I appreciate them.

Monday, 18 February 2013

kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC dan NIQAB bukan penghalang untuk berdakwah!

Assalamualaikum



Para pendakwah muslimin

Para pendakwah Muslimat

 Alhamdulillah dengan rahmat Allah kita masih bernafas hari ni.Aku gembira sebab dapat menjalinkan kembali ukhuwah bersama dengan adik-adik,abang-abang,sebaya-sebaya*ayat ini untuk menyatakan orang yang sebaya dengan aku,rare tak? sukarelawan belia islam.Syukur,Lama jugak tak jumpa depa ni sejak pergi rumah anak yatim rohingnya tu.Rindu tau rindu sangat,hampir semua aku peluk,tapi abang-abang aku tak peluklah.Nak kena penampau ke penyepak kalau buat macam tu.

Antara sohabiah sukarelawan belia islam ketika kutipan derma anak-anak yatim rohingnya disember 2012

Dengan rahmat Allah swt,Kempen #JomSolat di Masjid Asy-Syakirin KLCC,berjalan dengan lancarnya.Lancar daripada apa yang dirancang.Walaupun lari daripada tentatif,tapi masih dalam rahmat Allah.

Sebenarnya kempen #JomSolat ini telah dirancang oleh seorang hamba Allah ini,dia melihat ramai anak-anak muda,malahan anak-anak tua yang lalai tentang solat,solat itu wajib tapi mengapa orang sekelilingnya sering meninggalkan solat,pekerja goreng pisang,pekerja giant,bila dengar azan,semua buat tak tahu dan bila tiba solat jumaat,depa tak solat depa sibuk jual goreng pisang.Mereka masih tidak sedar rezeki itu datang daripada Allah.Keadaan ini sebenarnya amat menyedihkan,tidak cukup dengan akhir zaman yang penuh dengan fitnah,ditambah pula dengan anak-anak muda dan semua umat islam yang pandang ringan terhadap solat.

Ketahuilah sahabat semua!perkara pertama yang ditanya didalam kubur adalah solat!malaikat tak tanya berapa riban duit kita,berapa riban dapat jual goreng pisang dalam sehari!Tak!Malaikat akan tanya tentang solat!ha time tu nak jawab apa?nak rasuah malaikat dengan goreng pisang?memang takla!

Jadi oleh kerana situasi ini,hamba Allah ini terfikir yang dia kena buat sesuatu,bukan dia sahaja,tapi kita semua,sekurang-kurangnya jika ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak "apa yang kau lakukan saat kau lihat orang tidak solat?".hamba Allah ini ada jawapannya.

Jadi hamba Allah ini pada mulanya dia hanya berdakwah,bagi pamplet pada pakcik goreng pisang,pekerja pekerja yang suka meninggalkan solat,kemudian atas izin Allah,Allah membuka jalan apabila ada kawan-kawan yang sudi membantu dia.jadi kami dan hamba Allah ini merancang aktiviti,membincang tentatif yang sepatutnya.Selepas confirm dan pasti apa yang ingin dilakukan,kami post poster di facebook,twitter dan instagram.Alhamdulillah sambutan yang kami terima sangat menggalakkan.

Tapi yang comelnya ada yang tak tahu Masjid Asy Syakirin tu dekat mana dan ada juga yang sepatutnya balik ke asrama pada hari ahad tersebut tapi dia sanggup datang ke kempen Jom Solat.Terima kasih kepada semua adik-adik tersebut.Hati anak anak muda yang terikat di masjid.Beginilah yang kita semua mahu,iaitu menjadikan masjid itu pusat dakwah.
Briefing 

Pada 17.feb.2013,bermulalah hari yang bersejarah tersebut walaupun tak akan dicatit dalam buku teks sejarah sekolah menengah,Aku dan beberapa kawan aku berkumpul di Masjid Asy Syakirin pada jam 8.30 melayu which means,9.00 pagi,ketika itu aku agak nervous sebab tak ramai yang datang,yang ada tak sampai 10 orang.Aku dah mula risau,lagi lagi orang yang bertanggungjawab membawa pamplet dan booklet tidak sampai lagi kerana ada urusan.Tetapi dalam hati aku masa tu,aku redha,kalau sikit yang datang kita kena teuskan dakwah,kalau ramai pon kita kena teruskan dakwah.

Nak jadi pendakwah ni kita mana boleh tengok atau ambil kira crowd kita ramai mana,kerana itu semua kuasa Allah yang menggerakkan hati mereka,dakwah tu kita boleh lakukan dimana-mana,contohnya berdakwah dengan keluarga,dengan kawan-kawan.Walau kita hanya nasihat seseorang,itu bermakna kita sedang berdakwah.Islam itu agama yang indah,kerana islam itu agama dakwah.Apabila kita islam,maknanya kita adalah pendakwah.Tak semestinya kena jadi ustazah/ustaz baru boleh mendakwah,konsep itu salah.Konsep yang sebenar adalah semua orang boleh berdakwahh.
Dalam surah Ali Imran ayat 104,
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Dekat ayat ini,Allah nyatakan manusia ada tanggungjawab,ada tak Allah sebut Ustaz dan ustazah?Tak ada.Maknanya,kita ini semua adalah khalifah,manusia yang telah dipertanggunjawabkan oleh Allah untuk mengingati satu sama yang lain.Nanti di padang mahsyar 
Allah akan bertanya "Apa yang kamu lakukan saat kamu melihat orang tidak solat/membuat maksiat?"
Sekurang-kurangnya kita sudah ada jawapan,dan sudah membuat tanggungjawab kita di dunia ini.

Aqil,si anak kecil yang dibawa oleh ibunya untuk mendidik jadi pendakwah dari kecil

Jadi bila aku tengok tak ramai yang datang,aku berpesan kepada sahabat aku,"kita kena redha kalau sikit je yang datang,kalau sikit kita kena bergerak jugak,kena berdakwah jugak.".Sahabat aku berkata "Ana tak kesah,kalau kita sikit pon,ana jalan je".Lega hati aku mendengarnya,lega apabila mereka memahami semua ini.Tapi dengan kuasa Allah,sedikit demi sedikit manusia yang datang,makin lama makin ramai.Alhamdulillah.Ada juga muslimin dan muslimat yang iktikaf di masjid kerana pada hari sabtu,mereka ada perjumpaan muslimin dan muslimat di masjid Asy-Syakirin,jadi mereka terus iktikaf di masjid untuk menyertai kempen Jom Solat pada hari Ahad.Jazakallah!


Ada gaya Ustazah pilihan dok?Ahahah.aminnn:)


Ingat!kita kena semangat!semangat!oh yeah!

Semua pendakwah sampai dalam jam 10.30,jadi kami menggunakan dewan yang telah disediakan oleh Masjid Asy-Syakirin untuk mengumpulkan semua pendakwah yang ada,dan aku menyampaikan beberapa kata terima kasih dan kata-kata semangat.Aku harap aku telah dapat menyuntik,walaupun tak banyak tapi sedikit semangat.Aku berpesan pada mereka yang aku tahu mungkin selepas ini,apabila mereka semua keluar untuk berdakwah di taman klcc,mereka mungkin akan dihalang,atau kedatangan mereka tidak disenangi pengunjung KLCC,tapi jangan putus asa,kerana itu ujian daripada Allah.Syaitan tak pernah putus asa untuk membawa kita ke neraka,jadi mengapa kita yang ingin berdakwah,harus berputus asa.

Kami membahagikan para pendakwah dalam 4 kumpulan,kumpulan pertama akan bergerak keluar daripada kawasan KLCC,kumpulan kedua bergerak dalam KLCC,kumpulan ketiga akan bergerak berdakwah di kawasan taman permainan taman KLCC dan kumpulan terakhir akan berdakwah di tempat orang mandi manda di taman KLCC dan setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang muslimin serta seorang muslimat.

Aku dan sahabat lain duduk di masjid bagi menjaga beg para pendakwah yang sedang berjihad di jalan Allah.Kami dapat berjumpa dengan ustaz shah dan bercerita pengalaman kami sepanjang kami berada di masjid Asy-syakirin.Aku akui yang dulu aku juga seperti orang yang berada di taman itu,datang KLCC dan lepak di taman semata-mata untuk berdating sehinggakan aku tidak peduli pada azan yang memanggil di masjid Asy-Syakirin,tapi kini aku sedar,aku tidak mahu anak-anak muda yang berada di taman untuk terus terpesong dari jalan Allah,dating sampai tak peduli yang Allah itu maha melihat.


Niqab bukan penghalang untuk berdakwah

Mengikut cerita-cerita yang telah disampaikan pada kami,ada yang berdating sampai kepala masuk dalam baju,aku rasa aku pernah nampak perkara-perkara seperti ini.Taman KLCC ini penuh dengan pondok dan ada juga pondok yang agak sunyi,jadi tempat itu dijadikan port untuk anak anak muda melakukan maksiat.Aku pon tak faham kenapa nak bina pondok yang terpencil?Tak takut kena gigit nyamuk kah?Oh orang yang sedang melakukan maksiat mana ingat nyamuk ke serigala ke kan.

Menjawab soalan daripada guard KLCC.

Kami telah menetapkan masa yang para pendakwah akan habis berdakwah sekitar jam 1 tengahari.Alhamdulillah mereka berjaya lakukannya di tengah-tengah bandar kuala lumpur ini.kemudian mereka berkumpul di masjid untuk mengambil wudu'.Aku sempat bertanya kepada seorang muslimat,bagaimana perjalanan dakwah mereka di KLCC ini,dia berkata,macam biasalah guard menghalang,guard tak bagi untuk berdakwah dekat sini.Ha yang paling kelakarnya,aku ingat lagi guard tu berpesan "Nak jalan tak boleh lebih dari 5 orang".Oh macam tu la ye?habis tu orang yang dating tu berjalan berdua boleh ya?kalau kami jalan lebih dari 5 orang,semuanya muslimat,tak boleh pulak.Dunia dunia.

Tapi aku kagum dengan semangat dakwah mereka sebab mereka cakap mereka tidak akan berputus asa dan kalau boleh nak adakan lagi sesi dakwah ini.Mereka cakap seronok!Alhamdulilah ini semua kerja Allah dan aku juga dapat respon postif di facebook,twitter dan instagram,Mereka bersyukur kerana diadakan kempen seperti ini dan Alhamdulilalh juga tujuan kami tercapai iaitu ingin melatih anak-anak muda berdakwah di hadapan orang ramai serta merapatkan silaturahim.

Ustaz Shah


Oh selepas itu,kami solat zohor berjemaah dan selepas itu ada sesi pengenalan sedikit daripada ustaz shah serta ustaz hadi,iaitu dari pihak Masjid Asy-Syakirin,Cukuplah aku ringkaskan disini bahawa mereka berkata umat islam sekarang sudah makin teruk,biasalah manusia akhir zaman,masjid sudah tidak dipandang,yang dipandang hanya perkara-perkara yang mungkar.Ustaz shah dan ustaz hadi juga memberikan kata-kata semangat kepada kami,jika ada halangan daripada guard,dan orang ramai itu hanyalah ujian daripada Allah.Dan untuk menjadi seorang pendakwah,kita mesti dakwah diri kita sendiri dahulu.Buat apa yang kita dakwahkan.


sesi usrah

kemudian kami adakan sesi usrah selama satu jam daripada pukul 3 petang sehingga 4 petang,masing-masing duduk didalam kumpulan dan bercerita tentang solat,berkongsi ilmu,taaruf dan sebagainya,aku duduk di suatu kumpulan dan kemudian aku berkongsi pengalamanku,antaranya aku ini manusia biasa dan terkadang aku juga membuat silap dalam solat contohnya aku solat dengan cepat dan satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan adalah Allah menarik ilmu aku ketika dalam solat iaitu ketika aku sujud,aku tidak tahu apa yang patut aku baca,sehingga aku sujud lama memikirkan ayat yang perlu dibaca.Ya Allah sungguh Allah pemilik segala ilmu.


Ustaz Hadi

Soalan yang ditujukan oleh Ustaz hadi kepadaku secara persendirian,
"Saya nak tanya awak satu soalan,tapi mungkin soalan ni macam soalan bodoh sikit.Awak rasa terhalang tak komunikasi awak bila awak pakai macam ni?maksudnya berniqab,tutup muka,?"


ketika kempen tutup aurat,dakwah pada orang korea yang berminat dengan islam.

Aku menjawab "tak ustaz,memang tak langsung tak menghalang untuk saya menjadi seorang pendakwah,malah lebih senang untuk saya berdakwah,sebab foreigner lebih nak tahu kenapa islam anjurkan wanita pakai macam ni,menutup muka,mereka lebih nak tahu,berbeza dengan orang muslim sendiri yang kebanyakannya suka skeptikal pada golongan macam kami,mereka ingat kami perfect,macam bagus dan sebagainya tapi tidak pada foreigner,mereka lebih senang menerima kehadiran kami,dan ia tak menghalang kami berdakwah,dulu masa kempen tutup aurat pon,saya pernah berdakwah pada orang korea yang ingin tahu tentang islam,mereka terima saya,walaupun saya macam ni,mereka sangat berminat.Walaupun saya pernah ada pengalaman bila saya pergi kinokuniya nak beli buku,waktu tu saya sorang-sorang,ada anak cina menjerit bila nampak saya,mungkin dia ingat saya hantu,mula-mula saya nak marah,tapi lama-lama saya fikir balik,dia tak salah,dia tak faham.

Saya pon pernah interview dengan memakai niqab dan saya berjaya dapat second interview ustaz.Pada saya niqab itu tak jadi penghalang pon.Islam menganjurkan wanita akhir zaman menutup muka sebab lelaki zaman sekarang tak seperti lelaki di zaman sahabat nabi dulu,kebanyakkan lelaki sekarang matanya liar,gatal dan sebagainya."


Niqab tidak menghalang kita untuk bekerjaya,interview.

Lalu Ustaz Hadi setuju dengan kata-kata aku.dia sendiri mengakui umat islam sendiri skeptikal,suka menjatuhkan hukum sesuka hati.

Ingat!niqab bukan penghalang untuk kita berdakwah!


Aku nak pesan ni,lepas ni jika ada apa-apa kempen,majlis ilmu,anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.Muslimin dan muslimat semua boleh join,tapi jangan terkejut kalau muslimin sedikit sahaja sebab kita kan berada di akhir zaman,lelaki lebih sedikit daripada wanita,1 nisbah 40.Itu perkara biasa,jadi anda semua sebagai lelaki ataupun muslimin,perlu mengajak lebih ramai rakan-rakan muslimin untuk menyertai majlis seperti ini kerana anda amat diperlukan di majlis-majlis ini.



Sekejap aku rasa sepanjang entri ni aku macam serious je kan?Aku tak pernah seserious macam ni rasanya.Ahaks.tapi nak buat macam mana,entri serious takkan aku nak buat entri yang aku gelak sorang-sorang,nanti aku kena penampar or korang taknak baca blog aku,aku jugak yang susah nanti.
Apa-apapon aku meminta maaf jika aku ada salah silap ketika kempen tersebut.Aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kesilapan.Maafkan saya boleh tak ? *sambil buat mata bercahaya*

P/S:dakwahku takkan berhenti selagi nyawaku tidak terhenti berjumpa ilahi :,)



Friday, 8 February 2013

Kempen JOM SOLAT di Masjid As syakirin KLCC,AHAD,17.Feb.2013


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua sohabiah!om join kempen jom solat pada hari Ahad minggu hadapan 17.FEB.2013 di masjid KLCC,sambil tu kita akan edar pamplet dan berdakwah tentang kepentingan solat pada orang ramai di sekitar KLCC,dan insyallah dengan izin Allah kita akan menarik orang ramai untuk solat zohor berjemaah bersama di masjid as syakirin KLCC.

kemudian akan ada sesi usrah bertajuk kepentingan solat dan balasan orang orang yang meninggalkan solat.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai untuk berdakwah bersama sama.Kita sebagai orang islam,kita adalah da'ie,dakwah kita berhenti apabila kita mati.


Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan solat dan balasan pada orang yang suka meninggalkan solat.Dan juga untuk melatih anak-anak muda dan anak anak islam untuk berani berhadapan dan berdakwah pada orang ramai,selain dari itu untuk mengenali sahabat baru dan menjalinkan ukhuwah fillah abadan abada.

Tiada pendaftaran,tiada wang diperlukan,hanyalah keinginan memperjuangkan islam.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir!

Jom join!kita hidup didunia hanya sementara moga dapat menjadi bekalan kita disana kelak insyallah.

Antara tentatifnya adalah

10.00 a.m -berkumpul di masjid asyakirin,KLCC
10.00 a.m - 11.00 a.m- briefing dan taaruf
11.00 a.m - 12.30 p.m -sesi edar pamplet jom solat pada orang ramai
1.00 p.m - 3.00 p.m - solat zohor berjemaah,dan usrah.


Jom sedarkan umat islam tentang kepentingan solat,dengan izin Allah moga kita sama-sama sedar dan muhasabah diri!

jadi jom jadikan ini salah satu bekalan kita di akhirat nanti insyallah.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada

 Dya Mohamad dan  Nurul Khadijah Abdul Rashid
Muslimin boleh berurusan dengan Arham Ajwad 


Share pada kawan-kawan insyallah!

Allahuakbar! :)


P/S:Nak betulkan salah faham sedikit dekat sini,kempen Jom Solat ini bukan under mana-mana team,under NGO atau sebagainya,tapi telah dirancang oleh seorang hamba Allah yang perihatin. :)

Apa-apa boleh hubungi number ini 
Dya - 0166382218(whatsApp only)
Arham - 0133311410 (call,message & whatsapp)

Friday, 18 January 2013

Aku,seorang bekas pelajar UiTM lendu 2008 DAN kes rasuk,pukau dan sebagainya di UiTM lendu.

assalamualaikum

Sekarang ni tengah hangat dan panas cerita tentang listen listen listen dari forum mahasiswa di universiti tempatan,oh tak lupa juga sekarang ni tengah trending di internet tentang UiTM lendu.Ye dok?pada sesiapa yang tak tahu pasal kes UiTM lendu tu,sekarang ni tengah kecoh tentang kes pukau dan kes rasuk di UiTM lendu.



Okay untuk pengetahuan semua,*macam semua orang nak tahu kan.Aku adalah salah seorang bekas pelajar di UiTM lendu melaka pada 2008,aku amek diploma sains komputer.UiTM lendu memang sangat cantik,suasananya friendly,walaupun ada je orang yang tak friendly.Kawasan yang menenangkan bagi pencinta alam semulajadi.Cewahh.sebab UiTM lendu ni terletak di Alor Gajah,melaka dan dikelilingi oleh hutan,UiTM lendu ni letaknya ditepi jalan dan berhadapan dengan UiTM ni ada rumah-rumah sewa yang kebanyakannya disewa oleh pelajar-pelajar disitu.

tasik UiTM lendu di waktu malam.Romantik tak?hee:D

Waktu aku baru masuk UiTM lendu,aku ditempatkan di kolej tun teja,iaitu kolej yang berhadapan dengan tasik.Oh dalam UiTM lendu ni ada tasik tau,dan ada jambatan bergoyang untuk accross tasik tersebut,dan tasik ni famous dengan tempat orang berdating,makan dan sebagainya.Tapi bau tasiknya busuk la sikit,so siapa yang tahan busuk,boleh lah duduk dekat situ yek.

Aku duduk di kolej tun teja di tingkat satu.Waktu aku masuk tu,takde lagi aku dengar cerita-cerita yang pelik bagai,sampai satu masa tu,pada waktu malam,ada budak level aku menjerit-jerit,bilik budak tu berhadapan dengan bilik kawan aku.Budak tu kena rasuk dan cara dia kena rasuk tu aku tak berapa nak ingat tapi kawan aku cakap dia baring dekat atas katil macam seekor kucing dan yang aku ingat dia cakap yang tempat ni tempat dia,jangan kacau tempat dia.Ha macam tu lah kesahnya,dan ketua level suruh kami semua keluar dan buat bacaan yasin dekat situ.

Kisah kedua adalah berlaku apabila ada seorang pelajar ni,dia kecewa bercinta rasanya,lepastu dia lepak depan tasik waktu maghrib,orang-orang tua dah banyak kali berpesan yang kita kena balik rumah sebelum maghrib,tapi mungkin dah takdir seorang pelajar perempuan ni,makhluk halus tu ikut dia balik dan dia kena rasuk.Macam mana dia kena rasuk?maaf aku tak ingat sebab kisah ni dah lama,tahun 2008,mana dek non nak ingat.

Kisah ketiga berlaku dalam bilik aku sendiri,dalam bilik aku tu katil double decker ada dua,dan aku tidur dibahagian atas,kawan aku tidur dibahagian bawah,satu malam tu tiba-tiba aku dengar macam kawan aku yang tidur dibahagian bawah sedang bercakap dalam telefon,dan aku tengok macam menyala je tempat dia tu,macam ada lampu handphone,lepastu aku panggil dia "mira ko tengah cakap dalam telefon ke?" .Lepastu dia cakap eh takdela aku dah tidur la.Ah sudah,siapa pulak yang bercakap tadi,dari tempat kawan aku pulak tu,dan kawan aku tu pon kena himpap waktu tidur,aku pon sama,dan waktu malam tu jugak,ada benda bukak laci meja kiteorang belajar.

Kisah seterusnya,pada student UiTM lendu tahun 2008,mana ada kolej kolej baru macam yang UiTM lendu sekarang ada,waktu tu baru proses menarah bukit,menghancurkan hutan,haa gittew,dan student yang belajar waktu tu mesti ada yang ingat,masa tu UiTM lendu sahaja yang berangin kuat,berangin kencang,ingat tak?Ingat tak dekat kawasan padang kawad tu ada pelajar kena rasuk.Ha nak tahu cerita?Rupanya dekat kawasan padang kawad tu ada penunggunya,namanya mawar.Masa dekat padang kawad tu,mungkin pelajar ni ada program disana dan program tu dah lama habis,tapi pelajar perempuan ni balik lewat,mawar pon ikut dia balik ke kolej tun apa ntah aku pon tak ingat,kemudian di kolej tu ada jugak penunggunya dan mawar dan penunggu di kolej itu bergaduh,marah sebab ganggu tempat dia,itu yang budak tu kena rasuk.Ada yang cakap waktu berangin di UiTM lendu tu adalah disebabkan marahnya makhluk halus disitu kerana pihak UiTM menarah dan mengahncurkan tempat tinggal mereka.

Kisah seterus dan seterus serta seterusnya berlaku dalam bilik aku jugak.Dimana roomate aku kena ganggu dan kawan aku dari bilik lain yang boleh merasai benda-benda ni,bila dia masuk bilik aku je,dia rasa panas,dan dia cakap memang ada benda dalam bilik aku.

Kisah kedua terakhir berlaku didalam kelas,dimana ketika angin kencang di UiTM,tingkap kelas terbuka dan sebab angin tu,tiba tiba tingkap itu tertutup,sampai lecturer cakap "buat tak tahu je".Dan waktu aku belajar juga ada pelajar kena rasuk dalam kelas.

Kisah terakhir diceritakan oleh abang angkat aku,seorang pelajar sewaktu awal-awal UiTM lendu dibuka.Waktu tu UiTM lendu ni hutan je kata abang angkat aku.Dan sebenarnya dekat tasik UiTM lendu tu,waktu abang angkat aku belajar disana,ada seorang pelajar ini berkayak di tasik tersebut dan tak tahu macam mana,pelajar tersebut terjatuh dalam tasik tersebut dan tak dijumpai langsung setelah puas dicari.Dan kata abang angkat aku juga,waktu dia belajar disitu dulu,ada juga orang kena rasuk,makhluk dari tasik itu berkata "Jaga adab dan tingkah laku disini!".Dia marah sebab orang ganggun tempat dia dan tak jaga adab.

Okay kawan-kawan kalau nak cerita pasal rasuk ni memang takkan habis sebab pada aku setiap universiti dan sekolah ada kisahnya tersendiri dan mungkin kisah di UiTM lendu ni makin menjadi-jadi sebab bangunan baru banyak dibina disitu dan bangunan itu dibina atas tempat tinggal mereka.Dan anggaplah ini sebagai ujian Allah.Makhluk halus takkan sesuka hati mengganggu kita jika bukan dengan izin Allah.

Dulu aku belajar di UiTM shah alam pon,aku dan kawan aku kena kacau,kami duduk di tingkat 5 dan ketika aku sedang iron baju aku,aku dengar orang gelak diluar tingkap,suara budak kecik,budak perempuan,padahal aku di tingkat 5.kawan aku pon diganggu waktu kami sedang tidur.

kalau nak cakap pasal kes barang hilang.Dulu waktu aku belajar di UiTM lendu,memang ada kes kecurian tapi tak sampai kena pukau la.wallahualam.Tapi kami kena tipu dengan sorang manusia,dia buat surat mengatakan surat itu dari UitM dan ingin mengutip rm 2.00 seorang di setiap level.Dekat kolej tu ada 6 tingkat,kalau setiap level sorang kena bayar rm2.00,agak-agak untung dia berapa?Banyak lagi kes,laptop hilang dan sebagainya.

Pelajar semua nak balik sebab kes H1N1 yang menyerang pelajar UiTM lendu 2009.Nak baca tekan link ni.H1N1 di uitm lendu

Yang paling kelakarnya,dulu kan ada kes H1N1,so kami semua diberi cuti selama seminggu oleh pihak UiTM lendu,jadi kami satu bilik balik rumah,dan aku meninggalkan minyak wangi dan beberapa syiling dalam laci meja aku,bila aku balik dari bercuti,semua tu hilang.Adoi lawak sungguh pencuri ni,minyak wangi dan duit syiling pon dia nak amek.

Tapi bagi kes pukau dan sebagainya di UiTM lendu 2013,aku harap korang semua berhati-hati,selalu amalkan ajaran islam,perintah Allah,jangan dah ditimpa kesusahan baru nak ingat Allah.
Tolong ingat!bila kita menjaga Allah,Allah akan menjaga kita!bila kita ingat Allah,Allah akan ingat kita.

Sekian.

P/S:UiTM lendu,dan UiTM shah alam tetap dihatiku walau apapon yang terjadi!

Sunday, 23 December 2012

Ada anak yang dijual oleh ayah sendiri,ibu meningggal,ayah meninggal.Hayatilah kisah inI!

Assalamualaikum


Hai semua!Hola holi diberi nama cikebum cikebum!Apa khabar?maaflah dah beberapa minggu tak update blog ni.Bukan apa tangan aku ni malas sangat nak menaip.Takpe tapi kali ni aku rasa rajin nak menaip sebab aku ada cerita yang best untuk dikongsikan.

Pada 22.12.2012 aku dan sahabat-sahabat aku telah mengunjungi rumah anak-anak yatim rohingnya darul aitam,selayang.Sebelum tu aku memang dah lama berniat untuk pergi ke rumah anak-anak yatim,sejak dulu dulu duluuuu lagi,tapi alhamdulillah baru sekarang diberikan peluang,dan dibantu oleh sahabat-sahabat yang lain.Mula-mula tu cadangnya nak buat qasidah la,dan macam-macam lagi,tapi idea nak pergi rumah anak-anak yatim ni dipersetujui oleh ramai sahabat.Alhamdulillah!

Beberapa volunteer muslimat


Free style dari anak-anak yatim bersama volunteer muslimin

Selepas dipersetujui,kami mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang volunteer untuk memikirkan rumah anak yatim yang sesuai dan aktiviti yang akan dilakukan dengan mereka.Kami cari di google,dan kami terjumpa rumah anak-anak yatim Rohingnya darul aitam,selayang.Alhamdulillah Allah permudahkan jalan bila aku dapat tahu yang rumah anak yatim ini tak berapa jauh dari rumah aku,jadi aku ambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan pengetua rumah anak yatim ini.Setelah melawat sekeliling rumah,Sah!Rumah anak yatim ini memerlukan bantuan,rumahnya sangat dhaif.Kisah aku melawat rumah anak yatim ini,anda boleh klik link ini kisah anak-anak yatim rumah rohingnya darul aitam .

Ketika aktiviti kutipan sumbangan di Masjid Assyakirin oleh orang-orang ramai yang prihatin


Atas bantuan facebook,twitter dan segala media yang ada,kami mempromosikan poster,dimana kami ingin mengadakan kutipan sumbangan di beberapa masjid  selama dua hari,sperti  di masjid As-syakirin,Masjid negeri shah alam dan masjid saidina Othman,cheras.Terima kasih kepada semua volunteer yang terlibat.Kami sangat terharu sebab ada yang datang dari jauh semata-mata nak hantar sumbangan.Atas bantuan Allah,pihak masjid jugak menolong memudahkan urusan kami,mereka menyokong tindakan kami.Ramai yang datang menyumbang.Alhamdulillah rezeki anak-anak yatim ini.

Kisah bermula pada 22.12.2012,*cewahh macam cerita novel melayu yang tak laku. 
kami volunteer,telah berjanji ingin berjumpa di terminal putra,gombak jam 8 pagi,tetapi atas masalah dan dugaan yang tak dapat dielakkan,kami lambat tiba di rumah anak-anak yatim tersebut,So aku terpaksa gerak dulu sebab aku takut pihak rumah anak-anak yatim menunggu,dan bila aku sampai sah!mereka sedang menunggu di ruang luar rumah beramai-ramai.Subhanallah mengalir air mataku melihat mereka,mereka meluru kepada aku,dan salam tanganku.Ya Allah.Aku sayangkan mereka!Rasa bersalah sangat sebab terlambat.Pengetua,puan zarina cakap "salam kakak ni cepat!takpe belum baligh lagi boleh salam,salam cepat".Masing-masing meluru kepada aku untuk salam.Ya Allah:,(

Puan Zarina mengarahkan semua anak-anak masuk dalam rumah dan menunggu kedatangan sahabat-sahabat aku yang lain.Alhamdulillah mereka sabar menunggu.Setelah sahabat-sahabat aku sampai,kami memunggah segala barang sumbangan dari kalian semua.Subhanallah rezeki mereka!sumbangan sangatlahhhh banyak!BAGI PIHAK RUMAH ANAK ANAK YATIM ROHINGNYA DARUL AITAM,AKU INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!HANYA ALLAH YANG BOLEH MEMBALAS JASA KALIAN!

Ketika menunggu waktu makan


Berselera sungguh mereka makan!

Kami masuk ke dalam tempat anak-anak ini berkumpul dan kami mengadakan sesi taaruf sebentar,ingin juga kami mengenali anak-anak istimewa ini,mereka dari lingkungan umur 7 tahun hingga 16 tahun.Masing-masing ada kisah yang tersendiri.Lepastu kami bagi mereka makan nasi lemak untuk makan tengahari,bukan main selera lagi mereka makan!Bila aku tanya pada mereka "Sedap tak nasi lemak ni?"mereka jawab "Sedap!!".sungguh berselera mereka makan,yelah sebab bukan selalu mereka dapat makan makanan macam ni.Mereka ada jadual makan.kalau makanan kering tak ada,jadi mereka tak makan. :(


Adek Farouk yang pemalu,sudi membacakan surah Al-Mulk untuk aku

Habis je mereka makan,kami mendekati mereka.Ya Allah aku tak tahu nak cakap macam mana,tapi aku rasa sedih sangat.Aku ingat lagi aku bertanya kepada 4 orang kanak-kanak yang bernama arsyad,ismail 1,ismail 2,ibrahim dan farouk."Seronok tak duduk dekat sini?" semua jawab seronok!!Makan best tak?"best!".Lepastu aku tanya anak-anak yang lain pulak,yang bernama salam,farouk,dan amin.Aku bertanya kepada mereka "dekat sini belajar apa je?" salam menjawab belajar mengaji.Farouk pula adalah seorang Hafiz!Dan dia baru berusia sepuluh tahun!Ya Allah.Lalu dia membacakan aku surah Al-mulk!bergitu juga dengan Amin,dia membacakan padaku surah Ad Dhuha.Aku bertanya surah apa yang Amin hafaz?Dia sebutkan padaku semua surah yang dihafaz,begitu juga dengan Farouk!Merdunya suara mereka.Terus menitis air mataku saat aku dengar suara merdu mereka membaca surah-surah itu tanpa melihat Al-Quran.Kita ni?Yang senang?nak bukak Al-Quran pon susah!

Bukan 1 malaysia,tapi tiada tuhan melainkan Allah!


Aku bertanya pada Amin "macam mana boleh hafal Al-Quran?" Amin jawab "pagi-pagi ustaz pegang Al-Quran,lepastu ustaz suruh baca depan dia".Menurut puan zarina,bagi para hafiz di rumah      
itu jam 4.30 pagi,mereka akan bangun untuk menghafaz Al-Quran.untuk pengetahuan semua,anak-anak di rumah ini mengaji Al-Quran dan belajar agama.Bukan Puan zarina tak pernah mohon untuk anak-anak ini bersekolah seperti anak-anak lain,tapi permohonan tak diterima memandangkan mereka ini adalah anak luar.Jadi mereka di rumah ini belajar agama dan mengaji.

Ketika berbaris untuk bermain bola.Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka!

Waktu zohor,sahabat-sahabat lelaki membawa anak-anak yatim ini untuk solat berjemaah di masjid yang berdekatan,mereka dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan diletakkan seorang sahabatku.Kami,kaum muslimat,duduk di rumah dan menyiapkan barang mainan untuk mereka pada petang nanti.Selesai sahaja mereka solat zohor dan balik rumah,mereka semua menukar pakaian sebab kami ingin membawa mereka ke padang berdekatan untuk bermain bola dan bermain belon air.Terpancar kegembiraan diwajah mereka sebab mereka sebenarnya jarang keluar daripada rumah,kalau Ustaz Arif iaitu suami Puan Zarina,juga seorang pelarian tiada di rumah,mereka semua tidak dibenarkan keluar dari rumah.Apa yang mereka buat kalau tak keluar?mengaji dan tidur.Tu je:(


Kami semua melayan karenah anak-anak istimewa ini.Ya.kita sebenarnya patut bersyukur punyai segalanya.Mereka?Tiada apa.Kalau raya pon,raya di rumah itu.Kita?raya dengan keluarga,membazir sana sini.Allah:(

Menurut puan zarina,dua hari yang lepas ada dua orang anak-anak disitu melarikan diri,mungkin sebab tekanan sebab rutin harian disitu adalah sama setiap hari,Bukan dua hari lepas je,sebelum ni pon ada.Bukan puan Zarina tak mahu anak-anak itu bermain di luar,tapi setiap kali anak-anak ini bermain diluar,mereka akan dibuli oleh budak-budak disitu,maklumlah anak-anak ini orang luar,mereka dibuli,ada yang mintak duit dekat anak-anak ini,dan macam macam lagi.Macam mana Puan zarina nak bagi mereka keluar?:(

Hasan dan Husin,mereka kecil lagi,dan mereka adik beradik.Tapi ayah mereka baru sahaja meninggal,ibu mereka tidak mampu menjaga mereka,lalu ibu mereka hantar mereka ke sini.Sebenarnya adik beradik Hasan dan Husin ada 6 orang,tapi sebab setelah kematian suami,ibunya tidak mampu menjaga kesemuanya,ibunya memberikan anak-anaknya pada orang,dan adik-beradik ini terpisah merata.Bila ditanya Husin mengatakan "Ayah saya dah mati".

Hakim,seorang anak yang tidak bersalah,telah dijual oleh bapanya sendiri kepada pakciknya!Ya Allah!Dugaan apakah yang telah diberikan kepada hakim?Kemudian pakcik hakim menghantar hakim kesini.

Apabila bertanya kepada kebanyakan anak-anak disini "Adik,nanti dah besar cita-cita nak jadi apa?"Kebanyakannya menjawab "saya nak jadi ustaz!" dan ada juga yang menjawab "saya nak jahid!Nak jadi mujahid!"

Tiba-tiba datang seorang anak bertanya kepada sahabatku,"kak,mak saya mana?mak saya tak datang ke?".Kawan anak itu menyampuk,"eh mak kau dah matila".Betapa sayu hati aku mendengarnya.Ya Allah.tapi Kita?Selalu derhaka pada mak ayah.Kan?:(


Tapi!Anak-anak ini insyallah ada peluang ke syurga,mereka insan terpilih untuk menghafaz Al-Quran,sambil aku duduk dan borak dengan Puan Zarina,Puan Zarina memanggil anak yang bernama Nur Muhammad,yang bermaksud cahaya kepujian.Indah sungguh nama-nama mereka,ada yang bernama Salam,Farouk,ismail,ibrahim,Arsyad,Amin,Hasan Husin.Kita pulak suka menukar nama kepada nama orang putih,danish,mary,kecik,pendek dan macam macam lagi.

Berbalik kepada Nur Muhammad,Nur Muhammad baru berusia 10 tahun tapi dia insan terpilih untuk menghafaz Al-Quran,dia duduk didepanku sambil Puan Zarina kata "Nur,ni kakak ni nak dengar Nur baca Al-Quran".Nur Muhammad bersuara ingin membaca surah An-nisa'.Subhanllah.,Merdu!merdu!Lalu datang beberapa orang anak-anak yang sudi membaca surah didepanku.Alhamdulillah disini aku kongsi video anak-anak ini membaca surah-surah itu.Mereka insan istimewa!

Kami sayang mereka!kami sayang sangat pada mereka!!


Kami sedih meninggalkan anak-anak ini,mereka sangat istimewa dihati kami.Alhamdulillah kami diberi peluang  untuk kesana,muhasabah diri kami yang kerdil ini dihadapan mereka.Mereka sangat indah,sangat mulia,sangat suci.Apa dosa mereka sehinggakan mereka dibuang,dijual,dibuli?mereka insan terpilih oleh Allah.Mereka sempat berkata kepada kami "Esok datanglah lagi!".Ada yang cakap taknak hubungan ini terputus disini sahaja!Ya Allah.Insyallah jika ada rezeki kami ingin kesana lagi,untuk melawat dan melepaskan rindu pada mereka!Mereka adik kami!Mereka kesayangan kami!kami sayangkan kamu semua anak-anak yatim Rohingnya darul aitam!

Inilah Ustaz Arif,pengetua di sini.seorang pelarian jugak.Allah:(
Disini aku kongsikan beberapa video dari para Hafiz disini.Allah.kerdilnya diri Ini,kalau nak dibandingkan dengan mereka.




Video pertama bacaan surah an nisa' dari adek Nur Muhammad
Video kedua sedikit surah Al-Baqarah dari adik muhammad Amin
Video ketiga surah Al-Qiyamah dari adek Yasin.




P/S:sesiapa yang nak alamat dan ingin memberikan sumbangan pada Rumah anak-anak yatim rohingnya Darul Aitam,selayang,ini alamatnya.Bantulah mereka,ceriakanlah hidup mereka.mereka insan terpilih!kami sayangkan mereka!


Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
No 1, Jalan 16/2A,
Taman Wilayah, Selayang
Kuala Lumpur

Sunday, 18 November 2012

Jika kanak-kanak rohingya balik ke myanmar,kemungkinan besar mereka akan DIBUNUH!Kami memerlukan bantuan anda semua!

Assalamualaikum
Terkejut membaca tajuk entri aku?Ya,Aku memang sangat memerlukan bantuan dan sumbangan semua.Bukan untuk diri aku,tapi untuk diri anak-anak yang tidak terbela,anak-anak yatim islam yang kehidupannya serba dhaif:(


Masih ingat lagi kisah tragis di myanmar?Umat islam dibunuh disana,semua,SEMUA umat islam dibunuh!Mereka tidak mahu sorang pon umat islam tinggal disitu.Jadi disini lah mereka menumpang.memintak sedekah demi mencari sesuap nasi.



Puan zarina,rakyat malaysia,adalah seorang yang sangat bertanggungjawab,sanggup menjaga dan mengutip anak-anak myanmar ini.mereka miskin,mereka anak yatim piatu,tiada sesiapa di dunia ini.





Semalam aku dan kawan aku,telah berjanji dengan puan zarina untuk berjumpa di rumah pelarian rohingya,
iaitu rumah anak yatim rohingya darul aitam di selayang.Mengejutkan tak,yang suami puan zarina juga adalah seorang pelarian dari myanmar,mereka terpaksa lari,kalau tidak mereka akan DIBUNUH!subhanallah!
Puan zarina mengatakan,pada hari raya haji baru baru ini,rumah suaminya di myanmar,habis hancur dibom.:,(

Anak-anak didalam rumah ini,semuanya lelaki dari umur 7 tahun hingga 15 tahun.Sangat sedih keadaan mereka disana,Puan zarina,pengetua dan penjaga disana berkata,walaupun disitu majoriti melayu,islam,tapi mereka jarang dan ada juga yang tidak menolong.Hai sahabat semua,walaupun mereka ini anak-anak pelarian myanmar,bukan orang malaysia,tapi mereka orang islam!Islam!kenapa nak tengok sentimen bangsa?Tengoklah agama!agama kita islam,tapi kenapa kita menyisihkan saudara islam kita sendiri hanya kerana mereka bukan orang malaysia??Yang peliknya,puan zarina mengatakan,agama lain yang datang menolong,bila tiba raya cina,penuh rumah itu dengan limau mandarin,hasil sumbangan orang cina.


Mari kita mulakan dengan tempat tidur mereka,untuk pengetahuan semua.,dalam rumah ini,penuh dengan budak-budak tidur,mereka hanya tidur dilantai,ada jugak yang pakai toto,tapi bantal mereka tak cukup,ada jugak yang terpaksa berkongsi bantal,subhanallah.Sampaikan dapur pon mereka terpaksa jadikan tempat tidur.dan paling menyedihkan,tempat tidur itu adalah tempat mereka belajar dan tempat yang sama itu jugalah tempat mereka makan.






Macam mana pulak dengan makanan?Sebelum ini puan zarina memasak sendiri makanan untuk 42 anak-anak ini,tapi baru-baru ini datang dua orang myanmar,mohon untuk memasak untuk anak-anak ini.Jadi buat masa sekarang,dua orang myanmar ini adalah tukang masak mereka.Mereka akan makan bekalan yang telah  ada dan disediakan.Anak-anak ini ada jadual makan.Sebelum waktu makan,jika ada bekalan makanan kering,sperti bisku,mereka akan makan yang itu sementara menunggu makanan berat,tapi jika tiada biskut,atau makanan kering,mereka terpaksa menunggu waktu makan,kalau tidak makanan tak cukup.Untuk biskut pon mereka terpaksa patahkan biskut untuk kongsi beramai-ramai,mereka jugak makan didalam dulang .


Bagi pakaian mereka pula,mereka pakai jubah setiap hari memandangkan mereka belajar Al-Quran setiap hari.Tapi mereka terima bantuan pakaian harian.Nak tahu aktiviti dan jadual hidup mereka?Bangun qiamulail,solat subuh,mengaji alQuran,solat zohor,tidur,mengaji,solat asar,solat maghrib,makan,tidur.Itulah setiap hari.Sampai ada budak-budak yang tekanan dan lari daripada rumah tersebut,Tapi Alhamdulillah polis jumpa mereka.Boleh dikatakan,bukan boleh tapi memang mereka kekurangan kasih sayang.Ada yang mak hantar ke rumah ini,tapi memang susah nak jenguk dan kadang-kadang tak jenguk langsung.Ya Allah boleh bayangkan tak macam mana mereka jalani hari raya mereka?tak sama macam kita kawan-kawan.kita ni masih bernasib baik!


Mereka dilarang keluar daripada rumah,untuk anak-anak yang berumur 15 tahun sahaja yang dibenarkan keluar,yela mereka ni bukan orang malaysia,takut jadi apa-apa dekat mereka.Sahabatku semua,boleh bayangkan tak kehidupan mereka?kita ni senang-senang buang makanan,tapi mereka tak cukup makan,kita derhaka dengan mak ayah,tapi mereka tak ada mak ayah:,(
4 shower,sempit

toilet

Mereka juga kekurangan barangan mandi,shower hanya ada empat,dan tempat mandi diluar dan memang sangat sempit untuk 42 orang,mereka terpaksa mandi bergilir-gilir,DAN mereka kongsi sabun mandi untuk 42 orang!mereka tiada syampu rambut macam kita.sabun mandi itulah syampu mereka!Tandas pon ada tiga sahaja,untuk 42 orang ada tiga toilet?macam mana?kenapa tiada pihak yang membantu




Bukan pengetua disitu tidak mahu memohon bantuan baitulmal,tetapi puan zarina dan suami takut,nanti pihak tersebut akan datang dan soal siasat dan menghantar semula anak-anak tersebut di myanmar!macam mana kalau mereka di myanmar?Mereka akan dibunuh!disinilah mereka menumpang kasih:(
Puan zarina dan suami juga pernah memohon untuk anak-anak tersebut dapat peluang belajar sama seperti anak-anak lain,tapi apakan daya,mereka ini bukan anak malaysia,jadi permohonan mereka ditolak.

Mereka boleh cakap bahasa melayu dengan fasih sekali.Alhamdulillah jadi bukan satu masalah untuk kami berbual dengan mereka.

Aku bertanya pada puan zarina,Apa yang kekurangan di rumah ini,Puan zarina cakap sabun mandi,mereka terpaksa berkongsi sabun mandi,bantal,penyapu,gelas,mereka terpaksa berkongsi gelas kerana gelas mereka selalu hilang dan juga sabun cuci baju.Harap maklum,yang ni aku yang tanya bukan puan zarina mintak.

Aku mohon kalian semua spread entri aku ini,aku mohon sangat.Mereka ini islam,janganlah pandang pada bangsa,negeri,tapi kita pandang pada agama.Kasihanilah mereka!Mereka dhaif!kami ingin membantu mereka semampu kami.Pada mereka yang nak hulurkan bantuan,bolehlah pergi ke masjid-masjid berikut pada tarikh 15 dan 16 haribulan 12 tahun 2012.Kami buat selama dua hari untuk mengutip sumbangan dari jam 11 pagi hingga 3 petang.Anda semua boleh contact orang yang berkenaan di bawah ini.
Pada mereka yang ingin  menghulurkan bantuan kewangan juga boleh masukkan wang di bank yang telah dinyatakan di bawah.Tolonglah mereka bantulah mereka!Semoga dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud: 

"Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]


Sedang terhadap yatim piatu, perhatian Nabi s.a.w. sangat besar sekali, prihatin, melindungi, dan menjamin keperluan hidup mereka, dan selalu dipesankan dan dianjurkan kepada umatnya dalam tiap keadaan. "Aku dan pemeliharaan anak yatim, akan berada di syurga kelak", sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya, demikianlah sabda baginda s.a.w.
 (H.R. Bukhari)



P:S/kalau masih ragu ragu boleh contact saya sendiri.Insyallah minggu berikutnya selepas kutipan sumbangan kami akan serahkan segala sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut dan kami akan adakan sedikit aktiviti untuk menggembirakan anak-anak tersebut.Allahuakbar!mohon sokongan!





Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
No 1, Jalan 16/2A,
Taman Wilayah, Selayang
Kuala Lumpur








Sunday, 11 November 2012

Kempen tutup aurat di KLCC dan semoga pakcik guard KLCC dapat hidayah Allah:)

Assalamualaikum


Ehem.Aku gembira sangat.eh kejap,aku memang membahasakan diri aku,aku eh dalam blog ni?kenapa aku rasa macam aku bahasakan diri aku dya eh?Jap aku blur sekejap ni.Ahhh peduli apa,aku tetap aku,blues untuk aku bukan untuk kau.*ehehe.


Sebahagian dari muslimat

Muslimin.

Post kali ni aku nak cerita tentang #KempenTutupAurat dan #SayangiRasulullah yang berjaya dijalankan di KLCC pada 11.11.2012,eh macam cantik je tarikh ni kan?Aku tahu ramai yang pilih tarikh ni untuk berkahwin,tapi berbeza dengan kami,sebab kami nak sampaikan islam,street dakwah lah kiranya.
Baiklah marilah aku cerita daripada awal,sebenarnya,kami tak rancang pon nak buat street dakwah,mula-mula kami rancang nak buat benda lain,tapi ada seorang hamba Allah yang bijak iaitu kakby,dia whatsapp kami,dia cakap "Why dont kita buat street dakwah?kita buat kempen dekat klcc?"Kami pon setuju,benda baik kan?kenapa harus ditangguhkan,Alhamdulillah,beberapa orang sudi buat flyers tutup aurat dan booklet sayangi Rasulullah tu aku buat sendiri,dekat belakang tu aku taruk link,aku mintak maaf,disini aku nak tegaskan yang aku taruk link facebook aku dan #TeamHijrah dan #TeamKhemah,bukan kerana nak riak atau berbangga diri,subhanallah jauh sekali,niat aku adalah kalau mereka tak sempat nak tanya kami semasa street dakwah,mereka boleh straight bukak facebook.Kenapa aku letak nama aku?Sebab aku yang taip isi dalam booklet itu,aku tak cut and paste,so apa-apa hal mereka boleh merujuk kepada aku terus kalau mereka tak faham,atau apa sahaja yang bermain dalam fikiran mereka.

Terima kasih kepada seoarang hamba Allah ini,namanya terpaksa dirahsiakan kerana dia yang minta begitu,:)
Dia sanggup print 1500 flyers percuma untuk diedarkan pada orang ramai di KLCC.Subhanallah,semoga Allah sahaja yang membalas jasa kamu dek.

Sesi usrah mengikut group


Aku rasa aku patut cerita perkara itu disini,ini adalah luahan hati aku ye,nak baca,nak tafsirkan apa-apa yang tak patut,silakan.Aku pelik.aku pelik aku pelik.Kenapa?Kenapa flashmob,menari,konsert merepek-repek mereka boleh benarkan untuk buat di klcc tapi mereka tak benarkan kami berdakwah tentang islam?Kenapa benarkan yang munkar dan larang yang maaruf?kami dihalang oleh guard yang mengatakan "Dek tak boleh kumpul ramai-ramai depan air pancut ni,kalau adek nak buat jugak,saya panggil polis".Subhanallah macam tu ke layanan sesama islam?Sampai hamba Allah ini menangis merayu dekat pakcik tu untuk edarkan flyers,tapi pakcik guard tu tak bagi,dan pakcik guard cakap macam ni "Kami buat tempat duduk dekat taman ni memang khas untuk pasangan buat maksiat,taman ni pulak untuk family,awak tak dibenarkan buat dakwah disini".Pakcik guard ku sayanggggg,pakcik tau tak yang pakcik dan melarang dakwah?Melarang kami ke jalan Allah??Dan ini jawapan pakcik tu "itu saya tak tahu,tapi itu urusan saya dengan Allah".Apa ni?Apa?Aku tak puas hati,KENAPA MAKSIAT,PELUK,CIUM,FLASHMOB,MENARI,MENYANYI dibenarkan dalam KLCC tu?kenapa tak larang?Kami nak dakwah,kami tak kacau orang,kami tak mencuri,kami takde pon nak kacau orang.BUT WHY?Nak tahu tak?kalau pakcik tak melarang orang buat maksiat depan mata pakcik,walaupun pakcik tak bersalah,HALAL Allah turunkan bala kepada semua,yang bersalah,tak bersalah pon kena sekali,silap-silap runtuh KLCC tu Allah buat.Pakcik nak macam tu?

Kalau pakcik taknak macam tu,macam Hamba Allah ni cakap la"Astaghfirullah pakick,pakcik tukar kerja lah macamni pakcik,kerja pakcik ni banyak dosa".Heh tapi pakcik guard ni relaks je kan?Lepastu kami berpindah ke masjid dan membuat sesi usrah,ini kalau pakcik guard tu kacau kami dalam masjid memang aku tampo muka dia.Eh macam kurang ajar eh?Alaa pakcik tu lagi la gatal sebab dia cakap "kalau nak buat jugak,boleh bagi sorang tak perempuan antara semua ni?" Gatal kan?Korang semua,adil ke islam diperlakukan begini?Sambutan newyear di klcc,flashmob,menari,dating,cium boleh dilakukan di KLCC,tapi dakwah,tak boleh!Ya Allah sedihnya aku,tanpa aku sedar air mata sudah bertakung di kelopak mataku.*Ayat novel.

Perarakan sebahagian muslimat di KLCC untuk edarkan flyers



Kemudian kami membuat rancangan untuk distribute ikut group supaya pakcik tadi tu tak boleh nak tahan kami,hak dakwah hak kami!jangan sampai saya bagi haktuii kat pakcik!Ha,pakcik nak tahu tak satu benda?Kalau pakcik bukak Alquran malam ni,cuba cari dalam AlQuran.,Allah cakap "Sesiapa yang melarang seseorang ke jalan Allah,neraka tempat kembalinya!" ha Tau tak pakcik?Neraka makannya nanti.

okay Stop cerita pasal pakcik guard tu,ni aku nak kongsi,selepas nampak kami berkumpul dalam masjid,ada pasangan korea terus berminat nak tahu tentang islam,dia berminat dengan islam!Alhamdulillah Ya Allah.Pasangan korea tu tanya apa yang kita sedang buat,dia tahu tentang nabi muhammad saw kawan-kawan semua!tak segan ke??Orang bukan islam tahu kisah nabi Muhammad saw??Aku bagi dia flyers dan aku terangkan sikit-sikit,kemudian aku cakap dengan dia,kalau awak ada facebook,add kami,add saya,kita boleh borak panjang lagi,kalau awak ada soalan,awak boleh tanya dengan kami.Readers,Please panjatkan doa kamu supaya pasangan korea ini dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayah Allah!Takbir!!

Pasangan korea tersebut.semoga mereka dipilih oleh Allah untuk menerima hidayah,doakan mereka ye:)


Dan ada juga sahabat yang datang kerana dia rasa diri dia sendiri dalam menempuh ujian Allah,dalam proses untuk berubah,dia datang kerana dia nak rasa suasana berkumpul sesama islam,untuk kakak itu,kak,akak tak bersendirian,kami semua pon masih belajar dan masih dalam proses mengenali islam,mendalami islam,akak tak keseorangan.KAMI ADA untuk sokong akak!

Dan ini dihantar oleh seorang muslimah

Banyak sangat kami dapat feedback yang positif,Alhamdulillah terima kasih kerana menyokong,marilah kita kembangkan islam.Jangan takut untuk berdakwah!ingat!banyak Rasulullah saw dah berkorban untuk kita dapat apa yang kita ada hari ini,tapi begitu sedikit manusia bersyukur:,(


Oke sambung,kemudian selepas distribute kumpulan,yang wakil nak dakwah dalam taman,pergi dakwah di taman,dan yang dakwah sekeliling KLCC,akan jalan beramai-ramai,nampak je orang bagi flyers,nampak je yang free hair,bagi flyers,nampak je bagi dan kalau boleh dakwah sikit.Aku guna ayat ni "Assalamualaikum kak,saya nak masa akak 5 saat je,saya bukan nak buat direct selling tapi saya just nak sampaikan islam je kak.kami tengah buat kempen.." dan ada dua orang perempuan ni,alhamdulillah dia nak dengar apa aku cakap..aku tanya tak kesian ke ayah akan dipersalahkan di akhirat nanti sebab kita tak tutup aurat?Kata nak mak ayah panjang umur masuk syurga,selalu lah doa,solat,jangan tinggal solat,kalau kita jaga Allah,Allah akan menjaga kita......dan panjang lagi"


Kami berjalan dan terus mengedarkan flyers,kakby interview wanita free hair,tanya pengalaman,dan kakby berjaya buat orang tu berasa selesa,dan walaupun perempuan itu pengkid,perempan itu rasa selesa dengan cara penyampaian kakby.:)

Alhamdulillah.Kalau ada orang tanya siapa organize event ini kami akan jawab kak baizura ismail.Subhanallah dia berjaya organize kempen yang bagus macam ni.Siapa yang menjayakan kempen ini?Semua umat islam,#TeamHijrah dan #TeamKhemah,tanpa semua yang datang pada hari ahad hari tu,takkan berjaya kempen ini.Oh apa lagi ya yang aku nak kongsikan?*Tingggg.Dapat idea.Oh aku nak kongsikan yang ada jugak yang menolak untuk ambil flyers kami,yang paling kelakar tu,ada orang macam cuba lari sebab ingat aku ni nak jual barang,buat direct selling.Haha.Comel kan?Dan aku dengar cerita yang ada muslimat kena marah dengan pengunjung disana sebab cuba nak bagi flyers dakwah,Sabarlah wahai adekku dan sahabat-sahabatku,dakwah itu tidak pernah mudah,anggap ia sebagai cabaran,Rasulullah kena lagi teruk dari kita.Semalam kami dah nasihat awal-awal,kalau nampak pakcik guard,cabut lari je,tapi sebenarnya aku tak aada masalah nak berhadapan dengan pakcik guard.Pantang Aku orang menghalang manusia ke jalan Allah!

Kami sangat berdoa dan sangat berharap yang sesiapa yang telah dapat flyers daripada kami,akan tersentuh hatinya,terbuka sedikit mindanya dan menerima hidayah Allah,kami berdoa supaya mereka sedar akan cinta Rasulullah,kepentingan menutup aurat,kami berharap sangat dan kami takkan berhenti berdoa!Allahuakabar!



Alhamdulillah,walaupun ada halangan di awalnya,berkat doa semua,berkat niat,berkat keikhlasan semua,halangan itu tidak menjadi satu masalah bagi kami,kami dapat distribute semua flyers dan kami dapat dakwah,dakwah ke jalan Allah.Kami fikir kami tiada perkara besar yang hendak disumbangkan pada islam,tapi ini adalah salah satu jihad kecil kami yang akan kami bawa di akhirat kelak.Amin.Amin.Tiada sumbangan yang dapat kami berikan pada Rasulullah atas segala pengorbanan baginda,tapi ini adalah salah satu tanda kasih kami pada Rasulullah saw.Semoga kita berjumpa di sana ya Muhammad saw!:)

Muka depan booklet sayangi Rasulullah






Tq sebab baca,assalamualaikum,semoga islam tersebar di merata dunia:)
P/S:Kalau nak organize mengikut negeri silakan,sangatlah digalakkan,kempen mengenali islam,tutup aurat,sayangi Rasulullah,sayangi ibu bapa,dan banyak lagi.silakan silakan silakan!Buatlah apa sahaja asalkan islam tersebar,TAPI,

Betulkan niat kerana Allah,bukan kerana Orang,bukan kerana ganjaran,bukan kerana nak famous,sebab Allah dah berpesan,kalau kita buat sesuatu bukan kerana Allah,tapi kerana orang,di padang mahsyar nanti,Allah akan suruh kita mintak pahala dekat orang yang kita niatkan itu!
Dan apabila kita niat bukan kerana Allah,akan timbul perasaan riak,bila dah riak,ibadah menjadi sia-sia kerana tidak diterima Allah.Melainkan apabila dia berasa riak,kemudian dia beristighfar dan kembali niat kerana Allah,itu tidak akan mneyebabkan ibadahnya batal!Ingat!betulkan niat setiap hari.TAKBIR!ALLAHUAKBAR!


WAIT!

Jangan buruk sangka dengan orang,daripada korang mengutuk dia free hair,tak solat,why dont kita approach dia,salah satu dengan cara macam ni.memang kita takkan diminta untuk dipertanggungjawabkan untuk dosa orang lain tapi ingat!Allah ada berpesan,jangan ingat kamu beriman,kamu tidak akan disoal tentang kesalahan orang lain!Contohnya kalau Ahmad tak solat,kita biar dan tak tegur,nanti di padang mahsyar,Allah akan tanya dekat Ahmad "mengapa kamu tinggal solat??" Ahmad akan jawab "Dia ni tak tegur".Dan Allah akan soal kita kenapa kita tak tegur.Memang Allah tahu siapa betul siapa salah,jangan disoal mengapa Allah lakukan begitu!

Di padang mahsyar nanti,kita semua ibarat dalam kapal yang hendak karam,kemudian sebelum kita lemas,kita akan cuba berpaut pada apa yang kita nampak.,maksudnya disini,di padang mahsyar nanti kita akan saling menyalahkan orang lain atas kesalahan kita!Kalau kita menegur,kita akan lepas dari dipersalahkan!Subhanallah!!

Assalamualaikum,tak jawab dosa,kalau jawab sayang Allah,sayang Rasulullah:)






INFORMASI BAGI #STREETDAKWAH #KEMPENTUTUPAURAT bagi 

MELAKA -9/12/2012 di dataran pahlawan
PULAU PINANG-23/12/2012 di padang kota lama jam 10 pagi
JOHOR-8/12/2012 di masjid An Nur larkin 10pagi sehingga 6 petang

Bagi negeri-negeri lain masih dalam perbincangan lagi.Sokonglah dakwah ini,dakwah kerana Allah untuk bekalan di akhirat.Allahuakbar!