I appreciate them.

Tuesday 29 May 2012

TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD DI AKHIRAT.

Assalamualaikum

Satu je la aku nak cakap,betapa kejamnya kita sebagai umat Nabi Muhammad sebab kita telah membuat baginda menangis dan risau.kejam kan?Kalau tak kejam apa lagi yang patut aku panggil untuk manusia?

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim r.a dari[pada Abbas r.a,bapa saudara Rasulullah SAW bahawa Nabi telah bersabda:

"Aku adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan.Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan.Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku.Bendera apa?Aku ada terangkan dekat entri aku  yang lama iaitu (http://dyapunyabelog.blogspot.com/2012/04/dibangkitkannya-nabi-muhammad-saw-dari.html).
UMATKU ADALAH YANG TERBAIK.Mereka adalah umat yang pertama akan dihisab sebelum umat yang lain.Ketika mereka bangkit dari kubur,mereka akan mengibas tanah yang ada di kepala mereka.Mereka semua akan berkata "Kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta kebenaran para Rasul"

Nabi Muhammad SAW adalah manusia pertama yang akan dibangkitkan dan Jibril a.s akan datang kepadanya bersama seekor Buraq.Israfil pula datang dengan membawa bendera dan mahkota.Izarail pula datang dengan membawa pakaian-pakaian syurga.

Jibril a.s akan menyeru "Wahai dunia!!di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata "sesungguhnya Tuhan telah menjadikan aku hancur.Telah hilang segala lingkaran,tanda dan gunung-ganangku.Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit.Maka empat malaikat berada di atas kubur"

Israfil bersuara "Wahai roh yang baik!Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka kubur terbelah dua,Pada seruan yang kedua pula,kubur mula terbongkar.Pada seruan ketiga,ketika Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan rambutnya.Baginda SAW melihat ke kiri dan kanan.Baginda SAW dapati tiada lagi bangunan.




BAGINDA MENANGIS SEHINGGA MENGALIR AIR MATANYA KE PIPI.INILAH TANGISAN PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW DI AKHIRAT!

Jibril berkata kepadanya "bangun wahai Muhammad!Sesungguhnya kamu di sisi Allah SWT di tempat yang maha luas!"

Baginda SAW bertanya "Hari apakah ini?"

Jibril menjawab "Wahai Muhammad!Janganlah kamu takut!Inilah hari kiamat!Inilah hari kerugian dan penyesalan.Inilah hari pembentangan Allah SWT!"

Baginda SAW berkata "Kekasihku jibril!gembirakanlah aku!"

Jibril berkata "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian di hadapanmu?"

Baginda SAW berkata "Bukan itu maksud pertanyaanku. AKU BERTANYA KEPADAMU AKAN UMATKU.DIMANA PERJANJIAN MEREKA?"

Ya Allah,Nabi Muhmmad sentiasa ingat pada kita,sebelum Baginda wafat,setelah wafat dan setelah dibangkitkan,baginda sentiasa risaukan kita,bertanyakan kita.Ya Allah..... ),:

Jibril berkata "Demi keagungan Tuhanku!Tidak akan terbongkar oleh bumi dari manusia sebelummu?"

Baginda SAW berkata "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.Aku akan mensyafaatkan kepada umatku"

Jibril berkata "Tungganglah Buraq ini dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW.Buraq cuba meronta-ronta.Jibril berkata "Wahai Buraq!Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta Allah SWT?Sudahkah Allah memerintahkan kamu untuk mentaatinya?"

Buraq berkata "Aku tahu semua itu.Tetapi,aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku"

Baginda SAW berkata kepada Buraq "Ya!Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku,nescaya akan kuberikan syafaatku kepadamu"

Setelah berpuas hati,Buraq membenarkan Baginda SAW menunggannya lalu dia melangkah.Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.apabila Baginda SAW berada di baitulmaqdis di atas bumi dari perak yang putih,malaikat israfil menyeru

"WAHAI TUBUH-TUBUH YANG TELAH HANCUR,TULANG-TULANG YANG TELAH REPUT,RAMBUT-RAMBUT YANG BERTABURAN DAN URAT-URAT YANG TERPUTUS!BANGKITLAH KAMU DARI PERUT BURUNG,DARI PERUT BINATANG BUAS,DARI DASAR LAUT DAN DARI PERUT BUMU KE PERHIMPUNAN TUHAN YANG MAHA PERKASA!"

Roh roh telah diletkakkn di tanduk atau sangkakala.Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat.Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat sedikit sepekat air mani lelaki.Daripadanya terbinalah tulang-tulang.Urat-urat memanjang,Daging dan bulu akan tumbuh.Sebahagian dari mereka kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah SWT berfirman "Wahai israfil!tiup tandul atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKU akan penghuni kubur.Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka.Sebahagian mereka adalah golongan yang celaka dan derita"

Malaikat sirafil menjerit "Wahai roh-roh yang telah hancur!!kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu!!Bangkitlah kamu untuk dihadapkan kepada Tuhan semesta alam!"

Allah SWT berfirman "demi keagungan dan ketinggianKU!Aku kembalikan roh kepada setiap tubuh!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah SWT,roh-roh pon  keluar untuk mencari jasad mereka.Maka kembalilah roh kepada jasad.Bumipula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka.Apabila semua sedia,masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang baitulmaqdis,melihat makhluk-makhluk.Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan,70 umat berdiri.Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat atau kumpulan.Nabi berhenti memperhatikan ke arah mereka.Mereka seperti gelombang lautan.

Umat-umat datang dalam satu-satu kumpulan.Setiap kali Nabi SAW berjumpa satu umat,baginda SAW akan bertanya "Di mana umatku?"

Jibril berkata "wahai Muhammad,umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa datang,Jibril menyeru "Tempatmu!" Maka nabi Isa dan Jibril menangis,

Nabi Muhammad SAW berkata "mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril berkata "bagaimnana keadaan umatmu Muhammad?"

Nabi Muhmmad bertanya "dimana umatku?"

Jibril berkata"mereka telah datang.Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan"

Apabila mendengar cerita demikian NABI MUHAMMAD SAW MENANGIS LALU BERTANYA "WAHAI JIBRIL!BAGAIMANA KEADAAN UMATKU YANG BERBUAT DOSA?"

Jibril berkata "lihatlah mereka Muhammad!"

Apabila Nabi Muhammad melihat mereka,mereka gembira dan mengucapkan selawat ke atas baginda SAW dengan apa yang telah Allah SWT muliakannya.Mereka gembira dapat betemu dengan baginda SAW.Baginda juga gembira dapat bertemu mereka.Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.MEREKA MENANGIS SERTA MEMIKUL BEBAN DIATAS BELAKANG MEREKA SAMBIL MENYERU

"Wahai Muhammad.."

Air mata mereka mengalir di pipi.Orang orang zalim memikul kezaliman mereka.Nabi bersabda "Wahai umatku..." mereka berkumpul disisi baginda.Umat Nabi Muhammad menangis.

Ketika mereka dalam keadaan demikian,terdengar dari arah Allah SWT seruan yang menyeru "dimana jibril?"

Jibril berkata "jibril di hadapan Allah.Tuhan semesta alam"

Allah SWT berfirman "Dimana umat nabi muhammad?"

Jibril berkata "mereka adalah sebaik umat"

Allah SWT berkata "wahai jibril!khabarkanlah kepada kekasihKU Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk dihadapkan kehadapanKU"

Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata "Wahai Muhammad!Umatmu telah datang kepada Allah untuk dihadapkan!"

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya dan berkata "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah SWT!"

Orang-orang yang berdosa menangis ketakutan dan terkejut dengan azabAllah SWT.NABI MUHAMMAD MEMIMPIN MEREKA SEBAGAIMANA PENGEMBALA MEMIMPIN TERNAKANNYA MENUJU KE HADAPAN ALLAH SWT.
"WAHAI HAMBAKU!DENGARKANLAH KAMU BAIK-BAIK KEPADAKU TUDUHAN APA APA YANG TELAH DIPERDENGARKAN BAGI KAMU DAN KAMU SEMUA MELAKUKAN DOSA!"

Hamba-hamba Allah SWT terdiam.Allah SWT berfirman "hari ini,kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini aku akan memmuliakan siapa yang mentaatiKU.Dan Aku akan mengazab siapa yang menderhaka.Wahai Jibril,pergi ke malik,penjaga neraka,katakan kepadanya,bawakan jahannam!"

Jibril pergi kepada Malik dan Malik bertanya "hari apakah ini"

Jibril menjawab "hari ini adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan"

Malik berkata "adakah Allah SWT telah mengumpulkan semua makhluk?"

Jibril berkata "ya!"

Malik bertanya "dimana Nabi Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata "di hadapan Allah SWT!"

Malik berkata lagi "BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENAHAN KESABARAN TERHADAP NYALAAN JAHANNAM APABILA MEREKA MELINTASINYA, SEDANGKAN MEREKA SEMUA ADALAH UMAT YANG LEMAH?"

Jibril berkata "Aku tidak tahu!"




Malik menjerit ke arah jahannam dengan sekali jeritan yang menakutkan.Jahannam berdiri di atas tiang-tiangnya.Jahannam mempunyai tiang-tiang yang keras,kuat dan panjang.Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka kerana semuanya menangis.

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih.Kanak-kanak mula beruban rambut.Ibu-ibu yang memikul anaknnya,mencampakkan mereka.Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk..


Apa yang terjadi selepas itu?Nabi Muhammad membela Kita,umatnya yang berdosa.Bagimana ceritanya?Selepas  entri ini insyallah aku akan ceritakan.

Hai Umat Nabi Muhammad semua!Kenapa kita semua sombong,kenapa kita semua tak mentaati Allah dan Rasulullah?Sedangkan kita tahu akan kebenarannya!dan kenapa kita selalu memberikan Alasan kubur lain-lain,aku yang tanggung dosa bukan kau,aku tak terima hidayah lagi.Kenapa?Satu je sebab dia,sebab kita tak tahu bagaimana seksaan di sana!kita tak rasa lagi,sebab tu kita bongkak nak ikut ajaran islam!betol kan?

Renung-renungkan!Bertaubat sebelum terlambat!



Thursday 24 May 2012

TAKTIK IBLIS MENYAMAR DIRI KETIKA KITA BERDEPAN SAKARATULMAUT!

Assalamualaikum

kepada  pembaca semua,aku nak pohon ampun dan maaf sebab memang sangat lama aku dah tak update blog.Adalah nak masuk tiga minggu.Bukan apa,kehidupan aku sebagai seorang student Degree Netcentrics computing memang sangat sibuk.Lagi dua minggu aku kena present final year projek aku, dan insyallah kalau berjaya,bakal digunakan dan boleh di view oleh semua orang.Doakan aku eh



Aku nak tanya korang macam aku tanya dalam entri-entri aku sebelum ni.Sudah siap sediakah kita untuk menghadapi kematian?Sudah siapkah kita untuk mati dalam bermacam-macam cara?

Sudah sedia jika ditakdirkan kita mati macam ni?
Atau mcam ni?

Macam ni?


Atau mati macam ni?

Lepas mati,Siap sedia untuk jumpa rumah baru kita iaitu kubur?Sudah siap sedia untuk tidur di atas tanah dan bukan di atas katil?Sudah siap sedia untuk disoal nanti?Sudah cukupkah amalan kita?macam mana kalau kita mati nanti,kita tak sempat nak bertaubat?macam mana kalau kita mati,kita tak boleh menyebut kalimah Lailahaillallah?Macam mana?Korang rasa korang boleh tempuh sakaratul maut macam tu je?Tidak/Jangan bongkak.Jangan sebab apa?Sebab Iblis akan menyamar diri ketika kita dalam sakaratul maut.Iblis akan menyerupai macam-macam untuk menggoda kita buat kali terakhir.

Dalam sebuah hadis,Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t. 

Ya Allah!Aku berlindung dengan engkau dari diperdayakan oleh syaitan ketika sakaratulmaut!

See?kekasih Allah sendiri berdoa dan takut jika diperdayakan ketika sakaratulmaut.Dapat bayangkan tak macam mana keadaan tu?Tidak,Sebab kita semua tak alaminya lagi sebab tu kita sombong,bongkak!
Iblis dan kuncu-kuncunya tidak pernah merasa jemu dan puas dalam menyesatkan dunia TERUTAMA ketika kita sedang hadapi SAKARATULMAUT!kerana iblis suka datang kepada kita yang sedang kepenatan,kehausan ketika menghkadapi ujian terakhir oleh Allah s.w.t.Iblis akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan akidah kita dengan pembohongan yang banyak sampai di hari akhirat nanti iblis akan berkata 
"Itu tanggungjawab kamu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.Tugas aku dah selesai.Tidak dapatlah aku membela kamu seperti yang aku janjikan.Kerana apa yang aku janjikan adalah kosong belaka".

Masa tu siapa nak tolong kita dek non?Duit berjuta?keluarga?kekasih?Kita sendiri tau.KITA.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DIBENCI.
Iblis dan kuncu-kuncunya boleh menyerupai macam-macam bentuk yang dingini.Kecuali iblis tak boleh menyerupai nabi dan rasul.Dan iblis akan datang kepada kita yang kehausan dan kepenatan dan ketika itu kita sedang berjuang untuk melepaskan roh daripada jasad dengan menyerupai orang yang paling kita benci sekali dalam dunia.Sebab tu jangan benci orang sangat sangatttt,nanti jatuh cinta,Eh bukan nanti jadi macamni.Apabila kita yang akan mati terpandang musuh kita yang amat kita benci semasa di dunia,kita akan cuba untuk menggerakkan diri kita bagi melakukan sesuatu kepada musuh kita itu dan dalam masa yang sama kita tak menyedari bahawa perbuatan kita tu sia-sia sebab musuh kita tu hanyalah jelmaan iblis semata-mata supaya kita lupa mengingati Allah.Dan sekiranya kita mati dalam keadaan macam tu,maknanya kita mati dalam keadaan fasik dan derhaka kepada Allah.Matinya kita dalam seorang yang fasik dan lalai.Anda rasa anda mampu tangani perkara ini?Jangan yakin sangat.Ada lagi.Baca yang bawah ni pulak.

*IBLIS MENYERUPAI ORANG YANG PALING DISAYANGI
Kalau dekat dunia,orang yang kita sayang nangis,kita tak sampai hati,kita akan sedih sekali,kita sanggup buat apa sahaja untuk mereka.Macam mana pulak bila kita nampak orang yang kita sayang ketika sakaratulmaut?apa kita nak buat?Dilema kan?Iblis akan datang menyerupai orang yang palingg kita sayang contohnya mak ayah,adik beradik,sanak saudara dengan membawa makanan dan minuman yang sedap-sedap kerana Iblis tahu kita dalam keadaan penat dan haus,Diriwayatkan bahawa jika diberikan selautan air sekalipon tidak dapat menghilangkan dahaga kita.Kemudian kita akan menghulurkan tangan kita untuk mengambil makanan dan minuman itu yang sudah pasti hanya tipu daya iblis sahaja dan Iblis yang menyerupai mak dan ayah kita akan berkata dalam suara yang mendayu-dayu dan beremosi
"Wahai anakku,inilah sahaja makanan dan minuman uang kami bawakan untuk mengilangkan kelaparan dan kehausanmu.Oleh itu berjanjilah kepada kami yang kamu akan menuruti dan menyembah Tuhan yang kami sembah supaya kita tidak lagi berpisah.Dan marilah bersama-sama kami ke syurga."

Andai kata kita mempunyai iman,dan keyakinan tinggi pada Allah,maka kita tidak akan terpedaya dengan ajakan palsu itu.kalau kita ikut dan jawab YA dengan ajakan syaitan itu,maka kita akan mati dalam keadaan fasik dan takbur.tempat yang layak bagi kita adalah neraka.Terhapuslah segala amalan didunia kerana kita mengikuti jejak langkah iblis.Keadaan ini adalah pendustaan iblis yang PALING BESAR kerana menyerupai mak ayah kita.

*IBLIS MENYERUPAI BINATANG KESAYANGAN KITA.
Jika semasa hidup kita sangat sayangkan binatang dan banyak bela binatang contohnya kucing,maka iblis akan menyerupai kucing kita tu.DAN sekiranya kita terpedaya dengan penipuan iblis,maka ketika kita sakaratulmaut,kita akan mengusap dan meraba-raba binatang kesayangan kita tu,padahal apa yang kita usap tu adalah iblis.sampai kita lupa untuk mengingati Allah.Sebab tu kita kena ingat apa yang kita minat,akan dijelmakan ketika sakaratulmaut untuk memperdayakan kita,lagi-lagi kalau kita ni suka sangat berjudi dengan menggunakan binatang.Haaa.dahlah berjudi,lepastu gunakan binatang,lepastu iblis menyerupai binatang tersebut.,Macam mana agaknya ye??Islam mengajar manusia untuk bersederhana,janganlah sayangg sangat dekat binatang sampai menjadikan diri kita ni lalai,cukuplah hanya dijadikan hobi dan untuk isi masa lapang kita ni.

*IBLIS MENYERUPAI ULAMA ATAU GURU.
Ketika kita penat dan kehausan menghadapi sakaratulmaut,iblis akan datang menyerupai seorang ulama dan  dengan kitab ditangannya.Kemudian dia akan berkata:
"wahai muridku!Sesungguhnya sudah lama aku menunggu engkau.Sudah merata tempat kami mencari engkau.rupa-rupanya engkau sedang sakit disini.Oleh itu aku membawakan beberapa doktor dan bomoh handal untuk mengubatimu!"

Kemudian dia hulurkan ubat ubatan lalu kita makan ubat tersebut dan akhirnya sakit yang kita alami hilang buat sementara,kemudian sakit kita itu akan datang kembali.Kemudian iblis yang menyerupai ulama akan berkata:
"Wahai muridku!pada kali ini aku dayang kepadamu untuk memberi nasihat dan bimbingan agar kamu mati di dalam keadaan baik dan selamat!Wahai Muridku tahukah kamu akan hakikat Allah?"

Lalu kita akan bersuara tapi sudah tentu tidak didengari oleh orang-orang sekeliling kita yang sedang membaca yasin ataupun sedang menziarahi kita. "Wahai guruku!tidak aku mengetahuinya!"

lalu iblis menjawab "wahai muridku sesingguhnya aku adalah ulama yang tinggi dan hebat!Aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan sesungguhnya aku telah medapat tempat di syurga yang paling teratas.Cubalah kamulihat dan perhatikan syurga disediakan untukmu oleh Allah sebagai balaan di atas amalan yang kau lakukan!Andai kata kamu hendak mengetahui zat Allah,maka IKUTLAH PERINTAHKU!"

Kemudian,kita dapat melihat saudara-mara,adik beradik,mak ayah semua berada dalam keseronokan kerana di tempatkan di syurga dan sudah pasti itu hanyalah jelmaan iblis dan kuncu-kuncunya untuk memperdayakan kita.Lalu kita akan bertanya pada iblis yang menyerupai ulama itu 
"Bagaimanakah rupanya Zat Allah swt?"

Iblis berasa seronok dan gembira sebab tipu dayanya sudah mengena.Lalu dia berkata:
"Wahai muridku!tunguhlah sebentar lagi kerana tirainya dan dindingnya akan dibukakan untukmu!"
Kemusian tirai pon dibukakan satu persatu.Tirai itu berwarna warni yang sangat menarik perhatian kita.Kita seolah olah melihat sesuatu yang besar,lebih besar dari langit dan bumi.Kemudian kita akan berasa pelik.Lalu iblis berkata 
"Itulah zat Allah yang patut kita sembah"

Setelah itu kita akan berkata:
"wahai guruku!bukankah ini benda yang benar-benar besar dan mempunyai enam sifatnya iaitu kiri dan kanannya?ada atas dan bawahnya,ada depan dan belakangnya?sedangkan zat Allah tidak menyerupai mana-mana makhluk.Dia Maha Sempurna dan Maha Suci dari sebarang bentuk sifat dan kekurangan.Namun pada waktu ini lain pula keadaannya sebagaimana yang aku ketahui dulu.Akan tetapi benda yang besar ini aku mesti sembah."

Dalam keadaan keraguan kita itu,malaikat maut pon datang dan mencabut nyawa kita dalam keadaan kita masih lagi kebingungan dan kelalaian mengingati Allah s.w.t.


"Barangsiapa yang pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH,dia akan masuk syurga"
(Hadis riwayat Abu Ya'la daripada Abu said)

Awak awak dan awak semua rasa awak boleh hadapi sakaratulmaut tanpa iman yang teguh?Tanpa agama yang kuat dan dengan sifat yang angkuh,sombong untuk mengikuti ajaran islam dan membuat semua laranganNYA?Lu fikirlah sendiri..Assalamualaikum! 


Atau bersediakah kita untuk menghadap Allah dengan senyuman begini? (,:



Thursday 3 May 2012

KEADAAN KITA APABILA DISERU MENITITI TITIAN SIRATULMUSTAQIM!

Assalamualaikum

Aku memang nak paksa korang semua baca entri aku hari ini.Sebab apa yang bakal aku kongsikan telah berjaya membuatkan air mata aku mengalir.Cuba kita fikir,hidup kita ni makin lama makin singkat,dan bagaimana dengan amalan kita?masih boleh dikira dengan jari?Dan...Pernahkah anda semua terfikir bagaimana kita akan melintasi titian siratulmustaqim untuk ke syurga?Atau kita akan jatuh ke neraka?Bacalah entri aku ini.Betul.Bacalah,,,

Hanyalah gambar hiasan dan ambikdi blog orang


Allah s.w.t menyeru, "WAHAI MUHAMMA!BAWALAH UMATMU UNTUK DIHISAB DAN LINTASKAN MEREKA DI ATAS SIRAT YANG DILEBARKAN.PANJANGNYA SEJAUH 500 TAHUN PERJALANAN!"

Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru "WAHAI MUHAMMAD!SESIAPA YANG DATANG DARI UMATMU DAN BERSAMANYA ADA PELEPASAN DARI ALLAH S.W.T MAKA DIA AKAN TERSELAMAT!SEKIRANYA SEBALIKNYA,DIA AKAN TERJATUH KE DALAM NERAKA!WAHAI MUHAMMAD!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIRINGANKAN AGAR BERLARI!KATAKAN KEPADA ORANG YANG DIBERATKAN AGAR BERJALAN!"

Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik "WAHAI MALIK!DENGAN KEBENARAN ALLAH S.W.T KEATASMU,PALINGKANLAH WAJAHMU DARI UMATKU SEHINGGA MEREKA DAPAT MELEPASI!JIKA TIDAK,HATI MEREKA AKAN GEMENTAR APABILA MELIHATMU!"

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari kita,Umat Nabi Muhammad.Kita telah dipecahkan kepada sepuluh kumpulan.Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada kita 

"Ikutlah aku wahai umatku di atas sirat ini! "

1.Kumpulan pertama berjaya melepasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik

4.Kumpulan keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan kelima berlari

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.KUMPULAN KETUJUH BERDIRI DAN DUDUK KERANA MEREKA DAHAGA DAN PENAT.DOSA-DOSA TERPIKUL DI ATAS BELAKANG MEREKA.NABI MUHAMMAD BERHENTI DI ATAS SIRAT.SETIAP KALI BAGINDA MELIHAT SEORANG DARI KITA BERGAYUT DI ATAS SIRAT,BAGINDA AKAN MENARIK TANGANNYA DAN MEMBANGUNKAN KITA KEMBALI.

8.SESIAPA YANG BERADA DI KUMPULAN KELAPAN AKAN MENARIK-NARIK MUKA  SENDIRI DENGAN RANTAI KERANA TERLALU BANYAK KESALAHAN DAN DOSA-DOSA.BAGI YANG BURUK,KITA AKAN MENYERU "WAHAI MUHAMMAD!" NABI MUHAMMAD BERKATA "TUHAN!SELAMATKAN MEREKA!SELAMATKAN MEREKA!"

9. DAN 10.SESIAPA YANG BERADA DI DALAM KUMPULAN INI,KITA AKAN TERTINGGAL DI SIRAT KERANA TIDAK DIIZINKAN UNTUK MENYEBERANG

lepas aku baca semua ini,terus aku menangis dan terfikir:
Ya Rasulullah,begitu banyak pengorbananmu kepada Umatmu!Sehinggakan Kau menolong kami di akhirat,kau memberikan kami syafaat,tapi kami,selalu melupakanmu,selalu lupa berselawat keatasmu,sedangkan kami tahu bahawa hanya kau sahaja yang dapat memberikan kami syafaat dan hanya kau sahaja yang dapat menolong kami di akhirat kelak!

Diriwayatkan bahawa di pintu syurga,ada pokok yang mempunyai banyak dahan,Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah s.w.t sahaja yang tahu.Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati di semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan,kurang dan lebih sebelum mereka baligh,Apabila mereka melihat ibu bapa mereka,mereka mengiringi dan menyambut mereka memasuki syurga.Mereka memberikan gelas dan cerek serta tuala dari sutera.Mereka memberi ibu bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka,Suara tangisan mereka semakin nyaring.

Kanak-kanak itu berkata "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat ibu dan bapaku!"

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul .Mereka berkata "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia!"

Malaikat berkata kepada mereka "BAPA-BAPA DAN IBU-IBUMU TERLALU BERAT DOSA MEREKA.MEREKA TIDAK DITERIMA DISYURGA AKIBAT DOSA MEREKA"

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari seblumnya dan berkata "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah s.w.t mengampuni dan menyatukan kami dengan mereka"

Demikianlah orang -orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama iaitu sirat.Ia dipanggil "tempat teropong".Kaki mereka akan tergantung di sirat.

Nabi Muhammad melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang-yang taat selepasnya.Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran.Bendera kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syrga,kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.Rasulullah s.a.w bersabda "apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?"

Malaikat menjawab,"mereka menangis kerana berpisah dengan ibu bapa mereka"

Nabi s.a.w bersabda  "aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberikan syafaat kepada mereka.Insyallah"

Nabi Muhammad s.a.w memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka.Kita memohon kepada Allah supaya kita masuk di dalam keutamaan ini dan menjadi sebahagian dari mereka.Insyallah