I appreciate them.

Monday, 28 September 2015

Intekma Resort Shah Alam berhantu?

Assalamualaikum

Eh Kejap.Sebelum tu aku nak buat Disclaimer dulu.

*Disclaimer
Post ni adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri duduk di Intekma Resort Shah alam.

Last weekend, aku gian nak berenang.Selama aku hidup 25 tahun,aku sangat takut dengan air,takut nak masukkan kepala dalam air.Reason aku takut air adalah takut air tu nanti masuk dalam telinga aku dan aku takut lemas.
Sebab waktu umur aku 12 tahun aku pernah kena pedajal dengan member sendiri,dieorang tolak aku kat kolam yang paling dalam,aku nyaris nak lemas,nasib baik ada abang abang sado cina tolong aku.Kalau tak,aku dah tak wujud di alam fana cinta ini. *Kuangajo punya kawan.


Jadi,aku google List of hotel in Shah alam.Jadi salah satu hotel yang aku rasa affordable adalah intekma resort.Intekma Resort ni adalah kepunyaan UiTM yang direka khas untuk student perhotelan.Aku bekas student UiTM,Degree in Netcentrics computing(Honors),selalu jugak ada kelas dekat intekma ni.

Aku jumpa offer pakej RM125.00 untuk dua orang termasuk breakfast,Wifi percuma,dalam pakej tu stated wifi percuma.Aku ingatkan setiap blok ada router tersendiri,tapi tidak.So  jangan harap korang boleh access internet dekat blik sendiri melainkan  engko kena berjalan ke kawasan receptionist.Kalau korang dapat blok yang jauh dari receptionist ,Sanggup ke nak berjalan/naik kereta semata-mata nak dapatkan signal wifi? Macam student pulak kan?


Kalau cat balik mesti lawa.


Aku sampai jam 4.30 petang hari sabtu.First impression aku pada Intekma resort ni adalah tempatnya jauh dari hiruk pikuk bandar,tapi full of signboard UiTM.But what to expect kan,some of the intekma resort adalah kelas untuk student UiTM.


Receptionist Intekma Resort sangat bersopan santun,ramah dengan senyuman,dan boleh bawak bergurau.Maklumlah aku ni suka bergurau dengan orang.Sekali bercakap,memang susah nak berhenti.*Ihiksss maafkan saya.




Aku dapat blok 7,tingkat 3,which is jauh dari receptionist,there is no one gonna help us lifting our beg,kita kena angkut sendiri dengan kereta.Bayangkan kalau barang kita banyak,dan bayangkan kalau orang tua yang datang,takkan dieorang nak angkat sendiri kan? Maybe aku yang terlepas pandang atau memang no one nak offer untuk tolong aku bawak barang.Maybe.But takpe aku masih muda jadi aku tak kesah semua tu sebab ia ibarat exercise untuk aku.*Husnudzon.


Blok 7.




Aku tak terus masuk bilik selepas check in,sebab aku decide untuk keluar jalan-jalan tengok wayang,makan dan baru masuk bilik.Aku sampai ke intekma resort dalam pukul 11 malam.Sampai je ke blok 7,dari luar nampak macam creepy sebab takde orang wehhh.Kemudian masuk je dalam blok,takde aircond,Takde orang yang jaga.Senyap.Sunyi.Bunyi cengkerik.*krik krik krik.Bayangkan kalau korang balik sensorang waktu malam.Chances untuk kau kena ragut(nauzubillah) adalah sangat tinggi,sebab takde orang akan dengar jeritan engkorang.Creepy.










Tapi ketakutan tu hilang bila masuk dalam bilik.Bilik luas,ada dua katil,sesuai untuk datang dengan kawan-kawan.Kalau pasangan takkan nak tidur katil berasingan kan? Satu katil ada satu bed lamp.Cermin besar dilengkapi dengan hair dryer.Ada iron dan iron board,sejadah pon ada.Wow sejujurnya jarang aku jumpa hotel yang sediakan benda ni.Alhamdulillah senang kerja kami:)








Air shower segan segan nak keluar

Toilet pon boleh tahan besar dan bersih.Best nak mandi ni.But satu je aku tak suka,masa aku nak mandi tu,shower taknak keluar air.Keluar air pon sesikit je.Aku pon kol reception,masa tu dah pukul 1130 malam.Reception kata nak call semula,tapi aku tunggu tak call.Tetiba maintanence dah ada depan pintu.Aku dahlah tak pakai tudung semua.Haih.Maybe please call first before datang kot?
But Alhamdulillah after that shower berfungsi dengan baik.



Hindustan satuuuuu

Dannn aku rasa nak bagi bintang dekat intekma ni sebab first time aku dapat hotel yang channel TV nya bagus.Maksudnya takde rosak-rosak.Takde nak kelabu ke ape ke.Dahlah besar.Memang clean and clear.Good job intekma resort.


Intekma Resort ni ada swimming pool tau. Ada 3 kedalaman. which is untuk kanak-kanak, dan yang dua lagi adalah separa dalam,dan lagi satu adalah sangat dalam.Aku ni tinggi 153,paras air dekat kolam yang paling dalam tu adalah dileher aku. Dalam tau.Jadi adalah dinasihatkan sesiapa yang tak pandai lagi berenang macam aku ni,main ditebing.Lagi-lagi kalau kau sorang je yang masuk dalam swimming pool tu.

In terms of breakfast,Nora bagi 5 bintang untuk intekma resort sebab breakfast best!Buffet tau,so kita boleh pilih apa apa je yang kita nak.Ada nasi lemak,soto,bubur, herbs potato,baked beans, bread pudding, salad, cereals dan macam macam lagi.Yeah nampak macam simple kan makanan dia? Tapi simple kalau sedap,memang puas hati. Sesetengah hotel,menu banyak kemain,tapi rasa hampeh.Breakfast di intekma resort memang best!


Menu aku that morning.Simple but sedap.



Lampu tu la yang menyala sendiri selepas aku tutup.

Malam tu aku tak boleh nak tidur,mungkin sebab tempat baru.Mungkin sebab aku tak biasa.Aku ingat lagi,aku dah padamkan lampu katil aku,Dalam 10 minit kemudian,lampu tu terbuka sendiri.Aku macam "ermmmm.takpe takpe.Mungkin lampu ni dah gila kot".Aku terus main game dalam telefon.Lepas tu aku cuba untuk lelapkan mata,tiba-tiba aku terdengar ada orang ketuk pintu .Bunyinya sekali ketuk je.Lagilah aku macam tak boleh nak tidur .Tapi aku gagahkan jugak untuk tak fikir bukan-bukan.Lepastu aku dengar kawan aku pulak bercakap.Padahal kawan aku dah tidur masa tu.Aku fikir positif,mungkin kawan aku tu mengigau.End up aku tak boleh tidur langsung,dan aku sambung tidur dekat rumah mertua dengan lenanya.

Apa apa pon,sesiapa yang merancang untuk stay di intekma resort ni,Aku share beberapa pro and cons berdasarkan pengalaman aku.


Pros:

  • Jauh dari bandar.
  • Breakfast yang best.
  • Bilik yang besar dilengkapi sejadah,iron dan iron board.
  • Receptionist yang ramah dan murah dengan senyuman
  • Rate yang murah.
  • Sesuai untuk lepak dengan kawan-kawan yang datang dari jauh.
  • Dewan untuk reception kahwin disediakan.
  • Parking yang banyak.
  • 3 Kedalaman swimming pool disediakan.
  • Channel TV yang clear.
  • Privacy

Cons:

  • Wifi hanya disediakan berdekatan reception area.
  • Kena jalan untuk mendapatkan wifi.
  • Senyap sunyi di setiap blok.
  • Air di shower tidak deras.
  • Tidak sesuai untuk bercuti dengan pasangan.

Ini hanya pendapat dan pengalaman aku di intekma resort.Pada aku semua tempat termasuk hotel ada penunggu yang kita tak nampak.Setiap orang ada pengalaman yang tersendiri kan? Selamat bercuti!














Wednesday, 9 September 2015

SERAM KE? Villa atas bukit yang telah berpuluh tahun ditinggalkan

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak update entri seram kan?Maaf sangat kepada pembaca-pembaca blog yang menunggu aku untuk update entri seram.Bukan apa.Kekadang tu malas menguasai diri.Tapi sejak aku join group #kelabBloggerBenAshaari,Semangat nak berblog tu datang secara tiba tiba.Cewahhh.

Seram ke entri kali ni?Kalau nak tahu,kena baca sampai habis tau.Sebenarnya dah lama aku nak update entri pasal VILLA TINGGAL ni.Tapi tak berkesempatan.Okay straight to the business.


Aku  pergi ke villa ni pada raya tahun ni,waktu hantu-hantu raya dah keluar tuu.Aku dah lama pendam hasrat nak pergi villa ni.Villa ni terletak dekat gurun kedah.Villa ni terletak atas bukit.Kalau korang lalu highway,probably korang akan nampak kot villa ni.Tapi dengar cerita,payah naw ek orang nak jumpa villa ni.Dekat google pon tak jumpa.Sebab taktahu nak google perkataan apa untuk jumpa villa ni.Kan?Asal cari je confirm sesat.Sebab jalannya yang mengelirukan dan kena lalu ladang kelapa sawit,jalan nak ke rumah tu bertanah merah.Habis tayar korang akan diselaputi tanah merah.Dan aku cadangkan sesiapa yang nak pergi rumah ni,bawakla motor atau four wheel drive.Jalan nak ke rumah ni berlopak lopak katakoooooo.














Kiteorang pergi ke villa ni dalam jam 4 petang.Yela kena pergi petang sebab aku bawak anak-anak orang yang tak biasa pergi tempat-tempat macamni.Nak dijadikan cerita,sampai je kiteorang dekat bawah villa,kiteorang bau wangi.Bau Apakah itu?Haaa itu kiteorang taktau.Bau wangi sangat.Mungkin ada orang mandi sabun kot dekat dalam ladang kelapa sawit tu. *Fikir positip







Ha engko.Semangat hari raya sangat pakai jubah hauraabydya pergi ke Villa ni.Yela mana tau tetiba ada orang sambut beraya kat villa tu.Bolehla kiteorang tumpang sekali.Ehhhh.



Kalau korang bercadang untuk membuat sesi lawatan dekat villa ni,bawak la kawan ramai sikit sebab dengar cerita villa ni dah jadi sarang lepak mat gian,gangster,gangster, KL gangster 1,KL gangster 2 dan tak lupa jugak bini-biniku gangster.

Untuk sampai ke villa ni,kiteorang kena jalan naik bukit,naik tangga kemudian tadaaa sampai dah villa ni.Jom kita buat sesi tourism dekat villa ni.Guys,Fasten your seatbelt.Mengikut cerita makcik aku,villa ni telah ditinggalkan berpuluh tahun lamanya.Dan mengikut andaian kiteorang ownernya adalah berbangsa cina dan jugak owner kepada kilang --------.Kilang tu dah lama berpindah daripada kawasan ni.Kenapa ditinggalkan?Aku sendiri tak tahu.Tanah yang lapang,bolehlah kalau nak bawak anak kucing,arnab,nak main bola sepak pon boleh.

Design villa ni macam design zaman british.Barang dapur yang ada pon barang antik.Rumah ni ada balkoni lagi.Aku dok bayangkan askar british berdiri dekat bahagian balkoni ni sampai pegang senapang.





balconi panjang

Sepupu aku cerita,Satu malam tu,dia dan kawan-kawan pergi villa ni waktu malam.Naik motor dan kengkononnya nak lepak villa tu sambil hisap rokok dan menikmati pandangan la katanyaa.Lepastu tiba-tiba,selepas salah seorang kawan dia salah cakap,motor dorang semua kena tolak,jatuh satu persatu secara tiba-tiba.Apa lagi dieorang pon tak jadi nak melepak dekat situ.Semua cabut lari.



Setakat ni aku tak jumpa lagi dekat google orang-orang yang berjaya naik ke atas villa ni.Ke aku yang tak reti google?

Haaaa kat mana lagi tempat tempat angker yang korang tau?Boleh share dekat bawah ni.Mana tau kita boleh buat aktiviti bersama?kan?

p/s: untuk manusia dan makhluk Allah yang merindui entri seram aku,bolehla baca entri entri lama aku disini:


Lokasi pembunuhan Arwah Dato' Mazlan

Balai Polis Gombak







dannnn.Banyak lagi.Rindu:,)

#Throwback kejap.





-

Sunday, 6 September 2015

Taktahu nak buat apa hujung minggu? Apa kata try Breakout at NU sentral!

Assalamualaikum.

Wah Title Entri macam skema dan macam nak buat iklan kan? Apa aktiviti korang setiap hujung minggu?Tak kesahlah aktiviti dengan kengkawan atau family.Mesti jalan-jalan dekat shopping complex ataupun jalan jalan dekat taman.Kan? Okay aktiviti yang korang buat tu memang dah best,tapi kalau setiap hujung minggu benda yang sama,mesti bosan.

Jadi apa kata korang try game yang memang menguji minda dan semangat pasukan korang.Penah tengok cerita SAW? ala yang cerita pasal dorang kena potong tangan sendiri,potong kaki untuk keluar dari bilik.Tapi dekat sini takdelah sampai potong memotong.



Pernah main escape game dalam telefon?Ala game yang korang kena solvekan puzzle atau misteri baru boleh keluar daripad bilik tuuu. Haaaa yang ni versi realiti punya.Ya maksudnya korang akan dikurung dalam bilik yang ada macam macam situasi lepastu kena solve puzzle,baru korang boleh keluar dari bilik tu.Menarik kan?








Buat masa sekarang,Breakout ni ada dua cawangan which is dekat Avenue K tingkat atas sekali dan Nu Sentral tingkat 5.Dalam breakout ni ada 6 bilik,bermaksud 6 theme.Antaranya theme pembunuhan,atas kapal,black magic,world war 2.So korang kena selesaikan misteri dalam bilik yang korang dah pilih.Untuk aku dan group #KelabBloggerBenAshaari,Kami diberi bilik Chamber of Hocus.Mehlah aku terangkan sikit pasal bilik ni.

Bilik Chamber of Hocus ni,difficulty levelnya adalah 3 bintang,Tapi aku rasa macam susah kot.HAHA.Bilik yang aku dapat ni adalah tentang bilik Mr Hocus si ahli sihir yang dah terlepas,Dia gunakan black magic,Jadi kiteorang kena tangkap dia dan hapuskan black magic.Setelkan misteri ni dalam masa 45 minit.Rasa macam lama je kan 45 minit? Tapi percayalah cakap mak jemah.Tak cukupp dek non oiiii!!!

Jom layan gambar kami dalam bilik Chamber of Hocus!!


Ni team gueeee.Comel kan Kamiorang?hahah :P



Masuk masuk je tetiba ada kertas melayang daripada atas ke meja.Terperanjat jemah semua
Kami diberi kotak .Kena bukak kotak tu.
Apa misteri dalam almari ni ekkk
Kena main bau bau pulak dahhh
Haaa dapat masuk dalam kotak besar!!nak ke mana pulak tuuuu


Misteri betul.Susah naw nak setelkan mende ni.
Fokus fokus.Bilik gelap,kena pakai lampu handphone dan torchlight


Rantai apa lah pulak tuuuu~~~








Macam mana nak main?Once korang sampai je dekat Breakout ni,Korang kena form a group,dalam group kena ada maximum 8 orang dan minimum 2 orang.Takkan korang nak main sensorang kot.Seram kot most of bilik.Seramm.Apa tak seramnya,Dalam bilik mesti ada benda yang mengejutkan.Kalau korang seorang yang suka benda yang thrill,boleh datang cuba dekat breakout ni.
















Okay lepas dah form group,korang kena pilih nak bilik dengan theme apa.Then korang kena pilih roles korang.Contohnya korang ada 6 orang dalam satu group,Setiap sorang boleh pilih tanggungjawab.Contohnya Person A kena memorize Code rahsia,Person B kena memorize Gambar.Person C ada kuasa untuk tambahkan masa.Ha gittewwww.Kemudian korang diberi masa 45 minit untuk selesaikan game tu!

Serious Best!Jangan ingat theme yang korang dapat tu,ada satu bilik je tau,sebenarnya lebih dari satu bilik dan lebih dari satu theme!


Antara theme yang ada.



Aku rasa memang berbaloi untuk korang datang dan cuba sendiri.Pasal harga pulak,Boleh tengok gambar bawah ni Okeyh.Ala bayar tontong laaa.Janganlah bayar sensorang.Apa yang aku boleh cakap,this game is a MUST!!!




Korang kena try ,cikgu cikgu boleh bawak anak murid.Suami isteri boleh datang jugak untuk tengok pasangan korang tu sebenarnya jenis membantu ke idok.kihkih:D


Sekali sekala buat sesuatu yang berlainan apa salahnya kan?


Boleh lawati laman web Brekaout untuk maklumat lanjut. WWW.BREAKOUT.COM.MY.

Dan Follow instagram dieorang 
@breakoutmy.

Dan jangan lupa follow instagram aku sekali
@dyamohamad
@hauraabydya

kbai.
#KelabBloggerBenAshaari