti ada!

2.scene rebut lelaki
kalau tak ada scene rebut lelaki ni,aku rasa tak lengkaplah cerita indon tu,kalau diperhatikan ceria bawang putih bawang merah,cinta melody,liontin,eh semualah mesti ada mak jahat dan anak perempuan dia pon jahat,lepastu ada pulak mak baik anak perempuan yang baik,selalu dengar cakap mak ayah dia,muka dia mesti cun dan lembut je,muka kesian pon ada jugak.Yang mak jahat dan anak jahat ni mesti akan buat satu rancangan untuk jatuhkan mak baik dan anak baik ni,macam-macam lah dia akan buat,lagi-lagi bila dia dapat tahu yang anak perempuan baik ni dapat boyfriend hensem,kaya,anak tunggal pemilik syarikat makpak dia,lagilah dia jeles,yang jahat ni akan buat sampai boyfriend tu kawen dengan dia dan benci dekat perempuan baik,dan mereka akan cakap "aku akan pastikan,dia menjadi milik aku,ngak ada yang bisa memilikinya selain aku.aku akan guna apa cara sekalipun untuk menghapuskannya.HAHAHAHA"



Alisa ni asyik nangis je kerja dia

3.scene perempuan bodoh yang taktau nak melawan,asyik nangis je
Siapakah perempuan yang selalu menangis ni?Siapa lagi kalau tak si bawang putih!HAHA.Maksud aku si heroin dia lah.Ahh.bukan main penakut lagi si heroin ni,kena gertak dengan orang jahat sikit dah takut.dah buat semua kehendak orang jahat,lepastu kalau dia nak melawan sikit,orang jahat akan cakap,"aku bilang rahsia lu ke bokap lu.mau?".Lepastu si heroin akan merayu-rayu jangan bagitau ayah dia sebab ayah dia ada sakit jantung.Please lah wey.Apa ke bengap sangat cerita macam ni,apa ke bodoh heroin dia.Dalam cerita indon,kalau orang jahat,ada je peluang nak buat jahat,kalau orang baik,asyik ditindas je,lepastu mulalah heroin nak menangis-nangis dan cakap "aku ngak kuat utk hadapi semua ini,tolongin hambaMU ini".sobsobs.
Bila heroin tu sedih,boyfriend dia pon datang untuk tenangkan dia,bukan setakat boyfriend dia je,ramai yang datang tenangkan dia.contohnya orang orang yang sukakan dia yang seramai 3orang sebab pada mereka perempuan ni umpama bidadari syurga yang baik sangat.Pergh.


si bawang merah ni boleh dengar percakapan orang baik dari jauh.

4.scene boleh dengar dari jauh
HAHA.ini memang signature untuk cerita indon,boleh dengar percakapan orang dari jauh,Mungkin dorang ni guna telinga gajah kot,tapi yang peliknya skill ni hanya boleh digunakan oleh orang jahat untuk mendengar perbualan orang baik.Kalau orang baik nak pakai,memang tak boleh,memang orang baik takkan dengar langsung walaupun dari jarak dekat.Lagi satu bila ada scene kejar mengejar dalam hospital ke hape ke,semua buat bodoh je takde siapa nak tegur,memang tak logik plus kelakar.HAHA.okay


P/S:Aku lagi rela mute kan volume TV bila cerita indon keluar,kalau best takpa,kalau tak memang kena kutuk kaw-kaw dengan aku.Bye

Thursday 16 June 2011

TOLONG gunakan masa sebaiknya.TOLONG.

Masa itu emas.Masa itu duit.Masa itu time.Okay semuanya tentang masa dan penggunaaan masa.Kita harus menghargai masa kat mana pon kita berada,dalam toilet,dalam jamban,cuba bawak2 membaca majalah ke,surat khabar ke,takdelah anda membuang masa di dalam toilet tu kan.

Pernah tak anda merasa kebosanan membuat aktiviti yang sama semasa lepak dengan kawan-kawan?Bila dah keluar dengan kawan tu,kadang-kadang dalam kepala tu mesti terfikir,"kenapalah aku keluar arini dengan dia ni pulak tu.kalau duduk rumah,tidur kan bagus".Pernah alami situasi begini?tapi korang layankan kawan korang jugak yang keluar semata-mata nak ngorat awek.Jangan macam tu,cakap je straight to the point kat kawan korang,cakap je "Wey aku bosanlah kuar ngan ko pastu buat benda yg same je tapi awek tak lekat2 jugak,pe kate kite buat benda yg tak pernah kite buat lagi?".

Walaupun terpaksa menjadi kanak-kanak sebentar,come on!atleast korang tak buang masa untuk fikir nak pergi mana ataupun bila kawan korang tanya "ko nak pegi mana?" dan jawapan korang adalah "aku ikut je".



Try something new,eventhough dah terang-terang tulis kat situ tempat untuk kanak-kanak,Tempat yang disediakan bagi meletakkan anak anda dekat situ ketika anda sedang sibuk shopping macam dah 3bulan tak jumpa shopping mall.

Tengok,mana ada orang,kiteorang je yang wujud dekat situ.


Sebenarnya untuk mengelakkan malu,boleh je aku buat benda lain,tapi takpelah,daripada aku duduk tepi tangga baik aku buat benda ni.Ohyeah!




Ini hasil kerja tangan aku.Buruk?yeay I know.


Ini adalah daripada kawan aku.Comel?yeay I know.Dia memang seorang yang sangat kreatif.Aku ni memang tak kreatif,aku main bantai je sebab aku fikir masa itu emas!



walaupun korang taktau mewarna,buta seni,buta lukisan,takpe,Layankan aja!Ingat,masa itu duit!

 Lepas dah siap,mintak tolong tauke kedai untuk tangkap gambar supaya boleh ditunjukkan kepada orang lain bahawa masa itu emas!annoying kan?ehehehe.Then aku decide untuk exchange benda ni dengan kawan aku tanda persahabatan yang lama terjalin.Sweet tak aku?Okay bye.

p/s:Lokasi:wangsa walk,Apa salahnya menjadi kanak-kanak sebentar walaupun badan dah macam mak kanak-kanak.

Monday 13 June 2011

Ikhlaskah mereka?

Dalam tajuk aku diatas bunyi dia macam serius je kan?Tapi sebenarnya tak adalah serius mana,Ini adalah lagi satu entri berkenaan dengan luahan perasaan seorang Facebooker.Sebut betul-betul children,F.A.C.E.B.O.O.K.E.R bukan F.*.*.K.E.R.Siapa yang tak ada account facebook?Wey,sedangkan ,nenek,atuk dekat ceruk kampung tu dah ada facebook dan hampir semua budak sekolah di Malaysia ni ada account facebook,cuma persoalannya disini hanya makpak dieorang benarkan ke tidak dieorang pergi cybercafe lepas balik sekolah ataupun makpak dia cakap "Keluar je dari sekolah,terus balik rumah dalam masa lima minit."

Tapi itu bukan persoalan untuk entri aku kali ni,sebab aku saja je nak buat cerita aku jadi lebih dramatik


Bila korang online facebook dalam satu hari,berapa ramai friends yang add korang dan berapa ramai yang kenal korang?Dalam 100 yang add korang,mungkin hanya 2orang yang mengenali siapa korang sebenarnya,ketua pengawas,ahli politik.Berapa peratus keikhlasan dieorang add korang?cewaaahhh.




Aku pernah mencuba letak gambar aku bersama mak aku sebagai default picture,bila esoknya aku bukak,tak ada seorang manusia pon yang add aku.Kenapa?Mungkin dieorang ingat account Dya Mohamad itu adalah kepunyaan mak aku,ataupun mungkin jugak dieorang fikir yang aku ni dah berkahwin,ataupun dieorang ingat aku ni adalah rakan kepada orang disebelah aku,orang disebelah aku tu tua,so dieorang fikir,aku pon tua.Ada sebab lagi satu,gambar yang aku letak tu kiteorang tak posing comel macam orang lain,so tak hot la kiteorang ni.Heh 






Kalau aku letak gambar aku sorang je,tak sampai 5jam 40saat,ada je orang yang add aku,Entah sapa2 entah yang add,name it!semua ada yang add aku,Sebab apa?Nak kata muka cun,tak jugak.Mungkin sebab dia nampak aku sorang je dalam gambar tu,so dia berminatlah nak add,mana tau single ke,apa ke,yang perempuan kalau add,tak lain tak bukan nak stalk gambar ataupun nak jadi sisters,siblings,tapi takpernah bertegur pon,tiba-tiba ada request nak jadi siblings.Terbaik!




Yang ketiga,kalau letak gambar dengan kawan baik,ada jugaklah orang add,tapi tak seramai bila letak gambar sorang-sorang.Kenapa?sebab orang yang nak add tu mesti fikir,"eh dalam gambar ni ada dua orang,mana satu si pemilik account ni?yang kiri ke yang kanan eh,yang pakai baju kuning ke merah?ahh.malas lah nak add.Baik aku add yang ada gambar sorang2,confirm  tak silap".
Sesiapa strangers yang add korang dalam situasi ni adalah kerana "eh,siapa pemilik account ni?yang kiri ke yang kanan ke yang tengah?Ahhh.,malas aku nak teka,add jela,aku nak tau siapa pemilik account ni!".Titik.Got it?




Yang terakhir,Letak gambar dengan budak kecik yang comel dan tak bersalah dan tak mengenal apakah itu Facebook dan dunia,Ada tak orang nak add?Ada tu memang ada,tapi kebanyakan mereka takut nak add,Kenapa lagi sekali?sebab dieorang ingat kita ni dah berkeluarga,dah ada anak,bini,suami.Eh,comeon lah.tangkap gambar dengan budak kecik je kot,anak makcik aku,salah ke?Takkan lah semua gambar dengan budak semua anak aku.Kan?(:


Yang menjadi persoalannya sekarang.Ya kawan-kawan semua,persoalan lagi,Ikhlas ke tidak dieorang ni mengadd ,bila  letak gambar dengan mak,keluarga ,semua taknak add,bila letak gambar sorang-sorang,takpayah suruh pon,korang sibuk nak add.Walaaupun orang tu dah cakap account tu hanya untuk family,korang nak add jugak!So itu adalah ikhlas atau tidak?Lu fikirlah sendiri!:)

P/S:Korang tak percaya dengan apa aku cakap ni?try lah.Please try,sehari pon jadilah dan lihat hasilnya,jangan lupa inform aku!Bye.

Friday 10 June 2011

Please,jangan jadi MURAH.

Pantang aku adalah bila baru kenal tak sampai 5 minit 25 saat,dah panggil orang tu sayang,aku memang tak suka,taktaulah korang macam mana pulak,pendapat manusia semua lain-lain.
zaman sekarang ni,betapa senangnya untuk cakap sayang dekat siapa-siapa,Lelaki,especially korang mesti tahu yang perempuan ni cepat perasan,walaupun kau senyum dekat dia pon,.nanti dia cakap korang suka dekat dia,inikan pulak korang panggil dia sayang.lagilah berbunga-bunga hati dia,kalau korang betul-betul maksudkannya tak apa jugak,tapi kalau dekat semua perempuan korang panggil sayang,tak ke macam lahanat perangai korang tu?

Tapi aku tak percaya wujudnya cinta dalam masa dua hari atau seminggu,yelah walaupun hari-hari main message,kalau lewat 4minit je dah message "awak,kenapa lambat reply message saya?",mula risau tak tentu pasal,pada aku mungkin korang keliru dengan perasaan korang masa tu,aku rasa korang dah suka sama suka antara satu sama lain,bukan cinta antara satu sama lain.Korang sendiri tau,orang yang kita suka,akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang.

Percayalah cakap aku,bila korang jumpa yang lagi terbaik dari ladang,cantik,hensem,tak membosankan,mesti korang akan tinggalkan orang yang awal-awal korang panggil sayang tu.Itu namanya korang dah mainkan perasaan manusia yang tak bersalah.Yeke manusia yang tak bersalah?Bersalah jugak kot sebab melayan dan cepat percaya orang yang baru dia kenal.

Masing-masing dah dewasa,tapi kalau masih nak hidup dalam dunia fantasi.cewaaahhh.Sila teruskan takde sapa nak marah korang pon.cuma sesetengah orang akan panggil korang bebal lah kot.Teruskan layan mana-mana lelaki atau perempuan yang baru kenal korang dan panggil korang sayang,rindu,cinta pada korang,dan sila observe dalam masa seminggu dua,adakah korang masih diperlukan dalam hidup dieorang atau tak.Atau dalam bahasa kasar aku nak cakap dekat sini ialah sebenarnya dieorang nak jadikan korang tempat melepaskan bosan je.Sekian.Bye.

P/S:Aku tak tujukan kepada sesiapa,cuma ini adalah realiti kehidupan.Bye lagi.

Tuesday 7 June 2011

Cara mengorat yang dah lapuk tapi masih digunakan

Assalamualaikum kawan-kawan semua.Hari ni aku nak mengeluh kejap,haihh.Okay dah habis mengeluh,nak mengadu pulak,aku rasa macam dah lama tak update blog,padahal tak sampai seminggu lagi,kalau  tak update blog dalam masa 3hari sekali,aku rasa tak tenang,betapa sayangnya aku pada korang sampai aku nak korang membaca setiap masa.(,:.
Caring konon.

Hari ni,jom kita terjah pasal mengorat mengorat ni.Siapa yang tak pernah kena mengorat?tak kesahlah lelaki,perempuan,gay,nyah,semua pernah mengalami situasi yang sama.Soalan lain pulak,siapa yang pernah mengorat?Ha?mesti sekarang masing-masing sedang tunduk malu sambil taknak mengaku.Baiklahhh.Biar aku yang mengaku,yes!aku pernah mengorat orang,bukan sekali tapi berkali-kali,Tengok,aku tak malu untuk mengaku?HAHA

Cara mengorat ni ada macam-macam,siapa yang tak suka bila diri dia kena mengorat,terus rasa diri dia popular gila kan?jangan bohong.Aku tahu kau suka.Depan cakap tak suka,dekat belakang asyik cerita dengan kawan je "tadi ada mamat,awek,blablabla mengorat aku,cute plak tu".
Tapi kebanyakan cara mengorat yang digunakan adalah sangat lapuk,lama,dan telah berzaman digunakan.Lelaki especially,golongan yang paling ramai buat aktiviti ni,dimana ada perempuan,disitu ada mengorat.

1.suwit macam tikus.
Aku rasa dalam banyak-banyak cara mengorat,inilah cara yang paling aku tak suka,nak mengorat perempuan cun habis,tapi panggil dia macam dia tikus,suwit tak tentu pasal,Dahlah korang duduk kedai mamak,nak order teh ais pon kau panggil mamak tu dengan suwit,habis tu kau nak samakan perempuan cun habis ni dengan mamak tu ke?ke kau nak ngorat jugak mamak tu?Cubalah cara baru contohnya bagi salam ke,bagi perfume ke,confirm aku layan,bukan aku je,perempuan lain pon layan!

2.Minta Nombor phone
Bila ditanya kenapa kena minta nombor phone perempuan tu?Kata nak kenal dengan lebih rapat lagi.Baru jumpa sehari dah minta nombor phone,nampak macam terdesak sangat je kau ni.Relaks,banyak lagi bunga-bunga yang kau tak terjah lagi,Kau takut perempuan tu melepas?Habis tu kalau dah bukan jodoh kau,nak buat macam mana,takkan nak bomohkan perempuan tu.Aku pernah dingorat dan aku jatuh hati dengan lelaki tu sebab apa?sebab dia tak mintak nombor phone aku,dia minta email aku.Jarang kan dengar?Itulah hakikat.Try something new guys!Barulah perempuan tak meluat tengok muka korang.

3."Macam pernah jumpa"
Ayat ni paling banyak digunakan oleh semua lelaki terdesak nak dapatkan awek yang dia nampak lalu depan mata dia,padahal sumpah tujuh keturunan kau tak pernah jumpa perempuan tu tapi kau cakap depan perempuan tu "awak,kita pernah jumpa eh?saya rasa saya pernah nampak awak,tapi dekat mana eh?".Kau nak buat perempuan tu berhenti depan kau dan cuba recall balik memory dia,dalam masa yang sama perempuan tu akan argue dengan kau "ada ke?kat mana eh?rasa mcm tak pernah".Kau pon jawab "ada lah.ada.dekat Jusco wangsa maju,masa tu awk dengan kawan awk kan?pkai baju kuning".Padahal sebenarnya perempuan tu tak suka warna kuning dan tak pernah pergi jusco wangsa maju,kau pon Blablablabla selama mana yang kau nak.
Lepasni tolong jangan guna ayat ni sebab dah banyak kali didengar,kalau ada jugak "awak,kita pernah jumpa eh?bila eh?",kiteorang tak akan jawab macam kat atas tu ataupun "pernah,dalam mimpi" tapi kiteorang akan jawab "Akan pernah,satu hari nanti di padang mahsyar".Hamek kau.


Dalam entri ni aku bagi tiga sahaja cara mengorat,aku tau ada banyak lagi,tapi pandai-pandailah korang fikir sendiri kan,sebab kau ingat senang ke nak buat satu entri ni?Hampir seminggu aku fikir nak buat entri apa,maka terhasillah entri ini untuk bacaan korang,(,:

P/S:Nak mengorat boleh tapi jangan sampai korang TERMENGORAT mak orang,tak ada taste betol korang ni,dah tak ada anak dara orang tua pon jadi ke?Tu nama dia terdesak nak perempuan.Bye




Thursday 2 June 2011

Betapa cerewetnya seorang customer.Penampar nak?

Okay lagi kalau yang cerewetnya hanya sorang je tapi cuba korang bayangkan kalau kedai korang tu besar dan semuanya cerewet bagai,tak ke penat korang nak layan kerenah semua orang.Lagi best kalau semua customer cerewet hanya panggil kau sorang je untuk serve dorang,taknak panggil orang lain,Takkan korang nak mengamuk?

Aku rasa semua orang pernah ada pengalaman jadi customer,Contohnya

HA?kau takde?itu maknanya kau pemalas,aku tau mesti kau duduk rumah goyang kaki dan suruh orang yang beli belacan untuk kau kat kedai.Pengalaman menjadi pekedai atau pekerja?takde jugak?itu maknanya kau tak habis sekolah lagi,tutup internet dan pergi belajar sekarang.

Aku pernah berhadapan dengan macam-macam karenah customer,Tapi dekat mana-mana kedai dalam dunia ni pon mengamalkan customers always right walaupun sebenarnya dia wrong,kena consider as right jugak,sebab tu kita kena buli dengan mereka,macam haram.

Bawah ni adalah sebahagian dari kerja aku menghadap customer.Sila baca sampai habis,jangan cerewet sangat sampai nak pilih pengalaman kerja aku yang paling pendek baru korang nak baca.

promoter
Aku pernah bekerja sebagai promoter baju.dekat mana?biarlah rahsia.First day aku kerja tuh,kebetulan pulak member's day,harga murah untuk member,memang ramai gila yang masuk kedai tu,especially perempuan kaya,mak datin,eh semua adalah."dek akak nak baju size S okay?"aku pon bagilah baju yang dia nak.Si customer ni pon pergilah ke fitting room,tiba-tiba "tak muatlah dek,boleh tolong akak amek baju size M?".Okay aku boleh bersabar lagi,sebab aku pernah buat camni jugak.Tiba-tiba akak tu nak size lagi besar,aku bagi lagi,baju-baju  size S dan M yang dia taknak tu,aku terpaksa gantung balik.Last-last dia keluar dari fitting room dia cakap "dek,tak jadi lah nak beli.benang baju ni terkeluar pulak".aku cakap"takpe kak kiteorang ada yang baru".Dia balas"takpelah dek,lagipon mahal sangat".Ha ni customer cerewet ke customer yang nak mintak penampar?


Waiter.
Ataupon dalam bahasa melayu,pelayan.eh aku tak bagitau maksud promoter eh?maksud dia tukang promot.HAHA.okay diam.
Siapa pernah makan  dekat tingkat paling atas KLCC,little penang cafe,berhadapan dengan petrosains?takpernah?tapi mesti korang pernah lalu depan tu kan?Pernah nampak aku?takpernah jugak?Tepat sekali jawapan korang sebab aku kerja dekat sana pada tahun lepas.
Makanan dekat situ memang sedap dan Cafe tu sentiasa penuh terutama waktu lunch,majoriti orang cina yang makan dekat situ.Customer memang ramai,yang cerewetnya lagi macam gampang.Customer yang datang order dekat aku cendol tapi taknak cendol dan ais,nak makan nasi lemak tapi kena letak dalam mangkuk,kalau tak taknak makan,air tebu taknak manis,prawn mee tapi taknak prawn,nak kopi kena less sweet dan kena letak susu satu sudu takboleh lebih kalau tak taknak bayar.Ada jugak customer yang bercium mulut depan aku dan aku jugak pernah kena marah sebab letak makanan sebelah anak dia,dia nak makanan tu depan mata dia,bukan depan mata anak dia,yang paling menyusahkan aku time customer mintak bil,bila dah sampai bil,masing-masing yang seramai 9 orang semua berebut nak bayar,yang aku terpaksa tercanguk depan table dorang sambil tengok drama yang dorang buat.Last-last aku jerit "OI!nak bayar pon susah ke??aku tunggu korang decide sapa nak bayar lama kot!",tapi jerit dalam hati jela.HAHA





Cashier
Dalam banyak-banyak kerja,yang ni aku rasa paling kena dengan soul aku,walaupun aku pernah short duit sebanyak RM9.45,itu bukan satu penghalang bagi aku.ececeh.
Korang ingat kalau kerja cashier ni,just scan barang lepastu masuk dalam plastik?itu je?tak semudah tu sebenarnya kerja aku,lepas scan dalam masa yang sama,aku kena masukkan barang dalam plastik,ada plastik size S,M,L.Aku tak boleh sesuka hati aku masukkan dekat plastik L kalau kau hanya beli sebatang pen."dek yang 90barang ni tolong asingkan dari bil eh?yang lagi 50 barang ni,setiap 2 asingkan plastik eh?boleh?".Aku mestilah kena jawab "boleh kak" tapi kaki aku dah menggeletar nak buat penyepak jarak jauh.Ada yang membebel dekat aku,suruh campak computer kat lantai sebab dia cakap scanner aku gila,dia tak sedar ke yang dia beli barang banyak macam tempat aku kerja tu akan tutup esok,dia nak cakap scanner aku gila.Kau kot yang gila?


Apa solution nak menghadapi customer cerewet yang teramat?Bagi pelempang?Bukan.Tapi cuba kita letakkan diri kita sebagai customer dan letak diri customer tu sebagai kita,mungkin kita akan rasa dan alami apa yang dia lalui.

P/S:kalau dah cerewet sangat,sila bukak kedai sendiri,kaulah cashier,kaulah waiter,kaulah customer,jangan menyusahkan orang.bye.